Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 2, 2010

Siapa Yang Cerdik Asli Atau Melayu...???

Orang Bodoh Saja Yang Hanya Mau Ikan...!!!

Orang Cerdik Akalnya Memang Panjang..Mesti Mintak Kail Bukannya Ikan...!!!

Orang Asli mahu 'kail bukan ikan' -MKini

Dalam usaha mengubah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli yang mempunyai kira-kira 18 suku kaum di negara ini, pendidikan, kemahiran dan pemilikan tanah dilihat begitu penting.

Menurut Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, Majid Suhut, ini kerana melalui pendidikan dan kemahiran masyarakat Orang Asli boleh bersaing dengan kaum lain dan melalui pemilikan tanah mereka boleh mencari rezeki.

Beliau berpendapat untuk menaiktaraf kehidupan Orang Asli yang seramai kira-kira 141,000 orang di negara ini, kerajaan perlu memberi tumpuan dalam pemberian tanah dan pendidikan terutama kepada generasi baru Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Orang Asli masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain dalam pendidikan yang mana mereka yang layak ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah masih tidak ramai mengikut nisbah.

Berlakunya keadaan ini adalah kerana generasi baru Orang Asli masih tidak mempunyai wang mencukupi untuk ke sekolah walaupun menerima bantuan.

Daripada
segi prasarana pendidikan, ia lebih baik cuma ada kekurangan daripada segi kebajikan kerana masih ramai anak Orang Asli yang ke sekolah dengan perut kosong.

Walaupun ada skim Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ia masih belum mencukupi kerana pada waktu rehat tengah hari anak Orang Asli juga mahu menikmati makanan seperti kaum lain.

'Kail bukan ikan'

Menurut beliau lagi usaha kerajaan memberi bantuan kepada Orang Asli dengan memberi biasiswa kepada enam pelajar Orang Asli baru-baru ini untuk ke luar negara sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan lagi pencapaian masyarakat ini.

"Selama ini Orang Asli mungkin tidak mempunyai peluang untuk pergi ke luar negara walaupun ada yang mempunyai kelayakan sebab kami tidak ada satu badan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membantu kami".

Pada masa yang sama Majid mahu kerajaan, NGO (Badan Bukan Kerajaan) memberikan mereka "pancing" iaitu seperti latihan kemahiran dan sebagainya dan bukan hanya memberi bantuan bulanan berupa wang.
-----------------------------------------------------------
Woittttt......MENYESAL TAK JADI ORANG ASLI.....DAHLAH CERDIK...PANJANG AKAL PULAK TU...!!!!

Kah...Kah.....MENYESAL LAH JADI MELAYU..DAH LAH BODOH...SOMBONG NAK MAMPUS....!!!

Kah...Kah.....ORANG ASLI MEMANG JAGA MARUAHNYA...MELAYU LANGSUNG TAK ADA MARUAH...NAK JAGA APA LAGI...!!!

Kah...Kah....JANGAN PANDANG ORANG ASLI SEBELAH MATA AJE...!!!!

Kah...Kah....ORANG ASLI TAK PANDAI NAK MENIPU...BUKAN MACAM MELAYU...!!!

Kah...Kah....TAPI MALANGNYA MELAYU BUKAN SAJA TIPU MELAYU...ASLI PUN DIA TIPU....!!!

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH....MELAYU DAH TAHU BAHAWA ORANG ASLI DAH TAHU MEREKA TELAH DI TIPU OLEH MELAYU....!!!

Bukan Semua Yahudi Adalah Zionis....!!!!

Semua Orang Menentang Zionisme...Bukan saja Melayu, Yahudi Pun ada Yang Tentang Zionis...!!!

HUBUNGAN ANWAR DENGAN TOKOH YAHUDI TERBUKTI INTIM - Utusan Melayu

Kunjungan Anwar Ibrahim ke Washington bagi menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi di sana baru-baru ini jelas membuktikan bahawa hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan kumpulan tersebut memang intim, kata Muhyiddin Yassin.

