Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 8, 2010

Tiada Halangan..Hanyalah Peluang...!!!


HULU TERENGGANU: Pemangku Ketua Pegawai AADK Hulu Terengganu, Encik Anwar Hamid mendedahkan jumlah penagihan dadah di daerah Hulu Terengganu bagi tahun 2010 meningkat sebanyak 113.29 peratus berbanding tahun 2009 lalu.

Menurutnya, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hulu Terengganu telah mencatatkan seramai 305 penagih didaftarkan bagi tempoh yang sama antara Januari hingga September tahun ini.

Ianya, kata beliau membabitkan penagih baru, berulang yang menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu yang direkodkan seramai 143 penagih bagi tempoh yang sama.

“Perbandingan tahun lalu untuk tempoh sama dari Januari hingga September menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 113.29 peratus.

“Tahun lalu, seramai 143 penagih dan tahun ini bagi tempoh yang sama seramai 305 penagih dan ini bukan perkembangan positif khususnya untuk masyarakat di daerah ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Sayangi Rakyat Bersama Ahli Parlimen Hulu Terengganu dan AADK Daerah Hulu Terengganu, di Sekolah Kebangsaan Pasir Tinggi, pada 31 Oktober lalu.

Malah, kata Anwar majoriti individu terbabit dalam penyalahgunaan dadah tersebut adalah di kalangan belia berumur antara 20 hingga 40 tahun.

Menurutnya, gejala penyalahgunaan dadah tersebut juga banyak berlaku di kawasan Felda yang melibatkan anak-anak peneroka sendiri.

Sementara itu, Bendahari PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid menyifatkan laporan peningkatan jumlah penagihan dadah di daerah ini membimbangkan.

Ini kerana, katanya kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu gagal mengawal serta mendidik rakyat.

Menurutnya, kegagalan kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan sebagaimana dijanjikan menyebabkan anak-anak muda hilang kawalan.

“Kita rasa cukup bimbang dan menakutkan apabila laporan AADK mendedahkan berlaku peningkatan 113.29 peratus jumlah penagihan dadah di Hulu Terengganu ini.

“Saya lihat kegagalan kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan seperti yang pernah dijanjikan antara punca dan penyebab gejala itu.

“Mereka (BN) telah gagal untuk kawal dan didik rakyat terutama anak-anak muda dengan baik dan berkesan,” ujarnya.

Beliau yang juga mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu menyarankan agar rakyat terutama di kalangan ibubapa berhemah ketika memilih sesebuah kerajaan dalam pilihan raya.

Katanya, sebuah kerajaan yang rasuah, menyeleweng serta khianat terhadap harta rakyat seperti Umno-BN tidak wajar lagi diberi mandat memerintah negeri.

Menurutnya, masalah gejala dadah merupakan tanggungjawab semua pihak termasuk ibubapa, pimpinan masyarakat dan kerajaan.

Tambah Muhyidin lagi, peranan kerajaan lebih diutamakan kerana mempunyai pelbagai sumber dan kewangan bagi menanganinya.

Nota :

Petang-petang wak krepok getel....
Main Dang dua tiga papang...

Kalu nok makang nasi dagang...
Mari kite pakat gi kg. ladang...
Wak beka gi merang...

Kita tengok penyu teloor...
Na..na...na...Tranung kite.....

Kah...Kah...Kah....!!!

Natang Bewok...!!!


Parti Islam SeMalaysia Pas ingin menjawab cabaran Ketua Penerangan Umno Datuk Ahamad Maslan yang mencabar apa yang kerajaan Kelantan buat sepanjang 20 tahun memerintah. Pas ingin memaklumkan kepada Datuk Ahmad Maslan, Kelantan masih lagi di dalam negara Malaysia, bukan berada di bawah negara Mozambique.

