Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Oct 21, 2010

UMNO Takkan Berhenti Tipu Melayu....!!!


Jangan Berhenti Pertahan Hak Istimewa Melayu MS

KUALA LUMPUR: Perjuangan mempertahankan hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera bukan sahaja menjaga kuota, hak dan lesen semata-mata tetapi perjuangan ini perlu diteruskan sehingga bangsa itu boleh bersaing di persada antarabangsa.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Melayu di negara ini perlu menggunakan hak istimewa tersebut sebaik-baiknya dan melihat dari sudut perspektif baru tanpa mempertikaikan hak-hak kaum lain.

Menurutnya, walaupun Umno terus mempertahankan kepentingan Melayu, kaum-kaum lain tidak perlu bimbang kerana Umno sedar bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum dan berjanji hak-hak kaum lain terus terpelihara.

“Kepada kaum lain, jangan salah anggap, Umno menjaga kepentingan hak bangsa Melayu dalam konteks kenegaraan, iaitu hak-hak kaum lain tidak akan diganggu.

“Kepada orang-orang Melayu juga, inilah masanya untuk kita melihat ke hadapan dan berubah serta keluar dari kepompong lama supaya Melayu boleh bersaing ke peringkat global,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Persidangan Agung Umno Ke-61 pada Khamis.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menegaskan bahawa hak istimewa Melayu tidak boleh dirampas atau dicabar oleh mana-mana pihak kerana ia perlu melalui Majlis Raja-Raja dan mendapat sokongan seluruh rakyat.

Katanya lagi, tugas menjaga keamanan dan keharmonian negara bukan sahaja terletak dibahu orang Melayu sahaja tetapi tanggungjawab tersebut perlu juga dipikul oleh kaum-kaum lain.

Nota :

Kita sebagai orang melayu kena faham betul-betul....
Jangan terlalu taksub dengan dakyah UMNO...
Hak keistimewaan orang melayu memang sudah terjamin dalam perlembagaan...
Siapa yang memerintah...Hak orang melayu tetap terjamin...
Walaupun UMNO dah jadi arwah...orang melayu masih tetap dominan...
Kita kena celik...jangan jadi jumud....
Selama UMNO tadbir orang melayu...Mana kedudukan orang melayu...
Selama 53 tahun UMNO mentdbir Melayu...melayu makin hari makin layu...
Ini menunjukkan UMNO telah mengkhianati orang melayu...
Maka kita kena sedar bahawa...kedudukan orang melayu bukannya bergantung pada UMNO....
UMNO sudah pasti akan mati...tapi melayu tetap takkan hilang di tanah melayu....
Maka kita jangan bimbang dengan arwahnya UMNO...biarlah dia bersemadi buat selama-lamanya...
Apa yang penting...kita tak perlu risau tentang melayu...kita kena dan wajib menjaga kedudukan Islam khusunya di tanah melayu...

Bajet 2011 Adalah Bajet Kerajaan KORUN....!!!


Terima kasih Yang Di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada Lembah Pantai untuk turut membahaskan belanjawan 2011.

Malaysia menghadapi Persimpangan Peralihan Ekonomi Global yang akan menentukan samada kita akan berjaya atau gagal menjadi Negara berpendapatan tinggi. Hala tuju belanjawan seharusnya meransang Pembangunan Upaya Daya-Saing; yakni Pelaburan Aset Intelektual mesti mengatasi Pelaburan Aset Fizikal. Isyarat Belanjawan seharusnya menyakinkan dan bukan meresahkan rakyat serta pelabur asing, dengan tumpuan kepada reformasi politik dan menghapuskan amalan rasuah yang mengherotkan pasaran.

MIER menyatakan unjuran KDNK hanya 6.5% bagi tahun 2010 berbanding sasaran kerajaan iaitu 7.0%.

Oleh demikian, pada hemat saya Belanjawan 2011 kurang sempurna. Ia tidak sempurna kerana ia mengutamakan golongan yang berada dan mengetepikan rakyat jelata. Ia tidak sempurna kerana ia adalah belanjawan yang hanya melihat kepada keuntungan jangka pendek dan bukan keuntungan jangka panjang. Ia tidak sempurna kerana pengagihan peruntukan tidak seimbang dan tidak sejajar dengan objektif yang mahu dicapai iaitu ekonomi berpendapatan tinggi.

