Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 27, 2011

Senyum Petang Rabu...!!

Mana satu Nak Pakai Ni....??


KERAJAAN TANGGUNG RM9 JUTA KOS SOSIAL - UM

KUALA LUMPUR 26 April - Kerajaan terpaksa menanggung sejumlah RM9 juta untuk kos sosial disebabkan kematian kira-kira 6,800 rakyat negara ini dalam kemalangan jalan raya setiap tahun.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Rahim Bakri, kementerian perlu menanggung kos berkenaan yang meliputi rawatan hospital, perubatan, insurans dan kos memperbaiki infrastruktur.

Beliau berkata, kerajaan juga mengalami kerugian pendapatan dan produktiviti yang boleh dihasilkan oleh mangsa kemalangan jalan raya berkenaan.

"Kementerian mengadakan pelbagai pendekatan seperti kempen kesedaran, memperbaiki kualiti jalan raya, menaik taraf sistem keselamatan pengangkutan, mengadakan keadaan selamat dan mengkaji punca kemalangan bagi mengurangkannya.

NEGARA RUGI RM9 BILION SETIAP TAHUN AKIOBAT NAHAS JALAN RAYA – BH

Kemalangan jalan raya di seluruh negara setiap tahun mengakibatkan kerugian RM9 bilion, yang meliputi kos perubatan, bayaran insurans, baik pulih kenderaan dan kerugian pengeluaran, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata, kira-kira 6,800 nyawa melayang di jalan raya setiap tahun, dengan 65 peratus kemalangan jalan raya berpunca akibat memandu melebihi had kelajuan ditetapkan.

"Pelbagai kempen diadakan kerajaan bagi mengurangkan jumlah kemalangan maut seterusnya mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung akibat kemalangan jalan raya," katanya.
--------------------------------------------------------------
woit… SILA LIHAT DAN BACA DUA BERITA DARI DUA AKHBAR BARUAN UMNO/BN

kah kah kah…KENYATAAN YANG SAMA DARI ORANG YANG SAMA….

kah kah kah… MELOYA KATA 9 JUTA RINGGIT

kah kah kah…BERITA HAIRAN KATA 9 BILION RINGGIT….

kah kah kah….AIMAN TAK KISAH....KALAU BERITA MACAM INI PUN TAK BETUL…BERITA LAIN MESTI TIPU…

Hari-Hari Akhir Ketuanan Melayu....!!


UMNO YAKIN MASYARAKT CINA AKAN KEMBALI SOKONG BN - UM

BUKIT MERTAJAM 25 April – UMNO yakin masyarakat Cina di seluruh negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dan terus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, walaupun sokongan daripada masyarakat Cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan.
“Saya percaya orang Cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar.

“Justeru saya yakin dan positif terhadap orang Cina serta percaya mereka akan kembali menyokong BN kerana pandangan serta pemikiran mereka akan berubah,” katanya.

Nota ;

GERAKAN TAK YAKIN BN BOLEH DAPAT UNDI CINA SEMULA- mkini

Meskipun Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan begitu yakin bahawa masyarakat Cina akan beralih menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang, namun Gerakan Pulau Pinang tidak bersependapat.

Sebaliknya Ahmad diberitahu jalan tunggal mendapatkan sokongan bukan Melayu, tidak kira daripada masyarakat Cina atau kumpulan minoriti yang lain adalah dengan melayan mereka dengan cara hormat.

Menurut ketua biro undang-undang dan hak asasi manusia Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh, masyarakat Cina tidak akan kembali ke BN hanya kerana kerajaan membekalkan mereka dengan 'kemudahan kelas pertama'.

"Henti labelkan kami sebagai pendatang, kaki botol, mata sepet, pelacur, tidak tahu berterima kasih dan pelbagai label yang lain.,” katanya,

"Apa yang kami perlukan adalah pemimpin yang rendah diri dan bukannya pemimpin bongkak.

Tunggu Sampai Mati....!!


VIDEO SEKS : POLIS AKAN DEDAH SI PELAKU SEKIRANYA PERLU – BH

Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan "si pelaku" dalam video seks yang didakwa mirip Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar.

"Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan.

"Bagi pihak kami (polis) siasat dahulu, apabila sampai masanya polis akan beritahu siapa pelakunya dan kita masih siasat kes ini di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara di sini hari ini.
-------------------------------------------------------------
woit… NAK BAGI SUSPEN APA LAGI….??

kah kah kah… DAH LAMA SELURUH NEGARA TUNGGU….

kah kah kah..ADA YANG DAH MATI MENUNGGU

kah kah kah…ADA YANG DAH MATI SAKIT JANTUNG KERANA LETIH MENUNGGU…

woit… CAKAP DAH KENAL PASTI….

Kah..Kah....AIMAN TAK KISAH....BAGI LAH TAHU KRU MANA YANG BUAT FILEM INI….

Usahkan Nak Beli...Baca Pun Haram....!!


HARAM BACA UTUSAN, TEGAS HARON DIN - suara keadilan

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Haron Din.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

“Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.

“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau.

Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.

Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.

Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.

“Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut.” jelas beliau.

Nota:

sekarang ini yang beli dan baca utusan meloya hanya ahli perkasa dan kimma
ahli UMNO sendiri pun tak baca utusan meloya
kah kah kah