Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 11, 2011

Guane Gamok Tranung Kite...??


Piala FA : Kelantan Isytihar Cuti Umum Esok - HD

KOTA BHARU, 11 Jun: Kerajaan Kelantan petang ini mengisytiharkan cuti umum esok sebagai meraikan kejayaan skuad Red Warriors memasuki perlawanan akhir Piala FA malam ini.

Anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, keputusan itu dibuat Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebentar tadi.

Katanya, cuti umum peristiwa itu diberi memandangkan ramai anak-anak Kelantan datang ke Bukit Jalil bagi menyaksikan skuad bola sepak mereka berentap dengan Terengganu di perlawanan akhir malam ini.

"Menimbangkan di atas faktor keselamatan memandangkan ramai anak muda datang menyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini maka kerajaan negeri menimbangkan cuti peristiwa esok.

"Ini membolehkan mereka yang datang jauh tidak perlu pulang tergesa-gesa sehingga mengabaikan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya," katanya dihubungi di Kuala Lumpur.

Tahun lepas kerajaan Kelantan mengisytiharkan cuti umum ekoran kejayaan skuad Red Warriors menjulang Piala Malaysia pada perlawanan akhir yang juga diadakan di Bukit Jalil. Pada perlawanan itu Kelantan menewaskan Negeri Sembilan.

Malah pada tahun sebelumnya pemain Negeri Cik Siti Wan Kembang juga menerima insentif daripada kerajaan negeri dengan tajaan menunaikan ibadat umrah di Makkah selepas layak memasuki pada perlawanan akhir Piala Malaysia.

Abdul Fattah berkata, pelbagai insentif diberi kerajaan negeri sebagai sokongan bagi membangunkan sukan bola sepak di negeri ini.

Malah katanya, kerajaan negeri telah mengumumkan cadangan membina stadium dan kompleks sukan yang lebih lengkap di Bukit Merbau, Pasir Puteh yang membabitkan kos lebih RM100 juta.

Oleh itu adalah diharapkan anak-anak Kelantan yang datang menyaksikan perlawanan malam ini di Stadium Bukit Jalil tidak perlu pulang dengan tergesa-gesa memandangkan esok sudah diisytiharkan sebagai cuti umum di Kelantan.

Difahamkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga akan datang memberi sokongan kepada pasukan Kelantan bersama-sama anggota Exco di Stadium Bukit Jalil sebagai suntikan semangat kepada pemain-pemain Red Warriors.

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook Menteri Besar Kelantan itu.

"InsyaAllah pada malam ini saya akan turut serta menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kelantan vs Terengganu.

"Besok DIISYTIHARKAN CUTI UMUM di Kelantan sebagai memberikan peluang kepada anak-anak Kelantan pulang dengan selesa," umumnya.

Jaga akhlak dan tatatertib

Sementara itu, beliau juga mahu penyokong kedua-dua pasukan yang membanjiri stadium malam ini menjaga adab dan tatatertib masing-masing agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Ingatan sama turut diberikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mahu semangat kesukanan tidak dicemari dengan sebarang insiden pergaduhan.

"Malam ini sekali lagi Kelantan dan Terengganu akan bertemu didalam perlawanan akhir Piala FA, kepada pemain kedua pasukan, bermainlah dengan penuh semangat kesukanan.

"Kepada penyokong dan penonton jagalah akhlak dan saksiyyah anda walau dimana juga berada.

"Sementara yang menuju ke Stadium Bukit Jalil, berhati-hati dijalan raya," katanya yang juga bekas Menteri Besar Terengganu.

UMNO Kini Hanya Tinggal Satu Senjata - Mat Sabu....!!


SHAH ALAM 10 JUN : Setelah pelbagai usaha dilakukan untuk 'menghapuskan' seteru politik mereka, Umno-Barisan Nasional kini hanya memiliki satu sahaja lagi senjata iaitu isu perkauman.

Menurut Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu, sejak sebelum mahupun selepas merdeka, Umno menggunakan pelbagai cara untuk menentang lawan mereka termasuk Burhanuddin Hilmi, Haji Abbas, Ahmad Bustamam dan ramai lagi dengan mengaitkan mereka dengan komunis.

Malah peristiwa bagaimana seorang ulama ditumbangkan oleh regim Umno dalam tragedi Kampung Memali tentunya masih berbekas di hati rakyat.

