Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 3, 2010

Pujian Bos Kepada Anak Didiknya ...!!!


Setiausaha Negara AS yakin KL peneraju pemikiran dunia Islam -BH

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) yakin Malaysia mampu menjadi peneraju pemikiran dalam pelbagai bidang yang signifikan kepada dunia Islam dan global. Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, berkata pencapaian Malaysia yang menunjukkan model holistik abad ke-21, mempunyai pengaruh tersendiri dan sering menjadi rujukan sebagai negara yang menggunakan pendekatan kreatif dalam menangani isu serta menyelesaikan masalah, termasuk aspek pemuliharaan alam sekitar dan melindungi spesies haiwan terancam.

“Malaysia dengan pertumbuhan ekonomi yang dinamik dan kedudukan geografi serta peranan umat Islam yang tidak memecah belah, memiliki peluang sebenar menjadi peneraju pemikiran dalam pelbagai bidang.

“Berdasarkan perbincangan dengan pegawai rasmi kerajaan negara dan pemerhatian saya, Malaysia dalam isu tertentu berpeluang menjadi kreatif, berfikir di luar kotak dan muncul untuk menangani masalah yang boleh menjadi perhatian dunia.

Nota :

Pujian Clinton ini tak ubah seperti Pujian seorang Bapak kepada anak-anak didiknya...
Puak kufar musyirikin moden tak perlu duduk dan menjajah bumi milik orang Islam...
Sebab di bumi Islam itu sendiri sudah ada tali barut mereka yang bermati-matian bekerja untuk mereka...
Mereka bersungguh-sungguh menghalang gerakan Islam daripada berkembang...
Kalau konteks di Malaysia ...Rejim UMNO adalah budak suruhan kepada pihak kufar ini...
Maka oleh sebab itu kita tidak pelik bila UMNO/BN akan menjadikan Malaysia sebagai Hub hiburan kononnya untuk menarik pelancong...
Ini semua perancangan pihak kufar untuk menghancurkan Islam...
Apa jenis maksiat yang UMNO tak buat...
Judi..Zina..Arak...semuanya adalah amalan UMNO sejak dulu hingga akan datang....
Maka..tepuk dada tanyalah iman....

Hanya Bapok Setan Yang Kenal Tangan Setan.....!!!

GUA MUSANG, 3 Nov: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Mohd Nor Idris membuat pengakuan bahawa dia memang tidak mahu bersalam dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila salam dihulurkan kepadanya kerana menganggap ia tangan syaitan.

"Saya tak mahu jamah tangan syaitan....ana tak akan jabat tangan hari ini selagi anta kawan dengan DAP," kata Mohd Nor dalam video yang dirakamkan oleh jentera kempen Barisan Nasional (BN) di Galas.

Pengakuan Mohd Nor ini dibuat dalam video yang dinamakan jawapan beliau terhadap laporan Harakahdaily baru-baru ini yang bertajuk "Bekas calon BN maki Tok Guru".

Dalam laporan itu, Mohd Nor (gambar) dilaporkan memaki MB Kelantan itu ketika beliau dan rombongannya menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Muhamad di Sungai Terah baru-baru ini.

Mohd Nor yang kebetulan berada di atas rumah itu telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nik Aziz kononnya tangan Nik Aziz umpama tangan syaitan kerana bekerjasama dengan DAP.

Mohd Nor, pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya pada awal 1980an adalah ahli PAS dan sering memberikan ceramah atas pentas PAS. Namun pendekatannya sentiasa keras terhadap Umno dan antaranya sering memaki dan mengkafirkan Umno.

Beliau kemudiannya keluar PAS bersama dengan Wan Ismail dan menubuhkan kumpulan Islah kerana tidak bersetuju dengan tindakan PAS bekerjasama dengan parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh.

(Wan Ismail lebih dikenali dengan nama Wan Ismail Jerat kerana sering menggunakan perkata jerat iaitu tanah perkuburan Cina apabila merujuk kepada kubur yang bakal didiami apabila pemimpin Umno mati nanti.)

Selepas itu, Mohd Nor bersama rakannya Mustafa Kadir menyertai Umno pula sehingga kini walaupun Umno adalah sasaran utama mereka ketika berada dalam PAS.

