Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Mar 29, 2012

Mari Kite Pakat Gi Ramai-Ramai....!!


KUALA LUMPUR, 29 Mac: Lebih 10,000 tandatangan peneroka membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Putrajaya esok.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, penyerahan tandatangan dan memorandum bantahan akan dimulakan dengan perarakan dari Masjid Putrajaya selepas solat Jumaat.

"Saya mewakili Anak menyeru semua rakyat khususnya warga Felda agar dapat bersama-sama dalam perhimpunan esok.

"Kita akan berarak kira-kira dua kilometer dan berhimpun di hadapan Pejabat Perdana Menteri sebelum menyerahkan tandangan dan memorandum bantahan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Memorandum yang akan diserahkan esok antaranya menggariskan mengenai keburukan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kepada peneroka, termasuk kehilangan tanah mereka.

Sementara itu, Mazlan mengingatkan Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan agar menghentikan sebarang kenyataan membelakangkan keputusan mahkamah.

Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, mesyuarat agung luar biasa Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan diadakan pada 12 April.

"Saya minta Ahmad Maslan bersabar dan tunggu keputusan mahkamah mengenai permohonan injunksi peneroka pada 2 April ini.

"Kita belum tahu keputusan mahkamah berpihak kepada Felda atau peneroka. Jadi beliau sepatutnya tunggu selepas 2 April untuk buat kenyataan," katanya.

Mahkamah Tinggi Kuantan akan membuat keputusan berhubung permohonan injunksi lapan pemegang saham KPF bagi menghalang KPF melupuskan ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada FGVH.

Tak Mustahil Himpunan JOM 100 Akan Bertukar Kepada BERSIH 3.0....!!


Kerajaan yang tentukan sama ada BERSIH 3.0 ke jalan raya- MerdekaReview

"Sama ada BERSIH 3.0 ke jalan raya, ia ditentukan kerajaan." Demikianlah kata-kata daripada sumber maklumat yang dihubungi MerdekaReview. Beliau menjelaskan bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) mengambil kira sikap kerajaan, sebelum menentukan sama ada untuk mengadakan perhimpunan atau tidak.

Semalam, ahli jawatankuasa BERSIH 2.0 telah bermesyuarat untuk membincangkan persediaan kempen "JOM100 untuk 100% Keluar Mengundi Pada Pilihanraya ke-13". Seandainya kerajaan enggan menunaikan lapan tuntutan BERSIH 2.0 sebelum PRU 13 diadakan, maka kerja persediaan "JOM 100" ini bakal ditukar menjadi persediaan perhimpunan BERSIH 3.0.

Menurut sumber maklumat, seandainya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya tidak mencadangkan dalam laporannya, lapan tuntutan BERSIH 2.0 untuk dilaksana sebelum PRU 13; atau kerajaan memberi reaksi yang negatif, maka persediaan JOM 100 bakal ditukar menjadi persediaan untuk perhimpunan BERSIH 3.0.

"Jikalau PSC mengecewakan orang ramai, maka kerja persediaan akan ditukar menjadi persediaan untuk perhimpunan BERSIH 3.0," kata sumber.

Seandainya reaksi negatif diberikan PSC atau kerajaan, maka perhimpunan BERSIH 3.0 dijangka berlangsung pada akhir April tahun ini. Sebelum ini, tersebar khabar di ruang internet bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 bakal dijalankan pada 28 April, namun ahli jawatankuasa BERSIH menafikan bahawa tarikh perhimpunan telah ditetapkan.

PSC yang diketuai Maximus Ongkili (gambar kanan, kanan) Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia akan memanggil sidang mesyuarat terakhir pada hari ini. PSC dijangka mengemukakan laporannya pada minggu depan.

Ketika PSC ditubuhkan, BERSIH 2.0 telah menegaskan bahawa Perdana Menteri harus memanggil pilihan raya umum hanya selepas lapan tuntutan reformasi sistem pilihan raya BERSIH dilaksanakan. Seandainya PM enggan berbuat demikian, maka langkah penubuhan PSC sekadar "langkah diplomatik", dan rakyat masih boleh mempertikaikan keabsahan pemerintah.

Tumbang BN.....Maka Tumbanglah GST...!!


Pakatan Rakyat tetap tolak GST – Anwar-Keadilandaily

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tetap bertegas menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan Umno BN.

Beliau berkata, selagi kadar pendapatan rakyat tidak meningkat adalah tidak munasabah untuk kerajaan melaksanakan sistem itu.


