Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 29, 2011

PDRM Adalah Polis UMNO....!!


Ketua Polis Negara harus perjelas program Umno dalam Markas FRU dan logo Umno memenuhi persekitaran markas. Pada 26 September 2011, bertempat di Markas Polis Simpanan Persekutuan- FRU (Unit 7 PSP NS) telah diadakan satu program bersama di dengan parti politik UMNO.

Pada hari tersebut bendera Umno memenuhi ruang sekitar Markas FRU dan jelas tertera logo dan nama Umno dalam pemidang dibelakang pentas. Malah ucapan Ketua Umno Bahagian Seremban penuh bersifat politik kepartian.

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Sembilan memandang serius perkara ini. Ini menunjukkan polis khususnya FRU sudah terjebak mengambil sikap dalam politik kepartian. Ketua Polis Negara harus tampil menyatakan pendiran dalam perkara ini.

Dato' Hj. Ishak Ismail hadir bukan sifatnya selaku mana - mana kapasiti jawatan kerajaan tetapi hadir dan berucap atas kapasiti Ketua Umno Bahagian Seremban.

Lebih serius program ini berlaku selepas polis dilihat melindungi dan gagal bertindak dengan kejadian Pemuda Umno Seremban yang menyerang sehingga mencederakan orang awam ketika Majlis Hari raya anjuran PAS yang dihadiri oleh Hj. Mohamad Sabu baru - baru ini.

Muhammad Saufi Miad
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia
Negeri Sembilan

27 September 2011

Blogger UMNO Buat Fitnah Lagi...!!


Setelah Video Seks seseorang yang lelaki yang menyerupai Anwar disiarkan blog Pro UMNO dan dituduh mereka lelaki itu sebagai Anwar Ibrahim, mereka menyiarkan Video Aksi Seks yang didakwa mereka adalah seorang Pegawai Kastam dan kini disiarkan pula oleh mereka video scandal seorang wanita bertudung dan seorang lelaki yang didakwa mereka dirakam didalam pejabat DUN Kota Anggerik yang mana ADUNnya ialah YB Yaakob Sapari.

Salam kepada semua, memang kerja "puak" yang dilaknat Allah membuat fitnah. Saya menafikan sekeras-kerasnya video ini dengan Pejabat DUN Kota Anggerik kerana pejabat ini sama sekali adalah bukan pejabat tersebut. Sila datang sendiri ke pejabat DUN Kota Anggerik di No 3A, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9.B Seksyen 9 40000 Shah Alam untuk melihat suasana dan layout pejabat yang amat jauh berbeza seperti didalam video ini. Bagi sesiapa yang membuat fitnah ini, laknatullahialaih, kami akan membuat bacaan doa khas untuk meminta Allah membalas kerja2 fitnah tersebut. Allah Maha Adil! - komen dalam Blog UMNO yang siarkan video ini.

Adun Kota Anggerik nafi tuduhan blog pro-Umno

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik, Yaakob Sapari hari ini menafikan tuduhan fitnah oleh sebuah laman blog pro-Umno yang didakwa cuba memburukkan imej Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat beliau dan para stafnya.

Klip video itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah dalam sebuah pejabat dengan tajuk entri ‘Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam’.

Namun menurut Yaakob, hasil siasatan mendapati video klip itu menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat yang jauh berbeza dengan Pusat Khidmat milik beliau.

Beliau sekaligus menyangkal individu (pelaku) video tersebut adalah stafnya dan percaya jurublog terbabit cuba membuat tuduhan tidak bermoral ke atas warga kerja untuk memberi gambaran negatif kepada rakyat.

Klip video

“Blogger tersebut tidak bertanggungjawab dengan memuat naik klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah di dalam sebuah pejabat.

“Akan tetapi hasil kajian dan siasatan yang telah dilakukan ke atas video tersebut menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat di dalam video tersebut berbeza dengan pejabat pusat khidmat yang sebenar,” katanya yang juga Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor.

