Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Feb 13, 2011

Bila Perasuah Cakap Soal Rasuah....!!


Rasuah Bukan Masalah Di Negara Ini-Isa Samad - HD

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata, rasuah bukanlah masalah besar di negara ini kerana ia berlaku di mana-mana negara di dunia.

"Rasuah di mana-mana, taklah teruk sangat. Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni," kata Isa ketika memberikan ucapan di forum masa depan kepimpinan Melayu di PWTC lewat petang semalam.

Turut menjadi penal di forum tersebut adalah Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Media Prima) manakala moderatornya adalah Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketika memberikan ucapannya, Mustafa berkata, antara cabaran besar kepimpinan Melayu di negara ini adalah pelakuan rasuah yang bermaharaja lela di negara ini.

Ia kini, kata Mustafa, sudah menular ke semua pihak dari peringkat tertinggi negara, pertengahan bahkan golongan bawahan termasuk pada pelajar.

"Yang mengejutkan saya, hasil kajian yang dibuat oleh Institut Intergriti Malaysia (IIM) yang mendapati 35 peratus pelajar menjawab, mereka akan mengambil rasuah jika ada peluang," kata Mustafa.

Sebelum ini, Isa pernah dipecat dari jawatan Naib Presiden Umno apabila didapati beliau terlibat dengan rasuah politik dalam pemilihan Umno. Ekoran itu, beliau juga kehilangan jawatannya sebagai menteri.

Isa kembali semula ke ruang utama politik negara apabila dipilih sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan menang.

Baru-baru ini, Isa telah dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai Pengerusi Felda. Ramai beranggapan ia berlaku hasil dari pengaruh isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor.

"Bagi saya ia tidaklah teruk sangat...kerajaan pula tidaklah menghalalkan rasuah," kata Isa.

Sukar untuk PAS dan Umno bersatu

Dalam ucapannya juga, Isa berkata, sukar untuk PAS dan Umno bersatu kerana jika kedua-duanya bersatupun Melayu tetap tidak akan bersatu.

"Kalau PAS dan Umno bersatu, tentu ada orang akan tubuh parti Melayu yang lain. Baru-baru ini parti Kita tubuh, lepas ini parti Kami pula," kata Isa disambut tepukan sorakan gemuruh peserta di dewan PWTC yang kebanyakannya adalah penyokong Umno itu.

Kita adalah parti yang dirujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim yang ditubuhkan baru-baru ini.

"Jadi apa yang kita minta adalah, biarlah Umno dan PAS ini bersatu atas perkara-perkara yang disepakati untuk kepentingan orang Melayu...itu dah cukup," kata Isa.

Desakan untuk PAS bersatu dengan Umno menjadi vokal di kalangan peserta Simposium Dilema Melayu itu yang rata-rata pro Umno atau anak didik Umno di kampus seluruh negara itu.

Ia dianjurkan oleh bekas pelajar pro Aspirasi iaitu kumpulan pelajar yang pro Umno dalam kampus.

Mustafa ketika mengulas isu ini berkata, menjadi dasar PAS dan Pakatan Rakyat untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam perkara-perkara kepentingan bersama dan untuk keadilan.

"Kita dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk mempertahankan tiga perkara pokok dalam perlembagaan iaitu Islam agama rasmi persekutuan, kedudukan Bahasa Melayu dan juga kedudukan raja-raja Melayu.

"Bahkan menjadi dasar PAS juga untuk bekerjasama dengan Umno untuk perkara-perkara kepentingan bersama atas prinsip keadilan," katanya.

Lagi Kezaliman UMNO/BN Rampas Tanah Rakyat...!!


KUALA NERUS – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN) Terengganui telah bertindak zalim, merompak tanah-tanah rakyat tanpa bayaran setimpal di kawasan Paya Bunga, Ladang dan Gelugor dalam daerah Kuala Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas, Encik Salleh Embong menggelarkan pula projek jalan dari Jeram ke Banggol Tuan Muda sebagai ‘jalan air mata’.

Menurutnya, penduduk kampong Banggol Donas yang terlibat dengan pembinaan jalan tersebut mengalir air mata kerana tanah mereka akan ‘dirompak’.

“Di akhir-akhir ini kiita banyak mendengar cerita bagaimana kerajaan (Umno-BN Terengganu) merompak tanah dengan bayaran yang tidak setimpal,

“saya namakan jalan (Jeram ke Banggol Tuan Muda) sebagai jalan air mata, apa yang berlaku kepada orang kampung Banggol Donas,

“mereka mengalir air mata kerana mengenangkan rumah-rumah mereka yang mereka duduk diatas tanah warisan,”ujarnya ketika berucap di Kamgpung Petai Bubus disini semalam.

Menurutnya kerajaan mahu mengambil tanah penduduk kampung tersebut tanpa berbincang terlebih dahulu sedangkan tanah terbabit bukan tanah kerajaan, bukan tanah TOL bukan pula tanah haram.

Menurut sebanyak 22 buah rumah yang terlibat dengan dengan pembinaan jalan tersebut tidak langsung dipanggil untuk berbincang oleh kerajaan.

Walaupun Encik Salleh telah membuat bantahan sehingga ke pihak Perdana Menteri, namun tidak ada apa-apa tindakan yang diambil.

Pada bulan Oktober tahun lalu, Encik Salleh telah mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan (SUHAKAM) setelah tiada mendapat apa-apa jawapan dari bantahan yang telah dikemukakannya.

Malaysia Dan Mesir..Sama Saja....!!


NAJIB: MALAYSIA TAK BOLEH DISAMAKAN DENGAN MESIR – MK

Dengan ribuan rakyat Malaysia mencurahkan ucapan tahniah kepada rakyat Mesir atas kejayaan 'membebaskan' negara mereka, Najib Razak memilih untuk mengasingkan persamaan di antara kedua-dua negara berkenaan.

"Pertama, kita tidak boleh samakan apa yang berlaku di Mesir dengan Malaysia kerana perkara adalah berbeza di kedua-dua negara,” katanya apabila ditanya apakah iktibar yang boleh diambil oleh BN dan Umno daripada pengalaman di negara Asia Barat itu.

Menurut Najib, dasar BN 'Rakyat didahulukan' itu adalah perbezaan utama antara Malaysia dengan pentadbiran rejim bekas presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun.

"Kita dari awal telah menyedari rakyat mesti didahulukan. Jadi apapun dasar dan program yang dilakukan mesti meletakkan prinsip iaitu mesti mendahulukan rakyat.

"Saya percaya jika kita berbuat demikian, rakyat bersama-sama dengan kerajaan dalam erti kata bukan semua masalah boleh diselesaikan sekelip mata, rakyat pun faham tetapi asalkan kita, mendahulukan kepentingan rakyat dan memahami jangkaan rakyat," katanya.

Nota :

INI BUKTINYA:

- mesir telah 30 tahun di bawah undang undang darurat
- malaysia semenjak 1948, 1969, 1974 – dibawah tiga undang undang darurat

- mesir boleh penjara warga tanpa bicara
- malaysia boleh penjara warga tanpa bicara

- mesir banyak tahanan politik
- malaysia banyak tahanan politik

- media mesir wajib ada lesen cetak
- media malaysia wajib ada lesen cetak

- mesir tangkap warga tuduh penganas islam untuk bodek amerika
- malaysia tangkap warga tuduh pengganas islam untuk bodek amerika

- mesir semua perniagaan perlu rasuah
- malaysia semua perniagaan perlu rasuah

- polis mesir kaki pau
- polis malaysia kaki pau

- mubarak beli senjata untuk buat duit
- najib beli senjata untuk buat duit

- pilihan raya di mesir tipu
- pilihanyara di malaysia tipu

- mubarak guna islam untuk kontrol rakyat
- najib guna isklam untuk kontrol rakyat

- mesir runtuh gereja
- malaysia runtuh surau masjid dan kuil

- mesir ada firaun
- malaysia ada mahafiraun

- mesir ada first lady
- malaysia ada fat lady

- first lady mesir gila kumpul harta
- fat lady malaysia gila kumpul harta

- first lady mesir gila publisii
- fat lady malaysia gila publisiti

AKHIR NYA:

di malaysia ada UMNO – united malay national organisation
di mesir ada UMNO – united mesiran national organisation kah kah kah

PRK Ke 16 Bakal Di Adakan Di DUN Kerdau...!!


ADUN Kerdau meninggal dunia-MK

ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.

"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Feb 12, 2011

Dari Dataran Tahrir Ke Besut....!!


HIMPUNAN PAS GANTI UMNO KEDUA DI BESUT – HD

Perhimpunan besar-besaran bagi gelombang kebangkitan PAS Ganti Umno di Terengganu bagi kali kedua dijangka akan diadakan 5 Mac depan.

Jika tidak diadakan pada tarikh itu pun, perhimpunan bagi kali kedua itu tetap akan diadakan pada bulan Mac depan dan tempatnya telah ditentukan di daerah Besut.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menjelaskan, perhimpunan tersebut dijangka akan mendapat sambutan hangat bukan sahaja dari kalangan penduduk Besut, tetapi juga seluruh penduduk Terengganu.

Menurut beliau, jangkaan tersebut dibuat berdasarkan sambutan hangat oleh rakyat Terengganu terhadap perhimpunan PAS Ganti Umno bagi kali pertama di Kemaman bulan lalu sehingga disertai sekitar 40,000 orang.

"Kedatangan sebanyak itu sedikit sebanyak bolehlah dikatakan sebagai bukti kemahuan rakyat Terengganu agar gelombang kebangkitan PAS Ganti Umno benar-benar menjadi kenyataan pada pilihanraya umum akan datang," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.
---------------------------------------------------------
Woit… PARTI PAS KINI SUDAH CEKAP..

Kah..Kah...INILAH CARA TERBAIK UNTUK MENANG DAN DAPAT KUASA..

Kah...Kah..AIMAN TAK KISAH...YANG PENTING KENA ADA SEMANGAT SEPERTI SEMANGAT DATARAN TAHRIR

Lepas Mesir..Kini Giliran Algeria Pulak...!!



Anak anak muda telah menyusun untuk keluar berdemo.mereka akan keluar hari sabtu ini

ledakan kemenagan di mesir akan membakar semangat
anak anak muda bukan sahaja di aljeria tetapi di mana saja
mereka sedang dibodohkan

sekali lagi anak abnak muda telah memilih jalan raya
dan menolak pilihanraya

bula lalu 5 anak muda telah mati dibunuh polis dan 800 orang cedera
dalam satu demo menentang kebnaikan harga barang

kita lihat dan tunggu

Nota:

Bila agaknya akan ada demo di saudi?

