Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 23, 2011

Video Mat Sabu Dilanggar Polis...!!



PADA 9 Julai 2011, iaitu tarikh yang sama dakwaan Mat Sabu dilanggar kereta Polis sebelum ditahan, Portal The Malaysian Insider ada menyiarkan berita mengenai dakwaan tersebut, yang juga pada hari yang sama perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan

Jelas, terang dan nyata, Portal The Malaysian Insider melaporkan bahawa Mat Sabu dilanggar dengan sebuah kereta Polis sebelum ditahan, diulangi dilanggar dengan KERETA POLIS sebelum ditahan. Sila rujuk sendiri berita ini.

Polis dengan yakin dan bangganya mengeluarkan video untuk membuktikan Mat Sabu menipu. Tapi malangnya video yang dikeluarkan oleh Polis, menguatkan lagi dakwaan bahawa Mat Sabu memang benar dilanggar oleh kereta Polis sebelum beliau ditahan 9 Julai lalu.

Bermula pada durasi ke 2:18 di dalam video yang dibentangkan oleh Polis, jelas sekali menunjukkan bahawa kereta Polis berada pada bahagian kanan jalan (lorong yang salah), sementara motorsikal yang ditunggangi Mat Sabu dilihat tumbang di hadapan kereta polis tersebut.

Apa yang melucukan, Polis memutar belitkan cerita untuk menegakkan benang yang basah dengan cara mengalihkan isu. Polis mendakwa Mat Sabu tidak dilanggar oleh pajero (Land Rover) Polis. Memanglah! Sebab mat Sabu dilanggar oleh kereta proton waja Polis. Saksikan video di bawah dengan mata kepala anda sendiri.

Malapetaka Sudah Sampai...!!


NAJIB KORBAN CUTI UNTUK BERTEMU RAKYAT – BH

Najib Razak, yang tiba di tanah air hari ini selepas melakukan lawatan ke luar negara, berkata beliau tidak sanggup bercuti lama, malah sudah berkorban masa cuti beliau untuk menemui rakyat.

Selepas melakukan lawatan lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali, Najib akan berada di Selangor pula pada tengah hari ini.

Nota:

betul ke pendek kan cuti kerana rakyat?
atau kerana malikul sembab dah mula kumpul orang
kah kah kah

pada 14 mei setiap tahun rakyat palestine menyambut nakba
pada 14 mei 1948 israel dutubuhkan dan tanah palesine

nakba ialah malapetaka

pada 31 ogos rakyat ditanah melayu menyambut nakba
pada 31 ogos 1957 british menyerak kuada kepada united malay national organisation

malapetaka ialah nakba untuk palestine
nakba ialah malapetaka untuk tanah melayu

Sah...!! Najib Memang Pembohong...!!


PM Britain tanya Najib tentang perhimpunan 9 Julai-MK

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah menjelaskan kepada rakan sejawatannya di Britain, David Cameron mengenai niat sebenar perhimpunan haram di ibu negara 9 Julai lepas, semasa beliau melakukan lawatan rasmi empat hari ke United Kingdom baru-baru ini.

Dalam pertemuan di No. 10 Downing Street Khamis lalu, Najib berkata Cameron banyak bertanyakan soalan kepada beliau termasuklah berkaitan perhimpunan yang dianjurkan badan tidak berdaftar ketika lawatan itu berlangsung.

"Saya beritahu kepada Perdana Menteri United Kingdom "that we have room for dissent) (kami memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati) di Malaysia," katanya ketika berkongsi pengalamannya kepada hampir 3,000 orang yang menyambut kepulangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang setelah mengakhiri lawatan ke tiga negara iaitu Turkmenistan, United Kingdom dan Itali selama lapan hari.

Hadir sama menyambut beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ialah timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Najib berkata sebagai kerajaan, soal ketenteraman awam harus dijaga dan pada masa sama memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati.

"Saya beritahu beliau kita tawar sebuah stadium tetapi mereka tolak. Mereka mahu Stadium Merdeka kerana tujuannya hanya mahu berarak. Selepas itu lakukan provokasi terhadap polis. Biar polis naik berang. Apabila polis bertindak, mereka ambil gambar masuk laman YouTube dan mereka katakan kekejaman polis," kata Najib.

Perdana Menteri berkata Cameron juga dimaklumkan bahawa perhimpunan oleh badan tidak berdaftar itu bukanlah sebenarnya bertujuan menuntut "pembaharuan pilihan raya".

"Mereka lebih ingin tunjukkan kerajaan Malaysia seperti di Timur Tengah.

