Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Aug 17, 2011

Lagi Bukti Penipuan Memang Di Rancang...!!


Bekas tentera dakwa mengundi 'sampai lenguh' - MK

Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau mengaku berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Katanya, beliau telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah."

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah dua orang lagi anggota dan seorang pegawai tentera.

Malu..Sedih...Bila Tahu Diri Di Tipu...!!


SYOR SEKOLAH DIBERI PILIHAN - UM

PUTRAJAYA 16 Ogos - Kerajaan sedang menimbangkan cadangan untuk membenarkan sekolah memilih sama ada menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.

Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana Kementerian Pelajaran tidak mahu kelonggaran itu nanti menjejaskan pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

''Saya tahu ramai ibu bapa yang berminat tentang soal pembelajaran bahasa Inggeris itu dan sebab itu bila ada saranan tersebut, mungkin ada pihak menyatakan boleh tak kita bagi kelonggaran.

''Jadi, perkara itu masih di peringkat kajian di kementerian dan setakat ini kita belum putuskan lagi kerana pertamanya kita sudah ada dasar MBMMBI itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di sini hari ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihak beliau kini memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkukuhkan program pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah.

Beliau menambah, ia perlu memandangkan masih ramai pelajar sekolah yang masih tidak mampu menguasai bahasa Inggeris.

''Jadi, ini memerlukan kita buat kajian secara lebih mendalam dari pelbagai aspek. Antaranya soal guru, latihan perguruan, bilangan guru yang terlatih, tempoh masa belajar bahasa Inggeris, buku teksnya dan sebagainya.

''Bila kita nak buat keputusan? Kita akan mengkajinya secara menyeluruh dan bukannya kita ambil satu atau dua pandangan sahaja," katanya.

nota:

Amat sedih..amat malu
sedih kerana apa?
malu kerana apa?

Sedih betul rasanya ditipu oleh muhyiddin yassin
kah kah kah

malu betul kerana percaya pada muhyiddin yasssin
kah kah kah

Tak kan nak menonggeng je
bila kena tipu
kah kah kah

anak muda bersedia
jangan memonggeng
bila kena tipu..susun barisan
dan gempur kembali

Bukti Penipuan Memang Di Rancang...!!


KENYATAAN MEDIA

Program Pemutihan Pendatang Asing - Wanita KEADILAN ada Bukti Pendatang Asing Dikehendaki Bersumpah Menyokong Umno/Barisan Nasional (16 Ogos 2011)

Wanita KEADILAN menuntut supaya program pemutihan 6P yang kini sedang dijalankan oleh Umno/Barisan Nasional dihentikan serta merta dan satu siasatan di peringkat tertinggi dibuat untuk memastikan program ini tidak mencabul kedaulatan negara.

Setakat ini, pelbagai bukti telah dikemukakan berkenaan kewujudan pengundi-pengundi yang diragui dalam senarai pengundi. Bukti-bukti ini dengan jelas menunjukkan kewujudan pengundi hantu dan mengesahkan kebimbangan ramai pihak bahawa Umno/Barisan Nasional sedang menyeludup pengundi-pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan pendatang asing.

Wanita KEADILAN telah berjaya menyelinap masuk ke dalam sindiket program pemutihan ini dan mendapati bahawa pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional sebagai salah satu dari syarat proses pemutihan. Wanita KEADILAN sempat mengambil skrip sumpah untuk didedahkan kepada orang ramai.

Tindakan ini dengan jelas mensabitkan program pemutihan 6P dengan muslihat untuk menjual kedaulatan negara semata-mata untuk menjamin kelangsungan kuasa Umno/Barisan Nasional yang semakin ditolak rakyat. Seluruh rakyat Malaysia yang waras dan sayangkan negara tahu bahawa muslihat ini adalah satu bentuk pengkhianatan yang dijalankan oleh Umno/Barisan Nasional.

Wanita KEADILAN sedang berusaha untuk mendekati pendatang-pendatang asing yang telah melalui proses ini untuk tampil ke hadapan memberi keterangan, walaupun sukar kerana keselamatan mereka terancam. Bukti sedang dikumpul dan akan didedahkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Muslihat Umno/Barisan Nasional ini akan tersebar luas dan akan menaikkan lagi kemarahan rakyat. Jika pimpinan Umno/Barisan Nasional masih ada saki baki maruah, mereka akan menghentikan pengkhianatan ini serta merta sebelum lebih banyak bukti dibentangkan kepada rakyat.

