Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jul 1, 2011

Ketua Pemuda PAS Dungun Di Tahan Polis Gara-Gara BERSIH 2.0...!!


DUNGUN - PAS menyifatkan ketakutan pihak Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin memuncak terhadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) apabila tangkapan demi tangkapan dilakukan Polis.

Malah, sehelai ‘banner’ Bersih 2.0 yang dipasang oleh Ketua Pemuda PAS Dungun, Syeikh Mohamad Hanafi Abdul {gambar fail) Aziz, 38, menjadi punca pihak polis menahannya kira-kira jam 6.30 petang.

Kejadian berlaku di hadapan rumahnya ketika Ketua Polis Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor bersama beberapa pegawainya ‘merampas’ banner tersebut.

Menurut Yang DiPertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, sebelum tangkapan terhadap Hanafi dibuat, pihak polis berpakaian preman melakukan provokasi kononnya Pemuda PAS mahu memukul pihak polis.

“Masa Ketua Polis Dungun, Dahlan datang dan mahu menurunkan ‘banner’ Bersih 2.0 yang dipasang di hadapan rumah Hanafi, dia (Dahlan) tanya kami kenapa mahu memukul pihak polis?

“Pemuda (yang ada disitu) jawab tidak ada niat dan apa-apa tindakan pun yang dilakukan sebagaimana yang dituduh itu.

“Ketika Dahlan dan Hanafi sedang berbincang, tiba-tiba datang ‘SB’ (special branch) ambil gambar depan muka Hanafi hingga tercetus sedikit ketegangan,” jelasnnya yang berada diperkarangan Balai Polis Dungun ketika dihubungi

Ustaz Wan Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura berkata, kira-kira seramai 15 orang pemuda berada ditempat kejadian ketika 'soal-jawab' tersebut berlaku.

Berikutan itu, katanya Ketua Polis terbabit terus menarik Hanafi masuk ke dalam kereta polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dungun.

Menurutnya, motif utama penangkapan tersebut mungkin berhubung-kait dengan rancangan Pemuda PAS Dungun mahu mengadakan pra-Bersih 2.0 selepas solat Jumaat, esok.

Ini kerana, kata beliau sehari sebelumnya seramai lima orang Pemuda PAS Dungun telah ditahan Polis ketika sedang menampal poster program pra-Bersih 2.0 yang akan diadakan di perkarangan Masjid Pulau Serai, Rantau Abang, Dungun, 1 Julai ini.

“Mereka (para pemuda) melihat kejadian tangkapan terhadap Syeikh Hanafi dan lima yang lain sebelum ini (dalam keadaan) sangat biadap dengan (punca) provokasi polis,” ujarnya.

[Berita Sebelumnya] KUALA TERENGGANU - Ketua Pemuda PAS Dungun Sheikh Hanafi ditahan polis lewat petang ini doipercayai berkait dengan progarm pra Himpunan BERSIH yang dijangka diadakan di Pulau Serai esok.

Seorang penyokong Pakatan Rakyat, Yo Ann memaklumkan kepada Buletinonline sebentar tadi.

Sheikh Hanafi adalah juga Ketua Penerangan Pemuda Terengganu.

Kerana BERSIH 2.0 UMNO Kini jadi Gila Babi...!!


Lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang merancang mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai ini jika perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai diteruskan, kata yang dipertua PERKASA Pulau Pinang, Datuk Ahmad Saad.
Katanya, tindakan itu sebagai membantah perhimpunan haram berkenaan yang ternyata hanya akan menyusahkan semua pihak.

"Kalau mereka tidak membatalkan perhimpunan 9 Julai ini, kita akan mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai. Kita boleh buat.

"Biar siapa pun tak boleh masuk atau keluar (Pulau Pinang). Kita tengok siapa yang akan susah," katanya dalam sidang media di George Town hari ini.

Beliau berkata ketika itu, semua pihak yang berhasrat menyertai perhimpunan haram akan tahu dan sedar bahawa tindakan mereka itu boleh menjejaskan semua pihak.

