Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 30, 2010

Jangan Terpedaya...Ini Semua Taktik Nak Tipu Melayu....!!!


Hari ini gurkah-gurkah politik di'port' gelak sakan, sebab pergaduhan Najib dengan Mahathir nampak macam dah melarat, dari macam-macam benda yang dia tak suka, sampailah kepada rancangan Najib nak melingkupkan duit RM 5 billion nak bina menara warisan 100 tingkat. (walaupun Najib kata itu bukan duit kerajaan)

Mahathir sudah naik angin satu badan kelmarin sampai dia kata, nak buat menara warisan boleh, tapi kena tunggu dia 'not around', cuma dia tak kata kena tunggu sampai dia mati. Dari cara ayat dan 'tone' itu 100 peratus gurkah-gurkah kata yang Mahathir 'is damn serious and he mean it' bila dia kata yang dia tetap mahu lihat menara berkembar petronas yang dibinanya itu kekal sebagai menara yang tertinggi di Malaysia dan kekal sebagai ikon negara.

Mahathir juga dok kutuk Najib bila dia kata yang bila dia jalan-jalan dalam KL, dia nampak terlalu banyak iklan untuk 'for sale' dan ' for rent' dibanggunan-banggunan yang banyak yang ada dalam KL, sudah terlalu banyak banggunan tapi masih nak buat lagi??!! (Aku kalau jadi Mahathir aku akan kata..saya rasa ini Najib sudah hilang akal!)

Sebentar tadi Najib membalas serangan Mahathir dengan berkata yang pembinaan menara warisan 100 tingkat yang berharga RM 5 billion itu akan tetap diteruskan...
(Kah..Kah..Kah.. gurkah-gurkah akan gelak lagi kuat esok pagi ...!!)

Oleh itu gurkah-gurkah cadangkan agar Mahathir buat satu poll kempen bantah bina menara warisan ini di blog beliau sebab blog orang lain yang buat poll kempen bantah ini agak slow dan gurkah-gurkah ini mahu Mahathir mengetuai kempen membantah pembinaan menara warisan ini ...

Nota :

Cadangan Pembinaan Menara Warisan 100 tingkat yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2011 mendapat tekanan hebat apabila laman sosial facebook yang menentang pembinaan Menara Warisan 100 tingkat sudah melebihi 200,000 orang, setakat hari ini.

Setakat pukul 12 tengahari, seramai 203,922 orang telah memberikan sokongan kepada kempen tersebut

1 Malaysia Kena Kencing Lagi....!!!



Harga petrol RON97 naik 15 sen lagi-MK

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber.

Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Nota :

Bangun pagi je terus kena kencing....
Nak tidurpun masih kena kencing...
Semua rakyat kena kencing dan terkencing....
Kah...Kah...Kah....!!!

Ini Baik Punye Balang Woooo...!! Johor Mali Maaa...!!


JANGAN ADA PEMIKIRAN UNTUK UBAH PERLEMBAGAAN – CHUA SOI LEK – MS

Chua Soi Lek mengingatkan rakyat supaya jangan mempunyai pemikiran untuk mengubah apa yang tertera dalam perlembagaan kerana ia hanya boleh diubah oleh Yang di-Pertuan Agong.

Katanya ramai orang mempunyai salah faham mengenai maksud sebenar konsep satu Malaysia seperti diilhamkan oleh Perdana Menteri.

"Maksud satu Malaysia ialah kerajaan akan melayan semua rakyat dengan adil dan saksama mengikut apa yang disediakan dalam perlembagaan...anda tidak boleh terpesong dari perlembagaan," katanya.

Di bawah perlembagaan, katanya, semua rakyat Malaysia mempunyai hak kepada pendidikan, kebebasan beragama dan kebudayaan.

Nota:

Bijak...Bijak....
Ini semua kerja nak bodek....
Jika ada sokongan dua par tiga ahli parlimen
kita boleh mengumumkan bahawa chua soi lek ini boleh jadi agung...
Kah...Kah...Kah....!!!

Malaysia Bukan Harta Pusaka UMNO....!!!


WARISAN MERDEKA : NAJIB SANGKAL ANDAIAN MAHATHIR - MI

Najib Razak mengetepikan pandangan Mahathir Mohamad tentang Warisan Merdeka - menara 100 tingkat yang akan dibina di ibu negara, sambil menegaskan projek itu harus dinilai dari sudut jangka panjang.

“Apa yang penting yang perlu diingat, ini adalah projek jangka panjang,” kata Najib selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Pelabur Menteri-menteri Kewangan Asean 2010 di sini hari ini.

“Ia tidak harus dilihat (sebagai projek) satu atau dua tahun. Ia projek 10 tahun dan (menjangkaui tempoh) selepas itu,” kata beliau.

Nota:

Kita tunggu apa ejen Madey akan kata
Ejen Madey senyap aje...
Kalau senyap ertinya setuju dengan Madey...

Dari PM Hingga JKKK..Semuanya Melayu...!! Di Mana Duduknya Melayu...???

Adakah Ini Namanya Ketuanan Melayu...??

BUMIPUTERA DIBANTU MILIKI HARTANAH :PM - BH

Bumiputera perlu menikmati kekayaan negara secara adil dan saksama dengan kaum lain bagi mengelak perasaan tidak puas hati sehingga menyebabkan ketidakstabilan politik negara dalam jangka panjang.

Najib Razak, berkata kerajaan berpegang kepada prinsip yang kekayaan negara perlu diagihkan secara adil dan saksama untuk seluruh rakyatnya.

Kalau Bumiputera lalu-lalang di tengah kota raya dan jika mendongak melihat bangunan pencakar langit dan komersial, tentu mereka berasakan bangunan yang tinggi nilai itu tidak dimiliki mereka. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati.

“Kita tidak menafikan hak Bumiputera untuk terus melabur dan mencapai keinginan untuk berjaya dalam industri perniagaan dan pertanian.
-------------------------------------------------------------
Woit… INI BETUL BETUL MENIPU.......

Woit… TANAH TUDM ITU KENAPA BAGI PADA CHINA… TIDAK PADA BUMIPUTERA…..

Woit… TANAH PENJARA PUDU ITU BETUL KE BAGI PADA VINCENT TAN....??

Woit...TANAH ORANG MELAYU DI BEREMBANG KENAPA BAGI PADA CUKONG…...??

Woit… TANAH RATUS HEKTAR DI SENTUL PASAL APA BAGI PADA YEO TOK LEY..??

Woit...TANAH BUKIT DAN GUNUNG PASAL APA BAGI LIM GOH TONG...??

Woit... CAKAP KETUANAN MELAYU... DI MANA DUDUKNYA MELAYU...??

Woit....CUKONG DAPAT TANAH... MELAYU DAPAT APA..??

Kah...Kah...MELAYU BANGGA DAPAT KETUANAN....AGAKNYA BOLEH KE REBUS KETUANAN MELAYU INI JIKA LAPAR..?? KAH...KAH...KAH...!!!

Nota:

Tolong jangan tipu melayu
Tolong jangan kata nak tolong bumiputera
Ini bohong...menipu...!!

Balik-Balik Melayu Yang Akan Kena Tipu...!!!

Contoh Kampung Melayu Yang Dah Di Rembat...!!!

HABISLAH ORANG KAMPUNG KENA PINDAH – HD

Pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya, perlu dipersoal, kata Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, pindaan tersebut juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah.

"Habislah orang Kampung Baru. Pindaan terkini Deraf KL 2020 menandakan Kampung Baru sebagai kawasan komersial seratus peratus.

"Bermakna tiada Residential Area. Orang Kampung Baru tak boleh tinggal dah di Kampung Baru, semua kena pindah terus," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020.

Menurut pindaan itu, semua kawasan seluas 250 ekar tanah di Kampung Baru akan dimasukkan sebagai satu daripada tiga Pusat Komersial Bandaraya (CCC).

CCC, seperti ditakrif dalam draf itu tidak perlu mempunyai unit kediaman dan boleh mempunyai 100 peratus kawasan komersial.

Dua lagi CCC itu adalah kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan sekitar KL Sentral di Brickfields.

Perkembangan terbaru itu menimbulkan persoalan sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

Menurut Lo' Lo' lagi, lebih menghairankan, kenapa kawasan Penjara Pudu boleh dibina kawasan penempatan, sedangkan ianya juga terletak di kawsan bandar Kuala Lumpur, malah bukan kawasan penempatan pun sebelum ini.

"Hairannya Penjara Pudu akan dibangunkan dengan 30 peratus residential," katanya lagi.

Kira-kira 39,000 penduduk menetap di Kampung Baru dan nasib mereka kini menjadi tanda tanya

Nota:

Lihatlah kampong dan tanah orang melayu..Habis dirembat oleh cukong
Yang jadi barua ialah UMNO/BN...
Kalau tak ada barua tak mungkin tanah rumah dan harta melayu jatuh
ke tangan cukong

Di kuala lumpur kampong melayu semakin sempit
Kampong abdulah hukum telah musnah
Kampong chu badak telah musnah
Kampong berembang sudah musnah
Kampong baru dlam proses
Kampong kerinchi sedang dalam proses
Kampong dalam gombak sedang dalam proses

Semasa british datang ke afrika...mereka membawa kitab injil
Mereka menghadiahkan kitab injil pada orang hitam
Orang hitam dapat kitab injil dan orang puteh dapat
tanah dan intan berlian

Di tanah melayu...UMNO/BN datang dan menghadiahkan ketuanan melayu pada orang melayu
Para Cukong dapat tanah dan harta kekayaan...
Orang melayu hanya dapat ketuanan....

Kenapa..?? tak percaya ke..?
Kalau masih tak percaya susah lah...
Sudah diberi tahu..sudah ditunjukkan bukti...
Masih degil juga...masih bodoh juga....
Masih sedia & seronok bila ditipu....
Sebab itu nama kau Melayu...senang di tipu...
Kah...Kah...Kah....!!!

Nov 29, 2010

Sisa -Sisa Hidup UMNO/BN...!!




Nota :

Kah..Kah...Kah....
Selagi ada nyawa..rompaklah duit rakyat sepuas hati...
Cepat-cepatlah merompak sebelum kamu di campak rakyat...
Ambiklah semua...jangan tak ambik...
Tiada halangan ..melainkan hanyalah peluang...

Walaupun Lim Dah Mati...Tapi Undi Cina Tetap Utuh Pada Lim...??


PEMERGIAN CHONG EU SATU KEHILANGAN BESAR - UM

Pemergian Lim Chong Eu disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada negara, kata Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, semasa hayatnya, mendiang banyak memberi sumbangan dalam pelbagai bidang terutama ekonomi yang bukan hanya memberi manfaat kepada negeri ini malah negara.

Menurutnya, mendiang merupakan pengasas kepada pembangunan pesat Pulau Pinang dengan mewujudkan kawasan perindustrian termaju sehingga negara dikenali di peringkat antarabangsa.

Nota:

Ini lah tanda bagaimana satu penipuan dan pembohongan sejarah .
Berita, pujian tentang Chog Eu adalah contoh siri penipuan kepada fakta sejarah

Fakta sebenarnya tentang Chong Eu ialah :

1 - pemimpin mca sebelum merdeka lagi
2 – menuntut agar bahasa mandrin juga diterima sebagai bahasa kebangsaan
3 – menuntut penambahan kerusi mca lagi
4 – pemimpin mca yang bersifat cauvenis

Lim chong Eu diangkat sebagitu rupa kerana UMNO/BN sangat terdesak...
Sebab UMNO/BN memerlukan undi kaum cina...
Tetiba je Chong Eu yang keluar dari MCA untuk buat parti gerakan kini dianggap sebagai ikon...
UMNO/BN mana ada ikhlas dalam memberi pujian...
Bila Puji mesti ada benda yang dia nak...
Kita rakyat jangan jadi bodoh...
Kita kena rajin fikir..jangan jadi malas...
Bagi cina...pujian ini dah tak ada maknanya...
Orang cina cakap...No more vote for MCA & Gerakan...
Hanya satu harapan kaum cina iaitu..PR...!!!
Walaupun Lim Chong Eu dah pergi...Undi Cina masih tetap pada Lim...Lim Guan Eng...!!
Kah...Kah...Kah...!!!

Fitnah..Tipu..Punca Utusan Malaysia Tak Laku....!!

Tahu Tak Ape...!!!

PEMUDA UMNO KEPONG TAJA AKHBAR UTUSAN, KOSMO ! - UM

Pemuda UMNO Kepong akan menaja sebanyak 3,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! untuk diagihkan di pusat-pusat komuniti sekitar Kepong selama setahun.
Akhbar tersebut akan diedarkan bermula Disember ini hingga November 2011 iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat.

Penyerahan replika cek tajaan berjumlah RM3,640 dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO Kepong, Norizan Ali kepada Pengurus Kanan Pemasaran/Pengedaran Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd. Basir Abdul Rahim dalam satu majlis di Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang.

Norizan ketika ditemui berkata, akhbar itu akan diagihkan ke balai bomba berkenaan, Balai Polis Jinjang, Klinik Kesihatan Jinjang, Pejabat Pos Jinjang, Masjid Amaniah, Pusat Rekreasi Kepong dan Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cawangan Kepong

Nota :

Terlaris Di Pasaran...Macam goreng pisang panas...

Kah...Kah...Kah...!!!

Inilah akibatnya apabila sebuah akhbar tidak bermaya dan tidak laku
Tidak ada orang yang terliur nak membacanya...
Nak buat berita tak pandai...bodek yang ketertaluan
Nak buat fitnah tak bijak...akhirnya berlongok dan bertimbun

kalau tak ada kekangan akata mesin cetak
sudah lama akhbar melayu ini bungkus...
Akhbar Harakah 120,000 satu siaran...berita keadilan 143,000 satu siaran
Dua akhbar ini saja sudah cukup buat Utusan Malaysia jadi pembungkus nasi lemak
Utusan Malaysia dah tak layak di panggil Akhbar arus perdana...
Hanya layak di panggil akhbar UMNO...
Patut tulis kat muka depan tu...Hanya Untuk Ahli UMNO & Sekutu...
Kah..Kah...Kah...!!!

