Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jun 20, 2011

Bongkar Lagi...!!

Dedah 'Anak Siapa' Di Sebalik IPP - HD

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendesak kerajaan mendedahkan syarat perjanjian dengan penjana tenaga bebas (IPP) kepada rakyat yang didakwa merugikan negara.

Sambil mempersoal kenapa kerajaan begitu takut mendedahkannya, beliau juga mendesak kerajaan mendedahkan kenapa perjanjian itu turut dibantah pihak Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan Kementerian Kewangan.

"Dedahkan kepada rakyat, kenapa Petronas bantah, TNB bantah dan apa pendapat Kementerian Kewangan ketika itu.

"Siapa di sebalik IPP, siapa nominee tertentu di Hongkong, anak siapa", soalnya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menurut Anwar, perjanjian dengan IPP diluluskan semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad atas nasihat Unit Perancang Ekonomi EPU.

Perjanjian itu dibantah Bekas Ketua Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope, Bekas Ketua Eksekutif Petronas dan Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Terdahulu Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membahaskan peruntukan tambahan RM13.2 bilion di Dewan Rakyat.

Beliau berkata amat tidak munasabah perbelanjaan tambahan sebanyak itu dalam keadaan belanjawan asal RM162.8 bilion baru sahaja diguna dalam masa tiga bulan.

"Yang dimusykilkan adalah peningkatan 5 peratus emolumen. Apakah muslihat meninggalkan peruntukan emolumen yang wajib dimasukkan," katanya.

Isu IPP itu pula disentuh ketika beliau mengemukakan laporan pembayaran subsidi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk petrol, desel dan Gas petroleum cecair LPG bernilai RM7.4 bilion.

Namun yang dipertikaikan subsidi gas untuk syarikat swasta IPP adalah lebih tinggi iaitu RM20 bilion untuk 2010 dan RM22 bilion untuk 2011.

"Kita berbalah soal istilah, RM22 bilion kepada IPP dikata isentif, RM20 juta kepada rakyat dikata subsidi. RM200 juta kepada kementerian dikatakan komisyen, RM20 kepada sarjan dikatakan korupsi.

"Sekiranya subsidi untuk IPP ini dikurangkan atau dihapuskan, sudah tentu belanjawan tambahan RM13 bilion ini tidak diperlukan sama sekali.

1MDB, kenyataan PM bercanggah

Anwar turut mendakwa kenyataan Datuk Seri Najib berhubung keuntungan 1Malaysia development Berhad (1MDB) bercanggah dengan penyata kewangan syarikat itu.

Najib sebelum ini mengumumkan 1MDB untung RM425 juta pada tahun pertama berakhir 31 Mac 2010.

Namun penyata kewangan enam bulan pertama 1MDB menunjukkan syarikat itu rugi RM20.5 juta.

1MDB didakwa membuat pelaburan melibatkan usahasama dengan PetroSaudi International Limited dikenali 1MDB PetroSaudi Limited berjumlah RM3.5 bilion yang dibayar secara tunai.

Pelaburan itu kemudiannya dijual kepada penjual asal, PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 bilion dengan keuntungan diperoleh sebanyak RM615 juta.

Bagaimanapun bayaran RM4.1 bilion itu dibuat kepada 1MDB secara ansuran selama 11 tahun.

"Persoalannya, apa jaminan 1MDB akan memperolehi semula wang tunai RM3.5 bilion dan keuntungan RM615 juta", soalnya.

Turut dikhuatiri, 1MDB PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International Limited bukan syarikat operasi minyak sebenar.

Ia didakwa diperbadankan di Cayman Island dan British virgin Island dimana maklumat kewangan dan transaksi syarikat dirahsiakan dari umum.

"Ia merupakan saluran menggelap wang pinjaman melalui pengeluaran bon 1MDB", katanya.

Sebab Mengapa BERSIH 2.0 Di Perlukan...!!


SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mencabar Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan jika gagal membuktikan apa yang dikatakannya mengenai daftar pemilih suruhanjaya itu tidak benar.

Menurut Azmin, beliau mempunyai bukti berdasarkan daftar pemilih diwartakan 13 Mei lalu, terdapat seramai 11 pengundi luar beralamat di rumah ibunya di Kampung Klang Gate Baru, Gombak, dekat sini.

