Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jul 28, 2010

Sembab Punca Jadi Lembap.....!!!


TPM: HANYA SPR TENTUKAN PILIHAN RAYA BERASINGAN - MKini

Hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada pilihan raya umum diadakan serentak di seluruh negara atau berasingan bagi negeri-negeri yang di bawah pentadbiran pakatan pembangkang, kata Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, terpulang kepada SPR untuk membuat keputusan mengenai perkara tersebut berdasarkan keadaan kewangannya.

"Sama ada SPR beranggapan untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan lebih baik atau tidak sesuai dengan keadaan kewangannya, terpulang kepada mereka.

"Bukan kita (kerajaan) yang tentukan perkara ini secara mutlak. Soal berkaitan pilihan raya terserah kepada SPR," katanya.
-------------------------------------------------------
Kah...Kah....INI MEMANG BETUL OTAK YANG TAK ADA OKSIGEN.....!!!

Kah...Kah....SPR TUGASNYA MENJALANKAN PILIHANRAYA SAJA.....!!!

Kah...Kah....PARLIMEN DI BUBAR OLEH PARTI YANG MEMERINTAH.....!!!

Kah...Kah....APABILA SPR TELAH DI BERITAHU..MAKA SPR AKAN TETAPKAN TARIKHNYA....

Woitttt......DUN PUN SAMA....DI BUBAR OLEH PARTI YANG MEMERINTAH....

Woittt.......DI PARLIMEN PARTI YG MEMERINTAH DI KETUAI OLEH PM.....

Kah...Kah....DI DUN PARTI YG MEMERINTAH DI KETUAI OLEH MB....!!!

Kah...Kah....PM DAN MB AKAN PERGI JUMPA RAJA YANG ADIL BUKAN YANG ZALIM ATAU GABENOR BERITAHU BAHAWA PARLIMEN DAN DUN AKAN DI BUBAR.....

Kah...Kah....ITUPUN TAK FAHAM....PATUTLAH MAT MONGGOL TAK BERAPA BERKENAN PUN.....

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH..BAIK DIAM...KALAU BERCAKAP NAMPAK SANGAT KEBANGANGAN NYA....!!!

Rakyat Akan Tunjukkan Najib Jalan Untuk Pulang Ke Pekan...!!!


Bantah Pembazira, Selamatkan Rakyat Di lancar 9 Ogos - Harakahdaily

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) hari ini mengumumkan enam langkah yang akan diambil bagi membantah kenaikan harga barangan keperluan asas yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Bantahan tersebut dibuat ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) yang didakwa boleh dielakkan jika kerajaan tidak membazir, tidak rasuah dan mengelak ketirisan dalam penggunaan wang negara.

Demikian diumumkan penyelaras Protes, Dr. Hatta Ramli selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program bantahan terhadap kenaikan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor(KLSCAH),dekat sini hari ini.

"Pada hari ini seperti yang diwarwarkan kita membincangkan respon rakyat terhadap kenaikan harga barang yang di pihak kerajaan tiada kenaikan.semuanya turun. Kita percaya ini merupakan langkah awal kerajaan. Kita tidak boleh diam sahaja, nanti satu persatu harga barang dinaikkan," katanya.

Dengan slogan 'Bantah Pembaziran, Selamatkan Rakyat', pelancarannya akan diadakan pada 9 Ogos ini di Kampung Kerinchi jam 6 petang.

Kampung Kerinchi dipilih untuk pelancaran kempen berkenaan kerana majoriti penduduk di kawasan itu terdiri daripada penduduk berpendapatan rendah dan sederhana, yang begitu terjejas dengan kenaikan harga barang.

Gabungan terdiri daripada parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu juga akan menyediakan sebanyak mungkin bahan makluman dan bacaan dalam bentuk risalah dan buku kecil untuk diedarkan kepada rakyat sepanjang tempoh kempen, sehingga kerajaan menurunkan kembali harga barang.

Selain itu juga, Protes akan mengadakan beberapa siri protes di peringkat negeri di seluruh negara.

"Kita akan selaraskan dan masa, tempat, aktiviti kita akan umumkan dari semasa ke semasa di seluruh negara," katanya.