Senarai Penuh Ahli Pimpinan Pusat penggal 2010 - 2013


Presiden

Wan Azizah Binti Wan Ismail - Menang Tanpa Bertanding

Timbalan Presiden

Azmin Ali - 19,543 undi

Naib Presiden

1.Nurul Izah Anwar - 13211 undi
2.Tian Chua - 11,744 undi
3.Fuziah Salleh - 8,927 undi
4.Mansor B. Hj Othman - 8,576 undi

Ahli Majlis Pimpinan Pusat
1.Elizabeth Wong - 10,897 undi
2.Badrul Amin - 9,672 undi
3.Hee Lot Sian - 8,473 undi
4.Khalid Jaafar - 7,889 undi
5.Johari Abdul - 7,719 undi
6.Abd Rahman Yusof - 7,719 undi
7.Haniza Talha - 7,588 undi
8.Fariz Musa - 7,511 undi
9.Zakaria Abdul Halim - 7,170 undi
10.Roland Chia Ming Shen - 7,095 undi
11.Siti Aishah - 6,876 undi
12.Ismail Yusip - 6,332 undi
13.Latheefa Koya - 6,242 undi
14.Kesavan Subramaniam - 6,139 undi
15.Shuhaimi Haji Shafiei - 6,095 undi
16.M.R. Summugam - 5,964 undi
17.Yusmadi Yusoff - 5,810 undi
18.S.Manikumar - 5,789 undi
19.Mustafa Kamal Yusoff - 5,745 undi
20.Christina Liew - 5,707 undi

Tuan Orang Melayu Hanyalah Allah...Bukannya UMNO...!!!

Inilah Matlamat Asal Perjuangan Parti Melayu....!!!

Duit Adalah Akidah Perjuangan Parti Melayu...Halal Haram Itu Belakang Kira...!!!

Konsep ketuanan Melayu wajib ditinggalkan -SH

PETALING JAYA - Konsep Ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia hanya slogan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk perdaya orang Melayu secara keseluruhan demi kepentingan diri.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kumpulan kecil Melayu ini adalah mereka yang lakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kesalahan tanpa hiraukan nasib kaum sendiri.

Beliau yakin tidak akan ada satu kaum yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sebagai tuan.

Katanya, walau dengan adanya Ketuanan Melayu sejak negara capai kemerdekaan 53 tahun lalu, nasib kaum ini terus terabai.

“Mereka dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan serta kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai.

“Semua ini membuktikan pemimpin UMNO bukan berjuang untuk bela Melayu. UMNO adalah parti tauke dan jauh sekali berwajah parti rakyat,” katanya dalam ucapan dasar presiden di Kongres PKR di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Wan Azizah menyebutpentingnya kaum Melayu tinggalkan konsep ketuanan kerana Islam mengatakan sebaik-baik umat adalah mereka yang paling tinggi takwanya.

“Al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan hancurkan kaum yang bermegah konon jadi ‘tuan’ dan pandang rendah kaum lain.

“Bangsa dan kaum itu jadi agung dan dipandang tinggi apabila bermaruah. Kalau mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah,” katanya.

Tegasnya lagi, dalam tradisi Melayu, mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi.

Dr Wan Azizah menegaskan, isu survival Melayu dan Islam di negara ini tidak akan dapat diselesaikan jika masih dilihat melalui teropong UMNO dan konco-konconya, sebaliknya perlu dilihat dari perspektif dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi.

Katanya, jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) benar-benar ikhlas, mereka harus hentikan kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini dan menyuburkan iklim demokratik berasaskan Perlembagaan.

“Dengan ini, Islam yang murni akan lebih terserlah dan masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam serta melihatnya secara tepat.

“Oleh demikian, kita menyeru kaum Melayu, umat Islam dan masyarakat Malaysia umumnya agar tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pihak yang mengatakan orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika negara diperintah Pakatan Rakyat,” katanya.

Nota :

Apa ada pada melayu...
Sejak dulu dari Perdana Menteri sampai JKKK...Semuannya melayu....
Tapi hingga ke hari ini...apa yang ada pada melayu....

Malaikat tak tanya kau melayu ke tidak...
Melayu belum tentu Islam...dan Islam bukan hanya untuk melayu...
Melayu hanyalah syarat untuk jadi ahli UMNO....
Melayu juga bukan syarat jadi ahli syurga...
Maka oleh sebab itu jangan dok bangga sangat dengan slogan Ketuanan melayu...

Ketuanan melayu dah lama hilang...
UMNO lah yang telah menghilangkan ketuanan melayu...

Ramai Yang Mengaku Islam Tapi Sayangnya Tak Beriman....!!


Cara Michele Obama & Ratu Inggeris di Masjid - Oleh : Ustaz Saiful Bahri

Setelah first lady Amerika Syarikat, Michele Obama, berselendang di Masjid Istiqlal Jakarta, kini giliran Ratu Elizabeth II melakukan hal serupa. Ia bahkan mengenakan jubah panjang warna keemasan, Tudung juga keemasan, tetapi masih dengan topinya ketika memasuki Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi, United Emirat Arab (UEA). Ratu bersama Putera Philip dan rombongan


Rombongan Ratu ini turun dari British Airways dari London terus ke masjid terbesar di UEA itu dalam kunjungan pertamanya sejak 31 tahun terakhir. Ratu juga sempat menziarahi ke makam Sheikh Zayed, pendiri Uni Emirat Arab.


Saat Ratu mengenakan Selendang atau jilbabnya diikat di kepala, menutup topi kotak dan rambutnya. Berjubah panjang dengan menggunakan stocking warna kulit dan sarung tangan tipis putih dengan bersulam emas dan kristal menjadi perhatian media di dunia. Apalagi ketika Ratu memasuki ruang utama masjid dengan hamparan karpet 35 ton terbesar di dunia, yang dibuat khas oleh 1,200 pekerja perempuan Iran.

Wanita lain yang mengiringi beliau memakai abaya hitam yang biasa dipakai oleh orang arab. Meskipun sekadar berselendang dan sebagai bukan Islam, ianya menggambarkan sikap menghormati etika berpakaian umat Islam ketika mengunjungi rumah ibadah.

Nota :

Tetapi malangnya apabila sentengah kalangan orang Islam samada lelaki maupun wanita yang tidak tahu menutup aurat secara sempurna dirumah ibadah umat Islam. Kalau ditegur, dikatakan tidak berhikmah atau tak menjaga hati dan perasaan orang.

Malah Mereka ini sebenarnya yang tak tahu menjaga hati dan perasaan umat Islam khususnya mereka yang memakmurkan masjid termasuklah para makmum, ajk maupun imam dan bilalnya. Mereka masuk maupun membuat program dengan berpakaian tak menutup aurat secara sempurna. Kekadang buat majlis di masjid untuk mendapat berkat kononnya seperti majlis akad-nikah tetapi berpakaian tak menggambarkan sebagai orang Islam.


Pertandingan Rias Pengantin di Surau al-falah anjuran Umno Hulu Langat (9 Mei 2010)

Masjid hanyalah di jadikan tempat persinggahan untuk meminjam pinggang-mangkuk, sejadah, surah yasin atau majlis keraian. Bahkan hanya singgah ke masjid untuk bergambar atau menumpang tandas untuk qada’ hajat. Sembahyang pun tidak. Apatah lagi menganjurkan pertandingan bersolek dan berrias pengantin dalam rumah ibadah???..

Inilah perkara yang perlu dibaiki dikalangan masyarakat kita dalam menjadikan masjid sebagai agen perubah masyarakat
.

Nov 28, 2010

Siapa Yang Hina Raja-Raja Melayu...??


Parti Islam Semalaysia Pas kesal isu gangguan perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sering dibangkitkan di dalam negara ini. Tindakan Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti ‘tikus membaiki labu’.

Pas berpandangan bahawa isu ini dibangkitkan ialah untuk menimbulkan ketakutan di kalangan orang melayu supaya jangan berjinak dengan Pas dan Pakatan Rakyat. Sejak mutaakhir isu Meayu dan kedaulatan Raja-Raja dibagkitkan sebagai usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno, kononnya Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat di bawah umno, setelah isu pembangunan sudah lapok, kerana dunia semakin maju.

Satu ketika dahulu kononnya ada Perlembagaaan baru dibangkitkan oleh Mufti Perak Tan Seri Harussani sampai sekarang tidak dapat dibuktikan lagi. Pas mencabar mana-mana pihak yang ada bukti siapa yang hendak menggugat perkara yang telah dipersetujui bersama seperti kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa Raja-Raja Melayu silalah bawa ke pengadilan.

Isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu dibangkitkan dengan hebat ketika pilihanraya Kecil Bukit Gantang, kononnya Dato Seri Haji Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak. Mereka eksploit perkatan yang diucapkan oleh Dato Seri Haji Nizar “Patik Mohon Sembah Derhaka”, pada hal ini adalah istilah yang diajar oleh protokol istana ketika berbahasa dengan Raja apabila kita tidak sependapat dalam satu padangan.

Hakikatnya yang berlaku seperti yang tercatat dalam sejarah politik negara kita, yang biadab dengan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno malahan cuba hendak ambil alih kuasa istihar darurat daripada Yang Dipertuan Agong.

Rakyat Malaysia tidak boleh lupa ketika mereka membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.

Begitu juga penyokong Umno pula mengatakan Sultan Terengganu binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan Terengganu kerana tidak melantik Dato Seri Idris Jusuh sebagai Menteri Besar Terengganu. Banyak lagi kita boleh bongkarkan siapa yang sebenarnya menghina Raja Raja Melayu.

Nota :

Jawapannya ialah ..UMNO lah bapak penderhaka kepada raja-raja melayu...

Buktinya ada di sisni...sila baca...

1. Pengasas UMNO, Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik sultan atas isu harta.

2. Pada tahun 1964 Tan Sri Ghazali Jawi(bapa Dato’ Sri Tajul Rosli) yang tidak mahu letak jawatan menteri besar Perak walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang jawatan itu dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya, dia tidak mahu lepaskan jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu mencukur jambang selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Tajul Rusli kata UMNO tidak pernah derhaka, tidak pernah ucap macam Nizar. (UM 21.2.09) Tindakan bapanya pada Sultan Perak apa pulak maknanya?

3. Pada tahun 1979, kes Dato’ Rahim Bakar, bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro UMNO mengkritik Sultan secara terbuka.

4. 1983, UMNO hendak meminda supaya kuasa YDA mengenai pengisytiharan darurat dikurangkan maka UMNO membelasah Raja-raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

5. Pada tahun 1991 – dalam persidangan agung UMNO, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan UMNO kalah di Kelantan.

6. Dalam persidangan agung UMNO juga perwakilan UMNO meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh UM di muka surat depan. Apaka ini bukan derhaka?

7. Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin UMNO Kelantan. Kenapa polis tidak menembak gas pemedih mata? Apakah ini bukan derhaka namanya?

8. Pada 18 Jun 1993 pindaan perlembagaan persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah telah dikemukakan. Apabila Raja-raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.

9. Beberapa siri rapat umum haram UMNO di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Dr. Tun Dr. Mahathir dan mengecam Raja-raja Melayu.

10. Sebab itu Ku Li denagn sinis berkata, “mana satu kah yang lebih merbahaya pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6.2.09?”. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh menyaman Sultan Perak tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang mana pemimpin UMNO sendiri yang memberikan laluan pada tahun 1993.(Star Online 17.2.09). Tiba-tiba sekarang orang UMNO pulak menjerit marah pada Karpal. Sepatutnya orang UMNO kena marah dan sumpah seranah pada pemimpin mereka kerana disebabkan pemimpin mereka lah maka martabat raja Melayu sebegitu rupa sehingga boleh dibawa ke mahkamah. UMNO ni memang BENGONG!!!

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputra untuk menggantikan Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Dato’ Annuar Musa. Ini lagi memalukan. Apaka ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya?

12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim, bekas Menteri Besar Perlis bahawa Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dan mempunyai bukti mengenainya (BH 11Jun 1993).

13. Mohamad Taib (Mat Tyson) kata Nizar derhaka. Apakah dia telah lupa yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor dan adinda Sultan Selangor sekarang) kemudian kahwin lari di Thailand? Masa tu dia masih jadi MB Selangor. Ini kah perangai seorang MB dan kemudian bercakap tentang soal derhaka? Cakap berdegar-degar, jubor penuh taik!!!

15. Shahidan Kasim pulak boikot perlantikan Isa Sabu sebagai MB Perlis. Tidak derhaka kah dia kepada Raja Perlis?

Kasih Nenek Pada Seorang Cucu...!!


"Riyadh – Nenek Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dari pihak ayahnya, Hajah Omar melaksanakan ibadah haji tahun ini. Dia berangkat dari Kenya bersama lima anggota keluarganya. Di tanah suci dia memanjatkan doa agar Obama memeluk Islam.

“Saya berdoa untuk cucuku Barack, agar dia memeluk Islam,” ujar Hajah Sarah Omar, 88 tahun, ketika diwawancarai oleh akhbar Al-Watan di Jedah semasa menjalankan rukun haji, Khamis (25/11).

Akhbar tersebut dalam laporannya mewartakan, Hajah Omar berada di Arab Saudi untuk menjalankan ibadah haji bersama bapa saudara Obama iaitu Saeed Hussein Obama dan empat cucunya. Mereka menjadi tamu Raja Abdullah.

Dalam pernyataanya kepada akhbar tersebut Hajah Omar mengatakan bahawa dirinya hanya boleh berbicara pasal ibadat haji dan tak dapat memberi komen masalah politik yang dilakukan Obama.

“Saya sangat takjub dan teringat kembali apa yang diceritakan oleh guru saya semasa di sekolah. Dia dulu pernah bercerita berkenaan Mekah dan Madinah ketika saya masih kecil” kata Hajah Omar yang berasal dari Desa Koglilu, Kenya Barat.

Ketika ditanya soal kemungkinan Obama menjadi presiden Amerika Syarikat untuk dua penggal , Hajah yang ditemani Saeed Obama dan cucu-cucunya menjawab, “Hanya Allah yang tahu, masa depan tidak ada yang tahu.”

Selain berdoa untuk Presiden Obama, Hajah juga memanjatkan keinginan agar Raja Abdullah segera sembuh dari penyakitnya.