Bukan Belanjawan untuk masa depan

Belanjawan ini bukan belanjawan masa depan. Ia adalah belanjawan yang datang dari zaman yang silam - di mana projek-projek mega dan penswastaan yang kurang telus, dengan kos tinggi diteruskan dan akan terus membebani generasi yang akan datang. (Perbelanjaan kerajaan RM213 bilion sedang sasaran pendapatan kerajaan hanya RM165 bilion.)

Belanjawan ini telah gagal untuk meletakkan hala tuju kepada masa depan. Yang hanya jelas adalah bahawa generasi muda dan anak-anak kita akan terus membayar hutang-hutang daripada belanjawan 2011 selepas ini. Kesempurnaan sesuatu belanjawan harus mengambil kira memenuhi keperluan and juga kepentingan rakyat secara saksama.

Pada dasarnya kita melihat bahawa belanjawan 2011 bukanlah mensejahterakan rakyat tetapi memperkayakan segolongon kecil yang terpilih seperti mana dilihat dalam projek bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka. Belanjawan 2011 akan menjadi sempurna dari semua segi, semua aspek dan semua bentuk seandainya ia berpaksikan kepada "Peningkatan pengupayaan daya saing Negara" atau dengan izin "National competitiveness capacity building improvement".

Belanjawan 2011 akan menjadi sempurna seandainya pelaburan pembangunan Prasarana intelektual mengatasi prasarana fizikal. Sebagai contoh kita patut menggunakan RM5 bilion untuk melahirkan 10 ribu pakar penyelidikan yang berkelulusan PHD daripada menggunakan RM5 bilion untuk membina bangunan 100 tingkat.

Saya juga bingung melihatkan kepada RM111 juta yang dibelanjakan untuk PERMATA sementara hanya RM 20 juta untuk program PhD di universiti-Universiti.

Saya juga mengingatkan dewan ini bahawa hanya 0.64% daripada Belanjawan 2011 diperuntukkan untuk tujuan kajian dan penyelidikan - walhal purata sedunia adalah 2.4hingga 3.4%.

Saya juga agak terkejut melihat kepada kandungan ucapan PM yang di antaranya memperincikan langkah-langkah kecil yang dihidang kepada minoriti rakyat yang menunjukkan pendirian yang materialistik - bangunan-bangunan yang gah, barangan-barangan yang mewah.

Q. Mesej apa yang diberi kan oleh PM kepada generasi muda? Adakah kerajaan mengambil kira berapa hasil cukai kerajaan yang dikorbankan untuk memansuhkan duti import ini?

Keutamaan yang serong ini juga dapat dilihat daripada teks ucapan bajet 2011- dan amat memalukan apabila cadangan yang belum diluluskan oleh Dewan Rakyat dikuatkuasakan pada jam 4 petang 15 Oktober 2010! Bukankah ini secara jelas bentuk penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri?

Tumpuan pertama seharusnya menggandakan pelaburan model insan yang berkualiti melalui pendidikan dan penyelidikan. Belanjawan pendidikan 2011 adalah berjumlah RM40 bilion iaitu 18.86% daripada Belanjawan keseluruhan. Ia sepatutnya digandakan kepada RM80 bilion. Ini akan digunakan untuk mewujudkan sekolah satu sesi, menambahkan waktu sekolah setiap hari, menaikkan gaji guru sebanyak 50%, dan mewujudkan pra-sekolah untuk anak anak Malaysia seluruh negara. Saya fikir kerajaan menyedari akan masalah bebanan para guru lalu mewujudkan jawatankuasa khas kaji beban guru - malangnya cadangan-cadangan yang crucial tidak diangkat dan diperlihatkan dalam Belanjawan 2011.

Untuk Pendidikan Pengajian Tinggi, kita patut menggandakan program-program penyelidikan dan pembangunan, menggandakan program PhD untuk staf akademik, mengambil masuk tenaga akademik berkelayakan daripada luar negara, dan memberikan biasiswa yang termasuk menukar semua pinjaman PTPTN kepada biasiswa penuh. Kita bandingkan sejumlah RM10.2 bilion yang diperuntukkan untuk Kementerian Pengajian Tinggi dengan RM 12.59 bilion untuk PEMANDU.