“Alasan kita orang-orang yang tidak membayar cukai itu terdiri daripada orang miskin, yang dicadangkan BN ialah memperluaskan jumlah pembayar cukai baru yang melibatkan golongan miskin,” katanya.

Anwar sterusnya berkata cara terbaik menyekat kerajaan melaksanakan cadangan itu adalah dengan menumbangkan Barisan nasional pada pilihanraya akan datang.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata pembangkang perlu duduk semeja dengan kerajaan bagi membincangkan pendekatan terbaik melaksanakan GST.

Menurut Idris, walaupun pilihan raya dijangka berlangsung Mei atau Jun, beliau tidak menjangkakan GST akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini.

Lagi Janji PR Kepada Rakyat...!!


Pakatan akan ambil alih konsesi tol yang bebankan rakyat - Keadiladaily

KUALA LUMPUR 28 Mac: Pakatan Rakyat berjanji akan mengambil alih semua konsesi tol yang meraih untung terlampau besar tetapi membebankan rakyat, bermula dengan konsesi Lebuh Raya MEX jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

“Ini merupakan antara janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan membuktikan bahawa sebuah kerajaan Pakatan akan benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat dan bukannya seperti BN yang hanya memperkaya kroni-kroni mereka,” menurut kenyataan bersama Pakatan, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Berhubung Lebuh Raya MEX, gabungan pembangkang berkata, pengambilalihan itu akan dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang tertakluk dalam perjanjian konsesi.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, pengambil alihan tidak akan mengambil kira sama ada penjualan konsesi itu kepada EP Manifacturing Bhd (EPMB) telah dimuktamadkan.

“Penjimatan kepada rakyat dengan keputusan pengambilalihan Lebuh Raya MEX adalah melebihi RM4.6 bilion,” kata kenyataan itu.

Cadangan itu dibuat KEADILAN, DAP dan PAS ekoran dakwaan MEX merugikan rakyat tetapi memberikan keuntungan keterlaluan kepada pemiliknya sehingga 1,800 peratus.

Menurut mereka, terdapat cadangan untuk menjual konsesi itu kepada EPMB dengan harga RM1.7 juta yang akan akan memberikan untung bersih RM1.09 bilion, selepas ditolak hutang RM550 juta dan pelaburan sendiri RM60 juta.

“Keuntungan ini terlampau tinggi kerana kerajaan menggunakan wang rakyat untuk membiayai RM967 juta untuk menanggung kos pembinaan MEX,” kata kenyataan itu.

Alhamdulillah...!!

Imam Hoslan Islamkan 2 banduan dalam penjara -MK

Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya.

Abdullah Ali : Mengapa Saya Memilih PAS...??


Susuk tubuhnya masih kelihatan tegap, disamping wajahnya yang masih kacak walaupun sudah berusia 57 tahun dan tetap petah berbicara dalam loghat Terengganu. Satu ketika dahulu di era 70 an dan awal 80 an, dengan stokinnya yang meleleh ke buku lali, serta tendangan “inswinger”nya yang terkenal itu, beliau tangkas berlari ke sana ke mari mengejar bola yang menjadikannya hebat di padang.

Pernah membantu pasukan Terengganu melayakkan diri ke pertandingan akhir Piala Malaysia tahun 1982 tetapi tewas 1-2 kepada Selangor.

Itulah Abdullah Ali, bekas pemain bolasepak Terengganu, Selangor dan juga kebangsaan, anak kelahiran Kampung Wakaf Kedondong, Bukit Payong.

Walaupun sudah lama meninggalkan kampung halaman, namun masih banyak lagi kenangan yang beliau ingati apabila berbicara tentang kisah silam kehidupannya di Bukit Payong semalam bersama penduduk di situ.

Pada majlis minum petang dan ramah mesra bersama Abdullah Ali semalam di Kampung Sena Rendang itu, beliau telah meluangkan masa kira-kira sejam setengah berucap dan berdailog dan menjamu selera bersama penduduk sekitar.

Dalam ucapannya beliau antara lain menjelaskan bahawa Umno memang tidak suka rakyat cerdik dan bermaklumat.

“Umno suka kalu rakyat dok (tidak) cerdik sebab dia boleh tipu dan kekal memerintah.

Kalau rakyat bermaklumat,payohlah (payah) dia nok (nak) tipu,” kata beliau.

Pengurus sebuah agensi pelancongan, umrah dan haji itu turut menyeru pemuda-pemuda Bukit Payong agar melakukan kerja-kerja dengan bersungguh-sungguh bagi meraih sokongan kepada PAS dalam pihanraya akan datang.

