Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 26, 2011

Sedarlah Wahai Melayu....!!


Kalau Cina Tolak MCA, Melayu Patut Tolak UMNO - HD

KUALA LUMPUR, 26 April: “Jika orang Cina memilih DAP dan menolak MCA, kenapa tidak orang Melayu memilih PAS dan menolak Umno,” kata AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar).

Hakikatnya, kata beliau hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak terjejas sama sekali.

Ini, ujarnya terbukti ketika pilihan raya Negeri Sarawak di mana ketiga-tiga parti membentuk pakatan yang kuat menentang BN hingga berlaku peningkatan sekali ganda kerusi yang dimenangi oleh PR.

Tambahnya, isu video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah percubaan musuh untuk mengaibkan Anwar sekali lagi selepas kegagalan usaha BN pada tahun 1998 dulu di mana akhirnya mahkamah membersihkan nama Anwar.

“Semangat setiakawan PAS terhadap rakan-rakan dalam PR kian utuh,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, menerusi Konvensyen PR yang telah dua kali diadakan, Majlis Menteri Besar PR, Majlis pimpinan PR dan Sekretariat PR adalah bukti jelas semangat musyawarah yang sedia terjalin dalam apa jua perbincangan bagi menggagaskan alternatif menggantikan kerajaan BN yang korup.

“Apa perlunya kerjasama dengan sebuah parti yang sangat perkauman seperti Umno?

“Perpaduan apakah yang mahu dijalinkan dengan pemimpin yang korup, penuh skandal dan tidak beramanah seperti Umno?” tanya beliau.

Katanya, hubungan Umno sendiri dengan komponen BN sendiri sangat dingin.

Tambahnya, insiden terbaru MCA terhadap Utusan Malaysia sendiripun diulas oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam nada yang menggambarkan perpecahan Umno MCA.

“Kalau dalam BN sendiri bersarat dengan masalah; apa yang boleh diperolehi oleh PAS jika menjalin perpaduan dengan Umno?” soalnya.

Ketika ini, ujarnya hanya tinggal sebahagian orang Melayu yang menyokong Umno terutamanya di pedalaman dan kawasan Felda dan Felcra, itupun sebahagian mereka telah berubah.

Beliau berkata, jika usaha yang sedang rancak dilakukan di kawasan ituberjaya mengubah sokongan mereka kepada PR; apa yang tinggal pada Umno.

Katanya, PR sedang mempromosikan tawaran 100 hari PR melalui Buku Jingga di mana momentum PAS Ganti Umno sedang berkembang seluruh negara dengan sambutan yang luarbiasa.

“PAS tidak akan terpedaya dengan strategi Umno untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PR. PR sedang bergerak menuju Putrajaya.

“PR akan menjadi kerajaan prorakyat yang sentiasa memikirkan kepentingan rakyat,” ujarnya lagi.

PRU Mungkin Dalam Tahun Ini..!!


Liwat II: Keputusan 16 Mei

Pihak pendakwaan selesai menggulung penghujahannya di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini yang membicarakan kes kontroversial liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas mendengar hujah daripada Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan hujah balas daripada peguambela Karpal Singh dan Sankara Nair, Hakim Zabidin kemudiannya menetapkan 16 Mei ini untuk memberikan keputusannya.
Ia sama ada Anwar perlu membela dirinya ataupun beliau akan membuang kes berkenaan.

Zabidin turut mengarahkan kedua-dua pihak menghantar hujah bertulis pada Jumaat minggu ini.

Sejumlah 27 saksi pendakwaan memberi keterangan yang masuk bagi hari ke-59 hari ini.

Jika Anwar diarahkan membela diri, beliau mempunyai tiga pilihan iaitu memberi keterangan di kandang tertuduh, memberi keterangan dari 'dock' tanpa boleh disoal oleh pihak pendakwaan ataupun memilih untuk berdiam diri.

Semalam pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa profil DNA milik seseorang dikenali "lelaki Y" yang ditemui di dubur pengadu, Mohd Saiful adalah kepunyaan Anwar.

Semalam dan awal pagi ini,kedua-dua pihak peguam bela dan pendakwaraya telah menggulung hujah masing-masing.

Pada hujahnya pagi ini Mohd Yusof berkata keterangan Dr Muhammad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi tidak boleh diterima.

Ini kerana katanya, Dr Osman tidak menjalankan ujian forensik ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Malah, Dr Osman juga minta Saiful pergi ke hospital kerajaan. Dokumen laporan perubatan (Dr Osman) tidak boleh diterima sebagai bukti,” katanya.

Hujah Yusof lagi, sebahagian apa yang diperkatakan oleh Dr Osman adalah tidak benar (aduan bahawa plastik disumbat ke dubur Saiful).

