Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 1, 2011

Kes Ahmad Sarbani: Memorandum Untuk Ketua Polis Negara


TAN SRI HAJI ISMAIL BIN HAJI OMAR
KETUA POLIS NEGARA
IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN
JALAN BUKIT AMAN
TASIK PERDANA
50560 KUALA LUMPUR

MENUNTUT TINDAKAN SEGERA ATAS MAKLUMAT BARU DALAM KES AHMAD SARBANI MOHAMED

1) Pada 6 April 2011, Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed (umur 56 tahun) dijumpai mati di Tingkat 1, Ibu Pejabat SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.

2) Insiden ini yang mirip dengan kematian Teoh Beng Hock di SPRM Shah Alam, telah mengejutkan seluruh negara dan adalah diharapkan oleh rakyat bahawa tindakan cepat di ambil dan keluarga Ahmad Sarbani mendapat keadilan.

3) Walau bagaimanapun sehingga hari ini, tidak ada apa-apa tangkapan atau dakwaan di Mahkamah dibuat terhadap mana-mana individu berhubung kematian Ahmad Sarbani.

4) (a) Pada 2 Mei 2011, balu Ahmad Sarbani, Puan Maziah Bt Manap membuat satu laporan polis yang amat serius.

(b) Beliau menyatakan dalam laporannya bahawa Pegawai Penyiasat dari SPRM bagi kes kematian Ahmad Sarbani membuat pengakuan bahawa "orangnya" terlibat dalam kematian tersebut.

(c) Walaupun telah hampir sebulan sejak laporan tersebut dibuat, masih tiada tindakan lanjutan diambil oleh pihak polis.

5)Penyiasatan kes Ahmad Sarbani melibatkan kepentingan awam dan integriti institusi SPRM. Apakah sebab-sebab mengapa pihak polis dan Peguam Negara tidak mengambil tindakan sewajarnya dan secepat mungkin ?

DENGAN INI KAMI MENUNTUT

a) Bahawa tindakan menurut undang-undang dan prosedur jenayah dilakukan dengan dengan segera ke atas kesemua anggota SPRM yang terlibat dan/atau bertanggungjawab dalam kematian Ahmad Sarbani;

b) Bahawa PDRM memberi penjelasan terbuka mengapa tiada tindakan diambil sehingga sekarang terhadap pihak-pihak yang terlibat dan/atau bertanggungjawab dalam kematian Ahmad Sarbani;

c) Bahawa penyiasatan segera dilakukan atas kandungan laporan polis bertarikh 2 Mei 2011.

d)Bahawa perkembangan kes ini dimaklumkan kepada rakyat dan keluarga Ahmad Sarbani pada kadar segera.

e) Bahawa Ketua Polis Negara memberi akujanji bahawa kesemua kes profail tinggi seperti ini yang melibatkan kepentingan politik BN akan disiasat dengan adil, cepat dan telus, tanpa memihak kepada sesiapa dan walaupun melibatkan agensi kerajaan yang lain.

Tuntutan dari:
PARTI KEADILAN RAKYAT

Rakyat Tahu UMNO Memang Penipu...!!


Parti Islam Semalaysia (PAS) menganggap kerajaan Bn bermain silap mata dengan rakyat isu kenaikan tarif letrik . Sedangkan pada 25 Mei 2011 kabinet memutuskan minyak RON 95 tidak naik dengan alasan prihatin kerajaan kepada rakyat. Tiba-tiba rakyat dikejutkan dengan pengumuman kerajaan mengenai kenaikan tarif letrik 7.12% bermula 1 Jun 2011.

Menjadi kebiasaan Akhbar Umno ( Utusan Malaysia) dengan tajuk "Tiada Kenaikan Guna 300 kWj". Inilah kerja Utusan Malaysia yang mencari apa sahaja hujah untuk membela penguasa yang tidak berhati perut terhadap rakyat. Tidak hairanlah kepada kita jualan semakin merudum, terpaksa ditaja oleh GLC dan koperat Umno untuk diberi percuma sahaja. Rakyat sedang menghukum Utusan dengan tidak membeli, kerana ia bukan suara hati rakyat, tetapi suara Umno.

Menjadi kelaziman biasa kepada pemimpin BN setiap kali berlaku kenaikan keperluan rakyat maka hujah mereka tidak terjejas rakyat bawahan. Ketika menaikan tarif letrik, pemimpin BN berhujah 75% isi rumah rakyat Malaysia tidak terjejas. Mereka cuba menyembunyikan kepada rakyat "kesan berantai" kerana kenaikan tarif letrik. Hujah mereka kenaikan tarif baru hanya membabitkan industri, tidak melibatkan pengguna biasa. Sedangkan kenaikan tarif akan terbeban kepada rakyat walaupun bil letrik dirumah tidak naik, tetapi barang keperluan akan naik. Hujah yang sama juga penerangn Umno BN menipu rakyat ketika kerajaan menaikkan tol, dengan hujah rakyat biasa tidak terjejas kerana tidak ada kenderaan. Mereka berhujah seolah-olah rakyat tidak beli sayur dan barang keperluan, sedangkan keperluan dapur dibawa melalui tol. Harga tol akan ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna. Fakta ini disembunyikan kepada rakyat untuk menghalalkan tindakan mereka.

