Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 8, 2011

SIARAN MEDIA MIGRAN CARE

Menyikapi Perkembangan Kasus Dugaan Perkosaan terhadap PRT Migran oleh Menteri di Malaysia Pada tahun 2007.

Dalam sepekan terakhir ini, masyarakat Indonesia dikejutkan oleh Wikileaks yang mengungkap beberapa dokumen rahasia dan salah satunya adalah perihal dugaan perkosaan yang dialami oleh PRT migran Indonesia oleh seorang Menteri di Malaysia pada tahun 2007 silam. Di dalam dokumen tersebut, juga menyebutkan tentang Migrant CARE.

Migrant CARE pada pertengahan bulan Juli 2007 silam, memang telah melakukan investigasi mengenai kasus dugaan perkosaan yang dialami oleh RB dengan pelaku majikannya selama menjadi PRT migran di Malaysia. Dan majikannya adalah seorang menteri. Namun pihak korban tidak mau kasus tersebut diungkap ke publik dan tidak menuntut secara hukum. Dan Migrant CARE kemudian menyerahkan hasil investigasi tersebut kepada pihak pemerintah yakni, Mabes Polri dan KBRI Kulalampur.

Hingga kasus ini diungkap oleh Wikileaks pada akhir Desember 2010, Migrant CARE tidak pernah mengungkapkan kasus ini sesuai dengan permintaan korban. Dengan terungkapnya kasus ini, Migrant CARE berharap agar Pemerintah RI bisa menuntaskan kasus ini yang memenuhi rasa keadilan bagi korban.

Kasus ini juga memberikan pelajaran kepada pemerintah Indonesia dan Malaysia untuk segera menuntaskan revisi MoU antara Indonesia-Malaysia tentang perlindungan PRT migran. Diharapakan revisi MoU tersebut akan menjadi inastrumen hukum yang melindungi sekaligus meminimalisir kerentanan-kerentanan PRT migran Indonesia terhadap berbagai bentuk pelanggaran HAM, seperti kekerasan fisik, kekerasan seksual dan perkosaan.

Jakarta, 7 Januari 2011
Anis Hidayah, Direktur Eksekutif.
Wahyu Susilo, Policy Analist

Macam-Macam cara Nak Tipu Melayu....!!

Jaga jaga...masih ada 1000 keping dokumen wikileaks tentang malaysia...pasti ada tentang altantuya...itu pasal Najib kata jangan percaya pada wikileaks....!!

KES PERKOSA 2007 , KENAPA BARU DITIMBULKAN? - UM

Najib Razak mempersoalkan mengapa dakwaan berlakunya satu kes jenayah memperkosa pada 2007 membabitkan seorang anggota Kabinetnya baru ditimbulkan sekarang.
Malah, kata beliau, menteri berkenaan telah pun membuat kenyataan menafikan alegasi tersebut dan bersedia untuk disiasat.

"Beliau telah membuat kenyataan dan bertegas dengan kenyataannya. Jadi, biarkan proses ini dijalankan dan kita tidak boleh menghukum dan mengumumkan tentang sesuatu perkara sehingga siasatan penuh telah dijalankan.

"(Cuma) persoalannya ialah perkara ini berlaku pada 2007 tetapi kenapa ditimbulkan masa sekarang," kata beliau.

Nota:

Cakap lah macam macam....
Semua jalan nak menipu...
Semua nak bodohkan orang melayu...
Hinggakan orang melayu tak dapat nak buat kerja lain...
hanya buat keje bodoh saja....
Kah...Kah...Kah...!!

Mempertikaikan Hukum-Hukum Allah Adalah Syirik...


MARANG - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan semua umat Islam supaya menjauhi syirik iaitu menyekutukan Allah daripada sesuatu yang lain.

Beliau menegaskan syirik merupakan salah satu dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah SWT.

”Makna syirik adalah mengadakan Tuhan yang lain selain dari Allah ataupun meletakkan nama dan sifat Allah kepada yang lain daripada Allah,”ujarnya dalam kuliah Jumaat mingguannya di Masjid Rusila disini semalam.

Katanya kedua-dua syirik iaitu ‘syirik akbar’ dan ‘syirik ashgar’ adalah dosa yang sangat besar disisi Allah, namun ‘syirik akbar’ membawa seorang muslim menjadi kafir, keluar daripada Islam.

