Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 6, 2010

Belilah Barangan Buatan Malaysia....!!!



Nota:

selalu kita terbaca kemaangan jalan raya
selalu kita terbaca berita mayat rentung
tapi tak ada laporan kereta apa yang terbakar

cuba fikirkan apakah kereta jepun buatan malaysia
ini betul betul selamat?

kenapa selalu terbakar apabila berlaku
perlangaran?

kalau di negara kapir yang rakyatnya makan babi
jika berlaku kebakaran ketika kemalangan berlaku'
maka akan diadakan kaji siasat sehinnga di temui
punca kebakaran ini.

kereta berlanggar tidak semestinya terbakar
melainkan kereta ini memakai minyak
kapal terbang...
Kah...Kah...Kah...!!

Tabik Pada Yang Berani....!!!


PEMUDA PKR RANCANG HIDUPKAN GERAMM BANTAH POTONG SUBSIDI - MI

Angkatan Muda Keadilan (AMK) bercadang untuk menggerakkan Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) bagi membantah kenaikan harga bahan api — RON95, diesel dan gas, dan gula yang berkuat kuasa semalam.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya mahu kerajaan khususnya Perdana Menteri memberi justifikasi yang jelas dan bertindak untuk mengawal kenaikan harga barangan ini pada kadar yang segera.

"AMK juga tidak menolak sebarang kemungkinan untuk kembali menghidupkan Geramm dalam gelombang yang lebih besar demi menunjukkan perit jerih rakyat di sebalik kenaikan harga ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Shamsul Iskandar, sayap Pemuda PKR ini menolak sebarang bentuk justifikasi yang diberikan oleh kerajaan pusat berhubung dengan ‘pakej’ kenaikan harga barangan.
"Kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak lima sen seliter, kenaikan harga gas LPG sebanyak lima sen sekilogram dan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram jelas sekali membebankan rakyat dalam apa jua keadaan sekalipun.

"Kenaikan ini, meskipun telah dijangka selepas kenaikan harga petrol RON97 sebanyak dua kali pada November dan beberapa hari lepas, adalah sesuatu yang mengejutkan kerana melibatkan empat barangan utama yang digunakan secara konsisten oleh rakyat dalam kehidupan seharian," kata beliau.

Nota:

ini berita baik....
kita tunggu dan nanti.....
kita nanti untuk kita akan rayakan bersama....
satu lagi gelombang anak muda memang tepat...
tanpa anak muda tidak mungkin akan berlaku perubahan....
akhirnya dunia ini menjadi milik anak muda...!!

Dasar Kluk-Klek Kerajaan Qorun....!!!


KENYATAAN RASMI

Model Ekonomi Baru dan Penarikan Subsidi: Bukti Dasar Barisan Nasional
Yang Berbolak Balik dan Berat Sebelah.


Kenaikan harga sebanyak 5 sen RON 95 merupakan kenaikan kali kedua
berturut-turut dalam masa 6 bulan. Pengumuman yang dibuat oleh Dato’
Seri Idris Jala juga meliputi penarikan subsidi terhadap beberapa
barang keperluan seumpama gula(kenaikan sebanyak 20 sen),
diesel(kenaikan sebanyak 5 sen) dan gas petroleum cecair(kenaikan
sebanyak 5 sen).

Manakala Barisan Nasional menegaskan peningkatan harga tersebut adalah
kecil dampaknya terhadap rakyat, namun hala tuju dasar negara yang
terbentuk kesan dari kenaikan tersebut tidak boleh dipandang ringan.
Barisan Nasional melalui PEMANDU telah membentangkan pada sesi Hari
Terbuka Rasionalisasi Subsidi bertarikh 27 Mei 2010, bahawa sudah ada
rancangan untuk menarik balik subsidi minyak jenis RON 95 pada setiap
6 bulan. Pengumuman semalam mengesahkan akan ada kenaikan harga pada
masa hadapan, berkemungkinannya kenaikan yang lebih besar jumlahnya
dari yang dicadangkan iaitu kenaikan 10 sen setiap 6 bulan.

Penarikan balik subsidi beberapa jenis barangan juga diusulkan
termasuklah subsidi gas yang berkait rapat dengan Janakuasa Bebas yang
dimiliki segelintir elit korporat dan kroni Barisan Nasional. Namun
sehingga kini kelihatannya kenaikan harga hanyalah terhadap barangan
keperluan dan pastinya rakyat keseluruhan yang merasa pedihnya,
bukannya kroni.

