Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Sep 20, 2010

Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional Di Singapura....!!!


Najib Mungkin Terus Tunduk Pada Singapura - HD

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan bahawa Singapura akan mendapat lebih banyak manfaat dalam rundingan dengan Malaysia.

Beliau membuat andaian demikian ekoran melihat tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mei lalu menyerahkan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar pada republik itu yang baginya merugikan negara.

"Apakah kemungkinan Lee Hsien Loong (Perdana Menteri Singapura) mempunyai gambar pembunuh sebenar Altantuya menyebabkan Najib akan kalah dalam rundingan kedua hari ini," ujarnya pagi tadi pada Harakahdaily.

Beliau mengulas lawatan Najib hari ini ke Singapura hari ini bagi meneruskan siri perbincangan seterusnya berhubung beberapa perkara yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.

Najib sebelum ini dikaitkan dengan wanita Mongolia itu biarpun beliau beberapa kali menafikannya.

Altantuya dibunuh menggunakan bahan peledak C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu.

"Yang didapati bersalah Koperal Sirul Azhar Umar dan (Cif Inspektor) Azilah Hadri dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman sedangkan motif pembunuhan tidak dikenal pasti.

"Apabila mahkamah membebaskan setiausaha politik (Datuk Abdul Razak Abdullah Baginda) Perdana Menteri tanpa terlebih dahulu menjelaskan motif pembunuhan dasyat itu, seolah-olah ada pemimpin politik tertinggi tertentu dilindungi," ujar Mahfuz lagi.

Sebelum ini, penyiasat persendirian, P.Bala Subramaniam dalam akuan bersumpahnya mendakwa Najib ada bersama Altantuya pada pameran intan berlian di Singapura.

Sehubungan itu, ada pihak mendakwa Siangapura mempunyai rakaman tetamu yang menghadiri pameran tersebut.

Mereka juga mendakwa pembahagian 60:40 tanah KTMB di Tanjong Pagar kepada republik itu ada kaitan dengan bukti rakaman tersebut.

Nota :

60 % Untuk Kau...40 % Untuk Aku....
60 % Untuk Kepala Bapak Kau....40 % Untuk kepala Bapak Aku...
60 % Untuk Kepala Butuh Kau....40 % Untuk kepala Butuh Aku...
60 % Untuk Kepala Lutut Kau....40 % Untuk kepala Lutut Aku...
Kah...Kah...Kah....Kah....!!!!
Rupanya P Ramlee adalah seorang pengarah..pelakon untuk masa depan...!!!!

Berkata Benar Pada Pemimpin Yang Zalim Juga Jihad...!!!


Petroliam : Doa Sampai Kerjaan Terbalik - HD

KOTA BHARU, 20 Sept: Di samping berharap kepada tindakan saman terhadap Petronas, rakyat Kelantan turut diseru berdoa kepada Allah SWT agar hak royalti negeri ini dikembalikan semula.

Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, biarpun kerajaan negeri sedia maklum dengan campurtangan politik dalam sistem kehakiman negara, namun yakin kuasa Allah mampu merubah segalanya.

"Kita tahu saman ini akan dibicarakan di mahkamah Malaysia, anda semua tahu mahkamah ini duduk dalam poket siapa.

"Memang betul duduk dalam poket kerajaan 'itu', parti itu, tetapi kerajaan itu, hakim itu duduk dalam kuasa Allah SWT," katanya pada satu ceramah di sini baru-baru ini.

Menurut beliau yang juga exco kerajaan negeri Kelantan, usaha dan doa harus selari sebagai syarat mencapai sesuatu kejayaan termasuk dalam kes menuntut royalti ini.

Tindakan saman itu juga menurut Husam dibuat secara bersungguh dan bukan-main demi menuntut kembali hak rakyat negeri seperti termaktub dalam perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Kalaupun hakim itu duduk sebelah 'dia' sedangkan petroleum itu memang hak kita, kita doa sampai kerajaan Malaysia terbalik.

Pada 30 Ogos lalu, kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas tuntutan secara rundingan hak petroleum negeri itu tidak berhasil.

Tuntutan tersebut seperti kata Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz adalah atas dasar menjaga kehormatan harta rakyat negeri Kelantan yang telah dirampas oleh kerajaan Persekutuan

Nota :

"Kita tahu saman ini akan dibicarakan di mahkamah Malaysia, anda semua tahu mahkamah ini duduk dalam poket siapa....!!!

"Memang betul duduk dalam poket kerajaan Malaysia....parti UMNO/BN, tetapi kerajaan Malaysia...hakim Kerajaan Malysia itu sebenarnya duduk dalam kuasa Allah SWT,"

Cara UMNO Sambut Hari Raya.....!!!


Tarikh: 19 September 2010
Tempat: Laman Kerayong, Parlimen Bera, Pahang.
Program: Rumah Terbuka anjuran Ahli Parlimen Bera, merangkap Menteri KPDNK, merangkap juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.


VIDEO: 19 SEPT 2010 LAGU RAYA Parlimen Bera

Tujuan: Meraikan kesyukuran sempena Syawal yang mulia ini..sambil menyanyi, berjoget dan menari sepuas hati bersama rakyat jelata..

