Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Mar 21, 2012

Kita Semua Wajib Ke Jalanraya Sekali Lagi...!!


(Oleh: Hishamuddin Rais)

Menurut Najib, beliau yakin dengan keupayaan BN untuk merampas negeri-negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi –(Malaysiakini)

Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya ditukar tanpa pengetahuannya seperti yang terbukti menerusi carian di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) – (Malaysiakini).


Bila pilihan raya akan diadakan?

Tidak berhenti-henti pertanyaan ini. Sebenarnya jawapan untuk soalan ini, cukup senang. PRU 13 hanya akan dijalankan apabila semua persediaan untuk memenangkan United Malays National Organisation telah dipasang.

Mungkin ada pembaca menganggap jawapan saya sebagai lawak. Sebenarnya ini bukan lawak. Ini hakikat. Malah inilah perkara yang mahu saya lontar dan jeritkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

Saya ingin melontarkan pandangan tentang pilihan raya dan bagaimana gerombolan United Malays National Organisation merancang untuk memastikan kemenangan.

Biar saya bawa pembaca ke alam pencerahan untuk memahami politik dan politik terkini tanah air kita. Sayugia, saya ingatkan semua pembaca bahawa penyokong, pengundi dan kaum kerabat Pakatan Rakyat bukan bangun melawan parti United Malays National Organisation dalam PRU 13.

Kaum kerabat Pakatan Rakyat bukan melawan parti Ketuanan Melayu ini. Jangan kita silap baca. Jangan silap hitung. Jangan silap analisa. Jika silap congak, maka jawapannya pasti salah. Jawapan salah akan membawa kepada kegagalan.

Saya maklumkan di sini bahawa parti United Malays National Ogansiation itu telah lama wafat. Wafat ertinya mati. United Malays National Organisation ini telah lama mati. Yang tinggal hanya tunggul-tunggul. Kalau yang tinggal hanya tunggul, maka siapa sebenarnya yang ditentang dan dilawan oleh Pakatan Rakyat.

Biar saya terangkan di sini bahawa yang sedang dilawan dan cuba dikalahkan oleh Pakatan Rakyat ialah struktur dan sistem daulah yang diwujudkan oleh British. Sebelum berundur pada 1957, British menyediakan struktur atau jentera daulah.

Struktur daulah ini pula disokong kuat oleh sistem ekonomi kapitalis. Pada awalnya struktur, sistem dan jentera daulah ini hanya untuk menjaga kepentingan ekonomi British tetapi setelah lebih 50 tahun, ia berubah bentuk.

Pelbagai penyesuaian dan penambahan dilakukan. Tetapi asas induknya masih sama dengan apa yang dilakar oleh penjajah British 50 tahun dahulu.

Biar saya jelaskan apa makna sistem dan struktur ini. Mengetahui apa itu sistem dan apa itu struktur bermakna kita memahami dan sedar apa yang kita lawan. Pemahaman ini amat penting kerana sebelum turun bertempur, kita wajib mengetahui siapa musuh kita.

Tanpa mengetahui musuh sebenar, ada kemungkian kita akan tertikam sahabat dan kawan atau juga berkemungkinan tertikam kaki sendiri.

Dalam perkataan yang senang, Pakatan bukan melawan United Malays National Organisation sahaja tetapi melawan jentera dan lembaga daulah seperti: Kumpulan Utusan, Media Prima, Polis Cawagan Khas, Ketua Polis Negara, Badan Kehakiman, Kemas, BTN, Jakim, Para Mufti, JKK, Pegawai Tinggi Kementerian, MCMC, AUKU, OSA, EO termasuk PLKN.

Yang tertulis di atas hanya sebahagian lembaga yang diketahui umum. Sebenarnya ada beribu-ribu macam badan dan persatuan yang disokong dan dipelihara oleh polis dan badan kehakiman. Jentera daulah ini memastikan United Malays National Organistaion akan terus selamat.

Tidak percaya?

Kalau tak percaya, sila tanya kenapa penyerang dan pengganas di Ceramah Jalan Kebun tidak didakwa? Kenapa penyerang wartawan yang mendapat 8 jahitan luka di kepala ketika membuat laporan anti-Lynas di Pulau Pinang tidak didakwa? Atau kenapa Mamat yang memecahkan kereta Anwar Ibrahim tidak ditangkap. Atau kenapa Mamat yang hendak menumbuk Nurul Izzah tidak didakwa?