Antaranya seperti memujuk orang-orang tua mereka dengan memberi maklumat tentang penyelewengan Umno,kerana orang-orang tua ini mungkin tidak menyedari bahawa mereka telah, sedang dan akan ditipu oleh Umno.

Ditanya dalam temubual selepas majlis apakah yang mendorong beliau menyokong PAS, beliau memberitahu antara sebab utama yang menyebabkan beliau membuat keputusan itu ialah isu penyelewengan National Feedlot Coperation (NFC).

Baginya isu itu telah menyerlahkan kejahatan Umno menipu duit rakyat.

“Dalam isu ini saya melihat Umno begitu rakus dengan mengambil duit rakyat.

Saya nampak Umno buat ikut suka dia saja untuk mengambil duit rakyat.

Dibawah pemerintahan Umno, duit rakyat tidak dijaga dengan baik dan amanah,” tegas beliau lagi.

Dalam majlis yang turut disertai oleh Wakil Rakyat Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah itu juga telah diadakan acara penyerahan sumbangan bola yang ditandatangani oleh Haji Abdullah kepada pasukan Pemuda Sena Rendang.

Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 100 orang penduduk sekitar itu, diakhiri dengan solat asar berjemaah di Surau Sena Rendang

GEMPAR...!! : YB UMNO Melaka Kaki Dangdut Telah Dikenalpasti...!!

Oleh: edyesdotcom

Laporan dari akhbar Sinar Harian dua hari lepas melaporkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Melaka telah menahan seramai 27 orang di tangkap dalam Ops Tapis di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya.

27 orang yang di tahan itu termasuk seorang ADUN Melaka.


Lihat gambar di bawah pula, boleh nampak potongan sideburn rambut kedua-dua identiti ini.

Maklumat tambahan yang di perolehi telah membongkar ADUN yang terlibat dalam tangkapan tersebut adalah ADUN dari Dun RIM, iaitu Mohd Yazed Hj Khamis. Maklumat ini di peroleh dari laporan cetak Akhbar Cina, Sin Chew Jit Poh bertarikh 26hb Mac 2012 seperti di bawah:

Sebagai seorang YB yang memegang tanggungjawab/peranan memartabatkan akidah Islam, sepatutnya pada jam 2.40 pagi adalah waktu paling sesuai menganjurkan solat tahajud tetapi pada waktu yang sama YB tersebut telah dicekup meraikan pesta dangdut bersama GRO yang seksi dan arak bergelimpangan. Dalam serbuan yang sama, hasil ujian urin mendapati lapan lelaki dan tiga wanita di dalam premis berkenaan didapati positif dadah.

Jika beginilah sikap seorang YB Umno yang mempunyai 'tittle' Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, bagaimana pula sikap pemimpin Umno lain yang tidak memegang portfolio hal ehwal agama? Inikah gerombolan pejuang Islam yang boleh diharapkan??

Amat menghairankan, bagaimana tergamaknya mereka mengiktiraf 'Allah Bersama Umno' dalam merungkai akronim A.B.U. Apakah Umno sudah terlalu dipinggir oleh rakyat sehingga terpaksa menghidangkan hiburan melampaui batasan semata-mata untuk meramaikan kehadiran. Mereka menjemput penari untuk 'bergoyang inul' dan ini satu penghinaan ke atas orang melayu sendiri kononnya hiburan begini yang dituntut masyarakat.

Umno semakin hari semakin dipinggirkan. Banyak cawangan sudah ditutup dan selebihnya cawangan tidak banyak berfungsi. Umno hari ini hanya sekadar bermain di peringkat bahagian, mengira keuntungan projek sana-sini untuk dibahagi hanya sesama mereka.

Jika dilihat mood rakyat dalam menghadapi PRU13, rakyat lebih terbuka dan memilih untuk perubahan total. Program ceramah di Melaka dan Johor mendapat sambutan yang amat luar biasa. Rakyat juga menyatakan kesediaan untuk sebuah menerima sebuah kerajaan pusat yang baru, hasil dari testimoni baik yang ditunjukkan oleh semua kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Mood meninggalkan Umno dan menyertai Pakatan Rakyat ini dibantu dengan lebih pantas oleh isu-isu penyelewengan seperti isu NFC, PKFZ dan juga isu moral seperti tertangkapnya seorang YB dalam kelab dangdut seperti yang diberitakan di atas. Isu hubungan dagang Malaysia-Israel yang sedang hangat bermain di Parlimen juga menjadi faktor besar kerana isu Israel begitu sinonim menusuk jantung orang melayu yang berugama Islam.