Nota :

Mat Sabu pernah kata...Bila kita lantik pemimpin yang gila....
Maka rakyat pun turut jadi gila...malah ada yang jadi gila babi pun ada....

Memahat Sejarah...Mencipta Penagih Dadoh.....!!!


Penagih Terengganu Meningkat 1,3667 Peratus - BO

KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

"Kita dapati daerah-daerah yang berada di sempadan mecatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah-daerah lain juga turut meningkat," katanya dipetik agensi Bernama, Isnin, 20 September

Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus merupakan keturunan Melayu manakala 78.53 peratus terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 dan 39 tahun.
nama
Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine.

"Sebanyak 42.02 peratus daripada mereka mengaku mula terjebak dengan dadah disebabkan oleh pengaruh rakan," katanya.

Beliau berkata, sehingga bulan lepas, bilangan kes pemulihan dalam komuniti di Terengganu yang direkodkan seramai 3,266 orang.

Mereka terdiri daripada bekas penagih yang telah menjalani pemulihan di institusi (266 orang), dijatuhkan hukuman oleh mahkamah (461 orang), dibebaskan dari penjara (2,477 orang), dan juga kes sukarela (108 orang) manakala dari jumlah tersebut 97.89 peratus adalah lelaki.

Wan Addenan menasihatkan ibu bapa atau penjaga memberi perhatian yang serius kepada anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan gejala dadah.

Sementara itu beliau berkata, AADK negeri Terengganu akan membuka sebuah lagi Pusat Khidmat AADK di Besut bulan depan sebagai pusat rawatan dan pemulihan bagi penagih dadah.

Katanya sebelum ini AADK telah membuka pusat itu di Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu pada tahun lepas bagi membantu merawat dan memulihkan penagih daripada ketagihan dadah secara percuma.

Nota :

Na...Na...Na...Tranung Kite....
Guane Gamok Orang Kite.....!!!
Masyarakat Ulul Albab...Hisap dadoh Habis Jadi Lembap....
Islam hadhari...Hisap dadoh Tranung Paling Tinggi....
Memahat Sejaroh...Mencipta Penagih dadoh....
Hoi...Hoi....Nok Gi Kuane Tuuuu.....!!!
Kite tengok...Orang Telur...!!!
Mari Kite Gi Kg. Ladang....Orang Hisap Dadoh Begelimpangang.....
Wak bekal Gi Merang....Orang Hisap dadoh Siang Malang.....
Kite Tengok...Orang Telur...!!!
Kah...Kah....Kah....!!!!

Promosi Lepas Raya....!!!


MENTERI BESAR HALAL PERAK AKAN TURUT BERSAMA

Salam saudara/saudari,

Dijemput hadir ke majlis pelancaran buku terbaru saya CARTOON-O-PHOBIA pada jam 8 malam 24 September ini (jumaat) di Selangor Chinese Assembly Hall seperti yang dinyatakan di atas. Ia akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin. Harap juga saudara saudari dapat membeli CARTOON-O-PHOBIA sebagai sokongan kepada saya:

1. Untuk membantu dana bagi melawan KDN di mahkamah yang dijangka
bermula Oktober depan.

2. Untuk memastikan 'reformasi kartun' yang dimulakan oleh saya
dan konco-konco dapat diteruskan.

* Untuk membeli secara online sila ke link ini:

http://blog.cartoonkafe.com/?p=302

atau

http://www.gerakbudaya.com/products-page/new-release/cartoon-o-phobia-a-collection-by-zunar/

* Untuk sebagarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat saya: 03

22-72-40-45 atau email kepada cartoonkafe@gmail.com.


Sekian terima kasih,
Zunar (zunar49@gmail.com)

Tempe Selangor Kian Pupus...!!!


SELANGOR SANGAT TERUK – KHIR TOYO TAK MINAT JADI MB LAGI - MK

Khir Toyo berkata beliau tidak lagi berminat untuk kembali menjadi menteri besar Selangor. Sebaliknya beliau menyarankan supaya jawatan berkenaan diserahkan kepada pemimpin yang lebih layak di kalangan BN, sekiranya mereka berjaya merampas semula negeri itu.
------------------------------------------------------------------
Woittttttt.......NAK JADI MB MACAM MANA... MAT EZAM AKAN AMBIL ALIH.....

Kah....Kah... TIMBALAN EZAM PULAK....LOKMAN ADAM......

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH....SEBENARNYA KHIR DAH MAKLUM YANG UMNO /BN TAK MAMPU NAK TAWAN SELANGOR DALAM PRU 13 NANTI....

SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL...!!!

KENYATAAN MEDIA
20hb September 2010


Seperti yang diumumkan, 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) diperuntukkan RM5 bilion pada tahun 2009 melalui penerbitan bon jaminan kerajaan. Baru-baru ini, 1MDB juga bercadang mendapatkan pinjaman tambahan sebanyak RM5 bilion. Pinjaman RM5 bilion baru ini tidak akan dijamin oleh kerajaan Malaysia secara langsung, malah akan diselesaikan melalui penerbitan beberapa bon sejumlah RM10 bilion yang disokong oleh kerajaan (state-backed bonds). Ini bermaksud 1MDB akan menanggung liabiliti jangka panjang sebanyak RM15 bilion menjelang tahun 2013. Jumlah itu 4 kali ganda besar jumlahnya berbanding dengan nilai bon yang dikeluarkan untuk projek Port Klang Free Zone (PKFZ), iaitu bernilai sekitar RM3.685 bilion.