"Mereka gambarkan kerajaan Malaysia autokratik. Sebenarnya mereka hendak ambil kuasa daripada kita (kerajaan) yang dipilih oleh rakyat," katanya.

Beliau berkata, perdana menteri Britain itu turut diberitahu kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang sentiasa menegakkan prinsip demokrasi.

"Saya kata pilihan raya di Malaysia, kita tidak pernah menipu. Pilihan raya di Malaysia adalah pilihan raya yang bersih," kata Najib.

Nota :

Pm British : Najib , pasal apa kena hantar water canon dan pemedih mata?
Najib:jalanraya KL lama tak cuci, KL banyak nyamuk.
PM Bristish: Kenapa demo aman tidak dibenarkan , malaysia sebuah demokrasi.
Najib: Kami tak nak malaysia jadi Mersir.
PM British: Kenapa polis lakukan kezaliman terhadap pendemo?
...Najib: Polis Malaysia , polis yang terbest , semua ikut SOP.
PM British : Kalau ada SOP kenapa nampak youtube ada gambar polis sepak orang.
Najib: Biasa lah , di Malaysia ramai meninggal dunia dilokap. ini gejala biasa.
PM British : Apa dia SOP? tapi nampak zalim saja?
Najib: SOP itu Samseng of Polis. SOP lah.
PM British: Tahniah , tunggu masa rakyat bangkit runtuhkan umno. kami akan sokong kebebasan bersuara.
kah..kah...kah....

Alang-Alang Menyeluk Pekasam...Biar Sampai Ke Pangkal Lengan...!!


Siasatan di Perancis tumpu kaitan Altantuya-Scorpene - MK

EKSKLUSIF Siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap kontroversi urusniaga RM7.3 bilion pembelian kapal selam Scorpene, yang didakwa melibatkan sogokan kepada pegawai tinggi Malaysia, mungkin dapat menyingkap misteri yang menyelubungi kematian Altantuya Shaariibuu.

Peguam yang berpejabat di Paris, William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang semalam, berkata siasatan itu mungkin mendedahkan maklumat berkaitan dengan penglibatan Altantuya dalam pembelian dua kapal selam Perancis oleh Malaysia.

Bourdon (kiri), yang telah ditahan pegawai imigresen di apangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya dari Pulau Pinang kira-kira 10.30 pagi ini berkata, beliau mengikuti kes Altantuya sejak kematiannya pada tahun 2006, dan mendapati perbicaraan pembunuhan Altantuya terlalu dibesarkan.

Dalam temubual ekseklusif dengan Malaysiakini hanya beberapa jam sebelum beliau ditahan oleh pegawai imigresen, yang menaiki pesawatnya di KLIA pagi ini, Bourdon berkata: "Cara perbicaraan itu dijalankan, telah menimbulkan banyak persoalan; masih banyak kekaburan mengenai pembunuhannya (Altantuya)."

Perbicaraan kes tersebut berakhir pada tahun 2008 dengan dua pengawal peribadi Najib, yang ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri, yang juga menteri pertahanan, disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

Kedua-duanya sedang merayu terhadap hukuman mati yang dijatuhkan ke atas mereka. Abdul Razak, yang didakwa bersubahat dengan kedua-duanya, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Pemerhati mengatakan, walaupun ia perbicaraan berprofil tinggi,
tetapi dua persoalan penting yang menyelubungi pembunuhan
Altantuya belum terjawab: mengapa dia dibunuh dan siapakah yang mengarahkan pembunuhannya?

Najib - sebagai menteri pertahanan bertanggungjawab atas urusniaga pembelian kapal selam Scorpene - telah menafikan sebarang penglibatan dalam kes pembunuhan tersebut.

Mengenai kes Suaram yang difailkan peguam itu di Paris tahun lalu, Bourdon berkata, beliau yakin akan mendapat mengakses kepada dokumen dan fail yang berkaitan, tidak lama lagi.

Pendedahan ini dijangka akan mengheret pegawai berprofil tinggi Malaysia yang dikatakan telah menerima sogokan berjumlah jutaan ringgit daripada urusniaga pembelian kapal selam tersebut.

Bourdon berkata, kes itu masih di tahap siasatan di mana polis masih menyoalsiasat saksi-saksi.

Bagi pihak NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Bourdon telah memohon kepada pendakwaraya untuk membolehkan NGO yang berpejabat di Kuala Lumpur itu diterima sebagai plaintif sivil di mahkamah.

Jika diterima, katanya, seorang hakim akan dilantik untuk mengendalikan kes itu.

Berkata Benarlah Kamu Walaupun Ia Pahit...!!