Pembaca pun tahu bahawa nama-nama orang jahat ini diketahui umum. Gambar dan rupa orang jahat ini amat jelas tersebar luas dalam alam maya. Tetapi tiada tindakan. Justeru inilah bukti bahawa Pakatan bukan hanya melawan gerombolan United Malays National Organisation tetapi melawan jentera daulah yang menjadi benteng.

Lembaga dan jentera daulah adalah tembok pertahanan yang berkait rapat dan bekerjasama dengan lembaga agama dan lembaga Raja–Raja Melayu. Ertinya kejahatan dan keganasan yang dilakukan oleh United Malays National Organisation boleh dihalalkan oleh lembaga Agama dan Raja-Raja Melayu.

Jika pembaca memahami setakat ini, maka saya ingin membawa pembaca menyedari bahawa pelbagai rancangan sulit telah, sedang dan akan diatur untuk memastikan gerombolan United Malays National Organsiation menang di PRU 13.

Mungkin ada yang terperanjat apabila membaca berita bagaimana nama MB Selangor – Khalid Ibrahim - beralih dari mengundi di Petaling Jaya ke Lembah Pantai. Saya tidak terperanjat. Apa yang amat memeranjatkan saya ialah adanya pemimpin Pakatan Rakyat yang terperanjat dan tidak sedar tentang agenda penipuan ini.

Mustahil untuk terperanjat kerana saya amat sedar bahawa Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebahagian dari struktur dan jentera daulah. SPR sedang bekerja keras untuk memastikan gerombolan United Malays National Organisation menang dan terus berkuasa.

Isu nama beralih ini bukan pelik. Ia menjadi berita kerana namanya Tan Sri yang juga seorang Menteri Besar. Berpuluh-pulu ribu – Dolah bin Sudin dan Jamilah binti Maarof – penyokong dan kaum kerabat Pakatan Rakyat yang tempat mengundi mereka diubah tanpa kebenaran mereka. Dolah dan Jamilah ini tidak menjadi berita kerana mere ka bukan Tan Sri dan bukan MB.

Selain mengalihkan tempat mengundi tanpa pengetahuan Si Pengundi – SPR juga sedang menghilangkan nama pengundi. Ini adalah sebahagian taktik SPR untuk memastikan Pakatan Rakyat akan kalah.

Parti yang mahu menang dan berkuasa wajib ramai pengundi. Pengundi baru wajib didaftar. Tentang perkara ini, warga Sabah memahami dengan jelas. United Malays National Organisation dapat terus berkuasa di Sabah kerana pendatang haram didaftar dengan banyak untuk mengundi BN.

Di Sabah, isu pendatang haram ini sedang membakar semangat. Ini kerana tetiba warga asal Sabah kini menjadi menjadi minoriti di tanah air sendiri.

Hari ini, taktik memberi kad pengenalan kepada pendatang haram merebak ke Semenanjung. Justeru, umum mengetahui bagaimana usaha gigih tetapi sulit dijalankan untuk mendaftar pendatang asing. Warga asing diberi kad pengenalan. Warga asing ini akan dipastikan mengundi United Malays National Organisation dalam PRU 13.

Saya ingin memberi ingatan kepada pemimpin Pakatan Rakyat agar tidak ‘besar kepala’ dan menipu diri sendiri. Saya berani meramalkan bahawa Selangor akan dirampas kembali oleh United Malays National Organisation.

Saya berani mengeluarkan kenyataan ini kerana Daim Zainuddin seorang ‘taiko’ telah memberi amaran kepada Najib Razak. Jika Najib Razak gagal mengambil Selangor dan gagal mendapat kemenangan besar, Najib akan diDolahBadawikan.

Ini bukan dari labon Lebai Desas bin Haji Desus. Ini wawancara Daim Zainuddin dalam akhbar Cina – Sin Chew Daily – dua minggu lalu.

Semua yang saya tulis tentang lembaga daulah, tentang kerenah SPR, tentang pendatang asing sebagai pengundi bukan lagi rahsia. Ini terbukti. Ini diketahui orang ramai.

Sayugia diingatkan kepada pemimpin dan aktivis Pakatan bahawa rakyat berpuluh-puluh kali membaca berita penipuan SPR ini. Orang ramai membaca berita ini di Malaysia Kini, Suara Keadilan, Harakah dan Roket. Orang ramai tahu tentang taktik dan cara yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh SPR untuk memastikan United Malays National Organisation menang.

