Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 21, 2011

Malaysia Boleh....!!

Hanya Yang Bodoh Saja Akan Sokong UMNO/BN...!!


UMNO Akui Ramai Pensyarah Anti Kerajaan BN - HD

KOTA BHARU, 21 Mac: Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno mengakui ramai pensyarah di universiti utama di negara ini tidak menyenangi kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Parti keramat Umno tidak pernah membuang biar pun ramai pensyarah yang bersikap anti-kerajaan di beberapa universiti awam di negara ini.

“Ramai pensyarah yang lawan kerajaan ada di UKM, UIAM dan UM, kita tetap kekalkan juga pensyarah macam itu,” kata Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada Wacana Perdana siri ketujuh anjuran kerajaan negeri di Kelantan Trade Centre malam kelmarin.

Tiga lagi ahli panel iaitu Naib Presiden Perkasa, Dr Asraf Wajdi Dusuki, anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari UM.

Prof Madya Dr Muhamad Agus Yusof dari UKM bertindak sebagai moderator. Wacana itu hangat sepanjang dilangsungkan apabila kedua-dua panelis mewakili Umno menjadi mangsa kepada penonton.

Orang ramai seperti tidak puas hati apabila Abdul Azeez acap kali mengungkapkan Umno sebagai sebuah parti keramat.

Sebelum itu Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia itu mencabar dua pensyarah yang berada pada wacana tersebut dengan mengatakan sepatutnya berterima kasih kepada Umno sehingga membolehkan mereka melanjut pelajaran ke luar negara.

Tidak puas hati dengan hujah itu Dr Abu Hassan meminta laluan daripada moderator dengan menjelaskan beliau dan Dr Agus melanjut pelajaran bukan hasil bantuan Umno.

“Tidak ada satu sen pun duit Umno digunakan kerana segala pembiayaan melanjut pelajaran ditanggungjawab kerajaan dan bukan Umno.Ia adalah tanggungjawab kerajaan,” katanya. Jawapan itu menyebabkan suasana dewan menjadi gamat.

Sekali lagi Azeez terduduk apabila setiap hujahnya dipatah dengan mudah. Beliau pada awalnya menolak menyertai wacana tersebut, sehingga tempatnya digantikan Dr Asraf Wajdi.

Bagaimanpun di saat akhir beliau menyatakan persetujuan untuk hadir. Bekas Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah pula menarik diri dan tempatnya diganti Azeez, yang menyatakan persetujuan kali kedua di saat-saat akhir.

Bagi menegakkan hujah Azeez berkata, pada suatu masa nanti pensyarah yang anti-kerajaan BN akan tahu kedudukan sebenar.

Azeez yang agak selamba pada awalnya ketika berhujah akhirnya seperti merajut apabila beberapa kali menegur penonton yang mengboo setiap hujahnya.

”Baik kita baliklah, dari mula saya cakap tadi sudah diboo, ini bukan budaya dalam Umno, baik kita balik..” katanya.

Dr Asraf, sarjana pengajian Islam berhujah politik dan agama berbeza kerana politik yang menggunakan agama hanya mahu menang dalam pilihan raya semata-mata.

”Sedangkan Islam lebih tinggi daripada politik. Politik hanya untuk menang dalam pilihan raya sahaja,” katanya.

Beliau juga menyebut PAS tidak akan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat sekiranya mampu menguasai kerajaan pusat memandangkan hanya bertanding 67 kerusi sahaja.

Sebaliknya ketika menjawab persoalan tersebut Khalid berkata, kesemua kerusi parlimen yang ditandingi Umno akan diisi calon Melayu daripada PAS dan PKR.

”Jadi kita tidak perlu risau kalau kerusi Melayu tidak dimenangi Umno, calon Melayu dari PAS dan PKR boleh ganti.

”Ini bermakna kuasa Melayu tetap tidak hilang seandainya Umno tewas kesemua kerusi yang ditandingi,” ujarnya

Lepas Tewas Dalam Tuduhan Liwat..Kini Muncul Video Seks Pula...!!


Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim menafikan bahawa dirinya adalah watak yang terpapar dalam klip video skandal seks, yang ditayangkan kepada media pagi ini. Sambil berseloroh Anwar berkata, beliau dimaklumkan bahawa perut watak lelaki dalam klip tersebut lebih buncit daripada perut dirinya.