ALJERIA PREPARES FOR A DAY OF PROTEST – Guardian London

Algeria, the oil-rich, military-dominated north African state, is braced for a day of pro-democracy protests, despite a ban on demonstrations in the capital, Algiers, and a large security presence intent on containing any uprising inspired by Egypt or Tunisia.

A key energy exporter and the biggest country in the Maghreb, Algeria last month used its powerful armed forces to contain several days of rioting, triggered by price rises for sugar and cooking oil. At least five people died and around 800 were injured in demonstrations against youth unemployment, poor housing and corruption, including several people who set themselves alight.

Now a hastily formed umbrella group of civil associations, independent trade unionists and small political parties has called for a national day of protest on Saturday , under the slogan "Changing the system". It is calling for an end to 12 years of authoritarian rule by Abdelaziz Bouteflika and his generals.

In an effort to stop mass protests, Bouteflika said he would use the country's vast oil and gas wealth to lower the prices of key foods. He also promised to allow more democratic freedoms, create jobs and lift a 19-year-old state of emergency that still hangs over the country.

Despite weeks of strikes, including by academics and paramedics, Algeria has not seen the spontaneous, mass uprisings of Tunisia or Egypt. Analysts say people want change but are wary of chaos in a country still traumatised by its violent recent past. More than a million were killed in the fight for independence from France in 1962, while up to 200,000 died during the civil war of the 1990s after elections were scrapped in 1992.

Semua Yang Jatuh Kerana Pilihan Jalan Raya Bukannya Pilihanraya...!!

Ini lah kebencian dan kemarahan....Ini lah jawapan kerana menipu dalam pilihanraya!!!

Rakyat Mesir dan rakyat Arab yang bangun pada pagi ini melihat dunia telah berubah. Dunia baru ini bukan dunia yang ditempah dan di canai di Rumah Puteh atau Tel Aviv.

Dunia baru kali ini adalah dunia buatan mereka sendiri. Dunia ini ditempah di jalan raya.

Selama 30 tahun rakyat Mesir digula-gula dengan pilihanraya. Kali akhir tahun2005 di mana Mubarak dan National Demokratik Parti telah menipu dalam pilihanraya itu.

Husni Mubarak telah menggunakan Suruhanjaya Pilihanraya, Polis, Mukhabarat/SB, Soldadu untuk menipu, mengancam dan menekan pengundi agar memilih NDP dalam pilihanraya ini.

Husni Mubarak juga telah menolak:
- penggunaan dakwat
- menggunakan undi pos
- hanya NDP boleh ada laporan media
- hanya NDP boleh membuat iklan di media
Malah ada tempat tempat langsung tidak ada proses pengundian berjalan. Calon NDP terus menang.

Akhirnya warga Mesir telah memilih jalan raya. Hanya jalan raya dan bukan pilihanraya yang difajhami oleh trejim rejim zalim dan menipu.

Apabila Husni Mubarak telah diundurkan maka barulah boleh satu pilihanraya yang jujur, adil dan diyakini dapat dijalankan.

Sejarah telah menunjukkan yang zalim ganas hanya boleh dilawan dengan jalan raya bukan pilihanraya:

Ahmad Reza Pahlevi Raja Segala Raja Iran jatuh kerana jalan raya.

Marcos jatuh kerana jalan raya.

Suharto jatuh kerana jalan raya.

Park Chung Hee jatuh kerana jalan raya.

Emperor Bokassa jatuh kerana jalan raya.

Dan terakhir ini Hosni Mubarak jatuh kerana jalan raya.

Salut kepada mereka yang memilih jalan raya.


SEJARAH MANUSIA SESUDAH FIRAUN

Perhimpunan 18 hari di Dataran Tahrir adalah perhimpunan yang terbesar dalam sejarah dunia.

Belum pernah satu revolusi menjatuhkan seorang ditaktor diasak oleh sebagini ramai rakyat.

Belum pernah rakyat bangun dengan marah dan mendobrak rejim yang zalim.


AWAS DAN WASPADA

Bersedia untuk melihat revolusi ini dibajak.
Bersedia untuk melihat revolusi ini diselewengkan.
Seketul daging bernama Mubarak telah pergi.
Sistem yang menindas masih wujud.
Yang dilawan bukan daging tetapi sistem.
Ini hanya permulaan tetapi kamum pemodal dan kapitalis
antarbangsa sedang melihat dan merancang untuk memastikan Mesir
tidak kembali ke zaman Naseer – yang nasionalis dan sosialis.

Awas ! Tel Aviv sedang merancang.
Persoalan? Apakah pejanjian damai Mesir/Israel akan dilupuskan.
Perjanjian inilah yang menjadi kunci yang telah memandulkan Mesir
dari menjalan dirinya sebagai pemimpioan negara Arab.

Ucapan Selamat Tinggal Daripada UMNO Mesir...!!

Bye-bye dari presiden united mesiran national organisation...!!

UNITED MESIRAN NATIONAL ORGANISATION

parti united mesiran national organisation
yang di kepalai oleh mubarak kini diberitakan sedang
menyusun strateji baru untuk cuba memenangi hati
anak anak muda

bangunan parti united mesiran national organistion telah
dibakar. pemimpin parti telah menuduh kerja jahat ini
ini mesti kerja ajen ah seng kah kah kah


LARI KE MANA?

Di beritakan mubarak akan lari
ke luar negara - tidak tahu ke mana lagi

BANK SWISS

semua akaun kaum keluarga hosni murabak
teklah di bekukan oleh bank di switzerland !!

Feb 10, 2011

PGU 2 Di Besut Pada 5 Mac....!!


KUALA LUMPUR, 10 Feb: Perhimpunan besar-besaran bagi gelombang kebangkitan PAS Ganti Umno di Terengganu bagi kali kedua dijangka akan diadakan 5 Mac depan.

Jika tidak diadakan pada tarikh itu pun, perhimpunan bagi kali kedua itu tetap akan diadakan pada bulan Mac depan dan tempatnya telah ditentukan di daerah Besut.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, perhimpunan tersebut dijangka akan mendapat sambutan hangat bukan sahaja dari kalangan penduduk Besut, tetapi juga seluruh penduduk Terengganu.

Menurut beliau, jangkaan tersebut dibuat berdasarkan sambutan hangat oleh rakyat Terengganu terhadap perhimpunan PAS Ganti Umno bagi kali pertama di Kemaman bulan lalu sehingga disertai sekitar 40,000 orang.

"Kedatangan sebanyak itu sedikit sebanyak bolehlah dikatakan sebagai bukti kemahuan rakyat Terengganu agar gelombang kebangkitan PAS Ganti Umno benar-benar menjadi kenyataan pada pilihanraya umum akan datang," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.

Ekoran itu, Umno Terengganu kini menjadi semakin cemas kerana kebangkitan gelombang itu di kalangan rakyat Terengganu sememangnya disedari oleh mereka sendiri.

"Perkara itu antara lain boleh dikesan dari kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sendiri baru-baru ini yang mengingatkan para pemimpin Umno di Terengganu agar mencontohi sikap para pemimpin dan penyokong-penyokong PAS," katanya.

Kenyataan Ahmad Said itu, menurut beliau, merupakan kenyataan yang jelas lahir dari golongan orang yang terdesak kerana ia ternyata memberikan pujian kepada PAS.

"Kenyataan seperti itu tidak akan dikeluarkan jika Umno tidak berada dalam keadaan terdesak, tetapi untuk kepentingan Umno, ia terpaksa dinyatakan bagi memberikan ingatan kepada para pemimpin Umno di Terengganu sendiri supaya mengambil contoh yang baik dari PAS," tegasnya.

Umno di Terengganu kini berada dalam keadaan semakin genting ekoran perbalahan sesama sendiri di kalangan pemimpinnya sehingga ada yang sangguh menjatuhkan antara satu sama lain.

Keadaan itu amat berbeza dengan sikap para pemimpin dan penyokong-penyokong PAS yang bukan sahaja tidak berbalah sesama sendiri untuk merebut jawatan dan kekayaan, tetapi saling kuat memperkuatkan antara satu sama lain sehingga menjadikan PAS di Terengganu khususnya menjadi semakin kuat dari sehari ke sehari.

Dalam masa yang sama, Umno pula menjadi semakin lemah. Selain perbalahan sesama sendiri, mereka juga turut gagal memberikan tumpuan bagi kebajikan rakyat.

"Inilah antara punca yang menyebabkan rakyat Terengganu semakin hilang keyakinan kepada Umno sekarang dan berhasrat untuk memberikan amanah kepada PAS bagi menggantikan Umno.

"Perhimpunan kebangkitan PAS Ganti Umno pula sememangnya semakin mencemaskan Umno. Perhimpunan ini sememangnya memberikan kesan yang cukup baik kepada PAS dan ia akan diadakan secara berterusan di seluruh Terengganu sehingga pilihanraya umum akan datang.

"Kita bermula di Kemaman, lepas itu di Besut. Selepas itu, kita akan adakan pula di daerah-daerah lain nanti di seluruh Terengganu, insya Allah," tegas beliau.

Senyum Malam Jumaat....!!!

PRK Merlimau : Pengumuman Calon Pada 13/02/2011


PAS akan menentukan calonnya pada 13 Februari ini, bagi mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan negeri (DUN) Merlimau , Melaka, 6 Mac depan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata demikian ketika mengulas keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP petang semalam, Isnin, 7 Februari.

Malaysia Boleh : Setiap 3 Hari Sekali Mesti Ada Yang Buang Bayi Di Malaysia...!!


"517 Kes Buang Bayi Antara 2005 - Jan2011 : Bermakna setiap 3 hari setengah, seorang bayi dibuang dalam negara Malaysia!

Ini merupakan kejayaan hebat 1Malaysia melalui skim ketuanan melayu yang diamalkan sejak kemerdekaan. Faktor utama kejayaan ini adalah kerana statistik menunjukkan kerajaan 1Malaysia berjaya mengekang kadar pembuangan bayi yang lebih dasyat iaitu 1 bayi dibuang setiap hari.

Statistik pembuangan bayi dalam setiap 3 hari setengah juga menandakan masalah sosial negara kita masih belum berada setara di tahap zaman jahiliah. Oleh demikian, langkah kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara hub hiburan terkemuka adalah merupakan satu langkah yang tepat.

Bagi meneruskan lagi legasi pemerintahan sekular ala Mustafa Kamal Altartuk, sila pastikan kemenangan seterusnya regim gerombolan di PRU akan datang. Nescaya negara akan dihidangkan dengan hiburan, disaji dengan taburan kesenangan terutamanya selepas berlaku kematian ADUN atau MP di satu-satu kawasan.