Gesaan turut dibuat Yaacob agar BN dan Umno tidak lagi menggunakan politik kotor dengan menuduh pemimpin Pakatan Rakyat terlibat dengan skandal tanpa bukti jelas.

Katanya tindakan sedemikian hanya untuk menganggu Pakatan Rakyat dan mengalihkan fokus rakyat terhadap isu yang lebih besar .

Hassan Ali Tetap Istiqamah Bersama PAS...!!

SEHINGGA kini saya masih bersama PAS, saya yakin dengan perjuangan PAS, demikian penegasan Exco Kanan negeri Selangor dan AJK PAS Pusat, Dato’ Dr Hasan Mohamad Ali berhubung dakwaan beliau mahu masuk Umno. Ikuti penjelasan beliau kepada wartawan Harakah, SAIDAH HAIRAN di majlis rumah terbuka Aidilfitri di rumahnya, Taman Tun Dr Ismail, barubaru ini.

Ada dakwaan mengatakan Dato’ akan keluar PAS dan masuk Umno. Benarkah dakwaan tersebut, Dato’?

DR HASAN: Baru-baru ini dalam blog-blog mengatakan Hasan Ali akan masuk Umno, hari ini (17 Septembar) hari pengistyiharan dia (saya) masuk Umno. Ini spekulasi.

Yang kedua dalam laporan media, dalam blog dan akhbar mengatakan saya pernah menganggotai Umno, pernah berkecimpung dalam Umno.

Saya menegaskan, saya tidak pernah sebarang masa dan ketika masuk Umno. Saya juga tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno.

Jadi, saya merasakan insya-Allah jika misalnya saudara-saudara dapatkan penjelasan ini dan beritahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya. Saya rasa dapat melegakan spekulasispekulasi yang sedemikian.

Saya tidak menyatakan spekulasi ini berniat jahat, saya tidak mengatakan spekulasi ini spekulatif sifatnya, saya tidak menyatakan hanya mahu menimbulkan ketegangan di mana-mana pihak tetapi saya rasa redakanlah. Jika tidak dapat penjelasan daripada tuan punya badan janganlah mewakili kuda-kuda untuk bercakap.

Dato’ ada sumber mengatakan Dato’ berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein?

Tidak ada. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa.

Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan kot...

Hasan putung mayung ke bukan Hasan Ali (sambil berseloroh).

Sehingga kini saya bersama dengan PAS. Saya yakin dengan perjuangan PAS yang diasaskan.

Saya masuk PAS kerana dalam slogan PAS ialah Kepimpinan Ulama. Slogan ini yang memanggil Hasan Ali masuk PAS. Kedua kerana PAS hendak menegakkan negara Islam yang berpangkalkan pada al-Quran, sunnah, ijmak dan qias.

Itulah yang memanggil saya masuk PAS. Tetapi misalnya jika itu sudah tidak dijunjung lagi oleh mana-mana manusia macam saya pun, saya harus melihat diri. Jika kita hendak mengatakan saya meletakkan diri saya dengan meloncat kepada Umno, itu tidak betul sama sekali. Hari ini saya menafikan itu berlaku.

Bagi Dato’ kenapa sampai ada dakwaan timbul?

Macam-macam orang mendakwa, saya public figure. Tapi dakwaan macam itu jika keluar daripada mulut isteri saya itu pun tidak betul, selagi tidak keluar daripada mulut saya sendiri dan ia tidak boleh diwakil-wakilkan.

Kedudukan kita dalam politik ini bukan perwakilanperwakilan macam itu, saya tidak pernah mewakilkan manamana orang, saya tidak pernah mewakilkan sesiapa dan tidak akan mewakilkan sesiapa.

Seks,..Seks....Seks... Itu Sahaja Yang UMNO Tahu...!!


Nampaknya pihak Pakatan Rakyat mungkin betul.Umno sudah berubah. Pengundi Melayu Umno sudah melihat Umno seperti parti yang lain dann bukan lagi seperti yang dahulu.