Dalam video 7 minit 35 saat yang dikeluarkan jentera kempen BN itu, Mohd Nor berkata, beliau tidak menghormati Nik Aziz kerana cuba menggulingkan kerajaan Islam pimpinan Umno dan boleh dikira sebagai musuh negara dan musuh umat Islam di Malaysia.

"Mereka ini bertopengkan Islam dan berkubukan demokrasi dan biasanya mereka ini cuba merompak umat Islam di Malaysia. Dengan sebab itu kedatangan mereka ke sini sebagai satu senjata musuh yang diperalatkan oleh syaitan sedunia terutamanya syaitan dan iblis kawan Nik Aziz.

"Nik Aziz itu sendiri seolah-olahnya apabila dia datang tidak dengan rupa dia yang asal...dia datang seolah-olah telah dirasuk hantu di rasuk jin," katanya dalam video itu.

"Apabila dia holor tangan itu, solah-olah saya nampak tangan itu tangan syaitan...dengan kasyaf saya, tangan dia itu macam tangan syaitan yang diholorkan kepada saya. Jadi saya tidak sambut tangan dia, saya tidak mahu jamah (pegang) tangan syaitan," akui Mohd Nor dalam video yang dikeluarkan BN itu. - HD

Nota :

Sedap sungguh mulut menatang beruk ni....
Cuba jelaskan macam mana bentuk tangan syaitan tu...
Kalu orang tangan syaitan....
Doh mung tu gapo dio....
Mung tu bapaok segala bapok syaitan....
Hanya menatang bapok setan je yang kenal tangan setan...

Perempuan Pertama.....Pemangku Perdana Menteri....Penyanyi....Puaka....Dot..Dot...Dot...!!!



Nota :

Penampilan P.Rosmah Mansor Berduet Dengan Raja SMS Mawi.....
Macam-macam ada....Kah...Kah....Kah...!!!

UMNO Memang Bapok Fitnah.....!!!


Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mempertikai laporan yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi wang kepada masyarakat Orang Asal yang diislamkannya sebagai rasuah.
Abdul Halim berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebenarnya menyampaikan wang zakat kepada tiga masyarakat Orang Asli selepas mengislamkannya di perkampungan Orang Asli, Sandrop.

“Bukan rasuah tapi zakat kepada tiga Orang Asli. Saya sudah mengesahkan perkara ini. Wang itu diberi kepada tiga Orang Asli selepas Tok Guru mengislamkan mereka.

“Zakat boleh dibayar di mana-mana atau pada bila-bila masa. Apatah lagi kepada saudara baru yang memeluk Islam. Takkanlah beri zakat kepada tiga orang itu rasuah,” katanya dalam sidang media di markas PAS di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendakwa Mursyidul Am PAS memberi wang kepada mereka yang terbabit sebagaimana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia.

Akhbar berkenaan hari ini menyiarkan gambar Mursyidul Am PAS menyampaikan wang kepada Orang Asli selepas diislamkannya di perkampungan Orang Asli Sandrop.

Visual yang sama turut disiarkan berita TV3 malam tadi.

Ekoran itu, Timbalan SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu melanggar seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Bagaimanapun katanya, pihaknya tidak mempunyai kuasa menyiasat atau mengambil tindakan ke atas Mursyidul Am PAS itu sekiranya kes tersebut benar-benar berlaku.

Justeru, Abdul Halim meminta SPR perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut kerana ia boleh mencemar kredibiliti badan bebas itu selain dipandang sebagai berpihak.

“SPR biarlah terbuka, jangan melihat bila Tok Guru beri duit sikit lalu dikatakan rasuah. Kalau ia meragukan buatlah laporan polis atau kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysaia (SPRM).

“Jangan keluar kenyataan yang seolah-olah SPR boleh dilihat sebagai memihak,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Halim yakin pemberian ‘wang ihsan’ akan berleluasa di kawasan Dun Galas menjelang tempoh pilihan raya yang berbaki tidak sampai 24 jam lagi.

“Saya yakin ‘wang ihsan’ akan melebar di sini pada pilihan raya ini yang dikeluarkan kepada golongan-golongan tertentu yang dikelaskan sebagai golongan miskin terutama golongan atas pagar,” katanya.

“Walaupun sekarang ini ia diberi di tempat-tempat lain tapi akan diberi juga di sini kerana di sini juga ramai orang miskin. Ini menampakkan ‘wang ihsan’ itu diberi seolah sogokan untuk menarik undi,” katanya.