Saya juga mencabar pimpinan parti-parti komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC, Gerakan, PBS dan lain-lain untuk menyatakan pendirian mereka sama ada mereka bersetuju dengan muslihat menyeludup pengundi-pengundi hantu atas alasan pemutihan pendatang asing yang dijalankan secara besar-besaran oleh Umno ini. Jika mereka terus berdiam diri, mereka juga bersubahat dengan pengkhianatan yang mencabul kedaulatan negara ini.

Sekian. Terima kasih.

YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen Ampang


NOTA:

untuk pengetahun para pengundi
untuk pengetahun para penyokong barisan
pada pru ke 13 ini pakatan akan mendapat udi terbanyak
pada pru 13 ini pakatan akan memnag besar

tetapi awas!

pakatan akan dinafikan kemenangan ini
pakatan akan ditipu
rancangan licik untuk menipu undi sednag berjalan

sampai kiamat pun pakatan rakyat tidak akan menang
dalam pilihanraya kerana pilihanraya ini menipu

ini hakikat
jangan buat buat tak faham
jangan buat buat tak sedar
bukti semua ada di hadapan mata
bukti jelas terpampang

persoalan nya
apa tuntutan rakyat?
apa jawapan pakatan?
apa tindakan yang wajib diambil

kalau pilihanraya boleh mengunah apa apa
telah lama pilihanraya di malaysia ini
di haramkan
kah kah kah

Berhemahnya Polis Malaysia...!!



Nota :

Sila lihat klip video ini
sila lihat mutul mutul
gua tak tak tipu maaa...
ini polis malaysia
manyak manyak baik oooo...
kah kah kah

Senyum Petang Rabu...!!


NOTA:

ini mukan ipoh mali maa...
ini lombak mali wooo....
ada cakap cakap...kinchin pun talak munyi
kah kah kah

Dah Agak Dah....!!


ANWAR: JK KHAS PARLIMEN HELAH ALIH TEKANAN ATAS SPR - MK

Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim menuduh Najib Razak mahu mengalih tekanan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dengan mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk mengkaji cadangan bagi mengadakan reformasi sistem pilihan raya negara ini.

Anwar berkata pada prinsipnya, Pakatan Rakyat bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa tersebut.

Semalam, Najib mengumumkan rancangan kerajaan menubuhkan jawatankuasa untuk membincangkan semua reformasi sistem pilihan raya yang diperlukan supaya tidak ada pihak lagi syak wasangka terdapat manipulasi kerajaan.

Anwar menegaskan bahawa pengumuman tersebut mencerminkan pengakuan bahawa Pakatan and BERSIH 2.0 adalah betul bahawa terdapat kecacatan yang serius dalam sistem pilihan raya negara.

“... (Najib) telah mengakui (BERSIH 2.0 betul), dan rakyat telah membayar harga untuk itu - dipukul dan semua itu," katanya ketika dihubungi.

Katanya, isu sekarang ialah untuk kerajaan berusaha menjadikan SPR benar-benar bebas supaya suruhanjaya itu boleh mula memenuhi tanggungjawabnya.

NOTA:

Awas dan wasapada
sila tanya apa jadi dengan
laporan suruhanjaya pembaiki polis
sampai hari ini tak ada apa apa

suruhanjaya ini ditubuhkan di zaman dolah
sampai sekarang satu pun traaaak

yakinlah....
jawatan kuasa khas parlimen untuk pilihanraya
akan menubuhkan satu lagi jawatan kuasa
jawatan kuasa ini akan tubuh satu lagi jawatan kuasa
jawatan kuasa ini akan tubuh satu lagi jawatan kuasa kecil
jawatan kuasa kecil ini akan tubuh jawatan kuasa teknikal
jawatan kuasa teknikal akan tubuh jawatan kuasa kerja
jawatan kuasa kecil akan tubuh jawatan kusa laporan
kah kah kah

sampai tua laaa luuu
kah kah kah

inilah cara BN bekerja
dalam masa ini BN panggil pilihanraya
dalam masa ini BN akan tipu pilihanraya
dalam masa ini BN menang lagi
untuk rembat harta negara
kah kah kah

No Action Talk Only ( NATO )...!!


