Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 20, 2010

UMNO Brayukmok.....!!!



KUALA TERENGGANU - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali menyifatkan perbalahan yang berlaku di kalangan pemimpin Umno Terengganu adalah terlalu 'dalam' dan beliau tidak fikir Konvensyen yang diadakan baru-baru ini dapat menyelesaikan masalah.

"Saya tidak fikir akan selesai, permasalahan itu terlalu 'dalam', bukan (antara) kumpulan tetapi (perbalahan) peribadi, payah nak selesai, memang sebahagian (pemimpin Umno) sudah tawar hati,

"saya menjangkakan ada yang akan keluar daripada Umno, yang akan meninggalkan Umno akibat daripada (perbalahan),"jelas beliau kepada wartawan dalam satu sidang media disini, Isnin, 18 Oktober.

Sebelum itu, beliau berkata secara 'berseloroh' tetapi serius, mencadangkan kepada Pengerusi Perhubungan Umno negeri Terengganu, supaya ahli Umno yang dianggap sebagai 'Musang Berbulu Ayam' disembelih.

"yang dah gemuk dan dah tak ada tugas (ahli yang dianggap Musang Berbulu Ayam) sembelih, buat apa simpan, gemuk saja-saja, berat bawa sahaja,"ujarnya, sebagai respon kepada kenayataan Dato' Seri Hishamuddin Hussein yang dianggap 'pelik' pada Konvensyen Umno baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau menafikan PAS 'menangguk di air keruh' dan mengambil kesempatan atas kelemahan Umno disebabkan perbalahan diantara kumpulan-kumpulan bertentangan.

"Tidak, kita bekerja macam (seperti) biasa dan kita bergantung kepada kekuatan kita, sebab kekuatan PAS dan Umno Terengganu hampir sama,

"kalau dibahagikan (kekuatan antara PAS dan Umno) adalah 45 :45 begitu, 10 peratus yang lain ada lah pengundi atas pagar,"tegas beliau yang menerajui PAS Terengganu sebahagi Pengerusi Perhubungan Negeri sebelum dilantik menjadi Setiausaha Agung PAS.

Menurutnya, waktu puncak PAS dan menang dalam pilihanraya pada tahun 1999, sokongan terhadap Umno tidak berkrangan daripada 45% dan begitu juga sebaliknya, sekiranya Umno menang, sokongan kepada PAS tidak turun melebihi paras itu.

"terlalu dekat (persaingan antara PAS dan Umno) ada perubahan sedikit akan bertukarlah kerajaan,"ujarnya.

Oleh itu, katanya, para petugas PAS mestilah bekerja kuat dan tidak mengharapkan kelemahan Umno untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya akan datang.

Nota ;

Bila letakkan harta dalam perjuangan....Maka inilah akibatnya...
Kabilah dalam UMNO bukannya bergaduh pasal lain...
Semuannya adalah kerana harta....
Bagi mereka dunia adalah segalanya...
Sebab itu UMNO tak berapa serius perjuangkan Islam...
Sebab perangai UMNO memang tak selari dengan kehendak Islam....
Sebab itu mereka sanggup isytihar ugama baru "Islam Hadhari..."
Islam kena ikut mereka...bukannya mereka yang kena ikut Islam...

Bila UMNO Kata "Bukan"....Maknanya Betul La Tu...!!!



MUHYIDDIN : POLITIK BERASAS KAUM UMNO BUKAN RASIS – MK

Politik berasaskan kaum yang diamalkan oleh Umno bukanlah satu bentuk politik perkauman atau politik rasis, kata Muhyiddin Yassin.

Menurut nya, ini kerana ia dilaksanakan dalam konteks kesepakatan untuk membentuk formula politik kerjasama kaum yang inklusif di mana semua kaum mendapat jaminan hak dan layanan yang adil.

"Politik rasis bermaksud kita hanya mengutamakan kepentingan kaum sendiri dan menzalimi kaum-kaum lain. Parti yang mendakwa tidak berasaskan kaum boleh jadi amat rasis jika ianya zalim kepada kaum lain.

"Hakikatnya, sepanjang sejarah perjuangan Umno, parti keramat orang Melayu ini tidak pernah menjadi parti yang rasis," kata Muhyiddin.
-------------------------------------------------------------
Kah...Kah......ARIEL SHARON PUN KATA.....ASKAR ISREAL BUKAN RASIS.....

Kah...Kah......NATANGYAHU-DI PUN TAK NAK MENGAKU YANG REJIM ZIONIS SEBENARNYA RASIS.....

Kah...Kah......APCO PUN KATA MEREKA BUKAN RASIS.....

Kah...Kah.....SEMUA EJEN YAHUDI DAN ISRAEL SEPERTI UMNO PUN KATA MEREKA BUKAN RASIS....