Sementara itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa Orang Asli Isnin lalu, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, walaupun PAS berkata ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

Katanya, SPR telah memaklum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu. "Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang. Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada calon, penduduk Galas atau parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu untuk melaporkan kes tersebut supaya SPRM boleh mengambil tindakan.

Nota :

TV3 melaporkan PAS sengaja memberi zakat ketika kempen di Galas. Mereka boleh berbuat demikian selepas PRK Galas. Begitulah berita TV3, hidup sebenarnya lebih sihat tanpa TV3 lebih-lebih lagi semasa kempen pilihanraya.

BN masih gunakan taktik yang sama iaitu janji pembangunan, pembangunan, pembangunan..semoga rakyat semakin cerdik dari diperbodohkan sepanjang masa.

Sepatutnya kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana mendapat saudara baru. Inikah wajah umno yang mengaku kononnya memperjuangkan Islam?

Perutusan TG Nik Aziz Kepada Pendundi N45 Galas...!!!



Salam persaudaraan semua Pengundi Galas...

Bersyukur kepada Allah SWT yang memberi peluang untuk kita semua bertemu dalam pilihan raya kecil N.45 Galas, Gua Musang.

Semoga semua Pengundi Galas daripada orang Melayu, Cina, Orang Asal sampai kepada orang India berada dalam sihat dan afiat.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan pengharapan agar Pengundi Galas dapat menghayati jasa dan bakti serta ketulusan pihak Kerajaan Negeri Kelantan bersempena panggilan keluar mengundi pada hari Khamis, 27 Zulkaedah 1431 bersamaan 4 November 2010 nanti.

Maka, undilah Calon Kito, Dr. Zul dari Parti PAS, iaitu Parti Kerajaan yang mentadbir Negeri Kelantan hari ini.

Sesungguhnya, ambillah pengajaran daripada tujuan Allah SWT menciptakan manusia ini "lelaki dan perempuan, dan berbangsa-bangsa, supaya kita semua berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu dengan yang lain". (intisari maksud Al-Quran, Surah Al-Hujurat 49:13).

Justeru Allah menciptakan manusia semua adalah dari satu keturunan, iaitu Nabi Adam.

Ini bermakna asal-usul sesuatu kaum itu, tidak kira Melayu, Cina, India dan Orang Asal adalah dari seorang manusia bernama Adam yang kemudian berkembang menjadi pelbagai keturunan, bangsa, bahasa, budaya, warna kulit dan pelbagai adat resam.

Maka Islam memandang tinggi dan memberi kemuliaan di atas semua perbezaan, asalkan mereka beriman dengan Allah SWT.

Memahami ciptaan Allah itu, saya dapati Saudara Dr. Zul selaku Calon Kito telah memberi kesanggupan untuk berkhidmat kepada semua rakyat, Pengundi Galas, termasuk Melayu, Cina, Orang Asal dan India.

Ini sesuai dengan perintah Allah SWT, agar kita semua sentiasa menjadi
orang-orang yang menegakkan keadilan, menerangkan kebenaran dan jangan timbul rasa kebencian terhadap sesuatu kaum sehingga melakukan
ketidak-adilan ke atas kaum itu (intisari maksud Al-Quran, Surah Al-Maidah 5: 8).

Inilah misi dan matlamat sebenar Kerajaan Negeri di bawah Kepimpinan Ulama’ tatkala berkuasa– sedia membantu dan menyelesaikan permasalahan rakyat– sentiasa utamakan prinsip keadilan untuk semua.

Begitu pula dari segi kemasyarakatan, Allah SWT melarang perbuatan saling cemuh-mencemuh dan rendah-merendah terhadap kaum tertentu. Ini mungkin kaum yang dicemuh itu lebih baik.

Dan kita harus mengelakkan daripada panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk (intisari maksud Al-Quran, Surah Al-Hujurat 49:11).

Oleh itu, semua Pengundi Galas sama ada orang Melayu atau Cina, India atau Orang Asal hendaklah saling hormat-menghormati.

Prinsip ini telah menjadi pendirian dan dasar sosial Kerajaan Negeri Kelantan sepanjang mentadbir Negeri ini sejak pilihan raya umum 1990 lagi.

