Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 10, 2011

Kisah Tauladan : Penampar... Itulah Jawapannya...!!


Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.


Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak....!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak....!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat daripada apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
Pemuda : Kulit dan daging...!!!
Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
Pemuda : Kulit dan daging....!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?
Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!

Pemuda : Allahuakbar!

Tiba-Tiba....!!


Tiba-tiba Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO berkempen untuk menaikkan ulamak dalam kepimpinan PAS, walhal sejak berdekad akhbar tersebut menjadi pencaci kemimpinan ulamak dalam parti Islam terbesar di negara ini.

Tiba-tiba UMNO menjadi ‘sedih’ kerana semua jawatan nombor dua dan tiga PAS dimenangi oleh individu bukan ulamak dalam pemilihan muktamar, padahal selama ini semua ulamak dalam PAS dituduh sebagai ulamak politik yang menjual agama untuk kepentingan kuasa.

Tiba-tiba PAS didakwa telah dikuasai oleh PKR dan DAP, dengan perubahan yang hanya berlaku di dua tempat iaitu satu Timbalan dan satu Naib Presiden, sedangkan lebih 90 peratus kepimpinan PAS Pusat yang menang dalam muktamar lalu adalah mereka yang pernah berada berada dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat sesi lalu.

Tiba-tiba Mat Sabu dituduh pendokong Anwariyyun, sedangkan nama Mohamad Sabu selama ini diungkitkan oleh UMNO sebagai pengkritik kuat Anwar suatu masa dulu dengan gelaran tertentu.

Tiba-tiba UMNO ‘susah hati’ kerana PAS didakwa telah meninggalkan matlamat menegakkan negara Islam walhal sejak berzaman negara Islam dan hudud menjadi bahan persendaan UMNO, manakala dalam UMNO sendiri negara Islam dan hudud tidak pernah menjadi agenda pun.

Tiba-tiba UMNO menggelepar kerana PAS mahu laksanakan negara berkebajikan sedangkan selama ini UMNO dikatakan mahu menegakkan negara Islam.

Tiba-tiba Tun Mahathir mengumumkan Karpal Singh dan DAP yang untung kerana berjaya halang PAS laksana hudud, sedangkan penghalang besar hudud ialah beliau sendiri apabila mengurus surat kepada Menteri Besar Kelantan untuk mengambil tindakan jika kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hudud seperti yang diluluskan dalam Sidang DUN Kelantan.

Tiba-tiba Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yang dispekulasikan sebagai bakal perdana menteri melalui kenyataan adu domba pemimpin BN terhadap kedua-dua pemimpin itu. Walhal selama ini spekulasi calon Perdana Menteri hanya datang dari parti UMNO.

Tiba-tiba’ adalah peristiwa mengejut, biasanya berlaku di luar kebiasaan. Dalam kehidupan manusia apabila tiba-tiba seseorang berperangai pelik ia membawa dua maksud. Pertama, jika orang itu sudah tua dia sedang memasuki zaman nyanyuk. Kedua dia dikatakan ‘buang tebiat’, perangai ganjil seseorang yang dilakukan menjelang ajalnya yang hampir.

UMNO adalah parti yang sudah tua, 65 tahun sebagai pemerintah. Kenyataan para pemimpin mereka hampir tidak boleh dipakai lagi. Asyik merapu, meraban dan sentiasa kontradik.

Contohnya dalam isu negara berkebajikan, ada pemimpin UMNO yang berkata Malaysia tidak mampu untuk melaksanakan negara berkebajikan kerana jika dibuat juga maka Malaysia akan jatuh bankrap. Ada pula pemimpin UMNO yang berkata, PAS sudah ketinggalan zaman kerana negara berkebajikan telah lama diaksanakan oleh UMNO. Mana satu yang betul?

UMNO selalu berhujah, macam mana PAS nak buat negara Islam bertanding cuma 60 kerusi, kalau menang semua pun tak boleh buat negara Islam tanpa sokongan parti-parti bukan Melayu yang memang menolak negara Islam. Bila PAS isytihar nak buat negara berkebajikan, UMNO tuding jari tengok PAS dah tolak negara Islam. Mana satu yang betul?

