Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Mar 19, 2012

Tiada Yang Rahsia Di Perancis....!!


Dokumen rahsia Scorpene akan didedah di Mahkamah Perancis-Keadilandaily

KUALA LUMPUR 18 Mac: Dokumen berkaitan pembelian kapal selam Scorpene, yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan didedahkan pada inkuiri terbuka di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.

“Kedua-dua pihak (kerajaan Malaysia dan firma pertahanan Perancis DCNS) mempunyai dokumen sama. Bezanya, Malaysia klasifikasikan dokumen itu sebagai Akta Rahsia Rasmi.

“Berbanding Perancis, mahkamahnya boleh mengeluarkan perintah agar pihak berkaitan membuat pendedahan,” kata Cynthia pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.

Syarikat DCNS, yang membekalkan dua kapal selam itu sebelum ini didakwa membayar sogokan jutaan ringgit kepada pegawai tertinggi Malaysia.

Urusniaga berharga RM7.1 bilion itu dibuat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan dan dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib yang mendapat komisen bernilai RM540 juta melalui syarikat Perimekar Sdn Bhd.

Di bawah undang-undang Perancis, pembelian kelengkapan ketenteraan yang melibatkan bayaran komisen adalah menjadi satu kesalahan.

Menurut Cynthia, beliau mendapat makluman persediaan mahkamah dari peguam Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham, 16 Mac lalu.

Tambah beliau, dua hakim penyiasat yang mengendalikan kes tersebut ialah Roger L Roire dan Serge Tounaire.

“Nama-nama yang sebelum ini tak pernah didengari akan didedahkan,” tambah beliau namun enggan membuat spekulasi atau mendedahkan individu terbabit sebagai mematuhi prosedur mahkamah.

“Sebagai pengadu, Suaram kini punyai akses penuh kepada laporan siasatan pendakwaraya dan polis Perancis. Besar beza prosedur dan ketelusan siasatan antara Malaysia dan Perancis,” katanya.

Pada sidang media sama, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah memberikan komitmen untuk membawa isu tersebut ke Dewan Rakyat pada minggu hadapan.

“Telah 10 tahun sejak 2002, kes ini tergantung. Kerajaan Malaysia wajar berikan kerjasama penuh, bukannya menghalang siasatan dibuat,” tegasnya

Lu Tanding Di Batu Pahat....Lu Mati Loooo.....!!


Chua Soi Lek bertanding Batu Pahat memudahkan kemenangan Pakatan-Keadilandaily

BATU PAHAT 19 Mac: Tindakan Barisan Nasional menurunkan Presiden MCA, Chua Soi Lek di Batu Pahat akan menguatkan lagi peluang KEADILAN dan Pakatan Rakyat merampas Parlimen ini.

“Saya menyambut baik perkembangan ini. KEADILAN Batu Pahat bersedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan mana-mana parti Barisan Nasional.

“Tidaklah mengejutkan,” kata Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat, Syed Hamid Ali merujuk laporan media semenjak minggu lalu.

Syed Hamid menambah, keputusan itu membuktikan Umno ditolak sebahagian besar pengundi bukan Melayu di Batu Pahat secara khusus dan Malaysia secara amnya.

“Ia mengesahkan keresahan pimpinan Umno di Johor yang tidak yakin dapat memenangi hati pengundi pelbagai kaum di Batu Pahat.

“Pengundi Cina di Batu Pahat terdiri dari pengundi muda yang tidak terpengaruh dengan rekod wakil rakyat di masa lalu. Mereka mengambil pendirian yang konsisten mengenai perlunya ada reformasi yang menyeluruh di dalam negara,” kata Syed Hamid Ali.

Syed Hamid turut menegaskan, keputusan persaingan pilihan raya umum ke-13 kelak akan ditentukan pengundi muda berbilang bangsa.

“Jentera KEADILAN Batu Pahat yang sebahagian besarnya terdiri dari anak-anak muda di bawah 30 tahun.

“Ini menguatkan lagi semangat dan keyakinan KEADILAN bahawa peluang Pakatan Rakyat di Batu Pahat adalah baik. tidak kiralah calon atau parti Barisan Nasional mana yang bertanding,” Syed Hamid optimis.

Kita Tengok...Siapa Yang Kena....!!


Hasan: Pemecatan saya punca PAS akan tumbang - MK

Bekas Pesuruhjaya PAS Datuk Hasan Ali hari ini mendakwa pemecatannya sebagai anggota PAS akan menjadi sebahagian daripada faktor yang menyebabkan kekalahan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, faktor pemecatannya masih relevan dan akan menyebabkan "kekalahan teruk" PAS di samping pendirian Pakatan Rakyat terhadap isu-isu lain seperti Palestin-Israel dan masalah Kristianisasi.

"Dan isu-isu lain, termasuk pemecatan Hasan Ali masih relevan dan saya nampak ribuan tanya saya, yang disampaikan dengan begitu baik," katanya.

Isu-isu lain, kata bekas exco agama kerajaan negeri Selangor itu, berkaitan kenyataan seorang anggota jawatankuasa pusat PAS tentang kesediaan parti itu menerima bukan Islam sebagai pemimpin parti.

Bercakap pada sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan yang secara tidak langsung mendakwa dirinya mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh berkata program jelajahnya mendapat sambutan baik apabila ribuan yang hadir.

Di Kota Baru semalam, tambahnya, ceramah Jalur Tiga (JATI) yang kini dipimpinya mencatat kehadiran hampir 8,000 orang.

Manakala di Pendang pula, tiga hari sebelum itu, katanya, kira-kira 15,000 orang hadir.

"Menurut orang tempatan, tak pernah sambutan sebegitu baik program PAS atau BN di kawasan itu," katanya lagi.