Isu kenaikan harga barang juga membantu mood 'Asalkan Bukan Umno', isu SPBA yang menyentap perasaan setiap penjawat awam peringkat pertengahan dan bawahan juga cukup membantu mood ABU. Isu lynas juga memberi mimpi ngeri buat regim pemerintah, begitu juga dengan keangkuhan Rosmah yang tetap berbelanja besar walaupun telah diberi amaran oleh rakyat dan juga anak muda SAMM.

Semua isu ini menjadi pemangkin betapa Umno yang sudah rapuh itu harus ditinggalkan. Tindakbalas dari isu-isu yang dibongkar Pakatan Rakyat, orang Umno sendiri malu untuk mengaku sokong Umno. Mereka hanya bersuara seolah-olah orang atas pagar tetapi bau Umno masih pekat di kalangan mereka. Dari status orang tengah inilah mereka membuka mata dengan maklumat dan berpusu-pusulah mereka meninggalkan Umno.

Lihatlah gambar di bawah, rakyat hadir sendiri tanpa bas dan nasi bungkus, memberi sokongan tanpa sebarang bayaran / door gift, malah rakyat yang datang ini turut membantu mengeluarkan wang kocek memberi dana hanya untuk memastikan Bn tumbang pada PRU13.

Gambar ini diambil malam tadi (27 Mac) dari dua kamera berbeza;

Rakyat hadir tanpa dihidangkan penari seksi. Sokongan yang besar ini membuatkan regim gentar dan pastinya akan bertindak luar batasan demi menghalang kemaraan jentera Pakatan Rakyat untuk mencelikkan rakyat. Apabila Umno gagal berhujah menggunakan otak, maka otot pula mereka gunakan. Inilah sikap dan tabiat gerombolan di hujung usia.

Ayuh rakyat, ke'samseng'an Umno tidak memberi apa-apa faedah, maka tinggalkanlah gerombolan terdesak ini. Inilah detik dan peluang terbaik ketika segala kepincangan Umno itu berada di depan mata, apakah kita rakyat celik dan yang hampir celik akan berdiam diri? Pilihlah ABU. Dalam PRU-13, ABU adalah pilihan terbaik !!

Sekali lagi Edyes nyatakan kepada penyokong Umno yang mula sangsi, cukuplah tersesat dan marilah berjuang dalam gerakkan massa ABU. Kepada penyokong Umno tegar, teruskan sesat, kami sudah cuba membantu dengan maklumat yang utuh.

Kepada Rakyat Malaysia, Ayuh tumbangkan kerajaan zalim lagi penipu, perasuah, penyeleweng, peragut dan pembunuh secara halus, dengan slogan rakyat - Asalkan Bukan Umno. ABU pilihan terbaik PRU13.

Bayangkan, kalau wakil rakyat Umno berjawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam pun boleh hanyut ke pusat maksiat, apatah lagi para ahlinya. Tinggalkanlah Umno demi masa depan agama dan anak bangsa, berjuang bersama menegakkan Agama dengan maksud sebenar, bukan retorik semata-mata.

Asalkan Bukan Umno - Tumbang Bn PRU13

Kenyataan Media: Orang Rembau Bakal Ditipu Lagi...!!

1. Berdasarkan beberapa perkembang ramai menyakini pilihanraya umum akan datang tidak lama lagi. Pasti Bn akan datang sekali lagi dengan janji – janji manis bagi menagih undi rakyat Rembau. Sehubungan dengan itu PKR Rembau ingin mengingatkan janji –janji (penipuan) kosong dalam PRU yang lepas.

2. Semua di ingatkan dengan laporan akhbar terbitan Utusan yang bertarikh 31 Januari 2008 yang menyatakan janji Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan dan Rembau. Dalam laporan media tersebut menyatakan janji akan menukar Rembau sebagai pusat pelancongan porpular jika orang Rembau terus memilih Bn. Dia mengatakan akan menukar wajah kawasan kolam air panas Rembau dengan hotel bertaraf antarabangsa yang lengkap dengan dewan persidangan. Beliau juga dengan bangga mengumumkan akan membina Kampus UITM Rembau. Semua ini dengan jelas bagi menarik undi pengundi Rembau ketika PRU 2008 terlalu hampir.

3. Dalam Akhbar Utusan Malaysia 21 Febuari 2008 pula Menteri besar yang sama menjanjikan akan membina Lapangan terbang di Batu Hampar, Rembau. Bukan sahaja lapangan terbang tetapi turut akan dibina ialah pusat latihan penerbangan bagi Kelab Penerbangan Awam.