Lalu timbul persoalan yang hakiki: Apa langkah dan tindakan Pakatan terhadap semua penipuan ini.

Pakatan dan orang ramai tidak memiliki banyak pilihan. Malah kita tidak perlu membuang masa dengan menghantar memo, membuat sidang akhbar atau menimbulkan perkara ini di Parlimen. Semua ini sebenarnya telah dijalankan tetapi tidak berhasil.

Justeru satu lagi demonstrasi besar-besaran wajib diadakan. Rakyat wajib diajak turun ke jalan raya sebelum pilihan raya. Dengan jelas wajib diterangkan bahawa tujuan kita ke jalan raya ialah untuk mewujudkan satu pilihan raya yang adil dan telus.

SPR tidak lagi dipercayai. Lembaga ini wujud sebagai perkakas United Malays National Organisation. Percaya dengan SPR samalah seperti kita percaya yang Rahim Tambi Chik boleh menjadi guru tadika. Meminta SPR menjalankan PRU 13 dengan adil samalah saperti meminta Raja Bersiong menjaga Bank Darah.

Masa mendengar, membaca berita dan berlabon tentang penipuan pilihan raya wajib ditamatkan sekarang. Masanya telah sampai untuk bergerak. Kita ke jalan raya dahulu sebelum ke pilihan raya.

Hanya jalan raya yang akan menggagalkan tipu helah gerombolan United Malays National Organisation untuk terus berkuasa. END

Bukti UMNO Bebal Apabila Tak Tahu Nak Beza Antara Harta Parti & Harta Kerajaan....!!


Masa kecil dulu, inilah klinik di Kg Delong, Kumpal, Dungun, Terengganu. Kampung saya.Oleh kerana dah ada klinik baru, maka klinik lama ini ditinggalkan. Kemudian ditukar menjadi Dewan Gunasama. Tapi semalam, saya terkejut melihat wajah baru seperti dalam foto ini. Wajarkah bangunan kerajaan digunakan untuk sekelompok manusia sahaja? Sedangkan ia dibina menggunakan duit pembayar cukai/ rakyat..! - Haji Roslan Ismail

UMNO : Yang Jahat.....Itulah Yang Paling Baik....!!


Rata rata cakap orang ramai terutama ahli perniagaan atau kontraktor di Terengganu "kondem" dan mencemuh" Dato' Seri Ahmad Said menteri besar Terengganu. Ramalan ramai orang terutama puak puak UMNO Terengganu Ahmad Said hanya sepenggal sahaja menjadi menteri besar Terengganu. Kronisma, nepostisma dan rasuah serta salahguna kuasa cukup hebat Ahmad Said jika dibandingkan dengan era Dato Seri Idris Jusoh menjadi menteri besar Terengganu. Itulah ucapan dari masyarakat UMNO Terengganu dari kalangan peniaga atau kontraktor di Teregganu.

Namun dari kacamata rakyat Terengganu yang berada diluar bandar, desa, kampong, sekitar tepi sungai Trengganu dan Luat China Selatan yang mana kerjanya "jenis kampong" MEMBERI SOKONGAN PADU PADA UMNO DAN AHMAD SAID. Ramai yang benci semakin kuat pengaruh Ahmad Said dan sokongan pada UMNO semakin kuat dan teguh.

Ada setengah pendapat orang ramai yang benci pada kerakusan Ahmad Said sebagai menteri Besar Terengganu, namun KERANA RM500. RM200, RM100 DARI KERJAAN PUSAT DAN NEGERI RAKYAT TERENGGANU YANG KERJA "KERJA KAMPONG" TETAP MEMENGKAH UMNO DALAM PRU13. Itulah punca utama Ahmad Said diberi sokongan oleh rakyat Terengganu.

Era Ahmad Said mengkayakan seorang China Kemaman dengan nama manjanya "China Agu: Seluruh rakyat Kemaman kenal dan tahu ceritanya. Ahmad Said menggunakan begelar "China Agu" segala projek dan pasaran yang dibina di Tasek Kenyir. Hampir seluruh projek besar di Kemaman dan di Tasek Kenyir dibolot seratus oleh "China Agu". Konraktor Melayu melobong dan melepas.