Berbalik kepada isu pembuangan bayi, langkah terbaik kerajaan setakat ini untuk mengekang gejala buang bayi adalah dengan menyediakan seberapa banyak pusat pengagihan kondom percuma selain daripada menyediakan sekolah ibu mengandung anak luar nikah.

Satu lagi langkah yang agak praktikal ialah, dengan memperkenalkan pelajaran seks kepada pelajar sekolah menengah dengan salah satu subjek terasnya ialah - Bagaimana caranya untuk pancut di luar dan cara-cara untuk mengetahui waktu subur anda, dengan motto 'elakkan bersama ketika subur'.

Justeru itu, dengan persiapan bijak lagi rapi bagi menghadapi gejala sosial negara terutamanya dalam aspek masalah pembuangan bayi, kerajaan Malaysia sememangnya telah melakukan yang terbaik demi anak bangsa. Ingatlah, kita masih belum sampai di tahap 1hari-1bayi dibuang merata.

Lagipun, negara kita ini adalah negara Islam sepertimana yang sering digesa oleh parti PAS dan jumlah masjid juga adalah yang terbanyak by ratio mengikut pola penempatan rakyat Malaysia. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan.

Kerajaan juga bercadang membina lagi sekolah ibu mengandung lantas ia mengurangkan statistik buang bayi kerana kelahiran bayi di sekolah ini terjamin di ward bersalin hospital kerajaan terhampir. Sekolah-sekolah ini akan dibina di negeri di bawah penguasaan Barisan Nasional memandangkan negeri-negeri tersebut menjadi juara dalam isu berbangkit.

Akhir kata, janganlah kita terlalu asyik mengkritik kerajaan bak kata Isa Samad - yang kritik itu hebat sangatkah?

Sesungguhnya, negara gejala sosial di Malaysia masih lagi belum kritikal jika dibandingkan dengan kebanyakkan negara Amerika Selatan dan juga negara-negara Afrika (maklumat ini diperolehi ketika sidang kemuncak 1st Lady, ada juga manfaatnya FLOM).

PR Buat Apa Yang UMNO Tak Buat....!!

SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) diseluruh negeri.

Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.
Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru Kafa yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco berkata, kenaikan elaun bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta setahun.

Pada masa ini, guru Kafa di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari kerajaan negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.

“Kerajaan negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru Kafa di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian,” kata Khalid.-/ HD

Jasa Mu Di Kenang....!!


SAYA TIDAK HIRAUKAN KRITIKAN : ISA SAMAD- BH

Mohamed Isa Abdul Samad mengambil pendirian tidak menghiraukan kenyataan pihak tertentu yang mempersoalkan pelantikannya sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kerana tidak mahu menjejaskan fokus beliau untuk memajukan FELDA.

Beliau berkata, sekiranya diambil serius perkara itu, ia akan menghalang fokusnya untuk membangunkan FELDA dan memberikan taraf kehidupan lebih bermakna kepada peneroka di seluruh negara.

Sambil berjanji untuk komited dalam menjayakan agenda yang sudah dirancang untuk membangunkan FELDA, beliau berkata:

"Bila kita dilantik, biasalah ada yang tak suka, orang tak suka saya dari dulu. Apa sahaja jawatan yang saya pegang...ada sahaja yang tidak suka. Biarlah, saya tetap akan terus majukan FELDA."
--------------------------------------------------------
Kah...Kah....NASIB LA ADA WIRA PENDEK MALAM ITU....

Kah...Kah....KALAU TIDAK... MALAYSIA TAK AKAN ADA FLOM PUNYA.....

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....DAH TENTU MALAYSIA AKAN ADA SLOM....KAH...KAH...KAH...

Nota:

FLOM ialah fat lady of malaysia
SLOM iaah slim lady of malaysia
Kah...Kah....Kah...!!

Mana Pergi Yang Lain...??


IBRAHIM ALI DAKWA JOHN MALOTT SAKIT HENTAM NAJIB - MI

Presiden Perkasa Ibrahim Ali hari ini mendakwa ada rakyat Malaysia “yang sudah hampir mati politik” berada di belakang John Malott sehingga bekas duta besar Amerika Syarikat ke Malaysia itu secara berterusan menghentam Najib Razak.

Ibrahim berkata, tuduhan Malott yang mengatakan Najib yang menyebabkan ketegangan kaum dalam negara ini adalah satu perkara yang serius.

Beliau juga menyifatkan Malott sebagai “sakit” dan perlu dibawa rawatan di pusat psikiatri.

“John Malott seorang lelaki yang sakit dan perlu dibawa ke pusat psikiatri, saya bagi alasan dasar Najib walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak gembira tapi kita sokong.

“Kalau lihat apa yang Najib buat selama ini menunjukkan beliau mengambil berat terhadap semua rakyat Malaysia,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini pada sidang media di sini.

Nota:

baca berita ini betul betul
berita ini keluar 4 hari dahulu
isteri rosmah kena tibai kau kau oleh bekas duta ini
di tibai dalam satu tulisan dalam akhbar paling berpengaruh di asia

setelah empat hari hanya sang katak puru yang bersuara
hanya si katak puru yang mempetahankan isteri rosmah
apa sudah jadi?

mana pergi malikul sembab?
mana pergi anak mami?
mana pergi zaid hamidi?
mana pergi raja fraud?
mana pergi raja tak ada rakyat?

bila katak puru bersuara
semua orang gelak ketawa
kah kah kah

Mari Kita Ketawa Beramai-Ramai...

Isa Samad Memanglah Bijak...!!



LANTIKAN BERASASAKAN KEBOLEHAN - UM

Pelantikan mana-mana individu untuk mengetuai sesuatu syarikat milik kerajaan (GLC) dilakukan berdasarkan kemampuan dan kebolehan mereka.

Najib Razak berkata, kerajaan tidak terikat kepada sesuatu dasar dalam proses pelantikan seperti mengamalkan dasar tidak boleh melantik ahli politik atau sebagainya.

"Kita sememangnya tak ada ketetapan sedemikian kerana kerajaan akan melantik berdasarkan kemampuan seseorang itu.

"Tak kira sama ada orang korporat, bekas pegawai kerajaan atau bekas ahli politik," katanya.

Nota :

INI KEBOLEHAN MAT ISA:

1 – mat isa pandai tutup cerita raba raba bontot
2 – mat isa boleh buang orang kerja kalau cuba nak buat kes raba raba bontot
3 – mat isa pandai senyap senyap tuntut janji
4 – mat isa macam lee kuan yew pandai pau
5 – mat isa ada taste yang hebat kerana mat isa kata ….’pelik mat mongol…suka budak itam..

Kah...Kah...kah...

Dari Dataran Tahrir...Hari Ke 16...!!

Kepada pelajar Malaysia Yang Baru Pulang Dari Mesir...Sila Tafsirkan apa yang tertulis....!!

TUNTUTAN DARI WARGA MESIR :

1 – mubarak berundur
2 – bubarkan parlimen
3 – tubuhkan satu badan bebas dari warga mesir untuk menyusun pilihanraya terbuka
4 – bincangkan perlembagaan baru bebas dan berkebajikan untuk warga mesir
5 - tangkap dan dakwa sesiapa yang bertanggung jawab membunuh demonstran
6 – bebaskan semua tahanan politik


HARI KE 16

beribu ribu warga mesir masih lagi
berkumpul 24 jam di dataran tahrir
seluruh mesir telah bangun

MUKA MUKA BARU DI DATARAN TAHRIR

kelihatan pendatang baru ke dataran tahrir
mereka memakai baju t - suez canal authority

ada kumpulan memakai baju telekom mesir telah turun berdemo

20 orang hakim dan peguam telah membuat tuntutan
untuk membuat perlembagaan baru untuk mesir

MUBARAK DEGIL

mubarak masih berdegil
berita mengatakan first lady
masih berada di cairo

PERINTAH BEERKURUNG

tidak ada sesiapa pun ambil pot tentang
perintah berkurung

Feb 9, 2011

Hari Ke Lima Belas Di Dataran Tahrir, Mesir.....!!


TUNTUTAN BARU

pagi ini sms/blog/fb memanggil turun
beribu ribu anak muda turun

kelas penjenayah dan lanun mesir
sedang dalam kelam kabut
tetapi mubarak masih berdegil

1 – mubarak letak jawatan
2 – adakan piliharara yang adil
3 – hapuskan undang-undang darurat

ini adalah 3 tuntuan awal

hari ini telah muncul satu lagi:

1 – tangkap dan bicarkan mubarak

dengan tuntuan baru ini kelihatan jelas bahawa
rakyat mesir telah merasakan bahawa nyawa kuasa
mubarak telah sampai ke saat akhir !

40 warga kenamaan mesir telah menulis surat
kepada hakim negara mesur meminta sisatan dijalankan
tentang harta mubarak dan harta first lady dan
harta gamal mubarak yang dikatakan lebih dari 70 bilion dolar

harta harta ini tersimpan diluar negara

Nota:

ini bukan 70 bilion rupiah indon
in 70 bilion dolar amerika
ini 210 bilion ringgit malaysia

You Tolong Gua...Gua Tolong You....!!!


PELANTIKAN ISA SAMAD BURUK UNTUK PASARAN -MK

BEKAS Exco Selangor, Mohd Shariff Jajang ditemani keluarga hadir di Mahkamah Sesyen Klang Pelantikan Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah,” katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera

Nota:

Mesti la ada tolomg menolong....
Mesti dah "counting' Punya.....
You tolong I...I Tolong You.....
Kah....Kah....Kah

Lagi Cerita Pasal FLOM...!!!


“CALON PRK MERLIMAU – KETUA WANITA KEADILAN CABAR NAJIB”

Adalah amat dikesali bila mana isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor yang cuba mengambil kesempatan publisiti atas misi murni menyelamat rakyat Malaysia di Mesir baru-baru ini.

Peranan beliau dalam misi ini nampaknya sudah melebihi tugasan seorang Menteri. Saya melihat keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Rosmah sebenarnya mahukan pengiktirafan dalam kerja kuatnya di Oman, Bahrain dan kini di Mesir.

Maka adalah sesuai kiranya Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang juga selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberi peluang kepada Rosmah untuk bertanding di PRK Merlimau yang akan datang.

Cabaran ini juga sesuai buat BN sebagai pujukan kepada hasrat Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil yang telah gagal meletakkan calon wanita pada PRK Tenang lalu.