”Syirik akbar tidak boleh bertaubat, melainkan dia balik semula kepada ugama Islam, iaitu menyekutukan zat Allah kepada yang lain,”katanya.

Ustaz Abdul Hadi juga menambah, termasuk syirik yang besar juga adalah syirik kepada sifat Allah Ta’ala, diantaranya percaya dan meletakkan hukum yang lain lebih baik daripada atau pun sama dengan hukum Allah Ta’ala.

Kata beliau, mempertikaikan dan mengatakan hukum-hukum Allah SWT yang terkandung dalam al-Quran adalah termasuk kepada syirik kepada sifat Allah Ta’ala.

”(Sebagai) contohnya, hukum hudud, hokum Qisas, apa sahaja hokum yang terdapat dalam al-Quran, kita kata tidak boleh (guna) pakai dah zaman le ni (sekarang), kena (guna) pakai hokum manusia,”(seseorang muslim itu) jadi kafir, keluar daripada agama Islam,”jelasnya.

Dalil Mengapa PAS Perlu Ganti UMNO...!!


PAS mencanangkan kepada rakyat dinegara ini, khususnya orang-orang Melayu yang beragama Islam bahawa, Umno mesti digantikan dengan PAS menjadi pemerintah untuk menyelamatkan manusia didunia hingga ke akhirat.

Mengapakah PAS berkata demikian sedangkan Umno mendakwa mereka juga memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Berikut adalah empat perkara asas yang berkaitan dengan amalam Umno terhadap agama Islam, berdasarkan kajian yang telah dibuat;

Islam Tidak Menjadi Dasar Umno - Sejak awal lagi penubuhan Umno ialah untuk melawan Malayan Union sahaja. Bukan untuk mempertahankan Islam dan Islam hanya alat, bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Kalau Islam sudah menjadi asas perjuangan, tentu mereka akan merujuk kepada Islam dalam semua hal, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kalau soal tudung yang menjadi nas yang qat’i dalam al-Quran, pemimpin wanita, puteri dan isteri pemimpin tidak ambil kisah. Maka apa yang hendak diharap untuk mereka bercakap perkara yang lebih besar mengenai Islam.

Dasar Umno adalah pragmatis mengikut suasana - Kita pun tidak tahu apa dasar Umno yang dipakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanah airkah. Cuma seperti yang disebut oleh seorang pemimpin umno, perjuangan Umno hanya untuk perut sahaja dalam satu forum. Maka sekarang mereka bergaduh bukan kerana bangsa tidak terbela, agama dihina. Tetapi kerana perut sekarang sudah keroncong. Tiga negeri sudah jatuh ketangan Pakatan rakyat. Maka banyaklah peluang terlepas, terutama negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Islam hanya kuda tunggangan Umno - Ia bukan menjadikan Islam sebagai pedoman. Peralatkan Islam untuk kepentingan politik. Oleh kerana pengundi Manek Urai adalah orang yang kuat berpegang dengan agama maka tajuk Islam yang menjadi fokus dalam kempen. Sehingga Tan Sri Muhyiddin mengatakan undi BN juga masuk syurga. Kita boleh melihat pemimpin Umno turun naik ke masjid dan surau. Wanita Umno dan puteri Umno turut bertudung dan berbaju kurung. Di Manek Urai dan Galas mereka tidak pakai seluar ketat baju sendat fasal kawasan ini kuat agama. Berbeza di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang kerana kawasan itu kurang sikit penghayatan agamanya. Inilah wajah Umno boleh bertukar corak, kerana mereka menjadikan Islam sebagai tunggangan.

Program Islam Sebagai Alat Politik Umno - Memperkenalkan slogan Islam seperti Islam hadhari yang merupakan program penerapan nilai-nilai Islam, yang dipakej semula dengan botol baru. Waktu diistiharkan penerapan nilai-nilai Islam berlakunya zaman kebangkitan Islam abad ake 15. Waktu itu Dr Mahathir atas nasihat pakar-pakar strategi telah melancarkan penerapan nilai-nilai Islam bagi membendung kebangkitan Islam. Beliau sedar arus ini tidak boleh dilawan kalau tidak ia akan hanyut di bawa arus. Maka beberapa program atas nama penerapan nilai Islam ditubuhkan antaranya mendirikan Universiti Islam Antara Bangsa, Takaful, Bank Islam, Kursus Bina Insan, dan lain-lain

Modus Operandi UMNO Di Selangor...!!


