Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jul 21, 2011

Cukuplah Bodohkan Orang Ramai...!!


Video: Gas pemedih mata dilepaskan tepat ke arah peserta Bersih- Keadilan Daily

KUALA LUMPUR: Meskipun berulangkali menafikan, terdapat bukti jelas menunjukkan Polis di Raja Malaysia melepaskan tembakan gas pemedih mata secara tepat ke arah peserta Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

Rakaman menunjukkan tembakan gas yang dilepaskan tepat ke arah peserta Bersih di laluan bawah KL Sentral
Tembakan tersebut yang dilakukan secara mendatar ke arah orang ramai, menyalahi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibenarkan.

Beberapa rakaman yang disiarkan di internet terutama menerusi laman Youtube membuktikan perkara itu. Salah satunya rakaman video oleh sebuah portal berita.

Video berdurasi kira-kira 14 minit itu menunjukkan tembakan dilepaskan di dua tempat berasingan bermula di KL Sentral dan Dataran Merdeka.

Bermula minit ke 7:48, rakaman itu menunjukkan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), menghalakan penembak gas tepat ke arah peserta yang berkumpul antara jarak 20 hingga 30 meter di KL Sentral.

FRU turut melepaskan tembakan secara mendatar di Dataran Merdeka
Mengikut pemerhatian dalam rakaman berkenaan, polis tidak mensasarkan tembakan pada paras 45 darjah ke udara seperti sepatutnya dilakukan, sebaliknya disasarkan pada paras hidung.

Sekurang-kurangnya tiga das pertama tembakan dilepaskan ke arah peserta himpunan dengan muncung senapang dihalakan terus ke arah mereka.

Bermula minit ke-8 pula, tujuh lagi das tembakan dilepaskan mengakibatkan orang ramai terperangkap di laluan bawah KL Sentral. Keadilandaily difahamkan dua arah laluan berkenaan pada masa itu telah pun dikepung pasukan FRU.

Visual polis menembak terus ke arah ratusan peserta himpunan berhampiran Dataran Merdeka pula ditunjukkan bermula pada minit ke-12.

Polis tanpa teragak-agak turut melepaskan tembakan kanister termasuk ke arah seorang orang kelainan upaya (OKU) bertongkat yang turut sama berhimpun di situ.

orang ramai yang terperangkap di laluan bawah KL Sentral akibat serangan gas pemedih mata FRU
Cara polis melepaskan tembakan gas pemedih mata sebelum ini menjadi isu kerana kanister yang dilepaskan secara mendatar menyebabkan kecederaan teruk kepada orang awam.

Ia bertentangan sekali dengan arahan atau kaedah penggunaan yang tertera pada Kanister gas tersebut yang menyebut ‘Do Not Fire Directly At Persons‘ atau ‘Jangan tembak ke arah orang ramai’.

Kanister yang bergerak pada halaju tinggi itu juga menyebabkan kecederaan parah pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Al-Bakqry menyebabkan pipinya remuk dan terpaksa menjalani pembedahan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menerima enam jahitan di kepalanya akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu.

KeadilanDaily sebelum ini mendedahkan kanister yang digunakan polis adalah dari jenis sama yang digunakan tentera Israel dalam memerangi rakyat Palestin.

We Salute You Bro....!!



Dari tukang kasut kepada ikon BERSIH-MK

Siapa sangka seorang peserta yang digambarkan ganas dan didakwa membawa pisau dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu merupakan seorang tukang kasut yang berperwatakan amat lemah lembut.

Berbeza dengan gambaran 'perusuh' yang dipotretkan - bertubuh sasa, berseluar celoreng ala tentera dan mengharungi gas pemedih ketika orang lain bertempiaran lari - Abdul Razak Endut hanyalah lelaki biasa yang merendah diri.

Tidak hairan, peguamnya Ahmad Nizam sendiri mengakui tersentuh dengan perwatakan lelaki 32 tahun kelahiran Temerloh, Pahang itu.

"Beliau ini lain. Bukanlah asyik melepak macam anak muda lain. Ini agak jarang ditemui sekarang ini," katanya yang kebetulan sudah lama mengenali Abdul Razak.

Tukang kasut di sudut kecil depan kedai pakaian lama atau bundle milik abangnya berdekatan stesen bas Temerloh itu antara beberapa 'watak kecil' yang menjadi perhatian selepas aksi mereka dipotret lensa kamera pada perhimpunan BERSIH 2.0.

Bagaimanapun, berbeza dengan individu lain yang cuba diangkat sebagai wira, nasib sebaliknya menimpa Abdul Razak apabila beliau didakwa digambarkan secara negatif oleh media arus perdana.

Saya sayang kawan-kawan

Berita Minggu (edisi Ahad Berita Harian) sehari selepas perhimpunan BERSIH menyiarkan gambar Abdul Razak di muka depan dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram".

Tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis". Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times (edisi Ahad New Straits Times) dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".