Peguambela utama, Karpal Singh sebelum ini mahu Dr Osman dipanggil sebagai saksi kerana katanya ketidak-hadirannya menyebabkan ada kelopongan yang serius dalam kes pendakwaan itu.

Yusof berkata hanya fakta relevan yang boleh diterima sebagai bukti dan Saiful memang mengadu kepada Dr Osman tetapi hakikatnya beliau tidak membuat laporan polis ketika itu.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

AC Di Mana...??

Mari Kita Ketawa Beramai-Ramai....!!


SAIFUL MINUM KOPI, KARIPAP SELEPAS DIDAKWA DILIWAT - MK

Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.

"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.

Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.

Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.
----------------------------------------------------------
woit… TERGOLEK DOG… BILA BACA BERITA MACAM INI..

kah kah kah… AIMAN TAK KISAH....LEPAS JE KENA SUTUT MAMAT INI ENJOY THE MENJOY….

Satu Lagi Projek Nak Tipu Melayu...!!


KEMPEN SATU BUMI SATU MELAYU PERKASA MAHU TUNTUT HAK MELAYU SECARA TERBUKA – MI

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu kaum Cina dan India melihat daripada sudut positif perjuangannya dalam mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.

Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syeed Osman Mansor berkata, perjuangan Perkasa tidak dibuat secara tersembunyi malah ia akan terus mempertahankan kepentingan bangsa Melayu mengikut lunas undang-undang.

“Bangsa Melayu berpecah kerana politik, namun peningkatan kesepakatan mereka dapat dilihat melalui dua perhimpunan besar-besaran (anjuran Perkasa) di Pasir Mas, Kelantan dan di Pasir Salak, Perak tahun ini. Perkasa Kedah akan menganjurkan perhimpunan ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini Jumaat dan Sabtu,” katanya.

Syeed Osman berkata lebih 30,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan dua hari itu.
Katanya Perkasa akan melancarkan kempen “satu Bumi satu Melayu” pada Sabtu untuk menuntut hak Melayu secara terbuka.

Nota:

Bagi pembaca di negeri kedah
sila pastikan betul ke ada 30,000 orang
Yang akan hadir pada hari sabtu ini nanti

ini penting kerana ini adalah
percubaan ke dua untuk perkasa mengumpul sokongan
kali pertama di terangganu dengan dengan kempen bangkit
tapi sampai kini tak ada yang bangkit bangkit

kalau ada 30,000 bermakna budaya demo telah merebak
bukan sahaja budaya pakatan rakyat
tetapi telah diterima pakai oleh anak syarikat BN juga...
Kah...Kah...Kah....

Meloya Sampai Nak Termuntah.....!!


UTUSAN LIDAH MUHYIDDIN MENENTANG NAJIB - HD

Bagaimanakah Muhyiddin boleh terang-terang menyokong konsep satu Melayu, satu Bumi laungan Utusan Malaysia yang jauh menyimpang daripada konsep satu Malaysia ilham Najib?

Begitulah kejanggalan situasi hari ini apabila Muhyiddin Yassin dalam responsnya terhadap seruan MCA untuk memulau akhbar lidah rasmi Umno itu membela Utusan dengan mengatakan bahawa akhbar tersebut mewakili suara dan kehendak komuniti Melayu dan juga rakyat Malaysia pada umumnya.

“Ia suara dan kehendak komuniti Melayu dan juga rakyat Malaysia pada umumnya. Jika kita baca Utusan, kita dapat melihat bahawa ada laporan-laporan mengenai perkara-perkara lain.

Seperti media lain, ada pro dan kontra. Kita tidak boleh menghalang media daripada membuat laporan mengenai apa yang ia hendak laporkan tetapi ada batasan, di mana ada undang-undang,” kata Muhyiddin yang dipetik The Malaysian Insider.

Kenyataan Muhyiddin kelihatan cukup bertentangan dengan kenyataan PM Najib yang semalamnya menyatakan bahawa seruan satu Melayu, satu Bumi oleh Utusan Malaysia hanyalah satu cadangan peribadi yang tidak perlu diendahkan.

“Utusan Malaysia bukanlah lidah untuk orang Melayu yang berfikiran matang dan betul seperti orang Malaysia yang waras and berakal yang sudah berhijrah daripada Utusan Malaysia kepada media lain khususnya media online.

Tapi apa benar-benar harus menimbulkan kebimbangan adalah bahawa Utusan Malaysia telah menjadi suara Muhyiddin, terutamanya, bertentangan dengan Najib Razak,” kata Lim Kit Siang, penasihat DAP dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily.
-----------------------------------------------------------
kah kah kah…. TAK LAMA LAGI AKAN ADA PERANG TERBUKA….

kah kah kah…NAJIB KATA RONGGENG RONGGENG … MUHYIDIN KATA TONGGENG TONGGENG

kah kah kah...NAJIB KATA KAWAN KAWAN... MUHYIDIN KATA LAWAN LAWAN...

kah kah kah…. AIMAN TAK KISAH....SEKARANG SEMAKIN JELAS…. ADA PERBALAHAN ANTARA NAJIB DAN MUHYIDDIN… …

Kita Bukan Saja Di Tipu...Tapi Dah Kena Kencing...!!