Protes juga memutuskan untuk mengadakan jelajah ke negeri-negri dalam bulan Syawal ini dengan menaiki bas.

Pimpinan parti politik diajak bersama dalam siri jelajah itu bagi turun bertemu rakyat melalui aktiviti himpunan ringkas dan ceramah.

Protes juga jelasnya akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen pada 14 Oktober bersempena persidangan Dewan Rakyat.

Sekiranya kesemua langkah ini tidak dipedulikan kerajaan, Dr. Hatta menegaskan, Protes tidak teragak-agak untuk mengadakan satu lagi demonstrasi besar-besaran.

Beliau yang juag bendahari PAS bagaimanapun berkata, demonstrasi merupakan jalan terakhir setelah ruang yang panjang diberikan kepada kerajaan untuk mengubah tindakan mereka.

"Dan yang terakhir, setelah usaha-usaha ini dilakukan, tapi tidak jalan juga, barulah kita buat demonstrasi yang besar. Jadi sangat bergantung kepada respon kerajaan terhadap tuntutan kita.

"Kalau mereka masih tidak mahu mendengar suara rakyat, kita akan berdemo. Tapi kita tunggu sehingga hari akhir sidang Parlimen. Kalau mereka masih berdiam diri, kita akan umumkan masa dan tempat untuk kita berdemo dalam bula Disember ini," tegasnya.

Protes dalam sidang media sama turut menyenaraikan lima tuntutan mereka kepada kerajaan iaitu mahu kerajaan menghapuskan pembaziran dan ketirisan dalam projek-projek pembangunan, melakukan penstrukturan semula subsidi sebelum menurunkannya dan mendesak kerajaan melaksanakan akta gaji minima.

Selain itu, Protes menuntut kerajaan mengembalikan harga barangan yang dinaikkan ke harga asal dan yang terakhir menggesa kerajaan memberikan penjelasan mengenai subsidi RM4.6 bilion yang didakwa berjaya diselamatkan apabila harga bahan bakar diturukan pada Februari 2006.

"Dikatakan wang ini akan digunakan untuk menaik taraf pengangkutan awam di negara ini tapi sekarang apa yang dilakukan dan ke mana wang itu?" soalnya.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ahli Parlimen Lembah Pantai mewakili PKR, Nurul Izzah Anwar, pengerusi lajnah penerangan Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Al Jundi, setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan, bendahari Jemaah Islah Malaysia, Naha Mohd Nor, serta wakil-wakil dari Gabungan Persatuan Islam Malaysia (Gamis), Kelab Mahasiswa Independent (KAMI) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia.

Nota :

Jangan sesekali kita merasa takut...
Kerajaan Di Pilih Oleh rakyat...
Rakyat sepatutnya ajar kerajaan bila tidak betul..
Kita kena ingat..Suara Rakyat Adalah Suara keramat...!!!
Tiada Rakyat Maka Tiadalah Kerajaan...
Kita sebagai rakyat kena tunjuk kepada Najib jalan keluar dari Putrajaya...
Kah...Kah...Kah...Bagaiman dia datang...maka begitulah juga keadaan sewaktu dia pulang ke Pekan

Wajib Kena Baca..Kena Faham Dan Kena Buat...!!!

Alasan undi UBN kerana 'cari makan' masuk Neraka

"Selama ini kita dok ingat takpelah undi UBN kerana cari makan. Daruratlah... lebih-lebih lagi kakitangan kerajaan yang begitu takut kena pindahlah, itulah, inilah kalau undi Pakatan Rakyat sebab mereka dok percaya pihak kerajaan BN akan dapat trace jika mereka mengundi Pakatan Rakyat dalam setiap pilihanraya.

Selain daripada kakitangan kerajaan, para kontraktor lagilah takut sebab bimbang kompeni mereka kena 'blacklist' jika didapati sokong Pakatan. Dan lebih menjelekkan bila mana para petani, pekebun, peneroka dan yang berkerja sendiri pun turut takut tak memasal. Macam-macam alasan jahil yang mereka utarakan termasuk takut tak dapat bantuan bajalah, anak tak dapat masuk universiti dan tak dapat biasiswalah, anak tak dapat kerjalah dan pelbagai lagi jenis bayangan 'ketakutan' dan penyakit was-was akibat bisikan jin dan syaitan dalam jiwa mereka.