Bagaiamapun jumlah yang hadir itu tidak dapat disahkan kerana Malaysiakini tidak mempunyai wartawan di lokasi berkenaan ataupun menghantar wartawan dari Kuala Lumpur bagi membuat luputan tersebut.

UMNO/BN : Mulut Memang Manis.....Tapi Jubur Masam.....!!


Pemberian dan kelulusan tanah kerajaan kepada Ahli Parlimen (AP) dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu membuktikan bahawa slogan ‘Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan’ dan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’, yang di uar-uarkan oleh Umno dan Barisan Nasional adalah slogan kosong semata-mata.

Hakikatnya, Umno dan BN adalah parti yang mesti ditolak oleh rakyat khususnya di negeri Terengganu dalam pilihanraya umum kali ketiga belas (PRU-13) akan datang kerana gagal melaksanakan ikrar dan janji mereka kepada rakyat.

Pemberian tanah kepada AP dan ADUN menjelaskan sebenarnya kerajaan Umno dan BN mengutamakan pemimpin mereka yang menyalahgunakan kedudukan mereka sebagai AP dan ADUN bagi membolot kekayaan untuk kepentingan peribadi mereka.

Mereka juga menggunakan kedudukan sebagai pemimpin bagi mendapatkan kesenangan diri masing-masing dengan mendapat status tanah ‘pertanian’ yang lebih murah bayarannya berbanding dengan apa yang diberikan kepada rakyat.

Pemimpin Umno dan BN juga mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat dengan menggunakan kelebihan mereka sebagai AP dan ADUN mendapatkan tanah yang lebih luas daripada apa yang diberikan kepada rakyat umum.

Setiap pemimpin mendapat ‘habuan’ satu lot tanah berkeluasan satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar), berbanding satu lot tanah yang diberikan kepada rakyat, yang hanyalah 1/20 daripada keluasan yang diberi kepada pemimpin Umno dan BN.

Satu hektar tanah yang diberikan kepada setiap pemimpin itu boleh diberikan kepada 20 orang rakyat, dengan pembahagian biasa 1 ekar dipecahkan kepada 8 bahagian.

Justeru itu, PAS merasa kesal dengan tindakan kerajaan Umno dan BN yang membelakangkan rakyat dan mengagihkan harta negeri untuk mengayakan dan menumpukkan harta dikalangan pemimpin mereka.

Hakikatnya, Umno dan BN adalah parti yang mesti ditolak oleh rakyat khususnya di negeri Terengganu dalam pilihanraya umum kali ketiga belas (PRU-13) akan datang kerana gagal melaksanakan ikrar dan janji mereka kepada rakyat.

YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut
Pesuruhjaya PAS Terengganu

PRU 13 : "Pendek Kata".....Tak Tahu Lagi...!!


Tahu pun! Sebab itu Najib tidak berani hingga ke hari ini untuk mengisytiharkan tarikh sebenar PRU-13. Sudah berapa kali macam-macam tarikh yang Nujum Pak Belalang ramalkan tapi semuanya tidak menjadi kenyataan.Terkini katanya pada cuti sekolah Jun akan datang ....

Apa-apa pun, yang pastinya, Najib kena tunggu arahan dari Rosmah.Rosmah pula sedang menunggu-nunggu ramalan

Duit Rakyat Hilang Lagi...??


Saya mengikuti dengan rapat penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 bilion.

Ini menimbulkan keraguan serta merta memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta. Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion

dan sebahagian besarnya dibiayai oleh rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd. Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.

Oleh yang demikian, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. Jika ini berlaku,selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta,bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60
juta sahaja.

Saya mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat.

Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, apakah erjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang iketahui umum penyokong kuat UMNO? Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu akan disalurkan kembali kepada UMNO sebagai dana pilihanraya?

Sejak akhir-akhir ini, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni UMNO/Barisan Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat. Tambahan pula, urusniaga dalam serba kerahsiaan dan tiadanya ketelusan boleh menguatkan lagi wasangka rakyat itu.

Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang membelakangkan kepentingan rakyat, selepas pembelian aset dan perniagaan Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya Perdana Menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.

Jumlah dana rakyat yang terlibat sebanyak RM976.6 juta itu adalah tempat kali ganda lebih tinggi dari dana yang membabitkan NFC. Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan.

MOHD RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
18 Mac 2012 (dikeluarkan di Batu Pahat)

UMNO : Mulut Kata Benci.....Tapi Hati Kata Sayang Pada Israel.....!!


Selepas Haji Hadi Awang mengeluarkan kenyataan boleh berdagang dengan Yahudi dan bukannya Zionis, barulah kerajaan gatal-gatal mengaku berdagang dengan Israel Zionis.

Kini kerajaan Malaysia berdagang dengan Israel Zionis. Ia diakui oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan memperjelaskan isu mengenai hubungan perdagangan dengan Israel pada sidang Parlimen dalam masa terdekat.

Kerajaan dah terperangkap dengan kenyataan Haji Hadi. Mustafa juga berkata kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa negara ini mempunyai hubungan dagangan dengan Israel, namun sama sekali tidak mengiktiraf negara tersebut yang jelas menindas rakyat Palestin.

“Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka.

Kerana dalam perkembangan dunia hari ini amat sukar untuk mengasingkan perdagangan dengan negara luar termasuk Israel,” katanya kepada pemberita selepas majlis seminar panel penasihat peringkat Kelantan di Politeknik Kota Bharu, semalam.

Pelik juga, tak mengiktiraf mereka tetapi berdagang dengan mereka. Keuntungan perdagangan itulah yang kini digunakan untuk membedil rakyat Palestin!!