Beliau seterusnya meminta rakyat menilai dan membuat pertimbangan sendiri mengenai perjuangan sebenar Ketua Pembangkang itu.

"Jelas terbukti, jadi kita harus buat pertimbangan apakah sebenar politik Anwar ini, untuk apa dia berjuang," katanya.

Nota:

Kita Semua Jangan Jadi Bangang Macam UMNO....

Yang kita tentang bukan yahudi
Yang kita tentang ialah zionisma

Zionisma ialah fahaman yang menganggap:
1 - agama mereka sahaja yang betul
2 – bangsa mereka sahaja pilihan tuhan
3 – bangsa lain adalah kelas kedua
4 – tanah palestine adalah hak milik mereka kerana janji tuhan

Itu adalah asas zionisma.

Bukan semua zionis itu yahudi – ada Zionis tempatan..ada Zionis Antarabangsa
Bukan semua yahudi itu zionis – ada yahudi menentang zionis.
Malah 24 dari 25 orang nabi yang nama ada didalam al-quran
adaLah yahudi hanya nabi Muhamad saja yang berbangsa arab.

Raja Yang Adil Di Sembah...Yang Zalim Di sanggah...


Ku Li setuju ketuai kokus bincang royalti minyak, semangat federalisme-MInsider

Tengku Razaleigh Hamzah akan mempengerusikan kokus — idea yang dibentangkan Pakatan Rakyat akhir tahun lalu — tetapi dengan skop perbincangan lebih luas meliputi semangat federalisme antara kerajaan-kerajaan negeri dan pusat.

Kokus itu awalnya dikemukakan untuk hanya membincangkan isu bayaran royalti minyak kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Gua Musang telah menyatakan persetujuan mengetuai kokus itu pada pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat semalam.

Ketika mengesahkan perkara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, satu pertemuan bagi memuktamadkan isu fokus perbincangan akan diadakan minggu depan.

“Perkara itu akan diumumkan oleh Tengku Razaleigh (gambar) nanti. Beliau mahu kokus ini menyentuh aspek semangat federalisme yang semakin terhakis sejak kebelakangan ini di mana kerajaan pusat mengetepikan kepentingan kerajaan-kerajaan negeri dalam banyak hal,” kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian ketika dihubungi hari ini.

Idea mengenai pembentukan kokus itu dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat November lalu.

Bagaimanapun Tengku Razaleigh mahu skop kokus itu diperluaskan merangkumi aspek semangat federalisme antara kerajaan-kerajaan negeri dan pusat.

“Memang idea awal ialah memfokus isu royalti minyak tetapi Tengku Razaleigh mengesyorkan supaya perkara tersebut diperluaskan dengan menyentuh isu-isu fedelisme,” kata Salahuddin lagi.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya akan menjemput wakil-wakil Barisan Nasional menganggotai kokus tersebut.

“Kami akan menjemput ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, tetapi sama ada mereka akan menerima jemputan ataupun sebaliknya ia terpulang kepada mereka... jemputan akan dikeluarkan,” katanya.

Antara mereka yang menyertai pertemuan dengan Tengku Razaleigh semalam ialah Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Datuk Abd Halim Abdul Rahman dan Datuk Kamaruddin Jaffar dari Tumpat.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Zaid Ibrahim sepatutnya menghadiri pertemuan semalam tetapi tidak hadir kerana kurang sihat.

Pertemuan minggu depan akan memfokus soal royalti petroleum dan semangat federalisme.

Beliau berpandangan, penyertaan Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas akan memberikan fokus yang lebih kepada isu-isu melibatkan kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

Tengku Razaleigh Hamzah yang juga pengasas dan bekas pengerusi Petronas berhasrat melihat pembentukan sebuah kokus bukan kepartian bagi membincangkan isu royalti minyak yang menjadi pertikaian antara Kelatan dan kerajaan persekutuan sekarang.