“Bagaimana SPR boleh letak enam pengundi Melayu dan lima Cina di alamat rumah ibu saya. Ibu saya tinggal di rumah itu seorang diri sejak kematian ayah saya beberapa tahun lalu,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pilihan Raya SPR di sini, semalam.

Azmin dalam satu kenyataan 14 Jun lalu mempertikaikan SPR kerana tidak memberi alamat lengkap pengundi dalam daftar pemilih SPR sehingga menyukarkan pihaknya untuk mengenal pasti identiti mereka.

Susulan pada itu, Wan Ahmad menafikan kenyataan Azmin lalu menggesa pemimpin PKR itu mengemukakan bukti.

Selain itu, Azmin turut wujud beberapa alamat rumah pangsapuri bagi pengundi di Kampung Klang Gate Baru yang tidak mempunyai sebarang bangunan tinggi.

Beliau turut mempelawa untuk membawa sendiri Wan Ahmad melawat kampung itu yang hampir kesemua penduduknya berketurunan Melayu.

“SPR perlu ingat kita memerhatikan mereka,” katanya

Ayuh Semua...Kita Berhimpun Di KL Pada 9 Julai Nanti....

19 Jun 2011 (Ahad)
AYUH BERSAMA HIMPUNAN RAKYAT MENUNTUT PILIHANRAYA ADIL DAN BERSIH KALI KE 2

Dalam mendepani kebejatan politik UMNO-BN serta mengharungi Pilihanraya Umum yang semakin hampir, masa semakin suntuk bagi memastikan Pakatan Rakyat (PR) terus melangkah ke Putrajaya bagi membina sebuah negara Malaysia yang baru.

Namun demikian, umum mengetahui bahawa sistem pilihanraya di Malaysia berlangsung dalam keadaan yang tempang dan di padang yang tidak sama rata. Amat sukar bagi PAS khususnya dan PR umumnya memenangi pentas demokrasi di Malaysia dalam keadaan suasana sistem pilihanraya yang sedemikian.

Dalam kesempatan ini, saya mengharapkan agar seluruh Pemuda PAS dapat turun memimpin Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 ini. Himpunan ini penting agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memenuhi tuntutan PR bagi memastikan perjalanan pilihanraya ke 13 dalam keadaan yang paling telus dan bersih dari sebarang penipuan. Kesan daripada Himpunan Bersih november 2007 dulu telah melahirkan 5 negeri semasa Pilihanraya Umum ke-12 jadi Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) yakin dengan kejayaan himpunan kali ini akan menyebabkan UMNO/BN akan akan tumbang diseluruh negara

Sesungguhnya perjuangan menuntut negara demokrasi yang tuntas bukanlah suatu usaha yang kecil. Ia menuntut komitmen, kesungguhan, semangat, ikhlas serta kesabaran yang sangat tinggi. Perjuangan di mana-mana negara yang menuntut keadilan serta meruntuhkan diktator yang korup dan zalim dimulai dengan kobaran semangat anak-anak muda yang berani turun ke jalan raya. Pemuda adalah nadi penggerak bagi mencetus perubahan yang semua rakyat harapkan. Sejarah membuktikan bahawa pemuda yang berada di barisan hadapan bagi meneruskan perjuangan ini, dan menjadi kebanggaan kita sekiranya pemuda PAS menjadi pencetusnya bilamana Himpunan Bersih 2.0 telah menjadi sebutan dan kehendak anak muda di seluruh negara.

Adalah diharapkan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke 52 ini menjadi pencetus kebangkitan sesuai dengan temanya “Memimpin Kebangkitan Anak Muda”. Saya juga juga mengharapkan pemuda PAS mampu menarik sokongan dan dokongan anak-anak muda agar bersama-sama menyertai Himpunan ini. Saya mengharapkan tidak kurang 50 ribu anak-anak muda akan menyertai himpunan ini, yang juga bakal digerakkan bersama oleh golongan wanita dan golongan yang lain. Saya menegaskan, himpunan ini bakal berlangsung dengan aman tanpa sebarang insiden tidak diingini selama mana tidak ada unsur sabotaj dari pihak-pihak tertentu. Saya juga mengingatkan bahawa menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih adalah hak semua rakyat tanpa mengira warna kulit, bangsa dan keturunan.

YB UST. FIRDAUS JAAFAR
EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat

BERSIH 2 Bikin BN Kelam Kabut....!!


AHLI MCA DIBERI AMARAN TAK SERTAI BERSIH - MK

Kepimpinan utama MCA dijangka bermesyuarat esok bagi membincangkan sama ada perlu memecat anggotanya yang menyertai perhimpunan BERSIH.