Kehadiran Hajah bersama putera dan cucu-cucunya di Arab Saudi mendapat sambutan luar biasa dari Kerajaan.

Faisal Ambuya, salah satu sepupu Obama, mengatakan “Nenek saya sangat berminat mendoakan umat nonMuslim menjadi Muslim dan saya belajar tentang Islam dari beliau.”

“Jika saya kembali ke kampung, saya akan sampaikan kepada warga desa tentang kekuatan Islam,” ujarnya.

Pak cik Obama mengaku berterus terang bahawa dirinya tak pernah berfikir sanggup menunaikan ibadah haji tahun ini. “Saya sangat berasa bersyukur, sebab saya dapat melaksanakan ibadah haji. Alhamdulillah, saya panjatkan kepada Allah dan terima kasih untuk Raja Abdullah yang bersedia menyambut kami.”

Kluk-Klek....Kluk-Klek....Kluk-Klek...!!!


MADEY: RAKYAT SOKONG BN JIKA JAMBATAN BENGKOK DIBINA - MK

Mahathir Mohamad berkata tiada sebab mengapa projek pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura tidak boleh diteruskan.

Beliau berkata ini kerana semasa perancangan dan perundingan dengan kerajaan Singapura, projek itu tidak menghadapi masalah perundangan dan tentangan dari negara jiran itu.

SULTAN JOHOR ULANGI HASRAT TAMBAK JOHOR DIGANTIKAN - MI

Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini mengulangi hasrat baginda dan seluruh rakyat Johor supaya pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura diteruskan.
Pada istiadat sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-52 hari ini, Sultan Ibrahim bertitah pembinaan jambatan berkenaan bukan sahaja memberikan keselesaan kepada rakyat Johor yang berulang-alik ke Singapura malah menjadi kemudahan untuk rakyat negara jiran itu melancong ke negara ini.

Nota:

UMNO/BN memang takut dengan Lee Kuan Yew
Maka sebab itu projek jambatan bengkok terpaksa dibatal

Walaubagaimanpun, UMNO/BN memang lagi takut dengan Madey...
Oleh kerana kerana ketakutan yang melampau lalu UMNO/BN terpaksa setuju pulak untuk buat jambatan bengkok

Kalau Macam ni...Baik Mati daripada hidup...!!!
Kah...Kah...Kah...!!!

Hanya Islam Mampu Mengubahnya.....!!


SPRM BINA LOKAP , GUDANG BARANG KES – BH

Memudahkan suruhanjaya buat siasatan di bangunan sendiri tanpa babit pihak lain.
Sejajar peranannya sebagai sebuah badan induk membanteras jenayah rasuah di negara ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bercadang membina lokap dan gudang barang kes sendiri di semua ibu pejabat negeri.

Projek itu yang dirancang di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) itu dijangka membabitkan kos RM192 juta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Zakaria Jaffar, berkata projek itu bagi memudahkan siasatan SPRM dijalankan di bangunan sendiri tanpa membabitkan pihak lain.

“Sebelum ini kita terpaksa berkongsi lokap dengan polis bagi kes disiasat SPRM, namun dalam tempoh lima tahun akan datang kita akan mempunyai lokap sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan Kompleks Pejabat dan Perumahan SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan, Ir Adanan Sukri Musa kepada SPRM di sini, semalam.

Nota :

Bangang ni ada macam-macam....
Buatlah lokap ke..jail ke..penjara ke...!!
Selagi tak ambik Islam sebagai cara hidup selagi itulah jenayah ada..
Ini semua adalah projek....bukannya ada manfaat apa-apa...
Bila projek...siapa yang dapat nanti....
Oleh itu, marilah kita kembali kepada Allah...
Ambiklah hukum Allah sebagai panduan kita kita...
Kalau kita tak bunuh ibu penyakit....makanlah ubat apa pun penyakit itu tetap akan ada...
Fikirlah dengan akal yang cerdik bukannya melalui pemikiran yang bangang dan bodoh macam UMNO/BN ini...
Kah...Kah...Kah...!!!

Fatwa Sonsang Wanita UMNO...!!


MB SELANGOR TIDAK MALU - BH

Tindakan minta diberi 20 peratus cukai dari negeri tak wajar: Shahrizat

BANTING: Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang yang tidak tahu malu apabila meminta semua dana bagi negeri itu untuk diuruskan sendiri.

"Dia minta RM100 juta bagi kepada kerajaan negeri. Permintaan Abdul Khalid mencerminkan cara pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya mengulas permintaan Abdul Khalid supaya 20 peratus daripada bayaran cukai rakyat Selangor dipulangkan kepada kerajaan negeri untuk membantu rakyat memerlukannya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Gempur NKRA Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah di Dewan Orang Ramai, Kampung Bukit Changgang, Sepang, di sini, semalam.

Shahrizat berkata, beliau bimbang jika kebajikan ditadbir melalui kerajaan negeri, ramai rakyat Selangor akan menderita.

Nota:

Ini bukannya kes malau atau tak malu...
Ini adalah untuk rakyat selangor
Rakyat Selangor adalah pembayar cukai yang terbesar di malaysia...

Ini adalah kerana selangor negeri terkaya di malaysia
Ini kerana tunggak ekonomi negara bergantung pada 2 negeri pakatan iaitu selangor dan pulau pinang

Yang patut malu ialah kerajaan federal BN...
Ambik duit cukai selangor pergi gunakan untuk beli kapal selam
Ambil cukai selangir untuk pergi beli kereta kebal poland
Ambil duit cukai selangor pergi gunakan untuk buat macam-macam termasuklah renovasi rumah PM di putrajaya...

Rakyat selangor sangat sakit hati...
Selama 50 tahun habis harta rakyat selangor dirembat oleh UMNO/BN...
Lihat kes PKFZ – pelabihan klang – 12 bilion rinngit lesap...
Tanah orang kampong di paksa jual dengan bayaran murah....
Kemudian tanah yang sama di naikkan harga di jual pula pada kerajaan dengan harga yang tinggi...
Inilah rupanya kerja kerja BN selama ini...

Nov 27, 2010

Sanggup Ke Orang PAS Masuk Parti Zaid..??


Zaid tubuh parti baru Januari ini - MK

Bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan akan menubuhkan parti baru pada Januari depan.

Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya di ibunegara malam ini, Zaid berkata butiran lanjut mengenai nama parti, bentuk perjuangan dan organisasi parti baru itu akan diumumkan Januari ini.

Beliau, bagaimanapun, memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menggunakan nama 'Keadilan' atau Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) dalam penubuhan parti baru itu kelak.

"Nama itu (keadilan) biarlah mereka sahaja yang pakai, begitu juga nama AKIM," katanya ketika ditanya pemberita kemungkinan beliau akan menggunakan nama itu seperti mana yang diandaikan beberapa penulis blog.

Ditanya sejauh mana keyakinannya untuk menubuhkan parti baru itu, Zaid berkata: "Saya ingin memberi keyakinan kepada kawan-kawan bahawa kita akan ada parti baru dalam negara...saya beri keyakinan bahawa kita bukan parti kecil...kita akan jadi kuat dan besar."

Mengenai sokongan kepada parti baru itu, Zaid berkata, walaupun tidak akan mendapat sokongan seratus-peratus, namun beliau yakin akan mendapat sokongan besar bukan sahaja daripada bekas anggota PKR tetapi juga Umno dan PAS.

Nota :

Mungkin orang PAS masih lagi terluka dengan kisah saman hudud oleh Zaid dulu...
Orang PAS memang tak akan tinggalkan wadah asal mereka iaitu PAS dalam memperjuangkan Islam...
Hanya yang kurang tarbiyyah saja yang akan berbuat demikian...
Walaubagaimanpun...usaha Zaid menubuhkan parti baru juga adalah satu keputusan yang perlu di hormati...
Kemungkinan landskap politik negara akan jadi bertambah cantik dengan warna-warni parti yang terlibat....
Dominasi parti usang sekular atau yang bersemangat kebangsaan seperti UMNO mungkin akan berkurangan dengan adanya banyak pilihan....
Pilihan bagi melayu khususnya yang masih belum faham tentang Islam.....

Nov 26, 2010

Melayu Tidak Selamat Di Bawah UMNO...!!!

Barisan kepimpinan Islam Dunia...!!

Selamatkan Bangsa Dengan Islam - BO

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa bukan sahaja amalan ibadat yang tidak menepati ajaran Islam ditolak, bahkan termasuk juga dalam urusan kehidupan diri, berkeluarga dan memerintah negara.

Katanya, segala amalan yang tidak menepati ajaran Islam akan ditolak serta termasuk di kalangan yang menderhakai Allah SWT dan Rasulullah SAW.

“Menderhakai Allah dan RasulNya juga bukan sahaja apabila meninggalkan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji. Tetapi termasuk juga dalam perkara maksiat besar, menderhakai Allah dan Rasul.

“Apabila memakan makanan yang haram, hasil kerja haram, memakai pakaian yang tidak menutup aurat, tidak memberi nafkah yang wajib dan juga tidak bermuamalat dalam urusan perniagaan dan sebagainya.

“Begitu juga mentadbir dan memerintah negara tidak mengikut hukum Allah dan Rasul SAW,” ujarnya ketika menyampaikan khutbah Aidilahda di Masjid Rusila, Marang, 16 November lalu.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, Allah SWT memerintahkan Nabi SAW yang kasih kepada keluarga dan bangsanya memulakan dakwah menyelamatkan mereka dengan Islam.

Katanya, Islam tidak terikat dengan semangat bangsa dan keluarga kerana Islam menjadi bahtera serta wadah perjuangan hidup yang menjadi jambatan menuju ke hari akhirat.

Menurutnya, perasaan kasih kepada keluarga dan bangsa hendaklah dengan cara menyelamatkan mereka dengan Islam.

Bukannya, kata beliau menjadikan bangsa sebagai aqidah perjuangan yang disamakan dengan kepercayaan kepada Islam.

Dato’ Seri Abdul Hadi turut mengingatkan umat Islam agar berpegang kepada politik Islam yang tidak memisahkan dengan agama.

Ini kerana, katanya musuh-musuh Islam menggunakan senjata lama dengan meniupkan semangat bangsa bagi memisahkan politik daripada agama Islam.

“Hari ini kita melihat tanda-tanda kesedaran kembali semula kepada Islam, sehingga berlakunya seruan kebangkitan semula umat Islam.

“Maka, musuh-musuh Islam sekali lagi menggunakan senjata lama yang menjatuhkan kerajaan Islam.dengan menyebarkan semula ajaran memisahkan politik daripada agama Islam dan meniupkan semangat bangsa menjadi aqidah perjuangan.

“Kejatuhan kerajaan Islam yang hebat suatu ketika dahulu kerana mereka meninggalkan politik Islam dan cara hidup Islam dan menganut fahaman kebangsaan masing-masing,” tegasnya.

Menurutnya, semangat ibadat haji dan hari raya Aidiladha perlu dihidupkan dengan semangat menyelamatkan bangsa dengan Islam.

Bahkan, katanya menyatukan umat dengan Islam serta memperkasakan umat dengan mendirikan semula kerajaan Islam mengikut cara al-Quran dan petunjuk Rasulullah SAW.

Selesai menunaikan solat sunat Aidladha, Ustaz Abdul Hadi melakukan penyembelihan qurban sebanyak lapan ekor lembu di Rusila, Marang.

Manakala, sebelah petangnya beliau menyembelih seekor lembu besar yang berharga RM11,200 seekor di Taman Safiah Murni, Bukit Payung, Marang.

Nota :

Hanya Islam yang mampu memerintah....
Islam adalah Panduan hidup kita...
Tiada lagi agama lain yang di Redhai Allah melainkan Islam...
Maka marilah kita menyokong perjuangan Islam...
Barangsiapa ragu dengan ayat Allah...Maka seolah kita ragu dengan Allah juga...
Sebagai mengaku menganut agama Islam...
Maka marilah kita bersanma Islam dalam apa jua sekalipun...
Janji Allah..Barangsiapa yang menolong agamaku...maka aku akan menolong kamu...Yakinlah....

Bila Maha Firaun Suruh Bertaubat...!!!

Anak siapa yang ada saham dalam Kilang Arak ini di filiphina..???

Sekiranya PKR sudah teruk sangat dan jika Mahathir seru semua ahli PKR menyertai PAS, itu saranan yang betul dan bijak. Mahathir ingat ahli-ahli PKR seperti beliau, ikut suka bila mahu masuk Umno dan keluar Umno? Mahathir pernah keluar Umno semasa Pak Lah jadi PM, kemudiannya melutut kembali kepada Umno apabila Najib jadi PM. Habuannya, anak Mahathir dilantik menganggotai kabinet Najib walaupun tewas bertanding Ketua Pemuda Umno di tangan KJ.

Mahathir mungkin sudah lama tidak membaca perkembangan luar negara, maklumlah orang tua biasanya mata sudah rabun. Mahathir tidak tahu bahawa berapa ramai Ahli Parlimen di luar sana yang menuntut agar kes liwat DS Anwar digugurkan. Terbaru, Setiausaha Amerika Syarikat sendiri menghubungi DS Anwar dan berjanji akan memantau kes yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu. Masakan Mahathir tidak tahu ada suara dari tokoh perniagaan atau syarikat pelaburan luar negara yang terang-terang mendakwa kezaliman kerajaan ke atas DS Anwar adalah menjadi punca mengapa pelabur semakin tidak berselera datang ke Malaysia.

Dendam Mahathir terhadap DS Anwar tidak pernah luntur. Mungkin beliau masih terasa malu dan aib teramat sangat bagaimana suatu ketika Naib Presiden Amerika Syarikat, Al-Gore menjatuhkan air muka Mahathir di khalayak ramai apabila Al-Gore menyanjung semangat reformasi ketika itu. Itulah puncanya sampai sekarang Mahathir merapu dan meroyan tidak tentu hala.

Kununnya tidak mahu Melayu dan Islam berpecah, tetapi tangan beliaulah yang bersejarah memecahkan penyatuan orang-orang Melayu bahkan menghancurkan institusi Raja-Raja dengan pindaan perlembagaan yang dibuat untuk kepentingannya. Melayu berpecah ketika wujudnya Parti Melayu Semangat 46, angkara muslihat jahat siapa? Melayu berpecah lebih teruk lagi apabila Mahathir memecat DS Anwar dari kabinet dan menjalankan konspirasi jahat untuk mengaibkan DS Anwar. Sehingga kini, Umno tidak tertebus dengan semua angkara tangan Mahathir.

