Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jul 8, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah...!!


Bersih 2.0: Sekitar 30 jalan di KL ditutup Sabtu -MI

Polis akan menutup hampir 30 jalan utama di ibu negara Sabtu ini menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata pihaknya menerima laporan bahawa beberapa kumpulan merancang untuk berkumpul di beberapa lokasi di kawasan panas dan menasihatkan publik agar menjauhkan diri dari Kuala Lumpur pada hari Sabtu jika tiada urusan di bandar raya.

Bagaimanapun katanya, mereka yang kerja dan tinggal di kawasan terbabit akan dibenarkan.

Kawasan-kawasan yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ialah:

— Jalan Syed Putram Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara

— Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara

— Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

Dia Sudah Datang...!!


Polis 'berkampung' di kampus Universiti Malaya -MK

Majis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya hari ini mendedahkan beberapa skuad polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah berkampung di kampus mereka.

Menurut mereka, tindakan itu dipercayai sebagai persiapan menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur Sabtu ini.

"Sesiapa yang memasuki kampus akan melihat seluruh kampus penuh dengan bas polis, lori dan juga trak FRU. Seluruh UM telah menjadi seolah-olah sekolah polis dan ini adalah mengarut.

"Kami tidak tolak kemungkinan anggota polis dan FRU ini adalah dari negeri lain dan dikerahkan untuk menekan perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini,” kata badan tertinggi pelajar universiti itu.

Polis dikatakan kini menghuni di asrama kediaman kolej 1, 2 dan 7 yang dibiarkan kosong kerana cuti semester akademik hujung tahun.

Bagi Ke..Tak bagi Ke....Kita Jumpa Di Stadium Merdeka Esok.....!!


BERSIH 2.0: KL milik rakyat, jumpa di sana esok -MK

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.

Dalam satu kenyataan yang dimuat-naikkan di laman sosialnya di Facebook, BERSIH 2.0 berkata tidak kira sama ada kerajaan memilih untuk menjadi munasabah ataupun tidak, orang ramai teguh dengan pendirian melaksanakan hak mereka sebagai rakyat yang patriotik.

“Kami akan berhimpun secara aman dan jumpa anda di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.

BERSIH 2.0 juga kecewa dengan tindakan pihak berkuasa mengenakan perintah larangan daripada mahkamah untuk menghalang 91 individu daripada berada di Kuala Lumpur esok.

“Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan.

“Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa BERSIH 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.”

Semalam, timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya.

Daripada 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur esok, seramai 66 orang adalah dari kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa ahli jawatankuasa pemandunya.

Manakala ahli politik yang Pakatan Rakyat terdiri daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, presidennya Datuk Seri Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu.

Turut dilarang adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

BERSIH 2.0 juga berkata kerajaan telah gagal memahami bahawa gabungan 62 NGO itu bukan mengenai mana-mana individu tetapi memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil,

“Tidak kira seteruk mana kami ditekan dan dihambat atau didakwa, suara aman rakyat akan kedengaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini,” kata BERSIH 2.0.

Menurut gabungan yang diharamkan oleh kerajaan itu, belum terlambat bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak sebagai seorang negarawan dan menghentikan segala hambatan yang sering-kali dilakukan oleh seseorang diktator.

“Bekerjasamalah dengan BERSIH 2.0 bagi memastikan perhimpunan aman di Stadium Merdeka dan situasi menang-menang bagi semua pihak,” katanya.

Perutusan Dari Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Menjelang Himpunan BERSIH

Saya selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat mewakili golongan para ulama PAS menyeru kepada seluruh ahli PAS dan mereka yang menyokong BERSIH agar menjaga akhlak dan keperibadian mereka sesuai dengan tuntutan Islam yang sentiasa menganjurkan keperibadian yang mulia tanpa mengira sama ada mereka adalah kawan ataupun lawan. Perlu diingati bahawa sesiapa pun yang mengelilingi kita , mereka adalah sebenarnya mad’u kita .

Para ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali mengganggu ketenteraman awam apatah lagi merosakkan harta benda awam. Ianya ditegah di dalam Islam sekalipun di dalam peperangan. Namun begitu kita tetap percaya bahawa ahli PAS tidak akan bertindak sedemikian rupa sama sekali. Sekiranya perkara sebaliknya berlaku , maka kita percaya ianya bukan daripada amalan ahli kita yang telah sekian lama dididik dan ditarbiah agar berakhlak mulia oleh pemimpin-pemimpin dan murabbi kita sejak penubuhannya lagi.