Hanya dikalangan pemimpin UMNO Terengganu tak suka Ahmad Said dan membuat riuh dan cerita penentangan kerana tak dapat habuan besar. Ahmad Said tetap kekal menjadi menteri besar Terengganu jika menang dan dicalun sebagai calun DUN Kijal.

ketirisan dan rasuah masih segar dan menjadi habuan wakil rakyat UMNO Terengganu bermual dari atas samapi kebawah. Hanya pehak SPRM sahaja tidak bertindak atas dasar biasa kerana tiada maklumat dan bukti kukuh jawapan biasa dari SPRM.

Kessimpulannya Ahmad Said gagal sebagai ketua dan menteri besar Terenggnau walaupun setiap tahun BAJET NEGERI HAMPIR RM1.8 BILLION SETIAP TAHUN. Kejayaan Ahmad Said ialah merampas semula tanah tanah rakayat yang tamat tempuh TOL dengan alasan TOL tidak boleh dibaharui.

Kedua merampas tanah yang telah beri oleh kerjaaan Terengganu untuk sekolah ugama rakyat dengan alasan yang sama. Ketiga Ahmad Said memberi tanah seluas 2.5 ekar kepada seluruh wakil rakyat UMNO/BN (dun,parlimen). Dan terkini menamatkan pinjaman biasiswa 6 orang penuntu di Mesir atas alasan sokong "BERSIH".

Terserah pada rakyat Terengganu yang majoritinya berpendapatan dibawah RM800 sebulan untuk membuat keputusan bukan dari kalangan anak rantau anak Trengganu di perantuan."

Undilah....Asalkan Bukan UMNO....!!


Tahniah Kerajaan Selangor, Tahniah MB Selangor kerana mempertahankan tanah rezab orang melayu yang semakin terhakis setelah lebih 50 tahun negara ini diperintah Umno.

Apakah benar Umno membela bangsa sepertimana yang dicanang? Jika benar Umno bela bangsa, maka sepatutnya jumlah tanah rezab melayu akan bertambah. Jika benar Umno bela nasib ekonomi melayu, maka jumlah pegangan saham orang melayu yang bernilai lebih 50 bilion suatu ketika dulu akan tambah berganda. Namun malangnya slogan Hidup Melayu itu hanyalah retorik semata-mata apabila fakta sebenar menjelaskan tanah rezab melayu telah berkurangan hampir separuh dari jumlah asal manakala jumlah saham bumiputra lenyap hilang entah ke mana.

Kerajaan Negeri Selangor juga telah menunjukkan testimoni yang baik beserta dengan buktinya sekali betapa nasib orang melayu khususnya dalam soal menjaga tanah rezab melayu menjadi keutamaan. Selain itu, kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga memastikan ekonomi negeri dirakyatkan dengan segala hasil dan keuntungan dari pentadbiran yang cekap dipulangkan semula kepada rakyat negeri Selangor.

Dengan testimoni seperti di Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan, rakyat di seluruh negara wajar memberi penilaian serta perbandingan antara kerajaan negeri PR dan kerajaan negeri serta kerajaan pusat yang dipimpin secara penuh ketirisan dan boros oleh Umno. Penilaian tersebut perlu diterjemah dalam Pilihanraya ke-13 yang kian hampir. Slogan kempen A.B.U sebagai contoh terbaik menjadi satu titik penting ketika berdepan pilihanraya yang sengit dengan penipuan terancang. Undilah semua Asalkan Bukan Umno !

Tiada lagi alasan yang kukuh untuk mengekalkan kerajaan pusat sedia ada apabila kerajaan PR yang paling teruk diserang iaitu di Pulau Pinang, kononnya nasib umat Islam di negeri tersebut terhakis dek pemerintahan DAP ternyata suatu tohmahan rambang oleh gerombolan Umno.

Serangan bertali arus Umno di media perdana mengatakan kononnya kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang mengabaikan orang melayu dan agama Islam ternyata meleset sama sekali apabila fakta menunjukkan 3 tahun berturut-turut peruntukkan hal ehwal Islam P.Pinang oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jauh bertambah berbanding ketika Bn memerintah.

Justeru itu, kita sebagai rakyat yang celik harus melangkah terus ke hadapan memberi laluan kepada sebuah kerajaan pusat yang baru. Untuk merealisasikan sebuah kerajaan baru dengan menumbangkan sebuah kerajaan korupsi yang memperkudakan hampir keseluruhan agensi 'neutral' bukanlah suatu kerja yang mudah. Setiap rakyat yang mahukan perubahan menjadi realiti harus bersama dalam gerakan dan kempen yang bukan sekadar kempen parti politik semata-mata, tetapi kempen dari rakyat untuk rakyat.

