Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Aug 21, 2011

Kalau Nak Menipu Pun..Biar Lah Cerdik...!!


SPR kata kesilapan cuma 0.0001 peratus? Tapi Najib tubuh PSC!-Keadilan Daily

KUALA LUMPUR: Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya kesilapan dalam daftar pemilih hanyalah 0.0001 peratus, tidak logik, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Lebih-lebih lagi, katanya, ia dibuat ketika Pakatan Rakyat berjaya membuktikan pelbagai kepincangan dalam daftar pemilih SPR hingga terbukti kewujudan pengundi hantu.

“Penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya bukti jelas sistem dalam daftar pemilih SPR adalah kotor. Pilihan raya di Malaysia juga kotor.

“Kalau Najib pun mengakuinya, SPR patut berhenti menjadi tali barut Umno Barisan Nasional (BN),” katanya kepada Keadilan Daily di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak, hari ini.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, daftar pemilih SPR sarat mengandungi pengundi hantu termasuk penggunaan nama palsu, alamat palsu dan semuanya dalam jumlah yang besar.

Memberi contoh lokaliti Kampung Kelanggit Baru dalam Parlimen Gombak yang penduduknya 100 peratus Melayu, beliau hairan kerana wujud 48 pengundi Cina tidak dikenali dalam daftar pemilih SPR.

“Kalau dalam sebuah kampung ada 48 pengundi hantu, bayangkan ada ratusan ribu pengundi hantu di kampung lain di seluruh negara,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Jadi, beliau mendesak SPR bersikap profesional kepada semua parti bertanding dengan memastikan pilihan raya umum (PRU) dijalankan secara bersih dan adil.

Najib Sedar Bahawa Beliau Adalah PM Terakhir Dari BN...!!


Elak jadi PM terakhir, Najib tidak mahu pilihan raya ‘dibersihkan’- Keadlian Daily

KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan Pilihan Raya Umum tidak terikat dengan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC), dikecam Pemuda PAS Pusat.

Pengarah Jabatan Pilihan raya, Mohd Sany Hamzan menyifatkan kenyataan Najib itu hipokrit dan sangat tidak bertanggungjawab.

“Bagaimanakah PSC yang ditubuh khas untuk menambah baik sistem pilihan raya boleh dikata tiada kaitan dengan pilihan raya?

“Sedangkan pada masa sama, pilihan raya Malaysia sejak dulu hingga kini cukup diragui proses perlaksanaannya,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Beliau yakin, jika demokrasi di Malaysia diadakan dengan adil dan bebas, sudah pasti PRU ke-13 adalah terakhir buat Najib selaku Perdana Menteri dari Umno.

“Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia menolak sebarang cubaan mengadakan pilihan raya awal sebelum PSC selesai bermesyuarat dan mencadang penambahbaikan sistem pilihanraya bersih, telus dan adil,” katanya.

Lambat Lagi Ke Bersih 3.0...??


PAS: Ketidakikhlasan BN semarak semangat himpunan BERSIH 3.0 - MK

Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Rabu ini untuk membuat keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum pilihan raya umum ke-13.

Ia ekoran kenyataan perdana menteri bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak perlu menunggu keputusan jawatankuasa khas parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

Menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen, kerana berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna setelah perdana menteri membuat kenyataan sedemikian.

Sambil menyuarakan kekesalan PAS, beliau berkata: "Kenyataan tersebut membuktikan sikap sebenar kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang.

"Tujuan utama Jawatankuasa Khas ini ialah merumus satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar.

"Apa guna dibentuk jawatankuasa Khas, sekiranya kerajaan sudah memberikan bayangan jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebelum jawatankuasa itu menyiapkan laporan dan sekaligus memberikan petanda yang jelas bahawa sememangnya kerajaan BN tidak bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan yang ada," katanya Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, adalah mustahak bagi rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka terhadap sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan.

"Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu," tambahnya.

Tegasnya, kerajaan harus menyedari kemarahan rakyat dan tuntutan dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 baru- baru ini.

"Sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus merosot.

"Keadaan ini sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri.

"Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga dijangka akan mempercepatkan bantahan rakyat, justeru menyemarakkan semangat untuk himpunan BERSIH 3.0 diadakan," tambahnya.

PAS, tegasnya, ingin tegaskan bahawa kerajaan tidak patut dan sememangnya "ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai.

"Sila memperbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk

Menantu Ayah Kini Pasrah....!!


KOTA BARU, — Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, beliau sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang.

Khairy memberitahu keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang.

“Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu,” katanya di sini semalam.

Dipetik Bernama Online, Khairy berkata, perkara paling penting ialah kemenangan parti dan bukannya kepentingan individu untuk mengekalkan kuasa.

Sehubungan itu beliau menggesa semua anggota dan pemimpin parti menerima segala keputusan kepimpinan Umno tanpa wujud sebarang perasaan tidak puas hati terhadap parti.

“Jika ada anggota dan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya dan berasa tidak puas hati serta ingin bertindak mensabotaj calon lain, Pemuda akan melaporkan kepada pucuk pimpinan,” katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata mereka yang tidak terpilih seharusnya akur dan menerima keputusan pucuk pimpinan Umno kerana antara kriteria yang ditetapkan ialah calon perlu diterima masyarakat setempat.

“Sekarang bukan lagi soal calon lama, popular dalam parti atau berkelulusan tinggi. Apa yang penting, adakah masyarakat menerima calon untuk memastikan kemenangan Umno dan BN,” katanya.M/I

54 Tahun Merdeka Dengan 6 Perdana Menteri..!!


"31 OGOS 2011 genap 54 tahun negara kita merdeka dengan erti kata negara kita bebas dari penjajah British, tetapi tidak bebas dibawah UMNO/BN.Selama kita merdeka sudah 6 perdana menteri yang mentadbir Malaysia yang kebanyakan perdana menteri semuanya dari UMNO/BN.

Dan selama kita merdeka sudah 12 pilihraya umum diadakan. Sebenarnya kita ini telah diuji olah ALLAH S.W.T. Dari masa sebelum merdeka UMNO telah diperjuangkan oleh Allahyarham Dato’On Jaafar,Sehingga mengakibatkan Dato’On meninggalkan UMNO dan menubuhkan parti Negara.

Selepas itu UMNO telah dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman sehingga kita mendapat kemerdekaan dari British dan Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang Pertama.Zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman boleh dikatakan negara kita baru nak membangun.Selepas Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan ,tampuk pemerintahan negara telah diambil alih oleh Tun Abdul Razak sebagai perdana menteri yang kedua.Zaman Tun Razak ada sinar perubahan dalam erti kata Tun Abdul Razak membawa PAS masuk kedalam BN.Zaman Tun Razak juga membawa sejarah hitam pada PAS apabila PAS disingkirkan dari BN..
Lagi sekali kita telah diuji ,Setelah PAS disingkirkan setiap kali pilihanraya BN akan berdepan dengan PAS dan DAP(sekadar mengambil parti yang terbesar masa itu).

Walaupun setiap kali PAS bertanding dalam pilihraya setiap kali itulah PAS selalu kalah.Perjuangan PAS walaupun kalah pilihanraya,tetapi PAS tetap menang dalam perjuangan Islam.

Apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia,Negara kita dipimpin oleh Tun Hussein Onn yang menjadi perdana menteri yang ketiga.Setiap kali pilihanraya diadakan UMNO/BN yang akan dapat memerintah negara kita.Apabila Tun Hussein On dipaksa melepaskan jawatan ,negara kita dipimpin pula oleh Tun Mahatir.Untuk pengetahuan pembaca pengasas UMNO Dato’Onn,Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn meninggal mereka diluar UMNO.

Zaman Tun Mahatir kita akui banyak perubahan yang telah dibuat oleh beliau..Perubahan2 yang Tun Mahatir buat kesan keburukan nya sudah mula kita rasai sekarang ini.Dari penswastaan milik kerajaan hingga lah kepada rasuah,badan kehakiman,polis,SPR,Kekebalaan Raja Raja semuanya musnah pada hari ini.Yang terbaik dan kita akui masa Tun Mahatir seragamkan waktu antara semenanjung dan sabah Sarawak.

