Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jul 22, 2010

Idea Bengong Dari Natang Bewok....!!!


PERKASA: Bubar Umno, PAS jika gagal satukan Melayu -MKini

Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) mencadangkan Umno dan PAS dibubarkan dan ditubuhkan sebuah parti baru yang menggabungkan ciri Islam dan nasionalisme Melayu sekiranya kedua-dua parti terus enggan duduk semeja dan mengadakan perbincangan bagi menyatupadukan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata bagaimanapun tindakan drastik itu hanya perlu diambil sekiranya kedua-dua parti tetap enggan berbuat demikian.

Buat permulaan, katanya pertubuhan itu mencadangkan ditubuhkan sebuah jawatankuasa yang bebas daripada pengaruh politik untuk menjadi perantara rundingan antara Umno dan PAS.

Beliau yang mencadangkan jawatankuasa itu dinamakan Jawatankuasa Pemandu Ke arah Pembentukan Perpaduan Melayu Islam, berkata ia perlu dianggotai 15 orang terdiri daripada tokoh agama seperti mufti, cendekiawan dan bekas pegawai tinggi kanan kerajaan.

"Salah satu langkah awal ialah pertemukan Umno dan PAS secara rasmi tanpa syarat dan jika gagal jawatankuasa ini mungkin perlu membuat draf parti baru yang berteraskan Umno dan PAS," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat kepimpinan tertinggi PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata jika gagal berunding adalah lebih baik kedua-dua parti dibubarkan dan dibuat suatu parti baru yang menggabungkan ciri-ciri Islam dan nasionalisme Melayu kerana segala usaha untuk menyatupadukan kedua-dua parti ini sering gagal dan menjadi satu polemik yang membuang masa.

"Dengan itu (parti baru) rakyat boleh menilai mana yang positif, ikhlas dalam mengikuti tuntutan agama iaitu mengeratkan hubungan silaturrahim...biar rakyat menilai," katanya.

Beliau berkata PERKASA memberikan cadangan itu berikutan banyak usaha bagi menyatupadukan Umno dengan PAS untuk menyatupadukan orang Melayu dan Islam sering kecundang.

"Perpaduan di antara orang Melayu dan Islam adalah teras perpaduan di Malaysia. Kalau orang Melayu tidak bersatu jangan harap ada perpaduan dan teras keamanan negara adalah perpaduan ini (orang Melayu)," kata beliau.

Ditanya sama ada PERKASA akan menjadi sekretariat kepada jawatankuasa itu, Ibrahim berkata PERKASA hanya mencadangkannya sahaja dan tidak menawarkan diri untuk menjadi sekretariat melainkan diminta.

"Kalau ada pihak mahu jadi sekretariat kita setuju, pihak lain seperti persatuan ulama," katanya.- Bernama
----------------------------------------------------------------
Woitttt....INI BERITA YANG TAK BERAPA PELIK.....!!

Kah...Kah..CARZY FROG NATANG BEWOK INI KATA KALAU PAS DAN UMNO TAK BERSATU ORANG MELAYU HILANG KUASA...????

Woitttt.... INI BERITA PASAL MELAYU AKAN HILANG KUASA......!!!

Woittttt....KENAPA MESTI BUBAR PAS UNTUK KEMBALIKAN KUASA MELAYU....???

Kah...Kah...DAH 50 TAHUN UMNO BERKUASA...HABIS MELAYU DOK KAT MANA.....????

Kah...Kah...50 TAHUN UMNO BERKUASA...MELAYU MASIH DUDUK BAWAH TANGGA....!!!

Kah...Kah...50 TAHUN UMNO MENIPU DAN MEROMPAK HARTA RAKYAT....

Kah..Kah....TUP...TUP...PAS PUN NAK DI BUBARKAN...!!!!

Kah...Kah...PERGI MAMPOSSSLAH…. BIARLAH UMNO HILANG KUASANYA.....

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....PERJUANGAN HENDAKLAH BERTERASKAN KEPADA ISLAM...BUKANNYA MELAYU....MELAYU TAK AKAN KEMANA SEBENARNYA....????

Pelarasan Subsidi Rakyat Adalah Untuk Najib & Rosmah...!!!


PM 'tabur' RM50k untuk dapat liputan akhbar Amerika -MKini

Kongsi 29Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.


Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.

Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan - juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.

Najib, yang diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama pada 12 April lalu di Washington.

Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.

'Yuran tak dikembalikan'

Pada surat perjanjian bertarikh 14 April antara dua firma perunding itu – QGA dan Laurus – dinyatakan QGA 'akan membekalkan perkhidmatan perhubungan awam dan media bagi pihak kerajaan Malaysia berhubung penyiaran rencana pendapat pengarang yang dihasilkan oleh perdana menteri Malaysia'.


Menurut perjanjian itu lagi, Laurus akan membayar QGA 'yuran US$15,000 yang tidak boleh dikembalikan sepanjang tempoh bermula 14 April, 2010 dan berakhir pada 20 April 2010'.

'Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan'.

Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan.

Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika - Washington Post, New York Times dan Wall Street Journal – menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.

Namun, Washington Times – sebuah akhbar yang dibiayai oleh pemimpin Gereja Unification, Sun Myung Moon – ada menerbitkan lampiran mengenai Malaysia, sehari sebelum Najib melawat ibu negara Amerika itu.

Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.

Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut.

