Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Feb 20, 2012

Tanda Pilihanraya Dah Dekat....!!

Dividen KWSP 6 peratus, tertinggi menjelang PRU13 -MK

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6 peratus untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir Dis 31 2011, iaitu meningkat 20 mata asas berbanding 5.8 peratus untuk tahun 2010.

Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata kadar dividen ini merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya, berbanding RM21.61 bilion yang dibuat untuk tahun kewangan 2010.

Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.

Samsudin berkata tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP, walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan memperolehi pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010.

UMNO/BN Terengganu Semakin 'Gila' Rampas Tanah Rakyat...!!

Sejak kerajaan Umno dan Barisan Nasional ‘merampas’ pentadbiran kerajaan negeri Terengganu melalui ‘eksploitasi’ senarai pengundi pada 2004, beratus-ratus ekar tanah rakyat telah dirampas akibat kegilaan dan kerakusan serta kezaliman pemimpin Umno.

Selepas kes merampas tanah Sekolah rendah Islam darul Bayan baru-baru ini, terkini, Umno/Bn Terengganu akan merampas tanah pra-sekolah Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) Qaryah Tok Jiring, dan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh, Kuala Nerus.

Bermula tahun 2005 sehingga tahun 2008, Umno yang diterajui oleh bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh telah merampas kesemua tanah-tanah RTB yang dianugerahkan kepada rakyat oleh kerajaan PAS Terengganu.

Tindakan tersebut dibuat oleh kerajaan negeri kononnya Lesen Menduduki Sementara (LMS) itu telah tamat tempoh.

Walaupun tindakan 'di luar perikemanusiaan' itu mengundang kemarahan dan penentangan rakyat secara menyeluruh di negeri ini termasuk mengadakan demontrasi secara aman di depan Wisma Darul Iman, kerajaan Umno/BN tanpa rasa berdosa terus mengkhianati rakyat.

Beberapa siri pencerobohan dan perobohan rumah-rumah rakyat termasuk rumah seorang anggota tentera di RTB Pengkalan Merbau, Setiu, sebuah masjid di RTB Bujal, Kemaman, perobohan sebanyak 14 buah rumah rakyat di RTB Belimbing Api, di Jabi Besut, semuanya dilakukan dengan alasan remeh, rakyat menduduki tanah kerajaan secara haram.

Selain itu, perlaksanaan projek mega ‘membazir’ pada zaman Idris juga menjadikan rakyat korban sebagai pelarian di bumi sendiri.

Kerana ingin menghabiskan wang royalti petroleum yang ditukar mnejadi ‘dana khas’ Idris melaksanakan pembangunan yang tidak membawa manfaat besar kepada rakyat.

Kononnya meralisasikan impiannya, Idris telah menghalau penduduk Pulau Duyong bagi dijadikan tapak perlumbaan sukan perahu layar Piala Monsun.

Selepas tahun 2008, Umno yang diterajui ‘secara paksa’ oleh Menteri Besar kini, Dato’ Seri Ahmad Said meneruskan legasi Idris.

Pada Mac 2010, Umno telah merampas tanah dan merobohkan rumah penduduk di Kampung Paya bunga Kuala Terengganu.

Kira-kira 60 orang penguatkuasa daripada pihak polis, pejabat tanah dan pegawai kerajaan tempatan merobohkan kesemua 12 buah rumah di kampung itu.

Penduduk miskin di situ telah mendiami tanah itu sejak tahun 1934 dengan lesen menduduki sementara (TOL).

10 daripada 12 buah rumah berkenaan masih didiami dan penduduk telah meminta pampasan daripada kerajaan negeri Terengganu, namun Menteri Besar Terengganu hanya bersetuju untuk menyediakan lori pemindahan.

Selain Kampung Paya Bunga, tanah-tanah di Kampung Chabang Tiga dan Kampung Padang Hiliran turut ‘diratah’ dan ‘dimamah’ oleh kerajaan Umno/BN.

Mereka telah memberikan tanah kepada parapelabur yang ‘rakus’ yang membeli tanah-tanah orang Melayu di atas nama membangunkan Bandaraya Kuala Terengganu.

Ekoran rampasan demi rampasan tanah yang dilakukan, pada 10 Mei 2011, PAS telah membawa usul mencadangkan agar Persidangan Dewan Undangan Negeri ketika itu ditangguhkan bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (Dun) membincangkan isu pembangunan Bandaraya Kuala Terengganu.

Tindakan itu dibuat PAS sebagai sebuah parti politik Melayu Islam, yang tidak henti-henti, terus menjalankan pelbagai usaha bagi memperjuangkan dan membela nasib orang-orang Melayu.

Namun begitu, usul yang dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri dalam sidang DUN, telah ditolak.