"Kami rayu Ambiga (Datuk Ambiga Sreenevasan) dan kumpulannya supaya membatalkan perhimpunan haram itu," katanya.

Ahmad berkata perhimpunan haram itu tidak perlu diadakan kerana terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan oleh semua pihak untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

Beliau juga mendesak kerajaan menahan golongan yang merancang perhimpunan haram itu bagi mengelak daripada perhimpunan itu diteruskan.

Antara NGO yang hadir pada sidang media hari ini ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia dan Persatuan Melayu Tanjong. - Bernama

Terima Kasih TNB...!!


"Samada kita perasan atau tidak bil eletrik bulan ini mencanak naik antara 30 -50 peratus. Lazimnya bila TNB berhasrat untuk menaikkan bil maka akan diwar-warkan 1 malaysia. Tapi kali ini nampak lain sikit. Ribut tak de hujan tak de tetiba TNB dah naikkan tariff eletrik melalui cari pengiraan bill berbelit dan penuh strategi.

Ramai yang mengeluh. Termasuk pak cik dan mak cik ahli UMNO kat kampong. Dah la harga barang-barang keperluan harian yang tidak pernah tahu apa istilah turun harga di tambah lagi dengan kenaikan caj eletrik, menyebabkan ramai pihak termasuk ahli UMNO yang berdendam kepada Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Di tambah dengan sindiran penyokong Pakatan Rakyat ahli UMNO boleh dapat diskaun bill TNB dengan syarat tunjukkan bukti keahlian UMNO. Bertambah bengang penyokong UMNO terhadap kerajaan UMNO ciptaan Najib 1 Malaysia. Terima kasih TNB kerana turut membantu menjahanamkan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Apabila TNB naik bill yang jadi sasaran rakyat ialah kerajaan UMNO dan BN. Tu yang seronok tu. Semua orang tahu TNB asalnya adalah agensi kerajaan yang tugasnya membekalkan tenaga eletrik kepada seluruh rakyat Malaysia. Nama asalnya adalah LLN (Lembaga Letrik Negara) Ketik era LLN memang ia benar-benar menyediakan kemudahan eletrik kepada rakyat Malaysia dengan kadar bayaran yang amat munasabah. Ia tidak berorientasikan keuntungan. Ia benar-benar bekerja untuk memberi khidmat terbaik untuk rakyat.

Namun apabaila LLN ditukarkan menjadi TNB (Tenaga Nasional Berhad) maka ia telah menjadi sebuah syarikat korporat yang telah sampai ke tahap keparat. Semua pekerja TNB semua peringkat diajar dan dilatih bagaimana nak maksimakan keuntungan dan mengurangkan kos sepanjang masa. Soal kebajikan rakyat tidak lagi menjadi keutamaan. Kerana mereka tahu rakyat tidak mempunyai alternative lain untuk mendapatkan tenaga eletrik. Apa jadi pun rakyat akan tetap membeli daripada mereka. Yang agak bernasib baik tidak lain tidak bukan ialah pekerja TNB sendiri. Mereka tidak lagi perlu beratur panjang untuk dapatkan rawatan di klinik / hospital kerajaan. Mereka cuma perlu pergi ke mana-mana pusat rawatan pakar yang semakin bercambah untuk dapatkan rawatan. Di sana segala-galanya bersifat esklusif. Tidak seperti mana keadaan di hospital kerajaan. Ada juga pekerja-pekerja TNB yang dapat diskaun bekalan eletrik. BIla bermesyuarat ketua-ketua esekutif TNB hanya bermesyuarat di hotel-hotel 5 bintang. Mengalahkan pengarah-pengarah Jabatan Kerajaan yang hanya bermesyuarat di hotel 3 atau empat bintang. Tu pun tengok hotel mana sebab banyak hotel 3 dan 4 bintang dah naikkan kadar pakej mesyuarat.

