Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Dec 31, 2010

UMNO Menyalak Tak Kena Tempat...!!


Nik Aziz Pertahan Teo Senamrobik di Masjid -MK

Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan memakai baju ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu, yang dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia semalam.

Menurut Nik Abdul Aziz, soal anggota Parlimen itu berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan.

"Yang pasti kita kena beritahu mereka perkara-perkara yang ditegah agama ketika berada dalam masjid...kena beritahu kaedah dan pantang larang dari segi Islam sebelum seseorang itu memasuki masjid," katanya.

Nie Ching sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana menyampaikan "ceramah" di dalam sebuah surau di Kajang Sentral, Kajang pada Ogos lalu.- Bernama

Nota :

Kah...Kah....Kah....!!
Kesiannya...Tak ada orang nak ambik pot....
Inilah padahnya bila mengamalkan Sunnah wal Rasuah....
kalau tak tahu tanya.....
kalau jahil..pergilah belajar....
Jangan asyik dok menyalak saja....
Kah....Kah...Kah....!!!

Khusrin Adalah Lembu UMNO....!!


MP DAKWA KHUSRIN DILANTIK UNTUK BUBAR DUN SELANGOR - MK

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan persekutuan cuba membubarkan DUN Selangor melalui pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK).

Khalid berkata, Khusrin yang merupakan bekas setiausaha sulit kepada menteri besar sebelum ini Muhammad Mohd Taib, terhutang budi kepada perdana menteri Najib Razak dan bukannya kepada negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, beliau mendakwa, Najib pula berniat untuk mewujudkan kekacauan di negeri itu dan memaksa pembubaran DUN.
Kebimbangan yang disuarakan Khalid itu timbul berikutan desas-desus berhubung langkah Selangor dan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Najib mahu mengadakan pilihan raya mengejut.

Nota:

Semua telah dirancang
Semua telah diatur
Semua jalan diteroka
Semua cara telah di cuba
Untuk mengambil kembali selangor

Ini kerana selangor negeri terkaya di malaysia
Ini kerana selangor akan menjadi kubu kuat pakatan rakyat

cara 1 – kenakan kes rasuah – gagal !
cara 2 - siasat sampai mati – gagal !
cara 3 – bagi ezam menyalak – gagal !
cara 4 – beli adun – gagal !
cara 5 – bawa kepala lembu – gagal !
cara 6 – letak babi dalam masjid – gagal !
cara 7 – bakar gereja – gagal !
cara 8 – gilakan gobala – memang dah gila !
cara 9 – bukan islam tak boleh masuk masjid – gagal !
cara 10 – pakai songkok tinggi – ini lagi gagal

Sekarang cuba gaduhkan sultan dengan kerajaan selangor
Kah..Kah...Kah....!!

Hari Ini Dalam Sejarah....!!

Apasal menteri ini takut sangat dengan internet..?

ARKIB : 05/11/2002
PEROGOL BUDAK KE TALI GANTUNG – CADANGAN UNDANG-UNDANG BARU DIBENTANG KE KABINET 13 NOVEMBER
–UM

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Perogol kanak-kanak di bawah umur 12 tahun mungkin dikenakan hukuman paling berat, termasuk ke tali gantung, menerusi cadangan awal penggubalan undang-undang baru yang bakal dibangkitkan semasa pembentangan Kertas Khas kepada Kabinet, 13 November ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Rais Yatim berkata, pihaknya akan memastikan kes rogol terhadap kanak-kanak dikategorikan sebagai ``jenayah kronik dan serius''.
Menurut beliau, pada masa ini pesalah rogol kanak-kanak dikategorikan sebagai penjenayah rogol biasa.

Dalam pada itu, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan politik hari ini terus mendesak kerajaan mengenakan hukuman mati mandatori terhadap perogol yang membunuh kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Mereka membuat desakan itu ekoran kemarahan memuncak setelah seorang kanak-kanak Siti Nurlina Shamimi yang juga dikenali Mimi berusia dua tahun ditemui mati dalam keadaan mengerikan setelah dirogol dan dicampak ke dalam sungai di Alor Star, Jumaat lalu.
Menurut mereka hukuman sekeras itu wajar dilakukan kerana undang-undang dan hukuman yang sedia ada, seolah-olah tidak memberi kesan dan kesedaran langsung di kalangan penjenayah terbabit.