Nota :

Dalam teks khutbah Jumaat khususnya di Terengganu menekankan supaya rakyat mentaati pemimpin...
Berbuih mulut khatib menyeru supaya sidang Jumaat mentaati pemimpin yang amri...
Ada khatib yang menangis..sebab sedih ramai rakyat tak taat pada pemimpin...
Inilah bahana bila ada kahtib yang tangkap muat saja...tahu baca tapi tak tahu makna...
Tak ubah macam burung kakak tua...hanya tahu cakap apa yang tuan dia ajar saja...
Kalau setakat pemimpin macam UMNO ..tak payah le...usahkan nak mentaatinya malah wajib bagi kita orang islam memetang dan menjatuhkannya....

Hassan Ali ....????


HASAN ALI DIKAITAN DENGAN ISU UMNO –PAS – MKini

Hasan Ali tidak pernah lekang dirundung kontroversi dan kali ini pesuruhjaya PAS Selangor dan pakar motivasi itu, dikaitkan lagi dengan isu kerjasama Umno-PAS.

Selepas selamat daripada diheret ke muktamar khas seperti cadangan awal Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat tahun lalu, tersebar pula khabar angin Dr Hasan menemui mufti Perak Harussani Zakaria - yang menawarkan diri sebagai pengantara - bagi membincangkan perkara itu.

Semuanya bermula apabila Harussani baru-baru ini mendedahkan terdapat pemimpin PAS dan Umno menemuinya bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua yang bermusuh itu.

Bagaimanapun, ekoran pendirian Harussani yang enggan mendedahkan nama pihak terbabit, telah menimbulkan lebih banyak spekulasi, khususnya di laman blog dan antara pemimpin akar umbinya parti Islam itu sendiri.

Sebuah blog yang tak jemu-jemu membangkitkan isu tersebut - dengan mengaitkannya dengan idea kerajaan perpaduan - Malaysia Waves dengan terang-terang mendakwa pemimpin yang dimaksudkan Harussani itu ialah Dr Hasan.

"Seperti saya kata sebelum ini, ada video yang diambil perjumpaan Harussani dengan Hasan Ali (dan mungkin Khairuddin Othman sekali)," katanya penulisnya Abdul Rahman Talib.

Nota :

(United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar dalam Pas. UMNO mengetahui siapa dan siapa yang boleh di ‘makan’ di dalam Pas. UMNO juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam – pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib Rosmah.

United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk ‘berunding’ dengan Pas. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan Pas menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan.

Malaysiamno......!!!


'Mengapa k'jaan rahsia kos kontrak pertahanan?'-MKini

Kongsi 0Seorang senator dari Pakatan Rakyat mempersoalkan sikap kerajaan yang merahsiakan butiran kontrak pertahanan negara.

Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim dari DAP berkata, jawapan yang tidak lengkap dan penolakan terus soalan pembangkang di Parlimen, menunjukkan kerajaan tidak telus dan menyalahgunakan label "rahsia rasmi" untuk menyembunyikan kebenaran.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Dewan Negara hari ini, beliau berkata, kerajaan sering memberi alasan bahawa kontrak pertahanan diklasifikasikan sebagai "rahsia".

"Kami tidak mahu tahu rahsia tentera. Apa yang kita ingin tahu hanyalah prosedur pemberian kontrak pertahanan.

"Lebih penting, ini melibatkan wang kerajaan, wang rakyat. Kita perlu tahu bagaimana ia dibelanjakan," kata Tunku Abdul Aziz.


Beliau merujuk kepada, antara lain, jawapan bertulis Kementerian Pertahanan kepada senator Syed Husin Ali dari PKR hari ini kepada soalannya semalam yang meminta kementerian berkenaan menyatakan nama syarikat yang diberi kontrak pertahanan dan nilai kontrak yang diberikan kepada setiap syarikat.

Dalam jawapan bertulis itu, kementerian berkenaan menamakan 29 syarikat yang diberikan kontrak pertahanan - 15 tempatan dan 14 syarikat asing - tetapi tidak menyatakan nilai kontrak yang diberikan.

Syed Husin, yang turut hadir di sidang akhbar tersebut berkat: "Saya menggesa kementerian itu menyatakan jumlah sebenarnya. Dan jika tidak boleh, maka ia perlu menjelaskan mengapa."

Syarikat yang disenaraikan sebagai kontraktor pertahanan untuk pasukan angkatan tentera termasuklah Naval Shipyard Sdn Bhd, Aviation Holding Company Sukhoi, Sarawak Shipyard Sdn Bhd and Geliga Slipway Sdn Bhd.
------------------------------------------------------------------
Woittt......TAK KAN TAK TAHU....MALAYSIA ADALAH HAK UMNO....

Kah...Kah...BILA HAK UMNO...MAKA ITU ADALAH HAK ANAK BERANAK....!!!

Kah...Kah...BILA DAH JADI HAK ANAK BERANAK...ORANG LAIN ADALAH TIDAK BERHAK...!!!

Kah...Kah...LEPAS NI KITA TENGOK SIAPA YANG AKAN JADI PM...???

Kah...Kah...DAH TENTU HISHAMUDIN ATAUPUN MUKHRIZ...!!!

Kah...Kah...MUHYIDIN TAK USAH MIMPI LA....LANGSUNG TAK BERSANGKUT PAUT...!!!

Kah...Kah...MUHYIDIN KENA CEPAT BERTINDAK....NANTI TAK DAPAT...

Kah...Kah...SEBAB ITU KONTRAK PERTAHANAN ORANG LAIN TAK BOLEH TAHU....

Kah...Kah...NAJIB CAKAP ITU BAPAK SAYA YANG PUNYA...!!!

Kah...Kah..AIMAN TAK KISAH....TUNGGU PRU KE 13....SEMUA RAKYAT AKAN DAPAT TAHU...BUJAN SETAKAT KONTRAK...SIAPA YANG BUNUH ALTANTUYA PUN AKAN TERBONGKAR...