Kemudahan yang diterima oleh kakitangan TNB adalah baik. Tetapi harus diingat setiap keuntungan yang diperolehi oleh TNB yang bakal dinikmati oleh pekerja TNB adalah penderitaan seluruh rakyat Malaysia kerana terpaksa membayar lebih tinggi untuk bil eletrik . TNB tidak seperti petronas yang bergerak diluar negara untuk menjalankan perniagaannya. Keuntungan utama TNB hanyalah datang dari poket seluruh rakyat Malaysia yang terpaksa bayar bill eletrik yang lebih tinggi. Untuk memaksimakan keuntungan TNB tiada cara lain selain menaikkan caj bill eletrik. Maka rakyatlah akhirnya yang menjadi mangsa dan menderita.

Siapakah yang menjadikan TNB sebuah syarikat korporat yang keparat? Orang ramai tidak nampak ia berpunca dari pengarah urusan TNB walau pun ia menerima lebih sejuta setahun untuk gaji beliau. Atau esekutif TNB atau pekerja bawahan TNB yang bekerja siang dan malam. Tapi yang orang ramai nampak tidak lain dan tidak bukan semuanya berpunca dari Kerajaan UMNO/ BN yang pada satu masa duhulu yang beria-riakan untuk menswastakan LLN hingga menjadikannya syarikat korporat yang keparat. Sekali lagi syabas dan tahniah TNB kerana berjaya menambahkan kemarahan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional."

Isytihar Darurat Bukan Jalan Penyelesaiannya....!!


KUALA LUMPUR: Sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat pada 9 Julai ini, ia hanya akan memberikan imej yang lebih buruk kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini kerana tidak pernah mana-mana negara di dunia yang mengistiharkan darurat kerana perhimpunan aman, kecuali di negara yang mengamalkan pemerintahan kuku besi atau diktator.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, tindakan itu bukan sahaja memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan Umno-BN, malah imej negara di mata dunia, juga turut tercalar.

“Sekatan terhadap perhimpunan menuntut pilihan raya telus ini akan menjadikan negara dipandang setaraf pemerintahan bekas Presiden mesir, Hosni Mubarak dan (Bekas Presiden Tunisia) Zen El Abidien Ben Ali yang secara jelas menentang pilihanraya telus,” katanya.

Semalam, Najib dalam kenyataannya berkata, kerajaan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengisytiharkan darurat, sekiranya perhimpunan Bersih 2.0 diteruskan.

Menurut Rafizi, perhimpunan aman adalah perkara biasa yang dipraktikkan di negara demokrasi dan maju, malah setiap perhimpunan atau perarakan yang dianjurkan negara berkenaan sering mendapat kerjasama polis.

Tambahnya lagi, Najib sebagai Perdana Menteri seharusnya bertanggungjawab menjaga keamanan dan bukan memberi jalan dan kuasa kepada polis untuk membenar darurat diisytihar.

Kenyataan Rafizi itu disokong Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, bahawa pengiytiharan darurat hanya akan memburukkan imej Najib dan memalukan negara.

“Ini adalah sesuatu yang memalukan apabila Najib memberikan kuasa kepada polis sama ada isytihar darurat dan penyekatan perhimpunan menuntut pilihan raya telus akan memburukkan lagi keadaan,” kata beliau.

Sebaliknya, kata Mahfuz, sekiranya Najib membenarkan perhimpunan aman itu diteruskan, ia akan memberi imej yang lebih baik kepadanya sebagai pemimpin.

“Kenapa Najib tidak beri kerjasama dan berfikiran positif dengan kemahuan rakyat. Bukankah rakyat akan melihatnya sebagai seorang yang demokratik,”

“(Tetapi) dengan tekanan dan kongkongan terhadap rakyat, ia akan menambahkan lagi kebencian mereka terhadap Kerajaan Umno-BN,” tegasnya.

Kenapa Kita Perlu Kepada BERSIH 2.0....??


Pemerintah yang mendapat mandat daripada rakyat akan merasa selesa untuk menjalankan pemerintahan dalam sistem demokrasi berpilihanraya. Perjalanan yang baik dan pilihanraya yang bersih di antara punca keamanan di sesebuah negara.