Kesemua ini memerlukan paling minima perbelanjaan selama 10 tahun sedangkan usaha yang sama untuk pembangunan modal insan Silicon Valley di Amerika Syarikat telah mengambil masa 20 tahun sebelum ia dapat memberikan kesan yang besar di dalam menyediakan tenaga kerja yang berkualiti.

Cadangan saya untuk membiayai pelaburan pendidikan dan penyelidikan tadi bolehlah datang daripada 30% keuntungan tahunan Petronas dan program pengagihan semula ekuiti bumiputera di mana 30% daripada nilai ekuiti dijual dengan nilai par value kepada sebuah tabung pendidikan nasional bumiputera.

Pelaksanaan satu dasar :Pengagihan Semula secara Adil Kekayaan Ekuiti Bumiputera" sedia ada didalam syarikat-syarikat tersenarai dan bukan tersenarai yang memperolehi projek kerajaan dan pengswastaan dari kerajaan, konsesi lebuhraya dan penjanaan elektrik, dan syarikat berkait dengan kerajaan (GLC) untuk dijualkan 30% daripada saham milik individu atau syarikat bumiputera dengan menggunakan nilai saham "par-Value" yang menjadi metodologi penilaian saham rasmi kerajaan kepada seramai mana orang Melayu dimana 25% saham tadi dimasukkan kedalam Tabung Biasiswa Pendidikan dan selebih 5% kepada koperasi pekerja syarikat penyumbang tadi.

Dan baki 70% pegangan asal masih di dalam tangan pemilik individu dan syarikat bumiputera tadi.

Saya juga telah mencadangkan kita mulakan pelaksanaan dasar baru ini dengan syarikat-syarikat Kenchana Petroleum, Scomi, CIMB, Perimekar, APCO dan sebuah syarikat pembinaan Jambatan di Pasir Mas untuk menguji keberkesanannya.

Tentunya yang terbaik, kita mulakan dengan GAMUDA-MMC sejurus selepas mereka menandatangani projek MRT secara tender terus.

Kenaikan gaji sebegini termasuk untuk staf akademik dan juga penukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa bolehlah dilihat sebagai satu ransangan ekonomi terus kepada rakyat (economic stimulus direct to the people) yang juga akan meningkatkan permintaan domestik yang menjana pertumbuhan ekonomik. (domestic demand)

Reformasi politik

Tumpuan kedua adalah kepada insentif and perbelanjaan untuk pemulihan demokrasi yang menjadi prasyarat kepada melahirkan budaya innovasi yang akan menjana ekonomi berpendapatan tinggi. Kemajuan ekonomi Negara bergantung kepada wujudnya innovasi. Innovasi memerlukan kebebasan yang bersandarkan kepada demokrasi yang sihat.

Oleh demikian, saya mencadangkan perlu adanya tiang ke-5 iaitu Reformasi Politik Negara di dalam kerangka agenda transformasi national. Pemulihan demokrasi melibatkan menghapuskan undang-undang anti-demokratik seperti AUKU, ISA, Akta Percetakan dan Penerbitan (Printing Presses and Publications Act), dan mewujudkan pilihanraya umum yang bebas dan adil. Kedua-dua usaha ini bukan sehaja akan menjadi pemangkin kepada budaya innovasi tetapi ia juga akan memulihkan keyakinan pelabur asing kepada Negara.

Justeru, belanjawan 2011 seharusnya melibatkan perbelanjaan untuk menjayakan proses pemulihan demokrasi termasuk suruhanjaya-suruhanjaya baru yang berkaitan seperti suruhanjaya hak asasi wanita dan kanak-kanak, suruhanjaya kebebasan media di samping pengupayaan atau pemerkasaan suruhanjaya hak asasi manusia atau SUHAKAM.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa usaha untuk memberikan rakyat maklumat tepat, secara telus akan diperkenalkan oleh Kerajaan Pulau Pinang yang menyusuri Kerajaan Selangor dalam meluluskan rang undang-undang negeri Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act). Inilah yang dipanggil reformasi politik.

Saya juga mengesyorkan agar kita mempromosikan pelaksaan Rukun Negara kepada semua lapisan masyarakat kerana RN merupakan satu falsafah yang cukup sesuai didalam integrasi nasional. Perbelanjaan untuk mempromosikan Rukun Negara adalah lebih bernilai dan lebih berkesan daripada mempromosikan konsep 1-Malaysia atau bayaran kepada APCO.

