Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 15, 2011

Lawan Tetap Lawan....!!


Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara -MK

Tiga minggu sebelum keputusan disampaikan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berikrar untuk merperjuangkan keadilan walaupun mungkin beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan liwat.

Bercakap kepada pemberita selepas hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari untuk menyampaikan keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah ketetapan hatinya.

Beliau akan terus menguatkan kesatuan pembangkang untuk melakukan reformasi dan perkara itu tidak sukar walaupun beliau mungkin berada dalam penjara, katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menegaskan bahawa tuduhan meliwat pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan "tidak harus diutamakan", Anwar bagaimanapun mempunyai persoalan tentang tarikh keputusan itu akan disampaikan.

Beliau membangkitkan sama ada tarikh 9 Januari itu akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum berlangsung.

Menjelang keputusan yang ditunggu-tunggu itu, banyak pihak percaya bahawa keadaan tidak memihak kepada ketua pembangkang itu.

Akhbar The Guardian United Kingdom, dalam kolumnya penolong editornya Simon Tidall semalam dilaporkan berkata,"tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.

MB Tranung Slow Macam ' Siput Babi'....!!


KEMAMAN – Kejadian ombak besar yang berlaku di beberapa daerah di negeri ini turut melanda Kampung Geliga di sini pada Isnin 12 Disember lalu.

Badai musim tengkujuh itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya lima buah rumah rosak dan tidak kurang 30 orang bakal kehilangan tempat berteduh.

Penduduk terbabit hanya mampu ‘mengalirkan airmata’ ketika ditemui skuad Buletinonline, kerana tidak tahu, ke manakah mereka akan membawa diri.

Apabila ditanya, adakah wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional bagi DUN berkenaan telah mengambil perjalanan, mereka hanya bungkam sementara menyapu airmata yang membasahi pipi.

Norizan bt Osman, 47, seorang suri rumahtangga berkata, sudah setahun beliau menunggu wakil rakyat mengotakan janjinya, memberikan sebuah tapak rumah yang baru dan selamat untuk didiami.

Katanya, wakil rakyat terbabit berjanji sebaik rumah mereka mengalami kejadian yang sama pada tahun lalu.

“tahun lau, selepas omabk besar melanda lebih kurang macam ni lah, pihak wakil rakyat berjanji, akan carikan tempat baru, untuk kami sekeluarga,

“tapi sampai hari ni, kami dilanda ombak lagi, tak dok khabar berita dari YB,”ujarnya dengan perasaan hiba.

Suami Norizan, Wan Zakaria Wan Jusoh, 62, adalah seorang buruh kasar yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah atau pun tanah.

Pendapatan yang diperolehi hanya mampu menyara kehidupan, makan minum dan pakai, mereka sekeluarga.

“Nak baiki rumah ni pun saya tak mampu, apa lagi nak beli tanah atau nak beli rumah, cukup bulan hanya cukup untuk makan minum saya dan keluarga,”katanya.

Selain mereka, Shahazat bt Mat Ali, 41, turut merayu kepada pihak kerajaan negeri Terengganu supaya dapat memberikan bantuan bagi menjamin kehidupan masa depan.

Shahazat yang juga seorang guru tadika, masih mengharapkan slogan ‘merakyatkan pembangunan dan pentadbiran’ yang dicanang oleh kerajaan, bukanlah hanya slogan kosong.

“saya merayu, pihak berkenaan, agar dapat memberikan perhatian kepada kehidupan penduduk di sini,

“saya masih percaya, ada pihak yang akan menolong, walaupun sehingga kini, janji hanya tinggal janji,”katanya.

Suami Shahazat, Zulkifli Jusoh, 45, bekerja sebagai seorang pemandu lori yang memperolehi pendapatan hanya RM800 sebulan.

Katanya, dalam keadaan barang keperluan yang semakin meningkat, pendapatan sebanyak itu tidak cukup untuk mereka sekeluarga.