5 tahun sekali, pemerintah memperbaharui mandat daripada rakyat untuk penerusan berkuasa atau rakyat memberi mandat kepada golongan lain untuk berkuasa. Itulah secara mudah kefahaman demokrasi dan amalannya dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat.

Untuk memastikan pilihanraya yang bersih dan adil berlaku di Malaysia, maka pihak NGO telah cuba menimbulkan kesedaran kepada rakyat dengan seminar, kongres dan himpunan aman untuk meletakkan dalam fikiran rakyat dan kerajaan, supaya pilihanraya berjalan dalam keadaan bersih, adil dan aman.

Pada 10 November 2007, BERSIH yang dianggotai lebih 60 NGO dan disokong oleh parti-parti politik yang utama, PAS, DAP dan Keadilan bersetuju untuk mengadakan himpunan aman untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil dijalankan di Malaysia. Biarlah rakyat berpuas hati di atas pilihan mereka, atau penolakan mereka berdasarkan jumlah bilangan yang betul dan mengikut tatacara yang betul untuk melahirkan pemerintah yang dipilih oleh rakyat berwibawa dan berintergriti.

Untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan dalam pilihanraya (bertarung di padang yang sama) maka BERSIH mencadangkan untuk membuat perubahan di atas empat perkara utama, iaitu: 1. Daftar automatik

2. Tanda dakwat kekal kepada yang telah mengundi

3. Penyusunan semula dan membuat reformasi terhadap undi pos

4. Akses media yang bebas dan adil

Daftar pemilih adalah kerja kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), parti-parti politik di antara tugas mereka menarik sokongan rakyat atau pengundi untuk menyokong dan mengundi parti-parti mereka. Bila daftar pemilih diizinkan, parti politk membantu SPR untuk meramaikan pemilih yang berdaftar, maka parti pemerintah boleh meng"eksploid" kan pegawai kerajaan dan SPR untuk memihak kepada mereka.

Daftar pemilih yang tidak bersih, samada orang yang telah meninggal dunia mengundi, rakyat bukan warganegara mangundi, mengundi berulang, orang mati mengundi, semuanya ini boleh menimbulkan keabsahan pemerintah yang memperolehi kuasa. Untuk mengelak seorang pengundi membuat ulangan undi di hari pilihanraya, maka penggunaan dakwat kekal di jari, atau di mana-mana tempat tubuh pengundi boleh mengelakkan buangan undi berulang terhadap satu individu.

Undi pos paling meragukan, pihak berkuasa berupaya men"zero"kan undi pos bagi pihak pembangkang jikalau parti pemerintah mahu. Pengundi yang membuang undi secara pos langsung tidak bebas kepada manipulasi dan penipuan.

Akses media yang bebas dan adil amat perlu supaya pengundi mendapat maklumat daripada berbagai pihak sebelum mereka membuat keputusan memilih atau mengangkat mana-mana calun atau parti.

Kebebasan media hampir tidak ada langsung diamalkan di Malaysia. Kebebesan hanyalah untuk menzahirkan cerita rogol, berkesedudukan, hantu mak limah balik kampung, cerita tahyul, seram diberi kebebesan sepenuhnya oleh pemerintah di Malaysia. Sebaliknya parti-parti politik yang tidak berkuasa hampir tidak ada langsung propaganda parti mereka melalui alat pandang dengar yang dimiliki oleh kerajaan atau media saham utama kerajaan.

Semua tuntutan BERSIH langsung tidak diendahkan oleh kerajaan yang memerintah dan parti-parti politik yang berkuasa. Bahkan hak dalam perlembagaan dilanggar oleh pemerintah dan parti pemerintah. Contohnya sebarang ceramah atau himpunan di kawasan felda akan dikepung, disekat, dilarang oleh pihak polis untuk para penduduk felda mendengar penerangan daripada parti-parti halal yang ingin bertanding dalam pilihanraya. Pemerintah UMNO menggunakan segala sumber kuasa pemerintah untuk melindungi parti mereka dan melindungi pemerintahan mereka.

