Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 18, 2010

Sikap Tamak Haloba Taib Mahmud Punca BN Tewas Di Sibu...!!!



Taib Akui Taktik Baru Pakatan Punca BN tewas-Malaysianinsider

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata, taktik baru yang digunakan DAP bagi meraih sokongan pengundi menyebabkan BN kalah kerusi Parlimen Sibu.

“Kali ini kita menghadapi pelbagai corak kempen yang diadakan pembangkang dan ramai pula orang luar yang datang, kata Ketua Menteri Sarawak itu kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Katanya BN Sarawak akan merangka strategi kempen yang baru bagi pilihan raya negeri yang akan datang bagi menghadapi cabaran dan menangkis dakwaan tidak berasas oleh pembangkang terhadap kerajaan negeri.

Pilihan raya negeri dijangka sebelum Julai tahun depan.

Dipetik Bernama, Abdul Taib juga menafikan bahawa BN kalah disebabkan undi protes oleh pengundi Sibu bagi menunjukkan rasa tidak puas hati dengan ahli politik kanan di negeri ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata jentera pilihan raya BN tidak begitu kreatif atau bertenaga seperti pembangkang menyebabkan BN kalah dalam pilihan raya kecil itu.

Najib berkata jentera BN masih mengamalkan kempen cara lama.

Dalam kenyataannya semalam, Abdul Taib menyifatkan kemenangan DAP merampas kerusi Parlimen Sibu kelmarin bukan isyarat kepada permulaan penguasaan parti pembangkang di Sarawak.

Abdul Taib yang merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, takrifan DAP dan pakatan pembangkang terhadap keputusan itu merupakan soal lain.
--------------------------------------------------
Kah..Kah....NGAKU JE LAH YANG KAU DAH TAK POPULAR....

Kah..Kah....JANGAN INGAT JAWATAN KM SAEAWAK ENGKAU YANG PUNYA....

Kah...Kah...TAK CUKUP LAGI KE...?? HABIS SEMUA HASIL SARAWAK KAU YANG KEBAS...

Kah...Kah...ORANG SARAWAK DAH MUAK & BENCI DENGAN SIKAP HALOBA KAU....

Kah...Kah...CUKONG, KRONI DAN KAUM KERABAT KAU LEBIH UTAMAKAN...RAKYAT KAU PERLEKEHKAN...

Kah...Kah...MAT MONGOL PUN DAH TAK SANGGUP TENGOK MUKA KAU LAGI...

Kah..Kah....RUMAH KATA PERGI..KUBUR PUN DAH KATA MARI-MARI...

Kah..Kah....TAKKAN NAK TUNGGU PRU 13 BARU NAK TURUN...NAMTI MALU BESAR...

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH...MAKIN LAMA PEMIMPIN ITU MEMERINTAH..MAKIN DEKAT LAH DIA DENGAN LUBANG NERAKA...

BERIADAH PAGI RABU DI RTM

TUKANG KARUT KERAJAAN 1 MALAYSIA..

MARI LAH TUNJUKAN BAKAT MARAH ANDA

Demonstrasi di RTM esok atas isu wartawan/penerbit Chou Z Lam yang dipecat kerana menerbitkan dokumentari isu Bakun.

TARIKH: 19 Mei 2010 (Rabu),

MASA: 11:00 pagi.

TEMPAT : RTM, Angkasapuri.

ANJURAN :
-----------------------------------------------------
Kah...Kah...DATANG JANGAN TAK DATANG..Kah...Kah...

Tibai Biar Sampai Lunyai....!!!



MUHYIDDIN PERCAYA PROPAGANDA SENDIRI

Biarkanlah Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri percaya kepada propaganda sendiri yang dibesar-besarkan oleh media mereka kuasai. Akhirnya beliau dan pimpinan lain Umno juga yang akan tersentak oleh hakikat sebenar.

Memang diakui imej KEADILAN terjejas sedikit oleh tindakan beberapa orang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang melompat katak. Akan tetapi mereka adalah anasir-anasir buruk dalam Parti yang mempunyai banyak masalah diri dan tidak membuat kerja. Pasti mereka akan diganti kelak dengan calon-calon lebih berwibawa dalam pilihanraya akan datang. Pemergian mereka sangat kecil bila dibandingkan dengan peristiwa Tunku dan Tun Hussein keluar Umno dan meninggal di luarnya.

