Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 27, 2010

Harap Ku Li Tolak Jadi Kuli Muhyidin....!!!


Kempen: BN serah pada kebijaksanaan Ku Li -MK

BN menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencorak bentuk kempen bagi memenangi hati pengundi pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas pada 4 November ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Timbalan perdana menteri berkata, sebagai orang tempatan dan Pengarah Pilihan Raya BN serta Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh lebih memahami sikap dan keperluan pengundi, logistik dan taburan penduduk sebelum merangka strategi.

"Itu mengikut keadaan dan atas situasi yang kita fikir sesuai. Apa pun Tengku Razaleigh adalah pengarah (pilihan raya BN) dan kalau (beliau) berpendapat pendekatan itu adalah amat berkesan untuk Barisan Nasional, (kita) tidak ada halangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program mesra rakyat bersama orang Asli di Pos Brooke di Gua Musang.

Beliau diminta mengulas mengenai corak kempen Tengku Razaleigh yang lebih menumpukan kepada menemui pengundi di kawasan peti undi tertentu daripada mengadakan program ceramah besar-besaran.

Katanya walau apa corak dan bentuk kempen yang dilaksanakan, sasarannya masih sama iaitu pengundi.

"Yang penting kita bercakap dengan pengundi. Apa pun kita serah kepada kebijaksanaan Pengerusi BN di sini," katanya.

Mengenai penceramah PAS yang tidak menyentuh isu tuntutan royalti minyak semasa kempen kali ini kemungkinan kerana "segan" kepada Tengku Razaleigh, Muhyiddin berkata: "Itu saya tak tau, yang pasti kita tak bicarakan soal itu kerana urusan ini sudah ada di mahkamah.

"Saya pun tak perlu menjelas dan menjawab soal itu."

Sebelum ini, Tengku Razaleigh pernah menawarkan diri menjadi saksi dalam tuntutan royalti minyak oleh Kelantan.

Dikenali dengan panggilan "Ku Li", Tengku Razaleigh merupakan tokoh yang dihormati kerana membangunkan jajahan Gua Musang sejak menjadi wakil rakyatnya selama 41 tahun mulai 1974.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusof, 49, dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad, 44.- Bernama

Nota :

Ya...Ampoon Ku Li....
Tolong lah jangan jadi kuli Muhyidin...
Sehina-hina manusia adalah orang yang kena tipu oleh Muhyidin...
Ku Li orang hebat...orang bijak...orang bangsawan....
Tak Kan lah Ku Li sanggup jadi kuli pada Muhyidin....
Mereka sengaja nak tipu Tengku....
Mereka sengaja nak guna Tengku...
Mereka nak jadikan Tengku sebagai kuli mereka....

Asli Mesti Cerdik...Jangan Jadi Bodoh Macam Melayu UMNO...!!!


Calon PAS bagi DUN Galas, Dr.Zulkefli bin Mohamed akan memastikan rakyat dan penduduk di Galas akan terbela. Beliau pada hari ini menyatakan misi selaku calon PAS dan Pakatan Rakyat didalam Sidang Media yang diadakan pagi ini di Markaz Induk PRK N45 Galas di sini.

PAS bersungguh-sungguh dalam menawarkan perkhidmatannya kepada pengundi di sini sementara UMNO/BN pula memilih pendekatan yang sederhana.

DUN Galas mempunyai sekitar 6,500 orang asli dan beliau yakin masyarakat Orang Asli akan dapat menerima dengan baik misi dan gerak kerja yang dijalankan oleh PAS. Hal ini adalah kerana PAS telah berjaya mentadbir Kelantan dengan baik selama 20 tahun.

"Saya tidak melihat sebarang masalah dalam keadan tersebut. Dan saya telah pun sampai kepada Pos Hau yang jaraknya lebih kurang 3 jam lebih bersama-sama dengan sebahagian wakil media yang ada hari ini." kata beliau kepada wartawan

PAS dan Pakatan Rakyat dari seluruh negeri mula berkampung disini sejak satu minggu yang lalu untuk sama-sama membantu Jentera PAS Kelantan untuk memenangkan DUN Galas pada 4 November akan datang.

"Kekuatan kami adalah kerjasama yang erat diantara kami daripada PAS dan daripada jentera Pakatan Rakyat." ujar beliau lagi.