Maka prinsip ini menjadi panduan Wakil Rakyat yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan (dari Parti PAS/Pakatan Rakyat) menjalankan tugas dan berkhidmat kepada rakyat.

Saya yakin Saudara Dr. Zul bersedia
mengamalkan khidmat terbaik untuk rakyat Galas berpandukan prinsip
tersebut.

Sesungguhnya, pilihan raya kecil Galas berlaku pada saat Kerajaan Negeri Kelantan sedang menyambut 20 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam.

Dalam tempoh 20 tahun itu, banyak usaha pembangunan sudah dibuat dan sedia dinikmati oleh semua rakyat.

Aspek kebajikan rakyat, kepentingan dan hak rakyat menikmati hasil pembangunan adalah keutamaan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat.

Termasuklah, Pengundi Galas sudah menerima banyak perubahan hasil daripada pembangunan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri di Jajahan Gua Musang.

Justeru itu, tiada pilihan lain bagi Pengundi Galas, melainkan bersetuju untuk mengundi Calon Kito, Dr. Zul yang sanggup memberi khidmat terbaik bagi menyambung usaha Wakil Rakyat sebelum ini, malah sedia menjadi penghubung dan pemudah-cara antara rakyat dengan Kerajaan Negeri.

Semua Pengundi Galas harus menerima hakikat bahawa segala rancangan pembangunan akan berjalan lancar apabila Dun Galas ini mempunyai Wakil Rakyat yang mewakili Kerajaan Negeri. Ini kerana banyak urusan pembangunan adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

Di antaranya rancangan pemilikan tanah, pembinaan jalan, bekalan air paip, pembinaan rumah, bangunan perniagaan dan kebajikan serta kesejahteraan rakyat.

Maka, pesanan saya, janganlah mudah percaya kepada janji pemimpin BN yang jelas menentang Kerajaan Negeri, kononnya mereka ada kuasa untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah atau bekalan air, atau pun perumahan rakyat.

Semua urusan ini tidak akan selesai tanpa kerjasama Wakil Rakyat dari Parti yang mewakili Kerajaan Negeri.

Memahami keadaan yang sedemikian, apa pasal kita nak pilih calon BN ? Natijahnya calon BN tidak akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri.

Ini kerana kebelakangan ini, ramai pemimpin BN yang terlibat dengan rasuah, kroni dan pilih kasih yang jelas berlawanan dengan ajaran agama, bercanggah dengan hasrat rakyat dan tidak sehaluan dengan dasar-dasar Islam yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Maka seruan saya, berilah keyakinan dan kepercayaan kepada Calon PAS, Dr. Zul sebagai Calon Kito yang sedia berkhidmat untuk semua Pengundi Galas.

Keluarlah beramai-ramai untuk mengundi dan undilah bulan.

“Pertahan Galas Kito”

Calon Kito, Dr. Zul – Cakno & Mesra

UMNO Tidak Semestinya Islam....Islam Bukanlah Dasar UMNO...!!!

Bukti UMNO telah Kufur Pada Allah...!!!

TINDAKAN KIT SIANG TUDUH UMNO KAFIR MELAMPAU – BH

GUA MUSANG: DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam dengan menuduh orang UMNO kafir dalam siri ceramah untuk menarik sokongan pengundi Melayu menyokong PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Ali Rustam, berkata tindakan itu adalah hasil ajaran pemimpin PAS yang menjual agama dan tidak menghalang apabila bukan Islam menuduh orang Melayu tidak menyokong PAS sebagai kafir.

Katanya, kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu dibuat di hadapan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim pada ceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Terah.

“Yang kita sedihnya apabila Lim menuduh orang Melayu parti UMNO kafir disambut dengan laungan takbir ‘Allahuakhbar’ oleh pemimpin PAS bersama penyokongnya yang dianggap menjual agama Islam kepada kaum lain.”

“Inikah parti yang melaungkan perjuangan Islam yang patut kita sokong dan sudah jauh terpesong akidah sebenarnya,” katanya ketika berceramah kepada pengundi di peti undi Kampung Baru Hulu, dekat sini, petang kelmarin.

Mohd Ali berkata mungkin pengundi di DUN Galas baru sedar tindakan Kit Siang yang mengutuk orang beragama Islam tetapi pada masa sama ia halal di sisi perjuangan PAS demi kepentingan politik pembangkang.