Tentang apa yang didakwa “anggota-anggota” yang konon keluar beramai-ramai, kami telah semak dan dapati kebanyakan mereka bukan anggota. Walau apapun, bilangan anggota KEADILAN yang keluar jauh lebih kecil dari ribuan ahli Umno yang keluar setelah Sdr Anwar Ibrahim disingkir, dizalami dan diaibkan.

Di Ipoh Barat, Fauzi Muda serta suku sakatnya memang lama menjadi duri dalam daging, dan tindakan beliau keluar sangat dialu-alukan. Sekarang Cabang itu boleh bersatu di bawah pimpinan yang lebih komited. Fauzi tidak lama dulu telah membuat surat sumpah menuduh PM Najib yang ditemuinya berjanji hendak memberinya banyak wang.

KEADILAN tidak akan runtuh. Umno-BN yang sebenarnya sedang karam. Insha Allah mereka akan karam lebih cepat lagi selepas Sibu!


Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Berita Gembira Dalam Sedih Dari Sibu....

TOKOH INI WAJIB DI ANGKAT MENJADI PERDANA MENTERI 1 MALAYSIA...

WALAU PUN KALAH BN TETAP TUNAIKAN JANJI DI SIBU : MUHYIDDIN – minsider

Barisan Nasional akan tetap menunaikan semua janji yang dibuatnya kepada penduduk Sibu semasa kempen pilihan raya kecil di situ minggu lepas walaupun calonnya telah kalah kepada calon DAP, kata Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata ini kerana kerajaan tidak melihat pilihan raya kecil itu sebagai satu titik kesudahan terhadap dasar-dasar yang dilaksanakannya.

"Segala apa yang telah diumumkan oleh mana-mana pemimpin BN sebelum itu, kita akan tunaikan.

"Sebahagian telahpun ditunaikan sama ada ia melibatkan masyarakat Iban, Melayu, Melanau, bumiputera atau Cina, dan sama ada Muslim atau Kristian dan sebagainya, itu kita tidak membeza-bezakan.

Projek Tebatan Banjir RM5j: Najib Masih'Berkira-kira' -Malaysiakini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini masih berkira-kira sama ada akan meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk satu projek mitigasi banjir di Sibu.

Peruntukan itu merupakan satu tawaran yang dibuat oleh perdana menteri pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil Sibu, Sabtu lalu.

"Kita akan teliti terlebih dahulu, kerana kita belum membuat sebarang keputusan tentang hal tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Najib yang juga pengerusi BN mengumumkan bahawa beliau akan menandatangani cek untuk projek tebatan banjir tersebut hari ini, sekiranya mereka menyokong Robert Lau Jr.

"Mari kita membuat perjanjian. Jika anda memberikan sokongan kepada Robert Lau Jr pada hari Ahad, saya akan menandatangani cek pada hari Isnin," katanya seperti dilaporkan sebelum ini.
---------------------------------------------------
Woittt....SEPATUTNYA YANG JADI PERDANA MENTERI IALAH MUHYIDDIN YASSIN.....

Kah...Kah...MUHYIDDIN MEMILIKI KEJUJURAN DALAM BERJANJI.....

Kah...Kah...MAT MONGOL LIDAH BERCABANG PAYAH TUNAI JANJI......

Wottt....TELAH SAMPAI MASA NYA SATU MALAYSIA DAPAT PERDANA MENTERI BARU...

Kah....Kah..LIHAT MUKA MUHYIDDIN ... JELAS ADA KEJUJURAN.....

Kah....Kah...LIHAT KEPALA MAT MONGOL... RAMBUT PUN DAH TAK ADA......

Kah...Kah... MUHYIDDIN MASIH BELUM BOTAK ... BERAMBUT LEBAT.... KACAK DAN SEMBAB PULAK TU...

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH...BN BILA BERJANJI BIASANYA TAK TUNAI PUN...