Saya melihat pemilihan Rosmah ini amat penting bagi menyelamatkan berjuta-juta wang rakyat Malaysia dari terus dibazirkan dalam siri jelajah dunia dan pelbagai persidangan mengarut dibawah rancangan ‘Wanita Pertama’ Malaysia ini.
Andai benar PM Najib mahu buktikan perubahan, saya mencabar beliau untuk menerima cabaran ini.

Sekian. Terima kasih.

YB ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN
MERANGKAP AHLI PARLIMEN AMPANG

Kenyataan Rasmi....!!

PERUBAHAN DASAR YANG RADIKAL DIPERLUKAN UNTUK MENGURANGKAN HUTANG ISI RUMAH DAN MENINGKATKAN PENDAPATAN BOLEH BELANJA RAKYAT

Parti Keadilan Rakyat telah mengkaji gejala kenaikan hutang isi rumah yang ditanggung oleh rakyat sejak kebelakangan ini. Keadaan ini merunsingkan kerana punca keberhutangan rakyat adalah pinjaman perumahan dan kenderaan keluarga yang menjadi sebahagian besar dari bayaran pinjaman setiap bulan oleh setiap keluarga di Malaysia. Secara langsung, ini mengurangkan pendapatan boleh belanja rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menarikkan taraf hidup keluarga.

Menurut Zeti Akhtar Aziz dan statistik bulan Bank Negara Malaysia, pada akhir November 2010 hutang isi rumah telah mencecah RM577 bilion iaitu bersamaan dengan 74% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Daripada jumlah itu, RM118 bilion adalah pinjaman kereta, RM22 bilion adalah pinjaman peribadi dan RM225 bilion adalah pinjaman perumahan. Ini menimbulkan dua persoalan besar:

1. Pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang menjadi sebahagian besar hutang rakyat adalah hutang yang tidak dapat dielakkan, kerana rakyat sekurang-kurangnya memerlukan rumah dan kenderaan

2. Jumlah hutang kredit kad yang ditanggung rakyat adalah terlalu tinggi, dianggarkan berjumlah RM200 bilion yang mungkin menunjukkan rakyat menggunakan kredit kad untuk menanggung perbelanjaan harian

Angka-angka ini menunjukkan prospek yang malap bagi ekonomi negara dan keupayaan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih baik, terutamanya apabila kadar gaji tidak meningkat sekian lama. Nisbah 74% “hutang isi rumah kepada KDNK” adalah merunsingkan apabila kerajaan juga terus mengumpulkan hutang negara yang telah melebihi kadar 50% kepada KDNK buat pertama kali dalam sejarah. Kadar keberhutangan sebegini bermakna pendapatan boleh belanja rakyat adalah semakin rendah setiap tahun.

Sikap Umno/BN dalam menangani masalah harga kereta dan perumahan yang mahal yang dihadapi rakyat adalah bukti ia tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini yang terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan ini langsung tidak diendahkan.

Malah, harga kereta yang mahal adalah disebabkan dasar Umno/BN sendiri yang melindungi kepentingan kroni dengan menindas rakyat. Walaupun secara rasmi hanya 2 juta rakyat Malaysia yang berpendapatan melebihi kadar minima untuk dicukai, sebenarnya setiap keluarga di Malaysia dikenakan cukai yang lebih tinggi melalui pelbagai cukai yang dikenakan terhadap pembelian kereta.

Harga kereta di Malaysia menjadi mahal berlipat kali ganda disebabkan oleh 3 jenis cukai yang dikenakan iaitu cukai import, cukai eksais dan cukai jualan. Kereta yang paling kecil pun (di bawah 1,500 cc) akan dikenakan sekurang-kurangngan 70% cukai jika dipasang di Malaysia (60% cukai eksais dan 10% cukai jualan) dan 100% cukai jika diimport (30% cukai import, 60% cukai eksais dan 10% cukai jualan). Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.

Hakikatnya, kerajaan Umno/BN mengenakan cukai yang terlalu tinggi bagi pembelian kereta bermula dengan cukai minima 70% sehinggalah 145% cukai (kereta di atas 2,500 cc). Oleh itu, anggaran kasar meletakkan sekurang-kurangnya 70% dari jumlah hutang RM118 billion pinjaman kereta yang ditanggung rakyat adalah untuk membayar cukai tinggi yang dikenakan kerajaan. Ini satu penghinaan kepada rakyat yang terpaksa mengambil pinjaman untuk membayar cukai, sedangkan kerajaan mengecualikan kenderaan perdagangan dari cukai eksais – bukti bahawa Umno/BN selama-lamanya meletakkan kepentingan perniagaan sebagai asas dasarnya.

Harga rumah yang semakin meningkat juga menjadi bebaban kewangan yang tinggi kepada rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan keluarga muda. Untuk memiliki rumah, mereka terpaksa memanjangkan tempoh pembayaran pinjaman dan menanggung bayaran bulan yang terlalu tinggi berbanding gaji yang diperolehi. Bagi setiap keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, dianggarkan dua pertiga dari gaji mereka digunakan untuk membayar pinjaman rumah dan kereta; menyebabkan baki untuk perbelanjaan makanan, pakaian dan pendidikan menjadi terlalu kecil.

Reaksi Umno/BN sudah tentu mengecewakan. Mereka lari dari berbicara soal sebenar kenapa rakyat berhutang sebegitu tinggi, sebaliknya Umno/BN menggalakkan rakyat memanjang tempoh hutang dan menambah hutang. Ini memudahkan rakyat berhutang, tetapi akibat jangka panjang adalah rakyat yang bergelumang dengan bebanan hutang sepanjang masa.

Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah.

PKR akan mengadakan beberapa siri rundingan dengan kumpulan pengguna dan pakar untuk mencari dasar yang radikal ini dan menghapuskan dasar Umno/BN yang memangsakan rakyat selama ini. Maklumbalas dan kehendak rakyat akan digarabkan di dalam dasar-dasar ekonomi kami yang akan diumumkan secara bersama di Konvensyen Ekonomi Pakatan dalam bulan Mac ini.

Buat masa sekarang, Umno/BN perlu memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan kenapa ia membebankan rakyat sedemikian rupa selama ini.

SAUDARA AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
8 FEBRUARI 2011

Feb 8, 2011

Rakyat Mesir Pilih Untuk Teruskan Protes.....!!


Penunjuk perasaan terus duduk di Dataran Tahrir Kaherah untuk hari ke-14 berturut-turut dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda walaupun perbincangan antara kumpulan pembangkang dan kerajaan Mesir yang berlangsung semalam.

Mereka yang terus mendesak supaya Hosni Mubarak berundur, masih berkhemah di dataran tersebut pada hari Isnin 7 Februari.

Sementara itu, kehidupan dikawasan lain, di luar Kaherah mulai kembali normal selepas dua minggu berlangsung kekacauan.

Al-Jazeera melaporkan, lalu lintas di jalan-jalan utama semakin meningkat, manakala peniaga mula membuka kembali premis mereka.

Namun kereta-kereta kebal terus mundar mandir, menjaga bangunan-bangunan kerajaan, kedutaan dan agensi penting lain di bandaraya tersebut.

Perintah berkurung yang diabaikan oleh sebahagian besar rakyat Mesir telah disingkatkan dari jam 8 malam hingga 6 pagi.

Dalam pada itu, Hosni Mubarak dilaporkan mengadakan mesyuarat kabinet pertamanya, sejak rusuhan bermula pada tarikh 25 Januari.

Kerajaan cuba mempertontonkan bahawa kestabilan dan keamanan telah kembali ke bumi Mesir, sedang para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir masih tidak yakin.

"Perkataan ''Kestabilan' adalah kata-kata yang digunakan rejim sepanjang waktu - tapi ... apa makna kestabilan tanpa kebebasan?" kata Dr Sally Moore, seorang wakil dari Kempen Popular Menyokong ElBaradei, salah satu daripada enam kumpulan yang menubuhkan pakatan "Pemuda Revolusi Mesir"

"Kami (akan) berada (di sini) untuk jangka masa yang panjang. Rejim ini cuba untuk mempermainkan (melaga-lagakan) kami dengan mereka (yang berdemo) di Dataran Tahrir, tapi kami selalu mengingatkan mereka (rejim), mereka (di Dataran Tahrir) adalah orang-orang kami, keluarga kami....,,,, Kami bercakap soal kebebasan ... tentang hak hilang selama 30 tahun, ... tentang penyeksaan ... dan saya fikir rakyat inginkan perubahan radikal, bukan hanya reformasi kecil. "

Suasana Dataran tegang

Sementara itu, dilaporkan dari Dataran Tahrir, hubungan antara para penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan telah berubah menjadi kembali tegang.

Pada malam Ahad, pasukan keselamatan yang ditempatkan berhampiran Muzium Mesir telah melepaskan beberapa das tembakan.

Ketegangan juga meningkat ketika tentera berusaha cuba memasang pagar kawat berduri dan dibantah oleh para pengunjuk perasaan.

Beberapa orang telah ditahan kerana tidak mahu bergerak apabila tentera memasang kawat tersebut.

Mesir telah megalami pergolakan sejak 25 Januari lalu apabila para pengunjuk rasa turun ke jalan raya mendesak pengunduran Hosni Mubarak.

Perbincangan diantara Omar Suleiman, yang baru dilantik sebagai wakil presiden, dengan enam kumpulan pembangkang, termasuk Ikhwanul Muslimin, dalam usaha untuk menamatkan krisis telah menemui kegagalan.

Jangan Lupa Jumaat Ini - HIMPIT 2011.....!!


Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu akan mengadakan program tahunannya Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) pada 11 Februari 2011 ini bertempat di Padang Bola Pekan Batu Enam.

Himpunan kali ini sangat berlainan daripada yang diadakan pada sesi-sesi lalu kerana ia bertemakan MASA UNTUK BERUBAH, PAS GANTI UMNO.

DPPNT menyambut dengan penuh semangat program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu pada 15 Januari 2011 yang lalu di Dataran Tok Guru Geliga Kemaman.

Berdasarkan kepada penyertaan pemuda yang sangat memberangsangkan di program tersebut, kami yakin akan dapat menghimpunkan seramai 11 ribu pemuda pada 11 Februari ini.

Program Himpunan kali ini juga berbeza dengan yang lepas kerana ia cuma memakan masa sehari suntuk, berbanding HIMPIT tahun-tahun sudah yang memerlukan peserta bermalam di tapak program.