Usah bercerita pasal kedaulatan Islam dizaman Mahathir kerana manusia inilah yang terkenal dengan anti-Islamnya. Tangan manusia inilah yang menulis surat kepada Kerajaan PAS Kelantan untuk menghalang perlaksanaan Hukum Hudud di negeri tersebut. Mulut busuk manusia inilah yang sering menghina Sunnah Nabi dan hukum.

Nota :

Ini adalah jawapannya....

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 14 September 2009

PERLANTIKAN MIRZAN MAHATHIR SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN PEMBELIAN SAHAM ARAK DALAM SYARIKAT SAN MIGUEL CORP, FILIPINA
Sekali lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kita rasa terkejut dan pilu dengan tersiarnya kenyataan Mirzan Mahathir melalui beberapa media yang mengesahkan penglibatan beliau di dalam sebuah industri pengeluaran arak. Beliau mendakwa bahawa perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pemilikan 15% saham San Miguel Corp, Filipina, sebuah syarikat pengeluaran arak yang terbesar di negara tersebut, adalah semata-mata “urusan bisnes beliau semata-mata”. Beliau menganggap apa yang dilakukan tidak memberi implikasi kepada sikap dan anutan agama seorang.

Biro Pemahaman dan Penghayatan Agama KEADILAN ingin menjelaskan kedudukan perkara ini menurut syari’at Islam. Hakikatnya, pengharaman arak oleh Allah (SWT) adalah tidak sekadar meminumnya sahaja. Malah, ia melibatkan semua kegiatan yang berkaitan dengan penghasilan dan penjualannya. Arak juga tidak mengenal kuantiti sama ada banyak atau sedikit, hatta setitikpun, hukumnya tetap haram.

Di dalam Al-Qur’an, Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Surah al-Ma’idah: 90).

Di dalam sebuah hadis dinyatakan:

“Rasulullah (SAW) melaknat tentang arak ke atas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya; (2) yang minta diperahkan untuknya; (3) yang meminumnya; (4) yang membawanya; (5) yang minta dihantarinya; (6) yang menuangkannya; (7) yang menjualnya; (8) yang makan hartanya; (9) yang membelinya; (10) yang minta dibelikannya”. (Hadis riwayat Tarmizi dan ibn Majah).

Adalah jelas sikap Mirzan Mahathir menampakkan kejahilan dan ketidakprihatinan beliau mengenai halal dan haram dalam sesuatu urusniaga dan implikasinya dari segi akidah dan shari’at Islam disisi Allah (SWT). Nyata beliau hanya memikirkan keuntungan kebendaan dan dunia semata-mata. Biro ini ingin menegaskan bahawa sikap seperti ini hanyalah dapat diterima oleh doktrin sekularime Barat dan amat bertentangan dengan kehendak Islam yang meminta umatnya menghayati seluruh ajarannya secara kaffah (komprehensif).

Tindakan beliau, sudah pasti bukan sekadar mencemar imej diri, malah ia turut mencalar imej bapa beliau Tun Dr.Mahathir Mohammad (Mantan Perdana Menteri) yang acapkali mengangkat diri sebagai “fundamentalis Muslim”.

Kita amat dukacita dengan perkembangan ini. Ia berlaku di ketika banyak pihak sedang memperihatinkan usaha mendidik rakyat terutama generasi muda supaya tidak terlibat dengan kegiatan arak.

Alangkah indahnya, sekiranya Mirzan Mahathir dapat bertindak sebaiknya memperbetulkan keadaan ini dengan segera. Sebagai seorang usahawan Muslim dan anak seorang Negarawan besar, sewajarnya beliau mempamirkan “qudwah hasanah” (contoh teladan terbaik) di dalam urusan perniagaannya dan beriltizam kepada agama Islam yang suci.

DR.MUHAMMAD NUR MANUTY
Pengerusi, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama
Parti Keadilan Rakyat

Dulu 1 Malaysia Kini 1 Agama....!!!

Baca Al-Quran Tapi Dedah Aurat..Ini pun dah kira menghina Islam....!!

Isteri Pedana Menteri Berfahaman Pluralisme? - TKO

Belum pun reda isu IFF, terkini isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua BAKTI, menganjurkan satu majlis yang secara jelas menamakannya sebagai majlis Depavali & Hari Raya Haji boleh disifatkan sebagai perbuatan menyamakan nilai kedua sambutan perayaan tersebut.

Beberapa hari lalu, timbul pula isu menyamakan taraf Hari raya Haji dengan pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dengan agama syirik rekaan manusia. Majlis Hi Tea anjuran BAKTI yang diketuai oleh isteri PM yang diadakan baru-baru ini.

“Majlis sebegini tidak wajar sama sekali diadakan, ia secara terang terangan telah menyamakan nilai dua sambutan itu, kata Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi serong ketika ditemui di sini.

Menurutnya, amalan sebegini mirip seperti amalan mereka yang berfahaman pluralisme.

Konsep pluralisme ialah konsep kesamaan dalam kepelbagaian agama. Konsep ini menekankan bahawa semua agama adalah sama dan menuju kepada kemuncak kebenaran yang sama.

“Pihak berkuasa agama khususnya para mufti untuk memberikan pandangan yang jelas mengenai sikap Islam kepada seseorang yang mencampur adukkan perayaan Islam dengan perayaan agama lain."

"Kita khuatir tindakan beliau sekiranya tidak dimurnikan dengan segera oleh para mufti boleh menambahkan lagi kekeliruan beragama khususnya umat Islam di Malaysia, ini kerana Rosmah ialah isteri Perdana Menteri Malaysia .

Nota :

UMNO apa tahu...??
Yang UMN tahu macamaa mana nak metangkedaah duit rakyat....
Yang UMNO tahu macam mana nak tipu orang melayu...
Macam mana pemimpin UMNO nak ajar rakyat supaya beragama...
Sedangkan mereka sendiri pun tak tahu agama...
Bila pemimpin UMNO sendiri jahil agama...dah tentu rakyat akan turut jadi bangang...
Bila rakyat bangang...senanglah pemimpin UMNO nak tipu....
Kah...Kah...Kah..!!!

"Cinta Syhhh"....Astaghfirullahala'azim.....!!!


Penderitaan Batin Seorang Permaisuri, terpaksa guna 'benda itu'-TKO

"Cerita berkaitan bekas penghuni Istana Negara yang hari ini menginap di sebuah kondo semakin buas dipaparkan. Bagi saya samada ianya benar atau sebaliknya, perbuatan mendedahkan kepada umum hubungan peribadi adalah sesuatu yang amat bertentangan dengan prinsip kehidupan manusia normal.

Syed Abdullah ( Gambar Kiri )yang pernah bersahabat dan melalui blognya menceritakan kononnya dia terlalu akrab dengan bekas penghuni Istana itu sehingga cintanya terhalang diperjalanan telah mendedahkan kisah silamnya!

Dato Seri : Janganlah zalimi Aisyah lagi... Aisyah mempunyai nafsu dan perasaan. Buanglah cctv didalam kondo Aisyah dan janganlah kurung dirinya serta janganlah diberi 'benda itu'.... (mama & dato seri fahamkan..). Saya akan terus 'buas' dan akan menerbitkan buku "Cinta Syyhh" ini sekiranya Dato Seri tidak berubah..

Sesiapa yang berhajat untuk memambantu Aisyah yang katanya tersiksa batin itu, pergilah ke Blok C-05-05, Desa Putra Condo,No 4, Jalan Wangsa Perdana 3,Bandar Baru Wangsa Maju, 53300, Kuala Lumpur.


Lepaskan Cik Puan Aishah daripada ‘penderitaan zahir dan batin’ agar dapat kembali ceria dalam hidupnya sebagai manusia biasa.

Moga Allah Turut Memberi Hidayah Pada UMNO...!!!

Moga-Moga Allah Buka Pintu Hidayah kepada Sdr. Lim Guan Eng Untuk Menerima Islam...!!!

Nenek mohon hidayah untuk Obama - MK

Nenek kepada presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata beliau memanjatkan doa supaya pemimpin negara itu memeluk Islam, lapor sebuah akhbar hari ini.

"Saya berdoa supaya cucu saya Barack memeluk Islam," kata Sarah Omar, 88, dalam satu temuramah dengan akhbar harian Al-Watan Saudi di Jeddah selepas beliau menunaikan ibadat haji.

Akhbar itu melaporkan bahawa Sarah berada di Arab Saudi untuk menunaikan haji bersama anaknya yang juga bapa saudara kepada Obama, Saeed Hussein Obama, serta empat lagi cucunya.

Sarah memberitahu akhbar itu bahawa beliau hanya dapat mengulas mengenai perkara melibatkan ibadah haji dan memberi komen berkaitan politik Obama.

Keluarga berkenaan menjalankan ibadah berkenaan dengan ehsan kerajaan Arab Saudi. Saeed berterima kasih kepada pemerintah Arah Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz atas "layanan mesra" itu, laporan akhbar berkenaan.

Pungutan pendapat awam di AS pada Ogos mendedahkan bahawa satu daripada lima orang warganya percaya bahawa Obama merupakan seorang muslim.

Pandangan itu dinafikan keras oleh White House yang menegaskan bahawa Obama merupakan seorang kristian yang "komited." - AFP

Nota :

Marilah kita berdoa semoga UMNO di beri hidayah untuk menerima islam sepenuhnya....Amin...Amin...Ya Rabbal Alamain...!!!

Awas....PRU Dah Hampir Tiba...!!


TERKINI FB ZUNAR

Orang ramai di sekitar KLCC gempar apabila sekumpulan 20 orang polis berkelakuan aneh dan mencurigakan pagi tadi. Mereka tidak menangkap, melerai, menyembur gas atau memukul ahli2 Hindraf yang mengadakan perhimpunan di menara berkembar itu!

Nota:

Tanda tanda awal ialah bila orang india kurang mati dalam tahanan...
Tanda kedua ialah bila orang india di pelawa makan capati.....
Kah...Kah...Kah...!!

Inilah Cara Kerajaan Korun Rembat Tanah Orang Melayu....!!!

Ini pun salah satu cara...bagaimana Kerajaan korun halau orang Melayu...

BATAL PROJEK AROWANA , SELAMATKAN JELAPAG PADI – HD

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta agar projek ternakan ikan Arowana di Bukit Merah dikaji semula kerana mengganggu operasi penanaman padi terbesar di Perak iaitu di Daerah Kerian.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, ia juga akan menjejaskan saluran utama bekalan air di Tasek Merah.

Bekalan air di Tasek Merah tersebut bukan sahaja digunakan oleh lebih 10,000 pesawah melibatkan keluasan sawah 24 ribu hektar tetapi juga menjadi kegunaan harian 200 ribu penduduk setempat.

Katanya, DPPN Pk melihat sejak bermulanya projek ternakan ikan Arowana pada tahun 2000 sehingga kini, projek tersebut sudah mempunyai 3,808 buah kolam dengan jumlah 70 orang pengusaha berbanding dulu tidak sampai 10 pengusaha sahaja.

“DPPN Pk merasa bimbang pembuangan sisa kolam ke dalam sistem saliran pertanian di daerah ini akan mencetuskan masalah alam sekitar serta pencemaran air yang serius pada masa akan datang,” ujarnya.

Berikutan itu, Jabatan Alam Sekitar (JPS) juga didapati gagal membanteras kegiatan mencuri air oleh pengusaha terbabit sehingga mendapati dari tarikh 15 Ogos hingga 28 Oktober 2010 menunjukan takungan air di Tasek Merah menurun sebanyak 0.2 kaki (2.4 inci) sehari.

Tambahnya, DPPN Pk melihat kekebalan pengusaha sedia ada yang telah mendapat notis dari Pejabat Tanah Daerah Kerian kerana melanggar syarat tanah namun tidak diendahkah sebaliknya kerja-kerja industri akuakultur diteruskan seperti biasa.

Malah, ujarnya JAS masih gagal untuk memastikan sama ada kajian kesan kepada alam sekitar (EIA) perlu dilakukan atau tidak kepada semua kolam tersebut.

“DPPN Pk dengan tegas mendesak agar keprihatinan Kerajaan Negeri Perak serta semua agensi kerajaan yang terlibat agar bertindak untuk menyelamatkan jelapang padi terbesar di negeri Perak ini,” ujarnya lagi.

Nota :

Ini mesti projek cukong...mesti banyak yang masyuuk...
Macam mana kawasan pertanian...alih-alih jadi tempat pelihara ikan...

Sila siasat jabatan tanah....
Sila siasat jabatan pertanian..
Sila siasat jabtan alam sekitar...
Kemudian tengok siapa yang lulus...
tengok siapa yang tanda tangan untuk rembat tanah melayu...
lihat siapa pula pengarah syarikat arowana ini..??
Takkan ini pun SPRM tak boleh siasat...

Mana dia perginya pemuda UMNO..??
Mana pergi dengan ketuanan melayu..??
Mana dia wira-wira perkasa...
Mana dia ngo melayu perak
Ini lah cara tradisional korun merembat tanah melayu...
Kah...KahKah...Kah...!!!

Nov 25, 2010

Taubat Hanya Untuk yang Sesat & Menyesatkan...!!


Perpecahan Melayu: Mahathir Perlu Taubat Nasuha-TKO

Sudah tiba masanya Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan taubat nasuha kerana menjadi punca perpecahan dan juga kemunduran masyarakat Melayu pada hari ini, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama,(BIPPA), PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Manuty dalam satu kenyataan media berkata, Mahathir sejak kebelakangan ini sering mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman namun tanpa semena-mena menyalahkan PKR, kononnya menjadi penghalang kepada orang Melayu dan Islam untuk bersatu.

Justeru ujarnya, Mahathir harus segera melakukan taubat nasuha iaitu semurni-muni taubat yang harus dilakukan oleh seorang Islam.

"BIPPA menasihatkan adalah lebih wajar mantan Perdana Menteri sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu.

"Muktahir ini mantan Perdana Menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT," tulis kenyataan itu.

