Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 7, 2011

Hati-Hati Dengan Si 'Batu Api'...!!


Hasan Ali 'penyelamat' Selangor, kata Utusan -MK

Orang yang mampu menyelamatkan Selangor dan menyatukan orang Melayu adalah ahli exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali. Demikian pendapat edoitor kanan, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan.

Sambil melabelkan Hasan sebagai seorang pejuang yang diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Zaini berkata hanya Hasan sahaja yang digeruni oleh kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh DAP. Ini kerana beliau mempunyai pengaruh yang luas di kalangan pengikut PAS dan penjawat-penjawat awam Melayu.

Katanya, Hasan juga adalah ahli exco tunggal yang membela Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan menyelamatkan akidah umat Islam daripada kumpulan evengelis Kristian.

“Ternyata beliau seorang pejuang. Beliau tidak gentar kehilangan kerusinya, jawatannya, kedudukannya demi maruah kesucian agama Islam dan keutuhan bangsa Melayu yang cuba dipecahbelahkan.”

Justeru, menurut Zaini dalam kolum 'Cuit', Hasan mempunyai kelebihan dan dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan dengan menyatukan secara politik PAS dan Umno

“Kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Hasan untuk melakukan perubahan. Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor,” tulisnya.

Sebagai bukti, sokongan sultan dan pengiktirafan kepada exco PAS itu, Zaini menyentuh mengenai spekulasi bahawa Hasan akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor pada Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, minggu depan

“Tapi mengapa DYMM Tuanku berkenan dengan Hasan? Dari sudut hati kecil Tuanku, mungkin baginda mahu Selangor diselamatkankah?

“Mungkinkah baginda juga menaruh harapan yang tinggi terhadap keupayaan Hasan? Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan,” katanya lagi.

Nota :

Selain dari fitnah utusan juga adalah pakar dalam menjadi batu api dan melaga2kan mush mereka seperti antara parti dalam pakatan..pastikan kita jangan sampai terpedaya edgn tipu helah mereka...Maka berhati-hatilah...kah..kah...kah...!!

Soalan Khalwat ADUN Kijal Ditolak..!!


KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu sepatutnya memanfaatkan Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu (Sidang DUN) yang sedang berlangsung bagi menjelaskan perkara-perkara yang menjadi persoalan di kalangan rakyat.

Ia merupakan medan terbaik memandangkan Dewan Undangan Negeri dianggap sebagai sebuah dewan yang mulia.

Setiap soalan yang dibawa oleh wakil-wakil rakyat merupakan suara rakyat yang sepatutnya tidak diabaikan oleh kerajaan.

Malangnya, hampir keseluruhan soalan-soalan yang dikemukakan oleh wakil-wakil rakyat PAS ditolak tanpa sebarang alas an yang munasabah.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, kesemua lima soalan bertulisnya telah ditolak speaker Dewan undangan Negeri

“Soalan bertulis saya semuanya ditolak,”ujarnya ketika ditemui Buletinonline pada Selasa, 6 Disember.

Menurutnya , antara soalan bertulis yang beliau ajukan adalah berkenaan kemusykilan orang ramai tentang berita ADUN Kijal yang juga Menteri Besar Terengganu telah ditangkap ‘khalwat’.

“Ada satu soalan saya tanya, sejauhmana kebenaran dakwaan yang ditulis oleh blogger yang menyatakan wakil Kijal ditangkap khalwat tu, yang tu pun kena tolak,”jelasnya.

Beliau berkata, sekiranya perkara tersebut tidak benar, kerajaan hanya perlu mnyatakan bahawa ia tidak betul dan tidak perlu speaker dewan menolak soalan tersebut.

Pemimpin Kaya Raya...Rakyat Miskin Nak Mampusss....!!


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud didakwa dengan bongkaknya berkata bahawa beliau mempunyai lebih banyak wang daripada boleh dihabiskannya.

Menurut sebuah NGO Switzerland yang berkempen menentang rasuah di Sarawak, Dana Bruno Manser (BMF) - di Malaysia sahaja, keluarga Taib memiliki U$1.46 bilion (RM4.6 bilion) aset korporat di 14 syarikat.

Dakwa BMF lagi, Taib, empat anaknya, lapan adik-beradik dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi, memiliki kepentingan dalam 332 syarikat-syarikat di Malaysia.

Antara tiga syarikat terbesar yang dikuasai mereka, menurut BMF, adalah Cahya Mata Sarawak atau CMS (84 peratus daripada aset bersih RM2.4 bilion), Custodev Sdn Bhd (25 peratus daripada RM1.6 bilion) dan Ta Ann Holdings Bhd (sekurang-kurangnya 35 peratus daripada RM1.4 bilion).

CMS, yang popular dengan jolokan ‘Chief Minister's Sons', disenaraikan sebagai konglomerat yang terbabit dengan sektor pembinaan, simen, keluli, hartanah, pendidikan, swasta dan kepentingan broker saham. Custodev pula adalah sebuah syarikat pembangunan hartanah.

Manakala Ta Ann pula bergiat dalam bidang pembalakan dan perladangan, khususnya, minyak sawit. BMF jugamendakwa keluarga Taib adalah pemilik tunggal Achi Jaya Holdings, pemegang monopoli ke atas eksport balak, dengan aset sebanyak RM550 juta.

Penemuan ini bercanggah dengan dakwaan Taib bahawa saudara-mara dan keluarganya cuma memperolehi kekayaan di luar Sarawak, hasil kepakaran dan bakat keusahawanan mereka.

Taib juga sebelum ini menafikan bahawa ahli keluarganya bertindak sebagai proksi beliau. Sebaliknya, dakwa beliau saudara-mara dan ahli keluarganya kaya-raya kerana mereka adalah "bijak" dan "cekap".

"Kami anggap kepentingan korporat keluarga Taib sebagai aset haram. Terdapat banyak petunjuk bahawa Taib telah menyalahgunakan kedudukannya bagi membina empayar perniagaan berbilion ringgit berdasarkan rasuah dan penipuan," dakwa pengarah BMF, Lukas Straumann dalam kenyataan akhbar dikeluarkan di peringkat antarabangsa pada hujung minggu lalu.

"Kami terkejut melihat keluarga Taib sebegitu kaya manakala rakyat Sarawak perlu bergelut dengan kemiskinan yang berleluasa dan kekurangan infrastruktur dan bantuan kerajaan," katanya. MK