Rais selanjutnya berkata, beliau telah menerima memorandum daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang mendesak supaya hukuman setimpal dikenakan terhadap perogol kanak-kanak.

Kata beliau, kemungkinan hukuman jenayah berkenaan dijadikan peruntukan khas di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kes sumbang mahram yang mengenakan hukuman penjara antara enam hingga 20 tahun akan turut diambil kira oleh Kabinet.

``Kertas Khas yang akan dibentangkan kepada Kabinet 13 November ini sebenarnya mengandungi cadangan penuh rangkuman hukuman kes rogol mengikut Seksyen 375 dan sumbang mahram di bawah Seksyen 376 yang telah disiapkan oleh pihak saya.

``Namun oleh kerana jenayah rogol terhadap kanak-kanak ini adalah serius, maka pihak saya pada peringkat awal ini akan membangkitkan isu ini kepada Kabinet.

``Saya akan cuba memastikan undang-undang yang ketat digubal bagi menangani jenayah bersifat kebinatangan ini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Cadangan ke arah hukuman itu diajukan oleh Timbalan Pengerusi Biro Strategik Wanita MCA, Wilayah Persekutuan, Tai Sim Yew dalam Utusan Malaysia semalam yang mahukan kerajaan menggubal dan meluluskan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan bagi mewajibkan setiap perogol yang membunuh kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati.

Menurut Sim Yew yang juga seorang peguam, hukuman itu perlu dikenakan dengan hanya berdasarkan bukti dan hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwa sahaja.
Dalam kes seumpama itu, kata Sim Yew, hukuman tersebut tidak perlu mengambil kira hujah-hujah pembelaan daripada pihak tertuduh (perogol dan pembunuh).

Ekoran pembunuhan kanak-kanak itu, pihak polis sedang mencari seorang penganggur, Kyairul Anuar Ineleyas, 23, kad pengenalan 791019-02-5851 bagi membantu siasatan.
Tegas Rais: ``Namun, oleh kerana jenayah ini amat keterlaluan, maka saya beri jaminan akan mendapatkan pandangan pihak perundangan, polis dan Jabatan Peguam Negara ke arah pembentukan undang-undang yang ketat menangani gejala ini.

1 Malaysia Rakyat Terus Di Dungukan....!!


TIADA ALASAN NAIKKAN HARGA MAKANAN, MINUMAN SEHINGGA 10 PERATUS :KPDNKK – BH

Pengusaha restoran tidak mempunyai alasan untuk menaikkan harga makanan dan minuman sehingga 10 peratus meskipun berlaku kenaikan harga gula dan bahan api berkuatkuasa 4Disember lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, D Daud Tahir, berkata simulasi harga yang dibuat baru-baru ini juga menunjukkan perubahan harga makanan dan minuman adalah minimum iaitu kenaikan antara 0.1 sen dan tiga sen sahaja.

"Kita sudah buat simulasi dengan kerjasama konsultan (untuk melihat) berapa kenaikan harga makanan dan minuman berikutan kenaikan harga gula dan bahan api baru-baru ini dan tak munasabah jika mereka nak naikkan harga makanan dan minuman," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Daud berkata simulasi harga itu melibatkan 64 jenis makanan dan minuman antaranya teh tarik iaitu perubahan harga sebanyak 0.8 peratus kepada RM1.21 berbanding RM1.20 ketika ini manakala harga teh hanya meningkat 1 sen kepada RM1.01 sen.

Simulasi itu juga menunjukkan harga bagi pelbagai jenis roti termasuk roti canai kosong, roti jala dan roti telur, pula mengalami kenaikan antara 0.2 dan 0.3 sen sahaja.
------------------------------------------------------------
Woit… BANGANG MALAON INI.....

Woit… KEPALA BANA APA …NAIK KAN HARGA MINYAK.......

Woit.. SEMUA BARANGAN AKAN NAIK HARGA....

Woit....SIMULASI… SIMULASI APA….KONSULTAN KEPALA BANA APA...?

Woit… SEMUANYA NAK TIPU ORANG KAMPONG......

Woit....SEMUA NAK TIPU MAK CIK PAK CIK FELDA…....

Kah..Kah....AIMAN TAK KISAH....BILA MINYAK NAIK...SEMUA SEKALI AKAN NAIK...TAK ADA YANG TURUN NYE.....!!!