Semuanya ini berpunca kerana sudah hilang keyakinan terhadap janji Allah. Mereka ini lebih yakin dengan 'ugutan kosong' para pimpinan UMNO daripada janji Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Mereka lupa bahawa perbendaharaan langit dan bumi adalah milik mutlak Allah SWT. Mereka juga lupa segala keperluan dan kesenangan hidup yang dinikmati selama ini adalah semata-mata kurniaan Ilahi.

Apa yang berlaku ke atas majoriti umat Islam di dunia hari ini samalah seperti sikap dan tindak-tanduk orang Mekah yang dah memeluk Islam tetapi enggan menyertai hijrah Rasulullah S.A.W. ke Madinah. Antara alasan yang mereka berikan antaranya ;

1- Malu alah dengan pimpinan musyrikin Mekah (Abu Jahal, Abu Lahab) ketika itu yang telah banyak memberi bantuan kepada mereka seperti modal untuk berniaga, beri projek dan sebagainya.

2- Sayang mahu meninggalkan perniagaan yang sudah semakin maju.

3- Bimbang jika tak boleh cari makan di Madinah

... dan pelbagai macam alasan yang diberikan.

Apakah jawapan Allah kepada golongan sebegini?

Dalam Surah An-Nisa'(4) : ayat 97-98إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنتُمْ ۖ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِقَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَافَأُولَـٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا ﴿٩٧﴾ إِلَّا الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ لَا يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يَهْتَدُونَ سَبِيلًا

Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah).


Sudah jelas di sini bahawa alasan 'cari makan' yang kita kemukakan bagi 'menghalalkan' tindakan kita mengundi UBN dalam pilihanraya akan mengakibatkan kita dihumban ke dalam Neraka Jahannam.

Kita semua sudah sedia maklum bahawa UMNO adalah sebuah parti berfahaman sekular yang jelas sesat. Bukan setakat itu saja malahan sudah terbukti UMNO juga memang benci dan memusuhi Islam. Penyelewengan dan rasuah dalam UMNO sudah menjadi rukun parti itu. Membohongi dan menindas orang Melayu secara terancang dan pelbagai lagi kekejian yang dilakukannya sepanjang 52 tahun memerintah.

Bila mana majoriti umat Islam masih lagi dok memberi undi kepada BN yang diketuai UMNO, maka tindakan menyokong itu samalah ertinya kita terus redha dengan segala dasar dan tindakan mereka selama ini.

Memang saya tidak akan berhenti untuk menyeru seluruh rakyat khususnya umat Islam agar segera meninggalkan UBN demi kebaikan hidup di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat kelak.

Kita semua akan mati. Dan saya juga percaya tiada sorang pun dari kalangan kita yang mahu masuk Neraka. Hatta golongan kafir sekalipun.

Adalah amat malang bagi kita yang telah dikurniakan oleh Allah dengan nikmat Islam tetapi penghujungnya kita terpaksa mendiami Neraka hanya disebabkan alasan cari makan. Sudah pasti kita akan tercengang-cengang di padang Mahsyar kelak bila mana Allah membuat keputusan yang kita ni ahli Neraka walhal solat, puasa, zakat, haji dan pelbagai amalan lain telah kita sempurnakan sewaktu di dunia.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Masih ada masa untuk kita melakukan hijrah daripada kegelapan kejahilan (kekufuran) kepada cahaya kebenaran (Islam).

Buktikan 'hijrah' itu dengan mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.

Jazakallah.

Jawa Selangor Tak Sebulu Dengan Jawa Johor...!!!


KERAJAAN SELANGOR UMPAMA RESMI AYAM : NOH - melayau

Noh Omar mengibaratkan kerajaan negeri Selangor seperti “ayam bertelur sebiji riuh sekampung” dalam mempromosikan keberkesanan pentadbirannya.
Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) berbelanja lebih untuk promosi dan publisiti sehingga rakyat mudah terpengaruh.
"Kelemahan kita (Barisan Nasional) pula kurang buat promosi,” katanya.