Kita harus mengambil iktibar bila krisis dalaman UMNO bermula apabila timbulnya team A dan Team B.Sehingga mengakibatkan UMNO yang dilahirkan dalam Istana Johor diistiharkan haram oleh mahkamah.Tengku Razaleigh Hamzah telah menubuhkan parti S46 dan ramai menteri,tim.menteri yang telah mengikut Tengku Razaleigh dalam S46.Sejarah telah bermula apabila Tengku Razaleigh bergabung dengan PAS atas Angkatan Perpaduan Ummah(APU) Kelantan jatuh ketangan PAS dan kebanyakan calun calun yang ada nama besar semuanya tewas termasuk Rais Yatim di Jelebu.Kita diuji lagi ,yang mana kebanyakan ahli parti S46 balik semula kedalam UMNO termasuklah Tengku Razaleigh membubarkkan S46 dan Rais Yatim telah membakar jambatan yang telah dibina olehnya.

Perjuangan memerlukan pengorbanan dan istiqamah dari situ kita telah melihat siapa sebenarnya pejuang2 yang mempunyai semangat juang yang tinggi,walaupun hidup dalam kesusahan.

Ujian besar untuk kita renungi pada tahun 1998 apabila DSAI dipecat dan diaibkan oleh UMNO semasa zaman Tun Mahatir ,Maka pada tahun tersebut telah berlaku satu refomasi yang besar,anak2 muda pelajar2 universiti telah mula turun kejalan raya.

Sejarah dalam perjuangan politik telah bermula musuh boleh dibuat kawan,Allahyarham Datuk Fadzil Noor presiden Pas dan pemimpin2 dari PAS masa itu dan rakan2 dari DAP sanggup datang kerumah DSAI masa itu rumah DSAI di Bukit Damansara sebagai tanda simpati.Satu Malaysia malah satu dunia tidak percaya dengan fitnah pada DSAI.Malah saya sendiri boleh dikatakan setiap malam akan berada dirumah DSAI.Dari situ jugalah saya telah mengambil keputusan untuk mengetahui hal2 politik.Apabila DSAI ditangkap dan dipenjarakan,Maka lahirlah Parti Keadilan Nasional yang dipimpin oleh Datin Seri Wan Azizah dan ramai tokoh2 besar bersama Kak Wan.Selepas pilihanraya Kelantan masih kekal ditangan PAS dan Trengganu jatuh kepada PAS.Begitu juga sebahagian negeri2 PAS dan DAP dapat memenangi kerusi.Parti Keadilan Nasional hanya menang satu kerusi parlimen iaitu Permatang Pauh yang dimenangi oleh Wan Azizah. Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4

Kemenangan Wan Azizah dan Parti Keadilan Nasional umpama nyawa nyawa ikan.Ramai penganalisis politik membuat andaian yang Parti Keadilan Nasional akan berkubur.Apabila Tun Mahatir mula dipertikaikan oleh ahli2 UMNO dan ada yang mendesak supaya Tun Mahatir berundur dari UMNO.Akhirnya Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik sebagai perdana menteri Malaysia yang ke5.

Pilihanraya tahun 2004 semasa Tun Abdullah menjadi perdana Menteri lagi sekali kita diuji apabila Trengganu dapat dirampas semula oleh UMNO dan Kelantan PAS hanya mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja..Allah menguji kekuatan dan keimanan wakil rakyat PAS di Kelantan walaupun ditawar berjuta ringgit oleh UMNO supaya menjatuhkan kerajaan PAS kelantan,namun apa yang dimimpikan oleh UMNO tidak menjadi kenyataan.

Parlimen Permatang Pauh yang ditandingi oleh Wan Azizah mengalami kemerosotan undi apabila Wan Azizah hanya menang dengan majoriti sebanyak 590 undi mengalahkan Ustaz Umno Datuk Pirdaus Ismail.Kebanyakan rakyat memberi undi kepada UMNO atas dasar Tun Abdullah dilihat sebagai pemimpin yang bersih.