Begitu juga dengan isu negara Islam. Pemimpin UMNO berkata PAS sudah meninggalkan perjuangan menegakkan negara Islam tetapi di dalam akhbar-akhbar Cina mereka memberitahu, orang Cina kena berhati-hati. PAS kononnya cuma berpura-pura meninggalkan negara Islam untuk menarik undi bukan Melayu. Mana satu yang betul?

Presiden PAS kononnya telah menukar polisi parti, untuk menaikkan dirinya sebagai Perdana Menteri apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak. Dalam waktu yang sama, PAS yang diterajui beliau dikatakan tunduk kepada Anwar, mengagungkan Anwar dan tetap mahu mengangkat ketua pembangkang itu sebagai Perdana Menteri walaupun (kononnya) tahu beliau bermasalah. Mana satu yang betul?

Kerajaan BN dikatakan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, mampu memberi pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat dalam apa juga aspek yang menjadi keutamaan rakyat. Kerajaan BN menaikkan harga minyak, gula dan tarif elektrik kerana tidak mampu lagi menanggung beban subsidi yang besar akibat sumber kewangan yang terbatas. Mana satu yang betul?

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin memberitahu RM19 billion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi. Tetapi kenaikan tarif elektrik yang diumumkan kerajaan BN adalah kerana merasionalkan subsidi atau bahasa yang mudah difahami ialah subsidi ditarik balik. Sekejap subsidi, sekejap bukan. Mana satu yang betul?

Bertabiat pelik dan berpemikiran celaru adalah imej terkini UMNO menjelang hari-hari terakhir berada di tampok kuasa. Bila sikap sudah tindak konsisten, cakap makin hari makin merapu maka elok kalau kita ingat akan pesan orang tua-tua. “Orang gila jangan dok layan sangat, nanti orang tuduh kita pun sama gila…”/

Beberapa 'Fakta Penting' Yang Telah Cuba Di Sembunyikan Oleh Lynas...!!


Satu sesi ceramah telah dianjurkan oleh Save Malaysia pada 5 Jun lalu di Tingkat Atas GC Curry House Jalan Air Putih Kuantan. Beberapa perkara yang tidak dimaklumkan oleh Lynas dan tidak pernah diberitahu kepada rakyat telah didedahkan oleh Dr.Lee Che Chong (foto). Beliau berkongsi pengetahuan keseluruhan tentang operasi kilang pemprosesan rare earth Lynas di Gebeng.

Beliau mendapat Doktor Falsafah (PHD) dalam jurusan kejuruteraan dan sains kakisan (corrosion science and engineering) dari University of Manchester, UK dan berkelayakan sebagai perunding kejuruteraan serta terlibat dalam bidang tersebut selama 7 tahun. Beliau juga dilahir dan dibesarkan di Kuantan. Dr. Lee berkata, menurut laporan yang disediakan oleh Lynas, Lynas Advance Material Plant(LAMP) akan menghasilkan 11,000ton rare earth tulen pada tahun pertama dan 22,000ton pada tahun seterusnya. Ikut pasaran sekarang, harga jualan satu kilogram (KG) rare earth tulen adalah USD$180. Malah, LAMP itu akan menghasilkan air buangan sebanyak 500ton sejam, gas buangan sebanyak 100,000meter padu sejam, dan sisa simen yang mempunyai elemen beradiasi (Iron-phosphogypsum) sebanyak 64,000 ton dimana kandungan Thorium adalah 1655 ppm (atau 106ton) dan Uranium adalah 87 ppm (atau 5.6ton). Di samping itu, nilai eksport hasil Lynas itu dijangka boleh mencapai RM8 Billion setahun tetapi dikecualikan tax selama 12 tahun ( insentif tax) yang yang diberi oleh Kerajaan Malaysia.

"Dan itu hanya terjadi apabila kecekapan proses adalah 100%," kata Dr. Lee. "Semua orang faham, adakah kecekapan 100% boleh berlaku ? Dalam proses kimia, ada proses yang kecekapan hanya setinggi 70%, " kata pakar kejuruteraan kimia tersebut. Merujuk kepada gambar atas yang menunjukkan langkah proses LAMP itu, jika kecekapan proses tidak mencapai 100% atau tidak cekap, kemungkinan amat besar, pencemaran radiasi akan berlaku melalui gas buangan, air buangan dan juga sisa buangan yang awalnya didakwa tidak beradiasi itu. Jumlah sisa buangan tersebut akan mencapai 231800 ton setahun (Gypsum 55,800ton/tahun + Magnesium-rich Gypsum 176,000ton/tahun).

Lynas Advance Material Plant(LAMP) adalah Kilang pemprosesan rare earth yang berkemungkinan amat besar untuk memusnahkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan penduduk yang tinggal sekitar 30km darinya yang berpopulasi 700 ribu orang, termasuk kawasan Balok, Kemaman dan Kuantan. Namun, Lynas diberi cuti cukai selama 12 tahun dan Rakyat Malaysia pula akan terpaksa memikul tanggungjawab yang tidak munasabah, iaitu menjaga tempat simpan sisa radioaktif merbahaya untuk selama-lamanya. Dalam sesi ceramah itu, Dr. Lee Chee Hong juga amat menekankan jenis radiasi yang pihak Lynas tidak menjelaskan, tapi itu yang sangat penting, iaitu Radiasi Luaran & Radiasi Dalaman, terutamanya ramai yang tidak sedar tentang kejadian radiasi dalaman yang sangat merbahaya dan dasyat."Memang tidak salah Yang Berhormat Menteri Besar Pahang berkata bahawa radiasi yang dilkeluarkan oleh bitumen dan telefon bimbit jauh lebih tinggi daripada sampel tanah rare earth itu," ringkas kata Doktor Falsafah dalam jurusan kejuruteraan dan sains kakisan itu. "Tapi, persoalannya ialah yang diberitahu itu cuma bahagian radiasi luaran, bagaimana pula dengan kesan radiasi dalaman yang berpuncakan proses dan juga sisa beradiasi Lynas tersebut?"

Adakah pihak Lynas dapat memberi jaminan 100% bahawa habuk-habuk yang beradiasi dari kilang pemprosesan itu tidak tersebar ke alam sekitar? Jawapannya jelas, TIDAK. Apabila habuk ataupun partikel radioaktif termasuk dalam tubuh badan manusia atau sebarang hudupan, radiasi dalaman terjadi dan pada jarak yang sedekat 1micron (0.000 001 meter) antara punca radiasi dan sel badan, sinaran radiasi(alpha atau beta) yang dilkeluarkan daripada partikel-partikel beradiasi itu cukup membawa kemusnahan kepada sel dalam badan, terutamanya perubahan terhadap DNA. Berikut adalah satu chart yang menunjukkan proses pelupusan radioaktif pada unsur utama sisa beradiasi kilang Lynas itu, iaitu Thorium.

Thorium ataupun Thorium-232 merupakan satu unsur kimia radioaktif yang amat tidak stabil, ia akan terus melupus dan juga bertukarbentuk seperti yang ditunjuk dalam chart tersebut. Dan pada setiap proses tukarbentuk, sinaran radiasi alpha atau beta akan dipancarkan. Dari segi kimia, setengah-hayat Thorium-232 mengambil masa selama 14,050 juta tahun ! Bayangkanlah proses pelupusan partikel radioaktif itu berterusan dalam tubuh badan kita! Seperti dalam chart itu, Thorium akan bertukarbentuk antara pelbagai unsur (Th, Ra, Ac, Po, Bi, Tl dan Pb), dan sinaran alpha atau beta terpancar. Antaranya, Dr. Lee menekankan unsur Radon(Rn) dan Lead (Pb) selain daripada Thorium (Th). Beliau menjelaskan bahawa (seperti yang ditulis dalam bahasa mandarin). Radon adalah sejenis gas yang tidak berwarna, tidak berbau, dan lebih berat daripada udara, Radon juga ialah satu unsur yang beradiasi(radioaktif). Radon turut membawa kemusnahan kepada sel badan dan mengakibatkan kanser. Lead ataupun Plumbum (Pb) adalah logam berat yang jenis neurotoksin (wikipedia.org/). Lead boleh membawa kemusnahan terhadap sistem saraf mengakibatkan penyakit pada otak. Keterlaluannya turut akibatkan penyakit serius pada darah.

Isu Perpaduan Melayu..Apa Kata Abang Mat Sabu...!!


KUALA LUMPUR, 9 Jun — Mohamad Sabu menegaskan kepimpinan PAS termasuk barisan pemimpin pusat yang baru tidak menolak idea perpaduan Melayu, sebaliknya Umno sengaja menggunakan soal itu sebagai bahan kempen menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Jelas timbalan presiden PAS itu, “Umno silap” jika mendakwa keputusan PAS menolak untuk bekerjasama dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu bermakna ia akan memecahbelahkan orang Melayu.

“Umno mula pertikaikan perpaduan Melayu apabila kepimpinan sudah jatuh tetapi sebaliknya jika mula kuat, mereka jadi takbur,” ujar Mohamad (gambar) lagi.

“Umno sebenarnya sudah lemas, sebab itu membangkitkan isu perpaduan Melayu. Kami (kepimpinan baru PAS) tetap perjuangkan perpaduan Melayu tetapi berlandaskan keadilan untuk kepentingan semua masyarakat,” kata timbalan presiden PAS ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kelmarin, timbakan pengerusi Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan rasa tidak gembira kerana PAS tidak mahu perpaduan Melayu apabila PAS terus menolak kerjasama dengan Umno.

Pandangan yang serupa juga dilahirkan oleh timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam ucapan dasarnya Jumaat lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian partinya akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun dihujani siri pelawaan dan jemputan daripada kepimpinan Umno sepanjang tiga tahun lalu.

Beliau menegaskan, PAS tiada masalah untuk mewujudkan hubungan peribadi tetapi tidak dalam hubungan politik.

Katanya, PAS tetap bersama Pakatan Rakyat untuk membina politik baru tanpa sebarang acuan Umno.

Sementara itu, salah seorang naib presidennya Salahudin Ayub berkata, kepimpinan PAS tidak pernah menolak idea perpaduan Melayu kerana perpaduan itu sudah lama wujud sejak negara merdeka.

“Perpaduan itu telah lama wujud. Bukan sahaja perpaduan dengan orang Melayu, bahkan juga perpaduan dengan masyarakat lain berlainan agama.
“Perpaduan Melayu itu tetap wujud dan tidak akan hilang sama sekali selagi kita tetap pegang pada prinsip perpaduan, mengamalkan budaya Melayu, beretika ikut cara Melayu dan ikut acuan bangsa Melayu,” katanya.

Selain itu, Salahudin berpendapat, Umno memberi kenyataan sedemikian kerana mereka mengalami “musim kemarau yang panjang.”

Jelasnya, mereka ketandusan idea untuk menjatuhkan PAS sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan begitu sedangkan hakikatnya langsung tiada kena-mengena dengan perpaduan Melayu.

Ditanya mengenai PAS mahu memecahbelahkan Melayu untuk kepentingan mereka, beliau menegaskan, perpecahan Melayu hanya akan terjadi seandainya “kita memutuskan ikatan silaturrahim.”

“Itu baru dikatakan sengaja elak perpaduan dan pecah belahkan orang Melayu,” katanya.

Jelas beliau lagi, dalam arena politik memang wujud parti Umno-PAS yang tidak sealiran parti politik.

“Tetapi, adakah dengan berbeza parti dan tidak bergabung menjadi satu parti sudah dianggap PAS sengaja tidak mahu perpaduan dan mahu pecah belahkan Melayu?

“Adakah dengan gabungan PAS-Umno sudah dikira perpaduan Melayu telah wujud?” ujarnya lagi.

Beliau juga berpendapat kenyataan Umno itu sebenarnya satu hujah yang naif.
“Itu hanya momokan daripada mereka yang sengaja mahu menakut-nakutkan orang Melayu.