Nota :

Misi Calon PAS/PR, Dr.Zulkefli bin Mohamed ;

1. Meneruskan khidmat cemerlang Allahyarham YB Che Hashim Bin Sulaiman.

2. Berusaha untuk menyelesaikan isu yang berkaitan permohonan pemilikan tanah yang tertangguh.

3. Sebagai pemudah cara bagi Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pembangunan di DUN Galas.

4. Mengadakan rawatan kesihatan bergerak kepada rakyat di DUN Galas.

5. Mencadangkan kepada Kerajaan Negeri menubuhkan satu Urusetia Khas untuk menguruskan hal - hal berkaitan orang Asli.

Demi Rakyat...YB UMNO/BN Baik Mati Dari Hidup...!!!


PENDUDUK 30 KAMPONG BAKAL NIKMATI WIFI PERCUMA - BH

Penduduk di 30 kampung di Kelantan bakal menikmati kemudahan Wifi secara berperingkat bagi membolehkan mereka menggunakan internet tanpa wayar secara percuma.

Rais Yatim, berkata kemudahan itu disediakan kerana kerajaan mahu rakyat di semua peringkat sama ada di bandar atau luar bandar menikmati kemudahan terbabit.

“Buat kali pertama di Kelantan kita lancarkan `Kampung Wifi’ di Gua Musang kerana ramai penduduk menunggu perkhidmatan itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program itu di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Sungai Terah, dekat sini, semalam.

MUHYIDDIN RASMI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT RM300 JUTA DI GALAS – BH

Muhyiddin Yassin akan merasmikan projek perumahan rakyat yang menelan belanja RM300 juta bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk dimiliki penduduk berpendapatan rendah.

Projek perumahan itu pada peringkat awalnya membabitkan 1,500 unit kediaman akan dijual dengan harga antara RM33,000 hingga RM35,000 seunit dengan bayaran RM190 sebulan selama 26 tahun.

PARLIMEN BATU SAPI : IMEJ BARU FLET KARAMUNTING – BH

SANDAKAN: Kira-kira 3,000 penduduk Rumah Pangsa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Karamunting, dekat sini, bakal menikmati kemudahan tempat tinggal lebih selesa apabila lima blok bangunan usang di situ, akan dicat semula, manakala sistem pembentungan dibaiki melalui peruntukan RM1.7 juta.

Peruntukan itu disalurkan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan penduduk yang kebanyakannya berpendapatan rendah menikmati sistem pembentungan sempurna berbanding kerosakan sistem berkenaan yang kerap berlaku sebelum ini.

Dengan peruntukan terbabit, persekitaran perumahan berusia kira-kira 15 tahun itu bukan setakat lebih ceria, malah membolehkan mereka menjalani kehidupan lebih ceria.
-------------------------------------------------------------------
Woitttt....BETUL TAK..?? PENGORBANAN TERBAIK DARI PARA YB IALAH MATI....

Kah...Kah...TAK PERLU UCAPAN YANG BERDEGAR DEGAR DI PARLIMEN......

Kah...Kah...CUMA PERLU BERHENTI BERNAFAS DAN MATI.....

Kah...Kah...KALAU YB MATI....KAWASAN MESTI DAPAT RUMAH MURAH...

Kah...Kah..KALAU YB MATI...KAWASAN MESTI DAPAT WIFI PERCUMA.....

Kah...Kah...KALAU YB MATI....KAWASAN MESTI DAPAT JAMBATAN PERCUMA....

Kah..Kah...SEMUA PEMINTAAAN YANG TERTANGGUH SEMUA AKAN JADI BERES....

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...YB UMNO PATUT MATI AWAL DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT...KAH...KAH...KAH....

Nota:

YB UMNO hidup pun tak ada guna....
Hidup pun bukan ada makna...
Duduk senyap di parlimen menghabiskan oxygen je...
Antara hidup dengan mati...lebih baik kau mati...
Kah....Kah....Kah....!!!

Bila Gurkha Bersuara...!!!

Dollah Badawi Pun Nafi...I Tak Pegang..Cuma I Letak tangan I Je...Kah..Kah...Kah...!!!

TENGKU RAZALEIGH NAFI ADA MASALAH DENGAN CALON BN - MI

Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata dakwaan kononnya beliau mempunyai masalah dengan calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas, Abdul Aziz Yusoff, adalah satu cubaan pembangkang untuk “melaga-lagakan kita”.

Ketika menafikan dakwaan itu, yang timbul setelah beliau tidak kelihatan mengiringi Abdul Aziz ke pusat penamaan calon di sini semalam walaupun beliau adalah pengarah pilihan raya BN bagi kerusi itu, Tengku Razaleigh berkata beliau kebiasaannya tidak akan pergi ke proses penyerahan kertas penamaan calon.

