Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 31, 2010

PAS KOMITED PERJUANGKAN ISLAM


PENDIDIKAN Islam menjadi agenda penting PAS sesuai dengan PAS sebagai gerakan dakwah dan juga parti politik yang berjuang atas landasan Islam demi menegakkan ketuanan Islam di muka bumi Allah ini.

Usaha untuk melahirkan generasi Rabbani yang dimulakan PAS semenjak anak-anak itu masih diperingkat awal kanak-kanak. PASTI menjadi bukti kesungguhan PAS dalam merealisasikan cita-cita Islam ini. Demikian penegasan Sdr Lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, ketika merasmikan Majlis Ihtifal PASTI Zon Sandakan.
"Aktivis-aktivis PAS telah membangun dan mengurus PASTI dengan menggunakan wang saku sendiri yang bermula dengan kosong. Bahkan ada antara aktivis PAS mengorbankan gaji bulanan atau pendapatan harian mereka untuk menampung pembayar elaun guru dan keperluan PASTI. Manakala guru PASTI pula berkhidmat dengan ikhlas untuk melakukan kebajikan sekalipun imbalan yang diterima tidak seberapa," jelas Lahirul lagi.

Beliau turut mengingatkan ibubapa yang hadir tentang bahayanya masa depan anak-anak yang tidak dididik dengan asuhan agama dalam menghadapi era globalisasi dan juga kemajuan internet. Bahayanya bukan setakat merosakkan akhlak bahkan sehingga memesongkan aqidah umat.

Lahirul turut melahirkan kekesalan terhadap langkah Kerajaan yang menaikkan harga minyak dan keperluan asas lain kerana ianya akan menyebabkan peningkatan kos yang bakal ditanggung rakyat termasuk kos pendidikan.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru ibubapa yang hadir supaya bangkit bersama Pakatan Rakyat untuk mendapat pendidikan percuma di peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi. Janji ini telah diputuskan dalam konvensyen Pakatan Rakyat sebelum ini.

Majlis Ihtifal PASTI Zon Sandakan kali ini mendapat sambutan meriah dari wakil-wakil 14 buah PASTI zon Sandakan. Pidato, sajak, bercerita kisah Al-Quran, nasyid, azan subuh, hafazan dan khutbah antara acara yang dipertandingkan.

Turut hadir ke majlis tersebut, timbalan beliau, Ustaz Zaidi Mustapa dan Ketua Pemuda PAS Sandakan, Ustaz Kamarudeen Wahab.
-------------------------------------------------------
Kah...Kah....INI BARU BETUL...TAK ADA YANG KLUK-KLEK....!!!

Kah...Kah.....SEMUA SUDAH MUKTAMAD....!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...BUKAN MACAM BN..BANYAK YANG MASIH FLIP-FLOP...DAN MASIH TAK MUKTAMAD...!!!

Menteri AYAM BRAND ....!!!!


Menteri: Pemuda Umno usah berkokok-MKini

Kongsi 6Cadangan Pergerakan Pemuda Umno supaya kerajaan turut membenarkan pensyarah dan mahasiswa melibatkan diri dalam politik seperti yang diberikan kepada guru perlu dipertimbangkan secara mendalam.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata universiti dijadikan sebagai gelanggang politik dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah pada masa akan datang.

"Proses mempengaruh akan berlaku sekiranya universiti itu dijadikan gelanggang politik. Walaupun cadangan itu disertakan dengan syarat iaitu pensyarah perlu beri perhatian mengajar dan pelajar beri perhatian untuk belajar, namun, tetap akan menimbulkan masalah," katanya pada majlis penyampaian hadiah golf amal anjuran Majlis Kebajikan dan Pembangunan Penyayang (Mayang) Parlimen Pasir Gudang, di Johor Bharu, hari ini.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan supaya kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan golongan mahasiswa untuk aktif berpolitik.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata langkah itu boleh melahirkan barisan pemimpin politik yang terbaik.