Program akan bermula seawal 8 pagi dengan pendaftaran peserta di tapak program, kemudian akan dimulakan dengan Motivasi Jihad pada jam 9 pagi yang bakal disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hasan sudah menyatakan kesanggupan untuk menghadirkan diri ke program tersebut dan akan memberi amanat kepada pemuda pada jam kira-kira 10.30 pagi.

Lebih menarik lagi, Dato’ Seri Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga akan bersama-sama dengan pemuda pada pagi hari tersebut, dan akan menyampaikan amanat beliau kira-kira jam 11.30 pagi.

Pada sebelah petang pula, seawal jam 3 petang, pemuda akan dihidangkan dengan ucapan-ucapan beberapa tokoh pemuda dari pelbagai jurusan kehidupan, termasuklah selingan lagu-lagu persembahan bekas pemain gitar kumpulan Visa, Ustaz Zul.

Kemuncak program siang hari ialah Sembang Pemuda Bersama Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus, seorang penceramah bebas yang tidak asing lagi, sekitar jam 4 petang.

Program akan berakhir pada malamnya dengan Ceramah Perdana oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohamad Sabu, dan juga Tuan Haji Salleh Embong, bekas ahli Umno yang akan membongkarkan kezaliman Umno dalam isu pengambilan tanah di Kampung Banggol Donas.

Seperti biasa, kami akan sediakan kaunter-kaunter pendaftaran ahli Pas, daftar pemilih, dan keahlian Alternatif Riding Club (ARC).

MURNIKAN PERJUANGAN, MAKNAKAN KEMENANGAN
ISLAM ADIL UNTUK SEMUA

WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS
Setiausaha DPPNT
..

PAS Wakili PR Di DUN Merlimau....!!


KUALA TERENGGANU - PAS akan menentukan calonnya pada 13 Februari ini, bagi mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan negeri (DUN) Merlimau , Melaka, 6 Mac depan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata demikian ketika mengulas keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP petang semalam, Isnin, 7 Februari.

Ketika mengumumkan keputusan sebulat suara Pakatan Rakyat itu, Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim menafikan khabar angin bahawa Pakatan akan meletakkan sebarang calon sebagaimana dihebohkan sesetengah media.

"Tentang Merlimau kami setuju sebulat suara untuk sokong calon PAS dan seluruh jentera Pakatan Rakyat akan membantu.

“Kami telah bincang dan bersetuju menyokong calon PAS sebagai wakil Pakatan,” kata Anwar.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang hadir bersama dalam sidang media itu meminta supaya seluruh jentera Pakatan Rakyat khususnya PAS, dikerahkan untuk berkempen.

Sehubungan itu, jentera PAS negeri Terengganu sudah bersedia dan akan bergerak pada bila-bila masa sekiranya diarahkan oleh pihak PAS Pusat.

BN memang Suka Menipu..!!


Jumpa Najib: Sesetengah ADUN BN menipu-MK

Beberapa ADUN BN dilaporkan berbohong tentang diri mereka sendiri ketika pertemuan hati ke hati mereka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib di Miri, minggu lalu.

ADUN BN, Dr Jerip Susil dan Daud Abdul Rahman mengesahkan sesetengah rakan mereka berbohong.

Dr Jerip, seorang pengamal perubatan berkata perdana menteri kelihatan marah apabila mendapati sesetengan ADUN tidak memberikan cerita yang sebenar mengenai kawasan mereka.

"Beliau memiliki semua maklumat yang tercatat dalam buku nota bagi setiap ADUN yang diperolehi dari BN.

"Maklumat ini dikumpul oleh Cawangan Khas, Jabatan Penerangan dan agensi-agensi yang berkaitan berhubung setiap ADUN.

"Walaupun kami bertemu satu dengan satu dengan perdana menteri, tetapi mereka yang menunggu di luar boleh mendengar perbualan yang berlangsung.

"Saya terdengar ada yang cuba untuk mengatakan sesuatu, tetapi Najib yang menyelak halaman buku notanya dan bertanya 'awak pasti?'dengan suara yang jelas," kata Dr Jerip, yang juga ADUN Bengoh.

Beliau memberikan contoh, apabila perdana menteri bertanyakan tentang demografi penduduk, beberapa ADUN jelas tidak dapat memberikan jawapan dan cuba menukar tajuk.

"Perdana Menteri tidak senang dengan jawapan seperti itu," katanya.

Menurutnya, perdana menteri dilaporkan berkata pengetahuan mengenai demografi penduduk adalah penting bagi menentukan pola pengundian sesuatu kawasan dan masyarakat.

Dr Jerip berkata dia tidak menghadapi masalah pada sesinya dengan Najib.

Daud, yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan penolong menteri di pejabat ketua menteri berkata sesetengah ADUN menaanggap diri mereka sebagai luar biasa kemampuan mereka.

Menurut Daud, tidak ada gunanya berbohong atau terlalu memuji diri mereka sendiri di hadapan perdana menteri kerana Najib tahu perkara yang sebenarnya.

"Apabila mereka terlalu memuji diri sendiri, perdana menteri terus menegur mereka. Najib tidak menyembunyikan rasa tidak senangnya pada ADUN seperti itu, "katanya yang juga ADUN Tupong.

Lagi Isu Debat Tok Guru Nik Aziz....!!


Nik Aziz nafi mahu debat dengan Majlis Fatwa-MK

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan yang beliau mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung beberapa kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah.

Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu berkata yang beliau hanya bersedia berdebat dengan pihak yang lain tetapi bukan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Cerita nak debat dengan Majlis Fatwa ini saya tak tahu daripada mana punca keluar (berita) macam ini. Boleh jadi ada orang nak tumpang semangkuk nak naik nama dia.

"Tapi saya sendiri langsung tidak timbul nak debat dengan Majlis Fatwa. Saya kata kalau saya (hanya) nak debat dengan sesiapa tetapi bukan dengan Majlis Fatwa," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.

Beberapa hari lalu akhbar tempatan melaporkan kesediaan Nik Aziz untuk berdebat dengan mana-mana pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Pada Jumaat lalu, beliau dilaporkan berkata tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam, malah beliau juga bersedia berdialog dengan majlis itu bagi menjelaskan pendiriannya.

Dua hari selepas itu pula, Nik Aziz dilaporkan meletakkan syarat supaya debat antara beliau dan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa perlu dilakukan secara terbuka bagi memastikan semua pihak dapat menilai perjalanan debat dan tidak dimanipulasi.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan, Prof Madya Mohd Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Beliau turut mencabar Nik Aziz untuk berdebat bagi mencari kebenaran namun ditolak pemimpin PAS itu yang mahukan debat itu dilakukan dengan mereka yang mempunyai kuasa sahaja dan bukan dengan Mohd Noor.- Bernama

Feb 6, 2011

Mimpi Ngeri FLOM...!!

UMNO Umpama Tikus Membaiki Labu....!!


Umno lancar Gelombang Merah di Kelantan-MK

Umno Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah bertemakan "Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat" akan dilaksanakan Pergerakan Pemuda Umno negeri Kelantan melalui penganjuran ceramah,
kursus, seminar dan gerak kerja.

Kempen itu antara lain berobjektif untuk menawan negeri itu daripada kepimpinan PAS yang telah memerintah Kelantan selama 21 tahun, pada pilihan raya umum akan datang, katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Gelombang Merah di sini hari ini.

"Golongan muda di Kelantan adalah lebih ramai jumlahnya daripada pengundi biasa, iaitu jumlah keseluruhan pengundi di negeri ialah 600,000 orang dan 400,000 daripada jumlah itu adalah golongan muda.

"Mereka merupakan golongan yang berpengaruh dalam menentukan kejayaan BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.

Katanya BN semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan berdasarkan keputusan pada dua pilihan raya kecil iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada Julai 2009 dan DUN Galas pada November tahun lepas.

Pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai 2009, BN berjaya mengurangkan majoriti 1,352 undi yang diraih PAS pada pilihan raya umum 2008 kepada hanya 65 undi dan pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 Nov tahun lepas, BN menang dengan majoriti lebih besar iaitu 1,190 undi berbanding 646 undi pada 2008.

Mustapa berkata keputusan pada dua pilihan raya kecil itu jelas menunjukkan golongan muda di Kelantan mahukan satu perubahan.

Beliau percaya golongan muda kini sudah berpihak kepada BN kerana mereka yakin dengan kemampuan BN untuk membawa pelbagai perubahan yang diperlukan bagi merubah landskap Kelantan menjadi sebuah negeri berdaya saing daripada aspek ekonomi.

"Gelombang Merah bakal membawa perubahan kepada Kelantan yang selama ini dilihat masih tiada perubahan walaupun sekian lama kerajaan PAS memerintah dan kini negeri itu masih diselubungi isu tidak berkesudahan seperti isu bekalan air bersih, ketiadaan peluang pekerjaan untuk golongan muda, isu pembelaan para peniaga dan banyak lagi," katanya.- Bernama

Nota :

Pulihkan ekonomi negara yang menghadapi kadar inflasi yang semakin tinggi... Semuanya gara-gara kegagalan kerajaan BN....

Kelantan sudah selesa di bawah kepimpinan PAS yang boleh bersaing dengan negeri-negeri di bawah pemerintahan BN....
UMNO janganlah jadi seperti tikus membaiki labu...
Kah...Kah...Kah....!!

Siapakah Zine El Abidine Ben Ali [ ZAinal abidin bin Ali]


"Zine El Abidine Ben Ali (Arab: زين العابدين بن علي‎ Zayn al-‘Ābidīn bin ‘Alī), (lahir 3 September 1936) adalah Presiden Tunisia sejak 7 November 1987. Beliau mengambil alih kuasa daripada Presiden Habib Bourguiba dalam satu rampasan kuasa tak berdarah, selepas berkhidmat sebentar sebagai Perdana Menteri.

Pada 25 Oktober 2009, beliau dilantik semula sebagai presiden untuk penggal kelimanya selepas memenangi pilihan raya umum 2009. Perletakan jawatannya pada tahun 2011 menandakan kali pertama seorang pemimpin negara Arab digulingkan oleh peristiwa tunjuk perasaan di jalanan

Biografi

Sebagai militan muda dari Partai Neo-Destour, ia dikirim ke Perancis untuk menjalani latihan militer. Ia lulus dari Sekolah Inter-Arms di Saint-Cyr dan Sekolah Artileri di Châlons-en-Champagne, dan kemudian melanjutkan pendidikan militernya di Amerika Syarikat.