Kini bertiup kencang berita bahawa audit akaun untuk tahun fiskal yang sepatutnya berakhir pada Mac 2010 belum dapat dimuktamadkan. Terdapat spekulasi bahawa juruaudit enggan menandatangani akaun tersebut kerana terdapat banyak percanggahan. Lazimnya, juruaudit enggan menandatangani akaun yang diauditnya apabila wujud masalah serius dalam akaun tersebut. Oleh kerana jumlah yang membabitkan dana awam sebegitu besar, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjelaskan kepada khalayak samada berita mempunyai kebenaran atau tidak.

Difahamkan berdasarkan kunci kira-kira (balance sheet), kenapakah 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) boleh mengaut keuntungan yang tidak diasingkan (unappropriated profit) sebanyak RM121.79 juta. Ianya menjadi satu tanda tanya apabila liabiliti bukan semasa (non-current liability) adalah sebanyak RM4.39 bilion sahaja dan bukan RM5 bilion seperti yang diumumkan oleh 1MDB. Ke mana hilangnya sejumlah RM610 juta? Kita difahamkan juga berdasarkan kunci kira-kira tersebut, pinjaman sejumlah RM37 juta diperlukan sedangkan deposit kategori aset semasa (Deposits with licensed financial institutions) adalah sebanyak RM782.12 juta. Lazminya, kategori aset semasa (current assets) merujuk kepada kategori di mana transaksi dapat dilakukan bila-bila masa dalam tempoh waktu kurang daripada 12 bulan. Sebaliknya, jika deposit kategori aset semasa tidak dapat digunakan untuk membuat pembayaran, bagaimana Other payables sebanyak RM99.43 juta dapat dibayar dengan Other receivables yang hanya berjumlah RM16.15 juta?

Manakala itu kita difahamkan menurut penyata pendapatan pula, dana tersebut mendapat keuntungan sebanyak RM439.83 juta tetapi tidak pasti bagaimana sesebuah dana sebegitu boleh mendapat keuntungan tersebut. Biasanya ‘keuntungan’ diperoleh melalui pelaburan. Butiran hasil (Other income) diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan lain yang berkaitan. Di samping itu, apakah status pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan kepada 1MDB? Apakah kerajaan memberikan pengecualian sepenuh kepada 1MDB dan apakah rasional kerajaan dalam hal ini? Adakah item ini merujuk kepada status kewangan Terengganu Investment Authority Berhad sebelum bertukar nama kepada 1MDB? Pada 11 Jan 2010, kerajaan mengumumkan bahawa Yayasan 1MDB telah ditubuhkan bagi mengendalikan satu dana tanggungjawab sosial (CSR) yang bernilai RM100 juta. Adalah difahamkan juga, jumlah RM100 juta tersebut tidak muncul sama ada dalam penyata pendapatan atau kunci kira-kira.

Semenjak 1MDB yang sebelum ini bergelar Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) diperkenalkan oleh pentadbiran Najib, pelbagai pertanyaan wujud berhubung peranan 1MDB, pelaburan 1MDB dan perkembangan-perkembangan berkaitan khususnya dalam peranan PetroSaudi dan jutawan bernama Jho Low. Apakah peranan Jho Low dalam 1MDB khususnya dalam projek pembangunan semula pangkalan Sungai Besi? PetroSaudi hanya dikenali ramai selepas penubuhan sebuah syarikat usaha sama bersama 1MDB dengan modal berjumlah AS$2.5 bilion (RM8.5 bilion).

Akibat dari pengurusan yang tidak telus, makanya begitu banyak persoalan yang muncul. Ini mengingatkan kita kepada dengan penubuhan ValueCap yang bernilai RM10 bilion pada 2002. ValueCap tidak membawa sebarang makna selain memangkin segelintir syarikat sahaja dalam pasaran saham, mengulangi bentuk salah guna kuasa dan salah agih dana awam yang berlaku pada tahun 1997. Operasi ValueCap penuh dengan misteri (rahsia) sehingga orang ramai tidak mengetahui transaksi apakah yang telah dilakukan. Lebih-lebih lagi, ValueCap mendapatkan pinjaman daripada KWSP dengan kadar faedah rendah. Ini menimbulkan kebimbangan dana tersebut digunakan untuk menyelamatkan kroni besar dalam Bursa Malaysia. Kini kita khuatir dana awam yang disalurkan kepada 1MDB juga akan mengalami nasib yang sama sepertimana dengan beberapa usaha kononnya untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Berselindung di sebalik hasrat yang dipamerkan sebagai satu langkah yang bermakna, akhirnya hanya menguntungkan segelintir sahaja dari kalangan mereka yang rapat dengan pemerintah.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA