Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 7, 2010

Hanya UMNO Yang Fobia Pada Islam...!!!!


Islam Bukan Lagi Fobia Pada Kaum Cina - BO

Islam bukan hak ekslusif bangsa Melayu atau mana-mana bangsa. Islam agama Allah, tuhan semua bangsa. Allah sebagai tukang buat manusia menciptakan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan dan Allah jugalah yang menurunkan Islam untuk menjadi pegangan manusia. Tiba-tiba mana mungkin boleh jadi Islam sesuai untuk satu bangsa tapi tak sesuai untuk satu bangsa lain, seolah-olah bangsa lain ada tuhan lain yang buat, bukan Allah.

Marilah kita tinggalkan perjuangan kebangsaan kerana langit, bumi, bukan bangsa melayu yang buat, bukan bangsa Arab, tapi dibuat oleh tuhan segala bangsa, Allah! Perjuangan Islam yang kita galas, bukan satu pilihan tapi suatu kewajipan bila kita hidup menumpang muka bumi tuhan. Mana mungkin kita boleh berjalan atas muka bumi tuhan, makan dan minum dari rezeki tuhan, bernafas dengan oksigen tuhan, tiba-tiba kita tak nak buat kerja untuk tuhan, tak nak buat kerja untuk Islam. Atas dunia pun kalau kita masuk kedai, makan, minum kemudian tak nak bayar, orang akan marah apatah lagi kita tumpang segala-galanya milik Allah, tiba-tiba kita nak semuanya secara percuma. Mana ada jalan.

Alhamdulillah, Islam bukan lagi satu fobia di dalam masyarakat kita. Malah pada malam ini kita menampilkan penceramah berbangsa Cina, YB Drs Khalil Idham Lim Abdullah, Adun Titi Serong. Indah dan terbukanya PAS kerana boleh terima siapa saja asalkan Islam. Umnolah yang bertanggungjawab mewujudkan suasana fobia masyarakat kepada Islam demi kepentingan politik sempit mereka. Mereka tahu, kalau masyarakat faham Islam dan mengamalkan cara hidup Islam, mereka akan kehilangan sokongan. Rakyat tak akan sokong Umno lagi. Lantas, demi survival politik, tak apa masyarakat rosak, asal mereka tak hilang sokongan.

Inilah antara intipati ucapan saya dalam program Ceramah Umum sempena Program Hari Raya PAS DUN Langkap. Hadir sama Ustaz Mohd Pauzi Muda, Yang Dipertua Pas Kawasan, YM Tengku Ahmad Tengku Husin, Pengarah DUN Langkap dan Ustaz Rozali Mohammad.(Gambar)

YB Drs Khalil Idham dalam ucapannya menceritakan di Negara Cina terdapat kira-kira 130 juta ummat Islam malah ada satu masjid di sebuah wilayah di Cina, kehadiran solat Jumaat mencecah sehingga 20,000 orang jamaah. Beliau yang berasal dari Bachok, Kelantan mengucapkan kalimah syahadah ketika berusia 22 tahun mengakui ketenangan berada dalam agama Allah.

Islam mengajar kita, dengan kuasa anugarah Allah, wajib kita berlaku adil kepada semua rakyat walau apa bangsa sekalipun. Inilah yang telah dipraktikkan ketika era kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Bohong tuduhan Umno bahawa DAP anti Islam. Ini semua tuduhan orang buta maklumat. Kelulusan pemberian tanah kepada Pondok Pok Teh di Pengkalan Hulu, Perak disokong oleh Exco DAP sedangkan lebih 10 tahun permohonan tersebut terbengkalai dizaman kerajaan Umno. Semua orang tahu siapa yang hentikan bantuan kepada SAR kalau bukan Umno. Semua orang tahu siapa yang sambung balik peruntukan untuk SAR kalau bukan kerajaan Pakatan Rakyat termasuk kerajaan pimpinan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang dituduh Umno sebagai kerajaan kafir harbi. Salahkah Lim Guan Eng kerana dia Cina sedangkan sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang semua Cina. Exco DAP Perak juga yang mencadangkan qari dan qariah Perak yang menjadi johan ujian tilawah peringkat kebangsaan ditaja untuk mengerjakan haji dengan biaya kerajaan negeri. Ini cuma beberapa contoh.

Pemberian hak milik tanah kepada orang-orang Cina yang rata-ratanya miskin di Kampung Baru dan telah menetap di situ hampir 2 generasi tanpa dapat hak milik di zaman Umno, apakah boleh dikira mengadaikan tanahair kita kepada bangsa lain sedangkan kerajaan Umno mengurniakan puluhan ribu hektar tanah kepada tauke-tauke Cina yang kaya raya. Seolah-olah bantu orang-orang Cina miskin, salah! tapi bantu tauke Cina yang kaya raya, tak apa! Ini undang-undang mana Umno guna pakai.