Kemenangan besar UMNO pada tahun 2004 telah membuka pintu hati Tun Abdullah untuk membebaskan DSAI dari penjara.Sebaik DSAI dibebaskan dari penjara bermula lah politik baru di negara kita apabila DSAI dapat bergabung dan duduk semeja dengan PAS,DAP dan Parti Keadilan Nasional ditukar kepada PKR.

Pada tahun 2008 pilihanraya ke12 diadakan.Walaupun DSAI tidak boleh bertanding,DSAI telah mengunakan peluang yang ada untuk turun keseluruh Malaysia untuk berkempen. Dari sejarah kita merdeka sampai kehari ini kita masih lagi diuji oleh Allah hingga kemenangan besar kepada PR pada PRU12.Walaupun 5 negeri dan Wilayah Persekutuan kita menang kita tetap diuji,hanya orang2 yang bertakwa dan istiqamah dalam perjuangan sahaja yang akan beroleh kemenangan dunia dan akhirat. Kejatuhan 5 negeri kepada PR dan dari Johor sampai Perlis telah ada wakil2 dari PR dalam DUN telah menyebabkan Tun Abdullah dikecam dan dipaksa meletak jawatan Perdana Menteri.

Najib dilantik sebagai perdana menteri Malaysia yang ke6 dan diramal perdana Menteri Malaysia yang terakhir dari UMNO.Zaman Najib paling teruk kita diuji,DSAI difitnah untuk kali yang kedua melibatkan kes liwat.Apabila tempuh DSAI untuk bertanding dan aktif dalam politik telah berakhir.Pada 1 Ogos 2008 Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan memberi laluan untuk DSAI bertanding..Seperti yang kita ketahui DSAI menang dengan majoriti 15,671 pertandingan 3 penjuru..Walaupun berbagai ancaman dan dugaan yang terpaksa DSAI lalui.Sejarah akan merakamkan zaman Najib adalah zaman yang paling kotor dalam sejarah politik Malaysia.Negeri Perak telah dirampas kembali dengan cara yang tidak ada adab.Kita juga diuji dengan 13 PRK akibat kematian wakil2 rakyat baik dari PR maupun dari UMNO/BN dan dua letak jawatan N.12-Penanti dan N-25 Bkt.Selambau.Begitu juga kita dapat menilai siapa kawan dan siapa lawan,Apabila ramai wakil2 rakyat baik parlimen maupun DUN yang berpaling tadah termasuk orang2 kuat yang suatu ketika dahulu mereka2 inilah yang selalu mengutuk UMNO/BN.Hikmah yang kita dapat biarlah mereka2 ini keluar dan meninggalkan perjuangan yang sama2 diasas dahulu supaya kita tidak mudah terperdaya untuk kali yang kedua.Biarlah yang masih tinggal dalam parti baik dari PKR,PAS maupun DAP adalah mereka2 yang kuat keimanan,dan yang mahu membela rakyat yang selama ini telah ditindah dengan bermacam macam kezaliman selama UMNO/BN memerintah negara.

Biarlah yang keluar dari PR mereka yang ingin mengejar kekayaan,rakyat akan menghukum sekiranya mereka bertanding semula baik atas tiket UMNO/BN maupun atas tiket bebas.Pembelot2 ini dan keturunan mereka akan diingati sampai bila2.

PRU 13 adalah ujian yang terbaik untuk kita menghukumUMNO/BN.

Lagi Kisah Berhemahnya Polis Malaysia...!!

Pasukan polis tugas utamanya adalah untuk menjaga keselamtan rakyat dan Negara, bukan melakukan perkara sebaliknya, tetapi apabila 5 orang konstabel didakwa di Mahkamah Sesyen atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan terhadap 16 warga Bangladesh sejumlah wang tunai RM34,516, pada 8 Ogos lalu, ia amat menghairan kerana dari nawaitu pengurusan tertinggi polis sampai ke bawah, ke prebet lapok pun mereka beria-ia benar menghalang himpunan BERSIH 2.0 dengan alasan untuk menjaga kenteraman awam, iaitu kelesaan kehidupan ramai rakyat, terhindar dari sebarang anasir pengacau.