ANAK BERI TEMPOH HINGGA AIDILFTRI FELDA JELAS ISU PINJAMAN RM6 BILION DARI KWSP - MI

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) memberi tempoh sehingga Aidilfitri kepada Putrajaya membuat penjelasan berhubung pinjaman RM6 bilion dibuat Felda daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusinya Mazlan Aliman menegaskan, sekiranya gagal pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Apabila timbul isu Felda meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion namun sehingga kini Ahmad Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) tidak memberi apa-apa penjelasan mengenai perkara ini walaupun kita telah mebuat laporan polis untuk menyiasatnya.

“Tapi malangnya sehingga hari ini kita masih belum menerima sebarang penjelasan daripada Ahmad Maslan dan apa yang membimbangkan adalah sekiranya RM6 bilion ini disalurkan secara tidak berhemah dan akan memberi implikasi dan igauan buruk kepada warga peneroka,” katanya pada sidang media di sini.

Kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, tindakan Felda meminjam RM6 bilion daripada KWSP juga akan memberi kesan terhadap pentadbiran kewangan agensi tanah itu dan juga aset yang dimiliki peneroka.

nota:

jangan lupa orang asal
pernah berdemo di putarajaya

jangan lupa peguam juga
pernah berdemo di putrajaya

mak cik dan pak cik felda
bila pulak nak kepong putrajaya?

jangan jadi pertubuhan nato
no action talk only
kah kah kah

Cakap Tak Serupa Bikin...!!


Gambar Bersih 2.0: Jurugambar Suara Keadilan dipanggil SKMM-Keadilan Daily

KUALA LUMPUR: Ketika Datuk Seri Najib Razak bercakap berdegar-degar mengenai usaha mengurangkan penapisan media,Jurugambar Suara Keadilan, Yuisriah Yusof dipanggil Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM).

Ia dipercayai untuk membantu siasatan berhubung gambar kecederaan yang dialami pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Afiq Albakqry.

Menurut Yuisriah, beliau dihubungi Pegawai SKMM, dikenali sebagai Mohd Khairul Bin Abdul Kadir, Isnin untuk memberi keterangan.

Namun atas nasihat peguam, beliau tidak berbuat demikian kerana tiada notis dikeluarkan.

Bagaimanapun, pada petang tadi, satu notis bertarikh 16 Ogos dihantar ke pejabat Suara Keadilan melalui kiriman faksimili, mengarahkan Yuisriah hadir ke pejabat SKMM Jumaat ini.

Surat itu menyebut bahawa pegawai berkenaan diberikan kuasa untuk menjalankan siasatan di bawah peruntukan Bab 3, Akta Komunikasi & Multimedia 1988 (Akta 588).

Ia juga menyebut di bawah Seksyen 255, Akta yang sama, pegawai yang diberi kuasa berhak mengarahkan Yuisriah hadir pada tarikh tersebut di Jabatan Siasatan SKMM, Bangunan Sultan Abdul Samad, Blok C, Tingkat 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Sekiranya beliau gagal hadir pada tarikh, tempat dan masa ditetapkan, pegawai berkenaan boleh melaporkan ketidakhadirannya pada majistret supaya satu waran dikeluarkan.

Pada Himpunan Bersih 2.0 lalu, Fayyadh mengalami kecederaan teruk di muka dan hancur tulang pipi selepas terkena kanistes gas pemedih mata dilepaskan FRU, di laluan bawah KL sentral.

Sebanyak lima plat besi dimasukkan di tulang pipi Fayyadh manakala Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pula mengalami kecederaan di kepala.

Gambar kecederaan Fayyadh yang berlumuran darah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cedera akibat terkena tembakan gas pemedih mata itu, sempat dirakam oleh Yuisriah pada masa itu.

Justeru tindakan memanggil jurugambar Suara Keadilan ini dilihat berlawanan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak, 15 Ogos lalu yang menyatakan penapisan media, akan dikurangkan.