“Saya mohon mencadangkan bahawa persidangan dewan ini hendaklah ditangguhkan mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, bagi membolehkan Dewan Yang Mulia ini merundingkan isu pembangunan Bandaraya Kuala Terengganu yang mengakibatkan pengambilan tanah-tanah tradisi dan turun-temurun orang-orang Melayu, sehingga terhakisnya tanah-tanah orang Melayu.

“Apabila ada tanah orang Melayu di Pusat Bandar telah bertukar tangan kepada bangsa lain. Isu ini adalah perkara tertentu, kerana telah berlaku mengambilan tanah secara ‘rakus’ dan boleh menggugat masyarakat Melayu bandar di negeri Terengganu.

“Tindakan pengambilan balik tanah tanpa mengira implikasi masa depan orang-orang Melayu bandar adalah amat dikesali dan ‘menzalimi’ rakyat Terengganu yang mengharapkan pembelaan kerajaan negeri. Terutamanya, golongan berpendapatan rendah yang hidup ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, jelasnya ketika ditemui media pada waktu itu.

Akibat kerakusan Umno/BN Terengganu, satu demi satu perkampungan orang Melayu di bandar Kuala Terengganu lenyap.

Kampung Paya Bunga, Kampung Batas Baru, Kampung Paya Keladi, Lorong Haji Jamil, Kampung Tanjung dan Kampung Ladang Tok Pelam kini hanya tinggal sejarah.

Tidak cukup dengan tanah-tanah orang Melayu di bandar, tanah-tanah di pinggir bandar juga menjadi mangsa.

Antaranya adalah, kes pengambilan tanah yang melibatkan Kampung Gelugor, Kampung Che Long dan Kampung Banggol Donas.

Tanah orang Melayu di Kampung Gelugor diambil ‘tergadai’ kerana projek mahu membangunkan satu pusat pentadbiran ‘ala’ Putrajaya.
- Buletin Online

Kereta DS Anwar Dihentak Dan Dilontar Batu...!!



Oleh : Mohd Sayuti Omar

Alhamdulilah saya bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud dan Mohd Zaki Abdul Rahman selamat sampai dari mengikuti program ceramah dan majlis muhibbah tahun baru Cina bersama Anwar di Endau dan Semberong Johor.

Ingat tadi terus hendak letakkan kepala, tidur kerana eosk harus bagun pagi kerana ada dua appoitment, tetapi mata tidak mahu lelap pula.

Peristiwa yang berlaku kira-kira empat jam tadi di mana kereta yang dinaiki Anwar Ibrahim diserang oleh kira-kira 200 sekumpulan manusia liar. Kejadian itu berlaku di Semberong iaini kawasan Parlimen Hihsmuddin Hussein.

Kejadian itu berlaku sebaik kereta Anwar memasuki ke kawasan ceramah di pejabat PKR Semberong, kira-kira jam 11:30 malam ia diserbu oleh kumpulan manusia liar itu yang sudah sedia menanti sejak awal lagi.

Gara-gara serangan yang dirancang itu menyebabkan kereta Mercedez Band dinaiki Anwar remuk cermin hadapan dan kemek pintu belakang di sebelah kanan. Selain itu beberapa buah kereta yang mengiring kereta Anwar juga turut menjadi mangsa. Seorang ahli PKR katanya Ketua Angkatan Muda (AMK) cedera kerana dibelasah kumpulan liar.

Saya dibekalkan dua keping gambar keadaan kereta berkenaan oleh salah seorang mangsa yang sempat merakam gambar kereta berkenaan.

Rasa bersalah kalau saya tidak postingkan dua keping gambar kereta berkenaan untuk menjelaskan betapa sadis dan 'beruknya' perangai pemuda liar di parlimen Semberong itu.

Bukti Terbaru Kerajaan UMNO/BN Ada Hubungan Perdagangan Dengan Zionis-Israel Laknatullah....!!

Semalam, 16 Febuari 2012, dua buah kapal milik syarikat perkapalan Israel, ZIM USA dan ZIM Atlantic dilihat berlabuh dan menurunkan ratusan kontena di Pelabuhan Klang (Westport).

Sila lihat bukti gambar-gambar di bawah.

Buat pengetahuan anda, kedua-dua kapal Israel ini berlayar terus dari Haifa, Israel ke Pelabuhan Klang. Apa maknanya?

Ini bermakna kedua-dua kapal ini mengisi barang-barang di dalam kontena mereka di Pelabuhan Haifa, Israel tanpa singgah di mana-mana negara lain, terus ke Pelabuhan Klang.

Jelas sekali di sini mereka menghentam Anwar Ibrahim hanya kerana sepotong ayat, untuk menunjukkan merekalah pejuang anti Israel, benci Israel, pejuang Palestin.

Nota :

Itu di depan mata kita. Bagaimana di belakang kita? Lihat sendiri dengan mata kepala anda bagaimana mereka menjalankan hubungan dagang dengan Israel di belakang anda. Muncung berkokok, ekor bergelumang taik! Ptuih....!