Beliau berkata, gelagat pemimpin DAP mencampuri urusan agama Islam sejak bergabung dalam pakatan pembangkang kerana mendapat restu PAS untuk mengutuk orang Islam yang tidak sokong parti itu.

Katanya, pengundi di DUN Galas patut mengambil ingatan dengan sikap melampau DAP itu yang menuduh orang UMNO kafir dan perbuatan itu pula seolah-olah direstui PAS.


Nota:

Mari kita tanya diri kita sendiri
Apa sudah jadi kepada orang yang
Mengakui diri mereka pemimpin bani melayu ini
Mereka saban hati hanya menipu, makan rasuah,
Salah guna kuasa dan berbohong....

Bila china dan india menolak mereka...
Mereka mengatakan china dan india adalah kaum pendatang
dan tak pandai berterima kaseh...

Sebagai oarang kafir...Kit Siam memang tahu kriteria bagi orang kafir...
Kalau tak tahu tak kan Kit Siam boleh tuduh UMNO Kafir...
PAS dah lama melabelkan UMNO sebagai golongan Munafik...
Tapi Kit Siam lagi dahsyat..labelkan UMNO sebagai Kafir terus...
Nasib le.....Kah...Kah...Kah....!!!

SPR : Suruhanjaya Penipu Rakyat....!!!


RATUSAN BERATUR DIPANAS TERIK UNTUK DAPAT RM100 – MK

Lebih 300 orang beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi.

Kebanyakan yang beratur hari ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul di sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan.

Nota:

Ini bukan beli undi...ini bukan rasuah...
Habis tu ramai yang beratur kerana apa...?
Kerana RM 100...bukannya RM250....

Kalau RM250 mesti nak beli undi
Kah....Kah....Kah....1!!!

Kalau tak percaya sila baca berita di bawah ini...


SPR ANGGAP PAS CUBA BELI UNDI – BH (1/11/2010)

GUA MUSANG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada setiap pengundi luar yang tinggal di Lembah Klang dan Johor supaya pulang mengundi pada 4 November ini sebagai cubaan membeli pengundi, sekali gus menyalahi Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika terbukti menyalahi akta berkenaan, kemenangan calon parti berkenaan pada pilihan raya kecil itu boleh dibatalkan menerusi petisyen pilihan raya.

“Walaupun parti itu mendakwa mereka berniat baik bagi mengurang beban pengundi untuk balik mengundi, tindakan itu boleh ditafsirkan kaedah memancing undi dengan cara membeli undi.

Nota :

Sah la...SPR adalah lembu UMNO/BN....Kah...Kah...Kah....!!!

UMNO Hadhari...BN Bestari....!!!

Ini bukan rasuah..Ini Bantuan Sebanyak RM 19.99 dari Wanita UMNO...

SPR: BAYARAN RM20 BUKAN RASUAH - MK

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.

Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.
--------------------------------------------------------
Woitttt..... MEMANG BETUL RM20 BUKAN RASUH…

Kah...Kah....160 JUTA RINGGIT BUAT RUMAH DI GUA PUN BUKAN RASUAH.....

Kah...Kah....YANG AKAN DIANGGAP RASUAH DUIT TAMBANG BALIK MENGUNDI YANG PR BAGI....

Kah...Kah....KALAU UMNO YNAG BAGI...BUKAN RASUAH...TAPI BANTUAN...

Kah...Kah....KALAU PR YANG BAGI...SENANG NAK BUKTIKAN....WALAUPUN SERINGGIT...

Kah...Kah....KALAU UMNO YNAG BAGI....JUTAAN RINGGIT PUN SUSAH NAK BUKTIKAN.....

Kah..Kah.....AIMAN TAK KISAH....CAKAPLAH SPR ADALAH LEMBU UMNO/BN...BARUA UMNO/BN.....!!!

Lawak Jubur 1 Malaysia ...!!!



Nota :

Kah...Kah...Kah....
Jubur yang paling glamor dalam dunia...
Jubur inilah jugak jadi penentu hidup mati UMNO /BN...
Jubur ini juga akan jadi saksi di akhirat kelak...
Dulu usung tilam..sekarang usung jubur pulak...
Semuanya bertujuan untuk menipu...
Tipulah kamu sebelum kamu di tipu rakyat....
Kah...Kah...Kah....!!!