Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Dec 19, 2010

Jawapan Kepada Hishamudin Hussein Onn....!!


"Saya yakin semua dari kita tahu akan amaran ALLAH terhadap hambaNYA supaya tidak mengambil orang Yahudi/kafir/Israel sebagai pemimpin, ikutan, model di dalam apa jua urusan dalam kehidupan kita. Firman Allah swt di dalam surah Al-Baqarah ayat 120 :

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. "
Allah ada lagi menyebut di dalam surah al-Maidah ayat 51 :

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. "

Saya yakin banyak lagi ayat Allah dan hadis Nabi SAW yang melarang dengan tegas supaya kita tidak menjadikan puak2 YAHUDI ISRAEl ini sebagai pengikut, telunjuk atau pemimpin....apatah lagi dalam sola kepimpinan negara....

Kini terbukti kerajaan Malaysia telah mengambil APCO yang terang-terang merupakan satu pertubuhan YAHUDI LAKNATULLAH!!! Awas, sungguh bahaya kiranya bersekongkol dengan YAHUDI...!!!

Nota :

Di bawah ini bukti2 dokumen yang menunjukkan bahawa kerjaan Malaysia telah menjadikan APCO sebagai telunjuk dalam mnerajui kepimpinan negara.....SEBARAKAN!!!


1.Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International


2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri

3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd

Adakah Kita Orang Itu...??

"Sudah menjadi lumrah kehidupan dunia hari ini, Ramai orang lebih berminat untuk melakukan perkara yang agak sia-sia dari melakukan amalan yang boleh menambahkan saham pahala. Setuju tak dengan pendapat saya??? Ok... Sekarang cuba kita perhatikan, bila kita diajak untuk melakukan amalan kebaikan pastinya ramai dari kita memerlukan masa yang agak lama untuk memikirkan sama ada mahu turut serta ataupun tidak. Lebih malang lagi kiranya ada yang mencipta berbagai alasan untuk membebaskan diri dari ajakan tersebut.

Contohnya kita diajak untuk solat berjemaah di masjid, menghadiri kuliah agama, bergotong -royong membersihkan masjid, menyertai program tarbiyah ruhiyyah, mendengar ceramah dan lain-lain lagi amal kebaikan maka susah untuk menerima ajakan tersebut sekiranya tidak berfikir panjang terlebih dahulu. Namun saya tak menafikan bahawa ada golongan mereka yang cepat dan pantas menerima ajakan tersebut tapi golongan ini hanyalah minority dan bukanlah majority. Paling kurang jawapan yang diberikan ialah "kau pergi dulu, kejap lagi aku ikut belakang. Itupun nasib baik kalau betul dia ikut belakang. Kalau tak...

Cuba kita perhatikan lagi, sekiranya kita diajak untuk melakukan perkara yang sebaliknya. Contohnya kita diajak untuk tengok bola, shopping, bersiar-siar, tengok wayang, ponteng kuliah dan perkara yang sama waktu dengannya, pasti mudah untuk kita menerima ajakan tersebut dan dengan serta merta kita boleh bersiap untuk turut serta. Adakah betul tanggapan saya??? Tepuk dada tanya iman kita.

Setiap kali kita ingin melakukan kebaikan pastinya ada halangan yang perlu kita lalui iaitu godaan nafsu dan syaitan yang sentiasa menghasut manusia agar meninggalkan setiap kebaikan dan melakukan perkara sebaliknya. Bagi mereka yang lemah untuk melawan, maka mereka akan terkulai layu dengan pujukan dan rayuan nafsu dan syaitan. Inilah gambaran dunia hari ini. Tidak ramai yang mahu berlumba-lumba dalam melakukan amal kebaikan untuk menambah koleksi pahala melainkan sedikit. Cukup berbeza dengan zaman para sahabat dahulu. Mereka berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Lihat saja ketika peristiwa solat sunat terawih. Pada asalnya solat ini hanyalah dilakukan oleh nabi seorang. Tapi bila para sahabat melihat nabi melakukan maka mereka pun turut serta melakukan walaupun perkara ini tidak disuruh oleh nabi. Dari hari ke hari bilangan jemaah yang turut serta dalam solat ini makin bertambah. Sehingga pada hari ketiga atau keempat nabi melakukannya di rumah. Maka pada keesokan hari para sahabat bertanya kepada nabi kenapa semalam engkau tidak keluar solat seperti hari-hari sebelumnya. Maka nabi pun menjawab, aku takut solat ini diwajibkan ke atas kalian semua.