Apa sahaja bentuk provokosi oleh pihak lawan usah dilayani, anggaplah mereka golongan yang masih belum menerima mesej perjuangan kita. Bersabarlah kerana ganjarannya adalah sangat besar di sisi Allah s.w.t. Itulah lumrah perjuangan para anbia’ , sahabat-sahabat dan ulamak-ulamak serta pejuang-pejuang sebelum daripada kita.

Dewan Ulamak Pas Pusat juga turut mengharapkan agar pihak kerajaan khususnya pihak keselamatan memberikan kerjasama yang sewajarnya lagi adil untuk menjayakan hasrat yang mulia ini. Kepada kakitangan keselamatan ! sekiranya anda berniat ikhlas untuk melancarkan lagi tuntutan dan hasrat mulia ini maka ketahuilah InsyaAllah anda akan berkongsi pahala bersama-sama dengan kami dalam menjayakan tuntutan ini. Ganjaran pahala pasti akan menunggu anda di hari akhirat nanti.

Siiru ‘ala barokatillah ( Teruskan perjalanan perjuangan anda dengan keberkatan Allah)

Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Surat Pekeliling Telah Di Keluarkan....!!


JPA ARAH KAKI TANGAN AWAM TAK HADARIRI HIMPUNAN HARAM - MK

Tertekan dengan hasrat rakyat yang mahu meneruskan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling melarang penglibatan pegawai awam terbabit dengan perhimpunan haram atau gerakan yang mengancam keselamatan negara.

Pekeliling bertarikh 30 Jun yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bagaimanapun tidak menamakan mana-mana perhimpunan.

NOTA:

jelas semakin ramai penyokong bersih
jelas kaki tangan kerajaan juga menyokong bersih
jelas kerana sokongan ini maka surat pekelilingan ini di keluarkan

sebelum mubarak runtuh surat pekelilingan juga telah dikeluarkan
sebelum ben ali cabut lari surat pekelilingan juga telah dikeluarkan

Kenyataan Rasmi...


Saya menyanjung tinggi keputusan BERSIH yang telah memuktamadkan lokasi himpunan di Stadium Merdeka jam 2.00 petang 9 Julai ini. Dengan stadium yang melimpah, percayalah bukan sahaja rakyat sendiri akan merasa yakin bahawa mereka tergolong dalam golongan majoriti yang menuntut perubahan dalam sistem demokrasi berpilihanraya, bahkan juga kerajaan BN akan membuka mata bahawa rakyat menuntut perubahan segera sebelum Pilihanraya Umum ke 13 diadakan.

Walau tidak dinafikan, ada dikalangan penyokong BERSIH yang kecewa dengan beberapa tindakan kompromi sebelum ini, tapi kita perlu bersangka baik bahawa BERSIH 2.0 telah melakukan yang terbaik demi rakyat.

Tinggal pemimpin BN yang lidah bercabang. Sekejap kata nak bagi stadium, sekejap kata BERSIH tak boleh mohon sebab tak berdaftar, sekejap kata tak boleh guna stadium sekitar Lembah Kelang, sekejap kata gunalah stadium di negeri Pakatan Rakyat. Sekejap kata boleh berhimpun tapi tak boleh pakai baju BERSIH. Ini orang Terengganu kata, kluk klek! Mereka nak permainkan kita sehingga pengikut bawahan mula keliru. Di sinilah kebijaksanaan dan ketegasan pimpinan terserlah. Kompromi ada hadnya.

Jesteru semua peringkat pimpinan perlu bergerak segera memobilasikan rakyat dengan tempoh yang ada. Ayuh keluar dengan baju BERSIH tanpa ragu dan keliru. Biarkan polis dengan tugasnya, dan kita dengan agenda kita.

Semalam dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, seolah-olah zaman darurat. Melaui jalan pantai, sekatan pertama polis di Padang Nenas, sekatan kedua di Batu Rakit, sekatan ketiga di Bari, sekatan keempat di Saujana, sekatan kelima di sempadan Kuala Besut-Semerak dan sekatan terakhir di Jalan Tok Bali-Melawi. Untuk apa semua ini?