Walau bagaimanapun, meski sudah ramai musuh yang ditewaskan, termasuk yang ditahan di bawah akta zalim, Umno kian buntu mencari jalan untuk menghalang kebangkitan rakyat apatah lagi dengan bersatunya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), DAP dan KEADILAN di bawah Pakatan Rakyat.

" Sekarang ini yang tinggal kepada mereka hanyalah perkauman sebab isu pembangunan tidak dapat lagi digunakan oleh Umno-Barisan Nasional. Isu ini mungkin masih lagi laku hanya di kawasan pedalaman seperti di pedalaman Sarawak, Sabah dan pedalaman di Semenanjung,"katanya.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu dalam satu temu bual eksklusif bersama Tv Selangor berkata, hari demi hari, kisah-kisah pembangunan yang dibawakan oleh Umno untuk terus mengikat sokongan pengundi, tidak lagi bernilai di mata rakyat.

Dengan kos sara hidup yang makin melambung, tangga gaji masih di takuk sama, Umno bertambah bingung apabila tentangan rakyat datang dari pelbagai sudut.

" Umno sebenarnya lebih gelabah terhadap sokongan bukan Melayu. Umno sebenarnya tidak kuat. Mereka menjadi kuat kerana orang Melayu menyokong mereka (sebahagiannya) dan disokong juga oleh orang bukan Melayu khasnya Cina dan India. Dominasi itu mula pecah secara jelas dalam pilihan raya umum 2008 dan melihat kepada keputusan-keputusan pilihan raya sebelum itu.

" Bila orang bukan Melayu dan bukan Islam beralih kasih, ertinya Umno akan jatuh. Sebab inilah yang mereka anggap mereka parti yang kuat, sebenarnya tidak, pergantungan mereka tetap kepada kaum Cina dan India,"tegas beliau.

Justeru itu ujar Mat Sabu, yang tinggal buat Umno hanyalah isu perkauman untuk menakut-nakutkan masyarakat terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman.

Sasarannya adalah negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

" Misalnya bila Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang, Selangor. Isu awal yang timbul ialah tentang perarakan Maulud Nabi, kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulud Nabi.Khutbah,Lim Guan Eng ganti Yang di-Pertuan Agong, kemudian datang pula isu terbaru, beberapa orang paderi kononnya berbincang di Pulau Pinang untuk berbincang menjadikan Malaysia negara Kristian, tukar Perlembagaan,"ujar Mat Sabu.

" Bagi Umno dan akhbar-akhbar mereka,mereka tahu apa yang mereka siarkan itu betul atau tidak. Bagi mereka itu tidak penting. Yang penting bagi mereka ialah orang kampung di pedalaman, mereka bukan tahu hendak tukar Perlembagaan bagaimana, perlukan berapa kerusi. Tetapi inilah keagamaan dan perkauman yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional untuk kelangsungan hidup mereka yang terkahir,"tambahnya lagi.

UMNO Buat Fitnah Lagi....!!


Saya cukup gemberi apabila Timbalan Presiden PAS baru, Mohamad Sabu enggan mengulas berkenaan penyebaran video seks yang dikaitan dengan beliau dikatakan diedar di sekitar Ampang menggunakan letterhead berlogakan PAS.

Bodoh! kalau nak guna letterhead PAS, buat semasa Muktamar baru nampak real sedikit boleh pula tuduh geng Ustaz Nasha yang buat. Bolehlah pecah belahkan PAS.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mengeluarkan kenyataan bahawa tak masuk syurga sekiranya membuat tuduhan kepada seseorag termasuk membuat tuduhan melalui video seks sehingga Muhyiddin dakwa Nik Aziz keluar fatwa baru. Jika kita biasa dengan kuliah atau kenyataan TG Nik Abdul Aziz kita boleh faham maksud 'dalam'nya.

Ramai juga tidak memahami kenyataan Tuan Guru Abdu Hadi Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang menolak penggunaan video sebagai saksi (bukan bahan bukti) dalam kes zina dan liwat. Menurut Datuk Seri Abdul Hadi, video tidak boleh menjadi saksi kerana tiada mata dan telinga.

Sepatutnya sebelum kita mengulas kenyataan Presiden PAS ini, kita harus mendalami kenyataan-kenyataan sebelumnya bagi mendapat gambaran sebenar apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS ini.