Walaupun Kelantan dinafikan dalam konteks federalisme, namun atas kebijaksanaan pemimpin yang bertaqwa dan bertanggungjawab kepada rakyatnya namun Kelantan boleh mentadbir dengan baik walaupun mengalami kekangan kewaangan akibat dasar pilih kasih dan pencabulan amalan demokrasi. Buktinya kadar kemiskinan di Kelantan menurun pada 4.1% tahun 2008 berbanding 7.2% pada tahun 2007 dan 10.4% pada 2004. Sedangkan kadar kemiskinan di peringkat negara 3.8% sahaja. Maknanya Kelantan lebih tinggi 0.3% sahaja. Kira ok lah ini. Kadar kemiskinan tegar di Kelantan hanya 0.6% di mana lebih rendah kadar jumlah kemiskinan tegar peringkat kebangsaan 0.8%. Perkara didedahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Mohd Nor Yaakob ketika rombongan Kelantan berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi pelaksanaan RMK 10 pada 25 Jan 2010.

Dakwaan Ketua Penerangan Umno tidak ada pembangunan yang Pas laksanakan di Galas, mungkin inilah pertama kali beliau datang ke Galas. Nasib baik ada pilihanraya kecil, kalau tidak Ahmad Maslan tidak tahu di manakah Galas dan Gua Musang. Setakat hari ini tidak ada berita Ahmad Maslan turun menoreh getah seperti di Manik Urai, mungkin selepas ini dia tidur dalam ladang kelapa sawit pula. Untuk pengetahuan Datuk Ahmad Maslan Gua Musang berubah wajah sejak Pas mentadbir Kelantan 1990. Saya harapkan beliau sedar, ketika beliau jadi Ketua Penerangan umno, rakyat bukan hidup dalam Gua Tempurung tapi dalam dunia maklumat di hujung jari.

Sepatutnya beliau tidak perlu persoalkan kewibawaan Pas mentadbir Kelantan. Memang sudah terbukti dan teruji serta berjaya melunaskan hutang lapok zaman umno sebanyak RM760 juta dan meningkat taraf hidup rakyat menjadi negeri ke 6 miskin, sedangkan Sabah dan Terengganu mengekalkan pingat emas dan perak dari segi kemiskinan walaupun negeri itu ada hasil minyak. Cuba bayangkan kalau Kelantan dapat rayalti minyak, sudah tentu Kelantan akan meninggal jauh negeri di bawah kekuasaan umno.

Sebelum beliau hendak menuding jari kepada Kelantan, lebih baik beliau menyelesaikan masalah Felda yang memerah keringat orang miskin, majoritnyai Melayu. Cabaran Presiden ANAK saudara Mazlan Aliman untuk berdebat masih tidak tersahut. Sebelum beliau cabar apa Pas buat 20 tahun di Kelantan, maka pengundi Galas juga hendak tahu kemana wang Felda telah mengucup daripada RM4.08 bilion (2004) kepada RM1.35 bilion (2009). Wang orang miskin dibelanja untuk mendirikan bangunan RM662 juta, tanam semula RM2 bilion dan yang pelik sekali sebanyak RM253 juta untuk basmi kemiskinan di Sabah. Ke mana pergi wang minyak sabah, sehingga mengemis dengan Felda. Sedangkan negeri yang banyak rancangan Felda ialah Pahang, Johor,Terengganu, Perak dan Kelantan. Kenapa pula wang itu ditabur ke Sabah.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Bab Tarikh Hari Raya Kita Serah Je Pada UMNO...!!!


SAUDI SAMBUT AIDILADHA 16 NOV, HARI WUKUF 15 NOV – MI

Mahkamah Agung di Riyadh, Arab Saudi mengumumkan bahawa hari wukuf ialah pada 15 November bersamaan 9 Zulhijjah dan Hari Raya Aidiladha bagi negara itu adalah pada keesokan harinya.

Menurut Saudi Press Agency, yang dilaporkan oleh akhbar Saudi Gazette, 1 Zulhijjah ialah hari ini.

Lebih 1.5 juta umat Islam dari seluruh dunia kini berhimpun di tanah suci Mekah dan Madinah untuk menunaikan haji, yang merupakan perhimpunan tahunan agama yang terbesar di dunia, menurut agensi itu.

PBNU TETAPKAN IDUL ADHA 17 NOVEMBER

Lajnah Falakiyah Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) mengumumkan tanggal 1 Dzulhijjah 1431 H jatuh pada Senin, 8 November 2010. Dengan demikian hari raya Idul Adha 10 Dzulhijjah akan jatuh pada Rabu, 17 November 2010.