Lihatlah sahabat sekalian, betapa bersungguhnya mereka ini dalam melakukan amal soleh. Bagaimana dengan kita??? Perkara yang wajib pun kita sudah liat untuk melakukan, apatah lagi yang sunat. Lontaran ini adalah sebagai muhasabah untuk kita semua. Sekiranya kedua perkara tadi bertembung maka utamakanlah perkara yang dapat menambahkan keimanan kita kepada Allah. Contohilah para sahabat nabi yang suka berlumba-lumba dalam melakukan amal kebaikan. Memang setiap amalan kebaikan itu agak susah untuk dilakukan. Tapi walau sepayah mana sekalipun kita tetap perlu bermujahadah melawan godaan nafsu dan syaitan untuk tetap melakukan sesuatu amalan kebaikan tersebut. Kesusahan di dunia inilah yang menjadi jaminan untuk kita selamat di akhirat kelak yang kekal abadi. Terlalu nikmatnya dunia yang kita rasai pada hari ini namun kenikmatan dunia ini tidak mampu untuk menandingi kenikmatan bila berada di syurga Allah kelak. Jadi, mana satu pilihan kita??? Nak nikmat dunia yang hanya sementara ini atau nikmat di akhirat yang kekal abadi??? Sekali lagi tepuk dada tanyalah iman.

Moga kita sentiasa berada sebaris dengan jalan yang dilalui oleh hamba-hamba Allah yang soleh. Diharap dengan apa yang saya lontarkan ini dapat menjadi muhasabah terutama buat diri yang lemah ini dan sahabat semua yang mendambakan syurga Allah kelak.


Nota :

Kalam Allah di dalam surah al-Hadid ayat 20-21 yang bermaksud :

"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhoanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu. Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar".

Kitakah orang yang tergolong dalam ayat 21 di atas, atau sebaliknya??? The choice in your hands...

Selamatkah Minyak RON95...??

Kereta terbakar di stesen minyak Melaka ketika hidup enjin

"Berita Harian 18 Dis 2010 KEJADIAN kereta meletup dan terbakar ketika menghidupkan enjin selepas mengisi minyak di sebuah stesen Petronas di Melaka pada 13 Disember lalu mungkin dianggap kes terpencil. Namun elok jika siasatan dan kajian terperinci dilakukan untuk mengetahui punca berlaku letupan di bahagian enjin kenderaan berkenaan. Pengguna semakin bimbang memandangkan kekerapan kejadian kebakaran kenderaan yang terbabit dengan kemalangan dan ada pihak mengaitkan dengan penggunaan petrol.

Data dari laman web BOMBA menyatakan dari tahun 2004 hingga 2008 sejumlah 9,370 kes kenderaan terbakar,

MINTA PIHAK BERTANGGUNGJAWAB SIASAT PUNCA KEBAKARAN KENDERAAN
Berita Harian 18 Dis 2010


KEJADIAN kereta meletup dan terbakar ketika menghidupkan enjin selepas mengisi minyak di sebuah stesen Petronas di Melaka pada 13 Disember lalu mungkin dianggap kes terpencil.

Namun elok jika siasatan dan kajian terperinci dilakukan untuk mengetahui punca berlaku letupan di bahagian enjin kenderaan berkenaan. Pengguna semakin bimbang memandangkan kekerapan kejadian kebakaran kenderaan yang terbabit dengan kemalangan dan ada pihak mengaitkan dengan penggunaan petrol. Hasil kajian saintifik dapat meyakinkan pengguna dan memberi jawapan sama ada kebimbangan itu berasas.

Banyak kenderaan sekarang memasang alat aksesori yang membabitkan pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kenderaan. Penggunaan bahan aksesori, misalnya untuk menjimatkan penggunaan minyak dan meningkatkan prestasi pemanduan perlu mendapat jaminan keselamatan dan kelulusan jawatankuasa panel yang terdiri daripada satu pasukan jurutera bertauliah.

Mekanik yang membaik pulih enjin kenderaan perlu mahir dan teliti, khususnya yang membabitkan sistem pendawaian elektrik kenderaan.

Mungkinkah kebakaran itu ada kaitan dengan kecuaian pemilik kereta atau pengusaha stesen minyak? Pendedahan hasil siasatan amat penting agar kita semua mengambil langkah pencegahan supaya kejadian seumpama itu dapat dielakkan.