"Krisis besar telah sampai ke Selangor. Sekali pandang ianya datang secara tetiba seperti banjir melanda kerana empangan pecah. Apakah betul bencana ini sampai dengan tetiba? Apakah betul ianya sampai kerana Setiusaha Kerajaan Selangor yang lama ingin bersara dan yang baru perlu dilantik? Tidak. Di belakang semua ini ada perancangan licik. Ada wayang Pak Dalang.

Umum mengetahui - sesiapa yang belum tahu sesudah membaca tulisan ini akan tahu bahawa negeri Selangor adalah yang terkaya di Malaysia. Malah antara yang terkaya di Asia tenggara setaraf dengan German, United Kingdom atau Korea Selatan. Belanjawan tahunan untuk Majlis Perbandaran Petaling Jaya sahaja lebih banyak dari belanjawan tahunan kerajaan Negeri Kedah. Ini fakta saheh.

Selama lebih dari 50 tahun warga Selangor merasa mereka telah ditipu. Pada 8 March 2008 dahulu warga Selangor tidak mahu lagi dibodohkan justeru mereka telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat dan menghumbankan kerajaan Barisan Nasional yang di kepalai oleh United Malays National Organisation. Dari fakta sejarah - ini adalah kali kedua warga Selangor mengambil sikap sedemikian. Kali pertama pada tahun 1969 dahulu.

Sikap pintar dan kesedaran warga Selangor ini telah menjadikan United Malays National Organisation hilang punca. Sesudah 8 March yang lalu gerombolan yang selama ini merompak dan mengganas di Selangor telah kehilangan peti emas. Penyamun yang memiliki pin number akoun bank tetiba angka pin ini berubah. Ini samalah seperti Raja Bersiong yang menjaga Bank Darah tetiba dihalau ke hutan.

Untuk memahami apa yang berlaku di Selangor hari ini kita wajib melihat kembali apa yang berlaku pada 8 March 2008 dahulu. Kini sedikit demi sedikit secara umum telah mula mengetahui bagaimana pada malam 8 March 2008 yang lalu Khir Toyo telah membuat beberapa panggilan talipon untuk bersubahat dengan beberapa anasir dalam PAS(Hasan Ali dan Ustaz Nasha) untuk mengagalkan terdirinya pentabiran kerajaan baru di Selangor. Ini bukan desas bin desus. Ini fakta sejarah.

Kenapa ini berlaku? Ini berlaku kerana mangkuk ayun - mangkuk ayun yang telah hilang kuasa ini tidak mahu menerima hakikat yang mereka telah hilang kuasa. Dalam masa yang sama ada pula haram jadah - haram jadah yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar yang baru. Kepentingan kuasa ini telah mengikat dua anasir yang bermusuhan ini untuk bekerja sama. Kini babak sejarah malam 8 March 2008 itu telah tesebar untuk menjadi cerita-cerita rakyat yang boleh ditokoh tambah dengan aji-no-moto.

Apa yang jelas awal-awal lagi pada malam 8 March 2010 itu lagi United Malays National Organisation sanggup melakukan apa sahaja untuk kembali berkuasa di Selangor. Bukan kerana gerombolan ini ingin meneruskan khidmat suci mereka , tidak!. Hilang Selangor dari kawalan bermakna United Malays National Organisation akan hilanglah punca pencarian. Selama ini Selangor adalah tempat para geromboan mencari makan ,Selangor lombong emas mereka.

Ingatkan kembali kesah lagenda Abang Zek(Datuk "Z") - dari seorang penjaga pintu laluan keretapi , seorang yang tidak ada pelajaran dan ilmu pengetahun telah menjadi kaya raya kerana dipilih oleh United Malays National Organisation untuk menjadi Adun dan ahli Majlis Perbandaran Klang .

Ini satu contoh kecil. Bagaimana pula dengan projek mega perlabuhan Klang yang dananya lesap berbilion-bilon ringgit? Malah amat banyak lombong emas terletak di Selangor tetapi kini di bawah pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Justeru apa yang jelas disini ialah United Malays National Organisation akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali Selangor. Gerombolan ini sanggup bersekongkol dengan siapa sahaja. Gerombolan ini akan bersubahat dengan siapa sahaja asalkan Selangor kembali di bawah naungan mereka.