Ramai orang berbangsa Melayu yang menyertai parti Umno kerana pengaruh kuasanya yang amat besar pada masa dahulu. Dirangsang oleh kepimpinan tertinggi politik perkauman Umno, ramai orang-orang berbangsa Melayu yang kekal setia di dalam Umno, walaupun mereka tahu bahawa mereka tidak akan naik pangkat di dalam Umno.

Sekarang, bilangan keahlian parti Umno dikatakan sudah mencecah 3 juta, menjadikan Umno parti politik terbesar di Malaysia.
Tetapi itu merupakan puncak kegemilangan bagi parti kebangsaan Melayu. Bukan sahaja orang-orang berbangsa Melayu sekarang lebih berpelajaran, ramai yang tidak lagi percaya dengan pihak yang mempermainkan kepercayaan mereka.

Kini lebih bijak

Apa yang pasti, terdapat satu jabatan perkhidmatan awam yang mempunyai rasa tidak puas hati yang amat mendalam – Jabatan Kastam.

Ini kerana bukan sahaja pegawai kanannya, Ahmad Sarbaini merupakan mangsa soal siasat Malaysian Anti-Corruption Commission, tetapi pemblog-pemblog Umno yang sejajar dengan pemimpin tertingginya telah mula menyiarkan vdeio seks untuk menunjukkan salahlaku moral di pihaknya.

Ia dipercayai merupakan usaha untuk menyelamatkan nama baik MACC dan kerajaan Perdana Menteri kita, Najib Razak. Keuda-dua pihak telah dipersalahkan ke atas kematiannya yang mengejut semasa dilawat di ibu pejabat MACC di Cheras.

“Walaupun blog tersebut menunjukkan perlakuan seksual yang jelas, tetapi sampai ke hari ini tiada sebarang maklumat lanjut tentang siapa yang terlibat.Oleh itu, tidak boleh dikatakan secara pasti bahawa ia melibatkan seorang pegawai Kastam,” Mohamed Khalid Yusuf, ketua pengarah Kastam memberitahu Malaysian Insider.

“Mengaitkan perlakuan seks itu dengan kes Sarbaini, di mana saya sendiri tak nampak hubungannya, merupakan perbuatan yang kejam dan tidak bertanggungjawab, jika mahu memalukan orang yang sudah meninggal.”

Seks – ubat dan ketagihan Umno?

Inilah taktik licik Umno. Di dalam kes Teoh Beng Hock, MACC cuba untuk menyusupkan bahawa Teoh Beng Hock telah mengambil nyawa sendiri disebabkan oleh cinta tiga segi dengan teman serumah.

Ketua parti pembangkang, Anwar Ibrahim, telah dikenakan dengan dakwaan seks yang tidak habis-habis – daripada tuduhan meliwat bekas pekerja lelakinya hinggalah mengadakan hubungan seks dengan pelacur wanita.

Timbalan presiden PAS, Mat Sabu juga telah menjadi mangsa dakwaan skandal seks, yang terbaru merupakan rakaman seks telefon yang dikatakan berlaku pada awal 1990!

Di dalam kes Sarbaini, video tersebut menunjukkan perlakuan seks di antara seorang lelaki berbangsa Melayu bersama seorang wanita mat salleh di dalam sebuah bilik hotel. Blog Umno, theunspinners.blogspot.com merupakan laman pertama yang meyiarkan video tersebut, mendakwa bahawa lelaki tersebut merupakan pegawai Kastam manakala wanita itu merupakan pelacur Rusia.

Lelaki di dalam video tersebut tidak dinamakan, akan tetapi pemblog itu menghubungkan rakaman yang bertajuk Pegawai Kastam Yang Terlampau itu dengan kematian Sarbaini di dalam jagaan MACC awal tahun ini.