Kempen A.B.U adalah sebuah gerakan berani dan secara terus berdepan dengan regim Umno. Rakyat menyambut kempen ABU ini dengan berani. ABU bukan milik sesiapa, bukan juga milik gugusan Anak Muda SAMM. SAMM hanya menjadi pemangkin menggerakkan kempen ABU, namun ia tetap milik rakyat. Gerakan ABU juga mendapat perhatian bukan sahaja dari segenap masyarakat tetapi juga mendapat perhatian penuh oleh pihak Umno yang begitu tercabar kedudukkannya.


Kini kempen ABU sedang mekar menjalar di seluruh negara. Undi Asalkan Bukan Umno merupakan kempen terpenting dalam menghadapi pilihanraya ke-13, bukan sekadar kempen perang-saraf. Program ceramah ABU sudah meluas di mana-mana. Kebanyakkan pentas dihiasi dengan lambang ABU. Kejayaan ABU sampai ke tahap ini adalah kredit untuk rakyat kerana berani menganjurkan pentas ABU, berani menjadi hadirin dalam program ABU yang dilihat berisiko diserang Umno, apabila otak mereka gagal berhujah maka otot jugalah yang mereka gunakan untuk menyerang rakyat yang dahagakan maklumat.

Ada pihak yang mengatakan kononnya kempen ABU sudah semakin perlahan. Ada juga yang bertanya ke mana arah kempen ABU sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU-13. Sifirnya mudah, jika anda masih melihat ada yang mengenakan baju ABU, ada yang menggunakan Avatar ABU, ada yang meletakkan lambang ABU di dalam blog, FB dan Twitter, ada pula pihak yang menyerang dengan kempen ABP dan ABAI, itu bermakna kempen ini berjaya dan akan tetap hangat hingga ke PRU-13. Contoh paling ideal ialah, pelancaran ABU Kedah bakal berlangsung malam ini di sebuah dewan Alor Setar. Dilaporkan awal pagi tadi, dewan tempat berlangsungnya pelancaran ABU telah dicemari oleh poster-poster yang bertulis ABAI. Ini satu tindakbalas yang baik, bermakna Umno sangat terdesak cuba menutup aura ABU.

Tindakkan Menteri Besar Selangor dari Pakatan Rakyat ini harus dipuji kerana inilah yang sepatutnya berlaku dalam mana-mana permohonan tidak berasas menukar pemilikkan tanah rezab melayu kepada bukan bumiputra. Di atas nama pembangunan, berapa banyak tanah rezab melayu yang sebelum ini bertukar milik kepada bukan bumiputra tidak diganti semula oleh kerajaan pimpinan Umno?

Ayuh rakyat, inilah masanya untuk mengajar sebuah kerajaan pusat yang penuh retorika, iaitu dengan memilih Asalkan Bukan Umno dalam pilihanraya yang hanya akan datang. Inilah detik dan peluang terbaik ketika segala kepincangan Umno itu berada di depan mata, apakah kita rakyat celik dan yang hampir celik akan berdiam diri? Pilihlah ABU. Dalam PRU-13, ABU adalah pilihan terbaik !!

Nak Kata Salah...Nampak Macam Betul....!!


"Maklumat dan gambar dari Blog Patrick Teoh yang bertajuk Tuesday funny , dimana iklan gambar Perdana Menteri diletakkan dibawah papantanda kawasan peragut.Satu peringatan untuk semua pihak , termasuk kita semua agar lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan. Kesilapan yang kecil, boleh disalah ertikan.

Kerja Paling Bodoh...Bangang & Bengong....!!


Foto kenyataan bahawa Najib pernah menggunakan tandas ini. Memang lawak dan terlampau ampu tahap kepala lutut. Kelihatan bodoh kepada yang membuatnya. Takkan guna tandas pun menjadi sejarah. Kepada yang membuatnya, ambil najis Najib, keringkan dan letakkan dalam cermin serta pamerkan berhampiran tandas tersebut dengan tulisan "Sejarah tercipta di sini, najis PM Najib yang pernah dibuang di sini"

Nota :

Ini semua kerja bodoh....!! Bertindaklah supaya kelihatan lebih cerdik tak boleh ke??