Setakat ini sudah RM38.42 juta sudah dibelanjakan untuk 1 Malaysia.

Tumpuan ketiga adalah penghapusan pengherotan pasaran dengan menyediakan perbelanjaan untuk menggandakan keberkesanan suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia didalam usaha membanteras rasuah dan perbelanjaan untuk membentuk Suruhanjaya Amalan Perniagaan Adil dengan izin Fair Business Practices Commission yang akan menentukan bahawa segala amalan perniagaan terutamanya yang melibatkan kerajaan akan membawa keuntungan maksima untuk rakyat. Suruhanjaya Amalan Peniagaan Adil di antara tugasnya adalah menentukan tidak ada unsur korupsi atau kolusi didalam peraihan keuntungan melampau yang merugikan rakyat.

Sebagai contoh MRT berharga RM40 bil untuk 140 km yang - atau RM285k semeter dibandingkan dengan projek MRT di negara lain.

Kita perlu buat pilihan terbaik memandangkan keadaan ekonomi semasa.

Di China - walau bukan perbandingan apple to apple - tetapi perlu kita selami supaya keputusan terbaik dapat dibuat:

a) Wuhan-Guangzhou, 57 billion, 960 km, RM59,400 per meter yang melibatkan pembinaan banyak jambatan dan terowong.
b) Taipei- Kaohsiung, 48 billion, 360 km, RM133,300 per meter, melibatkan bayaran tanah-tanah yang dibeli semula.
c) Projek sistem pengangkutan yang dicadangkan daripada Ho Chi Minh city-Hanoi, 176 billion, 1680km, RM105,000 per meter.

Q: Adakah kerajaan membuat keputusan terbaik untuk rakyat? Kita tidak tahu dan statistik perbandingan tidak meyakinkan kita akan niat baik kerajaan demi rakyat.

Contoh lain termasuk:

2) PLUS- Oleh kerana EPF dan Khazanah terpaksa menyelamatkan PLUS, sepatutnya nama PLUS ditukar kepada MINUS. Kos pembinaan lebuh raya di Malaysia jauh lebih tinggi kalau dibandingkan dengan negara-negara lain. Keuntungan kroni yang dilipatkan gandakan yang tidak menepati kewarasan ekonomi mahupun perniagaan yang bebannya akan dipikul oleh warisan muda.

Perjanjian keuntungan durian runtuh Penjana-penjana Bebas (IPP):

Akhir tahun 2010 menyaksikan tarikh tamatnya rundingan untuk mendapatkan pemanjangan perjanjian selepas tahun 2014/15 untuk IPP Generasi Pertama. Rakyat tidak dimaklumkan secara telus ttg keuntungan durian runtuh IPP.

Dengan izin, "According to industry executives and Petronas official data, about 56 per cent of the gas supply in Peninsular Malaysia goes to its power sector, and of that amount, more than 55 per cent is taken up by independent power producers, which have been buying the gas at a subsidised rate since 1997."

Former TNB Chariman, Tan Sri Ani had said in an interview, "There was no negotiation. Absolutely none. Instead of talking directly with the IPPs, TNB was sitting down with the EPU. And we were harassed, humiliated and talked down every time we went there."

Kalau benar kita menuju transformasi ekonomi, kerajaan wajib menerangkan perjanjian yang diberi kepada generasi pertama IPP - kita mahu tahu maklumat lanjut perjanjian tersebut kerana yang menerima bahananya dan menanggung hutang adalah rakyat.

Ketidakbertanggungjawapan fiskal yang ini mengugat kestabilan negara kerana bangunan 100 tingkat tidak mampu menanggung beban hutang, beban korupsi, beban dosa-dosa manipulasi sebegini.

Saya tidak mempersoalkan keperluan pembangunan tetapi yang saya soalkan berapakah kos yang diperlukan untuk pembangunan kerana sejarah menunjukkan bahawa kosnya selalunya tinggi dan akan membawa kepada senario dengan izin "Privatizing profits and socializing losses" seperti yang berlaku pada sebelumnya.