Sinar Harian hari ini melaporkan, Mahathir sebagai berkata, semua pengikut PKR harus bertaubat dan kembali ke pangkal jalan dengan menyertai Umno supaya dapat menyatupadukan semula orang Melayu yang berpecah.

Namun ujar Manuty, Mahathir tidak harus lupa bahawa beliaulah individu yang bertanggungjawab mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah timbalannya sehingga akhirnya melahirkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Parti yang dianggap kecil oleh Mahathir itu hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir dari gejolak kemarahan rakyat di atas kezaliman yang dilakukan beliau sendiri.

"Beliau mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun," tulis kenyataan media itu lagi.

Anwar pada tahun 1998 telah dipecat dari Umno dan semenjak itulah beliau terus diaibkan sehingga ke hari ini.

Maka menurut Manuty, sekiranya perpecahan berlaku hari ini kerana tindakan Anwar menuntut keadilan untuk dirinya, maka perpecahan itu adalah pertembungan di antara kebenaran dan kepalsuan.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil," tulis Manuty lagi.

Nota :

Sebenarnya Mahathir lah yang perlu betaubat kerana beliau juga lah yang bertanggungjawab menghancurkan kekuatan bangsa Melayu dari pelbagai aspek termasuk bahasa, agama dan pendidikan di negara ini.

"Belaiu juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik Melayu,"

Nov 24, 2010

Pembangunan Kg. Baru : Ada Udang Sebalik Mee...!!!


Apa Nak Di Sembunyikan Pada Penduduk Kampung Baru - HD

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membentangkan cadangan Rang Undang-Undang Penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru kepada penduduk terlebih dahulu sebelum ianya dibentangkan di Parlimen.

Mahfuz berkata, selagi cadangan rang undang-undang itu tidak mendapat persetujuan penduduk Kampung Baru, Nong Chik tidak berhak membentangkannya di Parlimen.

“Saya nak tanya kerajaan khususnya Datuk Raja Nong Chik, apa yang nak takut sangat nak bentang cadangan rang undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru ini kepada penduduk-penduduk? Apa yang nak disembunyikan daripada penduduk-penduduk?

“Selagi mana pandangan daripada penduruk Kampung Baru tidak diterima, selagi itu mereka tidak berhak untuk bentang satu rang undang-undang baru mengenai Kampung Baru. Ini bukan tanah mak bapak dia,” kata beliau ketika berucap di majlis ceramah umum Penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru - Rampasan atau Pembelaan di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menegaskan, ahli ParlimenPakatan Rakyat tetap berpendirian menolak rang undang-undang itu selagi kerajaan berkeras tidak mahu menerima pandangan penduduk.

“Komitmen kami sebagai ahli Parlimen Pakatan Rakyat, kami akan tolak rang undang-undang ini kecuali kalau penduduk Kampung Baru bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan, dan kerajaan bersedia mengubah syarat-syarat mengikut permintaan mereka,” katanya.

Turut berucap di majlis yang dihadiri lebih 200 penduduk itu ialah ahli Parlimen Batu, Tian Chua, ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan peguam, Hanipa Maidin.

Tian Chua dalam ucapannya berkata, Kerajaan Persekutuan telah menafikan hak Kerajaan Selangor terhadap Kampung Baru sedangkan tanah Kampung Baru adalah anugerah Sultan Selangor kepada masyarakat Melayu di Kuala Lumpur.

“Tidak wajar Kerajaan Persekutuan menafikan hak Kerajaan Selangor untuk ambil tahu hal Kampung Baru.

“Kerajaan memang buta sejarah, buta undang-undang dan yang mereka nampak hanya wang tanpa memikirkan untuk mempertahankan Kampung Tradisi Melayu.

“Isu kampung Baru ini bukan isu penduduk sahaja, bukan isu orang Melayu, tapi isu nasional yang berpunca daripada Umno, parti orang Melayu yang ingin meminggirkan orang Melayu sendiri,” katanya yang juga Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara itu, Nurul Izzah mendakwa, usaha membangunkan semula Kampung Baru itu menunjukkan kegagalan dasar kerajaan yang memberi kesan kepada ekonomi penduduk kawasan itu.

“Isu pembangunan semula Kampung Baru ini timbul adalah berpunca daripada kegagalan Kampung Baru dari segi ekonomi bangsa kerana dasar-dasar kerajaan sebelumnya.

“Kalau kita lihat di sekeliling Kampung Baru, adanya bangunan pencakar langit tapi di tengah-tengahnya masih terdapat kawasan yang tidak dibangunkan dalam erti kata yang sebenar.

“Ini juga berpunca daripada ketidaktelusan kerajaan dalam menguruskan tanah rezab Orang Melayu, sebaliknya hanya meahu membangunkannya kerana memikirkan keuntungan,” katanya.

Hanipa Maidin pula mempersoal tindakan kerajaan ingin mengawal selia Kampung Baru sedangkan mereka sendiri tidak bersedia untuk dikawal selia.

Katanya, tidak ada satu jaminan bahawa kerajaan akan telus dalam memastikan perbadanan Kampung Baru digunakan untuk kepentingan penduduk semata-mata.

“Penduduk Kampung Baru menentang Perbadanan Kampung Baru bukan menentang pembangunan tapi apa yang kita khuatir adalah sejarah yang dibuktikan Barisan Nasional yang berjanji kepada rakyat tetapi selalunya janji yang bohong.

“Sebab Menteri Wilayah mengatakan perbadanan ini untuk kawal selia Kampung Baru tapi persoalannya siapa pula yang nak kawal selia kerajaan?

“Kalau perbadanan ini lari dari hasrat, apa kita nak buat sedangkan kerajaan selalu menutup pintu untuk kita membawa perkara sebegini ke mahkamah,” katanya.

Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru dijangka dibentangkan di Parlimen pada bulan hadapan setelah Kabinet bersetuju untuk melaksanakan konsep pembangunan semula Kampung Baru secara komprehensif.

Nota :

Penduduk Kg. Baru wajar di beri hak dan pandangan mereka harus di ambil kira...
Kg. Baru adalah hak mereka...
Mereka juga berhak menentukan bentuk pembangunan di situ...
Itu Kg. Mereka..ikut suka merekalah nak bangunkan macam mana...

Apa akan jadi bila rumah kita di modify oleh orang lain....??
Dah tentu kita akan marah....
Mana boleh rumah kita senang-senang nak di ubah ikut selera orang lain...

Jadi..pandangan penduduk Kg. Baru juga perlu di ambilkira...
Jangan nak berlagak macam ISA...Ikut Suka Aku...!!!
Itu dah silap...Zalim & Rakus namanya...
Betul pembangunan di Kg. Melayu....Tapi grenti Cukong yang akan dapat manafaat....
Kenapa...?? Tak Percaya Ke...??..Tengoklah nanti...!!
Kah...Kah...Kah....!!!

Zaid Ibrahim : Baik Tiada Daripada Ada....!!!



Nota :

Mungkin tidak elok didengar, tetapi ia seolah-alah menjurus kepada pengukuhan hegemoni BN, sama ada secara sedar atau tidak. Kemampuan Zaid untuk menarik sokongan agak terbatas.

Tetapi ia mungkin cukup untuk meleraikan PR, apabila Zaid menawarkan peluru untuk BN dalam keadaan PR lemah dan tenat. Lebih baik Zaid berhenti berbuat demikian, supaya beliau tidak memikul kesalahan ketika berdepan dengan sejarah.

Kenapa Menteri..?? Habis Tu Polis Buat Apa..???


Mata lebam Anwar: Kabinet arah dua menteri soal Peguam Negara - TKO

KUALA LUMPUR, 24 Nov — Pentadbiran Najib telah mengarahkan dua menteri Kabinet agar menyoal Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan peranan beliau dalam insiden mata lebam melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengejutkan negara 12 tahun lalu. The Malaysian Insider difahamkan Kabinet memutuskan langkah itu selepas seorang bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa mempunyai maklumat terbaru berkaitan insiden itu, yang menurutnya turut melibatkan peranan Gani.

Sekarang saya telah diarahkan (oleh Kabinet), Datuk Rais dan saya sendiri agar bercakap dengan Peguam Negara. Kami menunggu beliau pulang dari Mekah,” kata Nazri kepada The Malaysian Insider.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu The Malaysian Insider, Kabinet mahu mendengar sendiri daripada Gani sendiri mengenai dakwaan terbaru Mat Zain dalam satu lagi surat terbukanya kelmarin sebelum mengambil tindakan susulan.

“Kami mahu mendengar daripada Peguam Negara sendiri (mengenai surat terbuka).

“Ini perkara yang serius. Jika beliau (Mat Zain) bercakap benar, kita kena mendapatkan maklumat lanjut... tetapi sehingga itu, tiada apa-apa keputusan,” kata Nazri.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kelmarin, Mat Zain, yang merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim Kit Siang di Parlimen pada 9 November lalu, mengesahkan telah menghantar e-mel kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur itu pada 14 April lalu.

“Sebagai membalas komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata lebam, yang sedikit tersasar. Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15 April 2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan surat terbuka kepada YBhg Datin Kalsom Taib bertarikh 8 Oktober 2010 (surat terbuka pertama), yang salinannya saya e-mel kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan asal surat-surat berkenaan.

“Saya akan merujuk kepada kandungan surat-surat tersebut apabila, atau jika berkenaan,” kata Mat Zain.

Ekoran isu dibangkitkan oleh Lim di Parlimen, Nazri telah memaklumkan bahawa akan membawa isu itu ke Kabinet yang bermesyuarat 12 November lalu.

Beliau turut mengumumkan penjelasan akan diminta daripada Gani bagi memberinya peluang untuk menjelaskan diri beliau yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil.

“Saya menyokong sepenuhnya Tan Sri Gani diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan wajar dihormati oleh semua pihak.

“Bagaimanapun apa yang menjadi kemusykilan saya kini ialah apabila penjelasan diberi oleh Tan Sri Gani, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun, sama ada secara lisan atau kenyataan akhbar atau representasi dan lain-lainnya, pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini.

“Dan, tidak hanya adil kepada Tan Sri Gani seorang sahaja. Sesuai untuk saya nyatakan di sini bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Tan Sri Gani, Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara), Dr Abdul Rahman Yusof dan saya sendiri,” katanya,

Mat Zain juga berkata, Jabatan Peguam Negara, polis dan Kementerian Kesihatan juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini.

Malah dalam surat terbuka itu, Mat Zain menggesa kerajaan mendedahkan secara terperinci insiden itu bagi mempertahankan imej dan kredibiliti pasukan polis.

Dalam kenyatannya semalam, Lim yang juga Penasihat DAP berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Nazri berhubung isu yang dibangkitkan oleh bekas pegawai kanan polis itu.

Pada Julai 2008, Anwar membuat laporan polis mendakwa Gani, Mat Zain, Musa yang ketika itu pegawai penyiasat dan Dr Abdul Rahman telah memalsukan satu laporan perubatan mengenai kejadian mata lebam itu.

Tan Sri Rahim Nor, ketika kejadian merupakan Ketua Polis Negara, telah mengaku kepada suruhanjaya diraja siasatan bahawa telah memukul Anwar ketika ditahan di Bukit Aman.

Kejadian itu berlaku selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan Umno.

Nota :

Ohh....Bila Peguam Negara...Hantar Menteri....
Bila rakyat hantar Polis..Hantar FRU....
Ini semua bukti double standard kerajaan ...

Yang pelik sejak bila Menteri bertindak jadi Polis....
Hantar lah Polis untuk soal siasat...
Hantar menteri..buat apa...??
Kalau nak siasat...siasatlah betul-betul...
Yang paling afdhal...tubuhkan suruhanjaya yang bebas....
Suruhanjaya yang tidak di kontrol...bebas sebebasnya....

Macam bolasepak juga....pengadil mestilah berkecuali....
Malaysia VS Thailand...Pengadil mestilah Indonesia...
Ini tidak... Malaysia VS Singapura...Pengadil pulak dari Pahang...

Serupalah dalam kes ini...AG adalah orang kerajaan...
Kenapa hantar menteri dari kerajaan..??
Kalau macam tu...ini bukan soal siasat...tapi lebih kepada menziarah....
Woittt...cukuplah bodohkan rakyat....rakyat sekarang dah pandai nilai....
Sebab lebai Google banyak tolong.....
Kah...Kah...Kah.....!!!

Pergi Jahanamlah Dengan UMNO...!!!


Penghulu Seluruh Perak Di hasut Benci Pakatan - HD

IPOH, 23 Nov: PAS Perak melihat Umno BN kini sedang berada dalam ketakutan sehingga menghimpunkan para penghulu supaya membenci Pakatan Rakyat.

Buktinya, kata Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Hussain, Umno BN cuba meracuni pemikiran rakyat dengan doktrin hanya Umno BN sahaja yang mampu dan boleh memerintah Perak dan negara sebaliknya negara akan hancur sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.

Bagi PAS Perak, tegasnya Umno BN sememangnya sudah terdesak dengan situasi politik Perak dan seluruh negara, mereka tidak yakin mampu mempertahankan kerajaan Perak yang dirampas mereka.

“Buktinya ialah para penghulu dihimpunkan oleh Umno BN untuk ditanam bibit-bibit kebencian kepada Pakatan Rakyat,” ujarnya pada sidang media, hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Menurut sumber yang diperolehi oleh PAS Perak, baru-baru ini seluruh penghulu-penghulu negeri Perak telah dikumpulkan di Cameron Highlands dalam satu program anjuran Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Program tersebut diisi oleh Majlis Keselamatan Negara.

Program yang asalnya berupa taklimat isu-isu keselamatan negara menjadi medan politik kepada para penceramah untuk memastikan Umno BN terus kekal memerintah negeri Perak.

Menurut sumber para penceramah telah menyentuh isu-isu yang boleh dianggap menghasut para penghulu dengan membangkitkan perasaan perkauman.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang telah memerintah Perak hampir setahun telah diburukkan imejnya oleh mereka di hadapan penghulu-penghulu, antara dakwaan yang berbentuk perkauman dan fitnah mereka ialah mereka menimbulkan kebencian peserta kepada Pakatan Rakyat Perak dengan mendakwa kononnya DAP lah yang menguasai Perak, PAS dan Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak hanya boneka semata-mata.