Bin Ali ditunjuk mendirikan dan mengatur Departmen Keamanan Militan pada 1964 hingga 1974. Ia dipromosikan sebagai Direktor-Jenderal Keamanan Nasional dalam Departemen Dalam Negeri pada 1977 setelah menjawat sebagai atase militer di Maroko. Ben Ali kembali dari 4 tahun sebagai Duta Besar untuk Polandia menjadi kepala Keamanan Nasional namun kini dengan posisi setingkat Menteri. Ia mengambil posisi ini saat berkembangnya gerakan Islam radikal. Pada saat ini ia diangkat sebagai MenDagri, dan bertahan pada posisi ini saat ia menjadi Perdana Menteri di bawah Presiden Habib Bourguiba pada 1 Oktober 1987.

Bin Ali memecat Presiden Bourguiba dan memangku jabatan presiden pada 7 November 1987dengan dukungan beberapa rakyat. Tujuh orang doktor menandatangani kertas yang menyatakan Presiden Bourguiba tak cakap menjabat. Ia kemudian mempertahankan sikap politik luar negeri jajahan pendahulunya dan mendukung ekonomi yang telah berkembang sejak awal 1990-an. Projek pekerjaan umum yang besar, termasuk bandara, jalan raya atau perumahan, telah dijalankan. Bagaimanapun, pengangguran menyisakan masalah ekonomi yang besar.

Di masa rejimnya, gerakan-gerakan Islam yang ada di Tunisia mengalami nasib lebih tragidi dari sebelumnya. Tatkala partinya menyapu bersih perolehan kursi yang ada di parlemen, ia memenjarakan lebih dari 30.000 aktivis gerakan Islam yang merupakan tulang punggung parti yang olehnya dianggap sebagai "pembangkang". Sesungguhnya Ben Ali telah menjadikan Tunisia sebagai penjara terbuka dan pusat keamanan moral. Walhasil, dengan salah kaprahnya pemikiran dan pemahaman rejim yang ada, Islam dan para pengembannya mengalami deraan, siksaan, dan hambatan berat.

Bin Ali melanjutkan pendekatan otoritipendahulunya dan memuja kepribadian (aktivitinya mengambil tempat banyak dari berita harian). Meski ia mengumumkan pluralisme politiknya pada 1992, Rapat Umum Konstitusional Demokratiknya (dahulu Partai Neo-Destour) melanjutkan dominasi politik nasional. Rejimnya masih tidak mengizinkan aktiviti oposisi dan kebebasan pers menyisakan penyamaran. Pada 1999, walaupun dua kandidat alternatif yang tak dikenal diizinkan untuk pertama kalinya berada dalam pemilihan presiden, Ben Ali diangkat kembali dengan 99,66% suara. Ia kembali dipilih pada 24 Oktober 2004, secara resmi meraih 94,48% suara, setelah referendum konstitusi yang kontroversial pada 2002 yang membuatnya bertahan sebagai presiden setidaknya hingga 2014.

Penindasan pada pakaian Muslim

Tunisia melarang wanita Muslimah mengenakan jilbab / tudung di tempat umum. Kini, larangan itu telah diintensifkan; polisi akan menghentikan wanita di jalanan untuk memintanya menanggalkan jilbab itu lalu menandatangangi surat sumpah yang menyatakan bahwa mereka takkan mengenakannya lagi.

Rejim yang dipimpinnya dianggap sebagai autoritarian dan tidak demokratik oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa yang bebas, seperti Amnesty International, Freedom House, dan Protection International. Mereka mengutuk para pegawai Tunisia kerana tidak mematuhi piawaian hak politik antarabangsa serta mengganggu kerja pertubuhan hak asasi manusia tempatan.Dalam Indeks Demokrasi The Economist 2010, Tunisia dikelaskan sebagai rejim autoritarian yang menduduki tangga ke-144 daripada 167 negara yang dikaji. Pada tahun 2008, dari segi kebebasan akhbar, Tunisia menduduki tangga ke-143 daripada 173

Demografi

Rencana utama: Demografi Tunisia
Sedangkan kebanyakan orang Tunisia moden menganggap diri sebagai orang Arab, kebanyakan mereka sebenarnya berketurunan daripada kaum Barbar yang asli: kurang daripada 20% takung gen berasal dari Timur Tengah. Banyak peradaban telah menyerang, berhijrah, dan diserap ke dalam masyarakat Tunisia pada sepanjang alaf-alaf yang lalu. Pemasukan penduduk yang banyaknya telah disebabkan oleh penaklukan oleh Phoenicia, Rom, Vandal, Arab, Turki Uthmaniyyah, dan Perancis. Banyak orang Moor dan Yahudi Sepanyol juga tiba pada akhir abad ke-15.

Hampir semua orang Tunisia (98% daripada jumlah penduduknya) adalah orang Muslim. Terdapat sebuah masyarakat Yahudi di pulau Djerba di selatan sejak dari 2,500 tahun lagi. Walaupun jumlahnya telah berkurangan secara ketara, masih terdapat sebuah masyarakat Yahudi yang kecil di Tunis yang berketurunan daripada pelarian Sepanyol pada akhir abad ke-15. Adanya juga sebuah masyarakat Kristian asli yang kecil. Kebanyakan golongan minoriti nomad asli yang kecil telah diserap ke dalam masyarakat yang lebih besar.

Nota :

Mereka semua telah melarikan diri dan harta bendanya musnah, Tunisia masih dalam kadaan darurat.mungkin tentera akan ambil alih dan membuat pengundian secara demokrasi,atau pelantikan presiden sementara oleh puak2 yahudi dan amerika yg mereka akan memberi sebarang alasan untuk tidak menyerahkan pentadbiran kepada orang islam yang sebenar..

Apapun ini adalah satu permulaan bagi kebangkitan dan kesedaran rakyat.. trend ini akan diambil bagi rakyat2 negara lain yang selama ini ditindas dan tidak berani bersuara..

Bagi mana2 pemimpin negara2 yang merasakan telah menindas rakyatnye secara senyap atau terbuka.. insaflah.. dan perbaikilah.sebelum ianya terlambat.!!
Yang Benar Itu Adalah Islam.

Penjelasan TGNA Menegenai Isu Debat...!!

Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011

Saya dengan ini merujuk kepada laporan muka depan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan pada 05 Februari 2011 yang memaparkan tajuk berita “NIK AZIZ SETUJU DEBAT : Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah.”

1.Di bawah tajuk tersebut dipaparkan laporan berkenaan persetujuan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk berdebat dengan ulama UMNO, Mohd Nor Deris berkenaan dengan kenyataan YAB Tuan Guru yang didakwa boleh menjejaskan akidah.

2.Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah. Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

3.Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti.

4.Laporan di dalam akhbar Berita Harian yang merujuk kepada kenyataan yang sama lebih berkredibiliti dan menepati maksud sebenar YAB Tuan Guru. Justeru, laporan yang tidak tepat seperti yang tersiar di dalam akhbar SInar Harian Edisi Kelantan tersebut amatlah dikesali.
Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 05 Februari 2011

Siapa Hosni Mubarak....??


Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak (bahasa Arab: محمد حسنى سيد مبارك; lahir 4 Mei 1928)umur 82 tahun merupakan Presiden Mesir ke-4 sejak 1981.
Sebelum menjadi Presiden, Mubarak menjadi askar Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981.Hosni Mubarak (dilahirkan 4 Mei 1928), dilantik menjadi Naib Presiden pada 1975

Mubarak dilahirkan di Kafr-El-Meselha, pentadbiran Gabenor Monufiyah, Mesir. Apabila tamat sekolah tinggi, beliau menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. Pada 1950, beliau menyertai Akademi Tentera Udara Mesir, akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan, dan ditugaskan dalam skuadron pengebom. Kemudian beliau diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow. Selepas menyempurnakan latihannya, Mubarak menjadi pegawai Tentera Udara Mesir berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila beliau menjadi Kommander Tentera Udara.
Presiden Mesir

Berikutan pembunuhan Presiden Sadat oleh militan Islam pada 1981, Hosni Mubarak menjadi Presiden Republik Arab Mesir dan Pengerusi Parti Demokratik Kebangsaan (NDP). Beliau juga Presiden Republik Mesir paling lama. (28 tahun pada 2009).
Hosni Mubarak menikahi Suzanne Mubarak, dan mempunyai dua anak lelaki: Alaa dan Gamal Hosni Mubarak dikatakan dipersiapkan sebagai pengganti.

Mesir kembali ke Liga Arab

Keahlian Mesir dalam Liga Arab digantung akibat Perjanjian Kem David ditandatangani oleh Presiden Anwar Sadat pada 1988.Selepas Anwar Sadat dibunuh pada 6 Oktober 1981 - pada 1989, di bawah Mubarak, Mesir diterima kembali ke dalam Liga Arab. Ibu pejabat Liga Arab dipindah semula ke Kaherah.

Perang Teluk Parsi

Mesir menyertai Perang Teluk Parsi 1991. Tentera berjalan kaki Mesir mendarat di Arab Saudi untuk mengusir tentera Iraq dari negara Kuwait.
Kerajaan Kuwait membayar $500,000 bagi setiap tentera Mesir yang berjaya mengusir tentera Iraq dari Kuwait.Presiden Mesir tanpa ragu memihak kepada Amerika Syarikat untuk mengusir penjajah Kuwait itu.atas jasa Mesir itu, Eropah melupuskan hutang Mesir sebanyak $20 bilion .

Cubaan bunuh

Menurut BBC, Mubarak terselamat dalam 6 cubaan bunuh.Pada bulan Jun 1995 cubaan bunuh melibatkan Al-Gama' al-Islamiyya (Islamic Group) dan Jihad Islam Mesir . Ketika itu beliau berada di Ethiopia untuk menghadiri persidangan Organisasi Afrika Bersatu (AU). Apabila Mubarak kembali ke Mesir, beliau menahan 20,000 ahli Al-Gama' al-Islamiyya pada 1999 kerana kesalahan mahu melancarkan revolusi pertubuhan Islam.

Rasuah

Tersebar berita anak lelakinya Alaa terlibat dalam syarikat-syarikat yang mendapat tender-tender kerajaan dan penswastaan. Pembabitan dua anaknya itu secara langsung dan tidak langsung. Terdapat ungkapan di kalangan rakyat bahawa "Seorang anggota polis adalah lebih berbahaya daripada seorang penjenayah". Pada 2008, Tranferensi International (TI) menyaksikan indek rasuah Mesir pada mata CPI 2.8.Mesir ditempat ke-115 daripada 180 negara yang tinggi rasuah.

