Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Apr 13, 2012

Tolak Keluar BN dan Lynas, Malaysia Pasti Selamat....!!!


KUALA LUMPUR 13 April: Rakyat Malaysia tiada pilihan selain menolak Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang sebagai jawapan kepada keangkuhan kerajaan dalam menangani isu loji nadir bumi Lynas, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

“Apakah kita mahu ulangi seperti yang terjadi di Bukit Merah? Tidak.

“Malaysia bukan ‘dumping site’ untuk sisa berbahaya. Ini bukan isu tentang parti mana, bangsa apa yang perjuangkan. Ini tentang kemanusiaan.

“Projek yang membawa mudarat seperti ini tidak kenal ini semua. Kajian membuktikan ia berbahaya untuk alam sekitar, bahkan tidak membawa apa-apa keuntungan kepada .

“Untuk generasi masa depan, kita kena tolak pihak yang membawa masuk projek ini,” katanya di hadapan kira-kira 200 peserta himpunan Solidariti Hijau SeMalaysia- Stop Lynas (SHS-SL) di Dataran Shah Alam, selepas solat Jumaat, hari ini.

Himpunan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib; Adun Meru, Dr Rani Osman; peguam Harris Ibrahim, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvam dan aktivis mahasiswa, Safwan Anang.

Mereka melaungkan slogan ‘Henti Lynas’, ‘Hidup Rakyat’, Hidup Alam Sekitar’, ‘Jahanam Kapitalis’ dan ‘Go Back To Australia’

Kira-kira 20 anggota polis beruniform dan berpakaian preman hanya memerhatikan himpunan, manakala anggota trafik mengawal keadaan lalu-lintas.

Sementara itu, jurucakap Badan Bertindak Anti Rare Earth (Badar) Zulkefly Mohamad Omar berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung penolakan semakan kehakiman yang difailkan sepuluh penduduk Gebeng, Kuantan terhadap tindakan Atomic Energy Licensing Board (AELB) meluluskan lesen operasi sementara kepada Lynas.

“Dalam masa terdekat kita akan failkan rayuan. Kita yakin ada kepentingan pihak tertentu dalam mempertahankan projek ini.

“Hanya satu sahaja isyarat yang wajar rakyat tunjukkan kepada pemerintah sebagai penentangan terhadap projek ini. Tolak mereka yang menyokong pembinaan loji Lynas dalam pilihan raya umum akan datang,” tegasnya.

Mari Bersama Kita Menempa Sejarah....!!!


KENYATAAN MAMA@BERSIH 3.0

Kami, ibu-ibu dari seluruh negara, mengambil keputusan untuk tampil ke depan, menyatakan sokongan terhadap "Duduk Bantah" BERSIH 3.0 dengan tindakan kami. Maka dengan ini, kami menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Najib Razak melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya sebelum PRU akan datang.

Wanita yang memainkan peranan sebagai ibu dalam masyarakat tradisional, meskipun tidak terlalu ambil berat terhadap politik, namun tetap menyedari bahawa politik mendatangkan kesan yang mendalam terhadap setiap keluarga dan masa depan anak-anak. Kesan ekonomi negara meluas. Inflasi yang melambung menyusutkan nilai wang dalam poket kita. Negara kita semakin hari semakin terdesak ke pinggiran muflis, dengan pembaziran, urus tadbir yang tidak baik, rasuah dan penyelewengan. Anak-anak dan ibu bapa kehilangan kebebasan untuk memilih dan peluang yang saksama, lantaran daripada dasar pendidikan yang gagal. Rakyat jelata terus didiskriminasi dan dipinggirkan kerana kerenah "Little Napoleon" dalam jabatan kerajaan. Masalah pengangkutan dan keselamatan kekal tidak diselesaikan berdekad-dekad.

Jelas, politik mempengaruhi setiap detik dalam hidup keluarga kami.