Kah...Kah.....JADI SIAPA YANG RASIS.....???

Kah....Kah....YANG RASIS IALAH PARTI POLITIK YANG AHLI BERBILANG KAUM.....

kah...Kah.....YANG RASIS IALAH NGO PELBAGAI KAUM......

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH.....MEMANG UMNO BUKAN RASIS CUMA PILIH BULU JE....KAH...KAH...KAH...

Nampak Gagah...Tapi Lembik....!!!


PROJEK WARISAN MERDEKA BUKAN ARAHAN SAYA : NAJIB - MS

Najib Razak menegaskan pembinaan projek mega menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat adalah cadangan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Dia berkata, dia tidak mengarahkan PNB untuk melaksanakan projek berkenaan.
"Ia telah dirancang dan dicadangkan oleh PNB kepada kerajaan.

"Saya tidak mengarahkan PNB, PNB yang mencadangkan. Ia sangat diinginkan oleh pengurusan dan lembaga pengarah PNB," katanya dalam sidang media selepas sesi Taklimat Presiden sempena Perhimpuan Agung Umno di sini, Selasa.
--------------------------------------------------------------
Woittttt.....BELUM APA- APA DAH PUN KLUK KLEK......

Kah...Kah....KALAU PNB PUNYA...KENAPA JADI BANGANG MASUKKAN DALAM BAJET.....

Kah...Kah....INI SEMUA NAK SURUH MELAYU SERONOK.....

Kah...Kah....RUPANYA NAFSU JE TINGGI...TAPI MALANGNYA LEMBIK.....

Kah...Kah....ATAUPUN MUNGKIN MADEY DAH WARNING....

Kah...Kah....MADEY MARAH KERANA BANGUNAN WARISAN LEBIH TINGGI DARI MENARA PETRONAS...

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...BILA DENGAR JE BAJET NAJIB...TAHU DAH PILIHARAYA DAH DEKAT....MELAYU TEPUK TANGAN SEBAB SERONOK...KAH...KAH....KAH....

Happy Birthday Buat TG Presiden PAS...!!


Hari ini, Rabu 20 10 2010
Krew Sepang Kederang ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran Yang ke 63 buat Tuan Guru Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang.

Kami tidak putus-putus mendoakan Semoga Tuan Guru terus dikurniakan kekuatan dan kesihatan untuk terus memimpin kami kearah kebenaran hakiki dan di redhai Allah...
Allahu Akbar...Walillahilham...!!


Nafsu Besar + Badan Besar = Belanja Besar....!!!


Tian: Kos perjalanan rasmi PM naik kerana Rosmah -MK

Urusan perjalanan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin naik mendadak sehingga melebihi 75.2 peratus daripada perangkaan 2008.

Dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata jumlah kos 1,102 pegawai yang mengiringi Najib dan Muhyiddin sejak 2008 berjumlah RM21.45 juta.

Soalan berkenaan dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang ingin tahu jumlah pegawai yang mengiringi kedua-dua pemimpin berkenaan apabila mereka membuat lawatan rasmi.

“Pada 2008, kos lawatan perdana menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan timbalannya ketika itu (Najib) adalah RM5,597,583.20,” kata Chua.

Menurut beliau, apabila Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2009 kos lawatan perdana menteri dan timbalannya terus meningkat kepada RM6,041,934.35 dan jumlah itu melambung kepada RM9,807,310.63 bagi tahun ini.

Membanding jumlah lawatan, Chua berkata antara 2008 hingga 2009, kos perbelanjaan perjalanan adalah 7.94 peratus manakala daripada 2009 hingga 2010 ia naik kepada 62.32 peratus.

“Saya percaya semasa lawatan rasmi jabatan perdana menteri atau timbalan perdana menteri terpaksa membayar perbelanjaan boros isteri perdana menteri,” katanya.

“Rosmah Mansor (kanan) mempunyai rekod sebagai berbelanja besar di London pada 2008, saya percaya jumlah kos yang tinggi itu adalah untuk menampung perbelanjaan isterinya, sebagai contoh lawatan (Rosmah) ke Forum Antarabangsa Wanita di Washington dan New York pada Mei lalu,” kata Chua dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, jawapan kepada soalan kedua Tian berhubung kos pengurusan dan pembangunan Jabatan Perdana Menteri, timbalannya serta agensi berkaitan mendedahkan jumlah itu yang berjumlah RM4.3 bilion pada 2006 melonjak kepada RM10.2 bilion tahun lalu.

“Ini bermakna ia meningkat 136 peratus dan ini tidak termasuk perbelanjaan tambahan,” kata Tian.

Pada pementangan Bajet 2011, Jumaat lalu, Najib mengumumkan peruntukkan RM18.14 bilion kepada Jabatan Perdana Menteri.

