Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 22, 2010

Berita yang Mesti Di Baca Terbalik....!!!


Khir Toyo nafi Satim Diman letak jawatan -MKini

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hari ini menafikan khabar angin bahawa ADUN Seri Serdang Datuk Mohamed Satim Diman mahu meletakkan jawatan.

"(Khabar angin itu) cuma tulisan di media sosial sahaja," katanya melalui kiriman SMS kepala Malaysiakini pagi ini.

Malam tadi, kegagalan Satim hadir dalam mesyuarat pengurusan badan Perhubungan Umno Selangor menyemarakkan lagi spekulasi wakil rakyat itu ingin melepaskan semua jawatan politiknya.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dilaporkan berkata Satim ada menghubunginya dan mengatakan beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat malam semalam kerana ada urusan.
-------------------------------------------------------------
Kah...Kah.....KALAU TAK BETUL TAK PAYAHLAH NAK KALUT....

Kah...Kah.... HANYA ALLAH YANG MAMPU UNTUK MEMALINGKAN HATI MANUSIA...!!!

Woitttt......TOK GURU DAH KATA...UMNO MESTI MATI....!!!

Kah..Kah.....BAGILAH PROJEK...BAWALAH DUIT UNTUK BELI HATI SATIM...!!!

Kah...Kah....SATIM DIMAN PUN TAHU UMNO MEMANG PENIPU...!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...DUIT BESAR GUNUNG PUN BELUM TENTU DAPAT BELI HATI MANUSIA...!!!

Sekilas Pandang ...Dah Tahu Jantan Betina.!!!


Pengganas JI: PAS jangka tangkapan ISA-MKini

PAS hari ini tidak menolak kemungkinan bahawa akan wujud tangkapan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas ahli politik pembangkang dan tokoh-tokoh agama, berhubung kewujudan semula gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI) di beberapa universiti tempatan.

“Mungkin akan ada tokoh-tokoh tertentu, tokoh politik atau tokoh-tokoh agama tertentu yang akan ditangkap disebabkan isu ini (JI) dan itulah yang menjadi kebimbangan kami semua,” kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Sehubungan itu ahli parlimen Kubang Kerian itu, menggesa kerajaan mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

Katanya, jika gagal berbuat demikian, PAS akan mendedahkan dalil bahawa kerajaan sebenarnya berbohong.

“Kami semua selaku ahli parlimen PAS kesal dan kami minta suatu kenyataan rasmi oleh menteri dibuat di Parlimen pada kadar segera yang kononnya wujud JI ini yang melibatkan pelajar-pelajar IPTA kita,” katanya di lobi parlimen, pagi ini.

Menurut beliau berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh universiti, pihak kementerian dalam negeri gagal menjelaskan bukti-bukti wujudnya gerakan bawah tanah tersebut di beberapa universiti tempatan.

“Dalam satu taklimat tentang terorisme pada kementerian pengajian tinggi, saya diberitahu bahawa tidak ada satu pun bukti yang kukuh tentang isu wujudnya JI ini, semuanya lebih untuk mewujudkan persepsi kononnya ada gerakan keganasan di negara kita,” katanya
-----------------------------------------------------------
Woittttt.....INILAH CARA TERDESAK BILA NAK PILIHANRAYA....!!!

Kah...Kah....DULUPUN GUNA GIMIK YANG SAMA JUGAK DALAM OPS LALANG...!!!

Kah...Kah....UMNO DAN MCA BERGADUH...PAS JUGAK YANG KENA TANGKAP MASUK ISA...!!!

Kah...Kah....INIPUN MACAM TRIP YANG HAMPIR SAMA....!!!

Kah...kah....MAT MONGGOL DAH LAUNGKAN...TARIKH PILIHANRAYA ADALAH SATU KEJUTAN...!!!

Kah...Kah...MAT MONGGOL PUN DAH MULA PERASAN...72% RAKYAT DAH SUKA PADA DIA...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...KALAU RASA DAH POPULAR..BUBARLAH PARLIMEN..TAK PAYAH NAK TAKUT...!!!

Angka Ni dah Muktamad Ke...???


Mindef: Kontrak Scorpene bernilai RM6.7 bilion -MKini

Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun.

“Kontrak penyelenggaraan masih dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” kata Zahid.

Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bayaran untuk “penyelarasan dan perkhidmatan bantuan” yang dibekalkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, termasuk untuk latihan mewakili 10 peratus daripada harga dua kapal selam itu, iaitu sebanyak 969.15 juta euro (RM4.85 billion).

Chua dalam soalannya juga meminta menteri menteri pertahanan memberikan butiran perbelanjaan perbelanjaan kerajaan membeli dua kapal selam Scorpene dan juga butiran pembelian peluru berpandu kapal selam dari Itali dan Perancis.

Menjawab soalan kedua itu, Zahid mendedahkan kerajaan membayar 219.265 juta euro (RM1.1 bilion) for peluru berpandu berkenaan yang dijangka akan dibekalkan menjelang tahun 2013.
------------------------------------------------------------
Woitttt......BILLION-BILLION NI INGAT SIKIT KE...???

Kah...Kah....IDRIS JALA TAHU TAK BERAPA BANYAK DUIT YANG DI BAZIRKAN....???