Mohamed Khaled yang juga anggota Parlimen Pasir Gudang berkata pensyarah yang mempunyai pegangan politik akan berusaha sedaya upaya supaya pemikiran dan pendiriannya menjadi ikutan dan disokong semua pihak.

"Kalau kita benarkan pelajar berpolitik dalam universiti, pensyarah pun hendak berpolitik juga. Kalau kita benarkan kedua-duanya berpolitik, bayangkan kalau pelajar itu orang Umno dan pensyarahnya pula daripada Pas, apabila tidak lulus dia akan salahkan pensyarah. Macam-macam boleh timbul," katanya.

Menyifatkan cadangan Pemuda itu sebagai populis, beliau berkata Pemuda perlu mengemukakannya kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi mendapatkan keputusan.

"Kalau MT buat keputusan, saya sebagai ahli Umno akan patuh sahaja tanpa banyak soal. Jangan berkokok di luar, bawa dalam mesyuarat MT dan tengok apa keputusannya," katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata pertandingan golf amal kali kelima yang berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM285,000 hari ini, akan diteruskan untuk mengisi dana Mayang bagi membantu golongan miskin di kawasan Pasir Gudang.

Beliau berkata empat buah kelas tuisyen percuma juga akan dibuka dalam masa terdekat di kawasan Pasir Gudang sebagai usaha menyediakan pendidikan sempurna kepada anak-anak golongan miskin.--Bernama
-------------------------------------------------------------
Kah...Kah.....APA SALAHNYA..MENANTU AYAH CUMA BAGI PENDAPAT...!!!

Kah...Kah....MENANTU AYAH MEMANG BANYAK IDEA...!!!

Kah...Kah....KHALED NORDIN MEMANG BAHLOL...!!!

Kah...Kah....GURU BOLEH...TAKKAN PENSYARAH TAK BOLEH BERPOLITIK...!!!

Woittttt.....SEBENARNYA...KHALED NORDIN MEMANG TAK PERCAYAKAN PENSYARAH....!!!

Kah...Kah....MAJORITI PENSYARAH ADALAH PEMBANGKANG...!!!

Kah...Kah....BRAHING ALI MESTI SOKONG KHALID NORDIN....

Kah...Kah....TUNGGU DAN LIHAT APA PERKASA NAK KATA NANTI....!!!

Kah...Kah...PERKASA MESTI HENTAM PUNYA....JANJI BOLEH TIBAI MENANTU AYAH...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH.....BAGILAH PR MENANG..USAHKAN CIKGU....TUKANG KEBUN PUN BOLEH BERTANDING KALAU ADA PENYOKONG...!!!

Ayuh..JOM TAWAN Kini Di Johor...!!!!


CERAMAH UMUM:

Gerak Tawan Johor oleh Anwar Ibrahim
Batu Pahat Johor
Markas PAS Sg.Tongkang Rengit
semua di jemput hadir

Syiar Islam Terus Subur Di Kelantan.....!!!


Nik Aziz saran Bazar Ramadan dikenali Bazar Iftar-MInsider

Nik Aziz bertanya apa salahnya jika nama dan konsep bazaar Ramadan diubah

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyarankan nama dan konsep bazar Ramadan ditukar kepada Bazar Iftar berbuka puasa bagi mencerminkan penghayatan terhadap ibadah berpuasa itu Beliau berkata Pihak Berkuasa Tempatan dan media boleh memainkan peranan untuk menukar nama dan konsep bazar Ramadan itu yang sentiasa mendapat sambutan ramai setiap kali bulan puasa