Sering kali kami berasa bimbang, apakah kami terdaya untuk menampung kos pendidikan tinggi anak kami pada masa depan? Kami sering tertanya-tertanya, mengapa sekumpulan anak-anak kami berdepan dengan masalah kekurangan guru dan infrastruktur di sekolah, dan sekumpulan anak-anak kami pula perlu bangun di awal pagi untuk mengharungi kesesakan jalan raya sebelum sampai ke sekolah?

Sering kali kami tertanya-tanya, mengapa tenaga polis kita dibazirkan untuk menekan dan memantau rakyat, sebaliknya bukan untuk menangkap penjenayah, agar anak-anak kita keluar pintu dengan gembira, dan pulang ke rumah dengan selamat? Masalah-masalah yang timbul di atas lantaran politik ini paling dirasai ibu-ibu. Namun demikian, pada kebanyakan masanya, apa yang mampu kami lakukan sungguh terbatas, selain risau dan bimbang.

Berdepan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, kami sekadar mampu mengeluh kerana sumber disalahgunakan. Seringkali kami hanya mampu mengeluh, dengan pasrah membiarkan benda-benda yang tidak masuk akal berlaku di depan mata kita.

Undi menjadi harapan kami ketika berdepan dengan masa hadapan negara. Sebagai ibu, apa yang kami harapkan adalah, kami dapat menjadi tuan kepada negara ini, memperjuangkan masa depan anak-anak yang lebih baik dengan undi dalam tangan kami. Namun, apabila kami mendapati daftar pemilih dimanipulasikan, media dikongkong, undi dirasuah, sehingga undi dalam tangan kita gagal membayangkan apa yang terpendam dalam hati kami secara berkesan, kami berasa amat marah.

Sebagai pengemudi masa depan anak, kami tidak menerima sistem dan proses pilihan raya yang sarat dengan penyelewengan. Bayangkan, bagaimana masa depan anak-anak kami boleh terjamin oleh kerajaaan yang bukan lahir dari pilihan raya yang adil dan bersih?

Kami tetap menganggap, kami tidak boleh meninggalkan kebobrokan generasi kami kepada generasi yang akan datang, kerana ia tidak adil untuk anak-anak kami. Kami, sebagai ibu, harus tampil untuk menyatakan pendirian kami, menyokong reformasi proses pilihan raya yang dituntut BERSIH 3.0. Kami harus menyempurnakan penambahbaikan proses pilihan raya dalam generasi kami. Tiada kesabaran untuk kami menunggu 5 atau 10 tahun lagi. Kami tidak mahu pengundi hantu. Kami hanya mahu pilihan raya yang bersih dan adil.

Kami menuntut SPR dan kerajaan Najib berjanji untuk melaksanakan sepenuhnya LAPAN tuntutan BERSIH sebelum PRU akan datang:

1. Bersihkan senarai undi;
2. Mereformasikan undi pos;
3. Gunakan dakwat kekal;
4. Masa kempen minima 21 hari;
5. Akses media yang bebas dan adil;
6. Kukuhkan institusi awam;
7. Hentikan rasuah dan
8. Hentikan politik kotor

Pada masa yang sama kami meminta kerajaan Najib mengundang badan pemantau antarabangsa untuk memantau pilihan raya umum Malaysia, untuk menambah kredibiliti dan memastikan keabsahan kerajaan pada penggal akan datang. Seandainya Burma mampu mengundang pemerhati antarabangsa, kami yakin Malaysia semestinya mampu berbuat demikian.

Akhirnya, sekali lagi kami menyeru semua ibu Malaysia untuk berhimpun di Dataran Merdeka atau lokasi di mana-mana pelusuk negara ini, untuk menyatakan tekad kami terhadap reformasi pilihan raya dengan tindakan kami.

We Will....We Will....Rock You....!!!