Menurut ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng akan berlaku kenaikan harga barang makanan kerana industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik. Menurutnya walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,"

Kemungkinan tarif letrik akan dinaikkan setiap enam bulan kerana menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS

Itu Rahsia..Ini Rahsia...Semuanya Rahsia....!!


MENTERI : KERAJAAN TIADA KUASA DEDAH KONTRAK IPP - MK

Kerajaan tidak boleh memaksa Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) didedahkan kepada umum kerana ia dimeterai oleh entiti swasta.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Peter Chin berkata PPA ditandatangani antara beberapa pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Jadi, siapa kita untuk beritahu mereka supaya mendedahkannya?” katanya kepada Malaysiakini di Putrajaya.

PPA adalah kontrak undang-undang antara pengeluar tenaga dan pembeli tenaga.

Adalah kemungkinan PPA akan menghuraikan butiran seperti kadar dan harga bahan api yang dibeli oleh syarikat minyak dan gas negara, Petronas tetapi ia sekarang diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi.

Bagaimanapun menurut Chin jika kedua-dua pihak bersetuju mendedahkan dokumen berkenaan kerajaan akan menyokong langkah tersebut.

"Jika kedua-dua pihak (IPP dan TNB) bersetuju dan kata 'kami mahu dedahkannya' siapa kami untuk menghentikan mereka,” katanya selepas pelancaran bangunan baru Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya.

Pengkritik, khususnya parti pembangkang sejak akhir-akhir ini menekan kerajaan untuk mendedahkan PPA. Ini berikutan keenganan kerajaan persekutuan menstruktur semula kontrak berkenaan yang dikatakan berat sebelah sehingga membebankan rakyat.

Pakatan Rakyat juga mendakwa IPP meraih keuntungan lumayan dari kontrak itu dan pada masa yang sama menikmati subsidi gas yang ditanggung oleh pembayar cukai.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini mendakwa subsidi bahan api yang dinikmati oleh IPP dan TNB mencecah RM19 bilion dan mereka penerima sebahagian besar subsidi yang diberikan oleh kerajaan.

Nota:

inilah caranya BN menipu
inilah cara rakyat kena tipu
inilah caranya melayu kena tipu

ada akta rahsia
ada akta tak boleh usik raja
ada akta tak boleh itu
ada akta tak boleh ini
semua nak tipu melayu
bangang jadinya melayu ni...
kah kah kah

Semuanya Kerana Harta....!!


PEMUDA PERSOAL UDA MAHU JUAL TANAH 1.4 HEKTAR - UM

PETALING JAYA 31 Mei - Tindakan Uda Holdings Bhd., (UDA) yang kebelakangan ini menimbulkan tanda tanya di kalangan kontraktor bumiputera terus dipersoalkan apabila ia didapati dalam proses menjual sebidang hartanah miliknya yang terletak di kawasan utama iaitu di Jalan Sultan Ismail di ibu kota.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau mendapat tahu UDA kini bercadang menjual tanah miliknya yang berukuran 1.4 hektar bersebelahan Hotel Sheraton itu kepada Mutiara Goodyear Development Bhd., (Mutiara) pada harga RM215.5 juta.

Menurutnya, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan UDA kerana ia pasti merugikan pemilikan tanah bumiputera di kawasan bandar dan bercanggah dengan falsafah penubuhan UDA yang bertujuan menjaga kepentingan pemilikan hartanah golongan tersebut.

Nota :

apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam UDA?

dari mata kasar ianya hanyalah kritikan terhadap pucuk pimpinan uda
dari mata kasar ianya hanyalah perebutan ghanimah - harta perang

BN sama sendiri sedang berebut harta kekayaan
tanah di bekas tapak penjara pudu
tanah di bekas tapak lapangan terbang tudm sungai besi
tanah bekas tempat kajian getah di sungai buluh

ada yang dapat
ada yang tak puas hati

jangan silap baca
dibelakang krisis inin ialah
pertempuran hebat antara najib dan muhyuiddin
kepala di uda ini dinaikkan oleh najib
ini untuk memastikan kepentingan orang najib terjaga

kerana itu kita lihat muhyiddin bersuara mengkritik uda
kerana itu perkasa bising tentang uda
semua ini adalah menifestasi
pertempuran antara najib dan muhyiddin

uda ini adalah permulaan pertempuran antara najib dan muhyiddin

kita tunggu dan nanti
bila madey akan bersuara
bila madey bersuara maka ianya akan jelas lagi

utusan memainkan isu uda ini
utusan kini menyokong garis muhyiddin
utusan bersama perkasa dalam tim yang sama
garis politik melayu sedang di jual oleh utusan

ini menambah lagi tersepit najib dan rosmah

tapi kita tunggu apakah najib akan melawan ?
kah...kah...kah....!!