9 Julai khabarnya Najib akan keluar negara. Kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini yang puncanya saya cukup yakin bukan bermula dari peserta Himpunan BERSIH, mungkinkah berulang lagi episod kambing hitam sebagaimana Musa menjadi kambing hitam kepada Mahathir dalam peristiwa Memali. Siapa yang akan dikambing hitamkan. Muhyiddin, Hishamuddin atau Rais? Berhati-hati sebelum bertindak! Sekali lagi diingatkan, pemerintah yang berkonfrantasi dengan kehendak dan hasrat rakyat tak akan ke mana.

Dr Azman Ibrhim
AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu

Unggun BERSIH - Puisi Dari A.Samad Said


Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu..


Nukilan - A Samad Said

Guna Mahkamah Senjata Terakhir BN....!!


Senarai 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini

Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.

DARI Bersih

1. Datuk Ambiga Sreenevasan
2. Mohamad Sabu
3. Hishamuddin Md Rais
4. Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
5. Maria Chin Abdullah
6. Chua Tian Chang

7. Kamarulzaman Mohamad
8. Dr Mohd Hatta Md Ramli
9. Syed Shahir Syed Mohamud
10.Syed Ibrahim Syed Noh
11. Teresa Kok Suh Sim
12. Badrul Hisha Shaharin
13. Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
14. Arutchelvam A/L Subramaniam
15. Wong Chin Huat
16. Ong Boon Keong
17. Enalini A/P Elumalai
18. Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim
19. Datuk Khalid Yunus
20. Datuk Zulkifli Noordin
21. Dr Zubir Harun
22. Datuk Seri Abd Hadi Awang
23. Datuk Seri Anwar Ibrahim
24. Lim Kit Siang
25. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
26. Nurul Izzah Anwar
27. Kohila Yanasekaran
28. Zaid Kamaruddin
29. Khoo Teng Swee
30. Fadiah Nadwa Fikri
31. Yap Swee Seng
32. Salahuddin Ayub
33. Datuk Mahfuz Omar
34. Nasrudin Hasan
35. Mazlan Aliman
36. Dr Syed Azman Syed Nawawi
37. Dr Dzulkifli Ahmad
38. Dr Mujahid Yusof
39. Khalid Abd Samad
40. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
41. Azman Shapawi Abd Rani (Naib YDP PAS Dungun)
42. Suhaizan Kaiat
43. Nor Azli bin Musa
44. Mohd Firdaus Jaafar
45. Loke Siew Fook
46. Lau Wen San
47. Mohd Azmin Ali
48. Mat Shuhaimi Shafie
49. Satipul Bahari Mamat (Timb. YDP PAS Dungun)
50. Wan Hassan Mohd Ramli (YDP PAS Dungun)
51. Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
52. Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
53. Muhammad Hilman Idham
54. Mohd Shukri Che Ab Razab
55. Mohd Syukri Kamaruddin
56. Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
57. Choo Chon Kai
58. Sarasvathy Muthu
58. Soh Sook Hwa
60. Nurul Izham Nurul Anuar
61. Abd Rahim Osman
62. Mohd Sibri Ismail
63. Mohd Lukam Muda
64. Datuk Prof Kamaruddin Kachar
65. Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah

Dari Perkasa

66. Datuk Ibrahim Ali
67. Datuk Ab Rahman Abu Bakar
68. Syed Hassan Syed Ali
69. Irawah Fahmi Ideris
70. Roslan Kassim
71. Sharifuddin Abd Hamid
72. Dr Zubir Harun
73. Ameir Hassan
74. Datuk Ahmad Saad
75. Ahmad Zaini Ismail
76. Muhammad Zaid Md Arip
77. Abdullah Mansor
78. Zaira Jaafar
79. Norkhaila Jamaludin

Dari Pemuda Umno

80. Khairy Jamaluddin Abu Bakar
81. Datuk Megat Firdouz Megat Junid
82. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
83. Megat Zulkarnaian Omardin
84. Rizalman Mokhtar
85. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
86. Lokman Noor Adam
87. Datuk Abdul Azeez Rahim
88. Ungku Saleh Ungku Jamal
89. Arman Azha Abu Hanifa
90. Tun Faisal Ismail Aziz
91. ??

Wahai UMNO.... Cukuplah Kau Menipu....!!


