Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jul 8, 2010

Sebab Itu Pentingnya Berkat....!!!


Kapal Selam negara bermasalah lagi-Tranungkite

"Laporan Malay Mail 7 Julai 2010 menyatakan Kapal Selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman menghadapi masalah lagi setelah menjalani ujian laut tropika pada bulan lepas. Sejak dari itu masalah berkenaan belum dibaiki lagi. Ianya akan memakan masa lebih lama untuk mengesahkan kapal selam tersebut boleh beroperasi sepenuhnya.


Anak kapal KD Tunku Abdul Rahman akan mengambil alih kapal selam kedua negara KD Tun Razak yang baru diterima. Ini adalah kerana jika anak kapal KD Tunku Abdul Rahman berada di darat dalam tempoh yang lama , mereka akan hilang taraf sebagai anak kapal .

Kedua-dua kapal selam ini dibeli pada harga RM 3.4 Billion.

Nota :

Keberkatan amatlah penting dalam apa jua yang kita lakukan...
Sumber Pembiayaan sesuat projek juga perlu di perhalusi untuk mendapat keberkatan...
Keredhaan juga adalah inspirasi kepada keberkatan sesuatu perkara...
Kalau setakat buat sesuatu perkara setakat ikut suka nafsu sendiri tanpa ada keredhaan dari mana-man pihak...payahlah nak berkat...
Bila tak berkat...buatlah macamana pub..mesti akan jadi liat...

Bila Penipu Di Tipu....!!!

Zulklifi akui pernah menipu untuk tumbangkan BNMKini

Ahli parlimen Bebas Zulkifli Noordin hari ini mengakui bahawa beliau pernah melakukan bermacam pembohongan semasa menyertai pembangkang dalam strategi untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya terpaksa akui sememangnya itu strategi, dan saya sendiri pernah terlibat,” kata MP Kulim-Bandar Baharu itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) sama ada tindakan pembangkang menyerang kehakiman, polis, istana dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan merupakan strategi pembangkang bagi melumpuhkan kerajaan BN.

"Memang mana-mana pembangkang pun tugasnya nak jatuhkan kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Cara itu yang tak kena, yang kita persoal ialah etika. Takkan sampai kita hancurkan nama orang, rosakkan peribadi orang.

"Saya akui memang itu disuruh tetapi akhirnya kita sedar, benda ini tak betul dan perlu diperbetulkan sebab yang nak jawab depan Allah. Saya akui memang itu strategi sebenarnya,” tambahnya.

Zulkifli sebelum itu berkata, beliau disuruh menggunakan strategi tersebut sejak zaman reformasi pada tahun 1998.

Nota :

Bagi Setengah orang memang dah jadi kerja dia ..suka menipu...
Bila suka menipu..maka tak payah orang suruh..dia sendiri akan reka cerita macamana nak menipu...
Tapi kadangkala si penipu tak sedar bahawa dirinya sebenar telah tertipu..
Bila Penipu dah sedar dia telah di tipu ..maka melalak lah menuduh orang lain pulak yang menipu...

Bangsa Jadi Sakit Jiwa Bila UMNO Pimpin Negara....!!!

Yang Ini... Memang Kurang Budaya...!!!

Yang Ni...Memang sah Tak Ada Budaya...!!!

'Menteri tak budaya' punca khazanah sastera hilang -MKini

Datuk A Samad Said menyifatkan kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai "kurang berbudaya" apabila mempersoalkan apa lagi yang dimahukan oleh Sasterawan Negara itu.


"Kalau dia (Rais) tanya apa lagi yang saya mahukan, kalau dulu dia bertanya, saya akan huraikan. Cuma caranya bertanya itu kurang berbudaya.

"Maka sekarang, saya (jawab) tidak mahu apa-apa lagi dari dia (Rais)," kata A Samad ketika diminta mengulas kenyataan Rais minggu lalu bahawa terlalu banyak dibelanjakan oleh kerajaan untuk memperoleh bahan atau artifak seni budaya.

Rais, menjawab kekecewaan A Samad terhadap layanan kementeriannya dalam menyediakan penempatan untuk khazanah sastera yang dimilikinya dilaporkan berkata, hampir RM485,000 buku sasterawan itu, tidak termasuk sajak yang telah dibeli.

A Samad sebelum itu dilaporkan mahu menempatkan khazanah yang dimilikinya di sebuah rumah seni di New Zealand selepas kecewa terhadap layanan yang diberikan kementerian dalam menyediakan penempatannya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, A Samad yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad, menjelaskan bahawa beliau menjual, justeru tidak ada langsung konsep "hutang budi" dalam perkara tersebut.
--------------------------------------------------------
Kah...Kah.....UMNO BILA MASA PULAK ADA BUDAYA....!!!!

Kah...Kah.....KALAU ADA BUDAYA ..TAK KAN UMNO SANGGUP TIPU MELAYU...!!!

Kah...Kah....BAGI UMNO BUDAYA TAK PENTING...YANG PENTING HANYA KUASA...!!!

Kah...Kah....KALAU BUDAYA PENTING...TAK KAN UMNO SANGGUP RAMPAS PERAK...!!!

Kah...Kah....SURUH RAKYAT SEMAI BUDAYA KONONNYA BUDAYA JIWA BANGSA...!!!

Kah...Kah...BANGSA PUN DAH SAKIT JIWA BILA UMNO TAK RETI BAHASA...!!!

Kah..Kah....AIMAN TAK KISAH...BUDAYA BAGI UMNO HANYA MENTANGKEDARAH ARAK, MAIN JUDI, MAIN BETINA DAN PERCAYA BOMOH...!!!