“Mungkin mereka bimbang dan teruja dengan kepimpinan baru PAS yang lebih progresif dan kontemporari dalam memberi saingan pada pilihan raya umum yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut menyarankan supaya seluruh masyarakat khususnya orang Melayu tidak bimbang dengan kenyataan Umno itu.

Ujarnya, kepimpinan PAS tidak akan menyentuh perpaduan Melayu kerana tetap tegas perpaduan Melayu tidak pernah hilang.

“Umno berkata sedemikian sebagai satu cara menjauhkan pengundi PAS pada pilhan raya umum nanti,” ulasnya lanjut.TMI

Apa Beza Negara Kebajikan Dan Negara Berkebajikan..??


Pasti ada bezanya. Kanak-kanak pun tahu ada bezanya, paling tidak ada beza dari sudut ejaannya.

Untuk memahami lebih lanjut, wajar kita cuba memahami perkara asas dan dasar.Ramai pihak termasuk UMNO khususnya, tidak faham makna status negara Islam. Sebenarnya label "negara Islam" itu adalah umpama kapsul atau pakaian.

Isi dalam kapsul atau dalam pakaian itu yang sepatutnya kita lihat da teliti. Antara isi dalam kapsul itu ialah "Negara Berkebajikan". Ada lagi isi lain tetapi PAS tidak perlu nyatakan semuanya. Nanti UMNO bertambah pening di usia tenat ini.
PAS menawarkan "negara berkebajikan" sebagai pengisian kepada negara Islam bukan bermakna PAS gugurkan konsep negara Islam.

Apa makna negara kebajikan? Apa ciri-cirinya? Apa contohnya? Contoh paling negara kebajikan ialah negara komunis yang menganuti fahaman sosialisma. Pemerintah menjaga kebajikan rakyat, mengutamakan rakyat dan tidak membebani rakyat.

Dalam negara kapitalis, ada juga amalan kebajikan yang dibuat, malah ia lebih baik daripada amalan kebajikan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia. Di Amerika, orang Red India juga mendapat biasaiswa pelajaran. Wanita dan orang tua mendapat bantuan kebajikan yang lebih baik daripada dari kerajaan "Islam Hadhari Malaysia". Cuba teliiti sistem social security di USA dan England serta Brunei.

Negara berkebajikan bukan sahaja melaksanakan aktiviti kebajikan tetapi lebih daripada itu.

-----lihat petikan ucapan YB Presiden PAS pada tahun 2008 -------------

Konsep dan definisi

Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:

"Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara". Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.

Ciri-ciri Negara Berkebajikan

Negara Berkebajikan:

1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam

2) Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat

3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)

4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat

5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan

6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara

7) Rakyat sejahtera, negara makmur

Negara Berkebajikan PAS selaku "ibu-bapa" kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tnaggungajawab. Kerajaan UMNO/BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.

Sejarah

Dari segi sejarah, model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS. Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep "Welfare State" selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.

Konsep Negara Pembangunan yang dibawa oleh UMNO/BN terlalu mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran fizikal. Ini dapat disaksikan dengan projek-projek mega seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal (bukan tempat ibadah tetapi untuk tarikan pelancong semata-mata), Pesta Philharmonic Malaysia, 4 jet peribadi pemimpin tertinggi, dan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Ini adalah antara banyak projek mega kerajaan UMNO/BN yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat kebanyakan.

Bagi Negara Berkebajikan PAS, bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih diutamakan

Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan

Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat. Antaranya ialah:

Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran pengajian)
Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan
Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan
Menurunkan harga petrol dan gas.
Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin
Melaksanakan akta gaji minima
Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari
Penegasan dan Gesaan

Berdasarkan fakta-fakta di atas, PAS dengan ini membuat gesaan dan rayuan kepada rakyat Malaysia agar memulakan perubahan daripada pemerintahan UMNO yang mengutamakan pembangunan untuk kemegahan imej negara, kepada Pemerintahan PAS yang bercirikan Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan bagi kebajikan rakyat Malaysia keseluruhannya.

21 Febuari 2008

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG

Siapa Yang Layak Pegang SU Agung PAS...??

"Semalam dalam perjalanan yang jauh saya asyik berfikir siapa agaknya SU Agung PAS untuk kabinet PRU-13.