Saya baca dalam akhbar rasa kagum betapa ramai peniaga terdiri daripada umat Islam sampai berebut-rebut untuk mendapat borang berniaga di bazar Ramadan �Apa salahnya kalau nama dan konsep bazar Ramadan itu ditukar kepada bazar Iftar bagi memberi penghayatan kepada umat Islam bahawa ada dua ketika nikmat bagi orang berpuasa iaitu ketika berbuka dan menyambut Idilfitri katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Ketika ditemui pemberita selepas itu Nik Aziz berkata beliau telah melawat Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima yang kini dirawat di Unit rawatan Rapi ICU Hospital Pakar Perdana di sini kerana kanser usus Beliau meminta semua pihak mendoakan agar kesihatan wakil rakyat itu kembali pulih Che Hashim yang disahkan menghidap barah usus kira-kira setahun lepas pernah menjalani rawatan susulan di sebuah Hospital di Guangzhou China pada 2009 -Bernama

Nota :

Beruntung sungguh rakyat kelantan...
Ada pemimpin yang membawa mereka dekat dengan Islam...
Ada pemimpin yang memngajarkan kepada mereka tentang keindahan Islam
Kami semua sayang Tok Guru...Kami Tetap di belakang Tok Guru demi Islam...!!!

Bohong..Tipu Itu Adalah Perangai UMNO/BN,,,,!!!


FDI: Ku Li dakwa menteri tak cakap benar -MKini

Kongsi 10Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mengecam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar berhubung sebab utama tentang kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus pada 2009.

"Beliau tidak bercakap benar, berpusing-pusing beri alasan remeh," katanya kepada Malaysiakini di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar hari ini.

Razaleigh mengulas alasan menteri itu bahawa Malaysia hanya berjaya menarik FDI sangat sedikit berbanding ekonomi negara jiran kerana ia melibatkan skala pembangunan pada tahap berbeza, justeru tidak boleh menarik pelaburan infrastuktur.

Mustafa dilaporkan berkata ini kerana Malaysia tidak berminat menarik pelaburan dalam sektor pulangan rendah seperti yang melanda ekonomi kawasan lain.

Razaleigh yang juga ahli parlimen Guan Musang mengetepikan perkiraan bahawa pelabur tempatan lari ke luar negara kerana pasaran Malaysia sudah tepu.

"Masalah sebenarnya ialah keyakinan (pelabur). Jika begitu, kenapa syarikat seperti YTL buat stesen janakuasa di Singapura? Awak boleh tanya mereka.

"Kita perlukan duit untuk bangunkan negara ini. FDI bukan hanya bawa duit tapi latihan dan kemahiran pembangunan," katanya

Nota :

Kalau semua menteri di Malaysia bercakap benar....
Dah lama dah spesis BN ni berkubur....
Apa yang ada pada mereka hari ini hanyalah kuasa, wang dan seni untuk bercakap bohong...

Hanya Islam Yang Lebih Telus...!!!


BUKTI SISTEM PERUNDANGAN NEGARA TELUS – MUHYIDDIN – Berita Hairan

Muhyiddin Yassin berkata, pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik membuktikan sistem perundangan dan kehakiman negara tidak berat sebelah sebagaimana yang sering didakwa pihak pembangkang.

Sebaliknya beliau berkata, ia membuktikan sistem perundangan di negara ini adalah saksama dan telus kerana tindakan tetap diambil walaupun terhadap seorang bekas anggota Kabinet daripada Barisan Nasional (BN).
------------------------------------------------------
Woittttt.....APA PULAK FATWA SI SEMBAB INI.....????

Kah...Kah....INI ADALAH SANDIWARA....SEMUA NAK KENCING RAKYAT.....

Kah...Kah...INGAT APA JADI DENGAN ERIC CHIA....BERBILION BILION.....

Woittttt....INGAT APA JADI DENGAN KASITAH GADDAM.....???

Kah...Kah...INGAT APA JADI DENGAN KES ISA SAMAD..???

Kah...Kah...INGAT APA JADI DENGAN KES RAFIDAH AZIZ....???

Kah...Kah...SEMUA INI ADALAH SANDIWARA....SEMUA INI DALAH TEATER....

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....KALAU BETUL TELUS...RAFIDAH AZIZ SEKARANG NI MASIH LAGI BERADA DI PENJARA KAJANG...!!!

Nota:

Berita dah mula terdengar
MCA sedang berfikir sekarang ini....
Sama ada hendak terus dalam Barisan Nasional
atau keluar barisan dan masuk bulatan...Kah....Kah...Kah....!!!

Ampun Tuanku...Patik Belum Bersedia Tuanku...!!!


MB SELANGOR : PAKATAN TIDAK AKAN IKUT BN PANGGIL PRU - MInsider

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim mengesahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) tidak akan mengadakan pilihan raya negeri lebih awal jikapun Barisan Nasional (BN) mahu membubarkan Parlimen untuk pilihan raya umum tergempar.

“Sikap kami adalah jika ia sesuai dengan kami, kami akan lakukan. Jika tidak, kami tidak akan berbuat demikian,” kata beliau kepada pemberita selepas di sini petang ini.

Khalid menjelaskan, pentadbirannya berminat untuk memutuskan soal tarikh pilihan raya umum negeri apabila melangkah ke tahun kelima mandat.

“Setiap orang dalam Pakatan lebih memihak untuk menghabiskan tempoh mandat empat tahun sebelum memutuskan (tarikh memanggil pilihan raya),” kata beliau sambil menekankan, ia tempoh empat tahun adalah masa yang cukup untuk membuktikan kepada rakyat apa yang boleh dilakukan oleh PR Selangor.

Mandat semasa kerajaan negeri akan berakhir Mei 2013.
-----------------------------------------------------
Woitttt.....INGAT KERAJAAN PAKATAN INI BODOH SANGAT KE..???

Kah...Kah...AJAK MAIN GULI...KITA IKUT MAIN GULI.....

Kah...Kah...AJAK MAIN GASING... KITA IKUT MAIN GASING.....

Woitttt.....ITU DULU... ITU PUN ZAMAN TUN RAZAK...SEKARANG SUDAH LAIN...

Kah...Kah....INI ZAMAN NAJIB...WALAUPUN AYAHNYA BAIK TAPI ANAK BELUM TENTU BAIK...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...SEMUA ORANG ASALNYA BODOH...TAPI TAK LAH BODOH SELAMAMNYA...BUKAN MACAM UMNO..BANGANG DULU..KINI DAN SAMPAI MAMPUS...!!!

Pelajaran Baru...Anti Melayu Hukumnya Haram..!!!


ZUL NOORDIN : HARAMKAN DAP - MKini

Zul Noordin berkata Pendaftar Pertubuhan perlu membatalkan pendaftaran DAP kerana didakwa "cauvinis, rasis, ala-komunis, anti-Melayu dan anti-Islam" dalam isu diskaun bumiputera bagi pemilikan hartanah tertentu Selangor.

Zulkifli Noordin berkata isu pemilikan hartanah komersial dan mewah - seperti disaran ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua - bukan isu diskaun semata-mata tetapi berkait dengan perlembagaan dan keharmonian kaum.
-------------------------------------------------
Woittttt.....INI BARU BETUL PERJUANG ISLAM......

Woitttt.....INI BARU BETUL PEJUANG MELAYU TULEN......

Kah...Kah...ORANG MELAYU MESTI KENA ADA DISKAUN......

Woitttttt...TAK KAN MINTA DISKAUN BELI RUMAH SAJA.....

Kah...Kah....INI SATU LAGI PROJEK NAK PENINGKAN MELAYU...

Kah...Kah....SUBSIDI DAN DISKAUN BENDA YANG SAMA SAJA....

Kah...Kah...KENAPA MELAYU TAK BERJIHAD MINTA DISKAUN UNTUK GULA...ROTI...IKAN SARDIN...TAMBANG BAS...MINYAK PETROL...TARIF LETRIK...???

Woittttt....MELAYU DAN ISLAM MESTI DI BERI DISKAUN…INI ADA TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN 1 MALAYSIA....

Kah...Kah...KALAU TAK PUAS HATI...PEGI TANYA BRAHING ALI....

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....SAMPAI MAMPUS PUN MELAYU TERUS DI BODOHKAN...!!!