Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 16, 2011

Melayu Pun "Jeluok" Dengan UMNO....!!!


KUALA TERENGGANU - Tidak hairanlah sekianya Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said meminta pemimpin Umno untuk mencontohi pemimpin PAS kerana sebenarnya sudah ramai pemimpin Umno sendri yang sudah muak dengan parti itu.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan, beliau telah dikunjungi oleh ramai dikalangan pemimpin parti Umno dan mengakui mereka sudah 'jeluak' dengan partinya sendiri.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, mereka sudah bosan dengan parti tersebut kerana terlalu banyak berlaku rasuah, penyelwengan dan salah guna kuasa dikalangan pemimpinnya.

"saya nak beritahu disini, ada beberapa orang pemimpin utama Umno berjumpa dengan saya, tak boleh sebut nama lah, (kalau) sebut kena tindas dia pulak,

"banyak (ramai) pemimpin umno yang sudah rasa jeluak dengan apa yang berlaku, dengan rasuah dengan macam-macam perkara berlaku,"ujarnya ketika berucap melancarkan Jentera Pilihanraya DUN Bandar, disini semalam.

UMNO Kini Sedang Hanyut....!!


CHUKAI - Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata Umno kini sedang hanyut dan perlu digantikan oleh PAS dalam pilihantraya umum ke-13 yang akan datang.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Kebangkita Rakya; PAS Ganti Umno yang sedang berlangsung di Dataran Tok Guru, Geliga, dekat sini.

Beribu-ribu rakyat Terengganu kini sedang berkumpul di Dataran Tok Guru di sini bagi bersama-sama mendengar ucapan dari para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno.

PR Boleh Ganti BN....!!


KEMAMAN - Kehadiran Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diberi cuti selama enam bulan ke kawasan Parlimen Kemaman meningkatkan gelombang program Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti Umno dan Pakatan ganti Barisan'.yang dianjurkan PAS Terengganu

Petang Sabtu menyaksikan seramai 200 orang hadirin yang terdiri dari ahli dan penyokong PKR bersama Anwar dalam majlis minum petang yang dianjurkan PKR Cabang Kemaman.

Anwar memperkuatkan komitmen yang dinyatakan oleh Ketua Cabang PKR Rafizi Ramli untuk bersama-sama parti-parti dalam Pakatan meletakkan sasaran merampas kembali 4 DUN dan Satu Parlimen Kemaman.

Anwar menegaskan program 100 hari Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang memerintah bukanlah setakat untuk membuat lebih baik sedikit dari Umno dan Barisan Nasional.

Menurutnya, Barisan Alternatif gabungan antara PAS dan Keadilan pernah menumbangkan Umno dan BN pada tahun 1999.

Justeru, katanya, tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu mengambil alih pemerintahan Terengganu dan Putrajaya pada pilihanraya ke-13 akan datang.

Dalam majlis yang sama seramai 135 orang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PKR di ketuai oleh Bekas ahli Umno, Cikgu Khairuddin (Gambar)
..

Sah....Najib Jenis Takubin....!!


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak diseru supaya menegur tabiat isteri kesayangannya, Datin Seri Rosmah Mansor yang boros dan gemar berbelanja besar.Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin berkata, kerajaan pimpinan Najib kerap memberi alasan untuk memotong subsidi rakyat disebabkan kos pengurusan ekonomi negara meningkat setiap tahun. Dalam pada masa sama, katanya, Najib merayu rakyat agar mengubah cara hidup dan tidak boros berbelanja.

Peliknya, Presiden Umno itu kekal membisu apabila pemborosan melibatkan isterinya Rosmah Mansur. Sebab itu, saya melihat Rosmah ini sudah menjadi beban utama kepada seluruh rakyat Malaysia. Najib perlu berani menegur isterinya,” katanya kepada Keadilandaily.com.
Badrul berkata demikian mengulas pendedahan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang mendakwa Rosmah membelanjakan RM100,000 semalam untuk menginap di hotel Atlantis di Dubai.

Menurutnya lagi, bukti betapa rakyat Malaysia muak dengan perangai Rosmah tidak dapat dibendung apabila mereka menanyakan soalan bertalu-talu mengenai cara Rosmah ketika Perdana membuka segmen #TanyaNajib di laman Twitternya pada 11 Januari lalu.

“Hampir 90 peratus dari soalan yang ditanyakan rakyat dalam Twitter berkaitan perangai Rosmah. Sudah tiba Najib memberanikan diri menegur perangai isteri kesayangannya itu,” ujarnya.

Turut dikemukakan oleh rakyat kepada Najib di lama sosial itu berkaitan peningkatan kos sara hidup di negara ini serta kematian tragis wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikaitan dengan Presiden Umno itu.

Secara sinis, Badrul berkata cara hidup Rosmah yang boros berbelanja hanya boleh diubati sekiranya suaminya itu tidak lagi menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum akan datang.

“Sebab itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menilai secara adil kepimpinan Najib ini. Sejak beliau menjadi menteri sehinggalah bergelar PM, dasar Najib lebih kepada perbelanjaan bermewah-mewah tanpa mengambil kira kesengsaraan rakyat. Rakyat menderita tidak mengapa, yang penting Rosmah berbelanja mewah,” katanya sinis.

Konvoi Bermotor " PAS Ganti UMNO"


Ribuan anak muda sertai konvoi bermotosikal ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Geliga, Chukai,Kemaman. Gelombang hijau mendominasi jalan ke Kemaman. Allahuakbar....!!