Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Apr 24, 2011

Mari Kita Lihat...Siapa Yang Kena...!!


Peguam syaki polis mahu tahan Raja Petra, dibawa ke Malaysia - TKO

KUALA LUMPUR, 24 April — Peguam dan isteri Raja Petra Kamarudin mengesyaki langkah polis Malaysia mahu menemu bual blogger kontroversial itu di premis kedutaan negara di Bangkok kemungkinan bertujuan membawa dia balik ke Malaysia dan menahan semula di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kakitangan Kedutaan Malaysia dan polis Malaysia telah mendampingi Raja Petra di Florida Hotel, Bangkok untuk mendapatkan keterangan beliau malam tadi.
Bagaimanapun urusan itu tidak menjadi sehingga awal hari ini.

Peguam Raja Petra, Haris Ibrahim (gambar) berkata beliau, seorang lagi peguamnya Amarjit Sindhu dan isteri blogger itu Marina Abdullah tidak begitu “senang” untuk melihat dia pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil keterangan.

Mereka, kata Haris, membuat andaian sedemikian memandangkan pihak polis pernah mengambil keterangan daripada Raja Petra sebelum ini iaitu mengenai akuan bersumpah (SD) ketika ditahan di bawah ISA tiga tahun lalu.

“Amarjit dan saya tidak begitu selesa dengan idea Raja Petra pergi ke kedutaan untuk memberi kenyataan,” kata Haris dalam entri blognya hari ini.

“Sementara itu, sebelum majlis dialog bermula (sempena pelancaran semalam), kedua-dua Amarjit dan saya menerima panggilan demi panggilan dan SMS daripada orang ramai dari tanah air mengatakan bahawa sudah ada berita media bahawa RPK akan disoal siasat di kedutaan.

“Ada juga khabar angin bahawa dia sudah ditahan atau akan ditahan,” kata Haris lagi.

Kata Haris beliau dan Amarjit juga telah memujuk Raja Petra daripada pergi ke kedutaan memandangkan polis boleh datang ke hotel untuk mengambil kenyataan di mana kedua-dua mereka akan hadir.

“Kami menyuarakan kekhuatiran bahawa kedutaan, di bawah undang-undang antarabanga dianggap sebagai bumi Malaysia, kami bimbang keseluruhan (tujuan) urusan mengambil kenyataan ialah membawa dia ke sana (ke kedutaan), menahan dan kemudian, dengan ataupun tanpa bantuan pihak berkuasa tempatan, membawanya ke Kamunting,” katanya lagi.Kata Haris, Raja Petra “seperti biasa” berdegil tidak mahu menerima nasihat, sebaliknya mahu pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil kenyataan atas tanggapan bahawa bertujuan membantu siasatan berkaitan individu-individu yang dinamakan dalam temu bual dengan TV3 dua minggu lalu.

Raja Petra pernah diambil keterangan mengenai SDnya tiga tahun lalu.

“Ketika sesi soal jawab, salah seorang hadirin juga berhujah agar Raja Petra tidak pergi ke kedutaan. ‘Jika anda pergi ke sana, mereka akan menahan anda,’” katanya lagi.

Kata Haris lagi, Amarjit mengugut untuk memutuskan hubungan dengan Raja Petra jika masih berdegil untuk pergi ke kedutaan.

“Marina (pula) berkata jika dia pergi, dia akan menempah tiket untuk keluar dari Bangkok malam itu juga (semalam). Akhirnya Raja Petra berlembut,” katanya.

“Keempat-empat kami pergi bertemu dengan (kakitangan kedutaan, Abdul) Hamid (Bulat) dan RPK memberitahunya bahawa dia bersetuju untuk pergi ke kedutaan tetapi Marina, Amarjit dan saya tidak bersetuju kepada urusan ini dan serahkan kepada Hamid untuk memujuk mereka.

“Saya memberitahu Hamid bahawa tiada apa yang dia (Hamid) boleh kata untuk memujuk kami daripada (berubah) pendirian kami,” kata Haris.

Haris seterusnya berkata, dia memberitahu Hamid bahawa Amarjit dan dia telah menasihatkan Raja Petra, yang telah menerima nasihat agar tidak pergi ke kedutaan.

“Kami memberitahu bahawa RPK akan memberikan kerjasama penuh dan kenyataannya kepada polis di hotel di mana dia dan Marina tinggal,” katanya.

Haris berkata, Hamid memberitahunya bahawa dia akan kembali ke kedutaan dan akan membawa pegawai-pegawai polis ke hotel.

“Dengan itu, RPK, Marina, Amarjit dan saya menuju kembali ke hotel.

“Sekitar 10.15 malam, Hamid, ACP Aziz dan seorang lagi pegawai yang memperkenalkannya sebagai Tony, berada di hotel. Tony, saya dimaklumkan kemudian bahawa adalah pegawai polis bertugas di kedutaan,” katanya lagi.