Mubarak dan Gereja Ortodoks Koptik

Presiden Mesir Anwar Sadat mengarahkan Paus Shenouda III Alexandria, Paus Gereja Ortodoks Koptik Alexandria dibuang daripada Biara Saint Pishoy. Lapan uskup, 24 sami-sami, dan banyak lagi ditangkap. Sadat telah menggantikan hierarki gereja dengan jawatankuasa lima uskup-uskup dan tiada lagi paus. Semasa Mubarak, beliau membebaskan Paus Shenouda dari buangan pada 2 Januari 1985. Beliau kembali ke Kaherah untuk merayakan Krismas 7 Januari Liturgy (Kalendar Lama) dan kehadirannya disambut 10,000 penganut Kristian. Penganut Kristian dibenarkan bercuti pada 7 Januari dan diisytiharkan cuti kebangsaan pada 2002.

28 tahun Undang-Undang Darurat

Di bawah undang-undang Darurat, kerajaan mempunyai hak menahan seseorang tanpa bicara semenjak pembunuhan Anwar Sadat pada 1981. Mereka tidak dibicarakan di mana-mana mahkamah untuk membicarakan kesalahan sebenar mereka.

Pewarisan presiden

Banyak berita tersiar di Mesir menyatakan Mubarak menyediakan anaknya Ala sebagai pengganti beliau sebagai Presiden Mesir .Namun Mubarak menafikan khabar angin tersebut.

Mubarak dan Palestin

Mubarak membantu Palestin terutama perjuangan Fatah yang dipimpin oleh Yasser Arafat.Beliau menyokong semua usaha yang dilakukan oleh Liga Arab. Mubarak juga menyokong Sidang Kemuncak Beirut pada 28 Mac 2002. Israel didesak berundur dari seluruh wilayah pendudukan, termasuk Bukit Golan,pemerintahan sendiri Palestin di Tebing Barat dan di Semenanjung Gaza dengan Jerusalem Timur sebagai ibu negara Palestin dan menyelesaikan kem pelarian Palestin. Sidang Kemuncak Riyadh 2007 hasil usaha Liga Arab mendesak menteri luar Jordan dan Mesir menyokong inisiatif Keamanan itu.

Pada 19 Jun 2008, Mesir menjadi orang tengah bagi meredakan peperangan antara Israel dengan Hamas. Perjanjian itu memerlukan Hamas berhenti melancarkan serangan ke atas Israel dan menguatkuasakan gencatan senjata di Tebing Gaza. Untuk itu, Israel membenarkan antara 500 dan 600 buah lori bekalan makanan masuk setiap hari ke Semenanjung Gaza .Hamas mengkritik Israel kerana sekatan masih berterusan sehingga rakyat Palestin terpaksa melakukan penyeludupan bawah tanah untuk ke seberang. Israel menuduh Hamas menyeludup senjata dari Mesir ke Gaza melalui terong-terowong tersebut. Oleh itu Israel terpaksa meneruskan serangan roket terhadap rumah-rumah awam yang menjadi pintu terowong tersebut.

Nota :

Bila dah terlalu lama memerintah matahati dan fikiran dikaburi dengan kebodohan dan gia kuasa.

Sama nasibnya seperti zeinel abiden di tunisia, dan bagaimana pula di Malaysia?? sudah 50 tahun memerintah..?
Mungkin akan wujud persamaan...?
Kah...Kah...Kah...!!

Apa itu Pemikiran Strategik....??


ANWAR : ABDUL TAIB JANGAN JADI SEPERTI MUBARAK – MK

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan ketua menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud seperti presiden Mesir Hosni Mubarak yang mahu terus berkuasa walau diminta berundur.

Bercakap di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran cabang PKR Stampin hari ini, Anwar berkata penduduk Sarawak perlu menuntut supaya Abdul Taib segera berundur melalui proses demokratik.

Abdul Taib dan Mubarak kedua-duanya telah berkuasa sejak 30 tahun lalu.

Berjuta-juta rakyat Mesir kini melancarkan protes di seluruh negara bagi menuntut Mubarak supaya segera berundur.

Anwar berkata, perubahan boleh dilakukan sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di negeri itu dan Abdul Taib tidak lagi menjadi ketua menteri.


NOTA:

disini anwar ibrahim silap. tidak menggunakan pemikiran stratejik.
dari segi strateji politik adalah lebih baik melawan musuh yang di benci

mari belajar dari pengalaman 1998

ilmu sebenarnya adalah pengalaman yang terkumpul
pengalaman terkumpul jika dibukukan akan dilihat
sebagai rujukan ilmu – ilmu bukan datang dari mimpi
ilmu datang dari pengalaman dan pembuatan dan percubaan dibilik makmal

dalam politik – ilmu datang dari pengalaman membuat kerja politik

lihat apa yang berlaku pada tahun 1998
semua warga benci kepada madey
kebencian ini diterjemahkan pada pilihanraya 1999
untuk pertama kali sesudah mei 1969 kuasa gerombolan tergugat.

kenapa ini berlaku?

kerana kebencian rakyat terhadap mahafiraun madey...

madey sedar hal ini
lalu mengambil langkah mengundur
jika madey tidak mengundur
Maka BN akan pupus

cuba lihat wan mokhtar di teranganu
amat liat untuk pergi
rakyat terenganu telah muak dan benci
lalu mereka menobatkan hadi sebagai mb yang baru

jadi dari segi taktik dan strateji politik adalah terbaik jika
taib mahmud meneruskan kekuasaan nya di serawak

rakyat seluruh serawak telah benci
kebencian ini boleh diterjemahkan kepada undi

jika taib diganti sekarang maka orang serawak akan
digula gulakan lagi – rakyat serawak akan berilusi bahawa
orang ganti taib mahmus ini akan membawa perubahan

hasilnya:
pakatan rakyat akan tewas besar di serawak

tak percaya?

lihat rakyat amerika
tukar presiden 4 tahun sekali
setiap 4 tahun ada mimpi baru
diberi pilihan antara pepsi cola dengan coca cola
mimpi dan ilusi ini datang empat tahun sekali

tapi tak ada apa yang beralih

adalah lebih baik seperti tunisia dan mesir
ditekan hingga bangun memberontak
Demi untuk mengubah sistem

kalau tidak macam katak yang sedang direbus
apinya membakar dengan amat perlahan
hingga tidak disedari
makin lama makin panas
hingga katak ini tidak dapat lagi bangun melawan

BN sedang dan akan mengunakan pemikiran stratejik

contohnya:

lihat cara pemikiran stratijik digunakan untuk menaikkan harga minyak
taktik menaikkan harga minyak 10 sen sekali - tapi naik berkali kali
strateji ini berjaya kerana tidak ada kemarahan terkumpul dari rakyat
harga barang naik sadikit sadikit - orang ramai lalai
taktik ini adalah contoh pengunaan pemikiran stratejik

Maka masanya telah sampai untuk membuat yang betul
dan membuatnya dengan betul

Rakyat Mesir Terus Berdemo....!!


RAKYAT MESIR TERUS BIADAP

berpuluh ribu rakyat mesir terus biadab
tidak menghormati hari ketiga tahun baru china

saekor tikus china dari kedah telah berkata
bahawa turun berdemo ketika pesta tahun baru china
adalah biadap

BERITA DARI MESIR

National Demokratik Parti - parti yang mubarak menjadi pemimpin
mubarak telah melepaskan jawatan tertinggi dalam parti ini
hossam badrawi setiausha agung juha letak jawatan
anak mubarak bernama gamal mubarak yang di katakan
telah lari ke london telah juga meletakan jawatan

sema ini wajib dilihat sebagai satu
lagi taktik untuk melalaikan
warga mesir yang sedang berdemo.

PERINTAH BERKURUNG

malam ini perentah berkurung telah tidak dipedulikan
oleh sesiapa pun. beribu ribu anak muda
masih lagi berkumpul di dataran tahrir.

tak ada sesiapa pun ambil pot

ini mebuktikan jika kita ramai
tidak ada kuasa yang dapat melawan
ombak rakyat

TUNTUTAN PARA DEMONSTRAN

1 - mubarak undur
2 - bubar parlimen
3 - jalankan pilihanraya yang bebas
4 - rampas harta mubarak

Nota :

Gambar diatas adalah anak muda melayu yang amat biadap sekali

pada hari kedua tahun baru china
anak muda ini telah berani keluar berdemo
untuk menunjukkan solidariti setiakawan dengan
rakyat mesir yang sedang berjuang menuntut keadilan

Waspada Dengan Perancangan Licik Amerika....!!

Biar pun patah riok...lawan tetap lawan....!!

EYGPT PROTEST : HOSNI MUBARAK’S POWER FADES AS US BACKS HIS DEPUTY – guardin london

America yesterday swung its support behind Egypt's vice-president, Omar Suleiman, and the political transition he is leading, calling for a process of orderly reform. The policy, made clear by Hillary Clinton at the Munich Security Conference, was the latest sign of steps by the US and senior members of the Egyptian military to nudge President Hosni Mubarak aside and contain the potential for street violence.
---------------------------------------------------------
Woit… INI SEMUA ADALAH PERANCANGAN AMERIKA….

Kah..Kah… KELUAR DARI MULUT BUAYA… MASUK KE MULUT HARIMAU PULAK ….

Kah..Kah.…OMAR SULEIMAN IALAH TUKANG PUKUL….

Kah..Kah..OMAR SULEIMAN IALAH TUKANG SEKSA TAHANAN POLITIK…

Kah..Kah..OMAR SULEIMAN IALAH KAWAN BAIK ISRAEL….
Kah..Kah..SUDAH PASTI OMAR SULEIMAN AKAN MENERUSKAN PERJANJIAN DAMAI MESIR/ISRAEL…

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH... DAH TENTU OMAR SULEIMAN TIDAK AKAN MENGUBAH APA APA DI MESIR….

Nota:

Daging bernama mubarak akan pergi
Datang pulak daging bernama omar suleiman....
Kedua dua daging ini adalah made in amerika...
Kah...Kah...Kah...!!

Feb 5, 2011

Cina Ada Macam-Macam....!!


Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang mengecam PAS dan PKR hari ini kerana mengadakan demonstrasi pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina (CNY).

Tahun baru Cina, kata Tan, adalah perayaan utama di negara ini
yang dirayakan oleh semua rakyat Malaysia.

Atas sebab tersebut, Pemuda Gerakan Kedah kesal kerana pemimpin PAS dan PKR dan ahli mereka mengadakan demonstrasi hari ini, menyokong gerakan pro-demokrasi di Mesir, Tan.