Gambar yang kecederaan yang dialami Fayyadh dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirakam jurufoto Suara Keadilan, Yuisriah Yusuf
Merujuk tindakan menghitamkan bahagian tertentu majalah The Economist sebelum ini, Najib menyatakan tapisan sedemikian tidak lagi relevan dan memerlukan kaedah baru.

Pada masa yang sama, Najib membiarkan tekanan berterusan terhadap media alternatif seperti Suara Keadilan- yang tidak diperbaharui permit penerbitannya sejak hampir setahun lalu.

Baru-baru ini Editor Suara Keadilan, Fazallah Pit dan Ketua Wartawan, Ahmad Fadli dipanggil memberi keterangan berkaitan pendedahan mengenai penggunaan kanister Israel oleh pasukan polis pada Himpunan Bersih.

Turut memberi keterangan ialah Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang memiliki bukti berkenaan sebelum mendedahkannya melalui akhbar rasmi KEADILAN itu.

Cina Mahu Mat Sabu Bertanding Di Bukit Bintang..??


TIDAK dipastikan ramai mana orang MCA sudah meninggalkan parti itu menyertai parti dalam Pakatan Rakyat. Ramai yang keluar itu mengikut Chua Jui Meng menyertai KeADILan. Tidaklah mereka menyertai PAS. Tetapi mereka menunjukkan sikap terbuka dan mesra kepada PAS.

Seorang bekas timbalan menteri yang pernah memimpin MCA Bukit Bintang, kawasan yang padat pengundi Cina di Kuala Lumpur yakin 75 peratus pengundi Cina akan mengundi Pakatan Rakyat termasuk PAS.

Di mana saja PAS bertanding pengundi Cina yang dulunya me ngundi DAP dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan undinya kepada PAS kali ini, katanya.

Hatta di kawasan padat pe ngundi Cina yang sebelum ini dimenangi oleh DAP, mereka sedia me ngundi calon PAS.

Bagi membuktikan keyakinannya, dia mengesyorkan supaya Timbalan Presiden PAS, Mohamad (Mat) Sabu bertanding di Bukit Bintang di kawasan dia pernah menjadi pemimpin MCA.

Dia yakin Mat Sabu akan mendapat majoriti yang besar bagi mengalahkan calon Barisan Nasional daripada MCA.

Sekalipun calon BN itu Cina bertanding dengan Mat Sabu, seorang Melayu dan PAS pula, dia percaya pengundi Cina memilih Mat Sabu. Dia sendiri akan bekerja kuat mengajak penyokong MCA dulu mengundi Mat Sabu.

Dia yakin penyokong DAP di kawasan itu akan menerima Mat Sabu seperti calon-calon DAP sebelum ini.

Penyokong DAP tidak berubah bahkan bertambah dengan pengundi baru. Jika penyokong MCA dulu yang sedia berubah itu memberi undi kepada Ma Sabu, calon itu akan dapat undi lebih besar daripada yang didapati oleh DAP sebelum ini.

Tetapi saya kata kepadanya, Bukit Bintang adalah kawasan DAP sejak tahun 70- an pada zaman Lee Lam Thye. Berundinglah dengan Lim Guan Eng, katanya. Mat Sabu adalah kawan baik Guan Eng. Minta satu kawasan daripadanya dan PAS berilah pula satu kawasannya kepada DAP.

Dapatkah persetujuan daripada KeADIL an supaya memberi satu kawasan yang dimenanginya di Wilayah Persekutuan, tentu DAP tidak sukar untuk memberi satu kerusi kepada Mat Sabu.

Orang Cina memang tertarik dengan keberanian Mat Sabu dan ucapannya yang berani dan lantang mendedahkan kelemahan dan kepincangan kerajaan dan pemimpin Umno dan Barisan Nasional digemar oleh pengundi-pengundi Cina.

Lagipun Mat Sabu tegas. Sudah berapa kali dia ditahan di bawah ISA, dia tidak berganjak dan tidak berubah.

Penyokong dan pemimpin DAP percaya Mat Sabu jadi begitu adalah kerana tarbiyah yang diterima dalam PAS. Mereka menghormati sistem tarbiyah yang ada dalam PAS menyebabkan tidak ada MP dan Adunnya yang melompat parti.