Kejadian yang berlaku di Timur Tengah, terutamanya di Algeria, Tunisia, Mesir, Yaman, Bahrain, Siria berlakunya pemberotakan rakyat berpunca daripada tidak ada keadilan dalam pilihanraya dan sistem demokrasi tidak berjalan. Puluhan ribu rakyat Algeria terkorban di pihak pembangkang dan pemerintah akibat dari pilihanraya yang tidak adil. Ratusan terkorban di Tunisia, di Mesir, di Yaman, di Bahrain dan di Siria akibat daripada rakyat tidak merasai keadilan dalam pilihanraya dan pemerintah yang berkuasa dianggap haram oleh sebahagian daripada rakyat.

Gadaffi boleh berbangga pemerintahannya lebih daripada 40 tahun, tetapi apa jadi sekarang? Ribuan nyawa rakyat melayang akibat dari tidak ada pilihanraya, tidak ada demokrasi dan tidak ada keadilan. Secara umumnya rakyat tidak berpuashati dengan keputusan pilihanraya boleh mencetuskan huru-hara.

Untuk mengelakkan kejadian seumpama di Timur Tengah, seperti di Algeria, Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Siria dan Bahrain tidak berlaku di Malaysia, huru-hara seperti itu tidak diimport ke Malaysia, maka pihak BERSIH melancarkan BERSIH 2.0 untuk perhatian kerajaan supaya menjalankan pilihanraya yang adil dan saksama demi untuk memelihara keamanan negara. Pihak yang mendapat mandat dari rakyat melalui pilihanraya yang bersih dan adil akan merasa kepuasan.

Pilihanraya yang berjalan secara tempang yang berlaku di Malaysia menyebabkan NGO BERSIH 2.0 dilancarkan pada 9 Julai 2011.

UMNO Hanya Tinggal Kuasa Dan Wang Sahaja....


UMNO PERANGKAP KAKITANGAN AWAM HADIR MAJLIS NAJIB – HD

PAS Kawasan Pasir Puteh, Kelantan telah mendapat aduan dan rungutan daripada kakitangan awam berkenaan jemputan pada majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di kawasan itu pada 2 Julai nanti.

Perkara yang membebankan mereka ialah setiap kakitangan awam termasuk guru mesti melaporkan diri mereka pada meja pendaftaran bagi memastikan kehadiran mereka.
Timbalan Ketua Penerangan PAS Pasir Puteh, Abdul Halim Mohamad menjelaskan, lebih membimbangkan mereka, jika mereka tidak hadir, tindakan akan dikenakan.

Menurut beliau, begitulah antara rungutan awam terhadap majlis yang bakal berlangsung pada Sabtu nanti yang turut melibatkan Najib Razak.

Katanya, PAS Kawasan Pasir Puteh cukup kesal dengan cara perangkap yang digunakan oleh Umno untuk memastikan kehadiran yang ramai pada majlis berkenaan.

"Kita tidak bimbang dengan himpunan berkenaan kerana kita terbukti dan mampu membuat himpunan yang lebih besar tampa perlu kerahan dan lapor diri peserta dalam setiap program yang diadakan," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Cakap Berdegar-Degar...Taik Penuh Atas Kepala...!!


TIDAK TUNDUK DESAKAN BERSIH – UM

Najib Razak menegaskan kerajaan tidak akan mengadakan pilihan raya umum lebih awal hanya kerana ingin memuaskan hati Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendesak sebuah pilihan raya bersih diadakan.

Dia berkata, kerajaan tidak tertakluk dan akan tunduk kepada kumpulan itu kerana segala tuntutan mereka sebenarnya telah pun dijawab oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ia hanya alasan Bersih kerana motif sebenar mereka adalah politik setelah bimbang melihat momentum sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang semakin meningkat.
“Jadi, mereka kena cetuskan sesuatu dan berharap akan berlaku sesuatu supaya boleh menuduh kerajaan zalim kepada rakyat,” katanya..