Sehubungan itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat ketika dihubungi berkata, kerajaan Umno dan BN Terengganu sepatutnya mendahulukan rakyat, bukan mendahulukan koperat.

“Kan slogan rakyat didahulukan, sepatutnya rakyat yang terlebih dahulu dibantu, bukan koperat, tetapi sebaliknya,

“MB Mad Said boleh meluluskan segera tanah dan membina hypermarket Giant di Kijal, macam kilat,

“tetapi untuk lima keluarga yang susah ini, yang berhadapan dengan hidup dan mati, permohonan mereka ‘slow’, macam siput babi,”tegas Hanafiah.

Menurutnya, pada awal tahun 2011, ketika keluarga yang sama telah dilanda ombak, beliau telah meminta supaya kerajaan bertanggungjawab dan bertindak segera.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, InsyaAllah, sekiranya PAS diberi mandat memerintah semula pada pilihanraya akan datang, ia akan menjadi keutamaan.

“saya bukan berjanji, macam janji Umno, tapi memang telah ada dalam manifesto PAS Terengganu, akan meneruskan dasar berkebajikan, memberikan tanah untuk tapak rumah, kepada rakyat yang tidak memilikinya,”jelasnya.

Masa Depan Yang Gelap Untuk Menantu Ayah...!!


Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR telah menerima jawapan bertulis rasmi daripada Pemuda Umno untuk cabaran debat mengenai skandal RM250 juta Shahrizat – NFC setelah hanya 3 minggu selepas mengaku kalah.

Yang paling teruk, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin telah membuat keputusan untuk menarik diri dengan memberi alasan bahawa beliau ada tuntutan lain pada hari yang telah dijadualkan itu, iaitu pada 12 Disember.

Hanya selepas memikirkan secara dalam, pengkritik telah berpendapat bahawa Khairy mungkin telah membuat perkiraan bahawa pendebatan tersebut tidak akan membawa kemenangan kepada beliau dan juga ia mungkin boleh membongkar banyak lagi kesalahan yang dilakukan dalam Umno.

Lagipun, orang atasan Umno telah pun lepas tangan dan ini memberi isyarat bahawa mereka mahu apa jua yang berkaitan perkara itu dihentikan sebelum ada di antara mereka disabitkan justeru menjadikan mereka sebagai calon yang pasti tidak menang pada PRU nanti.

Bukan Rembau mungkin Kepala Batas

Sekarang, Khairy telahpun didedahkan sebagai pemain utama yang memulakan projek penternakan lembu di Malaysia. Walaubagaimanapun, jadual harian beliau yang ketat dan ketidaksabaran beliau mungkin telah menyebabkan beliau terlepas pandang beberapa perkara penting dalam memulakan perkara itu.

Beliau mungkin menyesali tindakan beliau kerana ia telahpun menghantui beliau semula dengan merosakkan masa depan kerjaya politik beliau dan juga cita-cita untuk menjadi PM termuda dalam sejarah Malaysia.

Khairy yang berusia 35 tahun itu telah dengan bodohnya mempertahankan skandal tersebut. Malangnya, disebabkan itu, beliau sekarang sudah menjadi orang yang tidak popular. Orang-orang atasan Umno juga sedang hangat berbincang mengenai sama ada kerusi beliau di Rembau akan diberi kepada Hassan Muhammad, MB Negeri Sembilan sekarang.

Nampaknya, satu-satunya kerusi yang ada untuk Khairy, sekiranya beliau mahu bertanding adalah di Kepala Batas, kerusi yang disandang oleh bapa mertuanya Abdullah Badawi.

Dalam kerjaya politik beliau, Khairy telah membuat banyak musuh di dalam dan di luar Umno dari zaman kebodohan beliau memikirkan bahawa bapa mertuanya akan kekal berkuasa sehinggalah jawatan PM itu diturunkan kepada beliau.

