Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Apr 14, 2012

Kalau Sesat.....Kenapa Mufti Tak Keluarkan Fatwa....???


PROGRAM P: PAS DITERUSKAN DISELURUH NEGARA - UM

KUALA TERENGGANU 12 April – Program “Pas: Parti Ajaran Sesat (P:PAS)” yang bermula di Terengganu semalam akan diteruskan ke seluruh negara, kata Menteri Besar, Ahmad Said.

Katanya, program P:PAS secara besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

"Program P:PAS tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di PWTC lepas ni,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di sini hari ini.

Semalam, program P:PAS anjuran UMNO Terengganu diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

Program itu berobjektif memberi penjelasan mengenai perjuangan Pas yang dianggap boleh menjejaskan akidah umat Islam. – TIEWNAMA
----------------------------------------------------------
woit.... KAH KAH KAH...kah kah kah..

kah kah kah...MULA MULA BUKAN MAIN CINTA.... BUKAN MAIN BODEK...kah kah kah..

kah kah kah...KONON NAK GABUNG ... NAK JAGA MELAYU... NAK JAGA ISLAM.... kah kah kah..

kah kah kah...APA SUDAH JADI DENGAN KERAJAAN PERPADUAN.... kah kah kah..

kah kah kah... SEKARANG PAS BAWA AJARAN SESAT PULAK.... kah kah kah.....

kah kah kah...AIMAN TAK KISAH....TAPI EMPAT BULAN DAHULU UMNO SANGGUP SUJUD DAN CIUM KAKI PAS.... kah kah kah..

Pegi Jahanamlah Dengan DBKL.....!!!


DATARAN MERDEKA MILIK RAKYAT , KATA BERSIH - MK

BERSIH mempertikaikan kenapa mereka diminta mendapatkan kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk melangsungkan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 28 April ini.

"Kenapa alasan ini digunapakai hanya terhadap kami? Ini ruang awam, ia milik rakyat.

"Tidak patut ada sebarang sekatan untuk menggunakannya," kata pengerusi bersamanya S Ambiga.

Bekas pengerusi Majlis Peguam itu juga berkata ia selama ini digunakan untuk pelbagai acara setiap minggu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan 'menteri udang-undang' Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dilaporkan menggesa BERSIH meminta kebenaran pemilik lokasi itu sebelum mengadakan perhimpunan itu.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, beliau menegaskan janji kumpula pro-reformasi sistem pilihan raya itu untuk memastikan perhimpunan anjurannya berlangsung aman.

"Jika ada sesiapa cuna menimbulkan masalah dan melakukan keganasa, kami sendiri akan serahkannya kepada pihak polis," katanya lagi.

NOTA:

rakyat telah jelak
rakyat telah muak
rakyat telah loyo
rakyat tak mahu lagi ditipu

500 ribu yang akan ke dataran merdeka
adalah amaran kepada yang zalim!

54 bandar dari 30 negara: Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia...!!

Meskipun berasal dari bandar dan negara yang berlainan, malah barangkali tidak kenal mengenal antara satu sama lain, namun mereka disatukan atas satu slogan "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia!" Dengan poster di sisi dan kamera di depan, mereka mengungkapkan perkara yang sama dengan bahasa yang berbeza, "Kami tolak kilang pemprosesan nadir bumi Lynas!"

Demikianlah mesej yang cuba disampaikan dengan satu klip video berjudul "STOP LYNAS SAVE MALAYSIA (International Version)", selama 4 minit 48 saat, dimuatnaik ke laman Youtube, semalam. Klip video ini diterbitkan atas inisiatif sekumpulan sukarelawan, termasuk Koh Wee Sun, Nicole Wong, Patrick Goh, Low Wawa, Weesiang Ng, James Cheng dan Joyce Ng, dengan muzik yang digubal oleh Hao Wei.

Klip video tersebut bertujuan untuk menyatakan satu mesej solidariti kepada penduduk Kuantan, "Saya seketul batu yang kecil, hilang begitu saja jika dibaling ke dalam air. Namun, jika ribuan riak air ditimbulkan, maka ia bakal mencetuskan gelombang, yang berakhir dengan tsunami untuk menghanyutkan segala yang buruk."

Dalam klip video tersebut, penduduk bandar yang berbeza dari negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, China, Hungary, Indonesia, Korea dan sebagainya, mengangkat poster "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia", dengan latar belakang yang berbeza, mereka menyatakan satu hasrat yang sama.