Kepimpinan Mestilah Melalui Tauladan....!!

MASJID PATUT JADI PUSAT PEMBANGUNAN EKONOMI UMMAH – BH

Najib Razak mengajak umat Islam termasuk golongan belia di negara ini menjadikan institusi masjid sebagai pusat pembangunan ekonomi ummah dengan memanfaatkan kawasan pekarangan sebagai pusat perniagaan dan aktiviti pembangunan sosial.

Perdana Menteri berkata, masjid yang dibangunkan kerajaan wajar dimakmurkan dengan kegiatan itu, selain menjadikannya pusat perpaduan umat menerusi pendekatan ibadah wajib secara berjemaah di situ.

Beliau berkata, institusi masjid selama ini diakui berperanan sebagai pusat kecemerlangan dan pengembangan ilmu dengan mewujudkan perpustakaan mini, kelas bimbingan pelajaran, majlis percambahan minda termasuk mengadakan aktiviti perniagaan yang secara langsung berupaya meningkatkan pendapatan masing-masing.

Nota:

Kita telah banyak kali mendengar bahawa masjid perlu dijadikan tempat ekonomi...
Kita telah banyak kali mendengar bahawa masjid perlu dijadikan tempat buku...
Kita telah banyak kali mendengar masjid perlu dijadikan tempat IT...

Semuanya adalah bagus...tapi adakah inaya sampai matlamat...???
Ini adalah kerana semuanya bercakap dari hidung.....
Perpustakaan yang ada sekarang pun kosong...budaya membaca amat rendah...
Nak buat perpustakaan kat masjid pulak...
Kah...Kah....Kah....!!!

Nak buat tempat niaga...?
Aked mara di raja Laut pun sunyi sepi...
Sekarang nak buat masjid tempat niaga pulak...Nak niaga apa..?
Nak jual ait ketum ke...?
kah...Kah....Kah.....!!!

Woit … gila apa pulak ni nak jadikan masjid tempat niaga bursa saham...
Ini bukan caranya nak ajak orang datang ke Masjid....
Bukan salah...tapi takut nanti di salahguna pulak...
Lepas tu nak buat masjid menggantikan siber café....
Supaya nanti mat rempit boleh tengok laman baby rina kat dalam masjid pulak...!!
Idea macam-macam...cadang itu..cadang ini....
Habis orang yang buat cadangan tu..selalu ke ke masjid....!!
Kah...Kah...Kah....!!

Isu FELDA : Siapa Pengkhianat..??


KUALA LUMPUR 15 Dis - Umno-Barisan Nasional dianggap pengkhianat sebenar kerana terus menindas hampir 10,000 peneroka rancangan skim tanah Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) yang sehingga kini dinafikan hak mereka untuk menerima sejumlah RM170 juta wang Tabung Tanam Semula.

Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, wang tersebut terkumpul hasil caruman peneroka ke tabung itu sejak 20 tahun dahulku dan wajib dipulangkan kepada peneroka terbabit.

Beliau memberi contoh kes yang membabitkan 10 peneroka Felda Sg koyan yang memenangi kes tuntutan wang Tabung Tanam Semula terhadap agensi itu pada 29 Okober lalu tetapi sehingga kini keputusan mahkamah masih belum dilaksanakan.

"Kenapa Wang Tabung Tanam Semula berjumlah RM17,000 atau RM1,700 seekar yang dicarum peneroka 20 tahun lamanya tidak diserahkan kepada peneroka hanya kerana mereka tidak mahu mengikut telunjuk Felda dan menanam semula sawit secara persendirian?

"Adakah wajar 10 orang peneroka Sg Koyan di Pahang turun naik mahkamah menuntut wang tanam semula milik mereka sendiri dan menunggu hampir 10 tahun keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan?

"Bahkan dari tarikh keputusan Mahkamah pada 29 Oktober 2010 hingga hari ini wang tersebut belum pun diserahkan pada peneroka terbabit. Bukan sahaja peneroka Sg Koyan tetapi masih terdapat hampir sepuluh ribu peneroka dinafikan Wang Tanam Semula yang merupakan hak mereka," jelas Mazlan dalam kenyataannya semalam.

Mazlan mempersoalkan mengapa kebebasan tidak diberi kepada peneroka untuk mengusahakan sendiri kebun mereka selepas hutang piutang diselesaikan.