Nak mendalami kenapa video tak boleh jadi saksi sebagai maksud Presiden PAS, lihat video di atas. Video ini sendiri tak boleh nak memberitahu kita dia diedit atau tidak. Apa reaksi gambaran orang yang sedang bercakap, sinis ke, seriuskan, main-main ke...

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang. Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena kepada orang zalim sahaja sebaliknya akan terkena kepada sesiapa sahaja.

Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda pernah berkata, tindakan Datuk T mendedahkan video seks tersebut tanpa mengemukakan bukti yang kukuh dan tidak menepati syarat-syarat yang sepatutnya dalam Islam lebih bersifat mengaibkan.

Manakala dua tokoh agama iaitu Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Dr Badrulamin Bahrom berkata cara terbaik menyelesaikan isu video lucah adalah mengikut syariat Islam iaitu dengan menfailkan pertuduhan qazaf.

Diriwayatkan oleh Abdurrahman bin Abi Bakrah: Abu Bakrah, Ziyad, Nafi’ dan Syabl bin Ma’bad berada di sebuah kamar tingkat dua dan Mughirah berada di kamar bawah yang berseberangan.

Angin bertiup, pintu terbuka dan tirai terangkat. Dan mereka menyaksikan Mughirah berada di antara kedua paha seorang perempuan. Dan mereka berkata satu dengan yang lain: Kami telah diberi percobaan oleh Mughirah. Abdurrahman melanjutkan: Kemudian Abu Bakrah ra, Nafi’ ra dan Syabl ra memberi kesaksian, tetapi Nafi’ tidak mengungkapkan dengan pasti bahwa Mughirah telah menzinai perempuan itu. Dan Umar mencambuk mereka bertiga kecuali Ziyad. Tetapi Abu Bakrah ra tidak puas. Ia berkata: ‘Bukankah kamu telah mencambukku? Umar menjawab: ‘Benar’. Abu Bakrah melanjutkan: ‘Dan aku bersaksi dengan nama Allah, bahwa Mughirah telah melakukannya’. Umar mau mencambuknya sekali lagi. Namun Ali berkata: ‘Bila penyaksian Abu Bakrah dijadikan penyaksian dua orang, maka rajamlah juga sahabatmu’.

Kesimpulannya walaupun dah ada 3 saksi melihat secara 'live' Saidina Omar masih lagi tidak menerima pengsaksian mereka kerana tak cukup syarat 4 orang.

Apa salahnya dalam hal ini kita ikut ajaran Islam, anutan kita?

Malaysia Tanahairku.....!!


PM RISIK KAHWIN ANAK DI KAZAKHSTAN, DR. ZUL PERTAHAN PENDIRIAN – keadilan daily

Najib Razak didakwa mengatur majlis risikan pertunangan dan perkahwinan anak perempuannya di Kazakhstan dan dalam masa yang sama hadir di negara itu atas urusan rasmi negara.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad semalam mempertahankan dakwaannya bahawa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur menggunakan wang rakyat untuk urusan peribadi.

Pasangan itu sebelum ini dilapor menyertai Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) tetapi juga dikatakan hadir untuk membincangkan majlis pertunangan anak perempuan mereka dengan anak seorang pemimpin negara itu.

“WIEF itu jadualnya telah disusun lebih awal, tetapi yang saya dimaklumkan oleh pihak yang boleh dipercayai, ialah pegawai-pegawai diminta menyusun program itu supaya jadual risikan pertunangan itu dibuat mengikut jadual WIEF,” kata Dr Zulkifli kepada TVSelangor.

“Jadi semua ini menimbulkan pertikaian dari segi ketelusan dan kebertanggungawaban” tambah beliau.

Dr Zulkefly berkata semasa lawatan rasmi mereka ke Amerika Syarikat baru-baru ini, Najib dan Rosmah turut mengambil peluang untuk menghadiri majlis penerimaan ijazah university membabitkan anak mereka.

“Hal seperti ini kalau dirujuk kepada prosedur mungkin betul, tetapi dari segi moralnya dipertikaikan kerana jelas berlaku percanggahan kepentingan awam dan individu’, kata beliau.

“Penyalahgunaan kuasa menyebabkan perkara sebegini berlaku, jadi kita tidak tahu dari segi perbelanjaan dalam semua kos-kos yang bersabitan, jadi susah kita mahu kenal pasti yang mana satu perbelanjaan rasmi dan yang mana peribadi,” kata Dr Dzulkifli.