Timbalan presidennya Liow Tiong Lai juga mengulangi gesaan supaya anggota MCA menjauhi perhimpunan yang didakwa berpotensi 'meruap' itu.

Beliau juga enggan mengulas ancaman Presiden PERKASA Ibrahim Ali bahawa "apa sahaja boleh berlaku" sekiranya perhimpunan itu diteruskan.

"Kenapa kamu mahu laporkan kenyataannya? Dia bukan sesiapa pun, (yang) selalu bercakap karut," katanya ketika ditemui di lobi parlimen.

Kenyataan Rasmi Presiden Keadilan...!!!


BERSIH 2.0 ADALAH KEPERLUAN; MEMANGKIN KEMATANGAN DAN KETERBUKAAN MASYARAKAT

KEADILAN amat mengesali sikap antagonisme pihak berkuasa terhadap perhimpunan aman BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 ini. Kenyataan-kenyataan keras yang berbaur ugutan yang dibuat oleh pimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak akan memberi ruang kepada tuntutan rakyat untuk bersuara dan berhimpun.

Hakikatnya, perhimpunan BERSIH bukan menjaguhi dan menangani isu hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun semata-mata. Persoalan pokok yang dibawa oleh perhimpunan BERSIH adalah kejujuran dan kebebasan sistem pilihanraya di negara ini, yang menjadi asas sebarang usaha untuk menambahbaik kedudukan masyarakat secara ekonomi mahupun sosial.

Sikap Barisan Nasional yang masih percaya bahawa janji-janji ekonomi yang tidak dikuatkan dengan pertanggungjawaban sosial dan integriti politik sudah memadai; akan terus menggoncang keyakinan rakyat kepada sistem kebangsaan di negara ini. Ruang dan hak rakyat untuk memilih wakilnya secara bebas dan tanpa manipulasi adalah aspek integriti politik terpenting yang dituntut oleh rakyat mutakhir ini.

Justeru, KEADILAN menganggap perhimpunan BERSIH sebagai satu keperluan untuk memangkin keterbukaan masyarakat kita. Perhimpuan BERSIH sebenarnya akan menguji pendokong dan penentangnya – di pihak pendokong, ia akan menguji kesepakatan mereka menuntut sistem pilihanraya yang lebih adil dan telus; pihak penentang pula perlu membuktikan kesediaan mereka untuk menjadi lebih terbuka dan bertolak ansur.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab penganjur dan peserta perhimpunan BERSIH untuk mengelak dari sebarang konfrontasi akibat dari cubaan provokasi pihak-pihak yang bertujuan mewujudkan kacau bilau. Saya menyeru supaya penganjuran perhimpunan ini mengambil kira langkah-langkah segera yang boleh diambil oleh peserta untuk mengurangkan ketegangan jika wujud provokasi. Peserta juga wajar mengetahui selok belok mengenai amalan berhimpun secara aman dan melengkapkan diri dengan pengetahuan keselamatan sebelum menyertai perhimpunan.

Di pihak berkuasa, saya terus berharap mereka menyambut baik tawaran penganjur untuk bekerjasama bagi menjamin perhimpunan berjalan lancar. PDRM mestilah menjamin keselamatan peserta dan bertindak secara profesional untuk mengelakkan sebarang cubaan menimbulkan provokasi atau kekacauan oleh mana-mana pihak pun.

Perhimpunan BERSIH adalah satu mercu tanda baru dalam usaha rakyat negara ini mencapai demokrasi yang berfungsi sepenuhnya. Tuntutan agar sistem pilihanraya menjadi lebih telus dan bebas adalah satu kehendak masyarakat yang berkekalan, maka adalah lebih baik sekiranya tuntutan ini ditangani dengan terbuka dan rasional.

Dalam konteks ini, masyarakat sudah mual dengan ugutan dan kenyataan provokasi yang dibuat terhadap penganjur perhimpunan BERSIH. Sewajarnya kumpulan-kumpulan yang menentang perhimpunan BERSIH menghormati hak sebahagian besar rakyat negara ini yang mahu melihat perhimpunan ini berjalan dengan aman, sebagaimana hak mereka berhimpun dihormati selama ini.