Terdahulu, Najib dalam ucapannya berkata, kumpulan Bersih bukannya mewakili suara majoriti, tetapi sebaliknya membawa agenda peribadi pemimpin tertentu pembangkang.

“Kalau diikutkan UMNO mempunyai tiga juta ahli, tidak ditambah dengan ahli parti-parti komponen BN lain.

“Mereka ini hanya menunggu isyarat sahaja untuk turut turun membanjiri Kuala Lumpur. Tetapi ini bukan cara kita untuk menyelesaikan masalah kerana kita mempunyai saluran terbaik lain,” katanya.

Kenyataan Rasmi...

KENYATAAN PARTI KEADILAN RAKYAT
30 JUN 2011


Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar yang dilaporkan oleh laman portal Malaysiakini.com bertarikh 30 Jun 2011 bertajuk "SPR: Ambiga diperalat, BERSIH kian kusut".

Menurut laporan tersebut, Wan Ahmad mendakwa bahawa Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH), Dato' Ambiga Sreevenasan telah diperalatkan oleh pemimpin politik pembangkang untuk membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Kenyataan Wan Ahmad adalah tidak bertanggungjawab dan menzahirkan watak sebenar beliau yang selama ini dilihat sebagai alat kepada pimpinan UMNO dan sistem yang rosak. Kenyataan sebegini tidak mengambarkan sikap profesional seorang pegawai yang memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjamin institusi SPR kekal sebagai badan yang bebas.

Adalah malang apabila Wan Ahmad gagal memperlihatkan profesionalisme sebagai penjawat awam yang seharusnya bersifat berkecuali. Ketaatan membuta-tuli beliau kepada UMNO jelas membuktikan beliau gagal membezakan keperluan untuk setia kepada 'government of the day' dengan taat kepada 'governing party'.

Beliau turut dilaporkan oleh laman berita The Malaysian Insider sebagai berkata komponen Pakatan Rakyat sudah mula risau dengan kebangkitan Barisan Nasional yang memperlihatkan kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sejak tahun lalu.

Pilihan raya yang bebas dan adil tidak memungkinkan seseorang itu mengetahui siapakah yang akan menang dalam sesuatu pilihan raya. Sebaliknya, apabila Wan Ahmad menzahirkan kenyataannya bahawa Barisan Nasional semakin kuat, maka timbul persoalan apakah beliau sudah merancang sesuatu bagi menjamin kemenangan UMNO dan Barisan Nasional? Kalau inilah peranan yang dicatur oleh Wan Ahmad, maka pilihan raya di Malaysia sememangnya tidak lagi bebas dan adil!

Wan Ahmad seharusnya faham dan menghayati peranan SPR yang termaktub dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, di mana SPR merupakan sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab bagi menyelia dan mengelola pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia. Asas utama dalam mengendalikan pilihan raya yang bebas dan adil ialah daftar pemilih yang bersih untuk menjamin tidak berlaku pengundian berganda oleh seorang pemilih berdaftar termasuk undi pos.

Saya telah menyahut cabaran Wan Ahmad dan telah membuktikan secara berfakta bahawa Daftar Pemilih Induk 2010 yang diwartakan pada Mei 2011 adalah daftar pemilih yang terkotor dalam sejarah pilihan raya dan dakwaan saya telah diakui benar oleh SPR dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria bertarikh 24 Jun 2011. Wan Ahmad harus memikul tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan serta merta. Beliau tidak lagi punyai maruah dan kredibiliti untuk memimpin SPR.

Wan Ahmad juga sewajarnya mengetahui bahawa SPR sama sekali tidak boleh berpihak atau mencampuri urusan mana-mana pertubuhan sama ada pertubuhan yang berkaitan dengan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti BERSIH.