DAP mengaku, ia malu ada wakil rakyatnya melompat. Ia adalah disebabkan DAP tidak ada tarbiyah itu. Itu akuan beberapa orang DAP yang saya temui.

Bekas pemimpin MCA yang mencadangkan Mat Sabu bertanding di Bukit Bintang itu bukan kerana dia hendak mengelakkan kawasan itu terus diwakili oleh DAP.

Sesudah berada dalam Pakatan Rakyat, mereka menerima siapa saja calon yang diputuskan oleh pimpinan Pakatan. Tetapi bagi menunjuk dan membuktikan pengundi Cina sedia mengundi PAS, cuba letakkan Mat Sabu bertanding di Bukit Bintang.

Saya tidak menolak akan sikap pengundi Cina bersedia memberi sokongan kepada orang yang disukainya sekali pun calon itu bukan Cina yang bertan ding de ngan pengundi Cina.

Pengundi Cina suka kepada Karpal Singh. Bertan ding dengan Cina mana pun mereka akan menyokong Karpal Singh.

Suatu masa dulu Cina Ipoh menyokong Seenivasagam bersaudara yang memimpin PPP. PPP meletakkan lebih ramai calon keturunan India dan Selon (Ceylon) di Lembah Kinta daripada calon Cina bertanding menentang calon Cina daripada Perikatan. Semua calon Cina itu kalah.

Kemudian setelah PPP menyertai Barisan Nasio nal, seorang pemimpin Cinanya, peguam Cina yang terkemuka, Kong Kok Yat menjadi anggota Parlimen dan menjadi ketua utama dalam Majlis Perbandaran Ipoh yang dikuasai oleh PPP kalah di kerusi Dun di salah satu kawasan di Ipoh kepada calon DAP, seorang Melayu dipanggil Pak Saleh yang bekerja sebagai buruh dalam Majlis Perbandaran itu.

Kong Kok Yat adalah bos di majlis itu. Dia dikalahkan oleh calon DAP Melayu yang menjadi buruhnya.

Saya teringat menjelang pilihan raya umum 1986, saya telah ditetapkan bertanding di Parit Buntar. Ia dikira kawasan yang terbaik bagi PAS. Dalam pilihan raya sebelumnya calon PAS kalah kecil di situ.

Banyak masa saya berkempen di Perak termasuk di Ipoh dan menyampaikan ceramah kepada pengundi Cina.

Seorang SB Melayu yang ditugaskan untuk memantau PAS bertugas di Sungai Siput. Dia tidak menyembunyikan dia SB dan selalu ada dalam ceramah saya.

Suatu hari dia bercakap dengan saya memberitahu supaya saya jangan bertanding di Parit Buntar tetapi bertanding di Ipoh. Mengikut tinjauan pengundi Cina suka kepada saya.

Dia cadangkan supaya saya berunding dengan DAP. Dia tahu saya kenal Lim Kit Siang. Dia cadangkan saya minta Kit Siang setuju memberi satu kawasan di Ipoh kepada saya, saya boleh menang.

Tetapi kalau saya bertanding di Parit Buntar, saya akan kalah.

Saya kata, adakah cadangannya itu untuk melihat saya kalah di Ipoh dan hilang peluang untuk masuk Parlimen. Dia bersungguh bagi meyakinkan saya kalau DAP bersetuju memberi laluan kepada saya di Ipoh, maka saya pasti menang. Saya pun percaya akan pandangannya.

Saya balik ke Kuala Lumpur membincangkan dengan pemimpin PAS tentang hasil risikan SB itu. Tetapi pemimpin PAS tidak berani untuk mengambil risiko dan ketika itu PAS dan DAP pantang bertemu. PAS tidak mahu keadaan itu akan menyulitkan PAS menghadapi bom asap Umno yang menjadikan muafakat sulit PAS dan DAP sebagai isu bagi menyulitkan PAS di kalangan pengundi Melayu. Dan saya percaya apa yang cadangkan oleh SB itu boleh berlaku.

Arus itu tidak berubah hingga sekarang. Pengundi Cina terus membuat kejutan menyokong calon seperti Mat Sabu.