DARI FACEBOOK ZUNAR:

TERKINI: Lebih 100 orang Iban menyerbu pejabat SUPP di Kuching menuntut janji baki imbuhan RM400 seorang yang dijanjikan kepada mereka untuk undi calon BN dalam PRN Sarawak tempoh hari


SUAPAN RM10,000 : SPR DIDESAK GANTUNG KEPUTUSAN DUN TEMIN

Calon BN, Joseph Mauh telah ‘ditangkap basah’ kerana didapati melakukan penipuan berganda. Dia bukan sahaja menjanjikan RM10,000 kepada seorang Tuai Rumah bagi meraih undi, tetapi suapan itu adalah dalam bentuk cek tendang!

Dengan cara ini Mauh telah menipu para pengundinya sebanyak dua kali. Pertama dia telah menipu mereka dengan menafikan hak mereka dengan menyogok Tuai Rumah mereka, yang dipandang sebagai jenayah yang serius. Kedua, dia tidak menunaikan janji untuk memberi wang kepada masyarakat miskin di kawasannya.

Kita mungkin boleh mengatakan bahawa seseorang yang mengambil sogokan sebagai tukaran bagi kebebasan yang tinggi nilainya, kebebasan untuk memilih pemerintahnya, seharusnya layak memiliki kebebasan itu. Tetapi masyarakat di kawasan berkenaan seharusnya bersetuju menerima wang sogokan kerana kerajaan BN yang rakus telah menjadikan dan membiarkan mereka hidup melarat.

Sarawak Report menganggap sudah tiba masanya segala bukti yang tidak dapat dibantah dikemukakan kepada mereka, pihak polis harus bertindak untuk menyoalsiasat Joseph Mauh. Sementara itu, pihak SPR pula harus menggantung keputusan pilihanraya calon berkenaan.

Jika buktinya didapati benar (dan seharusnya dilakukan dengan segera) maka suatu pilihanraya semula harus diadakan. Kesemua dakwaan mengenai jenayah rasuah yang dilakukan di seluruh negeri Sarawak harus juga disiasat. Kami bukannya bercakap mengenai ‘pembangkang pengacau’, tetapi kami ingin bercakap mengenai Ketua-Ketua Masyarakat yang dilantik oleh kerajaan dan dihormati, yang telah mengundi BN!
--------------------------------------------------------------
woit...INI SATU ILMU PELAJARAN....

kah kah kah..SEKOLAH POLITIK YANG TERBAIK...

kah kah kah... MEMBERI KESEDARAN....

kah kah kah...KALAU LEPAS INI ...TAK RETI RETI....

kah kah kah...JANGAN JADI DAYAK KAGI....

kah kah kah...AIMAN TAK KISAH...PINDAH KE KUALA LUMPUR BAIK JADI MAMAK....



Nota:

ini adalah gambar ahli gerombolan
yang telah kena tipu
mereka telah sedar
dan sekarang tel;ah menjadi
penyokong tegar pakatan
dan sedang melawan gerombolan

jadilah macam mereka ini!

Kena Lebong Lagi....!!


HARUSSANI : POCO POCO TAK DIBINCANG , SAYA TERKEJUT PENDIRIAN MAJLIS FATWA – MI

Harussani Zakaria mempertikaikan laporan media minggu lalu bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan untuk membenarkan umat Islam menyertai tarian poco-poco di negeri-negeri lain kecuali Perak yang sudah pun membuat fatwa mengharamkannya.

Justeru, tegas Mufti Perak ini, isu tarian poco-poco tidak pernah dibincang pada muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang berakhir Jumaat lalu.

Kata Harussani, beliau hanya memberi penerangan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung pengharaman tarian poco-poco di Perak dan tiada keputusan rasmi dibuat ketika itu.

“Dalam mesyuarat kita tidak bincangkan langsung pasal tarian poco-poco, apa yang berlaku saya hanya memberikan penerangan kenapa ia diharamkan . . . kita tidak bincangkan secara umum isu ini.

“Sebab itu saya terkejut apabila dalam akhbar kata Majlis Fatwa Kebangsaan benarkan tarian poco-poco di negeri lain, kita tidak bincangkan pun perkara ini . . . jadi bagaimana boleh kata macam itu,” katanya.

Nota:

benteng akhir menentang kemungkaran
telah pecah dan rabak
semua kerana pangkat dan harta benda
semua kerana nak jadi datuk dan tan seri

selama ini mereka ini rupa-rupanya tukang
karut yang menjual nama tuhan
kah kah kah