Lapan (8) tuntutan BERSIH iaitu (i) pembersihan senarai pengundi; (ii) reformasi undi pos; (iii) penggunaan dakwat kekal; (iv) tempoh kempen minima 21 hari; (v) memperkukuh institusi awam; (vi) menghentikan rasuah pilihan raya dan; (viii) menghentikan politik kotor; adalah bertujuan untuk menyuburkan demokrasi dalam negara dan memperkukuhkan sistem pilihan raya yang bebas dan adil.

Tuntutan-tuntutan ini sewajarnya dipandang serius dan positif oleh SPR dalam usaha untuk memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini dapat dilaksanakan secara telus, bebas dan adil. SPR harus berlapang dada untuk menerima dan melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh rakyat demi memperbaiki imej dan kredibiliti SPR yang dilihat sebagai tidak berwibawa dan bersikap berat sebelah.

KEADILAN dan Pakatan Rakyat senantiasa mendukung sebarang usaha yang proaktif demi rakyat dan demi menjamin satu sistem demokrasi yang menjanjikan pilihan raya yang telus, bebas dan adil.

Sehubungan dengan itu, saya mewakili Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dengan ini menuntut supaya Timbalan Pengerusi SPR itu menarik balik kenyataan beliau atau meletakkan jawatan serta merta kerana telah menjejaskan kredibiliti SPR. Saya juga mencabar beliau supaya masuk dalam gelanggang politik UMNO dan menyertai Pilihan Raya Umum ke-13!

MOHAMED AZMIN ALI
Timbalan Presiden

Syabas...Demo Kini Dah Jadi Budaya Malaysia....!!


UMNO RANCANG DEMONSTRASI ANTI KERAJAAN PULAU PINANG SELEPAS JUMAAT-penang daily

Umno Pulau Pinang khabarnya merancang satu demontrasi agresif di Komtar, Georgetown selepas Solat Fardhu Jumaat ini kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menyokong rakyat menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai depan di ibunegara.

Dari sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima Penangdaily malam tadi, demontrasi itu dirancang bermula dengan perarakan dari Masjid Kapitan Keling melalui Chulia Street dan Penang Road menuju ke KOMTAR yang menempatkan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.
Mereka yang terbabit turut dikerah membawa sepanduk anti kerajaan.

Demontrasi itu khabarnya diketuai oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sendiri.

Demontrasi tanpa permit polis itu dijangka akan disertai lebih 1,000 pemuda Umno negeri dan ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan pro Barisan Nasional seperti Kimma dan Perkasa.

UMNO TEMERLOH

Umno Temerloh juga akan berdemo dihadapan
ibu pejabat Pas sesudah Jumaat ini.


NOTA:

KIRA -KIRA 200 ahli badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman bersama kain rentang dan sepanduk di hadapan Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu membantah perhimpunan haram anjuran BERSIH 9 Julai ini.(berita hairan)

lihat dan hayati
baca dan fahami
rakyat telah pandai keluar berdemo
berdemo terlah menjadi budaya kita

yang menentang demo pun berdemo
untuk menyatakan perasaan ini
kah kah kah

ke jalan raya dahulu
sebelum ke pilihan raya

Dedicated To All Malaysians....!!



NOTA:

sila tonton
sila hayati
klip video ini

untuk kita semua
untuk anak semua bangsa

ini lah kita
ini lah kita
anak semua bangsa

ini lah kita
warga dunia
inilah kita
warga negara bangsa

Hari Ini Dalam Sejarah....!!



Nota:

sila dapatkan akhbar mingguan ini
cetakan terakhir berwarna kuning

dapatkan untuk disimpan selama-lamanya
keluaran yang ini adalah unik
akan men jadi bahan sejarah

dapatkan di ceramah/ceramah pakatan
atau di kedai kedai yang bertauliah

UMNO Pun Gila Nak Berdemonstrasi...!!



Nota:

inilah klip video
dimana 200000 opss...20 orang pelajar
tunjuk perasaan di hadapan ibu pejabat pas
sesudah jumamat tadi

syabas ! selamatkan malaysia!