Bekas orang kuat MCA menyebut nama Mat Sabu itu mungkin bukan sangat disebabkan dia sudah berada dalam Pakatan Rakyat, tetapi ciri-ciri pemikiran dan sikap orang Cina yang ada padanya suka kepada orang yang berani dan ada pendirian.

Bahkan semasa dia berada dalam MCA, hati kecilnya boleh berfikiran begitu dan tidak mustahil menyokong calon yang ada ciri demikian sekalipun disiplin BN dan MCA itu mengendaki dia mengundi calon partinya.

Dia berkata, kalau Mat Sabu bertanding di Bukit Bintang, kita dapat tunjukkan satu contoh 1-Malaysia yang baik. Walaupun 1-Malaysia itu satu slogan retorik yang dicipta Najib tetapi kita buktikan kita melaksanakannya.

Katanya, kita akan te ngok pengundi Cina daripada penyokong DAP dan pengundi MCA dulu akan memberi sokongan kepada calon Melayu daripada PAS dan daripada pihak yang memperjuangkan Islam pula.

Dulunya pengundi bukan Islam tidak mungkin menyokong calon yang memperjuangkan Islam dan mahukan negara Islam pula.

Tetapi sekarang PAS mahu menegakkan negara kebajikan untuk semua termasuk orang bukan Islam daripada berbagai-bagai agama. Dalam perkembangan sekarang penganut agama lain tidak bermasalah untuk menyokong Mat Sabu.

Ini peluang kita tunjukkan kita boleh jayakan 1-Malaysia. Bekas orang kuat MCA itu tidak nampak Najib dan Umno boleh jayakan 1-Malaysia.


Rosmah Punca Najib Bakal Di Singkirkan...!!


KUALA LUMPUR: Dakwaan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali mengenai ‘ada usaha menjatuhkan Najib Tun Abd Razak’ dari jawatannya sebagai Perdana Menteri memang benar wujud.

Satu sumber dari Umno memberitahu, lebih 100 Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian-bahagian sudah memulakan usaha ini kerana mereka kecewa dengan sikap Najib selaku Presiden Umno yang terkejarkejar sokongan dari pelbagai pihak tetapi tidak langsung memberi muka kepada Pergerakan Pemuda.

Pertemuan demi pertemuan sudah dibuat atas nama ketua-ketua Pemuda Umno bahagian yang kecewa dan terbaru, satu pertemuan diadakan di sebuah restoran makanan Arab di Kampung Pandan, 3 Ogos lalu.

Dalam pertemuan tersebut, beberapa pihak yang hadir mendak wa ada percanggahan pendapat mengenai usaha ini kerana mereka tidak mendapat restu dari Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin.

Malah, kata sumber itu, Khairy memberi amaran, manamana Exco pergerakan Pemuda Umno yang menawarkan diri untuk terlibat secara langsung, tidak menggunakan platform Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sebaliknya menggunakan platform jawatan masing- masing di peringkat bahagian.

Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tidak diketahui tetapi beberapa pihak mendakwa, Khairy dan naibnya, Dato’ Razali Ibrahim memang dimaklumkan perkembangan ini.

Kumpulan ini mendakwa, mereka kecewa kerana Najib dikatakan mempunyai banyak masa untuk mengadakan pertemuan dengan rakan Facebook dan Tweeter tetapi bila Pergerakan Pemuda Umno meminta masa bertemu, tidak mendapat respon positif darinya.

Rata-rata anggota gerakan ini mengakui mereka menghadapi kesukaran untuk bergerak sebagai Ketua Pemuda di peringkat bahagian kerana masing-masing tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak diberikan peluang mendapat projek-projek runding terus.

Dalam perkembangan sama, seorang lagi Ketua Pergerakan Pemuda Umno dari Wilayah Persekutuan mendakwa, mereka lebih sukar bekerja di bawah kepimpinan Najib ekoran penglibatan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam banyak perkara mengenai pentadbiran.

“Kami susah nak men jawab serangan pembangkang untuk isu Rosmah ini tetapi pemimpin seperti Najib tidak pernah mahu mendengar masalah yang kami hadapi di bawah,” ujar seorang Ketua Pemuda dari Johor.