Selain itu PAS Perak juga mendapat maklumat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menjadi sasaran mereka. Para penceramah tidak segan silu memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PAS Perak melihat Umno BN Perak kini sedang berada dalam ketakutan. Buktinya Umno BN cuba meracuni pemikiran rakyat dengan doktrin hanya Umno BN sahaja yang mampu dan boleh memerintah Perak dan negara sebaliknya negara akan hancur sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.

Bagi PAS Perak, Umno BN sememangnya sudah terdesak dengan situasi politik Perak dan seluruh negara, mereka tidak yakin mampu mempertahankan kerajaan Perak yang dirampas mereka. Buktinya ialah, para penghulu dihimpunkan oleh Umno BN untuk ditanam bibit-bibit kebencian kepada Pakatan Rakyat.

Program yang dilakukan itu menggambarkan Umno BN meletakan harapan agar para penghulu boleh mamainkan peranan bagi memastikan Umno BN kekal mengekalkan kuasa mereka, inilah bukti salahguna kuasa yang dilakukan oleh Umno BN dam menguruskan kakitangan awam di negara ini.

PAS Perak melihat bahawa Adun-Adun Umno BN Perak sudah tidak dapat menarik sokongan rakyat untuk menyokong mereka. Adun-Adun Umno BN kini sudah tidak yakin dengan kapasiti Umno BN samada mereka masih boleh terima oleh rakyat Perak atau tidak, kerana itulah para penghulu diperdaya kononnya menghadiri taklimat isu-isu keselamatan negara, pada hal mereka dihasut oleh para penceramah untuk membenci Pakatan Rakyat.

Bagi PAS Perak, perkara yang berlaku ini amat dikesalkan sama sekali, duit rakyat yang besar bagi membiayai program tersebut digunakan untuk program politik Umno BN atas nama Majlis Keselamatan Negara.

Menurut sumber yang didapati oleh PAS Perak juga, selepas ini ketua-ketua kampung seluruh Perak juga akan dikumpulkan bagi tujuan program yang sama, begitu juga para pengetua dan guru-guru besar sekolah-sekolah seluruh Perak juga akan dikumpulkan bagi menabur fitnah kepda Pakatan Rakyat khususnya di Perak bagi memastikan Umno BN terus kekal memerintah Perak.

Nota :

Ini bukan berita yang pelik....
Kerja menghasut ni adalah kerja syaitan....
Kalau tak menghasut..dah lama UMNO bungkus...
Kalau tak fitnah...Dah lama UMNO arwah...
Hidup UMNO selama ni pun..hasil kerja kuat menghasut & mengapi-apikan rakyat...
Supaya bencikan pembangkang...Supaya rakyat terus jumud dan bangang...
Soal agama memang tak ada dalam kalendar harian UMNO...
Maka dengan kata lain....Pergi jahanamlah Kamu UMNO....
Huhhh...Lega...rasa macam baru selesai melontar di Jamrah...
Kah...Kah...Kah....!!!

Alah Bisa Tegal Biasa.....!!



Surat terbuka kepada Ketua Polis Negara — Mat Zain Ibrahim

22 NOV — Dengan segala hurmatnya saya menjemput Tan Sri merujuk kepada teks ucapan YB Lim Kit Siang, “Gani Patail stand accused of fabricating evidence in the Anwar Ibrahim ‘black-eye’ investigation in 1998,which stands unrebutted although made by the police officer responsible for the investigation 12 years ago”, ketika beliau mengemukakan satu usul untuk memotong gaji Peguam Negara sebanyak RM 10.00 di-Parlimen pada Selasa 9.11. 2010 yang tersebar dalam laman-laman blogs .

Setelah meneliti teks tersebut sepenuhnya,saya mengesahkan telah menghantar email kepada YB LKS pada 14.4.2010 yang beliau sebut itu, sebagai membalas/membetulkan komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata-lebam, yang sedikit tersasar.
Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15.4.2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan Surat Terbuka kepada YB Datin Kalsom Taib bertarikh 8.10.2010 (Surat Terbuka Pertama),yang salinannya saya email kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan original surat-surat berkenaan. Saya akan merujuk kepada kandungan surat- surat tersebut apabila, atau jika berkenaan.

Sehubungan hal sama,saya mendapat tahu menerusi media, bahawa YB Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di-JPM akan membawa isu diatas dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada Jumaat 12.11.2010.

Beliau turut mengumumkan bahawa penjelasan akan diminta daripada Tan Sri Abdul Gani Patail (TSGP) sebagai memberinya peluang untuk menjelaskan dirinya yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil.

Saya menyokong sepenuhnya TSGP diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia (Perlembagaan),dan wajar dihurmati oleh semua pihak.

Bagaimanapun apa yang menjadi kemuskhilkan saya kini ialah,apabila penjelasan diberi oleh TSGP, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun,sama-ada secara lisan,atau kenyataan akhbar,atau representasi dan lain-lainnya,pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini, dan tidak hanya adil kepada TSGP seorang sahaja.

Sesuai untuk saya nyatakan disini, bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) iaitu TSGP, Tan Sri Musa Hassan (TSMH),Dr Abdul Rahman Yusof (Dr Rahman) dan saya sendiri.

Malahan Jabatan Peguam Negara, PDRM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (khususnya Hospital Kuala Lumpur) juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini. Selain itu, Jemaah Menteri pada masa yang material itu juga adalah pihak dalam isu sama,jika apa yang akan saya bentangkan dalam perenggan-perenggan dibawah diambil pertimbangan.

Setakat yang saya telah dinasihatkan dan sesungguhnya percaya;bahawa jika seorang Peguam Negara didapati tidak lagi berupaya diatas apa sebab pun, untuk melaksanakan tugasnya dengan sempurna, atau didapati telah melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan beliau dipecat daripada jawatannya, maka pihak yang berkuasa mengadili/menghakimi beliau ialah suatu Tribunal yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong sahaja, sepertimana perbekalan Artikel 125 Clause (4) Perlembagaan; setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Artikel sama Clause (3).(Perbekalan ini adalah digunapakai terhadap Peguam Negara bila dibaca bersama Artikel 145 Clause (6)).

Precedent penggunaan Artikel ini telah dicipta oleh mantan Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, ketika menangani isu pemecatan YAB Tun Salleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara.Oleh itu soal sama ada Artikel berkenaan tidak boleh atau sukar dilaksanakan tidak timbul.

Berkaitan dengan dakwaan DSAI yang beliau buat pada 1.7.2008 itu, izinkan saya memaklumkan kepada Tan Sri, bahawa saya telah dibawa menemui Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (YAB PM) persendirian pada 23 Oktober 2008 lebih kurang jam 1030 pagi di-Pejabat Menteri Kewangan.

Ketika itu YAB PM masih lagi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia yang baru diambil alih. Pertemuan ini diatur dipercayai terbit daripada pendedahan yang saya buat, menerusi Pernyataan Tuntutan saya yang disiarkan meluas olih media, apabila kandungan tuntutan tersebut dibacakan sepenuhnya olih pihak Pembelaan dalam prosiding kes liwat terhadap DSAI, ketika diperingkat Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dalam bulan Ogos/ September 2008.

Saya harus menyatakan bahawa interaksi antara kami dilakukan dalam suasana yang sangat mesra, dalam semangat persahabatan dan saya sedikit pun tidak rasa tertekan walaupun itulah kali pertama saya mengenali YAB PM.

Dalam pertemuan ini, saya telah menjelaskan kepada beliau peranan dimainkan masing-masing oleh TSGP,TSMH, Dr Rahman dan saya sendiri dalam penyiasatan “kes mata-lebam”.

Saya menyentuh sedikit sebanyak butir yang terkandung dalam kertas siasatan kes tersebut dan mengenai keterangan yang telah saya berikan kepada SPRM. YAB PM ada membuat komen-komen tertentu, mengenai isu yang saya taklimatkan secara lisan kepada beliau.

Dalam perbualan sama, saya memberitahu YAB PM mengenai maklumat yang saya perolehi; dimana pihak Kerajaan telah melantik satu Panel bagi mengkaji siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

Saya juga telah menyebutkan nama dua orang yang telah dilantik sahaja yang saya ketahui pada masa itu. Secara sepontan YAB PM bangun daripada tempat duduknya dan menyatakan dengan serious bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai perlantikan Panel yang saya nyatakan kepadanya.

Beliau selanjutnya menyatakan bahawa sekiranya benar sesuatu Panel telah dilantik, beliau pasti telah ditaklimatkan mengenainya. Malahan YAB PM telah menasihatkan saya supaya tidak percaya dengan khabar angin sedemikian kerana perkara itu adalah tidak benar. Setelah berbual satu dua perkara lain saya telah meninggalkan Pejabat YAB PM.

Sekembalinya dari pertemuan tersebut, saya mengambil sikap tunggu dan lihat. Seterusnya menjelang Februari 2009 saya mendapat maklumat, keputusan siasatan SPRM akan diumumkan sedikit hari lagi.

Justeru itu saya mengambil keputusan untuk mengemukakan satu laporan bertulis yang lengkap, kepada YAB PM. Laporan tersebut bertarikh 19 Februari 2009 (lebih kurang 3 minggu sebelum keputusan rasmi diumumkan di-Parlimen pada 11.3.2009) yang dialamatkan atas nama YAB PM persendirian dan dihantar dengan tangan serta disahkan penerimaannya oleh Pejabat Menteri Kewangan.

Tanpa menyentuh butiran terperinci laporan tersebut, memadai jika saya menyatakan bahawa ianya boleh disifatkan sebagai “a no holds barred report”. (Dalam surat saya kepada Tan Sri bertarikh 6.5.2010 perenggan 12 ,saya ada setakat menyebut mengenai edaran surat kepada YAB PM ini.)

Untuk faedah Tan Sri,saya perturunkan perenggan 4 laporan kepada YAB PM tersebut seperti berikut;

“Para 4:

Dengan rendah diri saya memberi maklumat ini secara terus kepada YAB Datuk Seri,atas kesedaran dan kepercayaan bahawa YAB Datuk Seri akan menerajui kepimpinan Negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 menjelang akhir Mac atau April depan.

a) Ianya juga adalah,atas kesedaran dan kepercayaan bahawa SPRM tidak dapat tiada akan merujuk hasil siasatan laporan DSAI berkaitan kes “mereka keterangan palsu” itu kepada YAB Datuk Seri,memandangkan kedudukkan Gani Patail dan Musa Hassan sebagai orang nombor satu dalam Jabatan masing-masing.

b) Sesungguhnya dengan rendah diri,saya memohon agar YAB Datuk Seri sudi menerima maklumat yang akan menyusul dibawah sebagai input mustahak dalam membantu YAB Datuk Seri mempertimbangkan sesuatu keputusan yang terbaik,adil dan saksama dan “without fear or favour”berkaitan kes “mereka keterangan palsu” tersebut.

Ditandatangan oleh Mat Zain Ibrahim bertarikh 19.2.2009.

Seterusnya pada 11.3.2009, Datuk Seri Nazri telah membuat pengumuman di-Parlimen mengenai keputusan siasatan SPRM tersebut. Antara perkara penting yang beliau umumkan ialah; bahawa siasatan dan keputusan tersebut telah selesai dua bulan daripada tarikh laporan DSAI, bermakna dalam minggu pertama bulan September 2008.

Bagaimanapun hanya diumumkan pada hari tersebut kerana kes ini sangat sensitif.Beliau seterusnya mengumumkan bahawa siasatan SPRM telah diteliti oleh tiga orang Ahli Panel bebas yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya(DPP) mengikut Kanun Prosidur Jenayah(CPC) oleh Peguam Cara Negara(SG).

Beliau juga memberikan nama-nama tiga orang Ahli Panel bebas tersebut iaitu; Datuk Abdul Kadir Sulaiman, Datuk Wira Mohd. Noor Ahmad dan Datuk Mohd. Noor Abdullah,masing-masing mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan.

Selanjutnya beliau mengumumkan bahawa Ahli Panel sebulat suara (3-0) mendapati TSMH tidak terlibat dalam sebarang salah laku jenayah manakala keputusan majority (2-1) terhadap TSGP yang bermakna seorang dari Ahli Panel tersebut mendapati terdapat keterangan mengaitkan TSGP dalam suatu salah-laku. Namun begitu kedua-dua TSGP dan TSMH dibersihkan daripada sebarang salah laku jenayah.

Perkara penting yang boleh saya rumuskan mengenai ketususan ini ialah; maklumat yang saya berikan kepada YAB PM ketika menemuinya pada 23.10.2008, berkaitan dengan perlantikan Ahli Panel tersebut adalah betul.

Dua nama Ahli Panel yang saya berikan kepada YAB PM ketika itu juga betul. Perkara yang lebih penting dari itu ialah;keputusan siasatan kes tersebut telah selesai dibuat pada awal September 2008 yang bermakna pada ketika saya menemui YAB PM, keputusan berkenaan sebenarnya telah selesai dibuat lebih kurang 6 minggu sebelum pertemuan itu.

Sedangkan, YAB PM sendiri masih tidak tahu menahu mengenainya dan diletakkan dalam gelap berkaitan suatu perkara undang-undang yang sangat mustahak, yang melibatkan seorang Peguam Negara dan seorang Ketua Polis Negara. Walhal setahu saya adalah menjadi tanggung jawab Peguam Negara untuk menasihatkan Jemaah Menteri dalam perkara berkaitan undang-undang sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.

Pegumuman Datuk Seri Nazri pada 11.3.2009 itu, menyedarkan saya bahawa Peguam Negara telah memperdayakan Jemaah Menteri untuk mempercayai bahawa SG mempunyai kuasa untuk melantik Ahli-Ahli Panel tersebut sebagai DPP mengikut peruntukkan dalam CPC, tetapi sebenarnya SG tidak mempunyai hak atau kuasa ini sepertimana jelas dalam Seksyen 376(4) CPC.

Peguam Negara juga telah memperdayakan Jemaah Menteri untuk mempercayai bahawa kononya Ahli-Ahli Panel Bebas terdiri daripada mantan-mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang dilantik sedemikian itu, mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili/menghakimi seorang Peguam Negara, padahal, hak dan kuasa untuk melantik Tribunal bagi maksud tersebut hanya terletak kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong seorang sahaja, setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri sendiri, sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.