Nota :

pihak bersih berharap
akan ramai yang datang
dengan keretapi

dari johor dengan keretapi
dari utara dengan keretapi
dari kota bahru dengan kereatapi

semua turun di stesen lama
berhampiran dengan masjid negara

kalau tidak
sila datang dengan bas

sila tempah tiket bas dari sekarang
sila tempah tiket kereapi dai sekarang
sila tempat bilik hotel
sila cari kawan kawan di kuala lumpur
sila cari saudara mara di kuala lumpur

untuk anak muda
sila bawa sleeping beg

anak anak muda
yang ada kamera
sila buat klip
untuk merayakan
ibu segala demo
di datarn merdeka

buat klip yang cool
dibawah satu minit

demo bersih yang lalu
ramai yang tercicir
ramai yang tak sempat datang
ramai yang tak dapat masuk ke kuala lumpur

ramai juga yang menyesal tidak bersama

kali ini jangan tercicir
kali ini jangan tak datang
kali ini buat perseduiaan awal

sila:
tempah tiket bas
tempah tiket keretapi - paling selamat
tempat bilik menginap

datang sehari awal agar sempat masuk
ambil cuti sehari

sila:
cari bilik tumpangan dlam kota
sila cari masjid untuk berteduh
anak muda yang tak ada duit
sila bawa sleeping beg

sila ikuti tukar tiub
untuk arahan terkini
blog tukar tiub
adalah blog saheh
tentang duduk bantah dataran merdeka

kali ini
kita pastikan
500 ribu turun
ini kekuatan kita
ini niat dan akidah kita
untuk memastikan pailihan raya nanti
bersih dan adil

jika kita gagal
makan ini adalah kesilapan sejarah
yang akan dibayar harganya oleh jenerasi
muda dan jenerasi yang belu lahir

jika kita berjaya mengumpul 500 ribu
maka kita membuat sejarah!

Bukan Semua Cukong Tolak BERSIH 3.0....!!!


8 DEWAN HIMPUNAN CINA SOKONG HINPUAN HIJAU - MK

Lapan dewan perhimpunan Cina daripada lapan negeri secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Himpunan Hijau 3.0 dan mengajak orang ramai hadir ke KLCC, Kuala Lumpur pada 28 April ini.

Dewan itu yang memayungi kebanyakan persatuan Cina di negeri masing-masing menyatakan pendirian itu dalam kenyataan bersama mereka hari ini - tindakan yang jarang berlaku sebelum ini.

Dewan terlibat daripada Kuala Lumpur dan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Perlis, Sarawak dan Terengganu.

"Tanpa dijangka, Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan baru-baru ini mendedahkan bahawa Lynas diberikan lesen mengimport bahan mentah dan sisa simpanan sementara. Kami akan kecewa berhubung perkara ini.

"Oleh itu, kami mengajak semua rakyat dariapda seluruh negara yang peduli terhadap isu alam sekitar untuk hadir dalam perhimpunan 28 April di KLCC, untuk menyatakan muafakat masyarakat sivil menolak bahaya alam sekitar," kata kenyataan itu.

NOTA:

menurut YB mahfuz
ada perancangan sulit
untuk memberikan kad pengenalan
kepada pendatang asing dan pendatang haram

satu - task force - yang dipimpin oleh pegawai
tertinggi kerajaan sedang menjalankan rancangan jahat ini
untuk memastikan gerombolan terus beerkuasa

tugas kita ialah mengagalkan rancangan ini

kerja jahat ini akan gagal jika 500 ribu turun ke dataran merdeka!

UMNO/BN Ingat KTM Tu Mak Bapak Dia Punye Ke....??


'KTM arah benarkan pasang bendera BN di 28 stesen'-MK

EKSKLUSIF Warna biru bendera BN dijangka memenuhi kesemua 28 stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh Selangor tidak lama lagi.

Ini ekoran pengerusinya Datuk Seri Ir Mohamed dikatakan mengeluarkan arahan supaya pegawai terlibat membenarkan jentera pilihan raya BN memasang bendera itu, sekali gus memeliharanya daripada dibuang atau disabotaj.

Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor dan bekas menteri kerja raya didakwa mengeluarkan arahan itu semalam.