Kegagalan syarikat pengangkutan rel (PUTRA, STAR-LRT) hingga kerajaan UMNO-APCO terpaksa bail-out menggunakan suntikan RM600 juta hingga terpaksa pula diletakkan di bawah SPNB (Syarikat Prasarana Berhad)

AKHIR KATA

Cabaran yang dihadapi didalam persimpangan ekonomi global yang saya (Nurul Izzah Anwar, gambar kiri) maksudkan boleh digambarkan dengan contoh apabila seorang rakyat Malaysia yang menjadi pelajar undang-undang terbaik di Cambridge University, UK yang telah diberikan biasiswa oleh Negara jiran dilaporkan akan berkerja di negara jiran tersebut.

Inilah realiti yang menghadapi kita apabila adik Tan Zhongshan yang mendapat keputusan terbaik jurusan undang-undang di Queen's College, Cambridge University akhirnya diciluk Singapura.

Ini bermaksud bahawa kita telah kehilangan satu lagi modal insan akibat daripada dasar-dasar kerajaan yang kurang sempurna seperti yang saya telah dihuraikan sebentar tadi. Sampai saya terbayang bahawa rupa-rupanya Malaysia dan bukan Singapura yang dilanda todak.

Perbahasan Belanjawan oleh Nurul Izzah Anwar ( MP Lembah Pantai )

Malaysia Adalah Untuk Semua..Bukan Milik Mak Bapak UMNO....!!!


Perang sepanduk di jalan menuju Parlimen -MK

Kongsi 0Perang sepanduk tercetus di bangunan Parlimen hari ini apabila beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat bergegas menggantung sepanduk parti masing-masing sebagai tindakbalas terhadap sepanduk yang digantung oleh Umno.

Mereka tidak berpuas hati melihat sepanduk mesyuarat agung tahunan ke-61 Umno yang dibenarkan digantung di tiang lampu di jalan menuju ke bangunan Parlimen.


Tindakan itu diketuai oleh Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang juga mula menaikkan sepanduk parti masing-masing sekitar kompleks Parlimen.

Kok sebelum ini menimbulkan isu sepanduk Umno di Dewan Rakyat pada Selasa lalu sebelum AGM itu bermula tetapi soalannya ditolak oleh speaker.


Menurutnya, berikutan aduan berkenaan - sepanduk Umno diturunkan lewat hari itu tetapi ia dinaikkan semula semalam.

Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dan Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) juga tidak ketinggalan dengan menaikkan kain rentang pilihan raya kecil Galas di penghadang jalan menuju ke Parlimen.

Nota :

Sebab itu slogan 1 malaysia hanyalah retorik BN semata-mata...
Sedangkan UMNO sendiri masih belum beersedia untuk berkongsi segala-galanya...
Dengan Cina cakap 1 malaysia...
Dengan Hindu cakap malaysia bersatu...
Dengan Melayu cakap ketuanan melayu....
Dengan PR...UMNO memang tak boleh nak tipu...
Kah...Kah....Kah....!!!

Minyak RON95 Tidak Selamat...???


RON 95 punca kebakaran akibat kemalangan?

"Utusan Malaysia 19 Okt 2010 - UTUSAN Malaysia semalam menyiarkan satu lagi berita korban kemalangan jalan raya mengakibatkan dua orang terbunuh di Butterworth. Salah seorang daripadanya yang memandu van rentung apabila kenderaan yang dipandunya bertembung dengan kenderaan lain.

Minggu lepas satu keluarga enam orang juga rentung selepas berlaku kemalangan di Kampar, Perak. Beberapa minggu sebelum itu, tiga orang pemuda rentung selepas berlaku kemalangan di Kuala Lumpur. Sepanjang ingatan saya, banyak lagi kejadian yang serupa berlaku akhir-akhir ini.

Tentu ada yang tak kena, mengapa berlaku kebakaran kenderaan dalam satu-satu kemalangan? Adakah kenderaan kita sudah tak selamat lagi? Bagaimana dengan pembuatan tangki petrol kenderaan sekarang, adakah dibuat menurut piawaian?

Ini semua harus dijawab oleh pembuat-pembuat kenderaan bagi meyakinkan pembeli. Satu punca yang saya fikir menjadi penyebab semua kejadian ini ialah berlakunya pertukaran minyak petrol kenderaan dari RON92 kepada RON95. RON95 mengandungi octane yang lebih tinggi berbanding RON92.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim, dalam jawapannya kepada soalan seorang Senator di Dewan Negara Julai lalu menyatakan, RON95 mengandungi benzene sebanyak lima peratus mengikut spesifikasi EURO 2M.