Sekarang Khairy harus berhadapan dengan realiti bahawa beliau telah pun dipinggirkan semenjak Najib jadi PM dan presiden Umno. Ramai dalam Umno yang gembira apabila Khairy tidak diberikan jawatan dalam cabinet kerana ramai yang menyalahkan beliau tentang kekalahan teruk Umno pada pilihanraya 2008.

Tidak fokus dan tidak bijak

Walaupun dengan pelbagai kelebihan, Khairy tidak fokus dan tidak bijak menggunakan peluang yang ada apabila mempunyai semua maklumat dalaman Umno semasa pemerintahan Abdullah Badawi dan sekarang Najib. Ia tidak digunakan untuk membina teras yang kukuh untuk kerjaya politik beliau tetapi telah digunakan untuk mengaut sebanyak mungkin wang.

Skandal NFC semestinya dapat dielak dengan menggunakan cara klasik Umno dengan menarik tali yang betul. Beliau sepatutnya berdiam diri dan berbuat seolah-olah beliau tidak tahu apa-apa mengenai projek itu.

Sekurang-kurangnya, beliau haruslah mendapatkan fakta betul dan menyedari betapa seriusnya skandal itu memandangkan pada zaman ini, adalah sukar untuk menyembunyikan perkara seperti itu. Beliau sepatutnya meyakinkan Najib bahawa dengan membuka kesalahan beliau, Abdullah Badawi, Shahrizat atau Muhyiddin, skandal tersebut akan menyulitkan segalanya.

Sebaliknya, Khairy cuba menjadi hero, menjelaskan transaksi kompleks NFC sendirian dan tidak membantu kerana setiap kali fakta baru diketahui, Khairy gagal mengagak atau bersedia untuknya.

Akhirnya, disebabkan kebodohan beliau sendiri, delegasi Umno dalam perhimpunan baru-baru ini telah mengatakan bahawa mereka sudak muak dengan kontroversi yang melanda pemimpin tertinggi. Delegasi Umno Pahang, Wan Amizan Wan Abdul Razak mengatakan bahawa ini telah menyukarkan pemimpin bahagian untuk menerangkan kepada akar umbi yang kurang selesa mendengar khabar mengenai dakwaan rasuah yang tersebar.

Sehingga kini, 3 orang pemimpin kuat Umno telah menyeru Shahrizat untuk meletak jawatan, Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar, bekas PM Mahathir Mohamad dan yang terbaru Ahli Parlimen Kalabakan Abdul Ghapur Salleh dan jumlah ini mungkin akan meningkat.

Gagal menggunakan kelebihan untuk kebaikan diri

Pada bulan Febuari lepas, dalam majlis bual bicara di Imperial College, London, Khairy sebagai panel jemputan dikatakan memberi fakta yang menarik, membina dan penting apabila ditanya mengenai tern politik dan penggundian dan juga bila PRU 13 akan diadakan.

Ini menunjukkan bahawa beliau sememangnya ada akses kepada maklumat dalaman. Untuk kekal relevan, beliau seharusnya menggunakan maklumat-maklumat ini untuk membuat pelan untuk kepentingan dirinya. Tetapi tidak, beliau tidaklah sebijak yang disangka. Ini boleh dilihat sebagai tanda berakhirnya kerjaya politik beliau atau beliau sememangnya sudah patah semangat.

Beliau tidak cuba mencari jalan untuk menggunakan rangkaian dan pemberi maklumat untuk kepentingan diri dan lebih nampak seperti tiada arah apabila bertindak. Beliau membuat banyak kesilapan, cipta kontroversi dan buat komen berbau perkauman yang tidak sesuai untuk seorang yang bergelar graduan Oxford. Tidak hairanlah ramai yang menuduh beliau sebagai hipokrit.