Kalau Nak Tipu Pun...Agak-Agak La....!!


IPT PERLU BERJIMAT GUNA LETERIK - UM

KUALA LUMPUR 31 Mei - Setiap institusi pengajian tinggi (IPT) digalakkan mengambil langkah berjimat cermat dalam penggunaan elektrik bagi mengelakkan peningkatan kos bil utiliti masing-masing.

Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, walaupun langkah itu sudah dimulakan namun ia perlu diteruskan lagi bagi mengelakkan perbelanjaan berlebihan.

''Kita di kementerian termasuk universiti sentiasa berjimat cermat dalam setiap perkara dan ia akan terus dilakukan," katanya.

Beliau mengulas struktur tarif baru elektrik yang menyaksikan pemberian diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan seperti mana yang diberi kepada rumah ibadat dan institusi kebajikan.

Nota:

Jelas menunjukkan munkee munkeee ini tak sebulu
satu munkeee cakap leterik naik tak ada apa apa
satu munkeee kata ini tak jadi beban
satu munkeee kata ini terrendah dalm dunia
Ini semua nak tipu rakyat...
Tapi rakyat dah tahu...BN memang menipu
kah kah kah

Macam-Macam Cara Nak Kelirukan Rakyat...!!


CHINA NAIK KADR ELETERIK 3 PERATUS ELAK INFLASI - BH

BEIJING: China menaikkan kadar elektrik sebanyak 3 peratus untuk beberapa kategori pengguna, ketika ekonomi kedua terbesar dunia itu bergelut menangani kekurangan bekalan tenaga terburuk dalam tempoh tujuh tahun.

Kenaikan itu diumumkan kelmarin membabitkan sektor industri, komersial dan pertanian di 15 wilayah.

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC), agensi perancangan ekonomi utama China berkata, 13 daripada 15 wilayah berkenaan sudah mengenakan kadar elektrik yang lebih tinggi sejak 10 April lalu.
---------------------------------------------------
woit.. INI TEKNIK BARU PULAK....

kah kah kah... GUNA BERITA DARI LUAR NEGARA....

kah kah kah...NAK BAGI TAHU KITA SUPAYA PATUT BERSYUKUR...

woit..BAGAIMANA DENGAN BERITA DARI SWEDEN...??

kah kah kah... BURUH SWEDEN DAPAT NAIK GAJI 4 PERATUS UNTUK LAWAN INFLASI?.....

kah kah kah...BAGAIMANA DENGAN BERITA DARI GERMAN...

kah kah kah....SEMUA PELAJAR MASUK UNIVERSITI PERCUMA DAN DAPAT WANG SAKU UNTUK LAWAN INFLASI....

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....KENAPA UTUSAN MALAYSIA TAK SIARKAN BERITA INI...??

NOTA:

jangan lupa 9 julai
pesta anak muda melawan penipu!

Ketawa Dahulu Sebelum Kita Turun Ke Jalanraya...!!


TARIF ELETERIK TIDAK MEMBEBANKAN - UM

Najib Razak memberi jaminan sebarang kenaikan atau perubahan tarif elektrik pada masa depan tidak akan sesekali membebankan rakyat melalui kajian yang dilakukan kerajaan dari semasa ke semasa.

Dia berkata, komitmen itu dibuktikan seperti mana kenaikan tarif elektrik pada masa ini seperti diumumkan kerajaan semalam yang tidak melibatkan 75 peratus daripada pengguna domestik atau isi rumah tempatan.

Dalam pengumuman tarif baru elektrik yang berkuat kuasa esok juga, seramai 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna tidak mengalami kenaikan bil elektrik mereka jika menggunakan kurang daripada 300 kilowatt sejam (kWj) tenaga itu sebulan.

Bagaimanapun, kata beliau, kenaikan tarif itu perlu demi menggalakkan syarikat-syarikat tenaga melabur dalam bidang cari gali minyak serta gas dan penerokaan sumber tenaga baru.

"Jika harga (minyak) tempatan terlalu rendah, syarikat minyak termasuk Petronas tidak mempunyai insentif meneroka punca gas dan minyak baru untuk keperluan tenaga dan kegunaan negara kita.

Nota :

Kah...Kah....Kah....
Kenyataan paling bangang pernah di keluarkan...
Kalau nak bodoh...bodoh lah sorang-sorang...
Jangan ajak oarang lain....
Kah...Kah...Kah...