Malah tambah beliau apa ertinya status hakmilik yang diperolehi peneroka tetapi Felda yang membuat segala keputusan berkenaan tanah peneroka.

"Peneroka diugut, diancam penyingkiran dan dikenakan pelbagai tekanan semata-mata menyahut seruan Tun Razak untuk menjadi masyarakat peneroka yang berdikari.

"Adakah para peneroka selaku pemilik atas 10 ekar tanah mereka mendapat pulangan setimpal dengan keringat yang telah dicurahkan selama ini? Adakah 1.2 juta generasi kedua dan ketiga Felda mendapat tempat terpenting sebagai pewaris yang menentukan halatuju Felda ketika ini dan masa hadapan?" tanya beliau lagi.

Mazlan juga mempertikaikan program Tanam Semula anjuran sebuah anak syarikat Felda, Techno Plant Sdn Bhd yang kini menghadapi masalah di kebanyakkan tanah rancangan Felda.

Kata beliau gambaran kononnya program kelolaan Techno Plant di urus secara professional, menjimatkan kos, sistematik dan berkualiti tidak mencerminkan hakikat sebenarnya.

Ini dibuktikan di tanah rancangan di Gugusan Ciku, Gua Musang, Nitar 2, Mersing, Aping Timur Kota Tinggi dan berpuluh-puluh skim Felda yang lain yang memperlihatkan kegagalan program tanam semula selenggaraan Felda.

"Adakah kecuaian dan kegagalan kosnya ditanggung Felda? Kenapa kos Tanam Semula di bawah Felda begitu mahal jika dibandingkan dengan Sime Darby, IOI dan ladang swasta lain?

Adakah Perdana Menteri Najib Razak tahu bahawa kos pembangunan tanam semula yang terpaksa ditanggung peneroka ada yang mencecah RM100,000? Adakah kita tahu setiap hutang tanam semula peneroka dikenakan riba’ 6.25 peratus?" dedah Mazlan

Mazlan juga menyentuh mengenai insentif tanam semula Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil (Risda) berjumlah RM7,000 sehektar (getah ke getah) dan RM6,000 sehektar (getah ke sawit) milik peneroka yang tidak dibayar kepada peneroka getah yang menanam secara persendirian.
Kata beliau ini berdasarkan kepada Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahaan getah (penanaman semula) 1952 yang mengatakan setiap kilogram getah di carum untuk tabungan ses yang dikenakan kerajaan.

Beliau seterusnya membangkitkan isu penipuan Felda ke atas Kadar Perahan Gred (KPG) yang hanya diterima sekitar 18 ke 19 peratus peneroka kelapa sawit di 70 kilang Felda.

"Kenapa Felda tidak mematuhi Manual Pengredan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Analisis makmal Felda di Sg Tekam yang meletakkan standard kualiti KPG sekitar 21-25 peratus? Kenapa Buah Tandan Segar (BTS) yang ditolak tidak dikembalikan kepada peneroka? Kemana perginya BTS tersebut?," tanya beliau lagi.

Mazlan juga menyoal mengapa peneroka Felda Cahaya Baru, Masai di Johor masih tidak mendapat baki pampasan sejumlah RM1 juta walaupun telah menunggu selama 17 tahun dan apakah status tanah kepunyaan mereka tersebut dan pihak mana yang telah mengenakan kaveat?

Tambah beliau begitu juga dengan peneroka Felda Sg Buaya di Hulu Selangor yang tidak mendapat baki pampasan berjumah RM850,000 walaupun menunggu tempoh 16 tahun.

Mazlan berkata pembukaan Tanah Rancangan Felda yang memberi manfaat kepada rakyat dan kemudiannya ditukar kepada Felda Plantation mulai tahun 1990 dengan berkeluasan 367,710 hektar adalah bercanggah dengan Akta GSA 1960 yang dibentang bekas Perdana Menteri di Parlimen pada 27 April 1960.

"Kenapa ditolak desakan agar Felda Plantation dimansuhkan dan dijadikan penempatan anak peneroka yang susah dan boleh memberi manfaat kepada 79,000 anak peneroka? Siapakah sebenarnya mengaut keuntungan atas Felda Plantation?