PEMANDU menganggarkan sejumlah RM 1.12 billion akan dijimatkan pada
tahun 2010 sekiranya subsidi gas untuk Janakuasa Bebas serta sektor
bukan tenaga dapat dikurangkan. Ini dapat dicapai sekiranya harga gas
untuk Janakuasa Bebas dan sektor bukan tenaga naik masing-masing RM
4.65 per mmbtu(million British unit haba) serta RM 2.52 per mmbtu.
Sehingga kini, kerajaan melalui PETRONAS, berhasil menyediakan subsidi
buat Janakuasa Bebas dan industri lainnya sejumlah RM 19 billion
setiap tahun kerana harga gas selepas subsidi hanyalah RM 10.70 per
mmbtu(untuk Janakuasa Bebas), harga yang dikira amat murah jika
dibandingkan dengan harga pasaran buat gas yang diimpot iaitu RM 38
per mmbtu (sekiranya negara terpaksa mengimpot akibat dari
kekuranganpengeluaran).

Oleh itu kita mahu Perdana Menteri dan pentadbiran beliau memberi
penjelasan mengapakah mereka terburu-buru untuk menarik balik subsidi
minyak, gula dan gas petroleum cecair, sedangkan kesan dari keputusan
tersebut hanya akan membebankan rakyat terbanyak. Pada masa yang sama
kita mempersoalkan tindakan mereka kerana kebijakan tersebut tidak
menjurus pula terhadap golongan elit korporat terutamanya mereka yang
rapat dengan pemerintah.

Tambahan pula sehingga kini kita hanya dihamburi janji sedangkan
perubahan yang dijanjikan hanya sekadar suatu wayang dan permainan
komunikasi terutamanya berkaitan sistem pengagihan subsidi. Kita
berpandangan Perubahan mesti disegerakan kerana ianya mustahak demi
memastikan bantuan dari pemerintah sampai kepada golongan
berpendapatan rendah sekaligus meringankan beban mereka berhadapan
dengan kos sara hidup yang meningkat.

PEMANDU begitu tangkas memastikan subsidi ditarik balik, akan tetapi
begitu perlahan mengungkapkan penyelesaian untuk mengagihkan semula
subsidi demi kepentingan rakyat terbanyak dan miskin.

Justeru kita ragu keberkesanan serta iltizam untuk melaksanakan
perubahan walaupun bahagian terakhir Model Ekonomi Baru baru sahaja
dibentangkan. Model Ekonomi Baru diwar warkan sebagai satu rancangan
untuk membawa perubahan terutamanya buat sistem ekonomi, namun sejarah
menjadi saksi apabila tiba waktu untuk melaksanakannya, mereka
sentiasa gagal.

Barisan Nasional cuba meyakinkan kita betapa penarikan balik subsidi
adalah perlu demi mengurangkan jurang defisit yang sebenarnya akibat
dari keborosan selama ini. Akan tetapi apa yang mereka cuba lakukan
hanya mengelak dari persoalan sebenar isu subsidi iaitu harga yang
tidak munasabah buat Janakuasa Bebas, kebanyakannya milik kroni.

Lebih menyedihkan, RM 126 juta yang berjaya dijimatkan dari penarikan
balik subsidi gula sebanyak 20 sen pada 16hb Julai lalu itu lebih
kecil jumlahnya jika hendak dibandingkan dengan bayaran kepada PEMANDU
sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini (pada 3hb Disember 2010). Di
mana letaknya keabsahan moral kerajaan memerintah ini yang mengambil
RM 126juta dari rakyat terbanyak demi untuk membayar RM 66 juta kepada
penasihat yang membantu menubuhkan sebuah unit kerajaan dan RM 65 juta
pula buat keseluruhan operasi PEMANDU untuk tahun 2010.

Pastinya saya mendengar pengumuman berkaitan dengan Model Ekonomi Baru
dengan rasa penuh curiga. Barisan Nasional akan cuba sedaya upaya
untuk mengelirukan rakyat dengan segala macam pengumuman kononnya demi
kebaikan sektor awam, namun pada masa yang sama boros membayar mereka
yang berkhidmat dalam PEMANDU dengan bayaran yang mampu menyaingi
sektor swasta.