“RPK, Amarjit dan saya bertemu dengan mereka di lobi hotel,” katanya.

Kata Haris, anggota polis terbabit cuba memujuk agar kenyataan diberikan di kedutaan sambil menimbulkan aspek status penerimaan di mahkamah jika kenyataan tidak diambil di kedutaan.

“Kedua-dua Aziz dan Hamid memberi jaminan bahawa RPK akan dilepaskan sebaik sahaja kenyataan diambil. Amarjit dan saya tidak tertarik dengan jaminan mereka dan tidak diyakinkan untuk menasikatkan RPK agar datang ke kedutaan untuk memberi kenyataan,” katanya.

Malah Haris juga menulis dia telah meminta Aziz mengenai bentuk kesalahan disiasat, di mana kenyataan diperlukan daripada RPK.

“Dia menjawab bahawa ia berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 203 Kanun Keseksaan. Saya bertanya apa itu (yang dimaksudkan),” kata Haris sambil berkata. “Aziz kemudian berkata ia berkaitan dengan kenyataan palsu.”

Haris menambah, dia bertanya sama ada ia berkaitan dengan kenyataan dalam temu bual TV3 atau SD pada 2008.

Haris juga berkata, Amarjit juga bertanya untuk melihat laporan polis dibuat, yang menyebabkan polis memutuskan untuk menjalankan siasatan.

“Aziz berjanji untuk menunjukkan (salinan) laporan itu di kedutaan jika kami mengikut mereka ke sana.

“Kedua-dua Amarjit dan saya dengan segera menerima tawaran tetapi menekankan bahawa RPK akan kekal berada di hotel manakala kedua-dua kami akan pergi ke kedutaan untuk melihat kandungan laporan polis,” katanya lagi.

“Aziz juga cuba membuat pusingan ‘U’. Kami menekan untuk melihat laporan polis bagi membolehkan kami menasihati RPK jika selamat untuk hadir di kedutaan. Akhirnya Aziz berlembut,” katanya.

Mereka pergi ke pejabat kedutaan sekitar 11 malam.

“Di sini (kedutaan) kami dimaklumkan bahawa Aziz tiada salinan laporan polis dan sedang menunggu satu salinan dari KL.

“Ini adalah pengesahan pertama yang serius bagi kami berdua, Amarjit dan saya bahawa keseluruhan urusan mahu mendapatkan kenyataan RPK di kedutaan adalah untuk membolehkan beberapa agenda lain.

“Mengapa pegawai penyiasat datang ke Bangkok untuk menyoal siasat seorang saksi bagi satu kemungkinan (perbuatan) jenayah dan tanpa salinan aduan polis bersamanya. Keseluruhan adalah jelik,” katanya lagi.

Eskay Kata ‘Hotel Dan Pelacur’...Polis Kata ‘Kondo Dan Pelajar’....!!


KUALA LUMPUR: Terdapat banyak percanggahan antara kenyataan yang dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia dan kenyataan yang dibuat salah seorang Trio Datuk T, Datuk Eskay Shazryl Abdullah berhubung video seks palsu membabitkan Ketua Pembangkang. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis mengambil masa untuk menyiasat video tersebut.

Eskay sebut kepada saya (kejadian itu) berlaku di Club House. Itu dia sebut kepada saya. Saya tidak tahu kalau dia sebut hotel kepada media.
“Polis tak perlu pergi jauh-jauh pun. Pergi cari mana-mana club house dulu.

“Tetapi polis kata kondo, mana yang betul. Saya tak nak mengajar polis. Polis sepatutnya mendapatkan ketetapan Eskay dulu, kenapa susah sangat. Kecualilah kalau mereka mahu melindungi sesuatu,” katanya ketika dihubungi keadilandaily.com.

Johari turut mempersoal kenyataan Polis bahawa pelaku wanita dalam video berkenaan adalah seorang pelajar swasta di ibu negara.

“Eskay kata pelacur, kemudian polis kata student. Yang mana betul ni? Sebab itu saya minta polis supaya siasat dulu, kerana lagi banyak buat statement lagi banyak nampak tembelang mereka,” katanya yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Johari adalah satu-satunya ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditunjukkan rakaman video seks itu oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Eskay, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim, 21 Mac lalu.

Namun beliau menafikan sekeras-kerasnya pelaku lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan bentuk tubuh dan lenggok pelaku tersebut.

Justeru Johari ketika dihubungi memberi amaran kepada pihak polis supaya tidak bermain politik dan laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta profesional.

“Saya mendesak dan menasihati pihak polis supaya lengkapkan siasatan secara profesional sebelum membuat sebarang kenyataan. Kalau dah kenal pasti individu dalam video itu, tak payah buat kenyataan. Kerja polis adalah siasat secara profesional.