Katanya, tiada se orang pun dari kalangan Pemuda Umno yang d i b e r i k a n ja watan sebagai Pen g e r u s i GLC set e l a h Khairy sendiri dinafikan sebarang jawatan dalam kerajaan atas kedudukannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Setakat ini, kumpulan ini tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kerana mendakwa Muhyiddin juga dilihat bersikap tidak serius membantu Pergerakan Pemuda.

“Mereka lebih cenderung berjumpa dengan NGO dan wakil-wakil dari luar negara ketika Pemuda Umno sendiri terkapai-kapai untuk meneruskan kerja-kerja yang diamanahkan,” kata seorang Ketua Pemuda dari Selangor.

Setakat ini, tidak pula diketahui adakah mana-mana Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri mengetahui atau tidak gerakan ini.

Pada 4 Ogos lalu, PAS mendakwa wujud gelombang besar dalam Umno sendiri yang mahu menggulingkan Najib Razak ekoran kebimbangan Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah akan menjadi beban kepada BN dalam mengekalkan Putrajaya pada PRU-13.

Mustafa Ali berkata, itu sebabnya Umno sengaja mewujudkan khabar angin kononnya pemimpinpemimpin Pakatan Rakyat telah meng adakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Mustafa berkata, pemimpin-pemim pin Umno bimbang skandal melibatkan Najib dan Rosmah seperti pembelian kapal selam dan kaitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu, akan memberi kesan ke atas sentimen pengundi terhadap BN. Dalam perkembangan yang sama, beberapa blog menulis Persatuan Bekasbekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) yang diperngerusikan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin telah mengadakan mesyuarat dan dikatakan mendesak Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Jangan Sampai Kami Kirim Air Kencing Kepada PM..!!




JANGAN sampai kami kirim kencing kepada Perdana Menteri gara-gara Shafie Apdal,” kata Setiausaha JKKK Kg. Cenderawasih, Kunak, Ahmad Bin Andi Mangga yang telah menunjukkan aksi berani memasukkan kencingnya ke dalam botol minuman yang mempunyai gambar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan mengungkapkan kata-kata di atas sambil menunjukkan botol yang mengandungi kencingnya untuk rakaman video.

Ahmad menyatakan beliau terpaksa bertindak ‘kurang ajar’ untuk mengajar Shafie yang terlalu cuai dan kurang peka dengan aspirasi penduduk luar bandar terutama yang mengalami gangguan bekalan air disebabkan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang dilaksanakan tanpa pemantauan KKLW.

“Selama ini kita tidak pernah mengalami gangguan air, tetapi projek demi projek yang dilaksanakan KKLW telah dibuat tanpa sebarang notis sehingga mengganggu bekalan air ke kampung kami. Kadang-kadang satu bulan tiada air. Terpaksa beli daripada lori,” kata Ahmad yang berang kerana aduannya terhadap Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang dan Jabatan Air tidak diendahkan langsung.

CUKUP....Ahmad menunjukkan tangki simpanan air dan gambar kecil, air bersih yang dibuang daripada tangki simpanan berkenaan.

Menurut Ahmad, bekalan air di Kunak cukup untuk tempoh tiga puluh tahun daripada sekarang, malah terpaksa dibuang setiap hari bagi membolehkan kontraktor (Lahad Datu water Supply) memenuhi kuota bekalan air bersih setiap hari.

“Kalau mau buat projek, buatlah. Maklumkan kepada JKKK atau penduduk. Sekarang zaman modern. Semua maklumat di hujung jari. Tetapi kenapa buat senyap-senyap dan pasang paip tanpa papantanda sehingga kerja-kerja berkenaan mengganggu bekalan air ke kampung kami,” kaya Ahmad yang menuding jari kepada Shafie kerana ghairah meluluskan projek tanpa mengkaji kesesuaiannya.

Tegas Ahmad, hanya Sub-kontraktor yang menjalankan kerja memasang paip baru untuk projek BALB Tingkayu, namun kerja mereka tidak diselia oleh Jurutera Jabatan Air atau Juruperunding yang dilantik.