Ketua Umum PKR ini menegaskan bahawa dirinya berada di rumah bersama isteri, anak dan kakitangan PKR pada 21 Februari 2011, tarikh dan masa kononnya klip video tersebut dirakamkan. Malah beliau berkata dirinya masih berjinak-jinak dengan facebook dan twitter pada ketika itu.

Klip video seks menunjukkan insiden tersebut berlangsung antara jam 10.23 hingga 10.45 malam. Facebook Anwar Ibrahim pula menunjukkan bahawa beliau mengemaskini pada jam 8.20 dan 10.40 dan 11.08 malam; sementara Twitter-nya dikemaskini pada jam 9.20 dan 11.39 malam. Sungguhpun wartawan mempertikaikan waktu tersebut, namun Anwar tetap menganggap pihaknya telah menguasai bukti dari segi waktu.

Malah, beliau berjenaka bahawa melainkan watak dalam video tersebut dilihat berasmara sambil bermain twitter.

Anwar berkata beliau belum menonton video tersebut, dan tidak tahu siapa pembikin klip video tersebut. Beliau akan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada jam 10 pagi, esok.

Beliau berkata sedemikian dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pada jam 5 petang, sambil ditemani isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR. Anwar menambah, klip video seks tersebut mempunyai motif politik untuk menyerangnya, setelah kes sodomi kedua mulai lemah.

Anwar berkata keluarga dan dirinya telah melalui fitnah yang dilemparkan terhadapnya sejak 13 tahun dahulu. Dan fitnah ini diulangi setiap kali menjelang pilihan raya.

Azizah: Mengapa gadis pula?

Wan Azizah turut terkejut apabila digesa untuk berundur. Beliau mempertikaikan, kononnya Anwar didakwa dengan kes sodomi bersama lelaki, namun mengapa pula terdedah dengan klip video bersama wanita?

SURAT DARI TOKYO...!!

Aku di LT Antarabangsa Tokyo - kelihatan sekumpulan pelajar M'sia dan Indonesia akan berlepas pulang ke M'sia dgn pesawat Air Asia. Penerbangan dijadualkan pd jam 11.30 mlm.

Berdasarkan perbualan dgn beberapa org pelajar, banyak universiti di Jepun antaranya Waseda University dan Kyushu University ditutup sehingga sebulan berikutan perkembangan impak radiasi yg semakin menular di seluruh Jepun.

Majoriti pelajar dan keluarga masing-masing merungut ttg sikap sambil lewa dan tidak acuh pihak kedutaan M'sia di Jepun terhadap keselamatan rakyat M'sia di sini.

Ke semua rakyat M'sia yg pulang menyatakan bhw mereka membiayai sendiri tambang perjalanan; kedutaan M'sia beri alasan, kerajaan tiada peruntukan utk bawa pulang rakyat M'sia di Jepun kerana telah berbelanja besar ketika membawa pulang rakyat M'sia dari Mesir bulan lalu.

(Cuba semak laporan Parlimen, difahamkan Anifah Aman umum RM50juta diguna utk bawa pulang rakyat M'sia dari Mesir)

Beberapa sumber air mentah di Tokyo dilaporkan telah tercemar dgn sisa radioaktif kesan letupan reaktor nuklear di Fukushima baru-baru ini.

Lajmin
Tokyo, Jepun

Satu Lagi Cara Nak Takutkan Melayu...!!


AHMAD JUSOF: AKAD NIKAH DI MASJID MENYIMPANG DARI AMALAN NABI- MK

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Nota:

hanya nak tanya
zaman nabi dulu ada nasi?
zaman nabi dulu ada jawi?
zaman nabi dulu ada jakim?
zaman nabi dulu ada kd pengenalan dan tulis agama?

zaman nabi dulu ada kursus bila nak kahwin?
zaman nabi dulu kalau tak pergi kursus boleh kahwin?

zaman nabi dulu ada pegawai agama masuk bilik hotel sampai siling?
zaman nabi dulu ada pegawai agama skodeng tepi tasik bawa kamera?
zaman nabi dulu ada pegawai agama skodeng tepi tasik minta tengok surat nikah?

zaman nabi dulu ada baca doa pada raja?

hanya nak tanya
jangan marah pulak
hanya nak bertanya
kah kah kah