Masa depan yang gelap

Khairy sepatutnya merapatkan diri atau memasuki kumpulan yang mempunyai sokongan kuat dalam Umno, Beliau seharusnya cuba berhenti untuk menjadi lelaki yang tersendiri seperti Zulkifli Nordin dan Hassan Ali. Khairy tidak mempunyai kebolehan, keupayaan ataupun potensi dan apa juga peluang yang beliau ada telah beliau sia-siakan.

Masa depan untuk Khairy Jamaluddin kelihatan gelap. Sekiranya beliau memutuskan untuk menamatkan riwayat kerjaya politik beliau sebelum PRU 13, beliau sebenarnya telah berkhidmat untuk rakyat. Ini kerana beliau akan menyelamatkan rakyat daripada kesilapan yang bakal beliau lakukan kerana beliau telah melakukan banyak sebelum ini.

Khairy juga tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana beliau telah membuktikan bahawa beliau tiada ketokohan ataupun sesuatu yang lain dari yang lain, karisma dan visi. Beliau gagal menjadikan sayap Pemuda Umno itu sesuatu yang kuat dan berkuasa, sekurang-kurangnya tawar menawar kuasa dengan Majlis Tertinggi Umno.

Kadang-kadang, wajah tampan, badan kuat, ijazah Oxford, kehidupan yang indah dan juga bapa mertua yang berkuasa tidak cukup. Untuk berjaya dalam politik, anda perlu lebih daripada itu dan malangnya Khairy tidak akan dapat menyatakan apa kualiti-kualiti yang diperlukan.

malaysia-chronicle.com

Rejim UMNO Akan Hancusss..Jika Anwar Di Penjara...!!


"Ramai Rakyat Malaysia mesti pernah merasakan keadaan “Déjà vu” pada tahun 1998, dimana kes Fitnah 1, yang menyaksikan tilam kotor telah diseret berulang kali ke mahkamah, kemudian Anwar diracun dengan arsenic di dalam penjara dan tuduhan eksploitasi seks yang dibuat oleh “anak dara” Ummi Hafilda dibuat di mahkamah Malaysia yang telah mengundang ketawa dari Rakyat Malaysia.

Siapakah yang kecewa apabila tuduhan Fitnah 1 telah diterbalikkan oleh Mahkamah Agung pada tahun 2004 dan Anwar dibebaskan?

Jawapannya bukan Najib Tun Razak, tetapi bekas PM, Mahathir Mohamad, yang mahukan Anwar kekal di penjara.

Bagi Mahathir, ia adalah penyelesaian dendam lama. Warisan dan dinasti politik beliau yang pada mulanya boleh berjaya tanpa gangguan, tetapi sekarang ini sekali lagi “diganggu” hebat dengan adanya Anwar di luar.

Sebab itu, sejak kebelakangan ini, Mahathir yang sudah kelihatan amat tua, masih lagi membicarakan mengenai Anwar Ibrahim, bagaikan ada sesuatu di dalam dirinya yang belum dilepaskan sebelum dia mati !

Fitnah 2

Di dalam kes Fitnah 2, percubaan oleh Najib dan Saiful Bukhari membuat fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebenarnya adalah juga satu perbicaraan rakyat.

Ia adalah salah satu perkara penting di mana rakyat Malaysia menyaksikan sendiri kekotoran terhadap pemerintahan salah guna kuasa kerajaan Bn, kezaliman terhadap rakyat dan hapusnya integriti terhadap kebebasan badan kehakiman dan ketidaketpercayaan semula rakyat terhadap polis.

Bagi kebanyakan pemerhati, perbicaraan yang dihakimi oleh Mohd Zabidin Mohd Diah, nampaknya sudah memutuskan nasib Anwar Ibrahim. Rakyat akan memerhatikan hakim menyampaikan keputusan Anwar dihukum penjara.

Namun, Anwar telah menyebut beberapa kali sebelum ini, bahawa dia telah "disediakan bagi yang terbaik, tetapi bersedia menjangkakan yang paling buruk", apabila diminta mengulas mengenai apa yang beliau fikirkan keputusan hakim terhadap kesnya.