Nota:

dari segi semiotik sosok
yang memiliki gigi jongang
dan bermuka macam tikus ini
memiliki banyak masaalah pribadi

ketika kanak kanak selalu terkencing dalam seluar
dari kajian british medical report
ramai yang bermuka tikus ini
mengalami tekanan saikoloji ketika di bangku sekolah mereka

satu ciri yang amat jelas ialah sosok
bermuka tikus ini suka membodek
membodek ini adalah cara terbaik
untuk menyelamat kan diri

kalau tak percaya
anak muda di kedah
boleh lakukan siasatan
dan hantar info
untuk bacaan kita semua


DITUDUH BIADAP OLEH TIKUS

tak kan tak berani sambut
muka tikus dan bergigi jogang ini
Muka tikus bergigi jongang mesti di tibai....
Jangan senyap saja...!!!

Firaun Ada Di Mana - Mana....!!

Firaun berada dimana mana...di cairo ada firaun....di kl pun ada firaun...Kah..Kah...Kah...!!

PAS , PKR BIADAP BERDEMONSTRASI WAKTU CUTI CNY - MK

Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang mengecam PAS dan PKR hari ini kerana mengadakan demonstrasi pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina (CNY).

Tahun baru Cina, kata Tan, adalah perayaan utama di negara ini
yang dirayakan oleh semua rakyat Malaysia.

Atas sebab tersebut, Pemuda Gerakan Kedah kesal kerana pemimpin PAS dan PKR dan ahli mereka mengadakan demonstrasi hari ini, menyokong gerakan pro-demokrasi di Mesir, Tan.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak menghormati perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia.

"Hari kedua Tahun Baru Cina merupakan hari cuti umum untuk semua rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nota:

macam macam cara nak takutkan
rakyat dari turun ke jalan raya
macam macam nak tipu

jadi ari mana yang suci dan tidak biadap
untuk berdemo?

Januari tak boleh kerana hormat tahun baru
febuarari tak boelh hormat tahun baru china
march tak boleh hormat tahun baru orang asli
april tak boleh hormat tahun baru orang penan
may tak boleh hormat tahun baru suku jolei
june tak bileh hormat tahun baru sikh
july tak boleh kerana gawai
ogos tak boleh hormat bulan puasa
september tak boleh hormat haru vesak
oktober tak boleh pesta menuai orang kayun
novemebr tak boleh hari raya haji

Disember hari pulak hari krismas lagi tak boleh
lacahaaaauuu... semua tak boleh...
Kah...Kah...Kah....!!

Tiada Beza Firaun Mesir Dengan Firaun Malaysia...!!


MUBARAK FAMILY FORTUNE COULD REACH $70 BILION, SAY EXPERT - guardian london

President Hosni Mubarak's family fortune could be as much as $70bn (£43.5bn) according to analysis by Middle East experts, with much of his wealth in British and Swiss banks or tied up in real estate in London, New York, Los Angeles and along expensive tracts of the Red Sea coast.

After 30 years as president and many more as a senior military official, Mubarak has had access to investment deals that have generated hundreds of millions of pounds in profits. Most of those gains have been taken offshore and deposited in secret bank accounts or invested in upmarket homes and hotels.

Nota:

lihat berapa banyak harta firaun ini
disimpan di swiss bank
di new york
di london
di los angles

first lady mesir ini terkenal sebagai penyamun 20 persen
semua projek dia mesti mendapat 20 persen
pasal apa 20 persen?

ini untuk lebih dari first lady indonesia
yang ambil cuma 10 persen
fat lady malayasia berapa pulak?

ramai warga tidak sedar
ramai warga menyangka
bahawa putra jaya ialah ibu negara
tapi tahu kah rakyat malaysia
bahawa semua bagunan di putrajaya
kiat sewa dari syarikat anak mahathir?

Kalau Nak Bangang Pun...Bangang Lah Sorang-Sorang...!!

Inilah Muka ADUN bangang....!!

RISALAH HINA MELAYU: LIM MAHU ADUN MINTA MAAF – MK

Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad agar memohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan negeri itu bertanggungjawab ke atas satu risalah yang didakwa "menghina orang Melayu."

Lim berkata, ADUN berkenaan perlu menarik balik kenyataan berkenaan yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu.

"ADUN Umno Pulau Betong didesak menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri (Pulau Pinang) atas fitnah jahat ini. Sekiranya beliau gagal pada minggu depan maka tindakan tegas akan diambil," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim menjelaskan, risalah 'My Balik Pulau' itu sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan dan bukannya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Sekiranya betul 'My Balik Pulau' lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri," kata Lim lagi.

Lim berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar harian tersebut pada Khamis lalu yang menyebut risalah berkenaan "mengandungi fakta sejarah tidak tepat" dan "disifatkan sebagai berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan kaum."

Muhammad Farid dipetik dalam laporan tersebut sebagai berkata, "meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu."

ADUN berkenaan turut mendakwa, risalah berkenaan "seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu."

Dalam laporan sama, Muhammad Farid turut mendakwa, bahan dalam risalah berkenaan turut "menghina orang Melayu."

Nota:

Si bangang ini cuba nak raih simpati dari orang melayu
kalau pun nak jadi wira melayu di pulau pinang
bacalah dulu risalah itu – jangan pakai rembat aje
selidik dahulu – gunakan akal.

kalau masih bodoh juga
sila main di lebuh raya plus
padam lah cepat cepat boleh ada pilihanraya kecil
ini pengorbanan yang di nanti nanti
Kah...Kah....Kah...!!

Beri Peluang Islam Memerintah....!!


MARANG - Ekoran kegagalan kerajaan-kerajaan pro-barat yang gagal memerintah di negara-negara umat Islam, PAS membuka peluang mempelawa masyarakat antarabangsa agar memberi peluang kepada Islam memerintah.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata situasi ketegangan dan tunjuk perasaan yang berlaku di Mesir menuntut perubahan kerajaan yang memerintah kerana kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah

“Di Mesir juga berlaku kezaliman dan kekejaman, sudah beberapa orang pemimpin yang syahid di tali gantung, yang dibunuh, yang hilang. Akhirnya, berlakukan satu ledakan yang dahsyat pada hari ini.

“Rakyat Mesir keluar ke jalan raya. Mereka keluar bagi menunjukkan kemahukan mereka untuk membuat perubahan di Mesir

“Mereka mendesak supaya Hosni Mubarak berundur dan menubuhkan kerajaan peralihan yang tidak melibatkan pemimpin-pemimpin rasuah dan khianat,” tegasnya ketika berucap pada demonstrasi aman menyokong kebangkitan rakyat Mesir, dedakt sini semalam.

Himpunan itu juga adalah bertujuan memeberi amaran kepada Amerika Syarikat supaya jangan campur tangan dalam krisis yang melanda negara-negara Timur Tengah kini.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, Amerika dan sekutunya telah mula bersuara agar Hosni Mubarak berundur dengan meletakkan orang yang boleh meneruskan dasarnya.

Katanya, pihak barat dan sekutu Amerika mahukan kerajaan berubah tetapi bukan dari kumpulan Islam yang memerintah.

“Dan telah ada kenyataan-kenyataan Amerika dan sekutunya supaya Mubarak berundur dengan meletakkan orang-orang yang dasarnya sama dan caranya sama, semata-mata untuk menjaga kepentingan Amerika.

“Sudah ada kenyataan mereka (barat) mahu kerajaan (Mesir) berubah tetapi bukan dari kumpulan Islam yang memerintah (Mesir),” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan perubahan yang ingin dilakukan oleh rakyat Mesir akibat tindakan zalim dari pemerintahnya.

Katanya, meski pun kumpulan Islam menyertai pilihan raya tetapi pelbagai penipuan dilakukan bagi mengekalkan kerajaan Mubarak di Mesir

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Atap Biru Memang "Dok Paka...."


MARANG - “Setiap kali hujan lebat kami tidak dapat tidur dalam bilik dan terpaksa berpindah ke ruang tamu kerana atap rumah bocor walhal bantuan atap baru sahaja diterima setahun lalu,” demikian kata Maimun Mat Zain, 37.

Ibu kepada empat anak dari Kampung Padang Terik itu mendakwa bantuan atap diterima daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tidak berkualiti berbanding penerima lain di kampung itu.

Maimun juga mendakwa, sebelum ini pihak JKKK hanya menggantikan sebahagian sahaja atap rumah manakala sebahagian lagi iaitu bahagian hadapan dan bilik tidur masih menggunakan atap lama iaitu atap zink yang sudah reput serta berkarat.

“Kami menerima bantuan atap daripada JKKK pada Disember 2009 dan sebelum itu turut menerima bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sebanyak RM4,000 untuk membina dapur pada 2008.

“Kami kecewa bantuan diterima melalui JKKK seolah-olah hanya untuk 'memenuhi syarat' bahawa kami menerima bantuan atap sedangkan atap yang diganti hanya sebahagian,” katanya kepada Sinar Harian.

Maimun berkata, dia tidak membuat laporan kepada JKKK sebelum ini kerana suaminya, Roslan Zin Mamat, 42, masih lberada dalam tahanan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Besut sebelum dibebaskan beberapa hari lalu.

Sehubungan itu, Maimun dan suami berharap keperluannya mendapat perhatian semula pihak kerajaan kerana keadaan atap rumah yang bocor menyebabkan mereka tidak dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.

“Saya dan suami tidak mampu untuk membaikinya sendiri dengan wang untuk sara hidup tidak mencukupi anak masih bersekolah dan keperluan mereka perlu diutamakan terlebih dahulu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, bagi mendapat gambaran lebih jelas mengenai perkara itu Sinar Harian menghubungi Pengerusi JKKK di kampung berkenaan, Zainal Mat Yusof, 39, melalui nombor yang diberikan oleh isterinya, namun berapa panggilan yang dibuat tidak dijawab.

Sinar Harian turut menghubungi Setiausaha JKKK Kampung Padang Terik, Jeffry Ahmad melalui nombor telefon diperoleh daripada Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan namun gagal dihubungi.

Sinar Harian kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Siti Solehah Ahmad dan beliau akan menyemak semula status bantuan diberikan kepada keluarga berkenaan untuk tindakan lanjut

Pada 2 September, 2010, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencehgahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan program 'bantuan atap biru' kerajaan yang didakwa terlibat dengan unsur-unsur penylewengan dan salah urus.

Setiausahanya , Wan Faizul Abas, bersama Exco, Ustaz Khalil Abdul Hadi telah menyerahkan laporan tersebut ke pejabat SPRM negeri Terengganu di Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu (gambar)

Namun sehingga kini, tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak terbabit.