Hari ini saya dapat 2 call daripada orang penting dalam gerak kerja PAS semuanya bercakap berkenaan dengan SU Agung PAS.

Dulu semasa arwah Ustaz Fadzil Mohd Noor nak memilih SU Agung, yang dikatakan pro kepada ulama (geng ulama) lebih suka kepada Ustaz Nasha kerana mereka tidak mahu Dr Hatta Mohd Ramli.

Bila ustaz Nasha bertanding sebagai Timbalan Presiden, dan memenangi jawatan itu. SU Agung telah diberikan kepada Dato' Kamaruddin Jaafar. Dato' KJ dikatakan kurang membantu Presiden dan aliran pemikiran mereka juga ada sedikit perbezaan. Ada juga yang mengatakan PAS banyak hilang kerusi dengan PKR kerana Dato' KJ tak begitu 'berkeras' dengan PKR dalam pengagihan kerusi.

Akhirnya Cikgu Pa dilantik. Sebelum Cikgu Pa dilantik ada usaha-usaha untuk melantik YB Salahudin untuk jawatan ini, tetapi YB Salahuddin telah bertanding jawatan Naib Presiden maka mereka memilih Cikgu Pa.

Cikgu Pa adalah dikatakan terbaik untuk jawatan bagi persiapan pilihan raya terutamanya untuk pengagihan kerusi dalam Pakatan Rakyat. Ada juga orang menyebut kepada saya Cikgu Pa boleh "heh' sahaja dengan DS Anwar. Dia sebut "Ayah Chik" (TG Abdul Hadi) malu alah bila berunding dengan DS Anwar. Pasal itu Cikgu Pa yang sepatutnya dah bersara dimasukkan semula dalam "team".

Beberapa hari sebelum pemilihan Muktamar PAS kali ke-57, saya terbaca satu blog yang penulinyas membuat poll secara rambang dengan menghantar SMS kepada 100 orang pemimpin PAS peringkat pertengahan untuk mencari siapa yang layak menjadi SU.

Majoriti dalam balasan SMSnya menjawab Dr Mujahid Yusof Rawa. Poll ringkas tanpa sebarang alasan tidak boleh mengenalpasti kenapa Dr Mujahid dipilih. Saya juga tertanya-tanya apa kelebihan Dr Mujahid. Sudah pasti yang 'berulama' tak akan bersetuju dengan Dr Mujahid.

Sayuti Omar dalam tulisannya nampak memilih Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai SU. Saya dah banyak kali tak berkenan dengan Sayuti ini. Dulu dia boleh kata Utusan Malaysia mempengaruhi perwakilan dalam pemilihan. Saya lihat akhbar Siasahpun "kelu-kelik" dalam menyampai masej semasa pemilihan Muktamar baru-baru ini. Pasal itu akhbar itu tak akan pergi ke mana setelah dia ambil sepenuhnya daripada PAS.

Saya dikhabarkan YB Husam berkempen untuk Dr Syed Azman sebagai SU. Saya rasa sukar untuk Presiden menerimanya kerana sebelum ini Dr Syed Azman telah menjadi salah satu SU Politk kepada Tuan Guru Abdul Hadi, tapi dia dikeluarkan (pecat) atas beberapa sebab tertentu.

Keputusan pemilihan AJK PAS dalam Muktamar baru-baru ini telah membuatkan satu gelombang baru sehingga UMNO dan kuncu-kuncunya menjadi tak menentu. Blog-blog pro-kerajaan dan UMNO/BN hilang pedoman dalam hal ini.

Untuk memastikan mod ini kekal, SU Agung PAS bagi saya perlu ditukarkan. Cikgu Pa masih terbaik, tapi situasi dan keadaan memerlukan Tuan Guru Abdul Hadi melepaskannya untuk melihat TG tidak terikat dengan Cikgu Pa. Kalau Saidina Omar boleh tukar Khalid AlWalid sebagai panglima perang, kenapa tidak oleh dibuat demi strategi dan mengambil kira mod rakyat.

Surat Penolakan Hukum Hudud Oleh Mahathir Kepada TG Nik Aziz



PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994