Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jan 8, 2012

Surat Terbuka PKR Selangor Pada Hassan Ali...!!


Penerangan PKR Selangor terpanggil untuk memberikan sedikit kenyataan terhadap YBhg Datuk Dr Hasan Mohd Ali dalam beberapa liputan media kebelakangan ini.

Kenyataan ini pastinya adalah pendirian yang dilahirkan setelah sekian lamanya tersimpan hingga "senak" terasa di perut! Hendak dibuang angin bimbang berbau busuk, hendak di tahan sakit sudah melata ke dada.

Saya percaya Datuk adalah seorang yang istimewa. Saya sendiri, malah ramai rakan-rakan saya bersetuju bahawa Datuk mempunyai kelebihan dan perwatakan yang menarik, petah dan tegas.

Namun saya juga mempercayai bahawa Datuk, dengan sesungguhnya tanpa ragu-ragu, mempercayai bahawa Datuk sendiri terlebih-lebih istimewa.

Perkara ini dapat disimpulkan dalam pelbagai tindakan, ulasan dan gaya Datuk sehingga kini, terutamanya apabila melihat isu pertelagahan ‘dalam kain' antara pimpinan PAS di Selangor.

Saya tidak begitu ‘berani' mempersoalkan pentadbiran dalaman sahabat seperjuangan PAS dalam menangani isu ini kerana amat hormatkan 'saudra tua'.

Namun apabila saya terlihat temubual Datuk agar adik-adik siswa dan siswi menjauhkan diri daripada menghadiri hari penultimate Datuk Seri Anwar Ibrahim, penerangan PKR Selangor tidak terdaya lagi menahan jari untuk menulis kenyataan ini dengan menyatakan ‘perasaan menyampah sangat' dengan tindakan Datuk.

Apakah siswa dan siswi akan secara automatisnya gagal dan mencapai CGPA yang rendah apabila memperjuangkan kebenaran dan PKR? Apakah perjuangan hanya digalas oleh mereka yang berintelek dan berijazah daripada Universiti Pittsburgh?

Secara tidak langsungnya Datuk telah menghina mereka yang turut merasakan kezaliman rejim Umno dan BN dan mereka yang dianiaya tanpa pembelaan sewajarnya. Umum mengetahui bahawa di Malaysia ini, "justice is only available to those who could afford it".

Dan sekiranya manusia Anwar Ibrahim ini dapat menyatukan rakyat untuk menyatakan tidak kepada kes fitnah kedua tanpa bukti kukuh, dan membelakangi undang-undang syariah kepada kedudukan second-tier, apakah salahnya mereka hadir untuk menyatakan dan menzahirkan sokongan mereka?

Sekurang kurangnya sebagai sokongan moral kepada Anwar - simbol kepada mangsa fitnah berterusan!

Pencapaian akademik tidak selama-lamanya merupakan pre-requisite kejayaan kerana ‘otak tanpa ruh Islam' akan menyebabkan keruntuhan akhlak para genius Melayu sepertimana berlaku sekarang di United Kingdom dan Eropah.

PKR Selangor hairan, Datuk seolah-olah terperangkap dengan hujah counter-intelligence UMNO bahawa isu ini hanyalah isu peribadi. Sebenarnya Datuk, isu ini adalah isu nasional.

Buktinya adalah perjuangan beliau dan rakan-rakan semuanya berlandaskan kepentingan rakyat. Polisi Pakatan Rakyat dimodelkan atas premis primer ini dan kini Rakyat dapat merasakan hasil titik peluh mereka sendiri walau dinafikan oleh Umno selama ini.

Sedangkan Umno dan PDRM sendiri menyatakan bahawa ini melibatkan keselamatan persekutuan! Bagaimana Datuk boleh mengatakan ia peribadi?

PKR telah menunjukkan solidaritinya bersama PAS dan Pakatan apabila mengheret ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan menyingkirkannya walaupun dalam keadaan genting.

Namun tindakan Datuk cuma menambahkan derita dengan tidak menggalakkan secara terbuka (melalui RTM dan TV3 juga) agar tidak hadir ke mahkamah.

Apakah Datuk sebegitu buta hati terhadap masalah Anwar? Apakah sebegitu gelap dan jijik pandangan Datuk terhadap Anwar? Bukankah isu Anwar itu sendiri membantu Datuk mendapat kemenangan dalam pilihan raya yang akhirnya menjayakan Datuk menduduki kerusi empuk di Bangunan SSAAS Shah Alam?

Inilah padahnya jika ‘terlalu kerap terlewat hadir di taklimat dan mesyuarat yang diadakan'. Saya percaya Datuk tertinggal semua taklimat penting hingga Datuk tenggelam punca.

Tindakan Datuk seolah-olah menyatakan bahawa sesiapa sahaja boleh menuduh zina kepada mana-mana Rakyat dan kita harus mendiamkan diri. Tindakan ini adalah tindakan pengecut, pentingkan diri sendiri dan kebas terhadap penderitaan mereka yang difitnah.

Datuk juga sebegitu pasif dan naïf dalam membuat kenyataan. Datuk sehingga hari ini gagal menjawab Harakah berkenaan dakwaan Datuk bahawa pertemuan Datuk bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di Kelantan adalah berkenaan permohonan maaf.

Apabila kes diumumkan tutup, Datuk tanpa segan silu menggunakan media Umno lagi untuk membuat serangan selanjutnya. Apakah sebegitu dendam Datuk sehingga sanggup membakar rumah sendiri? PKR Selangor yakin Datuk sudah ‘terkena sesuatu'.