Nota :

Apa untungnya Umno cuba mengapikan sentimen perkauman dan keagamaan....
Kononnya Najib telah menawarkan bantuan kepada Barack Obama bagi mengatasi masalah Islamofobia...
Tanpa dia sedar bahawa Umnolah yang sebenarnya fobia dengan Islam.....
Kah...Kah....Kah.....!!!

Hanya Natang Bewok Yang Suka Cakap Pelawok....!!!

Siapa Rahimi Osman? - MK

PKR, yang mendapat publisiti buruk khususnya pada mesyuarat agung tahunan beberapa cabangnya sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sekali mencuri tumpuan dengan pendedahan oleh Rahimi Osman.

Beliau membuat laporan polis semalam dengan mendakwa Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Ketua Pemuda PKR Kedah Saiful Izham Ramli memaksanya membuat dua laporan bersumpah pada tahun 2008.

Dalam laporannya, beliau berkata akuan bersumpah berkenaan dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.

Rahimi adalah pembantu Anwar pada tahun 2007 dan 2008 dan dikatakan antara mereka yang paling rapat dengan ketua umum PKR itu semasa pilihan raya umum.

Kandas di UIA

Beliau direkrut pada Mac 2007 bagi mengemas-kini blog Anwar, selepas kandas dalam peperiksaannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Jejaka berusia 25 tahun itu ditempatkan di pejabat PKR di Seksyen 16, Petaling Jaya yang juga dianggotai oleh kakitangan lain seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Sim Tze Tzin dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah - semua mereka sekarang ini adalah perwakilan PKR.

Seorang lagi kakitangan adalah Nathaniel Tan yang mengendalikan sebuah lagi pejabat di Phileo Damansara.

"Rahimi menyertai pada mulanya sebagai seorang sukarelawan. Tetapi beliau kemudian menguruskan semua temu-janji Anwar khususnya ketika tempoh pilihan raya kerana semua pembantu lain sibuk dengan kempen masing-masing,” kata seorang lagi kakitangan, Farhash Wafa Salvador.

Yang menarik, Rahimi adalah rakan sekolah Mohd Saiful Bukhari Azlan, di SMK Damansara Utama.

Saiful adalah pembantu kepada Anwar yang mendakwa dirinya diliwat tanpa rela oleh ketua pembangkang itu.

Rahimi juga adalah orang yang memperkenalkan Saiful kepada bossnya itu.Perkara berkenaan didedahkan oleh Saiful semasa perbicaraan kes liwatnya itu.Malah, nama Rahimi ditimbulkan sebanyak dua kali pada perbicaraan berkenaan.

Saiful juga membuat pengakuan bahawa Rahimi menghubunginya untuk berbual pada satu ketika pada Mac 2008 sebelum pilihan raya umum diadakan.

Nota :

PKR perlu berhati-hati dengan sindrom "Duri Dalam Daging" atau "Api Dalam Sekam" dalam parti mereka...
Demi keutuhan part PKR...satu tindakan drastik perlu di ambil segera...
Supaya sindrom sebegini tidak semakin membarah dalam parti PKR...

Ku Li Tahu Niat UMNO....!!!


PAS : UMNO MAHU HINA TENGKU RAZALEIGH – HD

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan cadangan Muhyidin Yassin agar Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai calon BN di Galas adalah satu penghinaan kepada Ketua Umno Gua Musang itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, tindakan Umno itu juga adalah cubaan menghilangkan pengaruh Tengku Razaleigh yang dahulunya satu nama besar dalam sejarah Umno.

"Cadangan ini satu penghinaan kepada Ku Li selepas jadi menteri kini di minta duduk dalm Dun jadi Adun pembangkang pula," katanya.

Bagi beliau, nilai Razaleigh adalah jawatan Perdana Menteri dan tidak layak untuk jawatan yang lebih rendah daripada itu.

Oleh itu, apabila Muhyidin mencadangkan beliau menjadi calon, ia bukan untuk kepentingan Ku Li tetapi menjaga kepentingan politik Umno semata-mata.

"Muhyidin ingat Ku Li boleh menyelamatkan maruah Umno tetapi dalam masa yang sama dia tidak sedar ini satu penghinaan kepada Ku Li," kata Hatta lagi.
--------------------------------------------------------------
Woittttt.....KESIAN KU LI.....

Kah...Kah....ADA KE PATUT KU LI BERTANDING BALIK KE ADUN......

Kah...Kah....MACAM MACAM DI BUAT UNTUK MENGHINA KU LI.....

Kah...Kah....SEBENARNYA ADA ORANG YANG TAKUT.....MANA TAHU KALAU KALAU.....