Scorpene: Misi dedah kebenaran tetap diteruskan - MK

EKSKLUSIF Walaupun ditahan di Sepang, peguam Perancis William Bourdon berikrar untuk meneruskan misinya bagi mendedahkan kebenaran di sebalik kontroversi urusniaga melibatkan pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Urusniaga yang dimeterai antara kerajaan dan syarikat gergasi Perancis, DCNS, dikatakan membabit sogokan jutaan ringgit kepada pegawai tertinggi di Malaysia.

Menurut undang-undang Perancis, sogokan itu menyalahi undang-undang dan boleh dihukum.

Bercakap kepada Malaysiakini kira-kira sembilan jam selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Bourdon (kiri) menegaskan bahawa "kesediaannya untuk berkhidmat kepada pelanggannya tetap utuh walaupun dinafikan masuk ke dalam negara ini".

"Saya ingin memberitahu rakan-rakan saya di Malaysia bahawa saya akan meneruskan misi saya untuk berkhidmat kepada mereka. Saya tidak akan menyerah kalah.

"Saya ingin memberitahu mereka supaya menjaga diri mereka dan mempunyai keberanian untuk meneruskan perjuangan untuk keadilan," katanya.

Bourdon berkata beliau bingung dengan keputusan kerajaan untuk mengusirnya secara tiba-tiba kerana beliau tidak melanggar sebarang undang-undang dan datang ke negara ini sebagai memenuhi tugasnya kepada pelanggannya, Suaram - sebuah NGO tempatan yang sah.

Bagaimanapun, apabila pesawat yang dinaikinya dari Pulau Pinang mendarat di KLIA pada kira-kira 11.40 pagi tadi, pegawai Imigresen menahannya dan membawanya ke pusat tahanan, di mana beliau telah disoalsiasat selama beberapa jam mengenai lawatannya ke negara ini.

"Saya ditanya tujuan lawatan saya dan apa yang saya buat di Pulau Pinang. Saya memberitahu mereka apa yang saya buat kerana saya tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan.

"Saya telah disoal oleh tiga orang pegawai, yang cukup mesra dengan saya, tetapi mereka tidak dapat menjelaskan kepada saya dengan sempurna mengapa saya ditahan di pusat tersebut," katanya.

You're Welcome To Malaysia Again....!!


Peguam 'Scorpene' dihantar pulang malam ini -MK

Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, telah dihantar pulang malam ini selepas ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau dihantar pulang menaiki pesawat menuju ke Paris pada kira-kira jam 11.30 malam ini.

Dalam mesej emelnya, Bourdon berkata semuanya baik, dan beliau akan terbang ke Paris malam ini.

Negaraku Malaysia....!!


Bourdon : Negara Di Malukan Selepas BERSIH 2.0 - HD

TASEK GELUGOR, 22 Julai: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin penangkapan Peguam Hak Asasi Manusia Perancis, William Bourdon pasti akan meningkatkan lagi kemarahan rakyat selepas negara melakukan kezaliman terhadap perhimpunan aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 baru-baru ini.

Menurutnya, dalam keadaan rakyat ingin tahu perkara sebenar hasil pendedahannya di Malaysia, tiba-tiba sekumpulan pegawai Imigresen menangkapnya setelah pesawat yang dinaikinya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, tangkapan itu amat memalukan negara sekali lagi setelah dimalukan dengan perhimpunan aman Bersih 2.0.

Tambahnya, tindakan tersebut sekaligus menjejaskan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disebut-sebut terlibat dengan pembelian kapal selam Scorpene.

“Jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) berani kerana benar kenapa mereka tidak biarkan sahaja William Bourdon menjalankan tugasnya mendedahkan siapa di sebalik pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam sekembali ke Malaysia,” katanya.

Baginya, isu penangkapan Willian Bourdon di Malaysia pastinya mendapat kritikan berbagai pihak sama ada secara terus atau di alam maya kerana beliau bukan calang-calang peguam.

Sharpshooter - Lawan tetap Lawan....!!


Seperti yang sudah kita jangka kan.Ia seakan sama sepertiyang berlaku pada tahun 1998
Yang Merogol terlepas tetapi yang membela keadilan pula yang yang di dakwa.

Tapi jangan harap kami blogger - blogger disini akan meyerah kalah atas apa jua kezaliman yang telah di lakukan oleh gerombolan,apa yang pasti ini adalah isyaratyang kami takkan berhenti dari terus membela keadilan.

Sehari yang lalu mahkamah telah pun mengisytiharkan bahawa pejuang keadilan iaitu Sharpshooter di arah membayar saman sebanyak RM100,000.00 terhadap rais yatim.

Hal ini telah kami jangkakan,bukan kerana hakim tak nampak tetapi segala - galanya adalah telah di aturkan oleh geromblan sama sepertiyang di lakukan oleh Lim Guan Eng.