Akhir tahun lalu Tengku Razaleigh berkata beliau akan menulis kepada ahli-ahli Parlimen berhubung pandangan tersebut.

Pakatan Rakyat melantik Tengku Razaleigh kerana beliau juga terlibat secara langsung menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Bagaimanapun pucuk kepimpinan Barisan Nasional khususnya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah meminta agar Tengku Razaleigh mempertimbangkan tawaran pembangkang itu dengan mendalam.
--------------------------------------------------------
Kah....Kah.....APA LA KU LI NI...MANA BOLEH UMNO BEKERJASAMA DENGAN PR....!!!

Kah...Kah......WALAUPUN BENDA YANG ELOK..UMNO TAK AKAN KOMPROMI DENGAN PR...!!!

Kah...Kah......PASAL UMNO MEMANG KU LEBIH TAHU...KU PUN CAKAP UMNO ADALAH PARTI PERASUAH...!!!

Kah...Kah......KATA LAH LAGI KU....UMNO MEMANG PARTI PENIPU....!!!

Kah...Kah......KATA LAH LAGI KU..JANGAN BIMBANG..PATIK ADA KAT BELAKANG...UMNO MEMANG MENIPU ORANG MELAYU...!!!

Kah...Kah.....LAGI KUAT KU....UMNO ADALAH EJEN REJIM ISRAEL....!!!!

Kah...Kah.....SEMANGAT LAGI KU....UMNO ADALAH PARTI TAIK JUDI....!!!!

Kah...Kah.....BEREH KU....TERIMA KASIH KU....AMPUN TUANKU....!!!

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH....NAK KATA APA LAGI...KU LI PUN CAKAP UMNO MEMANG PARTI LANCAU..MAAA...!!!

Usahkan FELDA..Taukey Babi Pun Jual Kandang....!!!!

Duit Felda Masa Belum Kering...!!!Duit FELDA Sekarang Dah Kering..Cuma Tinggal Skeleng Je...!!!

Husam: UMNO keringkan wang Felda MKini

Exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa sebuah firma arkitek yang diterajui oleh seorang pemimpin pemuda Umno diberikan projek bukan bidang Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) tetapi menggunakan peruntukan daripada rizab tunai lembaga itu.

"Sejumlah setengah billion, (RM 512 juta) dibelanjakan melalui projek-projek (tak perlu dan di luar tugas Felda) yang disiapkan oleh firma arkitek yang sama.

"Firma arkitek diterajui seorang ketua pemuda UMNO Bahagian di Terengganu ini sudah pasti ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan tokoh dari Terengganu juga yang memayungi Felda.

"Kasih sayang kekeluargaan mereka diluaskan dengan mencari jalan bersama bagaimana wang Felda boleh 'diuruskan'. Jumlahnya bukan sedikit, demi warga Felda tercinta....," tulis Husam di dalam blognya kelmarin.
------------------------------------------------------
Woittt...BERNIAGA JENIS APA NI..MAKIN LAMA MAKIN KERING....!!!

Kah...Kah...INI BUKAN NIAGA....INI ADALAH NAGA...!!!!

Kah...Kah...KALAU HARI-HARI DOK SEDUT..TAUKEY BABI PUN JUAL KANDANG...!!!

Kah..Kah....ASYIK METANGKEDARAH JE..LANGSUNG TAK ADA YANG MASYUK...GUNUNG KINABALU PUN BOLEH HABIS...!!!

Kah...Kah....WALAU DUIT FELDA HABIS...TAPI WARGA FELDA SEKARANG BOLEH HIDUP KAYA RAYA..TAKPE LAH JUGAK...!!!

Kah...Kah...INI TIDAK..WARGA FELDA HIDUP MEREMPAT..DAHSYAT LEBIH PADA ORANG ASLI...!!!