Datuk Hasan, sama ada setuju atau tidak Datuk kini merupakan liabiliti kepada Pakatan. Datuk mungkin merasakan Datuk berjuang berlandaskan jalan Allah SWT namun saya ingin Datuk bermuhasabah diri sendiri dan bertanya sama ada Datuk benar-benar dipihak yang benar atau benar-benar keliru.

Kedua-duanya lain dan melihat tindakan Datuk yang terkini, seolah-oleh Datuk menyatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tersilap dan tersasar. Apakah Datuk sebegitu fasih, khatam dalam agama sehingga sanggup menyatakan sedemikian?

Sejak bila Islam dan Melayu itu satu Datuk? Islam tidak memerlukan Melayu malah Melayu dan manusia amnya yang memerlukan Islam.

Menyatukan keduanya adalah sesuatu yang jahil melihatkan kepada kes perkahwinan jantina sejenis bersongkok dan keruntuhan moral anak bangsa diluar negara kini.


Saya menyeru agar Datuk jangan terlalu mengikut perasaan. Masa Datuk untuk menjadi menteri besar masih ada. Jangan kita merajuk sampai terlupa kita sebenarnya membakar rumah kita sendiri.

Masih ada ruang ‘untuk berjiwa besar' dengan menoleh sejenak ke belakang. Apakah langkah Datuk sederap dengan pimpinan, atau ia semakin sumbang? Datuk lebih mengerti dengan maksud ‘kura kura dalam perahu'.


Saya memohon maaf sekiranya tulisan saya menyakiti hati dan perasaan Datuk. Sesungguhnya tulisan, ucapan dan tindakan Datuk telah melukakan hati saya dan ramai teman seperjuangan yang lain termasuk Anwar dan keluarganya.

Dalam keadaan mereka memerlukan, sekurang-kurangnya janganlah kita merendahkan moral dan menjatuhkan lagi semangat mereka yang mungkin perlu dipaksa berpisah lagi sekali dan berhubung hanya melalui jeriji besi. Sila bayangkan sekiranya perkara yang sama berlaku kepada Datuk.

----------------------------------------------------------
Penulis merupakan ketua penerangan PKR Selangor dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda. Tulisan ini disediakan sebelum Dr Hasan dipecat sebagai anggota PAS .

Gempar...!! Cubaan Membunuh Presiden PKR..??


"Dimaklumkan, Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi. Dari maklumat yang di terima, Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tok Kun.

Addin berpandangan Fayyah bukanlah sasaran sebenar dalam serangan suntikan racun berkenaan, kemungkinan sasaran sebenarnya ialah Dr. Wan Azizah. Sungguh keji dan jelek permainan golongan-golongan yang tidak berhati perut ini.

Pengawal peribadi Dr Wan Azizah pengsan, didakwa diracun

Pengawal peribadi presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimasukkan ke hospital semalam selepas disyaki diserang dengan didakwa dicucuk dengan objek tajam yang beracun. Menurut seorang pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kejadian itu berlaku selepas tamatnya satu ceramah di kampung halamannya di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang.

Pengawal peribadi tersebut, Fayyadh Afiq Albakqry (gambar terbaring), mengiringi Wan Azizah beredar melalui orang ramai yang hadir di ceramah tersebut pada kira-kira jam 10 malam apabila kejadian tersebut dikatakan berlaku. Fayyadh sedang mengiringi Wan Azizah ke satu lagi ceramah di Parit Buntar, Perak tetapi dia mula berasa sakit dan akhirnya tidak sedarkan diri sewaktu dalam perjalanan tersebut.

Berikutan itu, Wan Azizah mengarahkan pemandunya berpatah balik menuju ke utara untuk membawa Fayyadh ke hospital Jaya Seberang. Menurut ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Syed Mikael Rizal Aidid, pada mulanya, Fayyadh berdarah selepas tangannya cedera terkena objek yang tajam, tetapi mereka memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke Parit Buntar.

Bagaimanapun, katanya, selepas Fayyadh sakit, mereka mengesyaki dia mungkin diracun semasa serangan tersebut. Berita mengenai serangan tersebut tersebar dengan cepat melalui Twitter dengan beberapa individu mendakwa Fayyadh mungkin menghalang serangan terhadap Wan Azizah.

Sesetengah tweets mendakwa jantung Fayyadh berhenti berdenyut berikutan dakwaan serangan tersebut, tetapi para pemimpin PKR kemudian menulis melalui tweet menyatakan pengawal peribadi itu dalam keadaan stabil dan telah sedar semula. Juga dilaporkan di twitter bahawa lebih daripada 100 penyokong PKR dan Pakatan Rakyat berada di hospital untuk mendoakan supaya Fayyadh pulih.

Wan Azizah adalah antara puluhan pemimpin PKR yang sedang menjelajah ke negara dalam siri ceramah umum menjelang keputusan perbicaraan kes liwat II Isnin ini. Anwar pula berada di Kuala Terengganu menghadiri satu lagi ceramah umum di negeri itu ketika serangan tersebut dikatakan berlaku.

Fayyadh juga merupakan pengawal peribadi yang sama yang didakwa terkena tembakan kanister gas pemedih mata ketika melindungi Anwar semasa perhimpunan BERSIH 2.0. Fayyadh dijadual menghadiri pendengaran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai dakwaan kekerasan pihak polis semasa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai. ~jalanpulang

Selesai Sudah Masalah.....!!


KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.


Sumber : PAS