"Jangan cuba untuk mengalih perhatian rakyat kononnya mereka yang membela rakyat manakala yang menentang arus dituduh pengkhianat. Mungkin mereka boleh memperdaya golongan peneroka yang jahil tetapi bukan semua.

"Majoriti generasi muda Felda berpelajaran lebih tahu siapa petualang dan pengkhianat bangsa.

Nota :

Siapa yang telah kaya raya...??
Siapa yang dapat projek jutaan ringgit...??
Siapa yang dapat komisyen dari kroni...??
Dan siapa yang menjadi mata dan telinga kerajaan dengan memperdaya warga Felda
selama ini....??
Jawab le...siapa...??
Kah...Kah...Kah.....!!!!

Puteri UMNO Suka Kan Politik Seks..??

Dalam musim pemilihan, ada pemimpin UMNO yang hebat-hebat. Apabila para Puteri UMNO minta pertolongan dan bantuan berkempen untuk jawatan peringkat nasional, ada pemimpin yang menjawab: “tak kan tolong aje. You boleh bagi apa kat I?” Dengan ikhlas, para Puteri akan jawab, tidak ada duit. “Duit I dah ada..” Apa yang mereka mintak dari remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan UMNO, kalau tidak tubuh badan para remaja berkenaan? Ajak bercuti. Jangan ajak kawan. ini bukan sketsa dogeng di zaman moden. Ada kebenarannya. Tidakkah para Puteri itu dari kalangan bangsanya sendiri? Sebab itulah kebanyakkan para Puteri UMNO, lebih-lebih lagi yang terpelajar, apabila menghadiri seminar, perjumpaan di mana para pemimpin UMNO yang berapi-api berucap tentang bangsanya, mereka merasa jijik.

Ia bukannya “sketsa dogeng di zaman moden.” Tetapi realiti kebobrokan UMNO yang hampir karam dengan kemungkaran, jenayah dan maksiat.Saya cadangkan Sritribuana adukan kes rasuah seks ini kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO. Itu pun kalau mereka percaya.Kali ni segala - galanya sekali lagi terbukti,tapi seperti biasa penafian untuk segala kemungkaran yang di lakukan menjadi lumrah bagi gerombolan.

Ia adalah mengenai Naib Ketua Puteri UMNO yang kini panas dengan skandal Bekas Menteri Besar Perak manakala pada masa yang sama video lucah skandal antara Shahanim dan bekas menteri besar tersebut sedang di edarkan ke merata - rata.Dan kini sudah ada yang meluat apapbila kedua - duanya menafikan hubungan sulit tersebut.Dalam satu lagi dakwaan lain seorang tokoh perniagaan cina mempunyai bukti yang lengkap tentang tempat dan tarikh petemuan dua merpati sejoli ini termasuk nama hotel di macau yang di inapi oleh mereka berdua.

Begitulah UMNO ketika ini. Politik wang menjadi-jadi. Kemungkaran kian meluas. Presidennya dikatakan asyik main politik ikut telunjuk Bini Puakanya. Bahtera perjuangan yang dah nak karam dibiarkan tanpa usaha membaikinya. Warga UMNO yang kian meluat ke mana akhirnya kesetiaan mereka?

Masih ingat lagi kah dengan pesanan pemimpin - pemimpin puteri ini,Kata exco puteri UMNO Datin Ismalina menasihatkan mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis - gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan Nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan keatas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO kedalam Parti.....

Kata naib ketua puteri UMNO iaitu YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan ahli - ahli Puteri agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkn mana - mana jawatan dalam Parti...

kata penolong setiausaha Puteri UMNO BIBI SHARLIZA BT MOHD KHALID "Budaya politik seks harus di tangani dengan segera sebelum ianya jadi lebih parah"

Nota:

Woit....Mana Dato Dr.Mashitah Ibrahim kiterr..?
Mana Ustaz Fathul Bari kita..?
Mana Ulama - Ulama muda kiterr..?
Dia orang ni dah tahu ke pasal ni....?
Atau sengaja buat tak tahu...??

Marilah Kita Berpakat Untuk Jatuhkan Rejim UMNO/BN...!!


Konvensyen Pakatan bermula amaran pada Umno - MK

Konvensyen Pakatan Rakyat bermula pagi ini dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi amaran kepada Umno daripada 'merampas' Perlembagaan Persekutuan untuk terus memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Katanya, Umno sering memetik Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan
mengenai kedudukan istimewa orang Melayu sebagai justifikasi kepada pendekatan rasis mereka.