Bukan setakat itu sahaja, seluruh aktiviti Pakatan Rakyat diganggu dan dipantau dengan tujuan yang sama iaitu bagi menjamin keselamatan awam tidak terjejas kesan isu-isu yang ditimbulkan oleh Pakatan. Contohnya ceramah-ceramah yang dianjurkan mengikut perlembagaan juga turut diganggu dan tidak dibenarkan (permut tidak dikeluarkan). Bagi mencapai matlamat tersebut, maka pihak penganju, penceramah malah perserta yang hadir untuk mendengar ceramah turut ditangkap. Ceramah PKR di Tapah 6 orang ditangkap dan lebih kurang 30 anggota polis berkampung di situ bagi menghalang ceramah tersebut dilangsungkan. Jadi, ia mengambarkan pasukan polis sangat prihati terhadap keselamatan rakyat, tidak mahu rakyat diganggu dengan isu-isu yang dibawa oleh Pakatan (PKR).

Amat malang, pada masa yang sama ada pegawai polis yang berkerjasama dengan UMNO. Contohnya, dalam kes video fitnah seks Anwar, pegawai kanan Polis sendiri, SAC 1 , Datuk Dr Abd Rahman Ismail yang berkempen (baca juga DISINI dan DISINI) memfitnah Anwar dengan menyatakan Anwar terlibat dalam video seks tersebut. Ucapannya itu disampaikan dalam satu seminar bertajuk “ISU-ISU KESELAMATAN NEGARA MASAKINI’ melalui 4 siri seminar yang melibatkan 2,000 warga pendidik di Kelantan.

Yang terbaru didedahkan, ada seorang pegawai polis (sebenarnya ramai lagi yang menjadi tukang kempen UMNO) Superintendendent Mohd Yusri bin Mohd Yunus, Pegawai Turus Ancaman Sosial PDRM Cawangan Khas Kedah berkomplot dengan para pemimpin melakukan brainwash ke atas para pelajar baru di universiti-universiti dan kolej-kolej tempatan supaya menyokong UMNO dan mengalakkan para pelajar membenci kepada Pakatan Rakyat. Dan bermacam-macam lagi kerenah pasukan polis yang kita tahu mereka lakukan dulu, kini dan selama-lamanya (kalau UMNO masih hidup) bagi menjamin kelansungan politik UMNO dalam Negara ini.

Sungguh pun begitu, moral dan akhlak para anggotanya semakin merosot teruk. Berbagai gejala negative melanda pasukan polis kita yang disiarkan oleh media tempatan, tetapi tidak ada tindakan tegas diambil ke atas mereka yang terlibat. Malaysiakini, contohnya melaporkan seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas 7 tahun dicabul oleh 11 anggota polis (kejadian berlaku pada tahun 2004), beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu. Pihak polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini.

Teladan dari 2 insiden itu (dan lain gejala negative yang berlaku) mengambarkan bahawa bala dari Allah swt mulai menimpa ke atas pasukan polis kita yang mana persepsi rakyat terhadap kebolehpercayaan, pertanggungjawapan dan intergriti pasukan polis semakin hari semakin terukai. Kepercayaan rakyat terhadap pasukan polis semakin mengecil kesan dari tindakan pasukan polis sendiri. Apa yang dibimbangkan (sekiranya tidak dipulihbaikan) pada satu hari nanti pasukan polis kita tidak dihormati lagi seolah-olah sebagai patong bernyawa sahaja.

Oleh itu PDRM perlu segera kembali ke pangkal jalan. Jangan jadikan pasukan polis sebagai perkakas UMNO untuk terus berkuasa. Masih ada ruang untuk diperbailki.

Haji Azizi Abdullah Telah Meninggal Dunia...Al-Fatihah..!!


Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Novelis terkenal yang juga penulis blog Haji Aziz Hj Abdullah telah meninggal dunia pagi tadi di Hospital Pualau Pinang.

Beliau telah menjani pembedahan jantung pada bulan April yang lalu dan mengalami sedikit masalah berkaitan buah pinggang dan berada di hospital sehingga kematian beliau.

Semoga Allah memberkati beliau atas jasa-jasa beliau dalam perjuangan Islam dan beliau adalah antara aktivis yang gigih berani dan cekal untuk menyatakan kebenaran terutama dalam penulisan beliau.