Bayangkan hari ini banyak program gerombolan terbengkalai kerana duit putus. Limpahan fulus yang biasanya datang dari kerajaan Selangor telah kering. Lubang lubang kontrek telah tertutup. Duit komisyen sama ada jual projek atau melobi untuk mendapatkan projek kini tidak ada lagi. Kering dan kontang.

Ingat? Bagaimana heboh riuh gempita dipertengahan tahun lalu kerana pelancaran kempen : Tawan Selangor . Diberitakan Mat Ezam, Noh Omar dan Khir Toyo akan gila babi berkempen ke hulu ke hilir dengan ‘road show ‘ mereka. Lepas tiga empat ceramah ,tayar pancet,semua potong stim. Tak ada sesiapa berminat untuk datang mendengar kempen Mat Ezam atau Khir Toyo. Untuk menambah sedih dan pilu, ahli-ahli gerombolan kalau tak ada fulus tak akan mengalihkan punggung mereka ke mana-mana.

Asas dan latar belakang semua ini ialah kenyataan Ketua Perhubungan Selangor Najib Razak yang telah berkata : Selangor wajib diambil kembali. Ini adalah satu arahan untuk melakukan apa sahaja demi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan jatuh. Justeru kita melihat bagaimana Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan pelbagai bentuk operasi untuk memerangkap Adun-adun atau Ahli-ahli Majlis Pakatan Rakyat.

Pelbagai taktik telah dijalankan. Taktik perangkap dengan duit telah dijalankan. Seorang Adun PKR telah tewas dan berpaling tadah. Perangkap lendir China Doll yang berjaya digunakan di Perak telah juga digunakan di Selangor.,Tetapi gagal. Akhirnya apabila perangkap tak menjadi maka taktik siasat sampai mati pula di jalankan,ini telah di buat terhadap Teoh Beng Hock. Semua ini adalah taktik dan strategi untuk menumbangkan kerajaan Selangor.

Selaras dengan operasi SPRM ini juga – kacau bilau kecil terus diadakan. Mengheret kepala lembu, membuat laporan polis kiri dan kanan, baling kepala babi dalam masjid, menyebar fitnah disana sini menjadi sebahagian dari perang saraf puak gerombolan. Sayangnya walau pun songkok yang gerombolan pakai tinggi mengawan dan lilitan serban mereka tebal membuncit tetapi tidak banyak warga Selangor yang tertarik dengan puak gerombolan ini.

AkhirnyaIsrael Zionis APCO penasihat yang digaji oleh Najib Razak telah mencadangkan satu taktik baru perlu dijalankan di Selangor. Kalau di Israel rejim Zionis telah memilih Abbas dari Al-Fatah untuk menjadi pemimpin walhal yang menang dipilih oleh warga Palestin ialah parti Hamas. Taktik - pecah dan perintah ala Israel inilah yang sedang dijalankan oleh Najib Razak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat secara resmi telah menemu duga calon-calon baru untuk dijadikan Setiausaha Kerajaan. Nama calon yang dipilih telah dihantar ke pihak berwajib untuk disahkan. Tetiba Sultan Selangor dikatakan telah membuat pilihan. Ini betul betul sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Israel Netanyahu dahulu. Rejim Zionis tetiba memilih Abbas dan mengenepikan Hamas yang dipilih rakyat. Apa yang berbeza - di Israel tidak ada Sultan hanya kita di Selangor yang ada Sultan. Kita pula di Selangor tidak ada Netanyahu tetapi kita ada Najibyahoo.

Disini umum wajib disedarkan bahawa Sultan dan Raja di Malaysia ini bukan Sultan dan Raja dizaman Hang Tuah dan Hang Jebat. Itu enam ratus tahun dahulu. Hari ini mereka hanyalah Raja Perlembagaan bukan BerSultan di mata dan berRaja di hati. Zaman apa sahaja Sultan dan Raja buat adalah betul telah lama berlangsung.

Umum juga perlu diingatkan bahawa United Malays National Organisation pada tahun 1993 telah meminda perlembagaan. Pindaan perlembagaan tahun 1993 ini membawa banyak perubahan dalam segi pemikiran orang Melayu terhadap sistem Raja Perlembagaan. Hari ini 18 tahun kemudian rakyat Malaysia terutama orang Melayu sama seperti warga Selangor tidak mahu lagi di tipu oleh sesiapa pun baik oleh politikus atau pun oleh Sultan.