Namun, tegasnya, Umno selalu gagal untuk menyebutkan Perkara 153 juga menyatakan bahawa kepentingan yang sah masyarakat lain, juga mesti dilindungi.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, itu merupakan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan orang asal Sabah dan Sarawak serta kepentingan yang sah masyarakat lain mengikut peruntukan dalam perlembagaan.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir di konvensyen itu ialah ketua
umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak dan wakil mursyidul am PAS, yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kira-kira 1,800 orang menghadiri konvensyen sehari itu, yang dijangka berakhir jam jam 6 petang.

Malam tadi, Anwar bersama-sama dengan para pemimpin Pakatan, mengadakan ceramah di Balik Pulau, sebagai pemanas kepada konvensyen hari ini.

Nota ;

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Panji PAS Akan Berkibar Di DUN Tenang....!!

PAS sedia letak calon di Tenang -MK

PAS sedia meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Johor yang bakal diadakan.

Harkahdaily memetik Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, beliau telah dihubungi oleh PAS Negeri Johor yang mahu meletakkan calon di kerusi berkenaan.

“Saya telah dihubungi oleh Pesuruhjaya dan juga Setiausaha Perhubungan Johor yang memaklumkan bahawa PAS Perhubungan Johor telah mengadakan mesyuarat malam tadi dan membuat keputusan untuk bertanding di kawasan yang telah ditandingi oleh PAS pada pilihan raya umum lepas,” ujarnya.

“Insya Allah jentera pilihan raya akan mula digerakkan selepas Konvensyen Pakatan Rakyat esok,” ujarnya pada sidang media di Kepala Batas, petang ini.

DUN Tenang kosong berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, pada jam 1.10 awal pagi semalam.

Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Dijangkakan, pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari.

Jika pilihan raya kecil itu diadakan, ia adalah yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.

Pakatan Rakyat memenangi lapan daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Ini merupakan kali pertama pilihan raya kecil diadakan di Johor yang dilihat sebagai kubu kuat BN selepas pilihan raya umum 2008.

BN menguasai sebanyak 50 kerusi DUN Johor manakala di DAP dan PAS masing-masing menguasai empat dan dua kerusi.

Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.

Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.

Nota :

Takbirrr...!!!
Allahuakbar....Allahuakbar...Allahuakbar....!!!

Pagi-Pagi Lagi...Melayu Dah Kena Lebong....!!!

Ini adalah jawapannya...!!!

KEMELESETAN EKONOMI DUNIA TIADA IMPAK KEPADA NEGARA - UM

BACHOK 18 Dis.- Kemelesetan ekonomi dunia yang diramal berlaku mulai tahun hadapan, dijangka tidak memberi impak yang besar terhadap kedudukan ekonomi negara.

Awang Adek Hussin berkata, ini berikutan langkah kerajaan melakukan transformasi ekonomi melibatkan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi yang mampu mengurangkan penggantungan negara terhadap ekonomi global bagi mencapai sasaran pertumbuhan sebanyak enam peratus setahun sehingga 2020.

Beliau berkata, ekonomi negara ketika ini dalam kedudukan selesa hasil pelaksanaan projek-projek mega di seluruh negara yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bermula tahun hadapan.

"Ini termasuk projek-projek yang akan dilaksanakan di Sabah dan Sarawak," katanya .
--------------------------------------------------------------------
Woit.. DENGAN MEK NGOH DAN MEK JAH DARI BACOK MALAON INI TERRER LAAAA…

Kah...Kah..MALAON INI BETUL BETUL TIPU ORANG KAMPONG....

Woit… YANG HARGA GULA … HARGA MINYAK NAIK…. KEPALA BANA PASAL APA..??

Kah...Kah...YANG KERAJAAN POTONG SUBSIDI TU PASAL APA..??

Woit… BERAPA RAMAI GRADUAN DAH LAMA TAK DAPAT KERJA … PASAL APA..??

Woit… MACAM MANA MALAON INI BOLEH JADI MENTERI...??

Woit… LEBIH BAIK BRAHING ALI AMBIL TEMPAT MALAON INI....

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...WALAUPUN BRAHING ALI...ME NO SPIK ENGLISH....TAPI PASAL ORANG MELAYU MEMANG DIA HERO...SENANG NOK KECEK KIRO...BUKAN MACAM MALAON NI....KAH...KAH...KAH....