Negara kita adalah negara tropikal yang sentiasa panas berbanding dengan -negara Eropah. Adakah kita ada membuat penyesuaian?

Benzene dalam petrol ialah sebagai octane booster. Saperti yang kita tahu, benzene adalah bahan yang sangat mudah terbakar. Data-data keselamatan bahan atau dalam bahasa Ingerisnya, Material Safety Data Sheet (MSDS) menunjukkan flash point benzene adalah rendah iaitu -11.1 Deg. C (12.0 Deg. F).

Ini menunjukkan jika terdapat spark ketika impak dalam kemalangan, tumpahan petrol akan memudahkan kenderaan terbakar. Walaupun Timbalan Menteri sudah memberi jawapan kepada persoalan ini, tiada salahnya satu kajian dibuat oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan kerjasama syarikat minyak bagi menentukan keselamatan pengguna.

Apabila ia berlaku terlalu kerap sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Esa Adam
Bandar Sunway, Selangor

Memo Taubat Untuk Rosmah....!!!

Bini Orang Berpegangan Tangan Dengan Tuan Sheikh Pengasas Islam Hadhari....MasyaAllah...!!

1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .

2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .

Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .
Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan . ]

5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru - baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri memiliki segalanya selain suami , iaitu harta dan takhta . Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri . Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas .

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang baru - baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti yang dipimpin oleh suami Datin Seri .

10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla.

Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran Islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah .

Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan .

Juga membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .

13. Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt .

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata - kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi .

15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .

Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

UMNO The Local Zionis.....!!!


KUALA TERENGGANU - Pada 26 Mei lalu, genaplah 5 tahun peristiwa kezaliman kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan 'kecongkakan' serta kesombongan seorang manusia yang mengaku dirinya Islam tetapi, sanggup merobohkan sebuah rumah Allah.

Apa pun panggilan yang dinamakan keatas bangunan itu, jelas ada manusia yang membasahkan bibir mereka dengan menyebut kalimah memuja dan memuji, menjadi tempat ibadat, dimana manusia rukuk dan sujud menyembah Allah didalamnya.

Sekecil-kecil pun sebuah Tokong atau Kuil, samada bagi penganut ugama Buddha atau Hindu, adalah 'haram' bagi manusia yang mempercayai Allah dan Muhammad sebagai Rasulnya, memusnahkan atau menjahanamkannnya.

Apatah lagi jelas, ada mihrab dan mimbar, sejadah dan tasbih, kupiah mahupun kain sarung yang digunakan oleh seorang muslim bagi melaksanakan amalan ibadat kepada tuhannya.

Itulah Majid Bujal yang telah mencatat sejarah, di 'ratah sehingga 'licin' oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) dibawah kepimpinan mantan Menteri Besarnya Dato' Seri Idris Jusoh.

Penolong Setiausaha PAS Negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramly (Gambar kiri) , ketika peristiwa itu berlaku, adalah Setiausaha PAS bagi kawasan Kemaman,

Tidak semena-mena beliau telah ditahan setelah diarahkan untuk ke balai polis 'konon'nya dipanggil untuk menyelesaikan perihal permit suatu majlis penarangan PAS.

Ketika berceramah pada 25 Mei, 2010 di Chukai, beliau berkata, apabila sampai dibalai polis, setelah berbincang, tiba-tiba pihak polis berkata, beliau telah ditahan dan disoal siasat berkaitan perobohan masjid Bujal (Gambar kanan).

Oleh itu, menurutnya, beliau bertegas untuk meneruskan tindakannya menyaman kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara dan Ketua Polis daerah Kemaman yang telah menahanya tanpa waran.

"polis telah menahan saya tanpa waran dan secara ‘menipu’, kerana polis memanggil saya untuk berbincang tentang permohonan permit satu Majlis Forum tentang kes tanah, tiba-tiba saya ditahan dan disoal siasat,"katanya kepada Buletinonline semalam.

Oleh itu, katanya, kes samannya yang dibuat 5 tahun lalu, InsyaAllah, akan didengari buat kali pertama di mahkamah pada 25 Oktober, Isnin depan.

Beliau memfailkan saman dan menuntut ganti rugi kerana malu dan terhina serta ganti rugi am sebanyak RM1.5 juta melalui peguamnya Tetuan Haris & Co.

