Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jan 23, 2011

Kenapa Najib Takut Sangat Nak Berdebat...??


SUDAH saya ramal dan katakan Anwar akhirnya menjawab dan terus mencabar Najib untuk berdebat. Anwar terpaksa berbuat demikian kerana sindiran dan penghinaan Najib kepada Anwar untuk menolak perdebatan agak keterlaluan. Najib semasa bercakap depan ribuan orang peneroka yang diangkut dengan bas, lori dan van dan dibayar di Tenang memperli Anwar dengan mengatakan ketua pembangkang itu akan demam kalau berdebat dengannya.

Kata Najib sebagai PM dia tahu segala maklumat mengenai Anwar. Katanya Anwar demam kerana dia mengetahui banyak rahsia peribadi Anwar.

Semalam semasa berkempen di Tenang Anwar menajawab sindiran dan penghinaan Najib ke atasnya dengan mengatakan beliau akan mampu berdepan kalau pun dalam keadaan demam. Kata Anwar dia akan telan penadol asalkan dapat berdebat dengan Najib. Anwar tidak mudah untuk merasa gerum dan kecut perut dengan Najib.

Kata Anwar kini dia tidak kisah topik mana yang Najib setuju berdebat dengannya. Kalau dhaif sangat untuk berdebat mengenai ekonomi Anwar setuju untuk berdebat fasal isu peribadi.

Anwar membuat cabaran itu bila Najib menyimpang dari topik asal untuk ikut sama mengheret isu periabdi. "Pilih mana yang Najib hendak, ekonomi atau peribadi," kata Anwar.

Kalau Najib mempunyai maklumat peribadi mengenainya, kata Anwar dia juga ada maklumat peribadi tentang Najib. Dia mahu tanya dan ceritakan siapa yang merampas isteri orang, siapa yang membunuh Altantuya dan siapa yang ambil rasuah RM500 juta untuk pembelian untuk peralatan perang negara.

Mungkin juga Anwar tahu mengenai tragedi seorang pemimpin yang tertangkap bahasa dengan seorang artis di Port Dickson Negeri Sembilan. Kalau tidak silap MB Negeri Sembilan ketika itu ada menelefon Anwar mengenai kejadian itu.

Cabaran dan kesanggupan Anwar itu menyebabkan Najib akan terkucil kali ini. Bagi rakyat tidak kira sama ada isu peribadi relevan atau tidak elok kalau mereka berdua duduk atas pentas dan berdebat dan mendedahkan segala yang ada dalam kain kalau itu yang mereka mahu. Tetapi ingat politik membawa kepada peribadi adalah politik kampungan.

Bila Anwar sebut siapa yang rampas isteri orang, ramai yang tertunggu-tunggu untuk mendengtar cerita sebenar macam mana proses pernikahan Najib dengan Rosmah. Apakah ketika itu Rosmah sudah berstatus janda, sudah habis edah atau tidak. Kalaulah ketika itu Rosmah masih isteri orang, berkahwin sebelum bercerai dan belum lepas edah, macam mana status kedudukan anak Najib dengan Rosmah. Bukankah itu bermakna mereka melahirkan anak haram?

Elok Najib kena jawab dan kena jelas apa yang diutarakan oleh Anwar itu. Kalau Najib tidak menjawabnya menyebabkan persoalan itu bermain dalam kepala orang ramai. Sangatlah malang bagi Najib dan juga nasib rakyat negara ini kalau Perana Menterinya bapa haram! Kita dengar apa pula balas Najib selepas ini!

Seekolknya Najib menjawab dan menjelaskan perkara ini semasa proses kempen pilihan raya kecil ini. Kalau perlu Najib kena tunjukkan surat perkahwinan dengan Rosmah. Bila perkara itu sudah disebut maka hendak tak hendak suka atau tidak suka ia perlu dijelaskan.

Sebenarnya bila Najib menyetuh soal peribadi Anwar ia telah melakukan kesilapan. Tindakan itu seperti menjolok sarang tebuan. Mengenang ini saya teringat kepada kata-kata seorang tua di kampun saya, namanya Munah. Katanya kalau tubuh kita penuh dengan kurap kerapu, jangan sesesekali kita nak menjual ubat kurap dan kerapu! Nampaknya itulah terjadi kepada Najib... baik-baik generasi mudah tidak tahu status perkahwinan beliau dengan Rosmah kini ia sudah 'terkobek'. Meow....

PRK DUN Tenang : BN Kurang Mendapat Sokongan Golongan Muda & Kaum Cina...??


LABIS - Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja menghadapi masalah calonnya yang dikatakan kurang mendapat sokongan padu Umno Bahagian Labis tetapi kurang juga penglibatan anak-anak muda serta masyarakat tionghua.

Tinjauan Skuad Buletinonline mendapati pada hari penamaan calon penyokong BN lebih dimonopoli oleh golongan wanita serta warga emas.