Namun apa yang mengujakan pejuang keadilan seperti Sharpshooter langsung tak gentar malah beliau berkata " Saya tetap lawan, tak terkejut arah bayar Rais RM400,000"

keputusan mahkamah mengarahkannya membayar RM400,000 juga tidak akan menghalangnya daripada terus menyiarkan tulisan-tulisan kritikal mengenai pemimpin-pemimpin kerajaan.

"Saya akan terus menulis. Tindakan pak menteri hanya mahu menakut-nakutkan blogger Pakatan Rakyat, saya tidak akan patah semangat," katanya lagi.

beliau sudah berbincang dengan peguamnya untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.

Rayuan dijangka difailka hari ini ataupun esok.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizudin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais. Selain itu, mahkamah juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Pada 1 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga ahli jawatankuasa Angkatan Muda PKR pulau pinang, berhubung artikel yang disiarkan dalam blognya pada atau sekitar 28 Disember lalu.

Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir manakala Amizudin diwakili peguam William Leong.

Dalam komen disiarkan di blognya, Amizudin berkata, "sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan tiga muka surat Migrant Care."

"'Sharpshooter' diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim, namun 'sharpshooter' tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika 'sharpshooter' mohon maaf secara terbuka... akan ada tuduhan 'berapa ribu sharpshooter terima duit daripada Rais Yatim untuk minta maaf'."

"Walau bagaimanapun 'sharpshooter' akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan," katanya.

Menurut laporan media semalam, dalam penghakimannya, Hakim Zabariah Mohd Yusof berkata, setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.

Katanya, fitnah yang dibuat itu adalah sangat serius, dan jika seseorang itu mempercayainya, bukan sahaja reputasi Rais akan terjejas di peringkat nasional dan antarabangsa, tetapi yang lebih penting ialah kesannya terhadap kehidupan Rais dan keluarga.

Zabariah berkata bahawa dalam menetapkan jumlah ganti rugi itu, mahkamah mendapati tidak ada keterangan yang boleh mengaitkan Rais dengan perbuatan salah laku sehingga mendorong Amizudin mengeluarkan artikel berkenaan.

"Apa yang jelas ialah defendan ini berada dalam kem politik yang berlainan," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berkata fitnah itu melibatkan perbuatan merogol seorang individu dari negara lain dan ini merupakan satu tuduhan paling kotor yang dibuat terhadap seseorang.

Malah menurut Zabariah, tuduhan itu juga tidak sihat daripada segi hubungan diplomatik dan ia menambah lagi kemarahan negara jiran itu memandangkan terdapat kes-kes warga negara berkenaan didera ketika bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.

Katanya artikel itu diterbitkan dalam satu laman blog yang dapat diakses oleh sesiapa saja termasuk di luar negara.

Zabariah berkata bahawa daripada keterangan yang ada, perbuatan Amizudin mengeluarkan artikel itu dahulu sebelum memastikan kesahihannya, merupakan satu tindakan yang cuai.

"Ini jelas daripada keterangannya bahawa dia telah pergi ke Jakarta untuk menyiasat hanya selepas dia mengeluarkan artikel itu dalam blognya. Dia berada di sana selama tiga hari dan gagal mendapatkan pengesahan terhadap dakwaannya itu daripada wanita yang dikatakan mangsa," katanya.

Selepas itu Amizudin tidak lagi mengambil apa-apa tindakan dan ini menunjukkan bahawa dia tidak kisah tentang kesahihan artikelnya terhadap Rais, kata Zabariah lagi.

Sharpshooter - Kepada semua blogger pro Pakatan Rakyat, usah takut untuk terus menulis..

Jazakallah kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan yang memberi sokongan dan sumbangan ikhlas melalui hebahan di facebook.. Allah sahajalah yang dapat membalasnya..God Bless all of you..

Lawan tetap lawan..

kerana kecekalan seorang Pejuang kami semua blogger - blogger akan terus menentang gerombolan sehingga akhir hayat kami.Oleh itu pada tuan - tuan dan puan - puan,adik abang dan kakak.

Kami mohon sokongan agar dapat lah menghulurkan sedikit sumbangan untuk kami terus memberi tekanan kepada gerombolan selain dari menampung kos perbicaraan Sharpshooter.

Nota

Kami mohon sumbangan dari ada semua tak kira berapa banyak RM1,RM5,RM10 atau RM100 terus ke akaun HONG LEONG BANK kami :14651 - 040 - 288 (AZALLI HUSIN) agar cukup untuk terus membela sharpshooter dalam terus menegakkan keadilan