Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Feb 22, 2012

PAS : Israel Tetap Negara Haram....!!


"SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan semula pendirian parti itu tidak akan sekali-kali mengiktiraf walaupun "seinci hak" Yahudi terhadap bumi Palestin.

Saya ingin mengulangi pendirian saya dan Majlis Syura serta pendirian Pas khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini.

"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, Pas tetap dengan pendirian ini," kata Nik Abdul Aziz dalam mesej yang dipaparkan dalam laman sosial Facebook beliau petang ini, lebih lima jam selepas menerima kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Anwar menemui Nik Abdul Aziz bagi menjelaskan pendirian beliau berkenaan kedudukan Israel sebagaimana disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal bulan ini, di ibu negara hari ini.

Dalam mesejnya, Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau rasa hairan kerana sesetengah pihak yang kelihatan sangat anti-Yahudi "masih tergamak menjalin hubungan dagang dengan Israel", bahkan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel.

"Pihak-pihak ini hakikatnya hanyalah ayam jantan yang berkokok gagah sedangkan ekornya bergelumang najis," kata beliau dilihat merujuk kepada kehadiran dua kapal milik syarikat Yahudi di Westport minggu lalu. Satu lagi dijangka akan berlabuh esok.

Perang Jihad Alaf Baru....!!


"Kumpulan hacker Anonymous telah mengisytiharkan "perang salib" terhadap Israel. Mereka menyatakan negara Israel telah melakukan "jenayah terhadap kemanusiaan" dan mengarah kepada "bencana nuklear". Kelompok hacker yang beberapa hari terakhir ini menyusahkan Amerika dalam hal perang Cyber, telah bersumpah akan melawan pemerintah Israel.

Dalam pernyataan mereka yang dikeluarkan Jumaat pagi, Anonymous menuding para pemimpin Israel menciptakan demokrasi palsu, dan hanya melayani kepentingan beberapa orang terpilih saja, sementara menginjak-injak kebebasan masyarakat. Anonymous juga menuding Israel telah memanipulasi pendapat awam dengan kerjasama antara "penipuan media" dan "politik rasuah".

Menghantar mesej kepada para pemimpin Israel, Anonymous menyatakan bahawa Zionis harus dipersalahkan atas pembunuhan dan pengusiran. Mereka menambah, bahkan ketika dunia sedang menangis, Israel malah sedang merancang serangan seterusnya. Maka kelompok Anonymous tidak akan membiarkan serangan itu terjadi.

Kumpulan ini berjanji akan melakukan tiga langkah terhadap pemerintahan Israel. Tiga langkah itu diantaranya akan mengeluarkan Israel dari Internet dan menukar Israel menjadi negara bebas. Sementara langkah ketiga tidak didedahkan kelompok ini.

Israel patut takut dengan akan ancaman Anonymous ini, kerana salah satu perkembangan terkini, kumpulan hacker ini berjaya merosakkan laman web milik CIA selama beberapa jam. Padahal, dalam mesej, Anonymous mendakwa, apa yang mereka lakukan terhadap laman CIA itu hanya sebagai suka-suka sahaja.

GEMPAR...!! Logo JATI Macam Logo Setan....??


KUALA LUMPUR, 21 Feb:Jati yang diterajui oleh Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat daripada PAS telah dilancarkan di Shah Alam Convention Center, Shah Alam petang ini. Walaupun perjuangan tiga jalurnya ialah untuk memartabatkan Islam, Melayu dan institusi Diraja, namun logo Jati dilihat mempunyai persamaan dengan 'logo setan' yang direka bentuk berdasarkan nombor '666'.

PANAS...!! Projek RM2.2 Bilion Kepada Bekas Hakim, Peguam Umno,,,,!!


Sumber : KeadilanDaily

KUALA LUMPUR 21 Feb: Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan isu pemberian konsesi Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) berharga RM2.2 bilion melibatkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

“Jelas sekali, kerajaan harus membuktikan pemberian projek lebuhraya ini dibuat secara telus demi kepentingan rakyat.

“Jika tidak, rakyat akan terus menolak jaminan BN dalam isu transformasi ekonomi dan membuat keputusan mereka di dalam pilihan raya akan datang,” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Gesaan itu dibuat ekoran dakwaan mengaitkan dua individu berkenaan mendapat habuan kerana peranan mereka membantu rampasan kuasa BN di Perak pada Februari 2009.

Hafarizam merupakan pengarah untuk kedua-dua syarikat yang menerima konsesi itu iaitu Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

Manakala Isteri Tun Zaki pula merupakan pengarah di dalam Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuhraya.

Sehubungan itu, Izzah antara lain menuntut Ketua Hakim Negara pada masa ini, Tan Sri Ariffin Zakaria meminta Tun Zaki Azmi membuat perisytiharan aset beliau dan keluarganya secara bertulis, berdasarkan peruntukan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009.

Beliau juga menggesa supaya kerajaan mendedahkan sebab dan kriteria pemberian tender lebuhraya itu kepada syarikat berkenaan.

“Apakah syarikat-syarikat lain yang dipertimbangkan, dan adakah tender terbuka dibuat demi memastikan kepentingan orang ramai terpelihara?,” Soal ahli parlimen Lembah Pantai itu.

Selain itu, beliau turut menuntut kerajaan mengeluarkan maklumat lengkap berkenaan konsesi, kadar tol dan perkongsian keuntungan lebuh raya berkenaan.

“Terma perjanjian antara kerajaan dan syarikat-syarikat yang dipilih mesti didedahkan agar projek ini tidak menjadi satu lagi konsesi yang membebankan rakyat Malaysia,” tegasnya.