TPM IBRATKAN PAKATAN RAKYAT BURUNG KAKAK TUA – mkini

Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan Pakatan Rakyat, terutamanya di Selangor, hanya pandai berkata-kata seperti burung kakak tua, manakala kerajaan negeri itu hanya pandai membuat janji tanpa memikirkan adakah janji-janji itu mampu ditunaikan atau sebaliknya.
------------------------------------------------------------------
Kah...Kah...MUNKEEE INI MESTI BUKAN DALAM TIM SEMBAB....

Kah..Kah...MUNKEE INI MESTI DOK DALAM TIM NAJIB.....

Kah..Kah....TAK PERCAYA..??? BUKTINYA BILA SEMBAB KATA SELANGOR MACAM KAKAK TUA....!!!

Kah..Kah...MUNKEEE INI KATA SELANGOR MACAM AYAM.....

Woitttt...MACAM MANA NAK RAMPAS SELANGOR....??

Kah...Kah...NAK BERKEMPEN PUN DAH TAK SEBULU....!!!

Woittt....INI BARU DUA EKOR JAWA.... DAH GADUH TAK ABIS ABIS.....!!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...BUKTI PERJUANGAN BANGSA TAK AKAN KEMANA...PERJUANGAN UNTUK AGAMA YANG PATUT DI PERKUATKAN...

Dulu Liwat...Sekarang Zina...!!!



TIMBALAN PEDAKWA RAYA WANITA KES LIWAT ANWAR DI GUGURKAN SERTA MERTA – Berita Hairan

Timbalan Pendakwa raya, Farah Azlina Abdul Latif yang terbabit dalam kes liwat Anwar Ibrahim, digugurkan dari pasukan pendakwaan kes itu berkuatkuasa serta merta.

Peguam Negara, Abdul Gani Patail ketika mengumumkannya berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak persepsi negatif masyarakat terhadap pihak pendakwaan.

Dalam laporan sebuah laman web semalam, Peguam Anwar, Sankara Nair mendesak Peguam Negara, memberikan maklum balasnya berhubung dakwaan Raja Petra Kamaruddin iaitu salah seorang timbalan pendakwa raya wanita dikaitkan dengan saksi utama kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
--------------------------------------------------
Woittt.....DARI KES LIWAT SUDAH JADI KES ZINA.....

Woitttt....MANA JAIS....??? MANA JAWI....????

Kah...Kah...MANA MUFTI...??? MANA HARUS SANI....???

Kah...Kah… MANA PEJUANG ISLAM ZUL NORDIN.....???

Woitttt...KENAPA TAK SIASAT BERITA FITNAH NI...???

Kah...Kah..INI FITNAH ZINA DARI RAJA PETRA.....!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....INI SEMUA PERANCANGAN ALLAH...NAK BAGI KELU BAHAWA SI SAY FOOL MEMANG BAPAK PENIPU...!!!

Nota:

Dulu azizan kena tangkap kes khalwat
Ini Sai Fool pulak dengan kes zina
Nampaknya pelakon drama sodo mee ini tak dapat
kawal kepala atas dan kepala bawah kah kah kah

Sinar Keadilan Bukan Sinar Harian....Faham....!!!


Obor dirampas, edaran akhbar PKR ditambah -MKini

Kongsi 8Walaupun Obor Keadilan didakwa mula dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), PKR terus menerbitkan akhbar barunya setelah Suara Keadilan digantung bulan lalu.

Kali ini, Sinar Keadilan pula muncul dengan edaran lebih besar sebanyak 85,000 di seluruh negara - bertambah sebanyak 25,000 daripada edaranya biasa 60,000 naskhah.

Ketua pengarang akhbar parti itu Dzulkarnain Taib berkata, tindakannya meningkatkan edaran "akhbar tidak berkala" itu dibuat susulan daripada permintaan daripada ahli dan orang ramai.

"Daripada respons, ketiadaan Suara Keadilan amat dirasai oleh ahli dan orang ramai yang melanggan (akhbar itu)," katanya.

Nota :

Rakyat dah boleh pilih mana satu sumber berita yang betul dan palsu....
Rakyat amat dahagakan informasi yang telus dan tepat...
Rakyat bukan bodoh lagi...
Rakyat dah cerdik...
Rakyat hanya mahu yang benar semata-mata bukannya bohong...