Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 18, 2010

Ingatlah Wahai Ketuanan Melayu...Dunia Ini Hanyalah Sementara Saja...!!

BN Bimbang Skandal Besar Negara ? -HD

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa kesal dan sangat terkejut dengan tindakan penggantungan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat dan berkemungkinan kerana pemimpin BN takut akibat terlibat dengan 'skandal besar' negara?

Tindakan sedemikian telah menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada pada tahap paranoid dan takut kalah serta sudah hilang pertimbangan waras dalam tindakannya.

Demikian kata kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi mengulas pergantungan empat pemimpin utama Pakatan dari PKR dan DAP semalam dari DEwan Rakyat.

Mereka yang digantung selama enam bulan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Karpal Singh (Bukit Gelugor), Azmin Ali (Gombak) dan R Sivarasa (Subang).

PAS, katanya, menganggap kebimbangan berlebihan Umno dan BN ini menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja tindakan terdesak walaupun melanggar norma perundangan dan batas-batas demokrasi di Malaysia.

PAS yakin, BN tidak akan berhenti dengan 'tragedi demokrasi' di
parlimen sahaja, bahkan akan bertindak lebih daripada itu. Ini terbukti dengan tragedi 'rampasan kuasa' di Perak tidak lama dahulu.

Kini mereka bertindakmerampas suara rakyat di Parlimen Malaysia pula, tambahnya.

Mungkinkah kerana mereka gusar dengan konsep keadilan menyeluruh yang hendak dilaksanakan oleh PAS bersama dengan Pakatan Rakyat sehingga wujud kebimbangan di kalangan pemimpin-pemimpin BN yang berkemungkinan terlibat dengan 'skandal besar' negara?, tambah Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang.

"Saya menyeru kepada UMNO supaya kembali ke pangkal jalan dan beriman dengan Al Quran yang menyatakan bahawa tidak ada kuasa yang kekal di atas dunia ini termasuklah kekuasaan kerajaan nabi-nabi dan juga orang zalim," katanya.

Nabi Sulaiman AS yang dikurniakan kekuasaan yang meluas meliputi kerajaan manusia, haiwan dan jin itupun sudah tidak ada sekarang ini. Begitu juga dengan kerajaan zalim Firaun.

Bahkan kuasa besar dunia juga tumbang. Apatah lagi kekuasaan UMNO-BN yang ada pada hari ini, tambah beliau.

"Oleh itu, saya menyeru pemimpin UMNO-BN supaya segera insaf dan bersedia untuk menyerahkan kuasa secara terhormat sebelum kekuasaan itu ditarik oleh Allah SWT dengan jalan yang tidak disangka-sangka," katanya.

Nota :

Kepada UMNO...
Kembali ke pangkal jalan dan beriman dengan Al Quran yang menyatakan bahawa tidak ada kuasa yang kekal di atas dunia ini termasuklah kekuasaan kerajaan nabi-nabi dan juga orang zalim....

Masuk Bakul Angkat Sendiri.....!!!

RAIS YATIM TOKOH BUKU NEGARA 2010 - UM

Rais Yatim dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Buku Negara 2010, pada majlis Anugerah Buku Negara di sini malam tadi.

Anugerah yang disampaikan suami Perdana Menteri, Rosmah Mansor itu sebagai menghargai jasa beliau yang berjuang dalam bidang penulisan dan penerbitan buku.
Ketika ditemui pemberita, Rais berkata, perjuangan dalam bidang penulisan dan penerbitan buku merupakan perjuangan tamadun yang perlu dilaksanakan secara berterusan.

Beliau berkata, ini kerana buku merupakan elemen penting dalam pembinaan tamadun dan negara bangsa yang berilmu dalam negara ini.

"Justeru industri penulisan perlu diperkasakan, agar bolehlah kita menanam semangat itu dalam membina negara bangsa kita," katanya.

Nota:

Tokoh buku sepatutnya diberi kepada Ungku Aziz.....
Kerana Rais Yatim tak baca 70,000 buah buku....
Tapi satu buku pun dia tak pernah tulis....
Apa yang dibaca kita pun tak tahu....
Kah...Kah...Kah...!!

From Tenang With Love....!!!

DAP Buat Persiapan Hadapi Pilihan Raya Kecil Tenang -Mstar

KUALA LUMPUR: Jentera pilihan raya DAP akan melakukan persediaan bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan memastikan kemenangan berpihak kepada pakatan pembangkang.

Pengerusi Biro Pilihan Raya Kebangsaan DAP Tan Kok Wai berkata mereka akan mengadakan mesyuarat pertama dengan jawatankuasa negeri DAP Johor pada Khamis depan.

"Majlis kepimpinan pakatan belum bermesyuarat bagi membincangkan isu calonyang akan mewakilinya pada pilihan raya kecil Tenang, namun seperti biasa, semuaparti dalam pakatan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan di Tenang," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian ADUN Tenang iaitu Datuk Sulaiman Taha.

Sulaiman, 59, yang juga pengerusi Bahagian Umno Labis, meninggal dunia pada 1.10 pagi di Hospital Ampang Puteri di sini berikutan komplikasi akibat penyakit diabetes. - BERNAMA

Nota :

Ayuh kita ramai-ramai serang DUN Tenang....
Kalau takut..usah bicara soal perjuangan...
Lawan Tetap Lawan....
Kah...Kah...Kah....!!!