4. Janji untuk membina Hospital pula bukan sekadar kenyataan atau ucapan sebaliknya telah diadakan upacara meletakkan batu asas dalam tempoh kempen PRU 2008 bagi mengelirukan atau menipu rakyat pada 7 Mac 2008.

5. Isu hospital Rembau pula tiba tiba kawasan yang yang 'berhutan' tempat konon nak bina Hospital itu tiba - tiba berpagar dan naik papan tanda tertulis "Cadangan Tapak Projek Membina Hospital Rembau". Persoalanya siapa di Rembau yang tidak tahu di situ tapak projek yang dijanjikan ? Kenapa perlu dinaikkan pagar, dibersihkan kawasan hutan dan membina pagar serta papan tanda di kawasan tersebut ? Persoalanya ialah berapa perbelanjaan yang dibelanjakan hanya untuk memperdayakan rakyat Rembau sekali lagi dengan janji lama ini ? Siapa menanggung perbelanjaan tersebut ? Jika benar tender nak dikeluarkan seharusnya syarikat yang mendapat tender projek tersebutlah yang perlu membina pagar keselamatan termasuk membuat kerja pembersihan tersebut, mengapa wang rakyat terus terbazie sedemikian rupa.

6. Berapa banyak buget atau nilai wang yang terpaksa ditambah rakyat dengan kelewatan pembinaan hospital ini ? (itupun jika dibina) Jika Hospital ini dibina pada tahun 2008 kosnya hanya sekitar RM100juta sahaja memandangkan peningkatan kos bahan binaan kemungkinan kerana kelewatan ini kosnya akan meningkat sekitar 100%. Ini semua kerana kelemahan pentadbiran kerajaan.

7. Dari segi nilai tanah tapak projek hospital tersebut juga amat meragukan. harus diingatkan untuk projek landasan berkembar tanah orang kampung yang berdekatan dengan tapak hospital diambil dengan pampasan hanya sekitar RM1.20 - RM 2.80 sekaki manakala tanah tapak projek Hospital tersebut diambil dengan nilai RM22.00 sekaki. Kenapa wujud begitu jauh perbezaan ? Adakah berlaku penipuan dalam isu penilaian tanah orang kampung yang diambil dalam projek landasan berkembar atau berlaku kegiatan 'mark up' melampau dalam menentukan nilai harga tanah Hospital tersebut yang membawa kepada perbezaan sekitar RM900,000 seekar. Itu belum lagi dibesakan dengan nilai pengambil alihan tanah untuk projek bekalan air yang mengambil tanah orang kampung (secara paksarela) dalam kawasan Rembau (Batu Hampar dan sekitarnya) yang jauh lagi rendah.

8. Namun setiap kali program Bn di Rembau khususnya asyik menuduh konon orang di negeri bawah Pakatan rakyat terniaya dan ditipu dengan janji tak di tunai.... adakah Bn Rembau itu sendiri di mana Ketua Umno Rembau ialah Menteri Besar dan Ketua Pemudanya Ketua Pemuda Umno Malaysia sudah tertunai janji PRU mereka ?

9. Orang Rembau harus sedar dan pengundi di seluruh negara harus tahu apa yang jadi Rembau khususnya mengenai janji PRU yang tak tertunai di Rembau ini. Khabar yang terakhir ialah bagaimana projek UITM akan dibina tetapi bukan di Rembau sebaliknya di kawasan yang dimenangi PR di NS. Maknanya pengundi Umno akan terus dianak tiri kerana mereka menganggap pengundi Umno bodoh dan akan berjaya terus diperbodoh dengan janji yang akan diguna semula pada PRU akan datang. Projek ditumpukan dikawasan PR di N.S ialah untuk memujuk pengundi memilih Bn semula. Akhirnya pengundi perlu cerdik pilih Umno hanya dapat janji, undi PR akan dapat projek pembangunan dan seumpamanya.

10. PKR Rembau juga mengecam tindakan terbaru dimana pimpinan utama Umno Rembau sendiri memperbodohkan pengundi Rembau dengan mengatakan kononya lapangan terbang yang dijanjikan Cuma lapangan terbang mainan.

11. Itu belum menyebut janji – janji kecil seperti menyediakan tuisyen percuma kepada semua anak pengundi Rembau (Pusat tuisyen Emas).

Sekian

BADRUL HISHAM SHAHARIN (che’GuBard)
Ketua Cabang PKR Rembau"