Ketua Lajnah Falakiyah PBNU KH A. Ghazalie Masroeri mengungkapkan, penentuan awal Dzulhijjah ini berdasar pada kaidah istikmal atau penyempurnaan hitungan bulan Dzulqo'dah menjadi 30 hari karena proses rukyatul hilal atau observasi bulan sabit untuk penentuan awal bulan yang dilakukan pada Sabtu, 29 Dzulqo'dah kemarin tidak berhasil.

"Awal Dzulhijjah jatuh pada hari Senin, 8 November, atas dasar istikmal sehubungan dengan laporan rukyah dari daerah-daerah tidak berhasil melihat hilal," kata Kiai Ghazali dalam keterangannya kepada NU Online, Senin (8/11).

Nota :

Ini adalah pengumuman Tarikh Hari Raya Aidil Adha Di Malaysia Tahun 1431 H / 2010 Masehi...

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah telah mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Aidiladha 1431 Hijrah jatuh pada hari Rabu, 17 November 2010.

Petang tadi, anak bulan Zulhijjah telah dicerap di 30 lokasi terpilih yang melibatkan kawasan-kawasan di setiap negeri di Malaysia. Majlis Raja-Raja telah mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

BTN - Biro Taik Najib....!!!

Pengerusi Biro Ketuanan Melayu Sedang Bersin...Ummmmmmmmnnnoooo..!!

SI SEPET , SI KAKI BOTOL , PEGAWAI RASIS BTN DI GANTUNG - MK

Pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin yang mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman telah dihukum, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini

Mohd Nazri Abdul Aziz berkata timbalan pengarah BTN itu telah digantung tugasnya pada 6 Oktober lalu serta diberikan surat amaran.

Nota:

Kerajaan Pakatan Rakyat selangor telah mengambil langkah yang tepat..
BTN telah diharamkan beroperasi di Selangor...
Pegawai kerajaan selangor dilarang sama sekali bercampur dengan BTN...
Sebab apa..??? Sebab BTN adalah Biro Taik Najib...!!!
Kah...Kah...Kah...!!!

UMNO Hanya Jaguh Kampung....!!!

Ng: Salahkah masuk kawasan wakil rakyat lain ?-MK

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim berkata beliau tidak merancang untuk membuat sebarang kekecohan ataupun berdemonstrasi di Tanjong Karang pada Khamis lalu, tetapi hadir untuk bertemu sekumpulan petani di situ.

Katanya, petani berkenaan telah memanggilnya hadir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Namun, beliau tetap dipukul oleh sekumpulan samseng apabila tiba di tempat berkenaan.

"Saya mahu nyatakan sebagai ADUN saya mendengar rintihan dan rungutan rakyat, adakah itu salah?," katanya ketika bercakap kepada wartawan ketika ditemui di bangunan annexe DUN Selangor hari ini,

Ng hari ini turut mengedarkan beberapa keping gambar yang dirakamkan ketika kejadian itu berlaku.

ADUN DAP itu turut mempersoalkan sama ada terdapat peruntukan dalam perlembagaan persekutuan mahupun negeri yang melarang wakil rakyat daripada mana-mana kawasan daripada memasuki kawasan yang tidak diwakilinya.

"Sebagai seorang ADUN, walaupun dari Sekinchan, saya wajib prihatin kepada semua kawasan di Selangor. Noh Omar kata saya telah masuk ke kawasan dia, jadi saya kena pukul.

"Ini adalah dunia tanpa sempadan, ADUN dan MP juga tidak ada sempadan. Sempadan yang ada hanyalah mentaliti kekampungan Noh Omar, menteri kampung yang bermentaliti kampung," katanya lagi.

Ng berkata demikian ketika mengulas kenyataan Noh sebelum ini yang menyatakan kepada Ng supaya tidak bersikap 'kurang ajar' dan supaya tidak memasuki kawasan orang lain.

Datuk Seri Noh Omar yang juga ahli parlimen Tanjung Karang juga telah menafikan bahawa anggota Umno telah menyerang ADUN Sekinchan itu seperti didakwa Ng.

Dalam pada itu, ketua whip PKR dalam DUN tersebut Azmin Ali mengutuk sekeras-kerasnya, tindakan samseng seperti itu.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Azmin juga berharap polis akan mengambil tindakan secara profesional dan tegas dalam isu tersebut.