"InsyaAllah, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dato' Dr. Mohamed Salleh Abas akan mewakili saya sebagai peguam,"katanya.

Justeru, beliau memohon kepada semua pihak yang prihatin, penyokong dan pendokong PAS serta pencinta keadilan diseluruh negara, agar bersama-sama berdoa kepada Allah SWT, semoga Allah memberikan keberkatan dan kekuatan kepada dirinya.

Nota :

Pada Tahun 2005 Masjid Bujal Akhirnya Jatuh Menyembah Bumi Angkara Kezaliman Rejim Zionis Tempatan Di Terengganu

Ini semua adalah kerja zalim rejim UMNO Terennganu....
Walaubagaimanapun UMNO masih menganggap diri mereka adalah Mulia....
Satu benda tak boleh ada dua nama....Mesti pilih yang mana satu....
Contihnya antara Mulia & Zalim.....
Dah tentu gelaran yang layak untuk UMNO adalah ZALIMM.....
Hanya yang Gila saja menganggap UMNO itu MULIA...
Kah...Kah...Kah.....!!!

Bodoh Lama Masih Ada...Datang Pulak Bodoh Baru....!!!

Macam mana nak mulia...??? Aurat pun tak tutup...!!!

KEMULIAAN MELAYU BUKAN KETUANAN MELAYU - MK

Shahrizal Abdul Jalil mencadangkan konsep 'Ketuanan Melayu' digantikan dengan 'Kemuliaan Melayu' yang kini lebih relevan kepada masyarakat itu.

“Ketuanan Melayu mungkin sesuai suatu ketika dulu. Tetapi jika kita lihat keadaan politik hari ini, konsep yang perlu dihidupkan semula adalah Kemuliaan Melayu,” katanya.
----------------------------------------------------------------
Woittttt..... KEMULIAN MELAYU PULAK......

Woitttttt.....ORANG YANG MULIA TAK AMALKAN RASUAH....

Woitttttt.....ORANG YAMNG MULIA....TAK SUKA JUDI.......

Kah...Kah.....KALAU NAK MULIA....BERI TAHU LA SIAPA YANG BERI ARAHAN UNTUK BUNUH ALTANTUYA.....

Woitttttt.....NAK JADI MULIA BUKAN BERSELINDUNG DI SEBALIK MAHKAMAH....

Woittttt......ORANG MULIA TAK BERSELINDUNG DI BELAKANG POLIS.....

Woittttt......ORANG YANG MULIA TAK SESEKALI MEMPERBODOHKAN RAJA MELAYU.....

Kah...Kah.....KEMULIAN DI BERIKAN KERANA BUDI BAHASA...BUKAN KERANA PANGKAT & HARTA....

Woitttttt.....MULIA BUKANNYA HARTA PUSAKA YANG BOLEH DI WARISI......

Kah...Kah.....NAK JADI MULIA TAK SEMESTINYA JADI MELAYU......

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....DULU MADEY DAH CAKAP...MELAYU MEMANG HAPRAK....JADI MELAYU MEMANG DAH TAK MULIA....

Ramai Ahli UMNO Bukan Tulen Melayu.....!!!!

KETUA MENTERI PULAU PINANG PENIPU BERSIRI – BH

Reezal Merican Naina Merican mengibaratkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai 'penipu bersiri' kerana sering kali melakukan pelbagai pembohongan kepada rakyat.

“Saya di Pulau Pinang berdepan dengan Khalifah atau `Father of the Great Liar’ (Bapa Pembohong) yang sebelum ini cukup gah mencanangkan Pulau Pinang negeri pertama yang mengharamkan judi bola tidak pernah menggunakan sumber judi.

Nota:


Jangan ada prasangka
Yang islam baca bismillah dahulu
Yang beragama lain bertafakur dahulu

Jujurlah pada diri sendiri
Pandang dan amati gambar ini betul-betul
Dan tanyalah pada diri sendiri
Adakah ini muka orang melayu..??
Ataupun muka orang india...??

Ini bukan bertujuan timbulkan isu perkauman
Ini hanyalah untuk tujuan pengesahan & kawad cam...
Ini adalah pertanyaan yang jujur
Satu malaysia ingin tahu...tak mahu confuse...
Bagaimana orang ini tiba-tiba boleh jadi melayu...???
Walhal tiada ciri-ciri yang dia tu melayu....
Kah....Kah.....Kah.....!!!