Dianggap sosok 'misteri' sebelumnya, Abdul Razak bagaimanapun pada 17 Julai tampil pertama kali di pentas ceramah PAS di Kuala Lumpur menafikan dakwaan itu, sebaliknya mendakwa beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia kecil.

Sementara itu, mungkin ramai yang hairan bagaimana Abdul Razak mampu bertahan mengharungi kepulan asap daripada gas pemedih mata yang tebal.

"Saya juga sesak nafas juga, abang. Tetapi dah saya ditugaskan clear tempat itu.

"Bila gas dilepaskan, saya tengok belakang saya semua orang tua-tua semua. Takkan saya hendak lari," kata aktivis muda PAS itu.

"Saya sayang kawan-kawan saya," katanya sambil mengakui sudah beberapa kali memegang kanister dan melontarkan ke kawasan lapang dalam beberapa perhimpunan sebelum ini.

Main gimnasium, silat

Bergiat dengan PAS sejak di bangku sekolah lagi, Abdul Razak sudah menyertai Unit Amal - yang dianggap barisan depan pembangkang dalam setiap perhimpunan - sejak tujuh hingga lapan tahun lalu.

Pada hari perhimpunan itu, tambahnya, beliau bersama kira-kira 100 anggota lain anggota Unit Amal bertolak daripada Temerloh - 135 kilometer daripada Kuala Lumpur - semata-mata untuk menuntut reformasi dalam sistem pilihan raya.

Beliau pada hari itu ditugaskan sekitar kawasan Jalan Pudu dan Menara Maybank - antara tempat yang menyaksikan paling ramai orang berkumpul.

Ditanya sama ada beliau pernah menyertai pasukan keselamatan ekoran tubuhnya yang sasa, Abdul Razak dengan malu-malu berkata: "Saya main gym (gimnasium) dan silat, abang."

Pada hari itu, tidak seperti lazimnya, kesemua anggota Unit Amal, termasuk Abdul Razak, memakai baju putih dan bukan merah yang selalu dikenakan.

Kini, sejak penampilan mengejutkan di Gombak Ahad lalu, lelaki yang lebih mesra dengan panggilan "Ajak" itu mula dipanggil menceritakan pengalamannya, sekali gus menyelar beberapa media arus perdana yang didakwa memfitnahnya di pentas ceramah.

"Baru-baru ini saya dipanggil berceramah di Mentakap (pekan berdekatan Temerloh)," katanya lagi, masih dengan nada merendah diri.

Lawak Bodoh Terbaru Oleh Polis ...!!i


Polis: Mat Sabu akan didakwa buat tuduhan palsu-MK

Polis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan,” katanya.

Video berkenaan menunjuk sebuah Land Rover mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

"Menurut siasatan kami, Mat Sabu cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Kami tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda. Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya,” katanya.

Mat Sabu semalam menafikan beliau berlakon dan berkata skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

Nota :

Dulu Dato' Seri Anwar mencederakan diri sendiri
Yang terbaru Teoh Beng Hock membunuh diri...
Yang paling baru Mat Sabu mencederakan diri sendiri...
Udahlah tipu rakyat...
Dah lama rakyat jadi bodoh...
Sekarang dah tiba masanya rakyat jadi cerdik...
Kah..Kah...Kah....

Dunia Dah Nak Kiamat,,,!!


PEGUAM PERANCHIS BAKAL DEDAH PEMBUNUHAN ALTANTUYA - HD

Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.

Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.

Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.

Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu.

Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika.

Nota:

inilah dia nakba tanah melayu
inilah dia malapetaka tanah melayu

palestine mengigati nakba pada 14 mei
orang melayu mengingati malapetaka pada 31 ogos

nakba ialah malapetaka untuk palestin
malapetaka ialah nakba untuk orang melayu

Kenyataan Cari Makan...!!


HARAM KAFIRKAN ORANG ISLAM - UM

KUALA LUMPUR 20 Julai - Mengkafirkan orang Islam lain atas sebab perbezaan politik hukumnya haram kerana jelas ia merupakan salah satu perbuatan yang dikategorikan sebagai mempermain-mainkan agama.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Muhammad Yusoff Hussein berkata, dalam apa keadaan sekalipun, orang Islam ditegah sama sekali menuduh orang Islam lain kafir kerana hak menentukan tahap keimanan serta keislaman seseorang adalah milik mutlak Allah.

Apatah lagi katanya, orang yang dituduh kafir itu mengucap dua kalimah syahadah dan kemudian menunaikan segala perintah Allah seperti bersolat dan berpuasa.

"Pernah dalam satu peperangan Rasulullah menegur seorang sahabat kerana membunuh musuh yang sebelum itu sempat mengucap dua kalimah syahadah. Sahabat berkenaan beranggapan tujuannya (musuh itu) adalah untuk melepaskan diri.

Nota:

ini ulama upahan
yang makan upah
yang kerja nya makan upah
yang bergerak jika di upah

kerjanya cari ayat untuk BN
kerjanya cari hadis untuk BN

ayat dan hadis ini
untuk bersihkan kejahatan BN

ayat dan hadis ini
untuk sucikan kezaliman BN

Bersedialah Untuk Di Tipu...!!