“Tetapi jangan jadikan kami mangsa projek. Mereka mau kayakah, mau telan itu wang projek, telanlah, tetapi kenapa bekalan air kami diputuskan? Bil kami bayar. Meter kami ada, tapi keluar angin saja. Mau bilang tangki simpanan Jabatan Air tiada air, penuh pula; sampai dibuang ke parit. Apa semuanya ini?,” tanya Ahmad yang kesal kerana KKLW melantik kontraktor yang tidak berkelayakan menjalankan kerja penting berkenaan.

Oleh itu kata Ahmad, sebelum mereka bertindak memboikot pilihanraya umum akan datang atau memberikan undi mereka kepada pembangkang, Shafie wajib turun padang untuk melihat masalah penduduk kampung yang sengsara akibat pelaksanaan NKRA menyusahkan rakyat dan mengkayakan kroni Shafie.

PRU13. Pakatan Rakyat Tanpa Anwar Ibrahim....??


"PRU13 bakal menjadi pemerhatian yang penuh dramatik.

- Seperti yang dijangka kelibat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berada di pentas umum. Anwar dipersalahkan dengan kes liwat 2 oleh mahkamahyang tempang dan tidak adil serta tidak telus. Liwat 2 juga satu konsipirasi pehak yang berkuasa, terutama PM Najib dan Rosmah dan menjadikan mahkamah dan badan kepolisian sebagai kuda atau keldai BN/UMNO.

- Hari isnin (22. Ogos) Anwar Ibrahim diarahkan membela diri dalam kandang tertuduh. Selepas pehak peguam bela menemubual 15 saksi, termasuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

(untuk rekod. Najib dan Rosmah hanya hadir melihat mahkamah dan berjumpa mata dengan hakim dan petugas mahkamah. Najib dan Rosmah membuat kenyataan, kedua-duanya tidak mahu menjadi saksi liwat 2).

- Pakatan Rakyat berdepan dengan situasi PRU 13 dengan senerai pemilih yang tidak adil dan cukup jijik oleh badan yang beraqt sebelah. SPR dan JPN menjadi kunci utama kecelaruan daftar pemilih.

- SPR da JPN ( Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan Jabatan Pendaftran Negara) punca pengundi hantu dan mengundi dua kali. Dan yang paling jahat dan bahaya memberi taraf warga negara kepada pendatang asing.

- Tumpuan BN/UMNO ialah Selangor sehingga kini SPR dan JPN cukup aktif dalam proses penambahan pengundi di DUN dan Parlimen terpilih, matalamatnya agar BN/UMNO menang PRU 13.

- BN/UMNO telah berjaya merampas Terengganu PRU10 dengan taktik kotor dan jahat dengan kerjasama SPR dan JPN oleh Dato Seri Idris Jusoh. Sehingga penambahan pengundi sampai 80% yang tidak masuk akal.

- Jesteru itu pakatan rakyat berdepan dengan taktik jahat dan taktik kotor BN/UMNO dengan kerjasama SPR dan JPN dalam daftar pengundi dan daftar pengundi Poyang cukup meragukan.

- Jika pendaftran pengundi dan nama pengundi yang dipamirkan oleh SPR tidak dibersihkan, peluang pakatan rakyat untuk kekal memerintah Selangor, Kedah, Pulau Pinang agak sukar.

- Malah untuk menawan Terengganu oleh pakatan rakyat ada sedikit sukar kerana daftar pemilih tidak dibersihkan oleh SPR. Kerana terlalu banyak perkara yang meragukan nama pengundi dalam daftar pemilih semasa hari mengundi. SPR dan JPN punca segal segalanya.

- SPR dan JPN tidakkan membuat pembersihan secara total dalam daftar pemilih dan sijil kerakyatan yang dikeluarkan oleh JPN. Cukup tepat jika dipadamkan dengan JPN sebagai jabatan pengkhianat negara.

- Namum perjuangan perlu diteruskan walaupun Anwar Ibrahim (dipenjarakan) dan kejahatan taktik kotor BN/UMNO dengan SPR dan JPN. Rakyat dimimta membuat pemilihan yang bijak. Harapan kami agar pakatan rakyat kekal berkuasa di negeri yang sedia ada dan menumbang BN/UMNO PRU13.