Nota :

Wah...gedebe betul UMNO ni....
Kalau di kampung-kampung...akulah hero....
Kalau dengan orang kampung...akulah jaguh...
Kalau dengan rakyat...itu tak boleh..ini tak boleh...
Cisshhh...Poorrahhh...!!!
Tapi bila kat luar....semuannya menikus macam tak ada telooor...
Kalau ada telooorrr pun...semuanya dah tembelang....busuk...!!!
Ini orang memang tak boleh pakai laa bro.....
Bila Singapura ambik pulau batu putih...Kenapa tak tumbuk je muka PM singapura...??
Bila Brunei mintak telaga minyak...terus bagi...kenapa tak bantah....??
Amerika mintak supaya banyu Zionis...terus angguk tanda setuju...!!
Sedarlah sikit....janganlah nak berlagak sangat....
Kau tu hanya standard jaguh kampung je...!!!
Kah...Kah...Kah....!!!

Mashitah Wajib Bertanggungjawab...!!!

AKTRES kecil molek, Anne Ngasri yang cukup sinonim dengan watak remaja kini selesa dengan penampilan bertudung.

Ibu kepada dua cahaya mata ini menganggap dirinya kini sudah sampai ke titik perubahan.

Bagaimanapun katanya, perubahan tersebut biarlah berlaku secara perlahan-lahan.

“Sejak pulang dari menunaikan umrah, saya merasakan diri saya sudah bersedia untuk membuat perubahan.

“Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk pakai tudung tapi sekarang adalah masa paling sesuai.

“Namun begitu untuk cerita Mayang Mengurai, saya terpaksa membuka tudung kerana niat untuk mencari rezeki. Lagipun memang susah kalau kita nak harap watak yang pakai tudung sahaja,” ujar Anne.

Menurutnya, biarlah niatnya membuka tudung dinilai antara dia dan Allah sahaja.

“Saya tahu tidak manis jika saya buka dan pakai tudung, namun biar Tuhan sahaja yang mengetahui niat saya.

“Mungkin orang akan keliru dengan penampilan saya, dalam drama saya tak pakai tapi jika mereka jumpa saya diluar saya pakai tudung lengkap.

Nota :

Kesian tengok artis-artis kat Malaysia....
Memang bukan setakat jahil...malah dah sampai tahap tukil dah...
Ini semua terpengaruh dengan Fatwa Mashitah Waduk....
Perempuan kalau terpaksa di benarkan untuk melacur ( berzina )...
Samalah dengan kes di atas...Buka tudung (aurat) sebab nak cari rezeki...
Mana kau belajar semua ni...?? Ustaz mana yang ajar kamu...??
Apa ke jadah percakapan yang macam ni...
Mashitah kena bertanggung jawab keatas apa yang berlaku ini...
Kerana fatwa kaulah...hukum Allah dah jadi bahan sedaan...
Ulamak muda UMNO yang ada ramai-ramai tu buat apa...???
Tegurlah sikit...Nak kufur pada Allah bukannya payah pun...
Tak payah nak ngaku masuk kristian...
Cakap bodoh macam ni pun dah kira persendakan Allah...

UMNO Dan Amalan Syirik...Ibarat Taik Dengan Kentut...!!!


PAS guna cara agama serang saya, kata Zambry -MK

Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mendakwa oleh kerana sokongan orang Melayu telah kembali meningkat terhadap kerajaan BN, PAS terpaksa menggunakan cara lama mereka iaitu memainkan agama sebagai isu untuk menarik semula sokongan itu.

Dakwanya, cara itu turut digunakan untuk melaga-lagakan hubungan yang baik antara beliau dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung amalan khurafat yang didakwa dilakukannya ketika upacara meletak ancak di tiang seri rumah semasa program Projek Infra Bina Upaya di Kampung Guar, Manong di Kuala Kangsar pada 17 Oktober lalu.

"Mereka menggunakan agama untuk menyerang saya. Mereka memainkan agama sebagai isu kerana mereka tahu sokongan orang Melayu kembali kuat kepada kerajaan BN...Saya tidak pernah mempertikaikan pandangan Mufti, berbeza dengan mereka yang hanya pandai mengambil kesempatan untuk meraih sokongan politik," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Deepavali di kediamannya di Ipoh, semalam.