Kah...Kah...KALAU KALAU KU LI AKAN DAPAT SOKONGAN SELURUH MALAYSIA......

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...YA LAH SOKONGAN UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI YANG BARU...ADA PULAK YANG KEMPUNAN NANTI....

Apa Cer......???

PERTUBUHAN HARAM GUNA FACEBOOK DIBERI AMARAN – BH

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) memberi amaran akan mengambil tindakan mendakwa pertubuhan haram yang berleluasa di internet, termasuk laman sembang popular Facebook.

Ketua Pengarahnya, Md Alias Kalil, berkata pihaknya menyedari ramai individu menggunakan internet seperti Facebook dan blog sebagai platform untuk menjalankan kegiatan mereka, termasuk mewujudkan pelbagai pertubuhan membabitkan orang ramai.
Katanya, mengikut Akta Pertubuhan 1966, jika tujuh individu bergerak sebagai ahli dan menjalankan gerakan menggunakan jenama tertentu di laman sembang Facebook, mereka juga termaktub dalam akta terbabit dan perlu mendaftar.

“Ada menggunakan platform terbabit untuk berniaga atau lebih dikenali perniagaan dalam talian yang boleh mendatangkan masalah kepada orang ramai jika dibiarkan berterusan,” katanya.

Md Alias menasihatkan, kumpulan tertentu yang wujud di laman Facebook dan menjalankan kegiatan bagi pihak orang ramai serta membuat kutipan yuran, supaya mendaftar dengan JPPM.
---------------------------------------------------------------
Woittttt.....TAK ADA KERJA LAIN KE...??

Woitttt.....MALAON INI MEMANG BEBAL.....MEMANGBANGANG....TUJUAN INTERNET MEMANG NAK BERI KEBEBASAN......

Kah...Kah....ADA BERJUTA JUTA PERSATUAN DAN KUMPULAN DALAM FACEBOOK.....

Kah...Kah....BAHLUL NI TAHU KE APA DIA FACEBOOK....????

Kah...Kah... FACE BOOK BUKANNYA MUKA DEPAN BUKU.....???

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH.....SEBENARNYA AKU PUN TAK TAHU...KWA..KAWA...KWA....!!!

Nota :



Ini pun bukan facebook...ini adalah face on the book...bodoh !!!!
Kah....Kah....Kah.....!!!

Sah...SPR Memang "Lembu" UMNO/BN.....!!!


SPR DIDAKWA BANTU BN KURANGKAN PENGUNDI – HD

:Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba membantu BN meminimumkan penyertaan pengundi luar dalam Pilihan Raya Kecil Dun Galas
Dakwaan itu katanya, munasabah memandangkan SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan membuang undi adalah pada hari bekerja iaitu penamaan calon pada Selasa, 26 Oktober manakala mengundi pada Khamis, 4 November depan.

"Pihak Barisan Nasional ingin menentukan bahawa orang-orang Kelantan di perantauan tidak dapat balik," ujarnya petang tadi di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini.

Menurut beliau, sepatutnya SPR menentukan hari pembuangan undi pada hari cuti, iaitu Sabtu.
--------------------------------------------------------------------------
Woitttttt.....TAK KAN BARU INI SEDAR.......

Woitttttt.....TAK KAN TAK TAHU SPR ADALAH BARUA UMNO/BN......

Kah...Kah.....SPR SENGAJA PILIH HARI BEKERJA......

Kah...Kah.... SUPAYA RAMAI ORANG TAK DATANG BANTU KEMPEN.....

Kah...Kah.....SUPAYA RAMAI PENGUNDI LUAR TAK BOLEH PULANG MENGUNDI....

Kah...Kah....INI SEMUA TAK PELIK...SEMUANYA DAH DI AGAK....

Kah...Kah....INI SEMUA TRICK SPR SUPAYA BN MENANG DI GALAS....

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH....SPR MEMANG DARI DULU & SEKARANG JADI LEMBU UMNO/BN...TAPI AKAN DATANG....BELUM TENTU....

Kita Tengok Siapa Yang Kena....!!!!

PENCALONAN KU LI


Tengku Razaleigh Hamzah yang pada ketika ini berada di luar negara
akan membuat satu sidang akhbar sekembalinya ke tanah air pada pagi Jumaat ini.

Adalah difahamkan bahawa Ku Li akan mengumum kan bahawa beliau telah bersetuju untuk menerima kedua-dua pencaloan.

Nota :

1) Pencalonan pertama ialah pencalonan Ku LI untuk menjadi Perdana Menteri.

2) Pencaloan kedua ialah pencalonan untuk menampar muka Muhyiddin Yassin yang memandai memandai melantik Ku Li sebagai Pengarah PRK Galas dan mencadangkan Ku Li sebagai calon.

Kah...Kah...Kah...!!