“Polis jangan main politik, polis sepatutnya lanksanakan tanggungjawab dengan profesional. Kerja polis adalah menjaga keselamatan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan orang ramai terhadap polis sangat tinggi, tetapi rakyat di bawah sudah hilang keyakinan,” katanya.

Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang dikaitkan dalam video berkenaan iaitu seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota, berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

Polis juga menyatakan rakaman itu dikenalpasti dilakukan di sebuah kondominium.

Ia bertentangan sama sekali dengan kenyataan Eskay bahawa wanita berkenaan adalah seorang pelacur warganegara China dan kejadian tersebut berlaku di sebuah hotel di ibu negara.

Sedarlah Wahai Orang Pahang....!!

Sesal Dahulu Pendapatan..Sesal Kemudian Tak Ada Gunannya.....!!


LYNAS: KILANG NADIR BUMI SELAMAT - UM

Tanggapan sesetengah pihak bahawa kilang pemprosesan nadir bumi dan loji janakuasa nuklear mendatangkan bahaya yang sama kepada manusia adalah silap kerana kedua-duanya mempunyai fungsi serta tahap pembebasan radioaktif yang jauh berbeza.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof berkata, loji janakuasa nuklear bertujuan menghasilkan kuasa elektrik daripada bahan nuklear sementara kilang pemprosesan nadir bumi bertujuan menghasilkan bahan logam jarang ditemui daripada sumber galian yang turut mengandungi bahan radioaktif semula jadi.

Katanya, sungguhpun kedua-duanya mempunyai radioaktif, namun tahap yang dihasilkan oleh kilang pemprosesan nadir bumi adalah jauh lebih rendah dan selamat daripada segi kuantitinya berbanding hasil sampingan dari loji-loji janakuasa nuklear.

"Dari segi saintifik, kilang tersebut memang selamat. Logam yang jarang ditemui itu amat diperlukan dalam bidang berteknologi tinggi yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara di samping membolehkan bahan galian radioaktif semulajadi dipekatkan supaya lebih mudah diurus serta diasingkan dari persekitaran alam untuk kesejahteraan manusia.

"Berhubung pembinaan Lynas Corporation Ltd. (Lynas) di Gebeng, Pahang, setakat ini kementerian melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) telah mengeluarkan lesen penempatan tapak dan pembinaan bagi tempoh sah bermula 19 September 2009 hingga 18 September 2011 hanya bagi tujuan mendirikan kilang.
-----------------------------------------------------
woit… MUNKEEE INI ADA IJAZAH KE?....

kah kah kah…KALAU LULUSAN SINTOK…. NO TALK TALK LAAAA…..

woit…KALAU SELAMAT… KENAPA TAK BUAT DI AUSTRALIA….

kah kah kah…AUSTRALIA LAGI ADA TANAH LUAS....

kah kah kah...BERPULUH KALI GANDA BERSAR DARI MALAYSIA….

kah kah kah…AIMAN TAK KISAH...KALAU SELAMAT...KENAPA PERLU DI MALAYSIA KENAPA TIDAK DI AUSTRALIA JE...??

Nota:

orang pahang kena ingat...
Nanti akan hilang satu tangan
Maka susah nak mengundi BN nanti

Jangan terkejut kelak....
Ikan patin akan jadi besar gajah
Gajah pula akan jadi besar semut
Tak takut ke...??
kah kah kah

Ini Semua Kaki Bodek....!!


NAIB PRESIDEN MCA DESAK TAIB SEGERA UNDUR – MK

Naib presiden MCA dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu menggesa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletakkan jawatannya lebih awal daripada jangka masa dua tahun yang dijanjikannya.

Gan berkata Taib perlu mempercepatkan penyerahan kuasa kepada penggantinya selepas menerajui Sarawak lebih 30 tahun memandangkan kemerosotan sokongan terhadap BN pada pilihan raya negeri yang lalu.

“Meskipun BN Sarawak muncul pemenang pada pilihan raya negeri yang berakhir pada 16 April 2011, dan mengekalkan majoriti dua pertiga kuasanya, tetapi yang jelas ketua menteri Sarawak Taib Mahmud tidak lagi mendapat sokongan pengundi Cina,” kata Gan dalam satu kenyataan akhbar.

Nota:

Taib mahmud adalah nasionalis sarawak
memang dia rasuah
memang dia salah guna kuasa

tetapi...

taib mahmud adalah bentengyang menahan UMNO
masuk ke sarawak!

UMNO berniat untuk masuk ke sarawak
jika ini berlaku lagi hancur sarawak

Taib mahmud wajib satu penggal lagi
ini pemimpin ulung....
kalau taib mahmud undur susah nak menang banyak kerusi parlimen
Taib mahmud adalah sahabat setia pakatan rakyat
lagi lama taib mahmud berkuasa lagi cun untuk pakatan rakyat...
Kah...Kah...Kah...