Sebaliknya, kata Zambry semasa Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan Khalil Idham Lim (ADUN Titi Serong) memperingati kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock dengan memegang lilin yang bernyala dan berpakaian serba hitam, tiada pula teguran yang dibuat parti itu.

Nota :

UMNO dan Amalan syirik memang tidak boleh di pisahkan...Butirannya adalah seperti berikut ;

Pada 22 Oktober lalu, Dewan Pemuda Pas mendesak Harussani memberi teguran kepada Zambry yang didakwa telah mengadakan upacara meletak ancak pada tiang seri rumah yang mana amalan itu bertentangan dengan akidah Islam.

Pada upacara ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong, Zamri telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya.

Menurut PAS upacara itu diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat "karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam".

"Upacara meletakkan tiang seri - tiang tengah rumah - dengan menepung tawar diiringi bacaan doa tertentu adalah amalan karut seperti mahu menjadi rumah itu aman... Kita (orang Islam) hanya diminta untuk bergantung kepada Allah......

Baru Je Undi BN...Sekarang Dah Merungut...??


Banjir di Sabah, kera di hutan disusukan?- MK

Enam kampung yang membabitkan kawasan 180 ekar sawah padi di Kota Belud, yang dianggap sebagai jelapang padi di daerah itu, mahu kerajaan persekutuan dan Sabah mengotakan janji mereka pada 16 Januari lalu untuk menghulurkan bantuan berhubung masalah banjir.

Kampung-kampung yang dilanda teruk itu adalah disenaraikan sebagai kawasan miskin tegar sejak kerajaan Usno memerintah dan tumbang pada 1976.

"Saya tak boleh dipersalahkan jika ada cakap-cakap menentang kerajaan di kampung-kampung itu kerana sudah begitu lama kerajaan belum mengotakan janji untuk memberi bantuan,” kata Jamari Seleh, 51, yang mengetuai Jawatankuasa Kecil Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jawi-Jawi .

Bercakap bagi pihak enam kampung berkenaan, beliau menjelaskan bahawa perhimpunan aman yang dihadiri oleh kira-kira 60 pesawah di Kota Belud, minggu lalu bertujuan supaya rintihan mereka mendapat perhatian.

Selain Jawi-Jawi, kampung lain adalah Taungusi, Labuan, Wakap, Merabu and Katabungan.

Menurut Jamari, pesawah dan petani begitu kecewa kerana usaha mereka bagi mendapatkan bantuan setkat ini terus tidak dihiraukan oleh kerajaan.

Katanya, daripada tontonan TV, mereka dapati kerajaan persekutuan dan juga negeri lebih berminat dan prihatin untuk menghulurkan bantuan kepada negara lain yang terjejas akibat bencana alam dan peperangan.

Seorang lagi anggota JKKK, Razlan Saitim, 31 berkata tidak ada masalah bagi Malaysia membantu negara yang kurang bernasib baik tetapi bukan sehingga menjejaskan rakyat di negara ini.

“Jangan seperti kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan. Kita mesti bantu diri kita sendiri dulu,” katanya.

Nota :

Nasib kau le...berlaku banjir selepas habis proses PRK...
Merunggut pun tak guna jugak....
Ye lah..Kalau BN rasa nak bantu...mungkin dia akan bantu....
Kalau BN tak bantu pun...itu nasib kau lee....
Andaikanlah Banjir ini berlaku dalam edah berkempen PRK...
Seluruh penduduk di daerah yang terlibat dengan banjir akan di tatang macam minyak yang penuh...
Usahkan makanan..mintak apa saja BN akan tunaikan segera...
Kalau mintak BN basuhkan berak...mungkin juga dia sanggup buat...
Perangai BN memang suka menunjuk-nunjuk...
Apatah lagi pada dunia luar...Kononnya merekalah hero....
Apa nak jadi pada rakyat...susah ke...sakit ke...lantak kau le...
Namun apakan daya...rakyat Sabah masih ramai lagi yang bodoh & Bangang...
Kalau BN...buatlah macam mana pun...bila undi mesti pangkah BN jugak....
Inilah kehebatan rakyat Sabah...bukan setakat setia malah terlalu membabi buta...
Kah...Kah...Kah....!!!