Rancangan jahat Najib Razak untuk menimbulkan perbalahan antara kerajaan Selangor dan Sultan ini akan berterusan. Kes Khusrin ini sedang dijadikan peluru untuk menimbulkan kacau bilau. Ini adalah penerusan strateji untuk merampas kembali Selangor dan meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Warga Selangor wajib berhati-hati dan berwaspada. Harus dingatkan anasir –anasir yang pernah ditalipon oleh Khir Toyo pada malam 8 March 2008(Hasan Ali) dahulu pasti sedang mencari-cari peluang untuk menjual Viagra di Lorong Haji Taib. Musuh-musuh dalam selimut sedang berkeliaran mencari peluang untuk mendapat pangkat dan kuasa. Gerombolan amat senang dikenali tetapi musuh dalam selimut ini tak tahu bila ianya akan menikam kita.

Nota :

Dimana akhirnya krisis ini..?
Semuanya terpulang kepada warga Selangor sendiri....
Jika mereka ingin membawa perubahan maka mereka akan terus menyokong Pakatan Rakyat...
Jika mereka ingin terus ditipu dan diperbodohkan , tidak ada siapa yang dapat menolong. Hingga hari ini masih belum ditemui lagi satu suntikan yang mujarab untuk mencerdikan mereka yang suka dibangangkan dalam sekelip mata....

Ini Kerja Orang Bangang....!!


SHUHAIMI TIDAK PERLU TINGGAL DI SELANGOR - UM

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di negeri ini tampil menunjukkan taat setia kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan bertekad akan mempertahankan institusi raja-raja Melayu hingga ke titisan darah yang terakhir.

Kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai wakil ayahanda-ayahanda dari sembilan daerah negeri Selangor bersatu hati memohon Sultan Selangor agar teguh menghadapi isu yang melibatkan pertikaian yang ditimbulkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Wakil kumpulan itu, Mohd. Kamal Shahlan yang berasal dari Sabak Bernam berkata, pemimpin seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei perlu keluar dari negeri ini sekiranya mahu terus menyentuh titah dan perkenan Sultan Selangor.

''Kami sepakat menyatukan suara kami dan memohon Shuhaimi menutup mulut daripada mempertikai segala titah dan perkenan Sultan Selangor," katanya.

Nota :

ini jawapan dari: Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

SULTAN BUKAN MAKSUM SEPERTI NABI TIDAK BOLEH DIKRITIK

Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih.

Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini. Sahabat Nabi s.a.w tidak pernah menggesa agar dibunuh pengkritik mereka. Bahkan dalam Sirah, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi s.a.w dan membantah baginda seperti yang berlaku kepada ‘Umar r.a ketika perjanjian Hudaibiyyah, pun Nabi s.a.w tidak membunuh beliau.

Satu Lagi Projek Tipu Orang Kampung...!!


HENTI LAYAN SPEKULASI HARGA –UM

Orang ramai perlu berhenti melayan pelbagai spekulasi kenaikan harga atau kekurangan bekalan barang keperluan yang sengaja disebar pihak tertentu untuk mengaut keuntungan lebih terutamanya sempena musim perayaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pengguna sepatutnya mendapatkan maklumat sebenar melalui kementerian terbabit atau pengumuman oleh kerajaan yang bertanggungjawab menjaga bekalan dan harga barang keperluan sepanjang tahun.

“Banyak spekulasi ini tidak benar. Jangan dengar cakap peniaga yang mahu pengguna membeli dan menyimpan banyak barang sebelum musim perayaan kerana ada di antara mereka sendiri yang membuat spekulasi harga naik dan bekalan kurang.

“Keadaan diburukkan lagi apabila pengguna membuat belian panik yang menyebabkan barang keperluan berkurangan dan seterusnya membuka peluang kepada peniaga tertentu menaikkan harga secara senyap.

“Pihak kementerian menjamin bekalan barang keperluan untuk perayaan Tahun Baru Cina bulan hadapan mencukupi sementara bekalan minyak masak sudah semakin stabil dan dijangka pulih sepenuhnya dalam dua minggu akan datang,” katanya.

Nota:

Macam macam jalan dibuat
Semua nak tipu melayu
Semua nak bodohkan melayu
Semua nak bangang kan melayu
Buatlah projek lain...!!!
Kah...Kah...Kah...!!