Kah...Kah....INILAH PENYEBAB NEGARA DAH NAK BANKRAP...!!!

Woittt.......BUKAN SUBSIDI PUNCA NEGARA BANKRAP....!!!

Kah...Kah....HARGA ASAL + KOMISEN DAH TENTU AKAN JADI LEBIH MAHAL...!!!

Kah...Kah....TAK KAN PRANCIS NAK AMBIK DUIT LAIN UNTUK BAYAR KOMISEN...!!!

Kah..Kah....DAH LAH MAHAL...TAK BOLEH NAK BERFUNGSI PULAK TU...!!!

Kah..Kah....AIMAN TAK KISAH...MASA NEGARA KAYA SEMUANYA NAK TIBAI DUIT...MASA DAH SESAK..BALIK-BALIK RAKYAT YANG DI PERSALAHKAN...

Bila Kerajaan Suka Judi...Rakyat Habis Jadi Gila Judi...!!!


Tujuh VIP dikenal pasti terlibat judi bola sepak-MInsider

Polis mengenal pasti lebih tujuh orang kenamaan dipercayai terlibat dengan sindiket pertaruhan judi bola sepak dan di percayai telah melarikan diri keluar negara.
------------------------------------------------------
Kah...Kah....RAKYAT MALAYSIA MEMANG TAIK JUDI....!!!

Kah..Kah....KAT MALAYSIA ADA BERAPA BANYAK PUSAT JADI ??? ..TAK TERBILANG BANYAKNYA..!!!

Kah..Kah.....TAMBAH PULAK DENGAN LESEN JUDI BOLA SEPAK..SEMUANYA JUDI...!!!

Woittttt....UMUMLAH SIAPA VIP TU...???

Kah...Kah...BETUL LAH M. DAUD KILAU KATA...RAMAI ORANG GILA JUDI...!!!

Kah...Kah...SEBAB ITU MAT MONGGOL NAK BAGI LESEN JUDI BOLA..UNTUNG MEMENAG BANYAK...!!

Kah..Kah....1 MALAYSIA... DUIT DI UTAMAKAN...HALAL HARAM DI KETEPIKAN...!!!

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH...KAULAU LAH DR. ASRI JOIN UMNO..AGAK-AGAK SANGGUP TAK BELIAU BERIATHU PRESIDEN UMNO BAHAWA JADI ADALAH HARAM...!!!

UMNO Tidak Sesuai Untuk Ulamak....!!!


Ulama Masuk Umno Hanya Mengorek Kubur Sendiri - PAS -MStar

PETALING JAYA: PAS tidak gentar dengan strategi Umno untuk menarik lebih ramai ulama menyertai parti itu.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata parti itu tidak akan lemah walaupun lebih seribu ulama menyertai Umno.

"Ulama yang menyertai Umno itu akan hanya 'mengorek lubang untuk menguburkan' diri mereka sendiri kerana parti itu tidak akan memberi jawatan penting kepada pemimpin berkenaan.

"Kami tidak berasa terancam kerana akhirnya ulama yang menyertai Umno itu akan menjadi lemah,” katanya di sini hari ini.

Idris berkata demikian sebagai mengulas artikel Umno Online yang mendakwa 100 ulama termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menyertai parti itu Jumaat ini.

Dalam entri terbaru yang dimuat turun di blognya semalam, Mohd Asri berkata beliau masih belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib ragu-ragu dengan dakwaan bahawa bekas Mufti Perlis itu akan menyertai Umno.

“Saya tidak yakin Dr Asri akan bekerjasama dengan Umno. Jika beliau menyertai Umno maka tanggapan saya mungkin silap,” katanya.

Harun berkata ulama yang menyertai Umno adalah golongan yang tidak bertakwa.

“Ulama yang bertakwa tidak akan menyokong sebuah parti yang membenarkan judi dan penjualan minuman keras secara terbuka. Ulama yang tidak bertakwa adalah golongan yang tidak beriman kepada Allah,” ujarnya.

Jelasnya, PAS tidak merasa terancam dengan langkah Umno merekrut ramai golongan ulama.

“Umno telah lama mempergunakan semua mufti untuk kepentingan mereka selama ini,” katanya.
----------------------------------------------------------
Woittt.....KALAU ULAMAK DIA TAK AKAN MASUK UMNO....!!!

Woittt.....BUDAYA DALAM UMNO..ULAMAK KENA IKUT UMNO..BUKAN UMNO IKUT ULAMAK...!!!

Kah...Kah...SEBAB ITU TIMBULNYA ISLAM HADHARI...YANG BETULNYA ADALAH HADARAH ISLAMIYAH..!!!

Kah...Kah..ISLAM MEMIMPIN..BUKANNYA DI PIMPIN...!!!

Kah...Kah..SAMA JUGAK UMNO HENDAKLAH DI BIMBING...BUKANYA JADI PEMBIMBING...ROSAK DI BUATNYA..!!!

Kah...Kah..AIMAN TAK KISAH...BIASANYA YANG MASUK UMNO NI..HANYALAH HARAPKAN KEREDHAAN DUNIA SEMATA.MATA..!!!