Malah, perarakan calon BN, Mohd Azhar Ibrahim ke pusat penamaan calon hanya diiringi oleh 5,000 orang penyokong yang ‘diimport’ serta dibayarnya.

Kebiasaannya, perarakan calon BN juga diiringi dengan pelbagai acara sampingan termasuk paluan kompang serta peralatan hiburan bagi menaikkan semangat para penyokongnya.

Tetapi, kali ini sangat berlainan dan suasananya hambar yang membosankan para penyokong Umno-BN serta kelihatan lebih awal meninggalkan lokasi perhimpunan tersebut.

Manakala, di pihak PAS pula sokongan golangan muda lebih menonjol dengan kehadiran lebih 20,000 penyokong yang mengiringi calon ke pusat penamaan calon di Dewan Majlid Daerah Labis, dekat sini.

Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mula berkumpul seawal jam 7.00 pagi serta menunaikan solat hajat pada jam 7.30 pagi di satu kawasan lapang di Pekan Labis.

Kelihatan para penyokong PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP begitu bersemangat termasuk di kalangan masyarakat setempat.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan calon, Normala Sudirman yang disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
..

Hakikat Hidup Seorang Pemimpin Yang Zalim....!!


January 16, 2010 "Information Clearing House" – Kehidupannya mungkin masih disaluti kemewahan, tapi jangan tertipu kerana hakikat sebenarnya bekas Presiden Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali dan keluarganya sekarang tidak ubah seperti banduan Umpama burung dalam sangkar emas, mereka kini dipinggirkan dalam istana yang terletak dalam salah satu daerah paling eksklusif di Jeddah di mana Ben Ali dan keluarganya yang korup itu terpaksa menerima hakikat bahawa mereka kini tiada tempat lain lagi untuk bersembunyi.

Ini sepatutnya memberi amaran kepada semua pemerintah yang zalim dan pemimpin diktator di rantau berkenaan – terutamanya Mesir – bahawa tidak kira betapa rapatnya awak dengan Barat, ketika ditimpa kesusahan mereka akan tinggalkan awak lebih cepat dari arang yang menyala.

Sebagai antara seorang penindas paling kejam di dunia, beliau menerima akibatnya sehingga terpaksa menaiki kapalterbang secara tergesa-gesa untuk menyelamatkan diri ke tempat yang dia sendiri tidak tahu.

Begitulah cepatnya beliau pergi.

Kami dimaklumkan bahawa beliau ke Malta, kemudian Perancis dan Dubai dan setengah dozen negara-negara lain, semuanya tidak menerima diktator yang berusia 74 tahun itu.

Lelaki yang terdesak itu akhirnya diterima untuk mendarat di Bandar pelabuhan Jeddah Jumaat lalu dan tiba di sana pada waktu tengah malam selapas sekutu rapat beliau Presiden Nicholas Sarkozy menolak permintaannya untuk mendaratkan kapal terbang di bumi Perancis.

Sementara itu panggilan kecemasan yang dibuat ke White House hotline dan Obama tidak dilayan.

Sekali lagi Amerika telah membuktikan dirinya sebagai seorang kawan yang tidak setia sama seperti yang dialami Almarhum Mohammad Reza Shah Pahlavi apabila beliau hidup dalam buangan selepas regimnya di Iran digulingkan dalam Revolusi Islam 1979. Bekas Shah itu menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Mesir, dipinggirkan dan dijauhi oleh pemimpin-pemimpin Barat yang sama yang pernah menyokongnya dahulu.

Kerajaan Saudi enggan menetapkan berapa lama beliau akan dilayan sebagai tetamu tapi saya rasa ramai tentera yang dikerahkan berkawal di pintu pagar istana itu bukanlah bertujuan untuk melindungi beliau tetapi bagi memastikan supaya beliau terus berada di dalam kawasan bertembok tinggi itu.

Persoalan bagaimana pemimpin sekular itu akan tinggal di bumi Dua Masjid Suci itu diluar pengetahuan saya. Ben Ali merendah-rendahkan Islam hingga ke tahap di mana beliau memastikan supaya para penguatkuasa ganasnya menyakiti dan menghukum mereka yang memakai hijab dan menyimpan jambang dan janggut.

Sebagai contoh, Menteri-Menteri Luar dan Dalam Negara dan Setiausaha Agung parti politik yang memerintah Tunisia, CDR, membuat kenyataan beberapa tahun lalu bahawa mereka berasa bimbang dengan peningkatan wanita-wanita yang memakai hijab dan lelaki yang menyimpan jambang dan janggut dan memakai qamis (baju labuh), sehingga membawa kepada perlaksanaan tegas perintah 108 tahun 1985 Kementerian Pelajaran yang mengharamkan hijab di institusi-institusi pengajian dan semasa bekerja dengan kerajaan.