Menurut Koh Wee Sun, idea penerbitan klip ini bermula apabila Nicole Wong yang menuntut di Amerika Syarikat mengetahui isu pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Kuantan. Nicole berharap dirinya mampu melakukan sesuatu. Kemudian usaha ini disokong Low Wawa yang menuntut di Taiwan, yang bertanggungjawab untuk menyunting klip tersebut.

Koh Wee Sun berkata, "Menjelaskan kepada penduduk di 54 bandar dari 30 negara, kemudian memujuk mereka untuk menyokong kami, dengan tegas menyatakan di depan kamera, 'Kami menolak Lynas'... Dengan sendirinya adalah satu projek yang besar! Dan proses ini diulangi sebanyak 54 kali! "

Selepas beberapa kali perbincangan hingga larut malam, dan suntingan sebanyak empat kali, Koh Wee Sun bagi pihak Nicole Wong dan Low Wawa menyatakan harapan mereka, bahawa klip video, dengan penduduk dari 54 bandar di rata-rata dunia, sedang berkata kepada rakyat Malaysia, "Anda tidak bersendirian."

Selain itu, Koh Wee Sun (gambar kanan) memaklumkan bahawa dua lagi klip video akan dimuatnaik, dengan salah satu daripadanya diterbitkan oleh Patrick Goh, yang dirakam di kalangan rakyat jelata Malaysia. Satu lagi klip video bakal merakamkan seruan daripada tokoh-tokoh seperti A. Samad Said, S.Ambiga, Wong Chin Huat, pemimpin mahasiswa Adam Adli, pelakon tempatan Mislina Mustaffa, penari Hilyati Ramli, artis Hariry Jalil, ahli politik seperti Lim Guan Eng, Nurul Izzah dan lain-lain lagi.

*Tulisan ini disedut, diterjemah dan disunting dari teks

Seluruh Dunia Ingin Tahu Kes Scorpene....!!


Isu kapal selam menarik perhatian media Hong Kong -MR

Ketika kes pengambilan komisen pembelian kapal selam masih dalam siasatan mahkamah Perancis, pengamal media Hong Kong mendedahkan melalui laman internet bahawa 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya melalui sebuah syarikat Hong Kong.

Kini, media Hong Kong, Ming Pao mulai mengikuti perkembangan kes ini, malah mengesahkan bahawa Abdul Razak adalah salah seorang pengarah syarikat Hong Kong tersebut.

Ming Pao, sebuah akbar yang dimiliki Tiong Hiew King, tycoon Malaysia, telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.

Menurut laporannya, yang memetik sebuah agensi berita, bahawa syarikat DCNS telah menjual tiga kapal selam kepada Malaysia sebelum ini, dan 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya, melalui sebuah syarikat Hong Kong.

Setelah siasatan dibuat, Ming Pao telah mengesahkan bahawa syarikat Hong Kong tersebut bernama Terasasi, dengan Abdul Razak Baginda dan Abdul Mulim Baginda sebagai pengarah syarikat. Kedua-dua orang ini beralamatkan Kuala Lumpur, tetapi alamat syarikat di Hong Kong ini merupakan syarikat setiausaha.

Laporan ini memetik tulisan John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong yang tulisannya disiarkan di laman The Asia Sentinel.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar mendesak agar Perdana Menteri Najib menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia jelas merupakan satu fitnah semata-mata..

*Tulisan ini disedut dan diterjemah dari teks asal

UMNO = United Myanmar Nepal Organization.....!!


KEPALA BATAS, 13 April: Umno sudah jadi 'United Myanmar Nepal Organisation' bukan lagi 'United Malays National Organisation' sepertimana yang menjadi kebanggaan orang Melayu suatu hari dulu, kata Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu (gambar).

Ketika berucap di program minum petang anjuran PAS Tasek Gelugor di Taman Sepadu, Tasek Gelugor semalam, beliau menempelak kepimpinan parti perkauman itu kerana sanggup menjual negara semata-mata untuk mencapai kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.

"Umno dan jadi parti serabut iaitu United Myanmar Nepal Organisation bukan lagi Umno seperti dulu yang bekerja kuat untuk rakyat walaupun ada kalangan mereka mengamalkan dasar penyelewengan, rasuah dan penipu," jelasnya.

Bagi beliau, Umno sudah tersasar jauh daripada landasan mereka untuk memastikan Melayu terpelihara dengan aman, harmoni di tanah air sendiri.