Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 4, 2010

Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara....!!!

Awas...!!! Bayar Zakat Adalah Satu Jenayah.....!!!


PERKASA buat laporan polis terhadap Nik Aziz -MK

PERKASA membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian wang zakat kepada tiga mualaf Orang Asli kelmarin.

Laporan tersebut dibuat oleh naib ketua wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris (tengah, foto bawah) di balai polis Gua Musang.

Beliau masuk ke balai polis tersebut pada kira-kira jam 3.05 petang.

Bekas ADUN Tendong, Fauzi Muhammad yang juga ketua PERKASA Kelantan, turut membuat laporan polis yang sama terhadap Nik Aziz.

Beliau juga dilihat masuk ke dalam balai polis tersebut pada masa yang sama dan keluar pada kira-kira sejam kemudian.

Bercakap kepada media selepas itu, Fauzi berkata, laporan berkenaan dibuat berdasarkan kenyataan SPR bahawa ia tidak boleh disiasat sekiranya tiada laporan dibuat.

"Laporan polis telahpun diterima jadi (polis) perlu siasat sama ada ianya melanggar akta pilihan raya kerana sumbangan ini diberi dan hadir sama ialah calon pas pada ketika itu.

"SPRM juga perlu siasat sama ada penerima sumbangan tersebut ialah pengundi dalam pilihan raya yang akan berlangsung esok," katanya kepada media.

Sementara itu, Irwan Fahmi Ideris pula berkata, bukti berhubung sumbangan tersebut boleh dilihat di dalam gambar yang disiarkan akhbar hari ini

"Kita nampak secara terang dan juga secara jelas ada menunjukkan pemberian diberikan.

"Calon pun ada juga dalam program ini. Ini menunjukkan seperti memancing undi.

"Kita berharap juga supaya tidak ada penyelewengan dan salah guna kuasa yang dibuat oleh menteri besar Kelantan," katanya.

Nota :

Jeng...Jeng...Hero Melayu terakhir sudah mari....!!!
Apa khabar Sdr Braheng Ali....Sudah sihat ke...???
Jantung dah ok ke...???
Bacaan meter kencing manis dah turun ke...???
Kaki masih terasa kebas lagi ke...???
Mata dah tak berair lagi ke...???
Ohhh...Semuanya dah ok...patutlah buat repot polis....
Ye lah...Kalau jahil pun janganlah tunjuk kat orang....
Nanti orang cakap perkasa bangang...Sdr Braheng kecik hati pulak....
Biarlah UMNO bodoh sorang-sorang....
Jangan ikut jadi bodoh macam UMNO....
Kah...Kah...Kah....!!!

Kalau Jahil Baik Lah Diam....!!!

SPR: Zakat atau tidak, beri wang dianggap sogokan -MK

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa mualaf Orang Asli petang kelmarin, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, walaupun PAS mendakwa ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

Katanya, SPR telah memaklum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu.

"Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada calon, pendudk Galas atau parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu untuk melaporkan kes tersebut supaya SPRM boleh mengambil tindakan.

Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan berkenaan dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat. Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS.

Sementara itu, Bernama melaporkan Umno tidak akan masuk campur sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada mereka yang menerima wang daripada Menteri Besar Kelantan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan wang sumbangan secara terbuka kepada mualaf Orang Asli pada majlis mesra rakyat di Pos Sandrop, Gua Musang semalam bercanggah dengan apa yang dilakukan PAS sebelum ini.

"Biarlah dilaporkan oleh penerima itu sendiri, kita tidak mahu campur tangan urusan SPRM dan kita yakin SPRM mempunyai bukti dan fakta yang cukup,” katanya.

Nota :

Mualaf adalah asnaf yang boleh menerima zakat...
UMNO ingat zakat hanya di beri pada bulan puasa saja...
Zakat harta..zakat lain selain zakat fitrah boleh di beri pada bila-bila masa bila cukup syaratnya...
Ulamak muda UMNO patut ajar pemimpin UMNO supaya celik agama...
SPR tak payah nak cerita lah...memang dah jadi lembu UMNO/BN...
Bila Muhyidin umum projek perumahan rakyat..kenapa tak dakwa...??
UMNO umum projek macam-macam..kenapa tak dakwa...??
SPR ni apa barang...!!
Kalau double line memang tak boleh memotong...
Kalau double standard...Memang tak boleh pakai punye...
Kah....Kah...Kah....!!!