NAZRI DEDAH ESOK SAMA ADA LAPORAN TBH DIUMUMKAN - MK

Nazri Aziz akan mendedahkan esok sama ada laporan Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock akan diumumkan kepada orang ramai.

Untuk itu, kata Nazri, satu sidang akhbar akan diadakan di bangunan Parlimen pada jam 2.30 petang esok.

"Saya akan buat pengumuman (esok) dan tidak boleh dedahkan apa-apa sekarang," katanya kepada Malaysiakini.

NOTA:

tidak ada sesiapa yang selamat dalam negara ini
tidak ada sesiapa yang terhindar dari bahaya
selagi rosmah dan najib berkuasa
sesiapa sahaja boleh mati ibrahim ali

jika betul betul hendak tahu kenapa teoh mati
sila humbankan BN dari putrajaya
bila BN hilang kuasa
kita buka kembali siasatan
khalas!

Satu Taktik Macamana Nak Menipu...!!


LIOW MANA JANJI NAK SISAT? – MK

Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai dicabar mendedahkan kemajuan siasatan kementerian itu berhubung insiden di Hospital Tung Shin semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua mengingatkan Liow
bahawa parti itu telah menawarkan empat orang saksi ketika polis didakwanya menembak gas pemedih mata dan air bercampur kimia ke dalam perkarangan hospital, tempat peserta perhimpunan itu berlindung.

Keempat-empat mereka ialah ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan Liew Chin Tong (Bukit Bendera); setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP, Zairil Khir Johari; dan Pua sendiri.

"Bagaimanapun, selepas menunggu selama seminggu, kami tak dengar apa-apa dari Liow atau kementeriannya, kecuali janji-janji yang berterusan secara lisan untuk menyiasat," Pua berkata dalam satu kenyataan hari ini.

nota:

ini janji janji:
mana dia janji azalina nak buka laporan keewangan sukom 1998?
mana dia janji keyvas pundek pundek pundek tentang laporan siapa bakar DTC 2001
mana dia laporan siapa bunuh kugan
mana dia laporan siapa bunuh francis
mana dia laporan siapa bunuh aminulrashid

MARI BELAJAR POLITIK:
buat laporan adalah salah satu dari taktik
untuk meredakan kemarahan orang ramai
ini untuk melengah lengah kan masa
orang putih cakap – beli masa –
lambat lambat kan
selambat yang mungkin
dengan harapan orang ramai akan lupa

tahu siapa bunuh mustakizah?
tahu siapa rogol amah?
tahu siapa rogol budak sekolah?

kes teoh beng hock 2 tahun
kes aminulrashid belum tahu hujung pangkal
kes bunuh saibarni dah jadi silap mata pulak

buat laporan ini
sama macam hantar memo
mahasiswa tiap tahun hantar memo
setiapp kali permimpin pelajar bertukar mereka akan hantar memo menentang AUKU

kah kah kah

membuat kerja yang sama berulang ulang
dengan harapan akan ada jawapan baru adalh kerja orang gila

Lawak Bodoh Dari Polis Pencen...!!


BEKAS KOMANDER: JIKA FRU KASAR , RAMAI DI HOSPITAL - MK

Jika dakwaan bahawa polis terutama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak kasar semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu di ibu negara itu benar, sudah pasti ramai yang akan dirawat di hospital atau sebagai pesakit luar, kata seorang bekas komander FRU hari ini.

Supt (B) Sulaiman Menga Din berkata anggota FRU telah dilatih bertindak secara minimum bagi menyuraikan para penunjuk perasaan mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP).

Semua anggota dikehendaki mematuhi arahan secara terperinci termasuk dakwaan melepaskan gas pemedih mata secara sembarangan, katanya.

Nota:

yang kita lihat klip bersih dalam youtube
yang kita lihat gambar bersih dalam facebook

semua itu apa?

patutlah gunakan taktik zionis israel
patutlah gunakan kanister yang sama macam israel guna
patutlah ada apco jadi penasehat
kah kah kah

Tangkap...Tangkap....Itu Saja Yang Polis Tahu...!!


WARAN TANGKAP UNTUK ANWAR, SAMAD SAID, HUSAM - MK

Polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 13 individu, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan gagal hadir membantu siasatan selepas terbabit dalam perhimpunan 9 Julai lalu.

Sebelum ini, polis menyenaraikan 14 individu bagi melengkapkan kertas siasatan, bagaimanapun anggota parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali meninggal dunia Ahad lalu, lapor Berita Harian.

Selain Anwar, mereka yang lain adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Timbalan Pengerusi DAP Perak V Sivakumar, aktivis Wong Chin Huat, pengendali blog Haris Ibrahim, peguam Latifah Koya dan aktivis Badrul Hisham Shaharin.

Sementara anggota parlimen Pakatan Rakyat pula yang termasuk dalam senarai itu R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).