Malaysia Negaraku....!!!



Nota :

Kasi aku yang bagi daa....
Seluar dalam untuk kau....bangunan warisan untuk ku....
Coli untuk kau....Permata Pintar untuk ku....
Gincu untuk ku...Tiada bonus untuk kau....
Cukuplah tu weeiii...dah lama sangat kita di tipu...sedarlah wahai melayu...
Kah...Kah....Kah....!!!

Awasilah Pergerakkan Anak Perempuan Anda ....!!!


'Puteri Umno perlu jadi perintis, bukan pengikut' -MK

Pergerakan Puteri Umno perlu menjadi perintis trend dan bukan pengikut agar perjuangannya mewakili generasi muda dihormati parti dan rakyat, kata ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid
Shirlin.

Beliau berkata Puteri yang mewakili "pejuang bangsa Melayu moden" perlu lebih agresif selaku pewaris negara untuk merencanakan kehidupan rakyat dan masa depan negara melalui idea mantap dan program berkesan.

"Dalam kita menakhkoda bahtera perjuangan, kedengaran suara-suara meminta pergerakan ini dibubarkan. Mengapa timbul cakap-cakap sedemikian rupa? Tentulah ada sebabnya...adakah kerana ada yang melihat kita tidak sepenuh hati berjuang untuk parti?

"Kita mesti mengembalikan semangat (perjuangan) ini... Puteri mesti merapatkan barisan perjuangan parti tanpa mengira sama ada kita berjawatan atau tidak," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Sehubungan itu, sayap parti yang ditubuhkan pada 2001 itu bersetuju dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya setiap pihak perlu berubah dan memperkasakan politik sesuai dengan lanskap politik semasa, katanya.

"Ini dapat memberi landasan yang lebih jelas tentang hala tuju yang bersifat praktikal dan pragmatik dengan mengekalkan roh serta semangat perjuangan tokoh-tokoh terdahulu, berteraskan tuntutan akar umbi dan dalam masa yang sama mengasimilasikan gagasan 1Malaysia," katanya.

Rosnah juga yakin bahawa kehadiran Puteri mampu menjadi daya penarik kepada kumpulan muda untuk menyokong perjuangan Umno dan seterusnya membantu parti untuk cemerlang pada pilihan raya umum ke 13 kelak.

Nota :


Sanggupkah anda melihat Anak Perempuan Anda jadi seperti ini...??

Kah...Kah....Bukan Pengikut...Tapi Jadi Puppet....
Kah...Kah.....Jadi Perintis..Penggoda...dan Penyedap....
Awasilah Anak perempuan anda selalu...
Jangan sesekali terjebak dengan puteri UMNO...
Bukan setakat rosak akhlak...habis lendir di sedut...
Apa-apa la...asalkan bukan puteri UMNO...!!!

Welcome To The Club....!!!


Anak sulung Sosilawati sertai Puteri Umno -MK

Kongsi 22Anak sulung Allahyarham jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Bukhari, 25, hari ini secara rasminya menyertai Pergerakan Puteri Umno serta dilantik menjadi anggota Biro Pembangunan Usahawan dan Pemantapan Ekonomi pergerakan itu.

Borang keahlian beliau diserahkan kepada Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibunegara hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas penyerahan borang berkenaan, Erni Dekritawati, yang lebih mesra dipanggil Rita, berkata penyertaannya yang didorong oleh rakan-rakannya itu bertujuan untuk meneruskan legasi arwah ibunya.

"Saya rasa saya boleh membantu usahawan-usahawan wanita untuk terus maju ke hadapan dan mempraktikkan segala ilmu yang diajar oleh ibu saya kepada orang lain.

"(Ini) cara untuk menghargai jasa ibu saya yang sebelum ini banyak menolong ibu tunggal serta wanita kurang upaya... ia menjadi satu platform untuk saya lebih senang menolong orang," katanya.

Selepas menyerahkan borang, Rita hadir kira-kira 10 minit untuk mengikuti perbahasan persidangan Puteri Umno yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 12 Sept lepas, polis mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.- Bernama

Nota :

Kemana tumpahnya kuah....Kalau tidak ke nasi...
Kah...Kah...Kah....!!!