Peruntukan itu mewakili 8.55 peratus daripada jumlah peruntukan bajet yang bernilai RM212 bilion.

“Ia menerima peruntukan ketiga terbesar mengikut agihan kementerian dengan RM35.76 billion untuk Kementerian Pelajaran dan RM31.2 bilion untuk Kementerian Kewangan,” kata Tian.

Nota :




Semua puji Rosmah sebab berjaya pujuk najib turunkan cukai untuk seluar dalam...!! Kah...Kah....Kah...!!!

Sembelit UMNO Terengganu Makin Kritikal....!!!

Hok mana satu musang ning...???

KUALA TERENGGANU – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam membidas segelintir pemimpin UMNO yang disifatkan sebagai ‘musang berbulu ayam’ kerana tidak ikhlas berjuang bersama parti.

Hishammuddin berkata,: pemimpin seumpama itu hanya tahu mengambil kesempatan terhadap peluang yang diberikan parti dengan ‘tidur dan gemuk’ dalam UMNO semata-mata untuk mencapai kesenangan serta memenuhi kepentingan diri.

“Ada di antara kita sedikit lupa kepada parti, sebahagiannya pula mungkin keliru (dengan perjuangan parti) dan mula mengambil kesempatan (terhadap peluang yang ada), lalu timbullah apa yang dikatakan musang berbulu ayam.

“Musang berbulu ayam yang tidur dan gemuk dalam rumah UMNO, anggap UMNO batu loncatan (capai kepentingan diri),” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Terengganu di Primula Beach Hotel, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Setiausaha UMNO negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan semua barisan kepimpinan UMNO lain.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata, individu musang berbulu ayam bukan ahli parti sejati kerana mereka akan meninggalkan UMNO apabila sudah tidak mempunyai tempat dan peluang.

Lebih menyedihkan katanya, individu tersebut sanggup memaki hamun, memfitnah dan memperlekehkan UMNO selain berusaha mewujudkan suasana tidak aman dalam negara hanya kerana memenuhi kepentingan diri sendiri.

“Mereka ini bukan ahli parti tulen, orang-orang UMNO yang telus dan ikhlas akan terus bersama parti walau dalam keadaan susah atau senang,” katanya. Pada zaman kepimpinan pemimpin UMNO terdahulu, orang-orang UMNO tidak mempunyai masa untuk tidur dan gemuk dalam parti kerana mereka meletakkan kepentingan parti melebihi dari semua perkara. Katanya, demi kesetiaan dan perjuangan UMNO, golongan wanita sanggup menyerahkan barang kemas dimiliki mereka untuk digadai semata-mata membebaskan tanah air dan orang Melayu daripada penjajah.

Nota :

Doh Kata selesai doh....
Baru ning kata melayu bangkit doh...
Doh guane pulok tubik Musang musang ni....
Doh lah musang..bulu ayam pulok....
Rakyat jugok hok terlopong mulut...tengok puok bengong dok baloh...
Sapa pecoh dua tiga kabilah pulok lening....
Loh gi ahhh...mampuh mung aahh....
Baloh la puok mung...!!
Puok mung...Pala otok memang bengong belake...!!!
Jenis ayang brand belaka....!!!
Kah...Kah...Kah....!!!!

Rakyat Bukan Hipokrit Macam UMNO....!!!


JANGAN BERGANTUNG PADA PORTAL , BACA UMNO-ONLINE – MK

Tengku Adnan turut menyarankan agar anggota Kelab Umno Luar Negara tidak terpedaya dengan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan menerusi media baru seperti pelbagai portal berita.

Beliau menyarankan pelajar Malaysia di luar negara supaya sentiasa mengikuti perkembangan politik dan isu-isu semasa melalui portal Umno di umno-online, dan tidak hanya bergantung maklumat kepada sesuatu portal berita sahaja.

"Masalah kita semua ini ialah lebih suka kepada hiburan picisan. Bila orang maki orang, kita suka kerana ia hiburan picisan. Kita mesti keluar daripada kepompong ini. Kalau kita tidak buat perubahan-perubahan ketara pada diri kita, percayalah kita tidak akan berjaya," katanya.

Beliau dalam pada itu meminta supaya kesemua anggota kelab itu "menjadi mata, telinga dan mulut untuk kerajaan. Ini adalah kerana kerajaan kini sentiasa memikirkan hal rakyat dan masa depan negara."

Nota:

Blog atau portal anti UMNO dibuat atas dasar sukarela
untuk ajak rakyat bangun berjuang....

Blog dan laman web UMNO memang di upah...
Cuma adda satu cara untuk meramaikan pelawat web UMNO....
Caranya ialah kalau penulis blog UMNO boleh di beri upah
Kenapa tidak Pembaca web UMNO juga turut diupah...
Jamin hit bolg UMNO naik mendadak...
Kah....Kah....kah.....!!!