Saya sedikitpun tidak terkejut dengan perkembangan ini oleh kerana ini bukan kali pertama Peguam Negara memperdayakan (atau dalam terma yang digunakan dalam Kanun Keseksaan,”menipu”) Jemaah Menteri, untuk mempercayai perkara yang tidak benar dan menyebabkan Jemaah Menteri melakukan sesuatu,yang tidak akan dilakukan, sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Beliau pernah lakukan perkara yang sama didalam proses siasatan kes mata-lebam.

Terbit daripada pengumuman oleh Datuk Seri Nazri sedemikian itu,saya telah menghantar surat bantahan dan rayuan, Rujukan MZ/SUL/5776/7 bertarikh 15.4.2009 kepada Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah,(LPPR), dan salinannya kepada Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kecil LPPR dan Jawatankuasa Khas (Parlimen).

Saya turut menulis laporan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (Persendirian) pada 7.5.2009 dan mengedarkan kedua-dua salinan laporan diatas kepada SG yang masing-masing telah akui penerimaannya. Saya ada menyebut perkara ini dalam perenggan 13 dan 14 surat saya bertarikh 6.5.2010 kepada Tan Sri.

Dalam laporan saya kepada LPPR itu, saya telah menghuraikan dengan terperinci mengenai caramana pemalsuan keterangan tersebut telah dilakukan dan oleh siapa. Saya juga turut melampirkan dokumen-dokumen buktinya.

Selain itu saya juga mempersoalkan berkaitan kesahihan perlantikkan Ahli-Ahli Panel bebas oleh SG demikian itu.(Bekaitan hak dan kuasa yang wajib dilaksanakan oleh Pendakwa Raya secara sendiri, sudi Tan Sri merujuk kepada hujah yang dikemukakan oleh SG sendiri dihadapan Hakim YA Datuk Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008 dalam perkara Pendakwa Raya lwn DSAI (Decision on Revision bertarikh 5.3.2009) berkaitan kuasa Pendakwa Raya menandatangani sendiri sijil dibawah Seksyen 418(1) CPC yang boleh dibaca bersama dengan kuasa Pendakwa Raya sendiri dalam melantik Timbalan Pendakwa Raya dibawah Seksyen 376(4)CPC.).

Selain daripada dua perkara utama dalam laporan tersebut saya telah memadatkan/meringkaskan maklumat mengenai insiden menipu Jemaah Menteri sepertimana terkandung dalam perenggan 41 hingga 42 (a) yang diperturunkan seperti dibawah: “KEPUTUSAN JEMAAH MENTERI MENUBUHKAN SURUHANJAYA DI RAJA.

Jemaah menteri yang bermesyuarat pada 27.1.1999 bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Di Raja tersebut,yang mendapat perkenan SPB Yang Di Pertuan Agong pada 3.2.1999.(Jemput YA Bhg.Tun,merujuk lampiran N,iaitu salinan surat Kerajaan memohon perkenan tersebut). Terma rujukan Suruhanjaya Di Raja yang di-Titahkan adalah sepertimana perenggan 4(i)dan (ii).

Saya ada alasan untuk menegaskan bahawa Jemaah Menteri mengambil keputusan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja ini setelah dibekalkan dengan maklumat yang mengelirukan dan tidak benar (sepertimana kandungan Kenyataan Media Peguam Negara 5.1.1999), berkaitan status siasatan kes mata-lebam ketika itu,serta maklumat kononnya mengenai ketidakupayaan dan/atau ketidakcekapan PDRM menangani siasatan kes ini.

Saya percaya sekiranya Peguam Negara telah menasihatkan Kabinet bahawa siasatan PDRM telah mengesahkan sebab kecederaan mata-lebam tersebut serta mengenalpasti sejak 30.10.1998 lagi,orang yang bertanggung-jawab mencederakan Anwar Ibrahim, saya yakin Kerajaan tidak akan membuang masa dan dana Rakyat serta mengaibkan PDRM,dengan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja tersebut,jika hanya untuk mencari jawapan yang sama yang telah PDRM bentangkan tanpa sebarang keraguan, kepada Gani Patail.

Walaupun diakhir prosiding Suruhanjaya Di Raja tersebut, Yang Arif Pengerusinya telah sedaya upaya cuba menaikkan imej dan keyakinan rakyat terhadap PDRM dengan kata-kata pujian akan bagaimana tegas dan jujurnya Pegawai-pegawai dan anggota Pangkat Rendah PDRM memberikan keterangan masing-masing walaupun terhadap Ketua Polis Negara mereka, hakikatnya ianya telah terlewat kerana ketika itu intergriti dan imej PDRM telah dimusnahkan dengan hanya satu Kenyataan Media Peguam Negara 5.1.1999 yang direka.”

Saya percaya penerima-penerima laporan bertarikh 15.4.2009 itu tidak terlepas pandang maklumat diatas. Sungguhpun saya terdengar komen yang menyatakan maklumat tersebut adalah keterlaluan dan ada juga yang mempersendakannya sebagai maklumat mengarut,namun majoriti daripada mereka bersetuju maklumat tersebut adalah serious.

Namun begitu, masa telah menentukan untuk saya merasa telah di-“vindicated” setelah 15 bulan mengemukakan maklumat tersebut, apabila pada 29.7.2010, Peguam Negara sendiri,yang mengetuai Pasukan Pendakwaannya yang terbaik, telah menuduh YAB Tun Dr Ling Liong Sik (Tun LLS), bekas Menteri Kanan Persekutuan di-Mahkamah, dibawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan, kerana menipu Jemaah Menteri.

Maklumat yang dahulunya dikatakan sebagai keterlaluan dan mengarut dan tidak mungkin berlaku kepada Jemaah Menteri, kini terserlah dan tidak boleh disembunyikan lagi.

Sekiranya Peguam Negara menuduh Tun LLS dalam apa pertuduhan lain pun, beliau dan keluarganya tetap akan merasa keaibannya.Malah mungkin banyak lagi kesalahan yang lebih berat yang beliau boleh dituduh berkaitan skandal PKFZ itu.

Tetapi apabila Peguam Negara dengan sengaja memilih untuk menuduhnya kerana menipu Jemaah Menteri, maka bukan sahaja Tun LLS yang merasa aib, bahkan kesemua Ahli Jemaah Menteri dan rakyat telah diaibkan. Ianya boleh memberi gambaran negatif seolah-olah Jemaah Menteri Malaysia terdiri dari gulungan mereka yang dengan mudah ditipu.

Siapa yang ada ekses untuk menipu Jemaah Menteri, kalau tidak dikalangan Menteri sendiri atau orang-orang yang dipertanggung-jawabkan oleh Perlembagaan untuk menasihatkan Jemaah Menteri. Mesej apa yang ingin disampaikan oleh Peguam Negara dan kepada siapa, hanya beliau mengetahuinya.

Namun begitu,mungkin ada hikmahNya Peguam Negara berbuat begitu.Jika Bahagian Pendakwaan dapat mengesan “ingredients” yang diperlukan untuk membuktikan Tun LLS telah menipu Jemaah Menteri, sepertimana pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau, bagaimana pula mereka boleh terlepas pandang kesalahan menipu Jemaah Menteri yang dilakukan oleh TSGP sendiri?

Walhal maklumat mengenai kesalahan itu sepertimana perenggan 7.3 diatas adalah sangat jelas, dan telah diakui terima oleh SG.Lebih-lebih lagi kita ketahui SG dan Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara adalah orang-orang yang sangat teliti apabila mengkaji sesuatu kertas siasatan dan pakar dalam undang-undang jenayah.

Tidak mungkin mereka terlepas pandang.Lagipun “ingredients” untuk membuktikan kes tersebut, semuanya dimuatkan dalam maklumat berkenaan. Apa yang pasti ialah, pertuduhan menipu Jemaah Menteri terhadap Tun LLS itu tidak adil kepada beliau,jika Peguam Negara pula tidak dituduh,kerana beliau juga pernah menipu Jemaah Menteri, sekurang-kurangnya dua kali.

Baru-baru ini pula,ketika perbicaraan OC Phang, salah seorang tertuduh dalam skandal PKFZ, seorang DPP daripada Jabatan Peguam Negara telah menyatakan persetujuannya di-Mahkamah, untuk perbicaraan kes Tun LLS diselesaikan dahulu oleh kerana mengikut kronologi kejadian, kes yang dihadapi oleh Tun LLS, telah berlaku terlebih dahulu daripada kes terhadap OC Phang.

Saya tidak akan terkejut ,apabila perbicaraan kes Tun LLS dimulakan,Peguam beliau akan meminta pula, pendakwaan terhadap Peguam Negara diselesaikan dahulu oleh kerana mengikut kronologinya, Peguam Negara yang lebih dahulu menipu Jemaah Menteri daripada Tun LLS.

Apa pula pendirian yang akan diambil oleh DPP ketika itu,kita tunggu dan lihat. Secara ikhlas,saya tidak berniat untuk mempersendakan perkara ini,tetapi hampa melihat Sistem Keadilan Jenayah dan Sistem Pentadbiran Keadilan kita dihalakan kelorong kemusnahan dan kehancuran oleh orang yang telah diberi kuasa mengawalnya, seolah-olah rakyat jelata semuanya buta undang-undang.

Saya juga tidak berhasrat untuk melebarkan perkara dalam persoalan ini dengan isu lain.Namun begitu,saya juga tidak dapat mengelakkan diri daripada bercakap mengenai Statutory Declaration(SD) palsu oleh Private Investigator Balasubramaniam (PI Bala).

Jelas PI Bala telah melakukan suatu kesalahan jenayah dan boleh dihukum penjara 7 tahun dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahannya. Malah PI Bala sendiri mengaku bahawa SD keduanya itu, mengandungi kenyataan palsu serta dengan berani secara terbuka, mencabar TSGP menuduhnya di-Mahkamah. Rakyat jelata, malahan rakyat Malaysia diseluruh dunia pun tahu perkara ini.

Dari sudut keputusannya, kita harus terima hakikat bahawa apa juga keputusan yang dibuat mengenai kes ini, Peguam Negara adalah dilindungi oleh Perlembagaan dan tidak boleh dipersoalkan di-Mahkamah.

Persoalannya, adakah Peguam Negara sendiri telah membuat keputusan yang adil kepada semua pihak? Tentunya ia tidak adil kepada orang-orang yang telah dituduh kerana melakukan kesalahan yang sama seperti PI Bala,atau yang dituduh membuat afidavit palsu,atau memberi keterangan palsu di-Mahkamah, ataupun orang-orang yang telah dituduh kerana kesalahan-kesalahan berkaitan membuat, atau memberi keterangan palsu yang lain yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan juga.

Malah lebih tidak adil lagi,kepada orang-orang yang telah didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara pula.

Antaranya yang saya ingat, ialah dalam kes seorang Sharma Kumari Shukla, yang dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara bagi setiap satu daripada dua kes membuat kenyataan palsu, dalam afidavit, berkaitan dengan nama beliau sahaja,iaitu perbezaan diantara “Sharma Kumari” dan “Sharma Kumari Shukla” pada 26.4.2000.

Malah ketika menjatuhkan hukuman, Majistret Juliana Mohammad dilapor menyatakan “making false statement was like giving false evidence,which could undermine the country’s justice system”.

Saya juga masih ingat betapa Peguam Negara begitu megah dengan kejayaan seorang DPP-nya yang berhujjah bersungguh-sungguh dalam prosiding rayuan, dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Augustine Paul (mendiang) apabila Sharma Kumari dibebaskan, tanpa membela diri pada mulanya.

Mungkin lebih tidak adil lagi kepada Sharma Kumari, apabila dalam rayuan kes kes yang lebih berat lagi daripada kes beliau, malah hingga ada kes yang menyebabkan kehilangan nyawa, Peguam Negara bertindak sambil lewa sahaja, malahan ada yang tidak dibuat rayuan langsung.

Disebalik itu pula, mungkin keputusan TSGP untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap PI Bala, dan menutup kes terhadapnya, adalah sangat adil kepada TSGP sendiri yang boleh dibuktikan telah memalsukan beberapa keterangan, atau kepada kenalan beliau atau orang-orang lain yang telah melakukan kesalahan serupa tetapi dikecualikan daripada tindakan undang-undang.

Antara yang saya ingat ialah dalam kes Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (TSRTC)bekas Ketua Menteri Melaka. TSGP sendiri yang telah mengesahkan bahawa terdapat keterangan prima-facie berkaitan empat pertuduhan jenayah yang boleh dikenakan terhadap TSRTC, dan salah satu daripada kesalahan-kesalahan tersebut ialah kerana membuat Statutory Declaration palsu di-Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri ketika itu terletak di-Jalan Datuk Onn Kuala Lumpur,suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara 7 tahun dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahannya. (Komen saya mengenai TSGP berkaitan perkara TSRTC dan beberapa yang lain adalah sepertimana perenggan 19,20 dan 21 dalam surat saya kepada Tan Sri bertarikh 6.5.2010, khasnya perenggan 29).

Dalam hal diatas saya hanya mampu memberi pendapat peribadi saya untuk menyatakan, bahawa caramana Peguam Negara sampai kepada keputusan yang dibuatnya berkaitan kes PI Bala dan sebelum itu, dalam memilih pertuduhan sesuai terhadap Tun LLS, mengesahkan tanpa ragu lagi, bahawa beliau tidak menghiraukan langsung hak kesamarataan individu dari sudut undang-undang, yang dijamin oleh Perlembagaan .

Tidak keterlaluan untuk saya menyatakan bahawa beliau telah sampai ketahap tidak lagi mampu berfikir secara rasional.Saya berpendapat bahawa TSGP telah hilang keupayaan untuk melaksanakan tanggung-jawab dan fungsi jawatannya, dengan betul dan adil selaku Peguam Negara.

Saya juga berpendapat yang beliau tidak lagi mampu dan berupaya untuk menjadi pelindung Keadilan Awam dan hak asasi rakyat. Sebagai seorang individu, saya berhak untuk tidak membiarkan hak kebebasan individu saya,isteri dan anak-anak serta cucu-cucu saya ditentukan oleh seorang yang tidak waras dan rasional lagi. Mungkin ramai individu lain juga berpendirian sedemikian.