Ia dilihat sebagai satu usaha untuk memburukkan reputasi pegawai Kastam tersebut sebelum keputusan dicapai di dalam kes yang penuh kontroversi ini

Ugut dan fitnah

Semantara itu, balu Sarbaini, Maziah Manap yang enggan ditakutkan oleh rakaman seks tersebut telah bersumpah untuk mendapatkan keadilan bagi suaminya. Maziah, seperti keluarga Beng Hock telah dijadikan bahan ketawa ketika siasatan kehakiman berlangsung oleh MACC dan peguamnya Shafee Abdullah.

Shafee, yang selalunya berkhidmat bagi Umno dan pemimpinnya, telah berkata pada beberapa hari yang lepas bahawa Sarbaini telah jatuh dari tingkap tingkat ketiga untuk bertemu teman wanitanya yang bekerja di syarikat Schenker Logistics (M) Sdn Bhd, seseorang yang bernama Wan Zainalabidin Wan Zaki.

“ Saya amat kecewa dan sedih dengan tuduhan yang dibuat APRM. Ia merupakan fitnah yang sangat besar untuk menyatakannya,” kata Maziah di dalam kenyataanya.

Samua perhatian tertumpu kepada keputusannya pada hari Isnin nanti. Cendekiawan berkata bahawa petunjuknya amat jelas, terdapat banyak rasuah dan aktiviti gelap di dalam MACC daripada luar.

"Kami amatlah berharap supaya mereka tidak mengugut balu Sarbaini untuk berdiam diri dan menerima sahaja siasatan kehakiman pada hari esok,” MP Batu Tian memberitahu Malaysia Chronicle.

Kebetulan di MACC- dua kematian dalam dua tahun

Sarbaini yang merupakan penolong pengarah di pejabat Kastam Selangor telah pergi ke bangunan MACC di Cheras untuk bertemu dengan pegawai penyiasatannya mengenai urusan penggelapan wang yang dikaitkan dengannya.Seperti Beng Hock yang disoal siasat sebagai saksi di dalam kes penyewelengan, Sarbaini meninggal di dalam premis MACC.

Sarbaini terjatuh dari pantry tingkat ketiga pejabat MACC Cheras. Beng Hock terjatuh dari tingkat ke 14 bangunan MACC Shah Alam.

Kedua-dua ahli keluarga mereka pasti mereka tidak membunuh diri dan telah menuduh APRM melakukan jenayah. MACC di bawah bidang kuasa Najib, tetapi beliau tidak mengekang pegawai-pegawai beliau.

Mayat Beng Hock ditemui pada Jun 2009. Dua tahun kemudian, Mayat Sarbaini ditemui. Apakah seterusnya?

(Dari penulis: Pada hari Isnin, koroner telah menentukan bahawa kematian adalah disebabkan nasib malang tanpa sebarang unsur jenayah. Keputusan ini telah melepaskan MACC, kata peguamnya.)- Malaysia Chronicle

Bala Allah Tak Kenal Siapa...!!


KUALA TERENGGANU - Bencana ribut sekali lagi membadai bandaraya Kuala Terengganu kira-kira jam 9 malam Selasa 27 September.

Dilaporkan, kejadian yang berlaku selama 30 minit berserta guruh dan petir telah mengakibatkan pokok-pokok terbalik, berpuluh-puluh rumah, kedai dan sekurang-kurangnya 10 kenderaan rosak.

Dataran Syahbandar adalah yang paling teruk dilanda daripada 25 kawasan yang telah di rahmat ribut, kata Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Penolong Pengarah Razali Mohd.

Kawasan-kawasan lain termasuk Jalan Para pegawai, Jalan Sultan Omar, Jalan Batas Baru, Jalan Sultan Zainal Abidin, Jalan Sultan Sulaiman, Jalan Sultan Mahmud, Jalan Masjid Abidin, Batu Burok, Kuala Nerus, dan Nisan Empat.