Sejak penubuhannya, KEADILAN memberi komitmen sepenuhnya kepada usaha-usaha membaiki sistem pilihanraya Malaysia. Perhimpunan BERSIH adalah lambang kepada usaha tersebut. Maka, KEADILAN akan memastikan anggota kami turun beramai-ramai menyertai ratusan ribu rakyat Malaysia yang akan berkumpul pada 9 Julai 2011.

Sebagai permulaan awal, KEADILAN akan menguji keupayaan mobilisasi jentera parti pada hari Ahad ini bersempena Konvensyen Pilihanraya Kebangsaan. Sepanjang konvensyen tersebut, arahan agar anggota KEADILAN turun beramai-ramai akan menjadi tema utama.

Saya menyeru supaya pihak berkuasa menunjukkan sedikit keterbukaan dan prihatin dengan hak dan kebajikan rakyat. Keputusan yang bijak adalah dengan memberi ruang agar perhimpunan BERSIH dapat berjalan dengan baik dan aman; kerana ini akan mempercepatkan proses kematangan dalam masyarakat kita untuk menangani pendapat dan pendekatan yang berbeza. Kematangan ini adalah kunci kepada potensi masyarakat kita di hari-hari akan datang.

DR WAN AZIZAH ISMAIL
Presiden KEADILAN
18 Jun 2011

KENYATAAN MEDIA



19 Jun ’11 (Ahad)
SIASAT ZUL NORDIN


Pihak polis diminta menyiasat kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru iaitu YB Zulkifli Nordin berkaitan kononnya Anwar Ibrahimlah individu yang mengarahkan beliau dan beberapa orang melakukan onar ketika era Reformasi tahun 1998. Ucapan beliau telah dipetik oleh media upahan UMNO iaitu TV3 semasa beliau berceramah di Penaga, Pulau Pinang dan disiarkan sewaktu slot Buletin Utama malam semalam.

Dalam ceramahnya, beliau mengaku kononnya Anwar Ibrahim telah menyuruh beliau dan beberapa pimpinan lain sewaktu itu membuat huru-hara di ibu kota, membakar Masjid India dan sebagainya. Ucapan ini jelas menunjukkan bahawa beliau mengaku bertanggungjawab terhadap huru-hara yang terjadi ketika itu dan bukannya mereka yang berdemonstrasi sedangkan ketika itu umum mengetahui perhimpunan pastinya berjalan dengan aman sekiranya tanpa gangguan dan provokasi pihak polis

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) yakin tujuan beliau tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memburuk-burukkan Himpunan Bersih 2.0 yang akan berlangsung pada 09 Julai ini. Mengapa beliau menunggu sehingga 13 tahun baru nak membongkar kejadian ini.? Mengapa selama ini beliau mendiamkan diri? Kalau benarlah kononya arahan itu datangnya daripada Anwar Ibrahim ketika itu, bagaimana beliau seorang yang cukup bijak hal undang-undang boleh menjadi ‘pak turut’ yang setia membabi buta? Ini membuktikan beliau seorang yang boleh digelar ‘sesumpah’ kerana akan berubah warna mengikut persekitaran tertentu. Beliau lupa yang kemenangan yang beliau perolehi di Parlimen Kulim Bandar Baru adalah disebabkan kebangkitan rakyat susulan Himpunan Bersih yang diadakan pada November 2007 dahulu.

DPPP akan membuat laporan polis berkaitan isu ini dan berharap pihak polis menjalankan siasatan dengan telus tanpa ada menyebelahi mana-mana pihak. Pihak polis harus menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap dakwaan ini. Jangan hanya bertindak kepada satu pihak sahaja sedangkan gaji Polis dibayar oleh rakyat bukannya UMNO/BN. Kepada YB Zul Nordin, berhentilah daripada menjadi ‘badut sarkas’ UMNO/BN.

YB Ust.Firdaus Jaafar
EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat

Menantu Ayah Tibai Madey....!!


LID: PATUT BERHENTI DAILOG CAM NI, TULIS KHAIRY- MK

Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menjadikan presiden kontroversial Zimbabwe Robert Mugabe yang tiba di negara ini untuk menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi Kesembilan (LID) di Putrajaya sebagai sasaran bidasannya.

Dalam mesej di akaun Twitter, beliau juha mahu dialog antarabangsa yang dihoskan oleh Najib Razak supaya dihentikan.

"Robert Mugabe tiba di Malaysia. Apa yang kita dapat dengan menjemput pemimpin macam dia? Dah lama dah... patut berhenti dialog cam ni," tulisnya.