HIMPUNAN BERSIH:PAKATAN GESA NAJIB PATUHI JANJI - mkini

Pakatan Rakyat menggesa Najib Razak supaya "mematuhi janji" dengan menyediakan stadium kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan menyediakan sebuah stadium untuk perhimpunan Sabtu ini.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat juga berdiri teguh dengan BERSIH 2.0 yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.
"Maklumat akhir, perdana menteri dan Kementerian Dalam Negeri sengaja memberi pelbagai alasan untuk tidak membenarkan stadium digunakan.

"Saya difahamkan BERSIH masih lagi merujuk kepada Najib supaya (beliau) mematuhi janji (dan) jaminan beliau untuk menyediakan stadium supaya BERSIH dapat menganjurkan majlis dengan teratur dan aman sepertimana semangat (ketika mengadap) dengan Yang di-Pertuan Agong.

"(Sebab itu) Kita menyokong tindakan keputusan BERSIH untuk meneruskan perhimpunan itu di Stadium Merdeka," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.

BERSIH TETAP BERHIMPUN DI STADIUM MERDEKA....!!


Berikut kenyataan rasmi Jawatankuasa Induk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang dikeluarkan kira-kira jam 11 malam tadi .

Bersih 2.0 kecewa dengan tindakan Perdana Menteri dan Kabinetnya yang mungkir janji untuk sediakan stadium bagi kami untuk mengadakan perhimpunan aman.

Sebagai anggota masyarakat sivil yang komited kepada prinsip-prinsip integriti, kami berhasrat untuk mematuhi nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong dan mengadakan perhimpunan dalam stadium bagi membuat tuntutan kami untuk pilihanraya yang bersih dan adil.

Kami telah memilih Stadium Merdeka sebagai tempat terbaik untuk acara ini kerana ia amat simbolik dan berlokasi pusat, dan kami akan tetap berdiri teguh kepada keputusan kami untuk berhimpun secara aman di sana.

Jika Perdana Menteri seorang yang jujur, beliau sepatutnya membuat persediaan yang sesuai supaya perhimpunan ini berjalan secara aman di Stadium Merdeka.

Sama ada kerajaan mematuhi prinsip-prinsip mereka, kami rakyat Malaysia akan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip kami. Keazaman kami untuk melaksanakan hak kami untuk berhimpun secara aman bagi tujuan yang adil dan munasabah tidak akan tergoncang sama sekali.

Kenyataan baru-baru ini oleh Timbalan Ketua Polis Negara seolah-olah menunjukkan bahawa polis berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap kami sekiranya kami berbuat apa-apa pada 9 Jul selain duduk di rumah.

Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia patriotik yang hanya inginkan keupayaan memilih pemimpin-pemimpin kita melalui cara demokratik dan halal tidak akan ditakuti oleh pelaksanaan kuasa yang zalim dan tidak bermoral.

Tanggungjawab kita yang paling penting adalah untuk masa depan dan anak-anak kita, dan kami berhasrat untuk pastikan mereka mewarisi negara yang bukan diperintah oleh ketakutan, tetapi oleh prinsip-prinsip keadilan.

Apapun yang berlaku antara sekarang dan 9 Julai, rakyat akan berhimpun secara aman dan teratur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil di Stadium Merdeka pada 9 Julai, pukul 2 petang.

Kami akan datang, berhimpun secara aman dan bersama-sama kita akan membina Malaysia yang lebih baik.

Yang benar,
Jawatankuasa Induk
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)


Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Prakkash Arul, K. Arumugam, Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard YW Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato ‘Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.

Pakatan Sokong BERSIH 2.0 Berhimpun Di Stadium Merdeka...!!



NOTA:

pakatan rakyat menyokong
langkah bersih untuk meneruskan
perhimpunan di stadium merdeka

ini adalah kenyataan pucuk pimpinan
pakatan rakyat

Sebab Apa Kita Perlu Turun Ke Jalanraya...??


NOTA:

negara kita dalam keadaan bahaya
untuk terus berkuasa
bangla,maymar,indon
sedang di beri kad pengenalan
untuk membolehkan mereka memgundi

kerana inilah orang ramai marah

lihat apa yang berlaku disabah
hari ini warga pilipina melebihi warga asal sabah
kerana apa?
untuk memastikan BN terus berkuasa

projek yang sama sedsang dilakukan
projek pemutihan pati dan warga asing
adalah projek memberi kad pengenalan untuk mengundi

sampai bila ini akan berlaku?