Bila Bercakap Je...Sah Bangang...!!!

Sah bangang...sebab tak reti nak beza adat baca a-Quran atau baca buku...!!

Rosmah Cadang Penganjuran Tilawah Istimewa Al-Quran Peringkat Antarabangsa-Mstar

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mencadangkan penganjuran tilawah istimewa membaca Al-Quran di peringkat antarabangsa bagi mengiktiraf golongan cacat penglihatan.

Beliau berkata usaha itu mampu mengangkat peranan Malaysia sebagai negara Islam yang dinamik dan progresif.

Rosmah mengutarakan cadangan itu pada Majlis Kasih Sejuta Harapan yang bertemakan "Menjana Transformasi Ummah Berwawasan Melalui Al-Quran" di sini malam Jumaat.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan Al-Quran dalam bentuk tulisan braille kepada 200 penerima cacat penglihatan.

Rosmah berkata usaha pertubuhan bukan kerajaan menghasilkan Al-Quran sedemikian, yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), adalah sangat membanggakan.

"Mereka (NGO) bukan sahaja mengajar tetapi juga menghasilkan Al-Quran braille," katanya yang berharap lebih banyak kelas pengajian Al-Quran dalam bentuk braille dibuka bagi memberi peluang kepada golongan cacat penglihatan mendalami ilmu Al-Quran. - BERNAMA

Nota :

Kenapa tak cadangkan tilawah atau baca Al-Quran sambil buka aurat..??
Kalau dah bangang..buat apa benda pun akan jadi bangang....

Seperti kata Ustaz Imail Kamus dalam kuliahnya...
Kerajaan akan sanjung mereka yang hanya pandai baca dan hafal Al-Quran...
Apatah lagi kalau pandai pulak mengalunkan lagu semasa membaca Al-Quran...
Namun sebaliknya macam-macam kekangan dan halangan akan di kenakan oleh kerajaan...
Kepada mereka yang pandai menafsir dan menterjemah Al-Quran...
Apatah lagi nak menjalankan hukum yang tedapat di dalam Al-Quran...
Malah ada di tangkap..di hina..di kurung dan macam-macam lagi...
Inilah hebatnya negaraku Malaysia....
Bacalah Al-Quran...tapi jangan sesekali amalkan hukum Al-Quran...
Kah...Kah...Kah...!!!

Bukti SPR Adalah Jentera Pilihanraya UMNO/BN....!!


SPR Terus Membisu Selepas 2 Bulan Bantah - HD

ALOR SETAR, 17 Dis: Setelah dua bulan aduan dan bantahan dikemukakan berkaitan pendaftaran pemilih baru yang didakwa berlaku penipuan di Kedah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi membisu tanpa sebarang tindakan.

Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mempertikaikan kredibiliti badan itu berkata pihaknya tidak menerima tindak balas daripada SPR atau dipanggil untuk soal siasat berhubung dakwaan (penipuan) tersebut.

"Bantahan dibuat secara rasmi pada bulan Oktober yang lalu namun pengadu tidak langsung dipanggil untuk siasatan," kata beliau.

Menurut Azizan, pihaknya mendapati pendaftaran pemilih baru di Kedah bagi suku ketiga yang telah dipamerkan pada 27 Oktober ada unsur penipuan iaitu di beberapa kem tentera yang membabitkan isteri-isteri anggota tentera.

Kata beliau, PAS Kedah mendapati wujudnya nama yang dipamerkan dalam daftar tersebut, menetap di tempat lain tetapi nama mereka didaftarkan dalam kem-kem tersebut sebagai pemilih baru.

Antara kem-kem tentera yang didakwa terlibat ialah Kem Gubir, Kem Bukit Kayu Hitam serta Kompeni Batalion 304 Askar Wataniah di Belantek.

Sebelum ini sikap SPR yang dibidas sebagai lemah dalam melaksanakan tugas mereka turut didedahkan oleh PAS Pulau Pinang apabila sebahagian besar nama isteri-isteri tentera yang sebelum ini sebagai pemilih biasa telah didaftarkan sebagai pengundi pos.

Dalam kawasan Dewan Undangan Teluk Air Tawar penipuan ini turut didakwa berlaku oleh PAS Pulau Pinang apabila sebahagian besar isteri-isteri tentera secara tidak telus dan mengikut prosedur disenaraikan dalam daftar pemilih sebagai pengundi pos.

Tindakan meletakkan nama mereka yang tidak sepatutnya didaftarkan sebagai pengundi pos serta mendaftarkan mereka yang tidak tinggal dalam tempat yang didakwa membuktikan tidak efisiennya SPR.

Malah SPR yang disifatkan sebagai sebuah badan yang sepatutnya berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka juga didakwa tidak berpandukan prosedur yang telah digariskan oleh mereka sendiri.

Nota :

Dah berkali-kali SK telah menyatakan bahawa....
Kalau pilihanraya di Malaysia dapat mengubah sesuatu...
Dah lama ianya di haramkan....
Betul tak...Kah...Kah...Kah...!!!