"Feri penumpang berhampiran Pasar Payang, pasu bunga dan kanopi kedai di Dataran Shahbandar rosak teruk manakala bumbung pasaran juga terpesona," Razali kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang, kawasan Seberang Takir antara lokasi yang terjejas akibat bencara alam itu.

Katanya, sekurang-kurangnya dua orang mangsa cedera dan seorang lagi masih dirawat di hospital

"lebih 30 buah rumah terlibat dalam bencana ribut itu, beberapa buah rumah rosak teruk kerana ditimpa pokok dan bumbung terangkat diterbangkan angin kencang,.

"dua cedera, seorang masih di(rawat) di wad (hospital),"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata pihak MTD telah mengambil langkah menziarahi mangsa-mangsa terbabit dan menghulurkan bantuan segera.

Menurutnya, ribut kelmarin adalah yang paling kuat sejak 10 tahun yang lalu.

"Pernah berlaku (dahulu ribut yang kuat) melibatkan (kerosakkan) banyak rumah kira-kira 10 tahun lalu, (kejaidan ribut) yang kecil-kecil sudah banyak kali (berlaku),"jelasnya.

Kejadian yang sama berlaku pada 18 Jun 2011 yang lalu yang mengakibatkan beberapa kawasan terutamanya kawasan Batu Burok rosak teruk

Selain itu ia turut meranapkan hampir 150 buah rumah di 13 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu, Manir.

Presiden PAS Berucap Di Sidang Antarabangsa Tehran..!!


Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah diberi penghormatan menyampaikan ucapan di Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam di Tehran pada sabtu lalu. Persidangan yang disertai oleh 700 perwakilan dari seluruh negara umat Islam itu membincangkan konflik terkini yang berlaku di Asia Barat seperti di Mesir, Tunisia, Libya, Yaman, Syria dan Palestin.

Ucapan yang bertajuk 'Kebangkitan Islam: Kebijaksanaan Menanganinya' disampaikan pada sesi ketiga persidangan yang turut dihadiri oleh Presiden Iran Mahmud Ahmadinajad. Menurut Abdul Hadi, menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk mengambil langkah segera menggantikan kerajaan yang tumbang di asia barat dengan kerajaan Islam yang adil untuk semua. Ketika semua mata tertumpu kepada Asia Barat dan negara umat Islam khususnya, penting bagi kita untuk memastikan kerajaan yang menggantikan diktator yang jatuh di Asia Barat melaksanakan syariat Islam dan berlaku adil kepada semua termasuk kepada bukan Islam. Menurut beliau, kesempatan fenomena kebangkitan ini mestilah diisi dengan mengilmukan rakyat yang ramai masih jahil di negara-negara umat Islam.

Disamping itu beliau juga menyeru supaya negara-negara umat Islam segera menangani konflik di Syria, kerana ia menjadi pintu kepada pejuang-pejuang pembebasan Palestin seperti Hamas, Jihad Islami dan lain-lain. Begitu juga dengan konflik di Yaman, Bahrain, Libya dan lain-lain negara mestilah diselesaikan dengan bijaksana supaya kerajaan baru yang dibentuk tidak mengulangi dasar dan sistem pemerintahan yang sama dengan kerajaan sebelumnya.

Turut menyampaikan ucapan ialah wakil Hamas Dr Musa Abu Marzuq, bekas Presiden Afghanistan, Dr Burhanudin Rabbani yang mati dibunuh dua hari selepas persidangan, Penasihat Jamiat Islami Pakistan, Sheikh Qazi Husin Ahmad, pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir, Dr Kamal Halabawi dan beberapa wakil lagi.

Ustaz Abdul Hadi turut ditugaskan mempengerusikan salah satu sesi sidang tersebut dan mengetuai bengkel khas tentang sejarah kebangkitan Islam melibatkan lebih 100 orang wakil pelbagai negara. Persidangan selama dua hari itu turut dihadiri wakil daripada lebih 70 buah negara umat Islam dan juga tokoh-tokoh akedemik dari Universiti Al Azhar, Turki dan Iran. - pas.org.my