Sekiranya Ketua Hakim Negara boleh dibawa kehadapan Tribunal, jika bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar,Menteri-Menteri kanan termasuk Tun LLS, Ahli-Ahli Parlimen, Ketua Polis Negara,Panglima dalam Tentera Darat, Ketua Setiausaha Kementrian, Ketua Pengarah-Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan dan lain-lain, mampu dihadapkan kemuka pengadilan oleh Kerajaan,malah ada diantara mereka yang telah menjalani hukuman, dibuang kes dan ada yang masih menunggu perbicaraan selain daripada telah diaibkan.

Apa istimewanya Peguam Negara? Walaupun kita wajar hurmati kuasa seorang Peguam Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, namun, tidak ada dalam mana-mana undang-undang Malaysia yang melindungi beliau sekiranya, menyalahgunakan kuasanya atau melakukan jenayah.

Beliau tidak ada hak atau kuasa untuk sewenang-wenangnya mencabuli undang-undang, lebih-lebih lagi jika jenayah itu adalah terhadap Keadilan Awam itu sendiri dimana beliau sepatutnya menjadi pelindungnya.

Sungguh pantas masa berlalu. Kini usia kes mata-lebam telah genap 12 tahun dan sedang melangkah pantas menuju tahun ke-13. Jika tidak ada penutupan sepenuhnya (“full and final closure”) kepada episode ini, ia akan terus melangkah 12 tahun lagi dan tidak berkesudahan.

Setiap hari ada sahaja peristiwa yang mengingatkan saya kepada insiden mata-lebam ini.Malahan di-Parlimen pun sejak insiden ini berlaku sehingga kehari ini tidak henti-henti membahaskannya, dan tidak nampak tanda-tanda untuk ia dihentikan dalam masa terdekat ini.

Ketika saya mulakan menulis surat ini kepada Tan Sri dua hari lalu; mengingatkan saya tempoh 8.10.1998 hingga 20.11.1998 genap 12 tahun dalam sejarah,merupakan tempoh paling rumit yang PDRM lalui menangani kes mata-lebam ini,khasnya kepada diri saya sendiri.

Saya sedar bukan tidak ada usaha PDRM dan Kerajaan untuk membawa kes ini kepada penutupan sepenuhnya. Malangnya terdapat halangan-halangan yang sengaja diujudkan olih pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini, dengan memutar belitkan fakta-fakta yang betul, malahan membenamkan keterangan sebenar daripada diketahui umum dan Jemaah Menteri, sehingga memburukkan lagi keadaan.

Saya percaya Tan Sri, pucuk pimpinan tertinggi dan warga PDRM keseluruhannya,berminat mengetahui apakah tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan PDRM sendiri ketika itu, untuk membawa penutupan segera kepada peristiwa tersebut sebelum didedahkan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja, yang pada pendapat saya, tidak sepatutnya diadakan.

Untuk faedah Tan Sri,saya ringkaskan seperti perenggan-perenggan berikut dibawah.

Sebenarnya persetujuan untuk penutupan sepenuhnya insiden mata-lebam itu, dicapai antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang hari Khamis 8.10.1998. Persetujuan ini dicapai diantara Tan Sri Abdul Rahim Noor (TSRN), Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai,Timbalan Ketua Polis Negara dan saya selaku Pegawai Penyiasat,didalam bilik Pejabat TSRN sendiri.

Wajar saya menyatakan kesediaan dan kerelaan TSRN mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden mata-lebam yang telah berlaku itu, dibuat secara sukarela dan tanpa pujukkan sebagai seorang gentleman.

Proses penutupan ini juga dipersetujui dibuat secara professional,mengikut lunas undang-undang dan perlaksanaan sepenuhnya dibuat secara “above board”.

Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan kertas-siasatan serta merta dan lain-lain dokumentasi yang berkaitan,termasuk menyediakan factor-faktor mitigasi (mitigating factors),yang saya perakukan boleh disiapkan dalam tempoh 2 hari.

Dengan mengambil kira tempoh rayuan 10 hari daripada Isnin 12.10.1998, jika ada sebarang rayuan keatas hukuman, kita menjangka dapat menutup kes tersebut sepenuhnya pada Khamis 22.10.1998.

Setelah memberi persetujuan tersebut saya lihat wajah TSRN begitu tenang,dan menerusi “body language” beliau, saya dapati seolah beliau begitu lega, setelah beban diatas bahunya dilepaskan.Malah beliau sambil bersahaja menanyakan kepada Tan Sri Norian, sama ada beliau(TSRN) layak membeli staff-car Mercedes yang sedang beliau gunakan itu, dan jika boleh beliau minta tolong, untuk repair sedikit-sedikit mana yang rosak.

TSRN juga memanggil PA beliau untuk menyemak baki pinjaman perumahannya atau bil-bil Kerajaan yang perlu beliau jelaskan.Malah beliau berpesan kepada Tan Sri Norian untuk menjaga kebajikkan “budak-budak” (anggota polis) yang menjaga dan mengawal kediamannya dengan baik.

Tan Sri Norian juga ada menyatakan yang beliau dan seluruh warga Polis tidak akan melupakan jasa-jasa TSRN kepada PDRM dan berjanji akan membantu beliau dan keluarga setakat yang termampu setelah TSRN meninggalkan Pasukan; mengikut rancangan,dua hari selepas perjumpaan kami itu,bagi membolehkan PDRM membuka lembaran baru.

Begitulah antara suasana dalam bilik TSRN ketika itu, dan selepas bersalaman dan memohon kemaafan dan ucapan terima kasih saya dan keluarga kepada beliau,serta berjanji akan menjengok-jengok keluarga beliau di-Melaka, saya telah meninggalkan Pejabat TSRN jam lebih kurang 3.30 petang, membiarkan mereka berdua untuk meneruskan perbualan.

Manusia hanya boleh merancang, tetapi Allah sahaja yang boleh menentukanNya. Saya mendapat tahu kemudiannya, iaitu pada jam lebih kurang 5.00 hingga 5.30 petang 8.10.1998 itu, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) diringi oleh orang kuatnya Datuk Abdul Ghani Patail, telah menemui TSRN dibilik Pejabat KPN.

Lebih kurang jam 6.00 petang itu saya dipanggil untuk berjumpa dengan Tan Sri Norian dan beliau cuma memberitahu saya “untuk meneruskan siasatan seperti biasa”, dan apabila melihat beliau membuat gesture bahunya sedemikian, saya faham bahawa persetujuan yang dicapai antara kami beberapa jam sahaja sebelum itu telah dibatalkan.

Saya harus menyatakan bahawa saya terkejut dan hampa dengan perubahan ini, tetapi siapalah saya untuk menghalangnya, oleh kerana kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan mengenepikan sebarang keraguan Tan Sri, kepada ketepatan kronologi yang saya huraikan diperenggan 12 diatas, saya menggesa Tan Sri mendapatkan Kertas Siasatan kes mata lebam IP No: 8497/98 bersangkut Tun HS Lee Rpt: 25223/98 yang mungkin masih tersorok di-Jabatan Peguam Negara; untuk menyemak Diari Penyiasatan saya dan juga Minit-Minit saya bertarikh 15.10.1998,29.10.1998 dan 27.1.1999 yang kesemuanya berjumlah lebih daripada 100 muka surat, bagi tujuan verifikasi.Walaupun Diari Penyiasatan saya, tidak 100 peratus lengkap seperti sebuah novel, namun tarikh,waktu dan rakaman ringkas peristiwa penting adalah cukup untuk menyegarkan ingatan saya kepada peristiwa sebenar yang berlaku.

Sudi nanti Tan Sri merujuk Diari Penyiasatan bertarikh 8.10.1998 (Khamis) siri 75 hingga 78 muka surat 22 hingga 24 khasnya nombor siri 78 bertarikh 8.10.1998 mulai jam 2.30 petang berkaitan dengan persetujuan penutupan berkenaan.

Untuk peristiwa berkaitan sebelumnya,sudi juga merujuk siri no: 73 bertarikh 7.10.1998 (Rabu) jam 8.45 malam hingga 1100 malam dirumah Tim KPN, Tan Sri Norian. Saya juga ada merakamkan nama Pengarah-Pengarah PDRM yang hadir sama.

Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan pendirian PDRM dalam menangani siasatan ini dan cara terbaik menyelesaiknya segera, tanpa membelakangkan undang-undang. Saya juga telah diberi mandat untuk mengambil keputusan sendiri, asalkan nama baik dan imej Pasukan dipelihara.

Dalam siri No: 74 pula saya ada merakamkan mengenai perbincangan menerusi telefon antara jam 1200 tengah malam(7.10.1998) hingga 1.00 pagi (8.10.1998)dengan KPN.

Mengenai pendirian TSRN sendiri berkaitan siasatan ini pula,sila Tan Sri rujuk siri No:15 jam 9.30 hingga 11 malam, Ahad 27.9.1998, bertempat di-Pejabat Komander Brigade Tengah, Cheras.

Dalam perjumpaan ini beliau secara one-to-one dengan saya mengarahkan untuk siasatan dijalankan secara berkecuali dan “to leave no stone unturned”. TSRN juga berpesan bahawa sebarang keputusan yang saya bakal ambil, hendaklah meletakkan imej Pasukan diatas segalanya.

Selanjutnya, sejak 9.10.1998 tempo dalam “gelanggang” siasatan bertukar menjadi tegang. Beberapa kali berlaku pertembongan secara “head-on” antara TSGP dan saya. Tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak pun jika saya menghuraikan apa yang terkeluar dari mulut TSGP dan apa pula yang terkeluar dari mulut saya.

Mungkin hanya akan menimbulkan permusuhan dan benci membenci antara pihak-pihak yang tidak berkenaan. Namun begitu saya telah mengambil langkah-langkah yang terdaya oleh saya, sepertimana yang saya telah jelaskan terperinci dalam perenggan 10.9.1 Surat Terbuka Pertama.

Selanjutnya,tanpa sedikitpun menghiraukan nasihat, sergahan dan amaran daripada saya yang lebih tua dari beliau, TSGP terus melakukan pemalsuan untuk menutup pemalsuan terdahulu dan membenamkan keterangan untuk membenamkan keterangan sebelum itu.

TSGP yang sebelum insiden mata-lebam itu mungkin bersih daripada sebarang salah laku jenayah,tetapi kini mengikut pengiraan saya sendiri; boleh dihadapkan dengan sekurang-kurangnya 6 dakwaan salah laku jenayah melibatkan pembuatan keterangan palsu dan menyorokkan dan/atau cuba membinasaka keterangan,kesalahan-kesalahan yang beliau cari sendiri.

Lebih lama kes mata-lebam ini kekal,lebih banyak kesalahan tambahan yang mungkin akan tercipta,dan tidak hairan ramai lagi orang-orang yang tidak berkenaan akan terbabit, lebih-lebih lagi Pegawai-Pegawai Kanan kita yang bagus-bagus,terutamanya di-Jabatan Peguam Negara boleh menjadi korban keadaan, selain dari ianya merosakkan imej Negara.

Kita tidak dapat menafikan hakikatnya, bahawa kes mata-lebam itu dicetuskan oleh PDRM sendiri. Sewajarnyalah PDRM yang menyelesaikannya. Walaupun pihak Peguam Negara keberatan melepaskan kertas siasatan kes berkenaan sejak awal 1999 sehingga dirampas oleh pihak SPRM pada July 2008,atas sebab-sebab yang saya percaya TSGP dan TSMH ketahui, tidak bermakna PDRM kini terus menanggung beban mereka.

Kita sedar hakikatnya bahawa Jemaah Menteri sendiri tidak mampu menyelesaikannya. Oleh kerana Jemaah Menteri tidak dibekalkan dengan kuasa menyiasat, atau kuasa membuat tangkapan,atau kuasa pendakwaan dan jauh sekali kuasa menjatuhkan hukuman. Yang ada dua daripada empat kuasa tersebut adalah Polis…

Saya memohon maaf jika penulisan saya kali ini membebankan Tan Sri. Saya ingin Tan Sri ketahui bahawa saya melakukan ini semata-mata sebagai memenuhi janji saya kepada pucuk pimpinan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri yang telah saya perakukan secara bertulis apabila selesai siasatan kes mata-lebam tersebut.

Jemput rujuk perakuan saya dalam muka surat 14 perenggan 9, Minit bertarikh 29.10.1998 dan muka surat 26 perenggan 9 juga, Minit bertarikh 27.1.1999. Tidak hairan jika Kertas Siasatan tersebut sengaja disorokkan akibat minit-minit ini.

Malah kertas siasatan sama pernah “dihilangkan” antara 30.10.1998 hingga 20.11.1998 yang menyebabkan heboh seluruh Negara kerana berita “kehilangan”ini disiarkan disemua akhbar dan siaran Buletin Utama TV dan dibahaskan juga dalam Parlimen.

Sebagai insan biasa yang lemah, saya juga tidak terlepas daripada membuat salah dan kesilapan. Ada juga kegagalan saya semasa dalam perhidmatan. Terdapat juga hari-hari bodoh dan hari-hari malas saya ketika dalam Pasukan.

Namun disebalik itu, saya boleh mendabik dada dan mengangkat kepala, bahawa saya tidak pernah sekali dalam khidmat saya, menganiaya sesiapa. Saya tidak pernah memalsukan fakta dan keterangan untuk mensabitkan kesalahan terhadap mana-mana orang. Lebih daripada itu, saya tidak pernah menggadai atau melelong maruah Pasukan.

Akhir kata saya doakan YDH Tan Sri dianugerahkan kesihatan dan kesejahteraan, untuk memimpin barisan baru kepimpinan tertinggi PDRM yang kesemuanya dikenali dan diyakini dapat membantu Tan Sri, untuk membawa semula PDRM kezaman bilamana rakyat menaruh keyakinan dan penghurmatan yang tinggi terhadapnya, dan zaman kemegahan serta kemantapan semangat setia kawan, seperti yang pernah kita nikmati bersama, sepanjang dekad sembilan puluhan.Selamat maju jaya.

Date: Nov 22, 2010
Surat terbuka kepada Ketua Polis Negara — Mat Zain Ibrahim


Sumber : TKO - The Malaysian Insider