Nota :

Berapa kali mau cakap daa....!!!
Kalau nafi maknanya betul la tuuu...
Maka kalau betul...maka sahlah Ku Li tak sebulu denga calon BN di Galas...
Nasib baik nama calon BN Abdul Aziz...Kalau namayan Abdul Azeez dah tentu deposit pun hangus...Kah...Kah...Kah...!!!

Berita Yang Tak Pernah Kita Dengar....!!!


KHAIRY NAFI DAKWAAN KETUA PEMUDA UMNO GUA MUSANG SABOTAJ KEMPEN GALAS – MI

Khairy Jamaluddin menyifatkan pembangkang sudah tidak ada isu untuk dimainkan dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sehingga cuba mencari keretakan yang tidak wujud dalam Umno.

Ketua Pemuda Umno bahagian Gua Musang, Bazlan Baharuddin cuba mensabotaj calon dan kempen pilihan raya kecil ini juga adalah tidak benar sama sekali," katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit di Hospital Gua Musang di sini hari ini.
---------------------------------------------------------------
Woitttt....INGAT TAK MACAM MANA NAK BACA MEDIA UMNO/BN.....

Kah...Kah...KITA KENA BACA DAN FAHAM CARA TERBALIK.....

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....BILA DI NAFIKAN TIDAK ADA ERTINYA ADA...KALAU DIKATAKAN ADA MAKNANYA TAK ADA.....

Nota:

Seluruh rakyat malaysia ternanti-nanti berita...
Bila kah agaknya ahli ahli PAS, PKR atau DAP...
Akan meninggalkan parti....

Inilah yang pelik lagi melik ?
Walaupun dah lebih seminggu namun tak ada pulak berita ahli PKR dan PAS yang keluar parti....
Apa yang sudah jadi ni...??
Adakah kerana PKR & PAS telah kehabisan ahli...??
Atau semunya sudah lama lari masuk UMNO/BN...??

Biasanya seminggu sebelum mengundi..maka akan berbaris ahli PKR & PAS akan keluar parti kerana tidak lagi yakin terhadap pimpinan parti...!!
Tapi senyap saje...inilah yang pelik ni...
Kah...Kah....Kah....!!!

Lu Tolong Gua....Wa Tolong Sama Lu...Amacam....!!!


JANGAN DAHULUI SPR UMUM MENANG PILIHANRAYA - HD

Puhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta mana-mana pihak tidak mendahuluinya bagi mengisytiharkan calon yang menang pada pilihan raya.

Timbalan Setiausaha SPR, Noordin Che Ngah berkata, pernah berlaku pada pilihan raya kecil di Dun Manek Urai tahun lepas, jentera BN mengisytiharkan lebih awal kemenangan selepas agen mereka membuat culaan menang di tempat pengundian di sebuah sekolah.

“Kiraan culaan yang dibuat agen Umno silap dan bertentangan dengan keputusan sebenar yang diperolehi SPR.

“Oleh itu, saya nasihatkan jangan ada mana-mana pihak mendahului SPR membuat sesuatu hebahan mengenai keput usan pilihan raya,” katanya pada persidangan media di Pusat Media Dun Galas di Kesedar Inn hari ini.

Nota :

PENGUMUMAN :

Ini adalah keputusan pilihanraya umum ke 13....
Semua kerusi BN di kelantan telah hilang....
Kecuali di pasir mas apabila Sdr. Ibrahim Ali telah memenangi kerusi tersebut kerana
dia tidak bertanding...
Kah....Kah....kah...!!!

Buat Fitnah....Pelihara Hantu Adalah Amalan Turun Temurun UMNO Sejak Dulu....!!!


HAKIKATNYA Umno dari awal lagi tidak yakin boleh memenangi PRK Dun Galas kali ini walaupun Umno tewas di tangan PAS di dalam Pilihanraya Umum yang lalu dengan majoriti tipis. Bukti tidak yakinnya Umno adalah apabila sepantas kilat menamakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya di situ. Bahkan, Umno seboleh-bolehnya ingin Ku Li juga menjadi calon parti tersebut.

Muhyiddin, apatah lagi Najib sudah tentu tidak mahu menanggung aib banyak kali tewas di dalam PRK selepas PRU yang lalu. Kali ini biar Ku Li pula merasa bahana apabila berdepan dengan PAS, mungkin sebagai `hukuman' ke atas beliau akibat keberanian Ku Li membela Kerajaan Negeri Kelantan di dalam isu royalti minyak. Karier politik Ku Li mesti digelapkan secara perlahan-lahan sebelum Ku Li mencuba lagi untuk mencabar kepimpinan Umno di dalam Pemilihan Umno akan datang.