Bagaimanapun tidak jelas apa yang dimaksudkan oleh Khairy dengan "dah lama dah...”. Ketua Pemuda Umno itu enggan memberikan sebarang respon apabila dihubungi oleh Malaysiakini.

Kenapa UMNO/BN Perlu Takut Pada Himpunan Aman BERSIH....??

BERSIH 2.0 : PILIHAN RAYA ADIL, BERSIH JUGA BAIK BUAT BN - MI

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Ambiga Sreenevasan berkata sistem pilihan raya yang adil dan bersih baik kepada semua parti politik termasuk Barisan Nasional (BN).

Pada pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di sini malam tadi, Ambiga sekali lagi memberi jaminan perhimpunan itu akan diadakan secara aman.

Beliau juga berkata cadangan mengadakan Himpunan Bersih 2.0 ekoran mendapati pilihan raya negeri Sarawak pada April lalu dicemari dengan penyelewengan dan ketidakadilan.
“Hanya tinggal dua minggu sebelum Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini... Himpunan Bersih 2.0 ini akan ditangani secara aman dan bertanggungjawab.

Macam-Macam cara Kalau Nak Menipu....!!


LOJI LYNAS : MENTERI JAMIN KEPUTUSAN AKHIR KERAJAAN GUNA FAKTA, BUKAN EMOSI – MI

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Kerajaan pusat akan cuba menyelesaikan isu pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang dengan mempertimbangkan empat asas termasuk mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan yang menjadi “tunjang keutamaan.”

Justeru kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamed, aspek kesihatan dan keselamatan rakyat melangkaui semua pertimbangan lain, dan sebarang keputusan terhadap Lynas tidak akan mengkompromi asas tersebut.

“Kedua, setiap keputusan yang diambil adalah berasaskan fakta, bukan emosi atau pertimbangan politik.

“Panel pakar IAEA yang dilantik akan menentukan fakta-fakta dalam kes ini, dan keputusan kerajaan akan dipandu oleh penemuan dan cadangan yang dikemukakan,” kata beliau dalam tulisannya diedarkan kepada media semalam.

Selain itu kata beliau, kerajaan sentiasa terbuka kepada perbincangan awam yang membina mengenai isu ini, dan berpandangan ia merupakan satu komponen penting dalam proses demokrasi.

Nota :

tak perlu kelentong
keputusan dari IEAE
ialah:

loji ini selamat!

tak percaya tunggu

tapi laporan ini akan berputar-putar
memggunkan bahasa susah nak difamahmi
oleh oarng kampong - akan ada nama nama
kimia yang pelik- pelik disebut tetapi
yakinlah semua untuk menipu!


soalan:
- kenapa syarikat australia ini tidak buka loji ini di australia?
- kenapa baru sekarang nak adakan kajian?
- kenapa tak boleh guna emosi?
- apakah semua telah jadi robot kena cemaran radioaktif
- kenapa jadi bodoh racun tanah air sendiri
- kenapa tak jadi cerdik biarkan mat saleh ini racun australia
- kenapa tak diterangkan IAEA ditaja oleh syarikat loji nuklear
- kenapa tak di beritahu IAEA ini badan pro-nuklear
- kenapa tak diberitahu semua keputisan IAEA akan mengatakan selamat

orang ramai wajib diberitahu – syarikat ini meminta kebenaran buat loji dalam bulan januari dengan tangkas dalam bulan februari telah diluluskan – apa rahsia kecekapan ini... kah kah kah

Bila Mahafiraun Bersuara.....!!


MAHATHIR; MALAYSIA MUFLIS JIKA NEGARA KEBAJIKAN PENUH – MI

Mahathir Mohamad mengakui Malaysia merupakan negara separa kebajikan, tetapi menegaskan, ia tidak seharusnya menjadi negara berkebajikan penuh kerana boleh menyebabkannya muflis.

Bekas perdana menteri itu berkata, dalam sesetengah kes adalah benar Malaysia negara berkebajikan sebab banyak barang dan perkhidmatan adalah murah kerana kerajaan memperuntukkan wang untuk mengurangkan kos sara hidup.

“Kos hidup di negara ini adalah rendah,” kata Mahathir (gambar) yang ditanya sama ada beliau bersetuju dengan pendirian pentadbiran Najib di sebalik polemik mengenai negara berkebajikan sejak kebelakangan ini.