Dokumen Model Ekonomi Baru menumpu mempromosi liberalisasi dan
pembatalan kawal selia, akan tetapi pada masa yang sama memberi lesen
kepada YTL untuk menjayakan projek 700MHz tanpa tender terbuka. Berita
ini pastinya mendapat cemuhan awam dan kalangan mereka dari industri
telekomunikasi.

Pastinya wujud corak ketidaktuntasan di antara pengumuman yang dibuat
dan pelaksanaan oleh pemerintah. Ini tidaklah mengejutkan kerana kita
sedar pemerintah kini taksub untuk mencipta ilusi indah hasil dari
bantuan firma perhubungan awam, yang mana upahnya dibayar dari dana
awam. Bagi mereka yang paling mustahak adalah untuk terus kekal
berkuasa.

Justeru Pakatan Rakyat bersama dengan rakyat keseluruhannya
bertanggungjawab untuk terus memerhati dan memastikan pemerintah
membuat keputusan demi kemaslahatan rakyat serta negara. Kita tidak
boleh gagal, kerana akibatnya ialah harga minyak RM 2.10 seliter dalam
masa setahun lagi.


ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
4HB DISEMBER 2010

Pandai-Pandai Tupai Melompat..Akhirnya Ke Tanah Jua...!!!


Khir Toyo didakwa atas tuduhan rasuah-MK

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.

Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

ADUN Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Shamsuddin didakwa di bawah akta yang sama serta satu tuduhan tambahan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Khir Toyo.

Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Azhanis menetapkan ikatjamin sebanyak RM750,000 tiap seorang.

Khir Toyo diwakili peguam M Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.

Beliau menjadi menteri besar Selangor ke-13 dari Ogos 2000 hingga Februari 2008.
Sebelum itu, SPRM menahan Khir Toyo ditahan di pejabatnya di Shah Alam kira-kira jam 9 pagi tadi sebelum dibawa ke mahkamah.

Difahamkan kedua-duanya disoalsiasat pagi ini di ibupejabat SPRM Selangor di Wisma PKPS di Shah Alam.

Ketua pendakwaraya SPRM, Abdul Razak Musa tiba di mahkamah kira-kira jam 11.10 pagi dan terus menuju ke kamar DPP.

Khir Toyo pula tiba kira-kira jam 11.25 pagi.

SPRM telah menyiasat kes tersebut ekoran dakwaan yang dibuat oleh ADUN Sekincan, Ng Suee Lim.

Ng mendakwa hartanah seluas 50,000 kaki persegi itu dibina pada anggaran kos RM20 juta, manakala tanah itu dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Khir Toyo telah menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan beliau membeli rumah dan tanah tersebut pada harga RM4 juta. Beliau juga telah memfailkan saman fitnah terhadap Ng.

Nota :

Kita kena ingat...kadang-kadang kita kat atas....
Ada masanya pulak kita kat bawah....
Kalau masa kat atas kita buat kebaikkan...dah tentu orang akan ingat smapai mati...
Kalau masa kat atas orang dah bilang kita macam-macam benda yang tak baik...
Maka masa kat bawah lagi la orang menyampah....
Bila kena tangkap je...orang hanya akan cakap....
Padan muka...itulah jahat sangat...!!!
Muhamad Khir yang buat keje...Malangnya Toyo yang jadi cemuhan...
Kah...Kah...Kah....!!!

Malaysia Adalah Negara Jakun....!!

PESERTA HIMPUNAN DIBEBASKAN – HD

Kira-kira 50 peserta himpunan 'Kembalikan Hak Air Selangor', yang mahu berarak menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara yang ditahan polis telah dibebaskan sekitar jam 6.00 petang tadi.

Penangkapan bermula seawal lima minit perarakan dimulakan dari masjid negara- tempat peserta berkumpul- menuju ke jalan utama di hadapan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Nota:

lihat bagaimana berita demo kita menjadi
berita dunia. inilah yang kita mahukan
imej imej melawan seperti ini untuk
dilihat di serarta dunia.

imej pertempuran ini akan dikenang
imej ini akan memperngaruhi anak muda
yang lain untuk berani ke jalan raya !