Apa yang perlu dipandang serius oleh jentera kempen PR/PAS adalah berkenaan pendaftaran pengundi yang layak mengundi. Semakan mesti dibuat dari sekarang termasuk alamat semua pengundi yang berdaftar. PAS juga jangan lupa isu `pengundi hantu'.

Tidak mustahil kali ini `hantu' akan lahir di kawasan penempatan orang Asli. Kita sedia maklum, penempatan orang Asli di bawah Parlimen Gua Musang ini masih tidak membangun sepenuhnya. Sudah tentu terdapat masalah perhubungan atau komunikasi, laluan di perkampungan yang tidak teratur boleh menyukarkan jentera kempen dan pemantauan. Kelemahan ini mungkin diambil peluang oleh mereka untuk menyeludup pengundi-pengundi hantu.

Nota :

Kita yakin, PAS yang mempunyai ramai pakar strategi mampu mengawal semua ini....

Bantuan dari rakan-rakan di dalam PR juga amat penting untuk kemenangan kita bersama....

Kerahkan semua pemimpin di setiap negeri hadir berkampung di Galas...

Setiap kumpulan yang berkempen dari rumah ke rumah mestilah diketuai oleh tokoh-tokoh berwibawa dan dikenali oleh pengundi-pengundi di Galas....

Takziah Buat Rakyat 1 Malaysia....!!!


ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina-MK

Okt 26, 10 3:03pm Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan. Tindakan itu dijangka mendapat bantahan daripada golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali mengadakan demonstrasi bagi membantah kehadiran penghibur antarabangsa.

Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'. Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal). Kriteria berkenaan adalah: - Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu.- menarik 2,500 penonton bagi setiap acara dan- telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa. Selain mematuhi syarat Puspal mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, perlepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan. Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan Lebih mengejutkan lagi EPP juga mendangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. "Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Untuk mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market. Kawasan ini akan direka bentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Nota ;

Tahniah kepada pengundi BN....JKKK mesti bertepuk tangan dan bersorak gembira....
Buat lah "night Club" banyak - banyak...
Nanti boleh kita tengok berduyun - duyun menteri kita import China Doll dan Monggol Doll untuk menaikkan taraf ekonomi kita....
Lagi banyak Kelab malam lagi banyak lah duit -duit pau masuk...!!!

Pakatan Rakyat Tetap Jadi Pilihan....!!!


Anwar: Ujian berat di Batu Sapi, cerah di Galas -MK

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui PKR akan menghadapi ujian berat dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi pada 4 November ini.

"Saya akui, kita mesti bekerja keras di Batu Sapi," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas kes perbicaraan liwatnya ditangguhkan hari ini.

Bagaimanapun, mengenai pilihan raya kecil DUN Galas yang dijalankan serentak, Anwar berkata PAS sebaliknya mempunyai peluang yang cerah untuk mengekalkan kerusi tersebut.

Bagi kedua-dua kerusi, proses penamaan calon berlangsung serentak pagi ini.

Setakat ini, di Batu Sapi, tiga orang telah menyerahkan borang pencalonan. Mereka adalah Ansari Abdullah (PKR), Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS).

Di Galas pula, hanya dua calon yang mengemukakan borang mereka. Mereka adalah Dr Zulkefli Mohamad (PAS) dan Abdul Aziz Yusof (BN).

Nota :

Pantang ajal sebelum maut....
Berat ke...?? Sakit ke...?? Kalah ke....??
Asal Lawan Tetap Kita Lawan....!!!
Islam Wajib Di daulatkan...Keadilan mesti di tegakkan...!!!

Cina PR Lebih Telus Banding Cina BN ....!!!


Pulau Pinang catat hasil paling tinggi -MK

Kongsi 0Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang mencatatkan hasil pendapatan paling tinggi buat dua kali berturut-turut - ia berjaya memungut RM1.1 bilion dalam dana terkumpul bagi seluruh tahun 2009.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, Pulau Pinang adalah negeri tunggal Pakatan Rakyat yang menerima penarafan 'baik'berhubung kedudukan kewangannya - mereka juga mengumpul 29.1 peratus dalam pendapatan sebenar, membawa jumlah keseluruhan kepada RM376.51 juta.

Pada 2008, kerajaan negeri Pulau Pinang memecahkan rekod apabila dana terkumpulnya mencecah RM1.025 bilion seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini.