Polis mengarahkan wanita menanggalkan tudung sebelum memasuki sekolah, universiti atau tempat kerja dan bahkan di jalanan (gambar bawah). Amnesty International melaporkan pada waktu itu bahawa beberapa wanita ditahan dan dibawa ke balai polis di mana mereka dipaksa untuk menandatangani komitmen untuk berhenti memakai hijab.

Mungkin seseorang perlu mengingatkan kerajaan Saudi tentang perkara itu supaya Ben Ali boleh didakwa di bawah undang-undang Syari'ah.

Kebencian dan ketakutan Ben Ali kepada Islam boleh juga dilihat di Mesir di mana Hosni Mubarak memerintah secara kuku besi. Penjara-penjara padat dan penuh dengan anggota-anggota Ikhwanul Muslimin dan suara-suara pembangkang dikawal setiapkali tiba musim pilihanraya.

Pengkhianatan Mubarak terhadap rakyat Palestin dan ketakutannya pada Hamas menyerlahkan sikap sekular dan cara hidup beliau yang bertentangan dengan Islam.

Saya diminta meninggalkan Kaherah pada Disember 2009 oleh Kementerian Luar selepas menulis sebuah artikel yang mengatakan Mubarak telah menjadikan Mesir sebagai budak suruhan Amerika di Timur Tengah kerana beliau dengan rela menerima sejumlah besar wang AS sebagai balasan kerana menekan penduduk Gaza dan menyokong Israel.

Tapi sekarang beliau mungkin tertanya-tanya samada sikap berbaik-baik dengan negara Uncle Sam itu memang berbaloi.

Lagipun, tiada yang sujud kepada Amerika lebih daripada Ben Ali. Malahan pada 2005, beliau diminta menghulurkan tangan persahabatan dengan Zionis Israel, iaitu negara yang pernah mengebom negaranya sendiri semasa ibupejabat Yasser Arafat terletak di Tunis pada 1986.

Adakah beliau membantah? Tidak, malah Ben Ali pergi lebih jauh lagi dengan menjemput penjenayah perang Ariel Sharon untuk melawat Tunisia. Kenapa jadi begitu penakut?

Sama seperti raja Tunisia terdahulu yang zalim, beliau dengan senang hati mencium punggung Zionis semasa menari belly di hadapan pemimpin-pemimpin Barat yang beliau anggap sebagai sekutu rapat.

Jadi, ke mana pergi kawan-kawannya sekarang?

Dia tiada kawan, rumah dan diaibkan.

PRU 13 Dalam Masa Terdekat..??


SHAH ALAM 22 JAN : Penganalisis politik, Said Zahari yakin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bakal mengadakan pilihanraya umum dalam waktu terdekat Dalam hal berkaitan beliau menolak bahawa kemenangan atau kekalahan BN pada pilihanraya kecil yang diadakan sekarang, tidak boleh dijadikan 'tanda aras' untuk menentukan diadakan pilihanraya umum ke-13.

Pilihanraya kecil ini samaada dimenangi oleh BN atau tidak, itu tidak akan mengubah fikiran Najib.

Saya fikir najib memang sudah merancang untuk mengadakan pilihanraya umum lebih awal. pilihanraya kecil ini hanya kebetulan sahaja. kalau nak dikatakan tanda bahawa pilihanraya diadakan segera atau dalam masa terdekat, saya fikir tidak begitu," katanya.

Beliau berpandangan bahawa, Perdana Menteri Najib Razak akan mengambil kesempatan ekoran suasana politik hari ini yang dilihat memihak kepada Barisan Nasional.

"Najib akan mengadakan lebih cepat daripada biasa. sebab keadaan sekarang ini lebih sesuai untuk najib mengadakan pilihanraya. keadaan bagus untuk mereka (BN).

Keadaan sekarang ini pada keseluruhannya lebih memihak kepada BN. sekiranya ditangguh-tangguh, keadaan berubah, tidak begitu baik untuk BN, ertinya Najib akan lebih susah mencari masa sesuai. jadi saya fikir dalam keadaan sekarang Najib mesti mengadakan pilihanraya umum," katanya.

Beliau turut menambah, biarpun serangan bertubi-tubi yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat semakin meningkat, namun beliau mengganggap Pakatan Rakyat mampu menghadapi serangan tersebut jika kesepaaduan dan keseragaman dicapai oleh seluruh anggota parti.

"Sekiranya pakatan dalam masa terdekat ini dapat mensepadukan perpaduan, maka peluang akan lebih baik," ujarnya.

Keseluruhan pilihanraya kecil yang berlangsung selepas pilihanraya umum ke-12 diadakan memperlihatkan, sebanyak 14 pilihanraya kecil telah diadakan.

Dalam tempoh ini, sebanyak 9 kerusi dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan hanya 5 kerusi dimenangi oleh parti Barisan Nasional.

Cara Nak Jatuhkan Kerajaan Yang Zalim...!!


Nota:

Lihat dan saksikan lah
Mereka seirama melaungkan tuntutan
Puluhan ribu turun ke jalan fraya
Akhirnya leila si first lady
Lari ke saudi...