Kah...Kah...WARGA FELDA HIDUP MELARAT TAK UBAH MACAM HAMBA ABDI...!!!

Kah...kah....HUTANG DENGAN FELDA MEMANG TAK AKAN HABIS...SAMPAI MAMPUS JADI KULI...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...CUMA SELALU BERDOA AGAR WARGA FELDA CEPAT SEDAR DAN INSAF...

Kes Buli & Kes Curi Tiada Bezanya...!!!


Komandan Maktab Tentera Diraja(MTD) ditukarkan atas alasan mesti bertanggungjawab atas peristiwa yang berlaku di MTD baru-baru ini yang membabitkan kematian pelajar.

Menteri Pertahanan Zahid Hamidi ketika memberi arahan menyatakan Komandan itu mesti bertanggungjawab dan patut menerima hukuman.

Kenyataan Zahid adalah suatu yang biasa dikeluarkan oleh mana-mana Menteri Kabinet Kerajaan Malaysia apabila berlaku peristiwa yang tidak diingini. Yang mesti bertanggungjawab adalah "ikan-ikan bilis" sahaja. Sang Jerung pasti terlepas. Segala kejahatan, kelemahan dan kesalahan adalah tanggungjawab rakyat bawahan.

Sememangnya Menteri Kabinet Malaysia jenis "kebal" dari pendakwaan. Setiap kesalahan ditudingkan kepada rakyat marhein semata.

Semuanya yang salah adalah rakyat. Yang buat jahat orang atasan tetapi yang kena golongan rakyat,golongan yang lemah dan tiada wang!

Lihat kes Altahtunya. Yang kena orang berpangkat rendah. Lihat kecurian enjin Jet. Yang jadi mangsa yang berpangkat rendah.

Selamanya para Menteri dan atasan bebas dari pendakwaan. Mengapa ? Mereka ada kuasa. Mereka ada wang. Dan mereka tiada maruah!

Jenis spesis Menteri Kabinet Malaysia jika tinggal di Jepun bakal diketawakan oleh Doremon. Mungkin juga bakal diberi pedang Samurai oleh rakyat Jepun untuk mereka pakat "pancung" kepala sendiri!

Malangnya Malaysia punya Menteri Kabinet Cap Ayam.
--------------------------------------------------------------------

Woittttt......DALAM KES BULI...CEPAT JE KAU SELESAIKAN....!!!

Kah...Kah.....TAK SAMPAI SEMINGGU KEM KOMANDAN TERUS DI PECAT....!!!

Kah...Kah.....NAMPAK MACAM BAGUS JE....!!!!

Woitttt.......HABIS KES CURI ENJIN JET....TAKKAN SARJAN BODOH SEKOR JE YANG KENA....!!!

Kah...Kah....TAKKAN SARJAN BODOH ANGKAT SORANG JE ENJIN TU...BERAT TU....!!!

Kah...Kah....ORANG BODOH PUN TAHU...MESTI RAMAI YANG TERLIBAT...!!!

Kah...Kah....PENYAMUN TAK PEGI SORANG UNTUK ROMPAK KEDAI EMAS...MESTI RAMAI-RAMAI...!!!

Kah...Kah....PEROMPAK ADA TUGAS MASING-MASING..ADA YANG PECAH CERMIN..ADA YANG TUKANG KAUT..ADA YANG PEGANG PISTOL..ADA YANG TUNGGU DALAM KERETA...ADA YANG JAGA LINE..MANA BOLEH BUAT SORANG...???

Kah..Kah....KALAU CAKAP MENTERI MALAYSIA MEMANG CAP AYAM...NANTI KECIK HATI PULAK...!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....SEBENARNYA KAT MALAYSIA NI RAMAI OARNG YANG TAK BERSALAH TAPI TERPAKSA DI TUDUH BERSALAH UNTUK MENYELAMATKAN ORANG TERTENTU....