Di bawah pentadbiran kerajaan negeri BN, dana terkumpul Pulau Pinang adalah RM847.45 juta bagi 2007.

Dana terkumpul itu adalah kombinasi pendapatan akaun, pinjaman dan juga dana saham amanah.

Pungutan hasil juga naik dengan ketara daripada RM296 juta pada 2007 kepada RM371 juta pada 2008. Hasil bagi 2009 pula adalah pada RM376 juta.

Laporan Audit itu juga mendedahkan bahawa Dana Amanah Perumahan Bumiputera telah buat kali pertama ditubuhkan dengan RM12.65 juta disalurkan untuk tujuan berkenaan.

Tiga agensi negeri menerima penarafan 'sangat baik' berbanding hanya dua pada 2008. Agensi berkenaan adalah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, jabatan kewangan negeri dan pejabat daerah bahagian barat daya.

Nota :

Laporan Audit Negara lagi :

"Dua lagi negeri yang dikuasai oleh Pakatan - Kedah dan Kelantan, mencatatkan peningkatan dalam dana terkumpulnya pada 2009 berbanding tahun sebelum itu.

Kelantan mencatatkan pertumbuhan besar 252 peratus kepada RM97.23 juta berbanding RM27.58 juta pada tahun 2008."

Telah terbukti Kerajaan Pakatan Rakyat memang baik...
Tak payah nak fikir-fikir lagi..semuanya telah terbukti...
PRU 13 nanti teruskan tekad untuk pilih PR...
PR maknanya PELIHARA RAKYAT....!!!
Bukan macam BN...BENCANA NEGARA....!!!
Kah...Kah...Kah....!!!!

Petanda Awal BN Akan Tewas Di Galas....!!!


Tok Pa nafi spekulasi calon BN kurang diterima -MK

Ketua perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad menolak spekulasi bahawa calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas, Abdul Aziz Yusof tidak begitu diterima di kalangan pemimpin bahagian Umno Gua Musang sendiri.

Spekulasi itu tercetus apabila Tengku Razaleigh Hamzah yang juga pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Galas, tidak menunggu lama dan difahamkan telah beredar sebelum calon BN diumumkan sah bertanding 4 November ini.

Sebelum itu, Tengku Razaleigih yang juga ahli parlimen Gua Musang hadir mengiringi calon BN itu ke pusat penamaan calon.

Bagaimanapun, Mustapha berkata isu itu tidak ditimbulkan ketika beliau bertemu dengan Tengku Razaleigh pagi ini.

"Saya jumpa dia tadi, bukan masalah 'infighting' (dalam bahagian) ke apa. Tak ada, tak ada, tak ada," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Beliau ditanya demikian memandangkan Tengku Razaleigh tidak kelihatan di lokasi khas yang disediakan untuk para kenamaan dari BN.

"Pagi tadi beliau (Tengku Razaleigh) yang memimpin (kumpulan penyokong) BN. Beliau ada (bersama kita) hingga lebih kurang pukul 10.30 pagi.

"Ku Li buat keputusan untuk bersama dengan rakyat (penyokong) di luar (pusat penamaan)," katanya.

Ditanya sekiranya Tengku Razaleigh pulang ke rumah, Mustapha berkata: "Dia berehatlah. Ini biasa, semua dah selesai dah, tak ada masalah."

Mustapha juga berkata, Tengku Razaleigh memainkan peranan besar sebagai ahli parlimen paling kanan di Malaysia dan juga sebagai pengarah pilihan raya kecil ini.

"Tapi kita BN yang banyak berjasa untuk rakyat dan calon wakili (parti) BN, bukan individu," katanya lagi.

Nota 1:

Antara Petandanya ialah :

1) Tengku Razaleigh Hamzah yang juga pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Galas, tidak menunggu lama dan difahamkan telah beredar sebelum calon BN diumumkan sah bertanding 4 November ini.

2) "Saya jumpa dia tadi, bukan masalah 'infighting' (dalam bahagian) ke apa. Tak ada, tak ada, tak ada," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

3) Ditanya sekiranya Tengku Razaleigh pulang ke rumah, Mustapha berkata: "Dia berehatlah. Ini biasa, semua dah selesai dah, tak ada masalah."


Nota 2 :

Setiap pengakuan UMNO Kita kena baca dan faham secara terbalik...
Bila UMNO cakap dah selesai..maknanya masih ada yang belum selesai...
Bila UMNO cakap tak ada masalah...memang sebenarnya banyak masalah....
Kita tunggu & lihat...Kah...Kah...Kah....!!!