Menurut sumber, pegawai KTMB juga diminta memastikan bendera itu digantung di tempat sesuai, kemas dan tidak menjejaskan keselamatan operasi stesen dan kereta api.

Manakala polis bantuan pula diminta memantau supaya bendera yang dipasang selamat daripada perbuatan khianat.

Menteri nafi, tapi OK

Sementara itu, Mohd Zin ketika dihubungi Malaysiakini menafikan mengeluarkan arahan itu dan "tidak ingat" sama ada menandatangani sebarang surat arahan berkaitan.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, pemasangan bendera tersebut tidak menjadi masalah asalkan tidak mengganggu isyarat dan memudaratkan perjalanan Komuter.

Malah, katanya, selain bendera BN, bendera parti lain juga turut boleh dipasang.

"Saya tidak ada arahkan. Tapi kalau nak pasang bendera tak apa, asalkan tak ganggu isyarat. Kalau bendera lain nak naikkan pun tak jadi masalah. Asalkan tak ganggu keselamatan.

"Tapi saya tak ada keluarkan arahan khusus... Saya tak ingat kalau saya ada tanda tangan apa-apa arahan... Mungkin pegawai saya nak bantu kita," katanya.

Mohd Zin berkata, jika benar, ia mungkin kerana ada pihak kasihan kepada BN yang menjadi pembangkang di Selangor dan mengalami kesukaran menaikkan bendera di kawasan awam.

"Dekat Selangor, kita pembangkang. Kalau naikkan bendera BN, nanti pihak berkuasa tempatan akan turunkan. Jadi mungkin agaknya ada yang kesian dekat kita dan nak bantu kita berkempen.

"Tapi saya tak ada halangan kalau nak pasang bendera," katanya.

Nota :

Kesihan nya rakyat Selangor, bendera juga yang BN pentingkan. Lagi-lagi pula itu tempat awam, Stesen stesen tu bukan harta BN, kenapa nak buat arahan????!!!!

Kerajaan Dah Mula KLuk Klek Pasal Himpunan BERSIH 3.0....!!!


Dataran Merdeka milik rakyat, kata BERSIH-MK

BERSIH mempertikaikan kenapa mereka diminta mendapatkan kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk melangsungkan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 28 April ini.

"Kenapa alasan ini digunapakai hanya terhadap kami? Ini ruang awam, ia milik rakyat.

"Tidak patut ada sebarang sekatan untuk menggunakannya," kata pengerusi bersamanya S Ambiga.

Bekas pengerusi Majlis Peguam itu juga berkata ia selama ini digunakan untuk pelbagai acara setiap minggu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan 'menteri udang-undang' Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dilaporkan menggesa BERSIH meminta kebenaran pemilik lokasi itu sebelum mengadakan perhimpunan itu.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, beliau menegaskan janji kumpula pro-reformasi sistem pilihan raya itu untuk memastikan perhimpunan anjurannya berlangsung aman.

"Jika ada sesiapa cuna menimbulkan masalah dan melakukan keganasa, kami sendiri akan serahkannya kepada pihak polis," katanya lagi.

Nota :

Masa himpunan mlm thn baru, ada ker kena mintak izin dbkl? Sedangkan yg itu dah jelas x ada apa2 motif, hanya utk berhibur & berpesta. Sedangkan dlm kes Bersih ini, ianya adalah demi mendapatkan keadilan dlm pilihanraya, & demi memperjuangkan keadilan utk rakyat. Klau ikut relevan, himpunan Bersih lah yg paling layak diadakan didataran merdeka. Meminta pihak penganjur Bersih utk meminta izin, boleh diibaratkan sperti mempersendakan himpunan ini. walapun pd dasarnya himpunan ini adalah demi memperjuangkan hak2 rakyat & utk kebaikan rakyat. Jgn dihinakan hak rakyat utk berhimpun didataran merdeka. sedangkan perhimpunan mlm tahun baru x pernah pun perlu meminta izin dari dbkl sepanjang penganjurannya. Sila hormati hak rakyat, utk rakyat lebih menghormati diri kamu!...