BN akan kalah teruk

Dalam kajian berdasarkan pelbagai laporan perisikan, telah menunjukkan bahawa Bn akan kalah teruk pada PRU13. Pemerhati politik mendakwa, Najib mahukan Anwar dipenjara dan seterusnya mengumumkan tarikh untuk pru13 dalam tempoh tersebut. Najib akan mendakwa bahawa bukannya dia yang membuat keputusan memenjarakan Anwar, tetapi hakim yang telah membuat keputusan.

Mungkin ini adalah apa yang selalu pemerintah autokratik berkata, “bebaskan diri daripada tanggungjawab mereka, dan alihkan kesalahan itu ke atas orang lain dalam pentadbiran mereka”.

Ingat bagaimana Mahathir menafikan bahawa beliau telah mengarahkan Operasi Lalang dan berkata bahawa tindakan keras yang telah diberi kuasa oleh Ketua Polis Negara Haniff Omar?

Atau seperti di Syria, Presiden Assad yang mengisytiharkan baru-baru ini, bahawa dia tidak memerintahkan tindak balas yang kejam pada rakyatnya, bahkan tenteralah yang bertanggungjawab ke atas keganasan.

Malangnya, Najib tidak sangat kreatif dalam perancangan untuk menghapuskan Anwar. Sebab itu Najib menjual semula Fitnah 2 dengan isu yang sama.. Liwat, yang terdahulunya dibuat oleh Mahathir.

Cuma pada tahun 2011, plot fitnah telah diubah sedikit. Perubahan hanya pada pelakon seperti Saiful, seluar berlumuran air mani beliau dan dakwaan dia mengadakan hubungan seks dengan beberapa lelaki seperti mana terdapatnya air mani beberapa lelaki di duburnya.

Ini adalah gangguan semata-mata. Tetapi, teras utama adalah bahawa Najib perlu untuk memenangi PRU13 dengan segala daya upaya.

Rakyat sudah menganggap ini semua satu LAWAK JENAKA FITNAH KE-2 paling besar di dalam sejarah Malaysia. Rakyat memang tidak percaya dengan Fitnah ini.

Sebab itu, Bn akan menyaksikan satu Tsunami Amat Besar akan melanda politik Negara ini, apabila Anwar dipenjarakan.

Keadaan ini berlaku disebabkan pengundi-pengundi atas pagar terutamanya orang-orang Melayu, yang sekarang ini menjadi harapan UmnoBn untuk menang, akan pasti memberi undi simpati kepada Anwar Ibrahim.

Ini akan pasti berlaku, kerana bagi orang-orang Melayu terutamanya yang masih ada keimanan Islam mereka, pasti tidak dapat menerima Fitnah tersebut, apatah lagi mahu bersubahat dan mendapat dosa besar dengan menyokong fitnah dan kezaliman yang telah berlaku.

Mereka pasti akan bangun menentang kezaliman UmnoBn terhadap Anwar Ibrahim sepertimana berlaku kebangkitan orang-orang Melayu pada tahun 1998.

Umno, bahkan sesiapapun tidak akan dapat menahan Gelombang Rakyat ini.

Dengan sokongan yang diperolehi dari pengundi Melayu atas pagar ini, disamping sokongan Melayu sedia ada, dan sokongan padu masyarakat Cina serta sokongan orang-orang India, maka sudah PASTI UmnoBn akan berkubur dan menjadi sejarah di Negara ini.

Nota :

INGAT Najib !!!! Anak-anak Muda akan bangkit dengan darah dan nyawa sekalipun menentang KEZALIMAN oleh kamu dan UmnoBn, kerana kebangkitan kami adalah untuk masa depan RAKYAT MALAYSIA !!!

AYUH !!! Anak Muda … kita bangkit menentang kezaliman !!!