Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 31, 2010

Melayu Sebenarnya Tak Berminat Dengan Konsep 1 Malaysia

Muhyiddin: 'Saya Melayu, Tak Bererti Bukan Malaysia' - Malaysiakini

"Saya adalah Melayu terlebih dahulu tetapi tidak bermakna sebagai Melayu saya bukan Malaysia,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Mana boleh saya kata saya rakyat Malaysia terlebih dahulu dan Melayu di tempat kedua? Semua orang Melayu akan bidas saya...dan ini tak betul,” katanya.



1Malaysia tidak bermakna Melayu terus bertolak ansur -Malaysikini

Perwakilan Johor hari ini menggesa Umno supaya tidak terjebak dengan andaian bahawa gagasan 1Malaysia akan menjadikan orang Melayu bertolak ansur dengan tuntutan kesamarataan oleh bukan Melayu.

"Dalam usaha mencapai gagasan 1Malaysia ini kita tidak harus terjebak dan terperangkap dengan andaian kita akan terus bertolak ansur,"
"Melayu Terus Mempertahankan Semangat Kemelayuannya"

'Jangan tunduk desakan, ugutan parti Cina' = Malaysiakini

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meluluskan usul supaya kerajaan tidak tunduk kepada desakan dan “ugutan” parti politik dan NGO Cina dengan mengorbankan hak-hak bumiputera demi meraih undi dalam pilihan raya.

“Menyedari akan hal ini, maka NGO Cina seperti Ziong Dong dan Dewan Perniagaan Cina telah menggunakan sepenuhnya kesempatan dengan mendesak kerajaan dengan pelbagai desakan yang menguntungkan kaum Cina.

Penyertaan Ahli Umno dalam Perkasa bukti 1 Malaysia gimik politik - Tranung Kite

Sebelum ini, Kerajaan BN dan Umno berpakat mengharamkan pertubuhan Su Qiu dan Hindraf yang dikatakan pelampau Cina dan India yang menyemarakan semangat perkauman. Tetapi bila Perkasa wujud, mereka membelanya atas nama kebebasan bersuara. Di sini memperlihatkan ketidakadilan Umno dalam memberikan hak kepada semua kaum bagi menubuhan pertubuhan. Malah Perkasa mendapat keistimewaan khas untuk menerbitkan Akhbar mereka sendiri, sedangkan media parti politik seperti Harakah dan Suara Keadilan menunggu bertahun-tahun untuk dapatkan permit.
-------------------------------------------
Woittt......JANGAN JADI HIPOKRIT..KALAU TAK SUKA..CAKAP JE TAK SUKA...!!

Kah...Kah...MULUT CAKAP LAIN..HATI CAKAP LAIN...

Kah...Kah...ITU MAKNANYA..PERJUANGAN UNTUK BANGSA SAJA TAK KEMANANYE..!!

Kah..Kah...HIDUP MELAYU SAMA MELAYU PUN...TAK BOLEH NAK BERTOLAK ANSUR...!!

Kah..Kah...INIKAN PULAK NAK KONGSI DENGAN BUKAN MELAYU..HAMPEHH..!!

Kah..Kah...INI BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG..TAPI SALAH UMNO YANG MEMERINTAH...

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH...KALAU BACA SEJARAH MELAYU..TAHULAH SIAPA PETUALANG BANGSA MELAYU SEBENARNYA..